mantera perubatan melayu

Upload: muhammad-jailani-abu-talib

Post on 30-May-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Mantera Perubatan Melayu

    1/5

    Mantera Perubatan Melayu : Sebuah Tafsiran Hadith dan Al-QuranMuhammad Jailani Abu Talib

    Yang DipertuaPersatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya

    Pengenalan

    Sistem psikologi, kepercayaan serta kosmologi orang Melayu berlegar antara dua perkara yang kompleksdengan sejarah perkembangannya yang tersendiri. Biarpun di satu sudut, Islam telah banyakmempengaruhi gaya hidup dan budaya masyarakat Melayu, perkara tersebut masih belum berupayauntuk membasmi sistem kepercayaan Melayu yang sedia ada. Secara umumnya, masyarakat Melayutelah melalui beberapa fasa perubahan dalam sistem kepercayaannya. Antaranya, masyarakat Melayutelah menganuti kepercayaan animisme, Buddha, Hindu dan Islam. Kendatipun begitu, antara keempat-empat kepercayaan yang telah disebutkan, Islam merupakan agama yang telah memberikan kesan danimpak yang mendalam dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dalam erti kata yang lain, Islam merupakankepercayaan yang dominan dalam dasar psikologi orang Melayu.

    Perihal tersebut dapat diperhatikan pada segenap aktiviti orang Melayu. Antaranya termasuklahkepercayaan orang Melayu terhadap keupayaan mantera, serapah, jampi dan sebagainya sebagaipengganti ucapan-ucapan yang terdapat dalam Al-Quran ataupun ucapan sampingan bagi bacaan doa-doa daripada kitab suci tersebut. Walau bagaimanapun, persoalan yang hadir dalam perbincanganmengenai mantera Melayu ialah adakah kaedah tersebut diterima menurut pandangan Islam?

    Mantera

    Mantera lazimnya dapat ditafsirkan sebagai gubahan kata yang sifatnya bercirikan doa yang ditujukankepada sebuah makhluk yang tidak dapat ditakluki ataupun dilihat secara mata kasar. Dalam erti katayang lain, mantera merupakan sebuah kod yang menjadi simbolik terhadap perbicaraan antara makhlukkasar sebagai pengamal mantera, iaitu manusia dan makhluk lembut sebagai penerima untaian doatersebut, sama ada makhluk tersebut merupakan jinn, syaitan, tuhan, dewa dan sebagainya.

    Klasifikasi Mantera

    Mantera sebenarnya turut dapat dibahagikan kepada dua kategori utama sebagaimana yangdiklasifikasikan pada ilmu sihir dan perubatan Melayu, iaitu ilmu putih dan ilmu hitam. Dalam hal yangsama, skop perbincangan mantera turut dapat diperincikan dengan membahagikan korpus kajian kepadadua kelompok utama, iaitu mantera putih dan mantera hitam. Untuk membahagikan mantera-manteratersebut, dua landasan utama digunakan oleh pengkaji untuk membedakan antara kedua-dua alirantersebut. Pengkaji turut menggunakan sistem yang digarispandukan oleh Abu Umar Abdillah (2006:24)dengan beberapa pindaan minimal.

    Mantera putih dapat diklasifikasikan sebagai mantera yang tujuan utamanya adalah untukmembantu orang lain demi mendatangkan kebaikin. Antara ciri-ciri mantera putih ialah untaian doatersebut dapat digunakan untuk menyembuhkan penyakit, mencarikan barang hilang, memberikan jimatpenglarisan, atau memberikan kesaktiuan untuk kebaikan. (2006:24)

    Sementara itu, mantera hitam dapat dirujuk sebagai doa-doa yang tujuan utamanya untukmencelakai orang seperti apa yang dipraktikkan oleh golongan-golongan tertentu seperti dukun santet,dukun pellet, gendam atau dukun yang secara khususnya menggunakan kesaktian yang terdapatpadanya untuk kejahatan lain.

    Pandangan Islam Terhadap Penggunaan Mantera

  • 8/14/2019 Mantera Perubatan Melayu

    2/5

    Dan sesungguhnya, masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamumenyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah. (Al-Jinn, Ayatke-18)

    Agama Islam tegas dalam pendapat bahawa tiada tuhan yang hadir selain Allah s.w.t serta tiada makhlukyang wajar disembah selainnya. Dalam hal ini, kecenderungan beberapa mantera untuk memasukkanelemen-elemen Islam ke dalam doa-doa yang berbentuk bukan Islam tidak seharusnya digalakkan.Perkara tersebut sekali gus merupakan sebuah amalan syirik sebagaimana yang dapat diperhatikandalam mantera seterusnya :

    Bismillahirahmannirahim. Niat ingsun mata aji, ajiku suket kalanjana. Ajisaka SangHyang Pramana. Byar pet, peteng dadi padhang. Padang terawanganSakabehing sifatkaton sakung kersaning Allah. (dlm. Abu Umar Abdillah, 2006:64)

    Dalam hal ini, mantera tersebut turut menyebut Sang Hyang Pramana di samping Allah s.w.t.Jelas daripada mantera tersebut bahawa ia sedang mencampurkan apa yang hak dan mutlak denganyang bathil. Penggunaan mantera-mantera yang sebegitu sebenarnya adalah berdosa dari sudut Islam.Hal yang sama turut dapat diperhatikan pada mantera dan serapah tepung tawar berikut :

    " Bismillahirrahmanirrahim.Hai Jin Tanah Jembalang Bumi,

    Hai Jin Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi,putar tanggah di bumi, puak juak mu, aku nak minta tolong jaga,

    tempat yang aku buat ni, aku menanggung baik di atas aku,dan jahat di atas mu, dengan berkat kata Lailahaillah Muhammadurrasulullah

    Larangan Islam terhadap kaedah menggunakan khadam ataupun perantaraan jelas dapatdiperhatikan dalam firman Allah :

    Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia memintaperlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagimereka dosa dan kesalahan. (Al-Jinn, Ayat ke-6)

    Namun begitu, tidak semua mantera yang terdapat dalam korpus kajian mempunyai ciri-ciri yangdisebutkan di atas. Sebagai contoh :

    Matahari empat, bulan limaBintang tujuh ke mata aku

    Bintang berayun ke dagu akuBulan purnama ke kening aku..

    Cebisan daripada mantera sumbangan Senawi Ahmad (2004) digunakan sebagai manterapengasih. Mantera tersebut menggunakan perwatakan alam semesta sebagai kiasan kepada anggotabadan pengamal agar kelihatan cantik. Mantera tersebut seterusnya mengungkap:

    Suara aku seperti rupa Nabi Daud

    rupa aku seperti rupa Nabi Yusuf cahaya aku seperti cahaya Muhammadberkat aku memakai

    pemanis dengan berkat Lailahaillallah

    Mantera tersebut jelas mengambil contoh daripada kelebihan para Nabi sebagai kayu ukuran.Jelas dari senikata mantera tersebut bahawa ia menyuratkan harapan pengamal mantera tersebut bagimemperolehi perawakan alam semesta dan para Nabi melalui pembacaan serta penghayatan akanbacaan. Antara mantera yang turut diperbolehkan dan tidak melanggar syarak Islam adalah sepertiberikut :

  • 8/14/2019 Mantera Perubatan Melayu

    3/5

    bismillahirahman nirrahimdengan berkat izinmu

    mengalirlah kersani dalam tubuhkumenjadi sasa si besi kuningan

    dengan urutan berkat doala'illaha illaha muhammadur rasul allah

    Syarat Penggunaan Mantera

    Secara asasnya, kepercayaan terhadap Mantera ataupun puisi sihir telah hadir sebelum kemasukanIslam ke perairan Nusantara pada abad ke-15. Menurut tafsiran Worawit Baru@Haji Ahmad Idris (2005),mantera ialah Bahasa magik yang digunakan untuk memuja roh atau semangat, untuk mengubatipenyakit dan sebagainya. Kemudian kepercayaan ini diperkukuhkan pula oleh kosmologi panteistikpengaruh Hinduisme.

    Mantera sebenarnya masih dapat digunakan sekiranya ia menepati tiga syarat utama, iaitu :

    Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah atau ruqyahdalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.

    Kedua, boleh menggunakan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa juabahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percanggahandengan syarak.

    Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebenarnyaadalah Allah s.w.t sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.

    Pandangan segenap lapisan masyarakat bahawa mantera (yang menepati ketiga-tiga syaratyang ditetapkan) adalah bertentangan dengan ajaran Islam adalah salah. Hal tersebut dapat diperhatikandalam firman Allah s.w.t :

    Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadiubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua. (Surah al-Isra, ayat ke-82)

    Mantera diperbolehkan dengan syarat pengamal mantera tersebut memahami inti manteratersebut dan dapat memastikan bahawa doa yang digunakan tidak menduakan Allah s.w.t sertaterpesong dari kiblat Islam. Apatah lagi, sebuah hadith sahih turut menyentuh tentang kehadiran jampiuntuk menyembuhkan penyakit sebagaimana yang dapat diperhatikan seperti berikut :

    Wahai Muhammad, aku jampikan kamu, Allahlah yang akan menyembuhkan kamu.Semua penyakit yang kamu derita daripada kejahatan hasad manusia dan sihir manusia,Allah menyembuhkan kamu.

    Jampi yang dibacakan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w sewaktu beliau dalamkeadaan sakit seterusnya dikenali sebagai Ruqyah Jibril . Sebuah hadith daripada Aisha r.a turutmenjelaskan, Tidak ada seorang sahabat yang mengadu kepada Nabi kerana kesakitan melainkan Nabimenjampi mereka dengan beberapa jampi.

    Amalan perubatan dengan menggunakan doa ataupun bacaan ayat sememangnya merupakansalah satu daripada cabang rawatan yang diakui syarak sebagai amalan mulia. Apatah lagi kalau kaedahyang digunakan bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan.

  • 8/14/2019 Mantera Perubatan Melayu

    4/5

    Kesimpulan

    Pendekatan menggunakan mantera bagi mengubatkan seseorang tidak semestinya salah dari tuntutanagama Islam. Namun begitu, pengamal mantera bertanggungjawab atas mantera gunaannya dalammemastikan bahawa mantera tersebut tidak melanggar sebarang hukum syarak Islam, khususnya dalamkecenderungan mantera untuk meminta pertolongan daripada makhluk selain Allah s.w.t. Keupayaan dankeberkesanan mantera untuk mengubati sebarang penyakit hanya dapat mengambil tempat dengan izinAllah s.w.t. Pengguna harus menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang meminta pertolongantersebut daripadaNya.

    Malahan, pengguna mantera turut bertanggungjawab untuk menggunakannya demi kebaikanmasyarakat bersama seperti yang disabdakan rasul sewaktu beliau ditanyakan tentang ruqyah. Bagindabersabda, barang siapa di antara kalian bisa memberikan manfaat untuk saudaranya, maka lakukanlah.(Riwayat Muslim). Mantera diperbolehkan asal ia tidak mempunyai sebarang unsur syirik sebagaimanayang tertulis dalam Hadith Riwayat Muslim. Menurutnya, Nabi pernah bersabda, Tidak mengapamelakukan ruqyah selagi tidak ada unsur syirik. Rumusannya, mantera Melayu wajar diajarkan kepadagenerasi muda yang akan datang demi memartabatkan serta memastikan agar budaya tersebut tidakhilang dek zaman. Namun begitu, sesuai dengan ungkapan adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah , masyarakat Melayu harus bijak untuk mengeluarkan unsur-unsur yangbercanggah dengan agama Islam dan membudayakan agama Islam ke dalam kehidupan seharianmereka.

    Bibliografi

    Abu Umar Abdillah. 2006. Dukun Hitam Dukun Putih. Klaten : Wafa Press.

    Mohd. Taib Osman. 1989. Agama dan kepercayaan orang Melayu. In Masyarakat Melayu : Struktur,Organisasi dan Manifestasi (pp. 146-203). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    ________________. 1985. Islamization of the Malays : a transformation of culture. Singapore: Institute of South-east Asian Studies.

    Muhammad Ariff Ahmad. 1993. Bicara Tentang Adat dan Tradisi. Singapura: Pustaka Nasional.

    Muhammad Jailani Bin Abu Talib. 2009. Budaya Melayu dalam Era Sarwajagat. In A. G. Abdullah,DewanBudaya, Februari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Norazit Selat. (2000). Adat Melayu : Kesinambungan dan Perubahan. Dlm Abdul Latiff Abu Bakar, Adat Melayu Serumpun (ms. 87-98). Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.

    Skeat, W. W. 1900. Malay Magic : Being an Introduction to the Folklore and Popular Religion of the Malay

    Peninsula. London: Macmillain.Sweetenham, F. 1895. The Real Malay. London: The Ballantyne Press.

    Syed Alwi bin Sheikh Al-Hadi. 1960. Adat Resam Melayu dan Adat Istiadat. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Syed Muhammad Naguib Al-Attas. 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • 8/14/2019 Mantera Perubatan Melayu

    5/5

    Tjaroko HP Teguh Pranoto. 2007. Semar, Ajaran hidup, tuntutan luhur, piwulan agung . Indonesia : KuntulPress.

    Worawit Baru@Haji Ahmad Idris. 2005. Pemikiran Melayu : Tradisi dan Kesinambungan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Yusmar Yusur. 2006. Melayu Juwita, Renjis Riau Sebingkai Perisa . Indonesia : Wedatama Widya Sastra.