mamang

2
CAP - Pembangunan Holistik Pelajar Pembangunan Sahsiah Pelajar Holistik Pembinaan modal insan merangkumi satu proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Modal insan menjadi fokus dan agenda utama kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh semua pihak termasuk Institusi Pengajian inggi !IP" dan tidak terke#uali kepada semua pelajar. $esungguhan untuk membangunkan modal insan jelas di%ahirkan melalui kandungan strategi bajet negara. Pendidikan berkualiti akan memastikan mereka terus kekal rele&an dengan kehendak pasaran semasa. Selain itu mereka juga mampu berdepan dengan #abaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat lebih-lebih lagi dalam %aman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan,serta bertunjangkan sains dan teknologi. 'Holistik' dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran sahaja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. (engan kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek )keinsanan* yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dokongan moral. Modal insan dengan #iri-#iri tersebut memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan indi&idu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia berlaku se#ara lebih berstruktur. CAP Pembangunan Holistik Pelajar !HS(" memfokuskan kepada pembangunan sahsiah pelajar IP bagi menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang sama ada dari segi keterampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti unggul !to+ering personality" dan holistik. Penekanan pelaksanaan diletakkan kepada konteks kokurikulum memandangkan ia mempunyai elemen ilmu praktikal dan ilmu falsafah yang menyokong kepada pembangunan pelajar se#ara menyeluruh. ertepatan dengan Pelan indakan PSP asa / !0112-01/1", $P telah mengenal pasti lapan teras utama akti&iti kokurikulum dan kehidupan kampus. idang-bidang tersebut, yang dikenali sebagai 3apan eras $okurikulum, adalah seperti berikut4 eras Sukan eras $ebudayaan eras (aya 5saha dan Ino&asi eras Pengu#apan A+am

Upload: lylian-ching-manjan

Post on 03-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

au aa

TRANSCRIPT

CAP - Pembangunan Holistik PelajarPembangunan Sahsiah Pelajar Holistik Pembinaan modal insan merangkumi satu proses lengkap membentuk tenaga kerja manusia yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Modal insan menjadi fokus dan agenda utama kepimpinan negara untuk direalisasikan oleh semua pihak termasuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan tidak terkecuali kepada semua pelajar.

Kesungguhan untuk membangunkan modal insan jelas dizahirkan melalui kandungan strategi bajet negara. Pendidikan berkualiti akan memastikan mereka terus kekal relevan dengan kehendak pasaran semasa. Selain itu mereka juga mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan,serta bertunjangkan sains dan teknologi.

Holistik dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran sahaja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan dokongan moral. Modal insan dengan ciri-ciri tersebut memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia berlaku secara lebih berstruktur.

CAP Pembangunan Holistik Pelajar (HSD) memfokuskan kepada pembangunan sahsiah pelajar IPT bagi menghasilkan graduan atau modal insan yang seimbang sama ada dari segi keterampilan, bersemangat patriotik, berdisiplin dan bernilai murni ke arah pembentukan modal insan negara yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) dan holistik. Penekanan pelaksanaan diletakkan kepada konteks kokurikulum memandangkan ia mempunyai elemen ilmu praktikal dan ilmu falsafah yang menyokong kepada pembangunan pelajar secara menyeluruh.

Bertepatan dengan Pelan Tindakan PSPTN Fasa 1 (2007-2010), KPT telah mengenal pasti lapan teras utama aktiviti kokurikulum dan kehidupan kampus. Bidang-bidang tersebut, yang dikenali sebagai Lapan Teras Kokurikulum, adalah seperti berikut:

Teras SukanTeras KebudayaanTeras Daya Usaha dan InovasiTeras Pengucapan AwamTeras KesukarelawananTeras Khidmat KomunitiTeras KeusahawananTeras Kepimpinan