manual permohonan ke sbp 2013

13
MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PENGGUNA : IBUBAPA /PENJAGA

Upload: ciklaili-com

Post on 25-May-2015

72.408 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Panduan Pengguna permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2013

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Permohonan Ke SBP 2013

MANUAL PERMOHONANKE SEKOLAH BERASRAMA

PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN

KEMENTERIANPELAJARAN MALAYSIA

PENGGUNA : IBUBAPA /PENJAGA

Page 2: Manual Permohonan Ke SBP 2013

1.PENDAHULUAN

Aplikasi Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan adalah merupakan aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Aplikasi ini digunakan bagi permohonan kemasukan murid-murid Darjah Enam (6) ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kemasukan murid-murid Tingkatan Tiga (3) ke Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh .

2.TUJUAN PANDUAN

Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk memudah dan membantu murid membuat permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan melalui Aplikasi Permohonan ini.

3.CAPAIAN SISTEM

Aplikasi Permohonan ini boleh dicapai melalui mana-mana komputer yang mempunyai kemudahan internet.

Page 3: Manual Permohonan Ke SBP 2013

Pautan Aplikasi Permohonan ini diletakkan pada Portal Kementerian Pelajaran Malaysia seperti di bawah:

3.1. Layari Portal Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.1.1. url: http://www.moe.gov.my

3.2. Pada muka depan portal, sila browse ke bawah untuk ke seksyen “e-PERKHIDMATAN”

3.2.1. Sila pilih pada perkataan “BERKALA”

Page 4: Manual Permohonan Ke SBP 2013

3.3. Cari dan klik pada aplikasi di bawah tajuk “Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan”.

3.4. Klik pada tajuk (link di atas) akan membawa ke login permohonan.

4.PANDUAN PENGGUNA

4.1. Menu Utama4.1.1. Muka Depan

Page 5: Manual Permohonan Ke SBP 2013

Arahan :

Pemohon dikehendaki klik pada butang permohonan ke Tingkatan 1 bagi membuat permohonan Tingkatan 1 dan sekiranya membuat permohonan Tingkatan 4 sila klik butang permohonan ke Tingkatan 4 (Sekolah Berasrama Penuh sahaja).

4.1.2. Paparan Login

Arahan :

Pemohon dikehendaki memasukkan No. Angka Giliran UPSR atau PMR dan Kata Laluan (No. KP Ibu/Bapa/Penjaga)

4.1.3. Paparan Permohonan

Page 6: Manual Permohonan Ke SBP 2013

Arahan :

Klik pada Butang Permohonan Baru bagi membuat permohonan.

Terdapat 5 segmentasi yang perlu diisi oleh pemohon :

a) Paparan Pilihan Jenis Sekolah

b) Paparan Maklumat Diri

Page 7: Manual Permohonan Ke SBP 2013

c) Paparan Maklumat Kokurikulum

d) Paparan

Maklumat Ibubapa/Penjaga

Page 8: Manual Permohonan Ke SBP 2013

e) Paparan

Maklumat Tambahani. Bagi Permohonan Ke Sekolah Berasrama

Penuh, terdapat 1 segmen maklumat tambahan yang perlu diisi.

Page 9: Manual Permohonan Ke SBP 2013
Page 10: Manual Permohonan Ke SBP 2013

4.1.4. Paparan Butiran PermohonanPaparan ini memaparkan butiran yang telah dimasukkan oleh pemohon bagi tujuan semakan.

Arahan:

Page 11: Manual Permohonan Ke SBP 2013

Sekiranya terdapat sebarang pengemaskinian, klik pada pautan di setiap segmen. Namun sekiranya tiada sebarang pengemaskinian, klik pada butang serah dokuman untuk mencetak permohonan.

PERHATIAN :

a) Sila Semak Dengan Teliti Maklumat Yang Telah Dimasukkan

b) Pengemaskinian tidak boleh dibuat setelah cetakan dibuat

4.1.5. Status PermohonanPaparan di bawah menunjukkan maklumat bagi setiap segmentasi telah diisi dan kemaskini boleh dilakukan dengan memilih segmentasi yang perlu dikemaskini.

Page 12: Manual Permohonan Ke SBP 2013