manual pengurusan peperiksaan 2011

29
Manual Pengurusan Peperiksaan 2011 SMK Felda Besout (Sekolah Bestari Luar Bandar) SMK (F) BESOUT, 35600 SUNGKAI, PERAK. PENGURUSAN DAN PENILAIAN PEPERIKSAAN TAHUN 2011 1. LATAR BELAKANG Penilaian dan Peperiksaan adalah merupakan satu proses untuk menilai pencapaian dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru, semua perkara yang berkaitan dangan pengurusan penilaian dan peperiksaan perlu didokumentasikan sebagai instrumen untuk mewujudkan satu sistem yang berkualiti, berkesan dan berterusan. 2. OBJEKTIF 2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan penilaian dan peperiksaan dalaman sekolah yang merangkumi Ujian Bulanan, Ujian Rasmi, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. 2.2 Mewujudkan keseragaman dalam proses penilaian dan peperiksaan di peringkat sekolah. 2.3 Memastikan penilaian dan peperiksaan dapat dijalankan dengan sistematik dan berkesan. 2.4 Bekerjasama dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi melaksanakan peperiksaan selaras, percubaan PMR dan SPM. 2.5 Menyelaras dan memastikan kelancaran proses yang berkaitan dengan peperiksaan awam PMR dan SPM.

Upload: syariza-sharil

Post on 23-Oct-2015

129 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

SMK (F) BESOUT,35600 SUNGKAI, PERAK.

PENGURUSAN DAN PENILAIAN PEPERIKSAAN TAHUN 2011

1. LATAR BELAKANG

Penilaian dan Peperiksaan adalah merupakan satu proses untuk menilai pencapaian dan

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Justeru, semua

perkara yang berkaitan dangan pengurusan penilaian dan peperiksaan perlu

didokumentasikan sebagai instrumen untuk mewujudkan satu sistem yang berkualiti, berkesan

dan berterusan.

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan penilaian dan

peperiksaan dalaman sekolah yang merangkumi Ujian Bulanan, Ujian Rasmi,

Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.

2.2 Mewujudkan keseragaman dalam proses penilaian dan peperiksaan di peringkat sekolah.

2.3 Memastikan penilaian dan peperiksaan dapat dijalankan dengan sistematik dan

berkesan.

2.4 Bekerjasama dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri bagi

melaksanakan peperiksaan selaras, percubaan PMR dan SPM.

2.5 Menyelaras dan memastikan kelancaran proses yang berkaitan dengan peperiksaan

awam PMR dan SPM.

Page 2: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

3. JAWATANKUASA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

4. PENGURUSAN PENILAIAN PEPERIKSAAN

4.1 Penggubalan dan Penyediaan Kertas Soalan:4.1.1 Semua penggubal kertas soalan adalah ditetapkan oleh panitia mata pelajaran

melalui Mesyuarat Panitia kali pertama.

4.1.2 Sebarang perubahan yang mungkin disebabkan oleh pertukaran guru perlu

dimaklumkan kepada Unit Peperiksaan oleh Ketua Panitia.

4.1.3 Bilangan kertas dan format kertas peperiksaan adalah diselaras oleh Ketua

Bidang melalui Mesyuarat Panitia.

4.1.4 Tarikh ujian / peperiksaan adalah seperti yang tercatat di dalam Takwim

Peperiksaan sekolah. Walau bagaimanapun tarikh ini adalah tertakluk kepada

pindaan yang dibuat oleh pihak sekolah.

PENGERUSI (Pengetua)Pn Hjh Siti Mariam bt. Joned

SETIAUSAHA PEPERIKSAANEn. Zairul Hisham b. Zahari

PEPERIKSAAN SPMCik Nur Hafidah bt. Abd Mues

PEPERIKSAAN DALAMAN (Pg)Pn. Fazilah bt. Awang Kechik

Cik Munirah bt. Bahari

NAIB PENGERUSI 2 (PK Ptg)En Abdul Rahim Bin Ghazali

NAIB PENGERUSI 1 (PK 1)Tn. Hj. Idris b. Johari

PEPERIKSAAN PMREn. Halimi b. Kasdi

PEPERIKSAAN DALAMAN(Ptg)En. Othman b. Jaafar

En. Shaharul Hilmi b. Ayob

HEADCOUNTPn Habibah bt. Yusoff

Yusniza bt. Yusof

PBSPK 1

Page 3: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

4.1.5 Soalan-soalan bagi ujian dan peperiksaan mestilah berdasarkan sukatan yang

telah diajar dan mengikut Rancangan Tahunan Mata Pelajaran serta menepati

format yang ditetapkan oleh Panitia.

4.1.6 Soalan perlu ditaip dengan kemas dan mempunyai ciri-ciri yang dicadangkan

seperti berikut:-

a) Jenis Font : Arialb) Saiz Font : 10c) Spacing : 1 @ 1½ (single @ 1.5 lines)d) Saiz Kertas : A4e) Margins : i) Top = 0.7”

ii) Bottom = 0.7”iii) Left = 0.7”iv) Right = 0.7”

4.1.7 Soalan-soalan yang digubal tidak dibenarkan sama sekali menggunakan

kaedah gunting dan tampal (cut and paste) tetapi kaedah tersebut dibenarkan

untuk gambarajah dan jadual sahaja.

4.1.8 Kertas soalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun digalakkan

mempunyai muka surat depan yang diformatkan oleh Unit Penilaian dan

Peperiksaan.

4.1.9 Semua alatan untuk penyediaan soalan Ujian Rasmi, Peperiksaan

Pertengahan dan Akhir Tahun akan dibiayai oleh Unit Penilaian dan

Peperiksaan.

4.1.10 Penyediaan soalan adalah bergantung kepada bilangan iaitu:

a) Lebih daripada 70 set : cetakan riso

b) Kurang daripada 70 set : fotostat

4.1.11 Bagi keadaan-keadaan tertentu penggunaan fotostat dan cetakan riso boleh

dilakukan walaupun bilangan set soalan kurang daripada yang ditetapkan

dengan kebenaran pihak Pentadbir.4.1.12 Kertas soalan hendaklah disiapkan dengan pengesahan Ketua Panitia, dua

minggu sebelum hari pertama peperiksaan bermula untuk diserahkan

kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman berserta dengan skema jawapan

dan Jadual Spesifikasi Item (JSI).

4.1.13 Setiap kertas soalan perlu disertakan dengan “Maklumat Percetakan” untuk

melancarkan urusan percetakan.

4.1.14 Penggubal kertas soalan akan mengambil kertas soalan yang telah dicetak di

bilik cetak, seterusnya soalan tersebut diklip dan disusun mengikut kelas.

Segala urusan penyediaan kertas soalan tersebut hendaklah diuruskan di

kalangan guru sahaja tanpa penglibatan daripada pelajar. Ini bagi mengelak

Page 4: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

daripada kebocoran soalan.

4.1.15 Sampul plastik dan rumusan kertas soalan akan disediakan oleh Unit Penilaian

dan Peperiksaan.

4.1.16 Penggubal dikehendaki mengisi butiran pada helaian rumusan kertas soalan

dan memasukkan rumusan tersebut berserta dengan kelengkapan peperiksaan

seperti OMR, helaian tambahan, lukisan dan kertas graf secukupnya di dalam

sampul plastik.

4.1.17 Bilangan soalan yang disediakan hendaklah lebih 1 set daripada bilangan

pelajar sebenar dengan set utama yang mengandungi ERATA (jika ada)

dengan menggunakan pen dakwat merah.

4.2 Keselamatan4.2.1 Setiausaha Peperiksaan Dalaman bertanggungjawab memastikan soalan-

soalan yang disediakan, dicetak dan disimpan di dalam bilik khas / almari yang

keselamatannya terjamin.

4.2.2 Jadikan bilik cetak dan juga kawasan berdekatan sebagai kawasan larangan.

4.2.3 Semua urusan berkenaan dengan kertas soalan peperiksaan hendaklah

diuruskan di bilik cetak, bilik peperiksaan atau tempat lain yang terjamin

keselamatannya.

4.3 Kelengkapan Peperiksaan4.3.1 Kertas OMR, graf, lajer, buku tunai, lukisan dan examination pad bagi ujian

Rasmi dan Peperiksaan akan disediakan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan

4.4 Persediaan Tempat Ujian / Peperiksaan4.4.1 Unit Penilaian dan Peperiksaan akan menentukan tempat ujian / peperiksaan

yang sesuai dengan persetujuan pentadbir sekolah.

4.4.2 Guru kelas bertanggungjawab untuk memastikan keadaan bilik / dewan sesuai

untuk pelajar menduduki ujian / peperiksaan dari segi peralatan, kebersihan,

kekemasan dan susun atur kerusi meja calon mengikut kesesuaian sekolah

berpandukan peraturan Lembaga Peperiksaan.

4.4.3 Semua carta dan maklumat yang boleh membantu pelajar menjawab soalan

hendaklah diturunkan / ditutup.

4.4.4 Maklumat peperiksaan seperti jadual waktu dan jadual pengawasan perlu

dimaklumkan kepada pelajar dan ditampal di papan kenyataan kelas.

Page 5: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

4.5 Pengawasan4.5.1 Pengawasan bagi Ujian Rasmi, Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun

serta Peperiksaan Percubaan SPM dan PMR akan disediakan oleh Unit

Penilaian dan Peperiksaan.

4.5.2 Pengawas pada waktu pertama perlu:

a) mengambil kertas soalan dan menandatangani Borang Pergerakan

Dokumen di bilik Unit Penilaian dan Peperiksaan mengikut jadual waktu

peperiksaan sepuluh minit lebih awal.b) memastikan bilik darjah / dewan peperiksaan kemas dan sesuai

sebagai tempat ujian / peperiksaan mengikut kesesuaian sekolah

berpandukan peraturan Lembaga Peperiksaan.

c) memastikan buku teks, nota, kotak pensel dan beg pelajar ditinggalkan

di luar kelas / dewan.

d) mencatatkan maklumat berikut di papan putih di dalam kelas semasa

peperiksaan berlangsung:

1. Mata pelajaran & kod

2. Tarikh, masa & tempoh

3. Ralat (jika ada)

e) Menyenaraikan nama pelajar yang tidak hadir pada helaian rumusankertas soalan.

4.5.3 Pengawas pada waktu terakhir perlu:

a) menamatkan ujian / peperiksaan.

b) mengumpul dan mengira skrip jawapan supaya akur dengan bilangan

pelajar.

c) mencatatkan bilangan skrip yang dikumpul.

d) menghantar sendiri sampul skrip pelajar ke bilik Unit Penilaian &

Peperiksaan dan menandatangani Borang Pergerakan Dokumen.

4.5.4 Pengawas bertanggungjawab terhadap kelas yang diawasi pada sepanjang

masa pengawasan.

4.5.5 Kes-kes penyelewengan seperti meniru, menyeludup nota dan sebagainya

perlu dimaklumkan kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan dengan serta merta

pada hari berkenaan juga. Pengawas tersebut perlu mengisi borang kes-kes

penyelewengan yang disediakan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan.

Tindakan akan diambil jika pelajar terbukti bersalah. Walaubagaimanapun,

Page 6: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

calon yang melakukan penyelewengan tersebut perlu dibenar meneruskan

ujian / peperiksaan.

4.5.6 Pelajar tidak dibenar menggunakan cecair pemadam semasa peperiksaan.

4.5.7 Pelajar juga tidak dibenarkan meminjam alatan tulis daripada calon lain semasa

ujian / peperiksaan sedang berlangsung kecuali dengan kebenaran daripada

Pengawas Bertugas.

4.5.8 Semasa peralihan tempat mengawas, pengawas perlu bergerak selepas lima

minit bagi membolehkan pengawas yang baru, sampai ke kelas tersebut.

4.5.9 Pelajar tidak dibenarkan menghantar skrip kosong dan pengawas bertugas

tidak akan menerima skrip kosong serta menyuruh pelajar menjawab soalan.

4.6 Ketidakhadiran pelajar semasa ujian / peperiksaan4.6.1 Ujian setara boleh diberi hanya kepada pelajar yang tidak hadir dengan sebab-

sebab berikut:

a) sakit dengan bukti surat doktor.

b) mengikuti aktiviti rasmi di luar sekolah.

c) mewakili sekolah dalam sebarang acara.

4.6.2 Bagi kes pelajar yang keluar mengikuti aktiviti rasmi ataupun mewakili sekolah,

Pengurus atau Jurulatih perlu mengisi borang khas dan disahkan oleh

Pengetua. Borang tersebut perlu dihantar ke Unit Penilaian dan Peperiksaan

dengan segera sebelum pelajar keluar dari sekolah.

4.6.3 Ujian Setara perlu dijalankan ke atas pelajar yang tidak mengambil ujian /

peperiksaan. Ujian / peperiksaan akan dijalankan oleh UPP dalam 3 hari dalam

tempoh peperiksaan dan ia menjadi tanggungjawab guru mata pelajaran

pelajar berkenaan selepas tempoh yang ditetapkan oleh UPP dan dijalankan

pada waktu-waktu yang difikirkan sesuai. Ujian Setara ini juga perlu diawasi

oleh guru supaya tiada kes-kes penyelewengan berlaku.

4.6.4 Jawapan pelajar hendaklah disemak oleh pemeriksa dan markah yang

diperoleh adalah diambil kira dan dimasukkan ke dalam sispol bagi pelajar

yang mempunyai sebab seperti di 4.6.1. Manakala bagi pelajar yang ponteng

tanpa sebab markah hanya dimasuk ke dalam fail rekod mengajar sahaja.

4.7 Pemarkahan4.7.1 Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan perlu memastikan pemeriksaan

kertas jawapan hendaklah diselesaikan seminggu selepas tamat peperiksaan.

4.7.2 Pemeriksa skrip hendaklah memeriksa skrip jawapan pelajar berpandukan

Page 7: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

skema yang yang telah disediakan oleh penggubal.

4.7.3 Penyemakan kertas jawapan bersama pelajar-pelajar perlu dielakkan untuk

meminimumkan kesilapan pemarkahan atau pengiraan markah.

4.7.4 Markah pelajar hendaklah dimasukkan kedalam SISPOL bermula hari pertama

hingga seminggu selepas kertas terakhir sesuatu ujian/peperiksaan.

4.7.5 Gred Pemarkahan:

a) Kelas Tingkatan 1, 2 dan 3

Gred Markah Mata Skala Gred Status

A 80 – 100 4 1 L

B 65 – 79 3 2 L

C 50 – 64 2 3 L

D 40 – 49 1 4 L

E 00 - 39 0 5 G

b) Tingkatan 4 dan 5

Gred Markah Mata Skala Gred Status

A+ 90 – 100 4.00 0 L

A 80 – 89 4.00 1 L

A- 75 – 79 3.50 2 L

B+ 70 – 74 2.50 3 L

B 65 – 69 2.00 4 L

C+ 60 – 64 1.50 5 L

C 50 – 59 1.00 6 L

D 40 – 49 1.00 7 L

E 30 – 39 0.50 8 L

G 00 – 29 0 9 G

4.7.6 Pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dikira lulus sekiranya lulus dalam semuamata pelajaran PMR.

4.7.7 Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 dikira lulus sekiranya lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu.

Page 8: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

4.7.8 Bagaimanapun GPMP adalah mengambil kira bilangan semua matapelajaran.

4.8 Buku Pelaporan Kemajuan Murid dan Helaian Markah

4.8.1 Bagi pengisian markah untuk Ujian Rasmi 1, 2, peperiksaan pertengahan tahun

dan akhir tahun dalam sistem berkomputer adalah menjadi tanggungjawab

Guru Matapelajaran masing-masing melalui sistem “online sispol”.

4.8.2 Guru Tingkatan perlu memastikan bahawa markah cetakan berkomputer yang

diperolehi daripada SISPOL adalah betul sebelum ditampal ke dalam buku

pelaporan murid.

4.8.3 Penyerahan buku pelaporan pelajar kepada Pentadbir perlu berserta duasalinan helaian markah yang telah ditandatangani oleh Guru Tingkatan.

4.8.4 Buku pelaporan yang telah ditandatangani oleh Pentadbir akan diserahkan

kepada Guru Tingkatan untuk diedarkan kepada ibu bapa / penjaga secara

langsung pada Hari Interaksi atau Hari Terbuka melalui pelajar itu sendiri.

4.8.5 UPP telah menetapkan bahawa buku pelaporan pelajar ting 3 dan 5

ditandatangani oleh pengetua, ting 1 Annur, 2 Annur dan 4 ditandatangani oleh

PK1, manakala ting 1 dan 2 sesi petang ditandatangani oleh PK Petang.

4.8.6 Kad 001 hendaklah sentiasa di kemaskini dengan butiran terkini pelajar oleh

guru tingkatan. Bagi tingkatan 3 dan 5, Kad 001 pelajar hendaklah di letakkan

di dalam bilik peperiksaan sebelum Peperiksaan Percubaan berlangsung. Kad

001 tersebut hendaklah diserahkan kepada kaunselor sekolah sebelum cuti

akhir tahun untuk disimpan.

Page 9: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (F) BESOUT,35600 SUNGKAI, PERAK.

TAKWIM PEPERIKSAAN 2011PEPERIKSAAN DALAMAN

BIL UJIAN / PEPERIKSAAN TARIKH

1 Ujian Rasmi 1 (Ting. 1, 2, 3 & KPK) 9 - 11 Mac 2011

2 Ujian Rasmi 1 (Ting. 4 & 5) 7 - 11 Mac 2011

3 Pep. Pertengahan Tahun (Ting. 1, 2, 3 &KPK)

09 – 13 Mei 201113 Mei 2011 – Bahasa Arab

4 Pep. Pertengahan Tahun (Ting. 4 & 5) 09 – 27 Mei 2011

5 Ujian Rasmi 2 (Ting. 1, 2 & KPK) 27 – 29 Julai 2011

6 Ujian Rasmi 2 (Ting 4 & 5) 25 – 29 Julai 2011

7 Pep. Akhir Tahun (Ting 1, 2 & KPK) 28, 31 Okt – 4 Nov 2011

8 Pep. Akhir Tahun (Ting. 4) 24 Okt – 4 Nov 2011

PEPERIKSAAN AWAM

PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)

BIL UJIAN / PEPERIKSAAN TARIKH

1 Pendaftaran Calon 4 – 31 Jan 2011

2 Kerja Kursus 4 Jan – 31 Julai 2011

3 Pep. Pra Percubaan PMR 11 - 15 Jul 2011

4 Percubaan PMR 03 – 09 Ogos 2011

5 Peperiksaan PMR 4 – 6, 10 - 11 Okt 2011

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

BIL UJIAN / PEPERIKSAAN TARIKH

1 Pendaftaran Calon 4 – 31 Jan 2011

2 ULBS 4 Feb – 31 Mac 2011

3 Kerja Kursus 1 Jan – 31 Julai 2011

4 Percubaan SPM 07 - 23 Sept 2011

5 Peperiksaan SPM 14 Nov – 14 Dis 2011

Page 10: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

5. TAKWIM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN SEKOLAH

BULAN TARIKH PERKARA TINDAKAN

JAN

UA

RI

04.01.11 PENILAIAN KERJA KURSUS BERMULA Peka Sains Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 Geografi Tingkatan 3 Sejarah Tingkatan 3 Pafa Tingkatan 3 dan 5 PLBS Tingkatan 1,2 dan 5 Kali I Rekacipta Tingkatan 4 dan 5 T.Maklumat Tingkatan 4 dan 5 ERT Tingkatan 4 dan 5 KHB Tingkatan 3

Guru M/P‘’‘’‘’‘’‘’‘’‘’‘’

S/U PMR/SPM

04.01.11 Pendaftaran peperiksaan awam bermula Taklimat PMR

S/U PMR

06.01.11 Penghantaran analisis PMR ke JPN dan PPD

Penghantaran analisis PMR ke Pengerusi Prosama Post Mortem PMR

S/U PMRK/Panitia

,,

27.01.11 Mesyuarat JK Peperiksaan kali pertama Semua JK

FEB

RU

AR

I 01.02.11 ULBS Tingkatan 4 dan 5 Penilaian Kerja Kursus PSV Tingkatan 5 Pendaftaran berkomputer PMR / SPM

Guru MPGuru MP

S/U PMR /SPM

09.02.10 Taklimat SPM S/U SPM

MA

C

28.02.11-

04.03.11 Minggu Ulangkaji Guru MP

07.03.11-

11.03.11

UJIAN RASMI I 2011 S/U Pep.Dalaman

Page 11: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

12.03.11-

20.03.11

Cuti Pertengahan Semester I - 2011 Penyemakan Kertas Jawapan Murid Kemasukan markah ujian ke dalam sispol

Semua guru

24.03.11 Headcount dan Post Mortem ujian 1 2011 S/U

Dalamam/Headcount

.03.11 Keputusan SPM 2009 Menyediakan analisis

S/U SPM

APR

IL

06.04.11 Pembentangan dan Post Mortem SPM 2011 Penghantaran anilisis SPM ke JPN / PPD Penghantaran analisis SPM ke Pengerusi Prosama

S/U SPMS/U SPMK.Panitia

04.11 PLBS Tingkatan 1, 2, 3 Kali ke 2 bermulaULBS Tingkatan 4 Kali I

Tarikh Tutup Pengesahan Pendaftaran SPM BagiCalon Sekolah

Guru B.M

S/U SPM

13.04.11 Semakan dan pengemaskinian stok peperiksaan S/U Pep

27.04.11 Mesyuarat JK Peperiksaan & PBS kali kedua Semua JK

MEI

13.05.11 Tarikh Akhir Pindah Pusat (SPM) Tarikh Akhir Menambah Atau Mengurang Mata

Pelajaran SPMGuru Tingkatan

02.05.11-

06.05.11 Minggu Ulangkaji Ting 4 dan 5 Guru MP

09.05.11-

27.05.11

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011Ting 4 dan5

Semua guru

02.05.11-

06.05.11 Minggu Ulangkaji Ting 1, 2 dan 3 Guru MP

Page 12: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

09.05.11-

13.05.11 PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

Ting 1, 2 dan 3Semua guru

JUN

28.05.11-

12.06.11

Cuti Pertengahan Tahun – 2011 Penyemakan Kertas Jawapan Murid

Kemasukan markah ke dalam sispol.

Guru MP

14.06.11 Headcount dan post mortem peperiksaanpertengahan tahun.

S/UDalaman/

Headcount

16.06.11 Penyerahan buku pelaporan pelajar ke pejabat Guru Tingkatan

24.06.11 HARI INTERAKSI IBU BAPA / PENJAGA – 2011 Semua Guru

JULA

I

07.11 ULBS Tingkatan 4 Kali ke – 2 PLBS Tingkatan 1, 2, 3 kali ke – 3 Guru MP

06.07.11 Mesyuarat JK Peperiksaan & PBS kali ketiga Semua JK

11.07.11-

15.07.11 PRA PERCUBAAN PMR Guru MP

18.07.11-

22.07.11 Minggu Ulangkaji semua Tingkatan Guru MP

25.07.11-

29.07.11

PERCUBAAN PMR UJIAN RASMI 2 Semua Guru

31.07.11

PENILAIAN KERJA KURSUS BERAKHIR Peka Sains tingkatan 3 dan 5 Geografi Tingkatan 3 Sejarah tingkatan 3 PAFA Tingkatan 3 dan 5 Rekacipta Tingkatan 5 T.Maklumat Tingkatan 5 ERT Tingkatan 5 KHB Tingkatan 3 PSV Tingkatan 5 ULBS Tingkatan 5

Guru MP

Page 13: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

OG

OS

02.08.11 Kemasukan markah percubaan PMR dan ujian 2 ke

dalam sispol Semua guru

04.08.11 Headcount dan post mortem peperiksaan percubaanPMR dan ujian 2

S/UDalaman/SU

PMRHeadcount

30.08.11 Penghantaran Markah ULBS & Kerja Kursus ke

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA secara on-line

S/U PMR /SPM

SEM

PTEM

BER 12.09.11

-07.10.11

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM S/U SPM

29.09.11 Mesyuarat JK Peperiksaan & PBS kali ke 4 Semua JK

OK

TOB

ER

03.10.11-

11.10.11Peperiksaan PMR S/U PMR

11.10.11 Pengisian markah percubaan SPM ke dalamlembaran markah berkomputer sispol Guru MP

14.10.11 Pengisian markah percubaan SPM ke dalamlembaran markah berkomputer lembaga peperiksaan S/U SPM

15.10.11 Menganalisis keputusan Peperiksaan PercubaanSPM S/U SPM

18.10.11 Mesyuarat Post Mortem keputusan PeperiksaanPercubaan SPM S/U SPM

20.10.11 Penghantaran analisis Percubaan SPM ke JPN, PPD

dan pengerusi Prosama DaerahS/U SPMK.Panitia

Page 14: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

BULAN TARIKH PERKARA TINDAKANO

KTO

BER

17.10.11-

21.10.11 Minggu Ulangkaji Ting 4 Guru MP

24.10.11- 04.11.11 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Ting 4Semua guru

23.10.11-

27.10.11 Minggu Ulangkaji Ting 1 dan 2 Guru MP

28,31.10.11- 04.11.11 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Ting 1 dan 2Semua guru

NO

VEM

BER

12.11.11 Pengisian markah ke dalam lembaran markahberkomputer sispol dan buku pelaporan murid

S/U PepDlmnGuru

Tingkatan

15.11.11 Penyerahan buku pelaporan pelajar ke pejabatGuru

Tingkatan

16.11.11 Mesyuarat Post Mortem keputusan Peperiksaan

Akhir Tahun 2011

Semua Guru

17.11.11 HARI INTERAKSI IBU BAPA / PENJAGA – 2011 Semua Guru

15.11.11 PEPERIKSAAN SPM 2011 BERMULA GuruBertugas

DIS

EMB

ER

20.12.09 PEPERIKSAAN SPM 2011 TAMAT GuruBertugas

*Semua tarikh adalah tertakluk kepada pindaan

Page 15: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

6. PENGGUBAL DAN PEMERIKSA KERTAS

6.1 TINGKATAN 5

MATAPELAJARAN UJIAN RASMI 1

PPTUJIAN RASMI 2

Kertas 1 Kertas 2

B.Melayu

B.Inggeris

Sejarah

Matematik

P.Islam

Sains

Fizik

Kimia

Biologi

EST

M.Tambahan

E.Asas

Pdgn

Geografi

ERT

Rekacipta

T.Maklumat

PSV

PJPK

Sastera

Sivik

Page 16: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

6.2 TINGKATAN 4

MATAPELAJARAN

UJIANRASMI 1

PPT UJIANRASMI 2

PAT

Kertas 1 Kertas 2 Kertas 1 Kertas 2

B.Melayu

B.Inggeris

Sejarah

Matematik

P.Islam

Sains

Fizik

Kimia

Biologi

EST

M.Tamb.

E.Asas

Pdgn

Geografi

P.Moral

ERT

Rekacipta

T.Maklumat

PSV

PJPK

Sastera

Sivik

Page 17: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

6.3 TINGKATAN 3

MATAPELAJARAN UJIAN RASMI 1

PPTUJIAN RASMI 2

Kertas 1 Kertas 2

B.Melayu

B.Inggeris

Matematik

Sains

Sejarah

Page 18: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

6.4 TINGKATAN 2

MATAPELAJARAN

UJIANRASMI 1

PPTUJIAN

RASMI 2

PAT

Kertas 1 Kertas 2 Kertas 1 Kertas 2

B.Melayu

B.Inggeris

Matematik

Sains

Sejarah

Geografi

PSV

P.Islam

KHB

P.Moral

B.Arab

PJPK

L.Komputer

Sivik

Page 19: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

Geografi

PSV

P.Islam

KHB

P.Moral

B.Arab

PJPK

L.Komputer

Sivik

6.5 TINGKATAN 1

MATAPELAJARAN

UJIANRASMI 1

PPTUJIAN

RASMI 2

PAT

Kertas 1 Kertas 2 Kertas 1 Kertas 2

B.Melayu

B.Inggeris

Matematik

Sains

Sejarah

Page 20: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

Geografi

PSV

P.Islam

KHB

P.Moral

B.Arab

PJPK

L.Komputer

Sivik

Page 21: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

BUTIR-BUTIR YANG DIPERLU DIISI PADA GELANG / PEMBUNGKUS KERTAS SOALANUJIAN RASMI, PPT & PAT

CONTOH:

JENIS PEPERIKSAAN / UJIAN : PEP. PERTENGAHAN TAHUN

KELAS : 5 SAINS 2

MATA PELAJARAN : MATEMATIK KERTAS 2

TARIKH : 20 MEI 2010

MASA : 7.45 – 10.15 PAGI (2 JAM 30 MIN)

BILANGAN KERTAS SOALAN : 27

GURU BERTUGAS : CIK BADARIAH

PEMERIKSA SOALAN : EN. MOHD RODZI

KEHADIRAN : ____ / 22 (Diisi oleh pengawas bertugas)

1. Nama pelajar tidak hadir2.3.

BUTIR-BUTIR YANG PERLU ADA PADA MAKLUMAT PERCETAKAN

SMK (F) BESOUT, SUNGKAI, PERAK.

MAKLUMAT PERCETAKAN

JENIS PEPERIKSAAN : ……………………………………………MATA PELAJARAN : ……………………………………………TINGKATAN : ……………………………………………TARIKH UJIAN/PEPERIKSAAN : ............................................................BILANGAN MUKA SURAT : ............................................................BILANGAN SALINAN : ............................................................NAMA PENYEDIA SOALAN : ............................................................CATATAN : ............................................................

............................................................

Page 22: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

8. PERINCIAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN MENGIKUT MATAPELAJARAN

Bidang: BAHASA

MataPelajaran Tingkatan Bil.Kertas Kertas Peruntukan Masa

B. Melayu

1, 2, 3 2Kertas 1 1 jam

Kertas 2 2 jam 30 minit

4, 5 2Kertas 1 2 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam 30 minit

B.Inggeris

1, 2, 3 2Kertas 1 1 jam

Kertas 2 1 jam 30 minit

4, 5 2Kertas 1 1 jam 45 minit

Kertas 2 2 jam 15 minit

EST 4, 5 2Kertas 1 1 jam

Kertas 2 1 jam 15 minit

B.Arab 1, 2, 3 1 Kertas 1 2 jam

…………………………………………..( )

Page 23: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

Bidang: SAINS DAN MATEMATIK

Mata Pelajaran Tingkatan Bil.Kertas Kertas Peruntukan Masa

SAINS

1, 2, 3 2Kertas 1 1 jam

Kertas 2 1 jam 15 minit

4, 5 2Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam 15 minit

FIZIK 4, 5 3

Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam 30 minit

Kertas 3 1 jam 30 minit

KIMIA 4, 5 3

Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam 30 minit

Kertas 3 1 jam 30 minit

BIOLOGI 4, 5 3

Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam 30 minit

Kertas 3 1 jam 30 minit

MATEMATIK

1, 2, 3 2Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 1 jam 45 minit

4, 5 2Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam 30 minit

M.TAMBAHAN 4, 5 2Kertas 1 2 jam

Kertas 2 2 jam 30 minit

…………………………………………..( )

Page 24: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

Bidang: KEMANUSIAAN

Mata Pelajaran Tingkatan Bil.Kertas Kertas Peruntukan Masa

SEJARAH

1, 2, 3 1 Kertas 1 1 jam 15 minit

4, 5 2Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam 30 minit

GEOGRAFI

1, 2, 3 1 Kertas 1 1 jam 15 minit

4, 5 2Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam

P.ISLAM

1, 2, 3 1 Kertas 1 2 jam 30 minit

4.5 2Kertas 1 2 jam

Kertas 2 1 jam 40 minit

PSV

1, 2, 3 2Kertas 1 1 jam

Kertas 2 3 jam

4, 5 2Kertas 1 1 jam

Kertas 2 3 jam

P.MORAL1, 2, 3 1 Kertas 1 2 jam

4, 5 1 Kertas 1 2 jam 30 minit

PJPK1, 2, 3 1 Kertas 1 1 jam

4, 5 1 Kertas 1 1 jam

P.SIVIK1, 2, 3 1 Kertas 1 1 jam

4 1 Kertas 1 1 jam

…………………………………………..( )

Page 25: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

Bidang: TEKNOLOGI DAN VOKASIONAL

Mata Pelajaran Tingkatan Bil.Kertas Kertas Peruntukan Masa

KHB 1, 2, 3 2Kertas 1 1 jam 30 minit

Kertas 2 -

PERDAGANGAN 4, 5 2Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam

EKONOMI ASAS 4, 5 2Kertas 1 1 jam 15 minit

Kertas 2 2 jam

ERT 4, 5 2Kertas 1 1 jam

Kertas 2 2 jam

T.MAKLUMAT 4, 5 2Kertas 1 -

Kertas 2 2 jam 30 minit

L.KOMPUTER 1, 2, 3 2 -

Page 26: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

9. HEADCOUNT DAN POST MORTEM

Pengurusan berkaitan dengan headcount dan post mortem akan dikendalikan olehpenyelaras setiap tingkatan.

9.1 Menyediakan TOV, OTI dan ETR

9.2 Mengenal pasti pelajar cemerlang, potensi cemerlang dan potensi lulus.

9.3 Menyediakan graf pencapaian setiap tingkatan bermula daripada TOV sehinggapeperiksaan akhir tahun atau peperiksaan awam.

9.4 Menyediakan laporan dan pembentangan headcount setiap kali post mortemdijalankan.

10. PENGURUSAN PEPERIKSAAN AWAM

Pengurusan peperiksaan awam dijalankan mengikut Manual Prosedur Kerja (MPK) danFail Meja yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

11. PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Penilaian Berasaskan Sekolah dikendalikan oleh penyelaras PBS sekolah berpandukanManual Pengurusan PBS Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Page 27: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

Carta Aliran KerjaPengurusan Peperiksaan Dalaman

Penyediaan Jadual Waktu Peperiksaan,makluman tarikh akhir pengurusan peperiksaan,dasar pengurusan penilaian dan peperiksaaan

Setiausaha Peperiksaan Dalaman menerimasoalan dan skema

Pengurusan pencetakan

Proses pengisian markah ke dalam komputer

Pengurusan kertas soalan selepas dicetak

Taklimat Jadual Pengawasan / PeraturanPeperiksaan

Keputusan Peperiksaan kepada Guru Tingkatan

Keputusan Peperiksaan kepada pelajar

Analisis Peperiksaan

Page 28: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

Carta Aliran KerjaPengurusan Peperiksaan Awam

Setiausaha Peperiksaan Awam menghadiritaklimat

Taklimat kepada Penyelaras dan Guru Tingkatanoleh Setiausaha Peperiksaan Awam

Taklimat kepada pelajar oleh SetiausahaPeperiksaan Awam

Guru Tingkatan membantu SetiausahaPeperiksaan Awam mengedar, membimbing

calon mengisi borang pendaftaran dan memungutyuran (jika perlu)

Pelajar menyemak slip dan tandatangan

Mendaftar pelajar secara on-line

Mencetak slip kemasukan peperiksaan

Menyemak semula slip kemasukan peperiksaandan membuat pembetulan jika perlu

Menghantar markah kerja kursus dan ULBSsecara on-line

Mengedar jadual waktu peperiksaan

Mengedar slip kenyataan kemasukan

Page 29: Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

Manual Pengurusan Peperiksaan 2011

SMK Felda Besout(Sekolah Bestari Luar Bandar)

Penyediaan label meja calon

Penyediaan Dokumen Pengenalan Calon

Taklimat kepada pelajar sebelum peperiksaan

Penyusunan dewan dan bilik peperiksaan

Persediaan sebelum pengumuman keputusanpeperiksaan

Menyediakan senarai guru bertugas semasapeperiksaan

Pengedaran keputusan

Analisis keputusan