manual penyediaan perangkap nyamuk

9
Manual Penyediaan Perangkap Nyamuk

Upload: jimmy-hor

Post on 15-Sep-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ANTI DENGGI

TRANSCRIPT

Manual Penyediaan Perangkap Nyamuk

Ahli ahli kumpulan Perangkap nyamuk

1) Muhd Fadlan Adli b. Mohd Amin2) Farid Asyraf b. Hamdan3) Muhd Isyraf b. Habali

PENGHARGAAN

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Haji Zainuddin , Pn. Ruzaidah Bt Majid dan Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Wahai Anuar Bin Hanafiah kerana telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya ketika menjalankan inovasi ini. Kami juga turut ingin berterima kasih dengan guru Kelab Doktor Muda saya iaitu Pn. Roidah Bt Hassan kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan kerja tugasan ini.

Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah memberi saya semangat dan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak sekolah yang telah berbesar hati memberi kerjasama dan membenarkan saya membuat ciptaan inovasi ini di tempat yang disediakan.

Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan kami yang banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan saya berjaya menyiapkan tugasan dengan jayanya.

Pendahuluan

Semua orang tahu nyamuk adalah sejenis serangga yang boleh membawa penyakit dan maut. Hanya dengan sekali gigitan mungkin anda akan diserang demam Denggi.Mungkin anda tidak tahu semua jenis alat pembunuh atau penghalau nyamuk mengandungi bahan kimia merbahaya.. sedangkan nyamuk boleh mati, sungguhpun pula anda yang setiap hari menghidu ubat nyamuk atau penyembur nyamuk.Disini ada beberapa tip mudah dan murah untuk memerangkap serta membunuh nyamuk di rumah:

Peralatan yang diperlukan :

- 200 ml air- 50 gram gula merah- 1 gram ragi (beli di kedai ubat, kedai runcit dan pasar)- botol plastik 1.5 liter

Langkah-langkah pembuatan

1. Potong botol plastik di tengah. Simpan bahagian atas atau mulut botol.LANGKAH 1

2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga dingin dan kemudian tuangkan di separuh di bahagian potongan bawah botol.LANGKAH 2

3. Tambahkan ragi. Awas!! Jangan digaul.Ini kerana ia akan menghasilkan karbon-dioksida.

LANGKAH 3

4. Pasang / masukkan potongan botol bahagian atas dengan kedudukan terbalik seperti corong.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, kecuali bagian atas, dan diletakkan di beberapa bahagian sudut rumah Anda.

LANGKAH 5LANGKAH 4

Dalam beberapa hari, anda akan melihat jumlah nyamuk yang mati di dalam botol.

Selain membersihkan habitat mereka dan tempat berkembang biaknya nyamuk, kita dapat menggunakan kaedah ini di sekolah-sekolah, klinik / hospital dan rumah persendirian.

Kebaikan / Kekuatan Ciptaan Ini1) Mudah ciptaan ini disediakan dengan bahan-bahan senang didapati daripada kedai runcit.2) Murah sebab kos bahan-bahan yang digunakan adalah rendah.3) Cinta kepada alam sekitar bahan terpakai (botol plastik terpakai digunakan semula).4) Senang dan ringkas cara penyediaannya senang dilakukan.5) Tidak beracun bahan penyediaan adalah tidak bahaya kepada kesihatan manusia. 6) Mudah alih ciptaan ini senang dipindah ke tempat lain dalam sekelip mata .7) Mudah dibersihkan kotoran atau tinggalan dalam bekas senang dicucikan.8) Berkesan nyamuk akan terperangkap dalam bekas .9) Cepat disediakan ciptaan cepat dibentuk sekiranya bahan yang diperlukan mencukupi.10) Tidak memerlukan kepakaran yang tinggi dalam penyediaan bahan.11) Ciptaan yang bertahan lasak dan boleh digunakan untuk tempoh yang lama.

Keburukan / Kelemahan Ciptaan Ini1) Perlu sentiasa dibersihkan 2) Tempat simpanan mesti sesuai agar tidak senang tertumpah.3) Elakkan goncangan yang kuat.4) Mudah dirosakkan atau dimusnahkan.5) Terdapat bau yang kuat atau berbau.