manifestasi kemenangan

9
KARYA : MOHAMED NAIM DAIPI SUSUNAN MUZIK DAN PENDEKLAMASI: WAWAN

Upload: mohamed-naim-daipi

Post on 26-May-2015

1.512 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Sajak Manifestasi Kemenangan ini dicipta sempena Lebaran - Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Bathin

TRANSCRIPT

Page 1: Manifestasi Kemenangan

KARYA : MOHAMED NAIM DAIPISUSUNAN MUZIK DAN PENDEKLAMASI: WAWAN

Page 2: Manifestasi Kemenangan

MANIFESTASI KEMENANGAN

Aidilfitri manifestasi kemenangan

Mengharungi cabaran Ramadan

Manifestasi kemenangan

Mencabar nafsu-nafsi

Kita akan terus menang

Setiap kali kita

memanifestasikan kesejahteraan umat

Melestarikan budaya bangsa

Mendaulatkan bahasa ibunda

Menjadi obor kepada generasi demi generasi

Page 3: Manifestasi Kemenangan

Kita akan terus menangSetiap kali kita menjadikan pemuafakatan Sebagai teras gerakan kitaMenyinari detik-detik perjalananAgar tidak ditelan zamanAgar tidak lapuk dimamah globalisasi

Kita akan terus menang Selagi kita menyedari erti penghayatanSetiap gerak langkah kitaSelagi kita menyedari erti pematlamatanSetiap nadi gerakan kita

Page 4: Manifestasi Kemenangan

Kita akan terus menang

Selagi kita mahukan kemenangan

Dan kita tidak akan menang

Selagi kita menghindari kemenangan

Page 5: Manifestasi Kemenangan

Kita tidak akan menang.

Selagi kita terus ditunjuk, bukan jadi penunjuk

Selagi kita terus diarah, bukan jadi pengarah

Selagi kita sering berkompromi

tanpa menafsir erti kebersamaan

Selagi kita terus mengalah

dan mengaku kalah.

Selagi kita menunduk

dan terus menunduk

Selagi kita dikehendaki mendengar

tanpa diundang berbicara

Page 6: Manifestasi Kemenangan

Kita tidak akan menang

Selagi pemimpin tidak mengerti

akan inspirasi yang dipimpinnya

Selagi pemimpin tidak mahu

memberikan laluan kepada pelapisnya

Selagi pemimpin ingin terus

bertakhta di persadanya

tanpa mengenal erti kekiniannya

Selagi pemimpin akar umbi

membeliti akar tunjangnya

menyesakkan salur nafas penggantinya

Page 7: Manifestasi Kemenangan

Kita tidak akan menang

Selagi hasad melingkari kita

Selagi kata-kata meludahi keikhlasan

Selagi kita berpecah dan terbelah

Selagi kita tidak memahami erti kekitaan

Selagi kita tidak mahu bersatu

Selagi kita tidak memahami erti berpersatuan

Selagi kita tidak mahu memahami kesatuan

Selagi kita terus menghindari penyatupaduan.

Page 8: Manifestasi Kemenangan

Kita tidak akan menang

Selagi kita tidak menjadi pemaaf;

Memberi maaf, Mengucapkan maaf

Dan Menerima maaf

Maaf Zahir dan Bathin

MOHAMED NAIM DAIPI

TAMAT

Page 9: Manifestasi Kemenangan