mandi

14
MANDI

Upload: e-wan

Post on 27-May-2015

2.246 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mandi

MANDI

Page 2: Mandi

Pengertian Mandi

Membersihkan diri daripada

kekotoran

Dari Segi Syarak :

Meratakan air mutlak ke

seluruh tubuh badan dengan

niat

Page 3: Mandi

BAHAGIAN MANDI

MANDI WAJIB MANDI SUNAT MANDI HARUS

Mandi yang disertakan

dengan niat kerana berhadas

besar seperti haid, wiladah,

berjunub, keluar mani.

Mandi yang disertakan

dengan niat kerana tujuan

tertentu seperti mandi hari

Jumaat, mandi hari raya, mandi kerana memeluk

Islam dan memakai ihram.

Mandi selain mandi wajib dan

mandi sunat seperti mandi

untuk menyegarkan

badan dan menghilangkan

bau badan.

Page 4: Mandi

SEBAB-SEBAB MANDI WAJIB

Lelaki & Perempuan

Keluar Mani

Bersetubuh

Mati selain mati syahid

Bagi Perempuan sahaja

Keluar darah haid

Keluar darah nifas

Wiladah, iaitu melahirkan anak

Page 5: Mandi

RUKUN MANDI WAJIB

Niat Mandi Wajib ; Ketika mula air sampai pada

anggota badan.

Meratakan air ke seluruh anggota

badan.

Page 6: Mandi

?

Bagaimana caranya melakukan mandi wajib

yang sempurna

Page 7: Mandi

LANGKAH PERTAMA

Baca Bismillah sambil menghadirkan niat di dalam hati (iaitu niat melakukan mandi wajib atau niat menghilangkan

hadas).

Kemudian basuh kedua tangan sebanyak tiga kali.

Page 8: Mandi

LANGKAH KEDUA

Dengan menggunakan tangan kiri, basuh kemaluan (depan dan

belakang) dan bersihkan najis atau kekotoran di badan jika

ada.

Page 9: Mandi

LANGKAH KETIGA

Ambil wudhu dengan sempurna sebagaimana wudhu untuk mengerjakan solat. Jika ingin menangguhkan basuhan kaki ke hujung mandi diharuskan. Namun yang afdhal ialah menyempurnakannya.

Page 10: Mandi

LANGKAH KE EMPAT

Kemudian lakukan mandian dengan bermula di bahagian kepala terlebih dahulu. Mula-mula,

ambilkan air dan selati celah-celah rambut dengan jari-jari hingga rata air di kulit kepala dan akar-akar rambut. Setelah itu jiruskan air ke atas kepala dan

ulanginya sebanyak tiga kali cebukan.

Page 11: Mandi

LANGKAH KE LIMA

Melakukan pula mandian di bahagian badan dengan menjirus air ke sebelah kanan terlebih dahulu,

kemudian diikuti ke sebelah kiri. Semasa mandi, tangan hendaklah menggosok-gosok badan

terutamanya bahagian-bahagian yang berlipat yang dikhuatiri tidak sampai air jika tidak digosok.

Page 12: Mandi

LANGKAH KE ENAM

Akhiri mandian dengan membasuh kedua kaki dan menggosok dicelah-celah jarinya. Menurut mazhab Imam

Syafi’ie; Apabila selesai mandian, disunatkan membaca doa sebagaimana

doa yang sunat dibaca selepas mengambil wudhu .

Page 13: Mandi

NIAT MENGANGKAT HADAS JUNUB

�ِة� للِه� �اَب َن �َج� َف�َع� ال �ُت� َر� �َو�ْي َن�َع�ال�ى َت

“ Sahaja aku mengangkat hadas junub kerana Allah Ta’ala

Page 14: Mandi

NIAT MENGANGKAT HADAS BESAR

�ِر� للِه� �َب �َح�َد�ِث� األْك َف�َع� ال �ُت� َر� �َو�ْي َن�َع�ال�ى َت

“ Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Ta’ala