laporan program cari & musnah aedes anjuran … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk aedes yang...

25
1 LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN MYSIHAT & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA LMCK2711: TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR NAMA: NURUL NISA BINTI MOHD NO.MATRIK: A148243 PROGRAM: SAINS BIOPERUBATAN JAWATAN: SUKARELAWAN PROGRAM NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. AHMAD ROHI BIN GHAZALI

Upload: phamkhuong

Post on 26-Mar-2019

257 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

1

LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN MYSIHAT & KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA LMCK2711: TANGGUNGJAWAB ALAM SEKITAR

NAMA: NURUL NISA BINTI MOHD NO.MATRIK: A148243

PROGRAM: SAINS BIOPERUBATAN JAWATAN: SUKARELAWAN PROGRAM

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. AHMAD ROHI BIN GHAZALI

Page 2: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

2

PENGENALAN Program Cari & Musnah Gen Y sebagai agen perubahan tingkahlaku Cegah Denggi telah diadakan baru-baru ini yang sertai oleh para sukarelawan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) anjuran bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan persatuan-persatuan penduduk kawasan negeri Selangor. Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai usaha untuk memerangi dan membanteras pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat yang menjerumus kepada berlakunya kes kematian jika tidak diambil tindakan atau langkah efektif bagi menangani masalah ini bersesuaian dengan slogan “Perangi Aedes Habis-habisan”. Program ini diadakan di kawasan negeri Selangor selama 11 minggu bermula pada 19 & 20 September 2015, iaitu majlis perasmian, pendedahan dan latihan kepada para sukarelawan UKM tentang aedes dan denggi. Mahasiswa daripada UKM merupakan sukarelawan yang menyertai program ini sebagai agen perubahan dan advokasi di peringkat komuniti.

MAKLUMAT PROJEK

NAMA PROGRAM: CARI & MUSNAH AEDES GEN-Y TARIKH PROGRAM: BERMULA 19 & 20 SEPTEMBER 2015 JAWATAN: SUKARELAWAN TEMPAT PROGRAM: KAWASAN SEKITAR SELANGOR

MAKLUMAT PENYELIA

PENYELIA PROGRAM: PROF. MADYA DR. HIDAYATUL FATHI OTHMAN NO. HP: 012-3736549 EMEL: [email protected]

Page 3: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

3

PERANCANGAN

Mahasiswa adalah merupakan peserta sukarelawan yang menyertai program Cari & Musnah Aedes sebagai agen perubahan dan advokasi di peringkat komuniti. Dan dimaklumkan bahawa program ini tidak melibatkan ahli organisasi seperti pengarah, exco-exco dan ahli-ahli program sebaliknya disertai oleh sukarelawan mahasiswa UKM sahaja. Seperti yang diketahui, program ini anjuran bersama UKM, Mysihat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan persatuan-persatuan penduduk kawasan negeri Selangor. Program ini diadakan di kawasan sekitar negeri Selangor selama 11 minggu iaitu pada setiap hujung minggu bermula pada 19 & 20 September 2015, iaitu majlis perasmian, pendedahan dan latihan tentang aedes dan denggi kepada para sukarelawan UKM untuk mengendalikan program ini. Kawasan di negeri Selangor dipilih sebagai tempat bagi menjalankan program ini adalah kerana situasi kes denggi di negeri ini sangat tinggi berbanding dengan kawasan lain mengikut angka kes denggi sehingga 2 Oktober 2015 merujuk kepada lampiran berkaitan. Selain itu, Kementerian Kesihatan mengesahkan Selangor merupakan negeri tertinggi mencatatkan kes denggi dalam tempoh seminggu merujuk kepada lampiran berkaitan.

Penglibatan mahasiswa sebagai sukarelawan dalam program Cari & Musnah Aedes

ini sangat penting kerana mereka memainkan peranan sebagai agen perubahan dan advokasi di peringkat komuniti. Kehadiran mahasiswa UKM ke program ini pada setiap minggu akan berubah mengikut bilangan peserta yang dihadkan oleh pihak berkenaan dan bergantung kepada kelapangan mahasiswa dalam menyertai program sukarelawan ini. Info program ini akan dimaklumkan oleh pihak berkenaan pada setiap minggu sebelum tiba hujung minggu untuk makluman kepada mahasiswa agar mereka dapat menyusun masa dan berkelapangan dalam menyertai program ini, seterusnya memastikan program ini berjalan dengan lancar. Oleh itu, pihak berkenaan akan memaklumkan bilangan peserta yang dikehendaki dan mahasiswa yang berkelapangan dan berkehendak untuk menyertai program ini akan mendaftar nama sebagai peserta pada minggu tersebut di ruangan tertentu dalam talian (online) seperti aplikasi whatsapp, dan situasi ini akan berulang pada setiap minggu kecuali cuti am atau cuti tertentu. Pembahagian beberapa kumpulan secara rawak akan dilakukan berdasarkan bilangan peserta dan diagihkan kepada beberapa lokasi atau dipanggil lokaliti di kawasan Selangor. Perkara di atas merujuk kepada lampiran berkaitan.

Melalui pendaftaran dalam talian yang amat memudahkan dan menjimatkan masa,

secara tidak langsung hubungan sosial dapat diwujudkan dalam aspek ini kerana semua peserta yang mendaftar secara rasmi pada permulaan program ini dijalankan iaitu pada 19-20 September 2015 akan didaftarkan dalam aplikasi whatsapp. Mahasiswa yang ingin menyertai program ini akan mendaftar nama untuk minggu yang mereka kehendaki setelah info bagi minggu tersebut dikeluarkan. Dengan ini, komunikasi dapat diwujudkan antara lapisan mahasiswa dengan segala pertanyaan dan jawapan yang dikemukakan dan diberikan, seterusnya dapat melahirkan hubungan sosial yang baik walaupun kurang efektif berbanding komunikasi secara berhadapan. Ini adalah kerana kemudahan dan penjimatan masa yang amat diperlukan oleh mahasiswa dalam melaksanakan sesuatu tugas dan aktiviti.

Page 4: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

4

LAMPIRAN

Page 5: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

5

Saya sebagai sukarelawan program Cari & Musnah

Page 6: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

6

LAMPIRAN PERBUALAN ANTARA PESERTA MAHSISWA UKM BAHAGIAN I

Senarai nama peserta pada 4 Oktober

2015

Page 7: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

7

BAHAGIAN II

Page 8: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

8

PELAKSANAAN

Page 9: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

9

Kenyataan keratan akhbar di atas menceritakan tentang tinjauan yang dilakukan mendapati sebanyak 17 kawasan hotspot denggi yang dikesan mencatat jumlah kes terbanyak setiap minggu termasuk Kampung Sungai Kayu Ara. Ketika tinjauan dilakukan ke kawasan kampung tersebut, kelihatan beberapa kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Lembaga Promosi Kesihatan (MySihat) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang menjalankan Program Gen Y Ejen Pemangkin Cari, Musnah dan Cegah Denggi.

Seperti yang diketahui, setiap mahasiswa akan memilih tarikh dan masa yang

berlainan yang bersesuaian dengan kelapangan masing-masing. Bagi pihak saya, saya menyertai program ini selama beberapa minggu di lokasi yang berbeza yang telah ditetapkan. Pengisian aktiviti bagi program ini akan berbeza pada setiap kali ia diadakan seperti larviciding, melakukan kesedaran kes denggi kepada penduduk dari rumah ke rumah, megedar borang soal selidik, pertukaran kayu ukur di dalam perangkap nyamuk (ALOT) dan sebagainya. Semasa menyertai aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlangsung, banyak ilmu dan perkara yang saya pelajari dan keupayaan yang saya dapat tonjolkan dalam program ini. Selain itu, saya juga dapat menjadi lebih peka terhadap alam sekitar dan permasalahan masyarakat di samping berpeluang melibatkan diri dalam komuniti.

Antara pelaksanaan yang saya lakukan sepanjang mengikuti program ini adalah:

1. Pada minggu permulaan program ini dijalankan, aktiviti yang ditugaskan oleh pihak

berkenaan kepada para sukarelawan terutamanya kumpulan saya adalah melakukan kesedaran kes denggi kepada para penduduk dari rumah ke rumah di Flora Damansara. Saya dan kumpulan akan pergi rumah ke rumah untuk menghantar risalah-risalah yang berkaitan dengan Cari & Musnah Aedes agar para penduduk peka dan mengambil tindakan untuk memerangi aedes habis-habisan. Tindakan ini perlu bermula dari rumah di mana kebersihan dan tempat-tempat yang berpotensi untuk nyamuk aedes bertelur perlu dijaga dan dititikberatkan. Aktiviti ini memerlukan kesabaran, kepetahan dan kebijaksanaan dalam mendekati para penduduk dan menyampaikan maklumat berkaitan aedes dan denggi beserta risalah-risalah kepada mereka. Tanggungjawab, peka dan prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan sekelilingnya itulah yang diterapkan kepada kami semasa mengendalikan program ini supaya kami bersungguh-sungguh dalam usaha bersama pihak Kementerian Kesihatan untuk memerangi aedes ini dan konsisten dalam mengikuti program ini sebagai agen perubahan tingkahlaku Cegah Denggi. Para penduduk di sana terdiri daripada pelbagai lapisan dan umur, dan mereka tidaklah begitu berminat untuk mendengar dan memahami tentang perkara ini. Alhamdulillah, saya dapat mendekati beberapa penduduk dengan menunjukkan cara komunikasi yang baik dan efektif selain daripada kepetahan dan ringkasan maklumat yang saya salurkan kepada mereka. Oleh itu, cara berkomunikasi sangat penting dipraktikkan dalam pendekatan kepada para penduduk dan cara ini bergantung kepada keupayaan sukarelawan itu sendiri dalam menonjolkannya agar sesi perbualan yang baik dapat diwujudkan seterusnya dapat menjalinkan hubungan sosial yang murni.

Page 10: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

10

2. Minggu berikutnya pada 3 Oktober 2015, aktiviti gotong-royong Cari & Musnah Aedes diadakan di Seksyen 8, Shah Alam oleh para sukarelawan UKM sebagai “aedes fighter” dan juga beberapa ahli penduduk perumahan, bertumpu di kawasan sekitar padang dan perumahan Seksyen 8. Uniknya pada minggu tersebut, terdapat booth cegah denggi yang disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah inisiatif untuk menjayakan lagi program ini dalam memberi kesedaran kepada para penduduk. Dalam pada itu, tujuan aktiviti gotong-royong diadakan adalah untuk membersihkan kawasan sekitar padang dan perumahan bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk dengan cara membersihkan tempat yang dipenuhi sampah sarap, membuang air yang bertakung dan masukkan ubat pembunuh jentik-jentik iaitu abate ke dalam bekas yang berisi air seperti alas pasu bunga. Melalui aktiviti ini yang melibatkan sukarelawan UKM dan beberapa ahli penduduk, salam perkenalan dan hubungan silaturahim dapat dijalinkan dan dieratkan antara satu sama lain, seterusnya dapat menjalankan aktiviti ini dengan mesra dan lancar, di samping dapat menonjolkan kemampuan berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat. Dengan kehadiran booth, segala penyusunan risalah-risalah dan sebagainya dapat melahirkan keakraban dan keeratan antara sesama sukarelawan yang amat membantu dalam melancarkan perlangsungan program ini yang akan berlanjutan selama 11 minggu.

3. Keesokan harinya pula iaitu pada Ahad 4 Oktober 2015, Cari & Musnah bersama JMB Vista, MBPJ , PKD Petaling dan sukarelawan FSK UKMKL di Rumah Pangsa Antara Vista , Jalan Kenanga, Kampung Sungai Kayu Ara. Sesi pameran turut diadakan pada masa ini di bawah blok pangsapuri berhadapan dengan bilik balai raya yang dikendalikan oleh pihak PKD Petaling. Bagi sukarelawan pula, kami ditugaskan untuk mengedarkan risalah-risalah aedes kepada penduduk di sana dan melawat rumah mereka untuk memeriksa tempat-tempat yang berpotensi bagi nyamuk aedes bertelur di rumah tersebut. Oleh itu, kami diminta untuk meminta izin daripada tuan rumah untuk memeriksa tempat-tempat yang berpotensi bagi pembiakan nyamuk sahaja. Namun, ada segelintir para penduduk yang enggan memberi kerjasama dengan tidak memberi layanan dan mengizinkan kami untuk memeriksa rumah mereka. Kami difahamkan agar sentiasa menjaga privasi mereka dan tidak memaksa penduduk untuk menerima kunjungan kami. Maka, demikian itu, kami bertolak ansur dengan keadaan seperti itu dan kami meneruskan tugas kami dengan mempraktikkan kemahiran berinteraksi dengan penduduk supaya tidak berlaku salah faham dan maklumat dapat disalurkan kepada mereka dengan baik. Selain itu, kami juga dibekalkan dengan beberapa botol kecil untuk mengambil sampel air yang mengandungi jentik-jentik nyamuk bagi mengetahui keadaan di sekitar rumah penduduk dan pangsapuri tersebut. Secara langsung, kami dapat melihat rupa bentuk jentik-jentik dengan jelas di hadapan mata kami sendiri dan seterusnya dapat menilai tahap kebersihan dan kesedaran para penduduk terhadap pembiakan nyamuk aedes ini dan dapat membuka mata kami agar terus peka dan prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan persekitaran di samping sentiasa berinisiatif dalam melibatkan diri dalam kerja-kerja komuniti.

4. Pada waktu pagi hari Sabtu 17 Oktober 2015, Program Cari & Musnah dijalankan di

Rumahpangsa Puncak Ara, Jalan Teratai bermula pada waktu pagi. Setibanya saya

Page 11: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

11

dan ahli kumpulan di sana, kami diberi taklimat oleh ahli Majlis tentang panduan kendalikan program ini dan sedikit maklumat ringkas berkenaan program aedes ini. Di akhir taklimat, kami diberi tugasan untuk mengedarkan borang kaji soal selidik yang dibuat oleh pensyarah UKM Prof. Madya Dr. Hidayatul Fathi Othman, untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kepekaan masyarakat penduduk terhadap nyamuk dan denggi. Pada masa yang sama, kami juga dibekalkan dengan jumlah risalah yang banyak untuk diedarkan kepada mereka sebagai inisiatif lain dalam memberi kesedaran kes denggi kepada para penduduk dari rumah ke rumah. Dengan kata lain, aktiviti yang dijalankan ini merupakan salah satu langkah yang berkesan dalam mencari punca kepada pembiakan nyamuk jika dilihat kembali tujuan borang soal selidik diedarkan. Dari segi aspek ini, tahap keberkesanan semua aktiviti sepanjang program Cari & Musnah dijalankan dapat diketahui dan dinilai sama ada mencapai target atau sebaliknya. Sementara itu, aktiviti ini amat memerlukan skil komunikasi yang baik agar pendekatan kepada masyarakat penduduk dapat berjalan dengan lancar dan mesra. Aspek ini dapat ditunjukkan oleh para sukarelawan UKM termasuk saya disebabkan oleh kerjasama para penduduk di sana amat memberansangkan dan kepetahan dan kebijaksanaan kami dalam memberi info yang ringkas dalam bahasa mudah yang membolehkan mereka faham dan penerangan tidak memakan masa yang lama. Dengan ini, kemampuan kami untuk berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat dapat dipertingkatkan lagi apabila kami sentiasa mempraktikkan dan menonjolkan skil komunikasi yang baik dan efektif. Tidak dilupakan juga tentang perhatian kepada persekitaran terutamanya di kawasan perumahan ini yang tidak mencapai tahap kebersihan yang memuaskan yang menyumbang kepada kehadiran kes denggi di kawasan tersebut. Jelas sekali, faktor kebersihan dapat menimbulkan pelbagai masalah kesihatan jika tidak ditekankan dan diutamakan. Sehubungan dengan itu, penjagaan kebersihan persekitaran yang tinggi di semua kawasan boleh menceriakan dan mencantikkan pemandangan kawasan tersebut serta boleh mengurangkan masalah pencemaran udara.

5. Pada 15 November 2015, aktiviti pemasangan ALOT (perangkap nyamuk), risalah ALOT, pengedaran borang soal selidik dijalankan dan juga pengedaran losyen repelen kepada semua sukarelawan UKM bertempat di Apartment Seri Meranti Bandar Sri Damansara bersama komuniti. Sebelum aktiviti-aktiviti ini dijalankan, terlebih dahulu kami diberi taklimat ringkas berkenaan cara pemasangan ALOT, tujuan dipasang, tempat ALOT dipasang dan pengedaran borang soal selidik. Semasa taklimat berlangsung, kami dikehendaki mendengar dan memahami segala yang diterangkan supaya tidak berlaku salah faham semasa proses pemasangan ALOT nanti. Selesai taklimat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memasang ALOT di beberapa blok di tempat yang berbeza-beza. Pertama sekali, saya dan ahli kumpulan kecil bergerak ke tempat yang ditetapkan sebentar tadi dan memulakan proses pemasangan ALOT. Perangkap nyamuk ini merupakan kayu ukur kepada program Cari & Musnah ini, seterusnya untuk melihat impak perubahan tingkah laku masyarakat melalui Ovitrap Index (bilangan telur nyamuk). Ternyata, proses pemasangan ALOT ini tidaklah begitu rumit dan mengambil masa yang sekejap sahaja untuk menyiapkannya dengan adanya kerjasama antara semua ahli kumpulan yang membantu dan memperbetulkan kesalahan pemasangan ALOT

Page 12: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

12

tersebut. Selepas selesai kerja pemasangan ini, kami beralih kepada tugas pengedaran borang soal selidik kepada para penduduk di sana untuk lebih mengetahui tahap kesedaran mereka terhadap kes denggi. Tugasan ini dapat menarik minat kami agar melibatkan diri dalam komuniti seperti menjadi sukarelawan bagi mana-mana program yang sangat digalakkan oleh pihak kerajaan dan semua peringkat masyarakat di samping dapat mempelajari banyak pengetahuan dan perkara yang baru yang dapat membentuk diri menjadi seorang mahasiswa dan manusia yang berwibawa, berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang tinggi.

6. Pada 21 November 2015, aktiviti penukaran paddle (kayu) di dalam perangkap nyamuk (ALOT) yang diletakkan pada 15 November 2015 dan edaran risalah aedes kepada penduduk perumahan di Seksyen 13, Shah Alam. Aktiviti Cari & Musnah tidak dapat dijalankan kerana kurang penyertaan daripada para sukarelawan disebabkan terlibat dengan program universiti pada masa itu. Perangkap nyamuk ini merupakan kayu ukur kepada program Cari & Musnah dan untuk melihat impak perubahan tingkah laku masyarakat melalui bacaan Ovitrap Index iaitu bilangan telur nyamuk. Penukaran paddle ALOT ini dilakukan secara bergilir-gilir oleh sukarelawan mengikut bilangan ALOT yang dipasang minggu lepas. Melalui aktiviti ini, struktur telur nyamuk dapat didedahkan dengan jelas kepada sukarelawan merangkap mahasiswa Fakulti Sains Kesihatan dan ini memberi pengetahuan baru kepada kami yang rata-rata tidak pernah kenal dan menjumpai telur nyamuk secara realiti. Dengan ini, keberkesanan program Cari & Musnah dapat ditingkatkan kerana para sukarelawan sebagai agen perubahan tingkahlaku Cegah Denggi dapat mengetahui dan mengenalpasti pembiakan nyamuk aedes dengan adanya kehadiran telur nyamuk di permukaan tempat air bertakung. Selain tu, pengetahuan ini juga dapat dipraktikkan oleh para sukarelawan di luar komuniti seperti di rumah, tempat penginapan kolej dan sebagainya seterusnya dapat memberi pendedahan kepada masyarakat luar tentang pembiakan nyamuk melalui kehadiran telur.

7. Pada 29 November 2015, aktiviti penukaran paddle (kayu) di dalam perangkap

nyamuk (ALOT) yang diletakkan pada 21 November 2015 dan edaran borang soal selidik kepada penduduk di Rumah Pangsa Damansara Damai. Aktiviti ini dilakukan secara berasingan oleh beberapa kumpulan yang berbeza. Pembahagian kumpulan kecil dilakukan untuk mengendalikan edaran borang soal selidik dari rumah ke rumah, manakala sebilangan kecil sukarelawan yang lain akan menggantikan paddle ALOT di sekitar kawasan tersebut mengikut blok atau spot tempat pemasangan ALOT. Setiap blok diwakili oleh satu sukarelawan untuk edaran borang soal selidik tetapi bergerak ke tempat lokasi dalam dua orang disebabkan faktor keselamatan yang tidak berapa tinggi di kawasan tersebut. Pada kali ini, kebanyakan penduduk tidak memberikan kerjasama dalam aktiviti ini kerana mereka seolah-olah tidak menyenangi dengan perbuatan sukarelawan yang berkunjung ke rumah mereka dan meminta mereka untuk mengisi borang tersebut. Tujuan borang ini diedarkan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan kepekaan penduduk terhadap kes aedes dan denggi dan langkah ini amatlah penting dilakukan agar faktor yang menyumbang kepada pembiakan nyamuk dan peningkatan kes denggi dapat dikesan di samping keberkesanan program dapat dipertingkatkan lagi dengan mengadakan ceramah

Page 13: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

13

tentang penjagaan kebersihan rumah dan kawasan sekitar dengan sebetulnya dan pendedahan kepada para penduduk dan masyarakat luar tentang nyamuk aedes dan denggi dapat dilakukan supaya dapat memberi kesedaran yang lebih mendalam lagi kepada mereka dan mereka dapat mengambil tindakan secepatnya sebelum semuanya terlambat.

INFO SIHAT TENTANG NYAMUK AEDES & DENGGI

1. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/video/D/Video%20Denggi/Denggi_Te

mpat%20Pembiakan_BM.php 2. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/mediadenggi.php 3. http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/flyer/index.php 4. https://www.facebook.com/Malaysian-Health-Promotion-Board-

115630143141/?fref=ts

Page 14: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

14

LAMPIRAN

Cari & Musnah dan aktiviti gotong royong di Seksyen 8, Shah Alam

pada 3 Oktober 2015

Penyediaan botol kecil kepada para peserta yang ditugaskan untuk mengambil sampel air

yang mengandungi jentik-jentik

Sesi bergambar bersama semua sukarelawan di akhir slot selepas penat lelah melaksanakan

tugas berhampiran dengan booth “Perangi Aedes Habis-habisan”

Page 15: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

15

Cari & Musnah bersama JMB Vista, MBPJ, PKD Petaling dan

sukarelawan FSK UKMKL di Rumahpangsa Antara Vista Jalan

Kenanga, Kampung Ara Selatan pada 4 Oktober 2015

Ketibaan para sukarelawan pada waktu pagi di Rumah Pangsa Antara Vista dengan keadaan

jerebu yang teruk pada masa itu

Sesi taklimat yang dimulai dengan bacaan doa oleh imam surau kawasan tersebut berkaitan tentang status kes denggi pada masa itu di kawasan sekitar Selangor dan maklumat ringkas

tentang pengendalian tugas

Page 16: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

16

Sesi pameran yang dikendalikan oleh pihak Kementerian Kesihatan bertempat di blok rumah

pangsa berhadapan dengan bilik balai raya beserta dengan Ketua dan Penolong rumah pangsa

Penggambaran di slot akhir aktiviti bersama semua sukarelawan dengan penolong rumah

pangsa di kawasan rumah pangsa antara vista

Page 17: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

17

Pengendalian program Cari & Musnah di Rumahpangsa Puncak Ara,

Jalan Teratai pada 17 Oktober 2015

Taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ahli Majlis kepada para sukarelawan UKM

berkenaan tugas yang akan dijalankan

Penggambaran di akhir slot aktiviti bersama dengan Ahli Majlis

Page 18: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

18

Aktiviti pemasangan ALOT dan edaran borang soal selidik pada 15

November 2015

Proses pemasangan ALOT dan spot ALOT ditempatkan

Contoh spot ALOT dipasang sebanyak 3 ALOT

Page 19: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

19

Pemasangan ALOT oleh salah seorang penduduk dan dibantu oleh sukarelawan UKM yang

memasukkan bahan beracun yang membunuh jentik-jentik

Info tentang perangkap nyamuk (ALOT)

Page 20: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

20

Aktiviti penukaran paddle ALOT dan edaran risalah aedes pada 21

November 2015

Penukaran paddle ALOT dilakukan oleh saya dan ahli kumpulan sukarelawan

Proses penukaran paddle dan meletakkan paddle lama yang mengandungi telur ke dalam

beg plastik

Page 21: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

21

Kahadiran telur nyamuk yang berwarna hitam di permukaan paddle

Penukaran paddle oleh sukarelawan kumpulan kecil yang lain

Page 22: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

22

Edaran borang soal selidik kepada penduduk rumah pangsa

Damansara Damai pada 29 November 2015

Semasa menunggu tuan rumah membuka pintu untuk edarkan borang soal selidik

Borang soal selidik diedarkan kepada tuan rumah

Page 23: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

23

Semasa pengedaran borang soal selidik dijalankan di blok

Memberi salam dan menunggu respon daripada tuan rumah untuk pengedaran borang soal

selidik

Page 24: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

24

LAPORAN AKHIR

REFLEKSI DIRI

Setelah beberapa kali menjadi sukarelawan dalam mengikuti program Cari & Musnah ini, banyak pengetahuan dan perkara baru yang saya perolehi daripadanya. Antaranya ialah, saya dapat menerapkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar dengan menyumbang bakti dan tenaga dalam usaha bersama pihak Kementerian Kesihatan dalam memerangi aedes habis-habisan. Langkah yang saya ambil untuk melakukan tugas ini adalah melatih dan mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran teknikal untuk pendekatan yang efektif kepada semua lapisan masyarakat penduduk. Setiap penyertaan saya dalam program ini, saya dapat meningkatkan dan mempraktikkan diri saya dalam berkomunikasi dengan cara yang baik dan efektif melalui percakapan yang sopan, kepetahan, kebijaksanaan dan kesabaran yang tinggi untuk berhadapan dengan masyarakat lebih-lebih lagi dengan kerja-kerja komuniti. Dengan ini, kemampuan berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat dapat diwujudkan melalui elemen-elemen ini yang harus ada pada setiap individu. Secara tidak langsung, kejayaan ini dapat menyumbang kepada keberhasilan target program ini selanjutnya aspek tanggungjawab terhadap persekitaran dapat ditonjolkan dengan jelas sekali. Tambahan pula, sikap tanggungjawab, peka dan prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan persekitaran dapat diterapkan dalam diri saya semasa mengendalikan aktiviti-aktiviti dalam program ini yang dapat membuatkan saya lebih bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam usaha untuk mencapai target program. Tanggungjawab terhadap alam sekitar juga dapat dilihat melalui amalan gotong royong antara para sukarelawan dan para penduduk yang membersihkan kawasan padang dan persekitaran perumahan bertujuan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dengan cara membersihkan tempat yang dipenuhi sampah sarap, membuang air yang bertakung, membersihkan bekas air bertakung dan memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik abate ke dalam bekas berisi air seperti alas pasu bunga. Tambahan lagi, pengulangan aktiviti seperti edaran risalah aedes dan denggi, edaran borang soal selidik dan tinjauan ke rumah penduduk pada kerap kali selama beberapa minggu merupakan salah satu langkah menyedarkan para penduduk tentang status aedes dan denggi dan juga sebagai peringatan berulang kepada mereka agar sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan secepatnya dengan mengikuti segala yang disarankan oleh pihak kami dan Kementerian Kesihatan. Setelah menyertai program ini berkali-kali, perkara yang saya dapat amalkan adalah sikap menjaga privasi tuan rumah dan menghormati serta bertolak ansur terhadap respon dan layanan mereka terhadap tinjauan para sukarelawan ke rumah mereka. Hal ini adalah disebabkan kerana mereka tidak mahu privasi mereka diganggu lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu dan faktor lain adalah mereka berasa bosan dengan kehadiran para sukarelawan pada setiap hujung minggu yang membuat benda yang sama seperti memberi info ringkas tentang aedes, mengedarkan risalah, membuat tinjauan rumah dan sebagainya. Melalui program ini, saya dapat mengajar diri saya dalam memberi komitmen dalam apa jua kerja dan tugas supaya segala perkara yang dilakukan dapat berjalan dengan baik dan lancar di samping penghasilan tugas yang cemerlang dan memberansangkan. Dalam pada itu, sikap ini penting dipraktikkan dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti program ini supaya aspek kepekaan dan keprihatinan kita terhadap masyarakat dan sekelilingnya dapat

Page 25: LAPORAN PROGRAM CARI & MUSNAH AEDES ANJURAN … · 2015-12-25 · pembiakan nyamuk Aedes yang mampu memberi ancaman kepada masyarakat setempat ... pertukaran kayu ukur di dalam perangkap

25

ditingkatkan dan ditonjolkan. Perkara lain yang saya perolehi adalah mewujudkan hubungan yang mesra dalam kerja berpasukan kerana ia akan memudahkan lagi kerja dalam mengendalikan aktiviti program terutama program yang memerlukan pendekatan yang berkesan kepada masyrakat dan persekitaran, bertolak ansur dengan ahli kumpulan supaya tidak berlaku salah faham dan bekerjasama dalam melakukan semua tugasan untuk mendapat hasil kerja yang baik dan kelancaran serta kemudahan dalam melaksanakannya. Tugasan yang saya lakukan sepanjang menyertai program ini dapat membuka mata dan menarik minat saya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja komuniti yang mana sangat digalakkan oleh pihak kerajaan dan masyarakat luar kerana penyertaan inilah yang diharapkan oleh mereka dalam memberi sumbangan bakti kepada masyarakat, persekitaran dan negara selain dapat memberi banyak kelebihan dan faedah kepada seseorang individu. Sementara itu, saya juga dapat mengetahui dan mengenalpasti struktur dan warna telur nyamuk dengan jelas dan ini merupakan pengetahuan yang baru buat saya kerana sebelum ini saya tidak mengenali rupa bentuk telur nyamuk malah jarang menjumpainya serta tidak didedahkan dengan perkara tersebut. Dalam hubungan ini, saya sukarelawan program sebagai agen perubahan tingkah laku cegah denggi dapat mempraktikkan pengetahuan ini di luar komuniti dan juga dapat memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai hal ini. Selanjutnya, saya dapat membuat penilaian kasar terhadap keberkesanan program ini dan perubahan tingkah laku masyarakat penduduk melalui tinjauan yang dilakukan ke setiap rumah, pemerhatian terhadap kebersihan kawasan persekitaran dan bacaan Ovitrap Index (bilangan telur nyamuk). Akhir sekali, saya juga dapat menunjukkan kepekaan terhadap permasalahan masyarakat dan kawasan persekitaran melalui perasaan yang dapat merasai kesusahan dan keperitan hidup di kawasan setinggan yang realitinya mempunyai tahap kebersihan yang rendah tambahan lagi kesempitan ruang yang menyesakkan lagi keadaan hidup di kawasan itu. Pada dasarnya, situasi ini juga merupakan antara salah satu faktor utama yang menyumbang kepada permasalahan pembiakan nyamuk aedes melalui peratusan air bertakung, penimbunan sampah sarap di kawasan sekitar dan sebagainya. Harapan saya setelah mengikuti program ini adalah agar pihak berwajib memperbanyakkan lagi program komuniti dan sukarelawan seperti ini atau dari segi aspek lain supaya negara kita dapat melahirkan ramai sukarelawan yang rela hati dalam menyumbangkan jasa dan tenaga mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat seterusnya dapat membentuk individu yang berkeyakinan, berwibawa, berketerampilan dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dalam diri. Sekian, terima kasih.