اااااااااا ااااااااااچ turun penerbitan/canangokt2019.pdf3 majlis penyampaian...

10
1 Beta difahamkan, Balai ini, sejak ia ditempatkan sementara di Bangunan Darul Iſtapada Ogos 2001, telah menerima kunjungan kira-kira lebih seratus ribu pengunjung terdiri dari orang-orang kenamaan dan para pembesar, para pengkaji, penuntut dan orang ramai, dari dalam dan luar negara. Beta gembira, Majlis Ilmu pada tahun ini disempenakan juga dengan perasmian bangunan kekal Balai ini. Sesuai dengan kefungsian Balai, bukan hanya untuk mempamer semata-mata, bahkan juga mendukung konsep ketamadunan yang lebih menyeluruh, maka Beta sukacita menamakan Bangunan kekal ini dengan nama : Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, untuk menggankan nama: Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Beta berharap, Balai ini akan benar-benar menjadi pusat warisan ilmu Islam, yang mampu untuk menghidupkan budaya ilmu melalui akvi-akvi keilmuan. Beta juga ingin melihat komitmen instusi-instusi pengajian nggi bagi sama-sama menjayakan akvi dan program keilmuan tersebut. OKTOBER 2019 CANANG ااااااااا چاااااااااKEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN سوكن دانان بلياين كبوداي كمنPekan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena MAJLIS ILMU 2019 13 SAFAR 1441 / 12 OKTOBER 2019

Upload: others

Post on 18-Jan-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

1

Beta difahamkan, Balai ini, sejak ia ditempatkan sementara di Bangunan Darul Ifta’ pada Ogos 2001,

telah menerima kunjungan kira-kira lebih seratus ribu pengunjung terdiri dari orang-orang kenamaan dan para pembesar,

para pengkaji, penuntut dan orang ramai, dari dalam dan luar negara. Beta gembira, Majlis Ilmu pada tahun ini

disempenakan juga dengan perasmian bangunan kekal Balai ini. Sesuai dengan kefungsian Balai, bukan hanya untuk

mempamer semata-mata, bahkan juga mendukung konsep ketamadunan yang lebih menyeluruh, maka Beta sukacita

menamakan Bangunan kekal ini dengan nama : Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah,

untuk menggantikan nama: Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Beta berharap, Balai ini akan benar-benar menjadi pusat warisan ilmu Islam, yang mampu untuk menghidupkan budaya ilmu

melalui aktiviti-aktiviti keilmuan. Beta juga ingin melihat komitmen institusi-institusi pengajian tinggi bagi

sama-sama menjayakan aktiviti dan program keilmuan tersebut.

OKTOBER 2019

C A N A N G چاااااااااا اااااااااا

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN كمنرتين كبودايان بليا دان سوكن

Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Sempena MAJLIS ILMU 2019

13 SAFAR 1441 / 12 OKTOBER 2019

Page 2: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

2

Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Selasa, 1 Oktober -

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei

Darussalam ke-36, tahun 2020 dipengerusikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato

Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,

Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri

Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib

Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, Pengetua Pusat Sejarah Brunei; Yang Mulia Datin Seri Paduka

Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh, Pemangku Menteri Pendidikan; Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar,

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; Yang Mulia Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud, Pemerintah Angkatan Bersenjata

Diraja Brunei; Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid; Ahli Majlis

Mesyuarat Negara Yang Berhormat, Haji Hamid @ Sabli bin Haji Arsad; Setiausaha - Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ahli-ahli dan

wakil ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36, 2020.

Agenda mesyuarat termasuk membincangkan mengenai Post-Mortem Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-35, tahun 2019; tema dan

logo Sambutan; Acara-acara sambutan; Acara-acara sampingan; Garis masa dan Peruntukan. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi ini diharapkan dapat

membuahkan pandangan, cadangan dan nasihat yang berdasarkan kepada kaedah Whole of Nation Approach demi mencapai matlamatnya iaitu untuk

menjayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36 ini sebagai manifestasi kebanggaan negara sebagai sebuah bangsa yang

dihormati dan digalati di persada dunia yang mempunyai semangat patriotisme dan bersatu padu.

MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA TERTINGGI SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEBANGSAAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE-36, TAHUN 2020

MAJLIS PELANCARAN TALIAN ANAK 121 : “KAMI MENDANGAR”

"Ia mempunyai matlamat bagi rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam untuk terus menghayati makna di sebalik tema

tersebut dan untuk sama-sama memainkan peranan aktif dalam pembangunan negara secara seimbang ke arah merealisasikan

matlamat Wawasan Brunei 2035. Kita tidak mahu tema ini untuk menjadi retorik semata-mata, malah, tema ini hendaklah dijadikan

sebagai penyuntik semangat dan komitmen yang bersungguh-sungguh kepada semua pihak untuk sama-sama

berganding bahu, bersatu hati dan bekerjasama ke arah mencapai yang terbaik bagi negara,"

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan mengenai

“Menjayakan Wawasan Negara” sebagai tema Hari Kebangsaan NBD ke36, Tahun 2020.

Sejak tahun 2014 sehingga tahun 2018, jumlah kes penderaan kanak-kanak telah meningkat sebanyak 23 peratus iaitu dari 43 kes ke 56 kes .

Sumber - Pasukan Polis Diraja Brunei.

Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Selasa, 1 Oktober - Talian ANAK 121 dengan slogan 'Kami Mendangar' merupakan talian bantuan kanak-kanak bebas tol yang beroperasi bagi kegunaan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam, dilancarkan dengan rasminya oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Majlis diteruskan dengan penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara pihak JAPEM yang diwakili oleh Pemangku Pengarah JAPEM, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir dan TelBru yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman. Atur cara turut diserikan dengan tayangan video dan sesi lawatan ke Pusat Panggilan Talian ANAK 121.

2 0 1 9 T H E M E : " T H E J O U R N E Y T O A G E E Q U A L I T Y "

“Population ageing is transforming societies worldwide.

Older people now outnumber children under the age of 5.

By 2030, 1.4 billion people will be at least 60 years old.

Governments have a duty to promote the social, economic and political inclusion of all.

This global pledge is enshrined in the Sustainable Development Goals.

Yet, we still see deep inequalities in people’s experiences in later life.”

UN Secretary-General, António Guterres’ message to the event marking

the International Day of Older Persons

Page 3: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

3

MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KECEMERLANGAN SUKAN (SPKS).

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Oktober 2019 -Seramai sembilan atlet, empat jurulatih sukan, dua penolong jurulatih dan tiga persatuan sukan telah diraikan pada Majlis Penyampaian Ganjaran Kemenangan Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan (SPKS). Sukan-sukan yang menerima ganjaran kemenangan SPKS adalah sukan Lawan Pedang berjumlah BND1,400; sukan Wushu dari dua kejohanan berjumlah BND1,450 dan BND18,000; dan sukan Pencak Silat berjumlah BND8,400.

Kelab Golf Pantai Mentiri (PMGC), BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 6 Oktober 2019 - Perlawanan Golf Amal anjuran MKM dengan kerjasama PMGC itu, antara lain bertujuan untuk menambah dana MKM bagi membiayai projek-projek dan aktiviti membantu golongan yang kurang berkemampuan di negara ini, khususnya klien-klien di bawah pengawasan dan pemantauan MKM.

Johan Overall Gross: Awangku Mohd. Syakir Pengiran Haji Alli Johan Overall Nett: Nurjaimi Haji Jumat. Johan Nett Division 'A': Md. Ariz Maldini Haji Abd.Majid. Johan Nett Division 'B': Abdul Mutalip Haji Md. Jair. Johan Nett Division 'C': Mahdini Haji Rosman. Johan Nett Ladies Division: Agnes De Cruz. Johan Nett Senior Division: Kolonel (B) Dato Paduka Haji Harith Haji Abdul Karim. VIP & Sponsors Division: Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.

PERLAWANAN GOLF AMAL SEMPENA PENUBUHAN MAJLIS KESEJAHTERAAN MASYARAKAT (MKM) KE-10 TAHUN

SUMBANGAN PERALATAN TECHNOGYM BAGI KEGUNAAN PUSAT KEGIATAN WARGA EMAS BRUNEI MUARA

Foto: Azmah Haji Ahad

Foto: Azmah Haji Ahad

Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Perpindahan Lambak Kanan, Isnin, 7 Oktober 2019 -Fitness Zone (FZ) dengan kolaborasi

bersama Demensia Brunei (DB) menyumbangkan sejumlah tujuh buah peralatan latihan senaman sukan bertaraf antarabangsa,

TechnoGym bagi kegunaan Pusat Kegiatan Warga Emas Brunei Muara bersempena memperingati Sambutan Hari Antarabangsa

Warga Emas dan juga Bulan Demensia Sedunia pada tahun ini.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN MANGSA ANGIN KENCANG KEPADA AWANG JAFAR @ AWANG JAPAR BIN METUSIN DI KAMPUNG BURONG LEPAS, KILANAS DAN DAYANG HAJAH BIBAH BINTI NASIR DI KAMPUNG BATANG PERHENTIAN, PENGKALAN BATU.

02.10.2019

Page 4: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

4

SBYLEP 2019

MESYUARAT MENTERI-MENTERI SUKAN ASEAN KALI KE-5 (AMMS-5)

MANILA, REPUBLIK FILIPINA

09.10.2019

Page 5: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

5

FORUM SERANTAU MENGENAI PENGUKUHAN DASAR PERLINDUNGAN SOSIAL

"Di ASEAN, kita juga berdepan dengan peningkatan dalam golongan berusia. Dalam 20 tahun,

dianggarkan bahawa semua negara ASEAN akan menjadi masyarakat yang berusia, di mana lebih

daripada 7 peratus penduduknya akan berusia 65 tahun atau lebih, dan menjelang tahun 2050,

perkadaran golongan berumur 65 tahun di ASEAN dijangka meningkat tiga kali ganda,"

- Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan berucap semasa

Majlis Pembukaan Forum Serantau Mengenai Pengukuhan Dasar Perlindungan Sosial

yang memfokuskan Wanita berusia dan Meningkat

Monumen Billionth Barrel, SERIA, Ahad, 13 Oktober -

Seramai 30 penggiat seni lukis veteran dan belia tanah air terpilih

untuk menyumbangkan karya mereka bagi menghiasi dan

menyerikan lagi Monumen Billionth Barrel sekaligus menjadikan-

nya sebagai galeri seni lukis terbuka.

Projek ini merupakan inisiatif Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd.

(BSP) dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian di

bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai tanda

sokongan dan pengiktirafan kepada penggiat seni tempatan.

MAJLIS PERASMIAN GALERI SENI LUKIS TERBUKA, MONUMEN BILLIONTH BARREL

KUNJUNGAN MUHIBBAH TUAN YANG TERUTAMA DR SALIM AL-MALIK, KETUA PENGARAH ISESCO

10.10.2019

Page 6: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

6

Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Isnin, 14 Oktober - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Sidang Media Sukan SEA ke-30 bagi Tahun 2019 yang bakal berlangsung di Republik Filipina pada 30 November hingga 11 Disember 2019 nanti.

Pada Sukan SEA kali ini, Negara Brunei Darussalam akan menghantar kontinjen seramai 163 orang yang akan diketuai oleh Naib Presiden II BDNOC, Haji Muhd. Zamri bin Dato Paduka Haji Hamdani, selaku Chef de Mission, di samping dua Penolong Chef de Mission yang disertai oleh 45 orang jurulatih dan pegawai teknikal, lapan pengurus dan 20 pegawai urus setia dan seramai 87 atlet yang menyertai sebanyak 14 acara sukan pada temasya tersebut.

Acara-acara berkenaan adalah Aquatics (dua atlet lelaki); Athletics (seorang atlet lelaki); Billiards (dua atlet lelaki); Golf (tiga atlet lelaki); Fencing (seorang atlet wanita); Bola Sepak (20 atlet lelaki); Karatedo (tujuh atlet terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita); Bowling Padang (11 atlet terdiri daripada enam lelaki dan lima wanita); Bola Jaring (12 atlet wanita); Pencak Silat (dua atlet terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita); Polo (11 atlet terdiri daripada 10 lelaki dan seorang atlet wanita); Taekwondo (dua atlet terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita); Tenpin Bowling (lapan atlet terdiri daripada empat lelaki dan empat wanita) dan Wushu (lima atlet terdiri daripada empat lelaki dan seorang atlet wanita).

PENYAMPAIAN KACAMATA SEMPENA HARI PENGLIHATAN SEDUNIA

SIDANG MEDIA SUKAN SEA KE-30, 2019

Foto:Hernie Suliana Haji Othman

PROGRAM PENULIS MUDA 2019

“Oleh yang demikian, pembinaan mercu tanda sastera di Negara Brunei Darussalam harus bermula dengan

langkah untuk membangunkan penulis-penulis muda dengan dorongan intelektual dan epistemologi yang kekal.

Konsep pembinaan yang bermula dari akar umbi ini pasti boleh membantu ekosistem dunia penulisan secara

umumnya dan sastera khasnya. “

Dewan Imtiyaz, Pusat Bahagia, BERAKAS, Selasa, 17 September. -Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Syarikat Perfect Vision mengadakan Majlis Penyampaian Derma Kaca Mata kepada Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Hari Penglihatan Sedunia. Di majlis itu, seramai 78 individu OKU penerima yang merupakan wakil-wakil dari beberapa persatuan OKU termasuk Persatuan Orang-Orang Berkerusi Roda dan Orang-Orang Cacat Anggota (PAPDA), Persatuan Orang-Orang Catat Penglihatan Negara Brunei Darussalam (BDNAB), Persatuan Sindrom Down Brunei (ABLE), Persatuan Orang Kurang Pendengaran (OKP) dan Majlis Paralimpik Brunei Darussalam telah menerima sumbangan tersebut.

Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka, BERAKAS, Selasa, 15 Oktober -

Program Penulis Muda pada tahun ini merangkumi tiga kegiatan utama, iaitu

Bicara Sastera, Bengkel Asas Penulisan Kreatif dan Bengkel Penulisan Cerita

Folklor.

Program Penulis Muda merupakan projek tahunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera

dan Majalah bagi mewujudkan sumber manusia yang mampu menambah jumlah penulis generasi baharu tanah

air (penulis muda) yang berbakat dan berpotensi dengan imej lebih dinamik, agresif dan kreatif.

Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa

Majlis Perasmian Program Penulis Muda Bagi Tahun 2019

Page 7: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

7

Stadium Negara Hassanal Bolkiah, BERAKAS, Selasa, 15 Oktober - Pada tahun ini, Negara Brunei Darussalam akan menghantar seramai 28 belia dan seorang Ketua Kontinjen bagi SSEAYP Ke-46, 2019, yang mana merupakan penyertaan negara kali Ke-34 sejak penyertaan rasmi negara pada tahun 1985.

Program tahun ini akan bermula pada 24 Oktober hingga 13 Disember 2019, iaitu selama 51 hari, mengumpulkan 330 belia dari 11 buah negara dengan menggunakan Kapal Nippon Maru dan akan singgah ke beberapa buah negara yang dipilih, iaitu NBD, Manila (Filipina), Bangkok (Thailand), Ho Chi Minh (Viet Nam) dan akan berakhir di Tokyo, Jepun.

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (NBD) KEPADA KONTINJEN NBD BAGI SSEAYP KE-46, 2019

PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN BENCANA KEBAKARAN RUMAH

YANG MULIA AWANG HAJI MANAN BIN HAJI YUSOF, KAMPONG PELAMBAYAN, KOTA BATU (30 SEPTEMBER 2019)

16.10.2019

KUNJUNGAN HORMAT PUAN YANG TERUTAMA JEANETTE ADELE STOVEL, PESURUHJAYA TINGGI KANADA

16.10.2019

KUNJUNGAN HORMAT TUAN YANG TERUTAMA VLADIMIR BORISOVICH GONCHARENKO, DUTA BESAR ISTIMEWA DAN MUTLAK PERSEKUTUAN RUSSIA

17.10.2019

Page 8: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

8

Dewan Darul Imtiyaz, Pusat Bahagia, Kampong Pulaie, BERAKAS, Sabtu, 19 Oktober -

Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui

Pusat Bahagia di seluruh negara dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal

Ugama buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Literasi OKU Bahagia bagi Murid-murid dan

Pelatih-pelatih yang Berdaftar di pusat berkenaan sempena Hari Keluarga Kebangsaan Kali Kelapan.

Pertandingan tersebut dibahagikan kepada beberapa kategori,

antaranya Peraduan Mengeja dalam Bahasa Melayu, Peraduan

Membaca dalam Bahasa Inggeris, Peraduan Tulisan Jawi,

Peraduan Menghafaz Surah Al-Fatihah dan Ayat-ayat Lazim bagi

Lelaki dan Perempuan.

Literasi OKU Bahagia adalah aktiviti yang menggabungkan

kemahiran-kemahiran literasi dan berkomunikasi seperti kemahiran membaca, menulis dan mengeja.

Avenue 41, Kiarong, BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 18 Oktober -

‘Art works; Heartworks' merupakan satu acara yang mengetengahkan mengenai

kesedaran Kesihatan Mental dengan menggabungkan seni dan kreativiti juga

kesannya terhadap kesejahteraan masyarakat, berlangsung selama tiga hari

bermula 18 hingga 20 Oktober.

Antara aktiviti yang dimuatkan ialah bengkel dan perbincangan daripada Open

Hearts dan pakar-pakar lain dalam bidang tersebut yang akan menyentuh topik

seperti kebimbangan dan kemurungan, yang menjadi masalah utama generasi

muda hari ini.

Satu siri bengkel yang

dikendalikan oleh Nadiah Suhaili;

dan seorang Pakar Kaunseling

Psikologi dari Clarity Sendirian Berhad, Todd Mcpherson, diadakan bagi para pelajar sekolah menengah

dan pelajar tingkatan enam, termasuk para pelajar dari Pusat Tingkatan Enam (PTE) Meragang, PTE

Sengkurong, Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri, Laksamana College of Business, Universiti Brunei

Darussalam dan Pusat Bahagia.

Beberapa aktiviti seni interaktif juga diadakan seperti mewarna Mandala; dan Voice Your Opinion Wall;

juga menyaksikan pameran seni yang menampilkan karya-karya daripada artis-artis tempatan seperti Karen Leong, Corina Yeo, Michelle Fung, Ira Ali, Aklil,

Bazilah Suhaili, Maw, Mad Nycer, Wan Mayang dan Nadiah.

PERTANDINGAN LITERASI OKU BAHAGIA

‘ART WORKS; HEARTWORKS'

Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, JERUDONG, Isnin, 21 Oktober - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Pembangunan

Masyarakat (JAPEM) dengan kerjasama Pusat Kemasyarakatan Warga Emas (PKWE); dan Pusat Masyarakat Bestari (PMB) seluruh daerah juga Pertubuhan

Warga Emas dan Persatuan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGOs) mengadakan Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah,

Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran bagi Memperingati Hari Antarabangsa Warga Emas.

Acara juga diserikan tazkirah bertajuk 'Syukur dengan Nikmat Allah (Nikmat Usia)', disampaikan oleh Penceramah Pusat Da'wah lslamiah, Ustaz Haji Anwari

bin Haji Rawee, antara lain menyentuh mengenai rahsia usia, ajal, maut, rezeki, tanah kubur, jodoh, pertemuan, perpisahan dan saat kematian yang tidak

diketahui manusia kerana semua itu adalah rahsia Allah.

MAJLIS KESYUKURAN SEMBAHYANG FARDU MAGHRIB DAN ISYAK BERJEMAAH, MEMBACA SURAH YAA SIIN, TAHLIL DAN DOA KESYUKURAN

BAGI MEMPERINGATI HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS

Page 9: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

9

Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, 27 Okt –

Seramai 1,111 orang telah menyertai Acara Amal Fun Walk, Run, Cycle Pusat Ehsan

Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) 2019 kali ketiga. Acara anjuran Pusat

Ehsan tersebut mengandungi tiga kategori iaitu Fun Walk 5km dan Fun Run yang

dibukakan kepada semua peserta termasuk yang berkeperluan khas serta acara

berbasikal sejauh 21km.

Acara amal berkenaan dianjurkan bertujuan

bagi meningkatkan kesedaran orang ramai untuk menyokong hak dan

keperluan khas di Brunei Darussalam disamping mengumpul dana bagi Pusat

Ehsan untuk membantu kos operasi yang semakin bertambah, yang akan

memanfaatkan warga berkeperluan khas menjalani hidup mereka dengan lebih

bermakna di dalam masyarakat.

Dewan Utama Pusat Persidangan Antarabangsa, BERAKAS, Selasa, 22 Oktober - Simposium Hari Antarabangsa Warga Emas (HAWE) 2019 - Demensia

sempena Sambutan HAWE 2019 diungkayahkan sebagai satu langkah kesedaran mengenai kepentingan peranan masyarakat dalam menjamin kesejahteraan

kehidupan warga emas.

Pada Simposium tersebut, Honorary Advisor Dimensia Brunei, Datin Jacqueline Wong membentangkan Kertas Kerja, bertajuk 'Perjalanan Menuju Kesama-

rataan Penuaan Usia', diikuti dengan taklimat kesedaran 'Pengenalan mengenai Demensia', disampaikan oleh Presiden Demensia Brunei, Dr. Shyh Poh Teo.

Sementara itu, Pegawai Jururawat Tingkat Khas, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Dayang Hajah Kartini Haji Suhai menyampaikan Taklimat, bertajuk

'Program Kesedaran Elak Jatuh untuk Warga Emas', diikuti dengan Ceramah, disampaikan oleh Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang

Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, bertajuk 'Keluarga Mahabbah Wa Rahmah'. Simposium diakhiri dengan Sesi Perkongsian daripada sukarelawan Projek

Memeduli Warga Emas daripada Dayang Hajah Norgayah binti Haji Dullah.

SIMPOSIUM HARI ANTARABANGSA WARGA EMAS (HAWE) 2019 - DEMENSIA SEMPENA SAMBUTAN HAWE 2019

ACARA AMAL FUN WALK, RUN, CYCLE PUSAT EHSAN AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM (PUSAT EHSAN) 2019

PENYERAHAN BANTUAN KEWANGAN BENCANA KEBAKARAN RUMAH YANG MULIA DAYANG KHATIJAH BINTI ABDUL GHANI, DI JALAN MUMONG, KUALA BELAIT (18 SEPTEMBER 2019)

16.10.2019

MAJLIS PELANCARAN PONDOK JUALAN PRODUK PKWE, OKU DI PRASARANA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

31.10.2019

Page 10: اااااااااا ااااااااااچ Turun Penerbitan/CanangOkt2019.pdf3 MAJLIS PENYAMPAIAN GANJARAN KEMENANGAN SKIM PENGGALAK KEEMERLANGAN SUKAN (SPKS). ANDAR SERI EGAWAN,

10

Jangan lari dari membayar hutang

- Petikan Khutbah Jumaat 27 Safar 1441/ 26 Oktober 2019.

Surah An-Nahl, ayat 114:

Tafsirnya : “Maka makanlah yang halal lagi baik daripada rezeki yang Allah telah kurniakan kepada kamu (wahai orang -orang yang beriman) dan syukurilah nikmat Allah itu juka benar kamu hanya beribadat kepada -Nya.”

Perkara berhutang ini bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh agama kita, akan tetapi sekiranya seseorang itu terpaksa juga berhutang, maka hendaklah ia berazam dan berniat untuk membayar hutang tersebut. Ini kerana, hutang itu adalah suatu amanah yang mesti diselasaikadn dan dilunaskan. Adalah

menjadi kewajipan bagi orang yang berhutang itu untuk membayar hutangnya akan tetapi tidak dinafikan terdapat juga sebhagian orang yang tidak dapat membayar hutangnya disebabkan sumber kewangan yang kurang mencukupi.

Perlu diketahui, terdapat beberapa sebab atau punca mengapa seseorang itu menanggung beban hutang yang banyak, antaranya:

Pertama: Terlalu terikut-ikut dengan trend atau gaya hidup semasa.

kedua: Berhutang untuk perkara-perkara yang tidak penting dan bukan keperluan hidup.

Ketiga: Berhutang bagi tujuan untuk bermewah-mewah atau suka menunjukkan kemewahan.

Keempat: Suka melengah-lengahkan membayar hutang sedangkan dia mampu untuk melunaskan.

Kelima : Hutang yang bertindih-tindih sedangkan hutang-hutang yang sebelumnya belum lagi habis dilunaskan.

Keenam : Berhutang dalam kadar yang banyak yang dia sendiri tidak yakin atau tidak mampu untuk melunaskannya.

Ketujuh : Kurang bijak dalam menilai, mengatur dan mengurus kewangan, pendapatan atau perbelanjaan yang perlu dan lebih diutamakan.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada mengajarkan doa yang apabila diamalkan, in syaa Allah akan menghilangkan perasaan dukacita, bebas dari hutang dan kesusahan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu, bahawa ada suatu hari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam masuk ke masjid, tiba-tiba Baginda bertemu dengan seorang lelaki dari golongan Ansar, iaitu Abu Umamah

Al-Baahili, maka Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam memanggilnya dan bersabda: “Wahai Abu Umamah, aku tidak pernah melihat engkau berada di dalam masjid pada bukan watu sembahyang?” Abu Umamah menjawab: “Wahai Rasullullah aku sekarang sedang dilanda duka dan hutang”. Rasullullah

Sallallahu Alalihi Wasallam kemudian bersabda kepadanya: “Mahukah aku ajarkan kepadamu bacaan yang apabila diamalkan, dukacitamu akan dihilangkan Allah Subhanahu Wata’ala dan hutangmu akan menjadi lunas?” Abu Umamah menjawab : “Tentulah wahai Rasullullah”.

Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Bacalah doa ini apabila kamu berada pada waktu subuh dan waktu petang”.

Ertinya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesedihan, Aku berlindung kepada Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Mu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Mu dari bebanan hutang dan penindasan manusia”.

Tim Penerbitan Unit Perhubungan Awam Penyunting & Penyemak, Unit Perhubungan Awam Perwajahan dan Aturhuruf Unit Perhubungan Awam

Jurufoto Hajah Ajijah binti Haji Ali, Pg Suhaimi bin Pg Haji Othman, Haji Norfaisal bin Haji Mohd Salleh.

RETREAT - STRATEGIC

FORESIGHT PLANNING

@STADIUM NEGARA

HASSANAL BOKIAH, BERAKAS

26 0KTOBER 2019,