malaysia - parlimen.gov.my · masalah kepada kita untuk melayan permohonan-permohonan pertukaran...

99
Bil. 13 Isnin 26 Julai 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA

Upload: nguyencong

Post on 02-Jul-2019

308 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil. 13 Isnin 26 Julai 2010

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA

MESYUARAT KEDUA

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010

K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

USUL-USUL: Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) (Halaman 19) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 56)

DN.26.7.2010 i

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Abu Zahar bin Dato’ Nika Ujang

2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Armani binti Haji Mahiruddin (Sabah)

3. “ Dato’ Haji Abdul Rahim bin Haji Abdul Rahman (Dilantik)

4. “ Datuk Abdul Rahman bin Bakar (Dilantik)

5. “ Dato’ Haji Abdul Rashid bin Ngah (Dilantik)

6. “ Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop (Johor)

7. “ Tuan Ahmad bin Hussin (Perlis)

8. “ Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim (Kelantan)

9. “ Datuk Akbar bin Ali (Melaka)

10. “ Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Luar Negeri I

11. “ Tan Sri Datuk Amirsham bin A. Aziz (Dilantik)

12. “ Datuk Dr. Awang Adek Hussein (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Kewangan II

13. “ Dato’ Azian bin Osman (Perak)

14. “ Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad (Dilantik)

15. “ Datuk Chandrasekar Suppiah (Dilantik)

16. “ Dato’ Daljit Singh Dalliwal (Dilantik)

17. “ Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg

(Sarawak)

18. “ Dato’ Donald Lim Siang Chai (Dilantik)

19. “ Puan Doris Sophia ak Brodi (Dilantik)

20. “ Puan Hajah Fatimah binti Hamat (Terengganu)

21. “ Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah (Dilantik)

22. “ Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu (Dilantik)

23. “ Puan Heng Seai Kie (Perak) – Senator – Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

24. “ Dato’ Haji Idris bin Haji Buang (Sarawak)

25. “ Dato’ Sri Idris Jala (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

26. “ Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharum (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

27. “ Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin (Dilantik)

28. “ Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok (Dilantik)

29. “ Tuan Khoo Soo Seang (Johor)

30. “ Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (Dilantik) – Senator – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

ii DN.26.7.2010

31. Yang Berhormat Tuan Lee Cheam Choon (Melaka)

32. “ Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz

33. “ Datuk Maijol Mahap (Sabah)

34. “ Dr. Malasingam a/l Muthukumaru (Dilantik)

35. “ Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

36. “ Dato’ Maznah binti Mazlan (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri Sumber Manusia

37. “ Tuan Mohamad Ezam bin Mohd. Nor (Dilantik)

38. “ Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah (Negeri Sembilan)

39. “ Dato Sri Dr. Mohd. Effendi bin Norwawi (Dilantik)

40. “ Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad (Perlis)

41. “ Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin (Kedah)

42. “ Tuan Muhammad Olian bin Abdullah (Dilantik)

43. “ Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi (Kelantan)

44. “ Dato’ Murugiah a/l Thopasamy (Dilantik) – Senator – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

45. “ Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir (Dilantik)

46. “ Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff (Pulau Pinang)

47. “ Tuan Ng Fook Heng (Pahang)

48. “ Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn (Dilantik)

49. “ Puan Hajah Noriah binti Mahat (Dilantik)

50. “ Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy (Dilantik)

51. “ Tuan Pau Chiong Ung (Dilantik)

52. “ Datuk Paul Kong Sing Chu (Dilantik)

53. “ Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin (Dilantik) – Senator – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

54. “ Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah (Selangor)

55. “ Datuk Haji Rizuan bin Abd. Hamid (W.P. Kuala Lumpur)

56. “ Datuk Haji Roslan bin Awang Chik (Dilantik)

57. “ Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed (Dilantik)

58. “ Dato’ Sri Shahrizat binti Abdul Jalil (W.P. Putrajaya) – Senator– Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

59. “ Tuan Haji Shamsudin bin Mehat (Dilantik)

60. “ Datuk Sim Kheng Hui (Dilantik)

61. “ Dr. Syed Husin Ali (Selangor)

62. “ Tan Sri Datuk Tee Hock Seng (Dilantik)

63. “ Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim (Pulau Pinang)

64. “ Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram (Dilantik)

65. “ Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor (Dilantik)

DN.26.7.2010 iii

66. Yang Berhormat Dato’ Wong Siong Hwee (Dilantik)

67. “ Dato’ Dr. Yeow Chai Thiam (Negeri Sembilan)

68. “ Puan Hajah Zainun binti A. Bakar (Terengganu)

69. “ Dato’ Zaitun binti Mat (Pahang)

70. “ Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf (Kedah)

iv DN.26.7.2010

DEWAN NEGARA

Ketua Pentadbir Parlimen

Datuk Kamaruddin Mohamed Baria

Datuk Zamani bin Haji Sulaiman

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Ikmalrudin bin Ishak

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Azhari bin Hamzah

Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Hajah Supiah binti Dewak Sarimah binti Haji Amran

Hadzirah binti Ibrahim Nurziana binti Ismail

Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki

Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad

Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir

Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid

Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya

Mulyati binti Kamarudin Ganesan a/l Nanthan

Nor Hamizah binti Haji Hassan

Azmir bin Mohd Salleh Nur Nazihah binti Mohd. Nazir

Noraidah binti Manaf Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil

Mohd. Zaidi bin Mahmood Mohd. Izwan bin Mohd. Esa

Hazrul bin Sharif Nurul Aishah binti Sha’arin Nor Kamsiah binti Asmad Siti Zubaidah binti Karim

Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib

Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd. Johari

Ainuddin bin Ahmad Tajuddin

DN.26.7.2010 1

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 26 Julai 2010

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta Menteri Pelajaran menyatakan mengenai mekanisme penempatan guru-guru baru dan berpengalaman mengajar di luar bandar dan kaedah penggiliran yang lebih adil bagi memastikan aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran di luar bandar dapat ditingkatkan.

Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan penempatan guru seluruh negara atas keperluan perkhidmatan dan kesesuaian pengkhususan mata pelajaran ataupun opsyen guru tersebut. Penempatan ini diuruskan berdasarkan kepada Surat Siaran Penempatan bertarikh 29 Januari 2005 dan Surat Siaran bertarikh 15 Ogos 2005. Walau bagaimanapun mekanisme pentadbiran pengurusan penempatan dan pertukaran guru adalah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/2010 berkuat kuasa pada 1 Julai 2010.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi memastikan aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan serta guru berpengalaman mengajar di luar bandar, KPM telah melaksanakan penempatan guru terlatih yang telah tamat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, Diploma Pendidikan dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun di sesebuah negeri. KPM melaksanakan penempatan guru-guru baru adalah berdasarkan kriteria berikut:

(i) keperluan kepentingan perkhidmatan terutamanya di luar bandar;

(ii) mengisi kekosongan jawatan di luar bandar terutamanya di kawasan pedalaman; dan

(iii) mengisi keperluan opsyen mata pelajaran di kawasan luar bandar terutamanya kawasan pedalaman.

KPM juga akan terus melaksanakan redeployment kepada semua anggota penjawat awam di KPM termasuklah guru-guru. Keutamaan penempatan semula ini juga mengikut keperluan opsyen di sekolah-sekolah yang kekurangan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia berkeyakinan masalah penempatan guru di luar bandar dan pedalaman dapat diselesaikan dengan dasar menetapkan guru-guru baru berkhidmat di luar bandar dan pedalaman serta pelaksanaan redeployment. Di samping itu juga dua buah institusi pendidikan guru (IPG) iaitu Institut Pendidikan Guru Keningau dan Institut Pendidikan Guru Miri dikhususkan bagi melatih guru-guru yang akan ditempatkan di sekolah-sekolah kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Terima kasih.

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ketika ini Tuan Yang di-Pertua ramai kalangan guru-guru lepasan IPTA menganggur. Jadi, apakah Yang Berhormat bersetuju bagi mengelakkan pengangguran guru-guru lepasan IPTA perlu ada kerjasama yang erat antara pengurusan IPTA dengan Kementerian Pelajaran untuk menentukan jumlah pelajar perguruan mengikut subjek menepati bilangan kekosongan jawatan yang diunjurkan oleh Kementerian Pelajaran.

2 DN.26.7.2010

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya memang wujud Jawatankuasa Penyelarasan antara IPTA dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam melatih guru-guru yang akan keluar berkhidmat sebenarnya. Oleh kerana itulah kita ingin memaklumkan di sini bahawa guru-guru yang dilatih oleh IPGM, Kementerian Pelajaran mereka ini akan mengajar di sekolah rendah. Manakala siswazah yang dikeluarkan oleh IPTA akan mengajar di sekolah menengah. Ini adalah cukup jelas sebenarnya. Cuma kita sebenarnya apa yang perlu diperjelaskan di sini ialah untuk memastikan bahawa kursus-kursus yang diajar di IPTA itu mestilah mengikut opsyen, keperluan yang diperlukan oleh sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Maksudnya barangkali berlaku juga kes-kes ada di kalangan mereka yang mendapat Ijazah Perguruan daripada universiti-universiti tertentu. Akan tetapi tidak dapat menjadi guru setelah mereka tamat pengajian ialah kerana bidang yang mereka ambil itu ialah bidang yang tidak diperlukan untuk mengajar di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran. Sebab ada juga IPTA yang menyediakan kursus yang tidak diperlukan oleh Kementerian Pelajaran. Sebab itulah kita hanya mengambil guru-guru ataupun siswazah yang keluar daripada universiti IPTA ini yang sudah kita persetujui dari segi unjurannya. Ada juga IPTS yang menyediakan kursus-kursus yang kita tidak iktiraf dan sebab itulah berlaku siswazah daripada IPTS ini keluar akhirnya mereka tidak dapat menjadi guru. Ini yang berlaku sebenarnya tetapi yang memang kita persetujui terutamanya dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris dan yang lain-lain itu yang mengikut unjuran kementerian, maka itu tidak timbul masalah. Terima kasih.

■1010

Tuan Ng Fook Heng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selalunya kita hadapi masalah iaitu guru dari luar bandar ini selalu hendak keluar, hendak balik ke bandar. Kemudian yang berpengalaman pula tidak ingin pergi ke luar bandar walaupun diberi kenaikan pangkat.

Jadi adakah kementerian mengadakan satu tempoh yang khas, yang tetap untuk mereka berkhidmat di luar bandar dan apakah cara untuk mengatasi masalah guru yang berpengalaman enggan berkhidmat di luar bandar. Sekian.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat. Sebab itulah saya perjelaskan tadi bahawa kita memang sering berhadapan dengan masalah guru-guru opsyen sebenarnya. Yang menjadi isu sekarang ialah guru-guru opsyen yang kurang khususnya di kawasan-kawasan pedalaman. Contohnya, guru opsyen bahasa Inggeris. Kita banyak guru opsyen bahasa Inggeris di kawasan bandar. Ini berlaku kerana masalah mismatch sebab itu saya menyebut tadi bahawa satu daripada kaedah yang kita lakukan sekarang ini ialah melakukan redeployment iaitu penghantaran semula guru-guru opsyen yang berlebihan dan berpengalaman di bandar ini kita redeploy balik ke pedalaman.

Namun, sudah tentulah kita berhadapan juga dengan masalah-masalah ada yang membantah, tidak setuju dan sebagainya. Akan tetapi oleh kerana ini adalah satu dasar baru yang kita mulakan pada tahun ini, maka mahu tidak mahu kita memberitahu guru berkenaan bahawa ini adalah keputusan kita iaitu redeployment ini.

Untuk makluman Yang Berhormat bahawa kita sebenarnya melaksanakan pertukaran ini dua kali setahun. Dua kali setahun. Yang pertama ialah pada bulan Jun dan yang kedua ialah pada bulan Januari. Untuk bulan Jun ini memang kita khususkan kepada kes-kes yang kritikal sahaja seperti isu masalah kronik seperti kesihatan ataupun ancaman. Mungkin kerana guru diugut dan sebagainya. Maka, dia memohon pertukaran. Yang ini biasanya kita layan pada bulan Jun dan satu lagi ialah pada bulan Januari. Yang ini kita terbuka kepada semua untuk memohon secara online. Ini juga sebenarnya menimbulkan masalah kepada kita untuk melayan permohonan-permohonan pertukaran guru yang kita sediakan dua kali setahun ini sebab permohonan adalah begitu banyak.

Saya ambil contoh, Yang Berhormat ya. Katalah, biasanya yang banyak ini memohon hendak balik ke Kelantan. Bagi Kelantan, kita menerima permohonan sebanyak 852 sedangkan kita ada kekosongan sebanyak 74 sahaja.

Kebanyakan mereka ini pula opsyennya ialah Pendidikan Islam (JQAF) sedangkan sudah berlambak yang ada di Kelantan. Jadi macam mana kita hendak buat? Sebab itulah

DN.26.7.2010 3

kita tidak boleh melayan semua. Sebab itulah nanti adalah 700 orang guru yang akan rasa kecewa. Akan tetapi kalau kita layan semua, maka apa pula nasib yang di pedalaman ini? Yang kekurangan guru. Sebab itu saya kata bahawa akhirnya, kita terpaksa melakukan redeployment. Yang menjadi masalah kepada kita kadang-kadang ialah peratus pertukaran kerana faktor kemanusiaan ini lebih tinggi daripada faktor opsyen kerana faktor kemanusiaan, bila dia menangis, merayu dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang kita kena layan. Namun, itulah akhirnya kesannya kepada sekolah di pedalaman kalau kita melayan sangat kerana faktor kemanusiaan terutama bila dia kata suami dia ada di Semenanjung. Bila dia kata dia terpaksa memanjat pokok, si isteri ini kerana hendak telefon suami sebab dia kata dekat kampung dia mengajar di Sarawak itu tidak ada line telefon. Dia kena panjat pokok. Jadi, dia gunakan faktor kemanusiaan sedangkan opsyen dia itu diperlukan di pedalaman.

Jadi sebab itu bukan mudah untuk kita hendak melayan soal permohonan pertukaran ini. Maka, akhirnya keutamaan kementerian adalah faktor opsyen dan bukannya semata-mata faktor kemanusiaan. Ini saya harap dapat difahami oleh Ahli-ahli Yang Berhormatlah yang suka menghantar surat sokongan dan sebagainya bila gagal permohonan tersebut.

2. Datuk Sim Kheng Hui minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, sejauh mana keberkesanan tindakan kerajaan mengadakan kaunter perkhidmatan pengurusan permohonan kad pengenalan dan pasport di kebanyakan agensi dan tempat strategik.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Sim Kheng Hui yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Dalam Negeri masih meneliti cadangan-cadangan lokasi strategik bagi membuka kaunter pengurusan kad pengenalan dan pasport di agensi-agensi atau tempat-tempat strategik. Walau bagaimanapun, bagi urusan permohonan kad pengenalan, Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Pendaftaran Negara telah melaksanakan Program My-Daftar dan Unit Khas Bergerak (UKB) di mana unit-unit bergerak ini akan pergi ke tempat-tempat strategik untuk menerima, memproses dan mengeluarkan kad pengenalan kepada mereka yang layak.

Program ini dilaksanakan secara berterusan mengikut jadual yang telah ditetapkan dan menyasarkan kawasan-kawasan yang sukar dihubungi melalui jalan darat terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman, kampung-kampung Orang Asli dan peribumi. Pelaksanaan program ini telah memberi kemudahan kepada masyarakat untuk membuat urusan kad pengenalan dan membantu menyelesaikan masalah penduduk Malaysia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Selain dari program-program pendaftaran bergerak, kementerian melalui Jabatan Imigresen Malaysia sedang meneliti cadangan kemudahan permohonan pembaharuan pasport secara online. Ini bagi memudahkan urusan pembaharuan pasport kepada orang ramai yang pada masa ini perlu menunggu dua jam di Jabatan Imigresen Malaysia. Sekian, terima kasih.

Datuk Sim Kheng Hui: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya iaitu apakah halangan dan masalah yang dihadapi oleh kementerian dalam melaksanakan proses permohonan pasport secara online ini? Jika cadangan ini berjaya dilaksanakan, apakah kemudahan yang akan dinikmati oleh orang ramai serta berapakah jumlah kos yang dapat dijimatkan?

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, dalam melaksanakan perkhidmatan pembaharuan pasport secara online, Kementerian Dalam Negeri tidak menjangkakan sebarang masalah atau kekangan. Antara isu yang perlu diberi perhatian kelak adalah seperti tahap keselamatan dan kestabilan sistem yang perlu berada di tahap terbaik.

4 DN.26.7.2010

Ini adalah bagi mengelakkan sebarang aktiviti pencerobohan berlaku terhadap

data, maklumat penting dan gangguan capaian sistem yang akan menjejaskan operasi berjalan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, kementerian mendapati langkah untuk memperkenalkan sistem permohonan pembaharuan pasport secara online akan memberi kebaikan kepada orang awam. Antaranya ialah kaedah ini dapat menjimatkan masa tanpa pemohon perlu hadir di kaunter Imigresen. Proses ini juga boleh dilakukan bila-bila masa atas kapasiti pemohon sendiri. Ia juga merupakan langkah untuk menggalakkan orang awam untuk menggunakan perkhidmatan elektronik secara meluas.

Dari segi penjimatan kos, kerajaan akan menikmati faedah penjimatan tenaga kerja selain meningkatkan mutu perkhidmatan yang lebih efisien dengan memfokuskan kepada permohonan pasport kali pertama di kaunter-kaunter sedia ada. Sekian, terima kasih.

■1020

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya kepada pihak KDN ialah - dalam kita menyelesaikan masalah kad pengenalan dengan pasport ini, ia agak berbeza. Jadi soalan saya ialah, apakah KDN menyedari bahawa masalah dalam permohonan kad pengenalan ini adalah kerana masalah logistik iaitu rumah jauh daripada tempat permohonan dan kedua, adalah kesedaran tentang peri pentingnya memiliki kad pengenalan. Jadi apakah kementerian mengambil pendekatan supaya diadakan Unit Khas Bergerak ini? Iaitu UKB benar-benar bergerak di tempat sasaran yang memang statistik, menunjukkan bahawa ini adalah tempat yang memerlukan kad pengenalan berbanding dengan tempat-tempat yang lain, khususnya selepas bancian penduduk ini.

Bahagian kedua ialah berkenaan dengan pasport. Saya nampak tidak ada masalah sangat dalam penggunaan untuk mendapatkan pasport. Soalan saya ialah, berapa banyak bilangan pasport yang dikenal pasti disalahgunakan dan juga hilang selepas dikeluarkan? Terima kasih.

Dato’ Lee Chee Leong: Tuan Yang di-Pertua, tentang isu Unit Khas Bergerak (UKB) - memang operasi ini adalah secara berterusan. Seperti saya telah jawab tadi ia mengikut jadual dan telah ditetapkan, khususnya ia disasarkan kepada kawasan-kawasan pedalaman. Jadi jika perlu, pelaksanaan UKB ini akan diperluaskan ke tempat-tempat lain. Tentang soalan yang kedua ini, ia melibatkan angka. Jadi saya minta notis. Terima kasih.

3. Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan:

(a) jumlah koperasi seluruh negara yang ‘gulung tikar’ sepanjang

lima tahun dan sebab-sebabnya; dan

(b) jumlah koperasi yang tidak membayar dividen bertahun-tahun kepada pemegang-pemegang saham dan apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian dalam isu ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan II [Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah koperasi yang ‘gulung tikar’ atau dibatalkan pendaftaran sepanjang lima tahun, iaitu daripada tahun 2006 hingga 2010 adalah sebanyak 332 buah koperasi. Koperasi dibatalkan pendaftaran atas sebab-sebab berikut:

(i) domain;

(ii) tiada aktiviti dan kedudukan kewangan yang lemah;

(iii) anggota koperasi tidak berminat meneruskan pendaftaran koperasi;

(iv) mesyuarat anggota lembaga tidak pernah diadakan;

DN.26.7.2010 5

(v) koperasi tidak menjalankan apa-apa kegiatan ekonomi;

(vi) koperasi menjalankan aktiviti skim cepat kaya atau mana-mana aktiviti yang melanggar undang-undang negara; dan

(vii) kekurangan ahli iaitu yang kurang daripada 15 orang ahli sahaja.

Menjawab soalan (b), jumlah koperasi yang tidak membayar dividen kepada anggota adalah seperti berikut:

Tahun Bil. Koperasi (Buah)

2005 1,899

2006 1,916

2007 1,833

2008 1,796

2009 941

Koperasi yang rugi akan dibantu melalui program-program seperti pembangunan perniagaan - business matching, dengan izin, iaitu termasuk bantuan kewangan asas dan pinjaman mudah sekiranya diperlukan. Koperasi yang bermasalah tadbir urus akan dibantu untuk memperbaiki tadbir urus melalui khidmat nasihat oleh pegawai penyelia, iaitu pegawai daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia di peringkat-peringkat negeri dan Wilayah. Terima kasih.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang menjawab soalan saya dengan begitu jelas dan baik.

Soalan tambahan saya - memandangkan bilangan ataupun jumlah koperasi yang ‘gulung tikar’ itu pun banyak, iaitu sejumlah 332 buah sepanjang lima tahun yang lalu. Juga koperasi yang tidak membayar dividen bertahun-tahun berjumlah lebih kurang 1,800 buah koperasi setiap tahun, dan yang paling akhir ialah sejumlah 941 buah koperasi.

Jadi soalan tambahan saya ialah, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kementerian untuk membantu koperasi-koperasi yang kecil-kecil ini? Terutama sekali di luar bandar khususnya yang menjalankan perniagaan seperti perniagaan runcit, perniagaan perladangan dan sebagainya, serta tidak mempunyai modal yang cukup. Bantuan yang saya maksudkan ialah dari segi latihan, geran dan sebagainya. Kedua, di setiap kawasan Parlimen kita ada seorang pegawai pembangunan koperasi. Jadi tidakkah pegawai ini dapat memainkan peranan yang berkesan untuk membantu koperasi-koperasi yang lesu ini tadi? Terima kasih.

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih kepada Yang Berhormat Haji Ahamat. Sebenarnya di dalam hujah Yang Berhormat tadi sudah menjawab soalan itu. Namun begitu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih.

Memang betul Yang Berhormat, kita sebenarnya daripada SKM mengambil beberapa langkah untuk memastikan iaitu - kalau mengikut daripada jumlah 332 buah koperasi ini, kalau dapat kami tidak hendak mereka ini juga ‘gulung tikar’ atau dibatalkan pendaftaran. Namun begitu, memandangkan setelah pemantauan, bimbingan dibuat, memang didapati bahawa sejumlah 332 buah koperasi ini memang sudah tidak dibantu lagi.

Namun demikian Yang Berhormat, melalui langkah-langkah yang diambil, melalui laporan tahunan didapati - memang diketahui bahawa mereka ini tidak begitu aktif dari segi pelbagai aktiviti. Pegawai-pegawai SKM memang mengambil langkah-langkah seperti Yang Berhormat katakan tadi, iaitu kita membuat lawatan, bimbingan, membuat pemantauan, diberi khidmat nasihat, diberi juga bantuan-bantuan.

Untuk makluman Yang Berhormat, pada tahun lepas kita telah memberi geran bantuan pembangunan berjumlah RM15 juta kepada 231 buah koperasi. Kita juga memberi pinjaman mudah iaitu di bawah tabung modal pusingan sebanyak RM78.1 juta kepada 163 buah koperasi. Bermakna, insya-Allah semua itu dijalankan.

6 DN.26.7.2010

Akan tetapi Yang Berhormat, didapati 332 buah koperasi ini memang satunya -

ada terlibat di dalam aktiviti-aktiviti skim cepat kaya, yang melanggar undang-undang dan ada yang anggotanya memang kurang daripada 15 orang. Jadi yang 15 orang ini juga, pegawai seperti Yang Berhormat katakan tadi iaitu namanya ‘pegawai pengembang’. Yang Berhormat, ‘pegawai pengembang’ ini memang turun dan memberi nasihat serta bimbingan.

Jadi Yang Berhormat, kalau kita bezakan daripada 7,688 buah koperasi dengan izin, not too bad. Akan tetapi sebab itu Yang Berhormat, kita sekarang mengadakan dan mewujudkan sebuah dasar baru iaitu Dasar Koperasi Negara Tahun 2011-2020 yang memberi penumpuan kepada modal insannya. Itu yang penting sebab yang menggerakkan koperasi ini adalah ahli lembaga koperasi dan juga ahli-ahli.

Yang Berhormat, mengenai dari segi dividen tadi - dalam mesyuarat agung, di situlah ditentukan dibayar dividen. Kalau dibayar dividen, berapa? Kalau tidak mahu - iaitu ada koperasi ini tidak mahu, tidak perlu membayar dividen. Sebabnya adalah sebab-sebab mungkin hendak membeli aset dan sebagainya, juga harus ditentukan di dalam mesyuarat AGM tahunan yang dijalankan. Terima kasih.

Tuan Ahmad bin Hussin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Di dalam RMKe-10, ada disebut tentang pembinaan rumah sebanyak 78,000 rumah mampu milik. Ada juga di dalam RMKe-10 disebutkan dana sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi tujuan membiayai kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta.

Soalan saya Tuan Yang di-Pertua ialah, tidakkah pihak yang berwajib dapat dalam kaedah hendak menolong koperasi ini memberikan kepada ANGKASA contohnya, untuk membina sebanyak 78,000 rumah mampu milik dan 71 buah koperasi yang lain yang terlibat dalam projek perumahan serta juga projek penyelenggaraan rumah. Saya rasa ini adalah satu jalan keluar. Minta pandangan kerajaan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

■1030

Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Ahmad. ANGKASA ini mempunyai business plan mereka yang tersendiri yang mereka rasa mampu mereka kendalikan. Apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi adalah satu cadangan yang baik dan insya-Allah saya tahu juga selain daripada ANGKASA, ada juga koperasi-koperasi yang sudah mempunyai skim-skim perumahan seperti yang ada di Johor dan sebagainya.

Jadi Yang Berhormat, memang apa-apa kegiatan ekonomi atau business, memang tidak ada batasannya sekiranya tidak melanggar mana-mana undang-undang. Jadi Yang Berhormat, yang ini ahli lembaga pengarah koperasi ini, ANGKASA dan bertanya juga pada affiliatenya 31 buah itu. Mereka mampu menjalankan dan insya-Allah daripada pihak kementerian atau SKM memang kita tidak menghalang kecuali kita juga hendak melihat dari segi business plan mereka supaya ianya betul-betul sihat dan dapat memberikan pulangan yang terbaik kepada ahli.

Memang ini Yang Berhormat, kami sangat menggalakkan dan khasnya sebab ianya memerlukan seperti tapak tanah dan sebagainya. Jadi, banyak daripada koperasi yang menceburi diri dalam bidang perumahan mewujudkan skim perumahan atau membuat rumah, mereka ada competitive advantage sebab mereka ada tanah, ahli mereka ada tanah. Tanah-tanah ahli ini digembleng bersama sehingga mereka dapat mewujudkan satu skim perumahan, satu untuk dijual kepada awam dan selebihnya untuk ahli. Itu adalah sesuatu yang sangat kami galakkan Yang Berhormat. Terima kasih.

4. Datuk Chandrasekar Suppiah minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk mewujudkan rancangan perumahan bagi pekerja ladang seperti yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Kedua iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak.

DN.26.7.2010 7

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi II [Dato’ G.

Palanivel]: Tuan Yang di-Pertua, Skim Pemilikan Rumah oleh pekerja ladang telah dimulakan sejak tahun 1973. Beberapa ribu rumah kos rendah yang mampu dimiliki telah dibina untuk para pekerja. Memandangkan skim ini adalah berbentuk sukarela, ia tidak mencapai tahap yang memberangsangkan kerana pelbagai sebab dan masalah pada ketika itu. Terdapat juga skim di mana rumah kos rendah dimajukan oleh pemaju yang juga pemilik ladang di bekas kawasan ladang. Sebahagian daripada rumah ini dikhaskan untuk dijual kepada bekas pekerja ladang dengan harga diskaun.

Tuan Yang di-Pertua, menyedari kemudahan perumahan ini amat diperlukan oleh pekerja ladang, kerajaan melihat perkara ini dengan lebih serius. Untuk itu saya telah membangkitkan perkara ini dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Perkara ini akan diteliti bagi memenuhi tanggungjawab sosial semua pihak. Sekian, terima kasih.

Datuk Chandrasekar Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Soalan tambahan saya ialah berapakah projek-projek penempatan yang telah dilaksanakan setakat ini bagi menempatkan bekas pekerja ladang? Apakah inisiatif yang telah diambil bagi meningkatkan mutu hidup pekerja ladang?

Dato’ G. Palanivel: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak ada angka yang lengkap di sini. Walau bagaimanapun, saya akan berusaha berhubung dengan Kementerian Sumber Manusia mendapatkan angka-angka berkenaan dengan perumahan yang diberi untuk pekerja-pekerja ladang melalui skim ini. Yang lebih penting apa yang saya suka jawab di sini ialah kementerian ini dan Kerajaan Barisan Nasional sentiasa ‘prihatin’ berkenaan dengan kebaikan dan kebajikan pekerja.

Kita akan wajibkan pemaju-pemaju perumahan di kawasan-kawasan perladangan untuk memenuhi tanggungjawab mereka dan juga pemilik-pemilik ladang untuk memenuhi tanggungjawab mereka. Kementerian ini telah pun membuat beberapa lawatan ke ladang-ladang untuk memahami masalah-masalah di peringkat akar umbi. Lawatan-lawatan ini akan diteruskan di semua ladang dalam tahun ini dan tahun-tahun akan datang. Sekian, terima kasih.

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, masalah yang dialami oleh pekerja ladang ini adalah merupakan satu masalah yang mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dan sampai kini masih lagi belum mencapai tahap penyelesaian. Persoalannya ialah apakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan suatu peraturan ataupun mandatori kepada pihak pemilik ladang bagi memastikan setiap keuntungan tahunan mereka itu wajib mengorbankan kepada pembaikan rumah-rumah pekerja ladang dan juga pembinaan rumah-rumah baru bagi memastikan kebajikan kepada pekerja ladang ini terbela. Akhirnya, insya-Allah akan mencapai satu tahap yang memuaskan sebagaimana matlamat kerajaan. Terima kasih.

Dato’ G. Palanivel: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut dalam jawapan asal saya, Kerajaan Barisan Nasional sekarang yang diketuai oleh Perdana Menteri kita akan mengkaji semua masalah bekas-bekas pekerja ladang dan pekerja-pekerja ladang sekarang dan akan mengambil langkah-langkah untuk membaiki masalah-masalah mereka. Sekian, terima kasih.

5. Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah punca utama yang telah dikenal pasti kepada kemerosotan mutu sukan bola sepak dan badminton negara dan apakah usaha untuk mengatasi masalah ini supaya ia tidak berterusan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan I [Tuan Gan Ping Sieu]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas soalan yang dibawa oleh Datin Paduka Senator dan saya memohon untuk menjawab soalan pada hari ini bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Firdaus bin Abdullah bertarikh 29 Julai 2010 kerana ianya berkaitan.

8 DN.26.7.2010

Timbalan Yang di-Pertua: Dibenarkan.

Tuan Gan Ping Sieu: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Belia dan Sukan sedar bahawa kegagalan skuad badminton negara di Kejohanan Piala Thomas 2010 baru-baru ini telah membawa perasaan frustration dengan izin, di kalangan kita semua dan seterusnya mengakibatkan satu tanggapan bahawa mutu sukan badminton kian merosot.

Namun begitu Tuan Yang di-Pertua, secara keseluruhannya kita masih lagi mempunyai pemain-pemain yang bermutu tinggi di peringkat antarabangsa. Misalnya Datuk Lee Chong Wei dan pasangan beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang kini masih dalam ranking nombor satu dunia. Selain daripada itu, kita juga mempunyai atlet elit badminton perseorangan dan beregu, lelaki dan wanita yang kini terlibat dalam Program Road to London 2012 iaitu program latihan khas untuk pemain kita untuk bertanding di Kejohanan Piala Thomas dan Uber 2012.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai langkah persediaan awal ke arah Kejohanan Piala Thomas dan Uber 2012, Persatuan Badminton Malaysia telah pun mengenal pasti beberapa pemain remaja yang cemerlang di peringkat remaja Asia dan dunia untuk memperbanyakkan lagi pendedahan di kejohanan utama dunia.

■1040

Kementerian juga telah melalui Majlis Sukan Negara Malaysia dalam meningkatkan prestasi badminton negara, demi merampas Piala Thomas dengan beberapa pendekatan baru iaitu:

(i) Majlis Sukan Negara telah memberi banyak pendedahan kepada pemain-pemain pelapis kebangsaan menyertai kejohanan-kejohanan antarabangsa;

(ii) pendedahan kepada aspek sains sukan yang lebih berkesan dari segi ketahanan fizikal dan mental;

(iii) Institut Sukan Negara telah mengadakan analisis-analisis secara lebih saintifik, yang telah dijalankan untuk mengkaji cara dan strategi pertandingan pemain kita;

(iv) kerajaan khasnya Kementerian Belia dan Sukan tengah merancang membina Akademi Badminton Kebangsaan; dan

(v) Majlis Sukan Negara telah mewujudkan kem latihan pusat jangka panjang yang mengambil masa selama dua atau tiga bulan sebelum kejohanan-kejohanan. Selain daripada itu dalam proses latihan, perlawanan simulasi juga telah diadakan.

Bagi sukan bola sepak pula Tuan Yang di-Pertua, beberapa punca kemerosotan sukan bola sepak telah di identified oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara. Di antaranya termasuklah krisis disiplin pemain kita yang serius pada tahun 90-an di mana seramai 179 orang pemain utama dalam liga bola sepak telah melibatkan diri dalam tournament facing dengan izin. Kejadian itu telah menjatuhkan moral para pemain dan persepsi terhadap sukan bola sepak.

Yang kedua, liga bola sepak profesional negara kita lewat dimulakan iaitu mulai pada tahun 1994, lebih kurang 15 tahun yang lalu berbanding dengan negara-negara lain seperti Korea dan Jepun. Punca yang ketiga termasuklah penarikan tajaan syarikat tembakau Dunhill telah mengakibatkan kekurangan dana kewangan persatuan di peringkat negeri dan juga dalam pembangunan bola sepak. Walau bagaimanapun, bagi sukan bola sepak ini langkah-langkah positif telah diambil untuk menaikkan mutu permainan bola sepak negara kita dengan beberapa pendekatan yang baru. Ini termasuklah kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan pada tahun 2004 yang memutuskan bahawa sukan bola sepak dimasukkan dalam senarai 19 jenis sukan yang perlu dibangunkan dengan pesat.

DN.26.7.2010 9

Yang kedua, sukan bola sepak juga dipilih untuk menyertai Program Gemilang

2006 dan Program Cabaran 2010, Majlis Sukan Negara dengan peruntukan RM300,000 setiap tahun bagi persiapan skuad kebangsaan.

Yang ketiga, pada tahun 2008 dengan bantuan Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Sukan Prestasi Tinggi Sekolah yang melibatkan tujuh jenis sukan termasuklah sukan bola sepak dan kini Tuan Yang di-Pertua, telah berjaya melahirkan seramai 1,100 pemain bola sepak remaja yang sedang menjalani latihan di 30 pusat latihan daerah, 14 sekolah sukan negeri dengan pemantauan seramai 135 orang jurulatih.

Yang keempat Tuan Yang di-Pertua, kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara dengan dana permulaan RM10 juta dengan skuad bawah 23 tahun memenangi pingat emas Sukan SEA, Laos pada tahun lepas. Untuk makluman Dewan yang mulia ini sukacitanya juga ingin memaklumkan bahawa petang semalam kita telah menyaksikan pasukan skuad bawah 23 tahun negara kita ini, telah berjaya menewaskan skuad Olimpik bawah 23 tahun Korea Selatan dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa sempena ulang tahun ke-50 perhubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan.

Selanjutnya Tuan Yang di-Pertua, kerajaan juga sedang merancang untuk menubuhkan Akademi Bola Sepak Kebangsaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Persatuan Bola Sepak Malaysia juga telah menaik taraf skuad bawah 23 tahun negara sebagai skuad senior kebangsaan bermula tahun lalu. Kementerian melihat ia sebagai satu langkah yang tepat kerana barisan muda ini mempunyai prestasi yang lebih konsisten. Kementerian juga telah mewujudkan skuad Harimau Muda A di bawah umur 21 tahun dan skuad Harimau Muda B di bawah umur 19 tahun yang berperanan sebagai pelapis pasukan bola sepak kebangsaan.

Secara rumusan Tuan Yang di-Pertua, kementerian menyedari agak terlewat dalam usaha membangunkan sukan bola sepak di peringkat akar umbi jika dibandingkan dengan negara Korea yang telah bermula sejak 1980an yang akhirnya kini telah menunjukkan hasilnya. Sehubungan itu, pada tahun 2009 yang lalu Kementerian Belia dan Sukan...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidakkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berniat untuk memberi peluang kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk mengemukakan soalan tambahan kerana jawapan terlalu panjang.

Tuan Gan Ping Sieu: Ya, ya. Minta maaf. Cuma dua ayat yang terakhir. Sehubungan itu pada tahun 2009 yang lalu Kementerian Belia dan Sukan telah mula memperkenalkan pendekatan industri sukan bagi mengkoordinasi aspek-aspek pembangunan sukan yang lebih menyeluruh. Sekian.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato' Seri Onn: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih di atas jawapan yang panjang lebar tadi tetapi saya rasa mungkin soalan saya ini belum dijawab lagi dan harus dijawab oleh kementerian. Apakah Yang Berhormat sedar bahawa kelahiran atlet negara pada hari ini yang ada di peringkat antarabangsa bukannya hasil daripada cungkilan daripada kementerian tetapi merupakan dorongan daripada ibu bapa masing-masing umpamanya keluarga Sidek - badminton, Rosman - basikal dan yang terbaru Nicol - tenis. Ini semua adalah hasil daripada dorongan ibu bapa masing-masing.

Sepatutnya kementerian pada hari ini turun masuk ke kampung-kampung dan mencari bakat-bakat terpendam yang harus diketengahkan, umpamanya mereka yang pandai menyumpit. Barangkali boleh diketengahkan untuk menjadi pemanah ataupun penembak yang terbaik di Malaysia kemudian dan begitu juga dengan bola sepak kampung ini.

Sepatutnya macam yang pernah suatu ketika dahulu MyTeam yang Yang Berhormat Tuan Khairy buat itu, boleh mencungkil bakat-bakat untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa dan apakah pentingnya sekolah sukan kepada pembangunan sukan negara ini terutamanya kepada sukan bola sepak dan badminton. Bagi sukan bola

10 DN.26.7.2010

sepak, adakah kerajaan mempunyai kajian mengenai kesan baik buruk pemain import kepada prestasi bola sepak negara?

Apakah kerajaan bercadang untuk membenarkan semula pengambilan pemain import dari luar negara sedangkan kita telah dengar tadi kementerian berbelanja sebanyak RM10 juta, macam-macam tabung dibuat, macam-macam usaha dibuat tapi masihkah kita mahu mengambil lagi pemain import daripada luar negara untuk kejayaan bola sepak negara Malaysia. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Soalan pun panjang.

Tuan Gan Ping Sieu: [Ketawa] Ini semua demi manfaat sukan negara. Kita boleh fahami Tuan Yang di-Pertua. Kementerian memang sedar bahawa tokoh-tokoh ataupun pemain atau atlet-atlet negara kebangsaan, yang ranking nombor satu di dunia misalannya Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David dan sebagainya ataupun sebelum ini Sidek brothers dan sebagainya, kebanyakan sebelum ini adalah accidental. Ia macam durian runtuh daripada tak tahu mana tetapi itu satu masalah yang kita hadapi, bahawa masyarakat kita sekarang ini, kita dapati bahawa ibu bapa ataupun masyarakat pun tidak bagi tumpuan yang hebat kepada sukan. Yang Berhormat Senator yang lebih, orang lama memang faham pada suatu ketika dahulu.

■1050

Sekiranya anak-anak muda kita melibatkan diri sangat dalam bidang sukan. Katanya misalannya bola sepak sama ada hujan lebat ataupun cahaya matahari yang begitu panas masih main, ibu bapa risau sebab tak adanya satu kerjaya untuk anak mereka. Itulah pada masa seketika dahulu tapi sekarang ini, persepsi ini ataupun anggapan ini telah berubah dan kementerian memang sedar bahawa kementerian bertanggungjawab untuk mencungkil bakat sejak daripada remaja-remaja kita. Oleh sebab itu pendekatan-pendekatan baru telah diambil oleh kerajaan termasuk mewujudkan satu jawatankuasa Kabinet yang dibimbing oleh Timbalan Perdana Menteri dan juga melibatkan bantuan dan kerjasama daripada Kementerian Pelajaran Malaysia di mana kita memang faham untuk membina atau membangunkan seorang atlet yang bertaraf antarabangsa, it takes times.

Ia mungkin masa misalannya bola sepak, kalau kita nak melahirkan seorang atlet bola sepak yang begitu bertaraf antarabangsa, mungkin ia mengambil masa lapan hingga sepuluh tahun. Oleh sebab itu sebentar tadi dalam jawapan saya, saya telah mengakui bahawa kementerian menyedari bahawa kita agak lewat dalam permulaan untuk membangunkan atlet-atlet di negara kita. Walau bagaimanapun, program-program pelapis telah diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan termasuk pelapis peringkat negeri, pelapis serantau dan pelapis kebangsaan untuk mendedahkan atlet-atlet kita untuk mengambil bahagian dalam pertandingan-pertandingan ataupun tournament di peringkat antarabangsa.

Selain daripada itu, soalan yang berkaitan dengan import atlet-atlet kepada negara kita, ia adalah satu cadangan yang baik Datuk Paduka Senator, walau bagaimanapun terdapat juga pandangan bahawa sekiranya kita mengimport semua atlet-atlet untuk mewakili negara untuk bertanding di peringkat SEA ataupun di peringkat antarabangsa, mungkin dia akan membawa persepsi yang negatif kepada negara kita juga misalannya bukan saya sengaja nak menyebut tentang negara lain, misalannya pertandingan pingpong di negara-negara lain termasuk Singapura, semua atlet yang mewakili Singapura ini adalah import daripada negara China. Jadi sama ada begitu adalah satu pendekatan yang baik, itu mungkin ada pandangan yang tidak sama.

Walau bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara lebih tumpu kepada membangunkan atlet-atlet tempatan termasuk mendedahkan misalnya dalam sukan bola sepak, kita telah membawa atlet-atlet kita ke negara Eropah, Britain, Brazil dan Jerman untuk mengadakan latihan-latihan yang lebih tersusun. Sekian.

6. Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan, status pencemaran sungai di negara ini, tindakan

DN.26.7.2010 11

semasa dan kejayaan projek pembersihan Sungai Juru dan jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi pembersihannya.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Program Pengawasan Kualiti Air Sungai 2009, Jabatan Alam Sekitar atau JAS telah memantau sebanyak 577 sungai melalui 1063 stesen pemantauan di seluruh negara. Hasil daripada pemantauan ini didapati sebanyak 306 atau 53 peratus sungai adalah dikategorikan sebagai bersih. 217 atau 38 peratus sungai sebagai sederhana tercemar dan 54 atau 9 peratus sahaja sungai adalah tercemar. Masalah pencemaran sungai ini ialah berpunca daripada peningkatan jumlah punca-punca pencemaran dan keadaan cuaca yang lebih kering menyebabkan kuantiti hujan yang berkurangan di lembangan sungai yang berkenaan.

Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, kementerian akan terus memantau dan berusaha untuk menangani masalah ini. Berhubung dengan pencemaran Sungai Juru, kementerian melalui pihak JAS dan Jabatan Parit dan Saliran mengambil pelbagai tindakan untuk membersihkan Sungai Juru. Pihak JAS mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:

(i) mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawah di peringkat punca khususnya daripada punca tetap atau dengan izin, point sources yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974;

(ii) bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Veterinar agar dapat mempertingkatkan penguatkuasaan dan tindakan terhadap punca-punca pencemaran di bawah bidang kuasa masing-masing; dan

(iii) menjalankan inventori punca-punca pencemaran dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kesedaran awam di bawah Program Pencegahan Pencemaran dan Peningkatan Kualiti Air Sungai.

Selain daripada itu, sejumlah RM1.9 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi projek pembersihan Sungai Juru. Projek ini dilaksanakan oleh pihak JPS dan melibatkan kerja-kerja seperti berikut;

(i) mendalam dan mengorek Sungai Rambai iaitu anak Sungai Juru sepanjang 8km dengan kos RM900,000;

(ii) mendalam dan mengorek Sungai Juru sepanjang 4km dan pengorekan kuala Sungai Juru dengan kos RM800,000; dan

(iii) membina stesen kualiti air bagi tujuan pemantauan kualiti air Sungai Juru dengan kos RM200,000.

Di samping itu, pihak kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Seberang Prai, persatuan penduduk dan badan-badan bukan kerajaan juga aktif dalam usaha membersihkan dan memelihara sungai.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hasil daripada tindakan-tindakan yang saya nyatakan sebentar tadi dan berdasarkan pengawasan kualiti air di dua stesen pemantauan adalah diperhatikan bahawa tahap kualiti air Sungai Juru semakin menunjukkan peningkatan sejak tahun 2005 iaitu daripada kategori tercemar kepada kategori sederhana tercemar dalam tahun 2009.

Usaha-usaha untuk membersihkan Sungai Juru di bawah projek pembersihan Sungai Juru akan diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan projek ini adalah disenaraikan sebagai projek keutamaan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha JBS untuk mengatasi masalah pencemaran sungai di bawah Program Satu Negeri Satu Sungai iaitu Sungai Pinang telah mencapai kejayaan seperti mana diumumkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Terima kasih.

12 DN.26.7.2010

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terima kasih jawapan

yang agak panjang lebar daripada pihak kementerian. Namun demikian...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya belum benarkan lagi. Silakan Dato' Hajah Saripah Aminah.

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Terlupa... [Ketawa] Terima kasih kepada kementerian yang telah memberi jawapan yang panjang lebar tapi saya rasa sasarannya belum sampai. Saya nak bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sungai Juru alhamdulillah telah sampai ke tahap sederhana tetapi masalah pencemaran ini Yang Berhormat adalah dilakukan oleh pihak-pihak yang ada industri makanan, premis makanan.

■1100

Adakah Yang Berhormat ingin menggunakan Clean Technology, dengan izin untuk merawat sisa-sisa buangan mereka selain daripada kementerian mengenakan kompaun dan denda untuk menyelesaikan masalah pencemaran ini? Satu lagi Yang Berhormat, adakah pihak kementerian Yang Berhormat ingin bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan tempatan supaya penjimatan kewangan dalam pencemaran sungai ini dapat dilakukan dan win-win situation dalam keadaan ini. Terima kasih Yang Berhormat.

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jawapan saya memang panjang lebar tetapi padat juga. Berkaitan dengan soalan yang ada berhubung kait dengan soal Sungai Juru sebentar tadi, pertama saya ingin menjawab terlebih dahulu sama ada kementerian ini akan membuat kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. Saya sudah cakap dengan panjang lebar sebentar tadi, salah satu agensi yang kita hendak bekerjasama ialah pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa tempatan ini sememangnya mempunyai undang-undang, peraturan-peraturan tertentu yang mereka boleh kuasakan supaya sungai kita tidak tercemar.

Kedua, ialah berkaitan dengan punca pencemaran itu yang ada berhubung kait dengan pembuangan sampah oleh industri. Yang Berhormat bertanya sama ada kita berhasrat untuk mengguna clean technology. Clean technology melalui rawatan itu memang kita sudah mempraktikkan sebegitu lama. Akan tetapi mempunyai kemahiran sendiri kerana perkara ini adalah dinamik. Kita mengambil langkah-langlah tertentu di mana ia boleh menaikkan juga kualiti air sungai kita. Kita menempatkan beberapa stesen pemantauan supaya kita boleh kenal pasti di mana puncanya itu. Daripada punca itu kita akan mengambil tindakan di samping memberi kesedaran kepada orang umum. Memberi kesedaran kepada orang-orang bertanggungjawab supaya pencemaran itu dapat dikurangkan atau tidak boleh mencemarkan kualiti sungai lagi. Sekian.

7. Dr. Syed Husin Ali minta Perdana Menteri menyatakan, berapakah kos belanja keseluruhan bagi Program Permata Pintar yang diusahakan bersama Universiti Kebangsaan Malaysia dan Johns Hopkins. Terangkan apakah keperluan program yang begitu bersifat elitis dan hanya relevan bagi segelintir pelajar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dr. Syed Husin atas soalan ini.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama sebanyak RM7,326,640 telah diperuntukkan untuk melaksanakan Program Permata Pintar. Jumlah tersebut meliputi kos operasi perkhidmatan perkhemahan cuti sekolah bagi pelajar yang berjaya melepasi ujian saringan UKM 1 dan UKM 2. Penggubalan kursus-kursus yang diadaptasikan dari Center for Talented Youth (CTY) di Johns Hopkins University Amerika Syarikat pembangunan dan juga penyelenggaraan sistem atas talian ataupun, dengan izin, online bagi ujian saringan UKM 1 dan UKM 2 serta latihan kepada tenaga pengajar.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan bagi tujuan pembinaan kompleks Sekolah Permata Pintar di Kampus

DN.26.7.2010 13

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tujuan Program Permata Pintar ini diwujudkan adalah bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas dan berbakat. Pada peringkat seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum.

Sebelum ini, sistem pendidikan di Malaysia tidak mempunyai program pendidikan yang dikhususkan untuk pelajar pintar, cerdas dan berbakat mengembangkan keupayaan dan kebolehan mereka.

Jika Malaysia berhasrat melahirkan golongan bijak pandai dan pakar saintis yang terkemuka di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, perhatian khusus wajar diberikan terhadap usaha untuk mengenal pasti dan seterusnya menempuh bakat sains dan matematik di kalangan pelajar tersebut sejak awal lagi. Pelajar-pelajar tersebut perlu diberikan program pendidikan yang sesuai dengan ciri unik mereka. Sekian, terima kasih.

Dr. Syed Husin Ali: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bolehkah Timbalan Menteri memberitahu perbelanjaan setiap seorang pelajar yang dipilih untuk program ini dan bagaimanakah proses pemilihan yang dilakukan? Seterusnya walaupun diterangkan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi, bagaimanakah kedudukan program ini dalam konteks matlamat, strategi dan sistem pendidikan serta rancangan pembangunan memandangkan seolah-olah projek ini dan rancangan permata ini adalah suatu yang ad hoc, dengan izin yang dikaitkan dengan seorang isteri Perdana Menteri. Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator. Terlebih dahulu saya ingin menjawab soalan dari Senator berkenaan dengan isteri Perdana Menteri mengenai program ini. Saya rasa Yang Berhormat Senator ini hanya mendapatkan imaginasi yang tidak betul dan kurang mendapatkan pengetahuan yang sebenarnya dalam isu ini... [Tepuk] Sekiranya Senator faham bahawa, Program Permata Pintar ini telah pun dimulakan oleh pihak UKM pada tahun 2008 lagi. Itu sebelum Yang Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jadi, program ini telah pun dimulakan kajiannya...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat silakan...

Datuk Liew Vui Keong: ...Telah pun dimulakan pada 2008 dan susulan daripada itu, isteri Perdana Menteri telah pun mengambil kesempatan untuk mengemukakan kajian susulan ini berterusan. So, this is bukan seperti yang dituduh oleh Yang Berhormat atau yang dikatakan tadi itu.

Mengenai status pelajar yang telah pun mengambil peranan dalam program ini, setakat ini seramai 212,143 pelajar dari pelbagai jenis sekolah telah pun menduduki ujian Permata Pintar UKM 1 yang telah pun dilaksanakan daripada Mac hingga Jun 2009. Jadi, seperti Yang Berhormat Senator sedia maklum, Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak hanya mengambil kuasa menjadi Perdana Menteri Malaysia pada April 2009. Jadi, daripada jumlah itu, seramai 4,682 pelajar telah pun layak menduduki ujian Permata Pintar UKM 2 yang dilaksanakan melalui laman web mulai 10 hingga 30 Ogos 2009 dengan pengawasan guru dan juga pegawai pendidikan daerah. Daripada 4,682 yang layak menduduki ujian Permata Pintar UKM 2 tersebut seramai 405 pelajar sahaja yang terpilih untuk mengikuti Program Perkhemahan Cuti Sekolah Permata Pintar yang akan diadakan di Fakulti Pendidikan UKM pada 28 November hingga 17 Disember 2009.

Program SPCB UKM dijangka mula beroperasi pada tahun 2011. Jadi, itulah kedudukan program pada setakat ini Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

■1110

8. Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Nor minta Menteri Kesihatan menyatakan, apakah kementerian sedar kekurangan ubat-ubat tertentu di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan di seluruh Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Kementerian Kesihatan mengambil maklum mengenai situasi kekurangan ubat-ubatan di facility

14 DN.26.7.2010

kesihatan di seluruh negara. Untuk itu, pihak kementerian telah pun menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca masalah dan didapati antara punca masalah kekurangan ubat adalah disebabkan oleh kelewatan ataupun kegagalan pihak pembekal untuk memenuhi pesanan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Kementerian juga mendapati bahawa pembekal juga menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan mentah di peringkat global yang mengakibatkan masalah pengilangan ubat-ubat berkenaan dan seterusnya menyebabkan bekalan ubat tersebut terganggu.

Bagi mengatasi masalah seumpama ini, kementerian telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pembekal dan mereka dicadangkan mengambil inisiatif untuk mendapatkan produk alternatif sama ada daripada sumber tempatan ataupun produk import yang berdaftar dan tidak berdaftar dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi mengatasi masalah ini, kementerian akan sentiasa memastikan peruntukan dan pembekalan ubat-ubatan diberi keutamaan bagi penyampaian penjagaan kesihatan rakyat yang lebih baik. Terima kasih.

Datuk Hajah Wan Hazani binti Haji Wan Mohd. Nor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya ialah, kenapakah kementerian tidak membekalkan ubat-ubatan yang lebih baik daripada yang ada sekarang seperti ubat demam urat yang lebih baik, ubat batuk kahak, ubat darah tinggi dan ubat kencing manis dan kenapakah terjadi kekurangan ubat, terutamanya di kawasan luar bandar? Terima kasih.

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat, sebenarnya adalah tidak benar pihak kementerian membekalkan ubat yang tidak baik kepada pelanggan iaitu pesakit-pesakit. Dakwaan itu tidak benar. Mengenai kekurangan di kawasan luar bandar, Yang Berhormat, seperti yang saya nyatakan tadi, saya ingin maklumkan kepada Dewan yang mulia ini, selepas kita menjalankan penyiasatan, kementerian mendapati bahawa beberapa tempat iaitu di Johor, Kedah dan Hospital Kuala Lumpur mengalami masalah kekurangan ubat yang disebabkan oleh punca yang saya nyatakan lebih awal tadi iaitu pertamanya, gangguan bekalan daripada pembekal dan keduanya adalah dari segi kekurangan bahan mentah di peringkat global.

Walau bagaimanapun, Yang Berhormat, langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut iaitu:

(i) dengan membenarkan perolehan luar kontrak yang diluluskan agar pihak hospital mendapatkan bekalan daripada sumber alternatif;

(ii) surat peringatan telah dikeluarkan kepada pembekal kontrak supaya memastikan bekalan tidak tersekat dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap pembekal-pembekal seperti yang termaktub dalam kontrak perjanjian. Kita tegas di dalam mengatasi masalah ini, Yang Berhormat. Walaupun perolehan luar kontrak telah diluluskan, pihak hospital juga kita sarankan untuk mengambil tindakan denda terhadap pembekal di atas kelewatan bekalan dan sekiranya kos perolehan luar kontrak melebihi harga dalam kontrak, pihak pembekal akan dikehendaki membayar amaun yang lebih itu kepada kerajaan sebagai pampasan. Kita tegas, Yang Berhormat, di dalam mengatasi masalah ini.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Nampak tiga-tiga wanita di tepi saya dapat soalan hari ini. Tuan Yang di-Pertua juga wanita. Tahniahlah kepada wanita.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah perbelanjaan kementerian untuk membeli ubat-ubatan bagi tahun 2009 dan tahun ini dan dari segi peratusan, berapa ramaikah pembekal-pembekal bumiputera? Terima kasih.

DN.26.7.2010 15

Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih Yang Berhormat.

Saya tidak mempunyai maklumat secara keseluruhan Yang Berhormat tetapi untuk makluman Yang Berhormat, untuk tahun ini sahaja perbelanjaan tambahan sebanyak RM174 juta telah dikeluarkan oleh kementerian sebagai peruntukan tambahan pembelian bekalan ubat-ubat di negara ini. Untuk tahun ini sahaja, Yang Berhormat, sekiranya jumlah ini tidak mencukupi, kementerian akan menambah jumlah ini mengikut keperluan.

Untuk memberikan makluman mengenai peratus pembekal bumiputera. Sebenarnya, Yang Berhormat, saya juga tidak mempunyai statistik ataupun data tersebut. Namun seperti soalan ataupun jawapan yang pertama tadi, Yang Berhormat, saya akan berikan kepada Yang Berhormat secara bertulis. Terima kasih.

9. Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi minta Perdana Menteri menyatakan, jumlah kakitangan orang kurang upaya (OKU) yang berkhidmat dengan jabatan kerajaan seluruh negara sejak 2005 dan adakah pemantauan yang dibuat dan insentif diberikan kepada majikan yang mempunyai pekerja OKU.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Hajah Mumtaz atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, sehingga 10 Februari 2010 tahun ini seramai 1,295 OKU telah dilantik untuk berkhidmat dengan sektor awam. Bagi meningkatkan lagi jumlah OKU dalam sektor awam, kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3, Tahun 2008 telah menetapkan supaya pihak berkuasa melantik dan setiap agensi awam membuat pengambilan OKU sekurang-kurangnya 1 peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut di mana pengambilan tersebut bergantung kepada permohonan yang diterima daripada OKU dan kesesuaian bidang tugas serta kemudahan yang disediakan oleh agensi.

Manakala pengetahuan berhubung pencapaiannya dibuat melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Selain daripada itu, kementerian tersebut juga sedang meneliti semula mekanisme yang boleh dilaksanakan dalam sektor awam, khususnya mengenai tempoh yang munasabah bagi mencapai matlamat dasar tersebut. Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, berapakah jumlah pejabat kerajaan yang telah mematuhi SOP mesra OKU yang telah dicapai setakat ini. Yang kedua, adakah kerajaan bercadang untuk menyasarkan jumlah mahasiswa OKU di universiti-universiti tempatan bagi melebarkan peluang warga OKU menjadi pekerja di sektor awam. Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Puan Hajah. Bagi jumlah pejabat di jabatan kerajaan, buat setakat ini saya tidak ada statistik untuk diberikan kepada Yang Berhormat tetapi saya akan memberikan selepas ini setelah mendapatkan jawapan daripada pihak pegawai. Mengenai untuk mencadangkan bahawa mahasiswa mendapatkan... Apa tadi? Saya kurang jelas dengan soalan tadi.

Puan Hajah Mumtaz binti Md. Nawi: Soalannya, adakah kerajaan bercadang untuk menyasarkan kemasukan mahasiswa OKU ke universiti-universiti tempatan bagi memastikan pelebaran jumlah warga OKU sebagai pegawai di sektor awam.

Datuk Liew Vui Keong: Ya, saya rasa itu adalah satu soalan yang amat baik kerana kita tidak dapat mendiskriminasikan pihak mahasiswa OKU yang telah pun mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan mereka. Kerajaan memang sentiasa prihatin dan memberi peluang kepada pihak mahasiswa OKU untuk mengadakan pelajaran yang terus kepada tahap yang lebih tinggi.

■1120

Saya akan mengambil pandangan daripada Yang Berhormat mengenai perkara ini dan akan meneruskan, berjanji akan membawa perkara ini kepada pihak kementerian. Terima kasih.

16 DN.26.7.2010

Datuk Akbar bin Ali: Terima kasih. Syukur dapat akhirnya. Tuan Yang di-Pertua,

saya ingin bertanya berkenaan dengan OKU ini. Telah disebutkan bahawa dasar kerajaan ialah untuk mengambil di kalangan OKU seramai 1 peratus dari jumlah sepenuhnya kakitangan kerajaan.

Soalan saya, benarkah sasaran 1 peratus ini belum dicapai dan sekiranya benar, apakah sebab-sebabnya? Seterusnya, apakah usaha yang lebih berkesan dan lebih gigih yang akan diambil oleh kerajaan untuk menjayakan sasaran yang telah ditetapkan itu? Terima kasih.

Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk. Dasar pengambilan 1 peratus OKU ialah satu sasaran daripada pihak kerajaan untuk menetapkan setiap agensi dan juga pihak berkuasa melantik, dapat mengambil OKU sekurang-kurangnya dalam 1 peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut. Akan tetapi, ini semua terpulang kepada permohonan daripada pihak OKU dan juga kesesuaian kerja. Ini kerana, kadang kala sekiranya kita hendak melantik, menggaji seseorang OKU, hendak memberikan kemudahan ataupun facility yang bersesuaian kepada mereka.

Ini juga terpulang kepada OKU yang telah pun dikaji mengenai kesesuaian sama ada mental dan fizikal. Sasaran ini, setakat ini masih lagi dalam progress untuk mendapatkan pencapaian dan kerajaan memang sentiasa menggalakkan bahawa pihak OKU yang berkemampuan dan juga yang ada qualification untuk memohon kerja di kementerian. Terima kasih.

10. Dato’ Wong Siong Hwee minta Menteri Pelajaran menyatakan, apakah mekanisme yang terbaik difikirkan perlu untuk mengurangkan beban guru yang terpaksa menjalankan kerja-kerja sampingan selain pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan adakah kerajaan bercadang untuk menstrukturkan semula pengurusan di sekolah agar kerja-kerja pentadbiran dijalankan oleh pegawai bukan pendidik.

Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terdapat dua pertanyaan berkaitan beban tugas guru. Pertanyaan tugas tersebut adalah daripada Yang Berhormat Dato’ Wong Siong Hwee pada hari ini dan Yang Berhormat Puan Hajah Fatimah binti Hamat pada 3 Ogos 2010. Oleh kerana isu yang dibangkitkan adalah berkaitan, izinkan saya menjawab pertanyaan tersebut secara serentak.

Timbalan Yang di-Pertua: Dibenarkan.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia ingin menjelaskan di sini bahawa tugas guru yang sebenarnya ialah P&P iaitu Pembelajaran dan Pengajaran. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil langkah dengan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan beban guru bertambah dan mencadangkan langkah-langkah penyelesaian bagi isu tersebut... Beberapa pendekatan telah dilakukan oleh jawatankuasa ini melalui:

(i) analisis dokumen yang berkaitan tugas guru di sekolah; dan

(ii) laporan serta kajian yang berkaitan dengan isu beban tugas guru serta mengadakan sesi perbincangan bersama kumpulan fokus seperti kesatuan, kongres, pengetua, guru besar, guru serta pegawai di bahagian-bahagian KPM bagi mencari jalan penyelesaian kepada isu beban tugas guru ini.

KPM juga sedang meneliti secara menyeluruh untuk membuat penambahan jawatan bukan guru di sekolah-sekolah. Ini bermakna kerja-kerja harian seperti menyimpan rekod murid, penyediaan laporan dan sebagainya tidak akan lagi dilaksanakan oleh guru-guru. Sekian.

DN.26.7.2010 17

Tuan Ng Fook Heng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kadang-kadang beban

guru ini disengajakan oleh guru besar atau pengetua yang tidak bertanggungjawab atau pun yang ada kepentingan diri.

Saya rasa ada juga banyak guru besar yang masih lagi membeli buku-buku kerja daripada swasta melalui PIBG. Dengan ini, contohnya guru kelas akan kutip duit, bilang buku semua ini. Inilah maksudnya menambahkan kerja-kerja guru yang tidak sepatutnya diadakan. Jadi, apakah kementerian akan mengelakkan perkara ini berlaku di sekolah. Sekian.

Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat. Itu sebenarnya satu daripada faktor kenapa berlakunya beban tugas guru. Sebenarnya, banyak faktor-faktor lain. Contohnya ialah tugas yang tidak jelas, termasuk seperti Yang Berhormat sebutkan, penempatan guru, mismatch, saiz kelas, kekerapan guru keluar berkursus, kokurikulum atau pun sukan di hujung minggu, tugas hujung minggu, sebaran kurikulum, ujian peperiksaan yang terlampau banyak di sekolah yang dibuat oleh pengetua dan guru besar. Satu lagi ialah tugas yang rencam.

Maka, ini antara faktor-faktor. Sebab itulah berdasarkan faktor-faktor ini, beberapa syor yang kita sedang fikirkan sekarang ini adalah kita akan menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian. Kedua, ialah menggabungkan jawatankuasa. Sekarang ini, kita lihat ada sekolah sampai 22 jawatankuasa dan melibatkan semua guru.

Ini menyebabkan beban tugas guru bertambah. Sebab itu, kita akan gabungkan jawatankuasa di peringkat sekolah ini. Kemudian, Pelan Operasi Latihan Tahunan untuk mengelakkan pertindihan kursus, kurangkan bilangan ujian, merancang aktiviti hari sukan secara berjadual, tidak lebih dua kali sebulan. Kita sudah memutuskan bahawa mereka hanya boleh bertugas dua kali sahaja sebulan. Mengiringi pasukan sukan dan sebagainya. Kita juga akan mewujudkan guru ganti terutama kalau ada guru-guru yang bersalin. Sebab kita juga berhadapan dengan ramai guru yang hendak bersalin. Hendak sebut pun susah. Hendak sebut mengandung, takut salah faham pula nanti. Jumlah kokurikulum dan sebagainya.

Menyebut tentang beban perkeranian Yang Berhormat ya. Pada tahun 2009, kita telah mewujudkan sebanyak 6,898 jawatan pembantu am, pembantu tadbir rendah dan sebagainya. Pada tahun ini, kita akan melakukan satu pilot iaitu kita akan redeploy 50 orang kerani daripada jabatan-jabatan yang tidak memerlukan kerani tersebut, kita redeploy balik ke sekolah.

Projek pilot yang kita laksanakan pada tahun ini kerana kita ada lebih kurang 1,500 jawatan kerani di bahagian pentadbiran yang tidak diperlukan. Maka, kita redeploy, balik ke sekolah-sekolah untuk mengurangkan beban tugas guru yang kena buat kerja perkeranian dan sebagainya. Terima kasih.

11. Dato’ Daljit Singh Dalliwal minta Perdana Menteri menyatakan, program-program yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan kaum di peringkat akar umbi. Sejauh manakah falsafah perpaduan kaum dan nasional menerusi cuti awam Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun dapat dihayati oleh golongan generasi muda, khususnya mereka yang lahir selepas 1969.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon]: Tuan Yang di-Pertua, negara kita adalah lebih aman dan damai berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan dari segi kepelbagaian bangsa, agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam masyarakat kita kadang kala mencetuskan perselisihan serta sentimen agama atau perkauman yang berpotensi menjejaskan ketenteraman dan kestabilan masyarakat sekiranya ianya tidak diurus dan ditangani dengan baik.

Sememangnya perhubungan antara kaum melibatkan banyak aspek psikologi, sosiobudaya, ekonomi dan politik yang agak kompleks. Justeru itu, ianya perlu sentiasa diberi perhatian dan dipupuk dengan baik.

18 DN.26.7.2010

Oleh itu, sejak kemerdekaan dan sepanjang proses pembinaan negara, pucuk

pimpinan negara memang sangat sedar dan peka akan cabaran-cabaran untuk terus memupuk persefahaman dan keharmonian, mengurangkan pelbagai jurang antara kaum dan agama serta berusaha meredakan dan menyelesaikan apa juga sengketa yang timbul.

■1130

Dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar dan program-program pembangunan, pucuk pimpinan sentiasa memegang teguh prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas kenegaraan yang merangkumi hak-hak asas semua rakyat secara seimbang dan adil.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Di peringkat akar umbi, banyak program telah dan sedang dilaksanakan oleh berbagai-bagai agensi kerajaan untuk menggalakkan pergaulan dan memupuk persefahaman antara kaum di tempat kerja, tempat belajar, tempat kediaman dan dalam berbagai situasi sosial. Di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional atau JPNIN, program yang paling besar ialah Rukun Tetangga atau RT yang bertujuan untuk memupuk keharmonian dan semangat kejiranan melalui Sistem Rondaan Sukarela atau SRS, aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi, program-program spesifik seperti Jiran Wanita, Jiran Warga Emas, Jiran Muda, Tunas Jiran dan sebagainya serta program yang menggalakkan penglibatan penduduk dalam bidang ekonomi.

Kawasan RT atau KRT juga menganjurkan kelas-kelas tabika perpaduan. Setakat 30 Jun tahun ini terdapat 4,708 buah KRT di seluruh Malaysia yang melibatkan lebih daripada 117,000 orang ahli AJK, 2,030 SRS yang melibatkan hampir 61,000 orang peronda, 1,643 kelas tabika perpaduan untuk hampir 42,000 orang kanak-kanak.

Sepanjang tahun 2009, KRT di seluruh negara telah menganjurkan 180,000 aktiviti yang melibatkan lima juta orang. Mulai tahun 2009, JPNIN telah memperkenalkan kemahiran mediasi di kalangan pemimpin-pemimpin RT dan masyarakat supaya dapat membantu untuk meredakan ketegangan masyarakat sekiranya timbul.

Pada 2009 seramai 200 orang mediator telah dilatih dan 300 orang akan dilatih setiap tahun mulai tahun ini. Terdapat juga beberapa program yang lain di bawah JPNIN seperti program integrasi nasional untuk meningkatkan pengetahuan silang budaya antara masyarakat Semenanjung, Sabah dan Sarawak melalui lawatan dan homestay. Program Perpaduan Masyarakat untuk meningkatkan semangat patriotisme masyarakat dan menggalakkan interaksi sosial seperti sambutan minggu perpaduan. Perkhemahan kembara berpadu untuk murid-murid sekolah rendah dan perkhemahan kem padu untuk pelajar sekolah menengah dan sebagainya.

Di samping itu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menganjurkan program rumah terbuka untuk menyambut perayaan pesta-pesta kaum yang menggalakkan peningkatan kesedaran dan penghargaan terhadap keunikan kebudayaan kaum-kaum yang berada di Malaysia. Di bawah Kementerian Pertahanan program Latihan Khidmat Negara melibatkan pemuda-pemudi berbagai-bagai kaum yang menjalankan aktiviti interaksi sosial melalui perkhemahan selama tiga bulan. Banyak program belia dan sukan di bawah kementerian yang berkenaan telah dan akan terus membawa kesan terhadap interaksi dan integrasi khasnya di kalangan generasi muda.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang ditegaskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita, selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, gagasan 1Malaysia juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Dalam konteks sedemikian, keputusan telah dibuat untuk meraikan hari Malaysia pada 16 September sebagai hari cuti awam untuk seluruh Malaysia. Ini adalah kerana pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka, yang berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Kita juga mahu supaya suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung Malaysia.

Sebenarnya satu program yang telah dijalankan oleh JPNIN sejak tahun 2008 ialah Program Lawatan Integrasi sempena sambutan Hari Malaysia yang mana pada tahun ini akan dilaksanakan di negeri Sabah dengan penyertaan 80 peserta dari Semenanjung

DN.26.7.2010 19

yang terdiri daripada pemimpin masyarakat dan belia, wartawan, Persatuan Pesara, Persatuan Agama dan Rukun Tetangga untuk bersama-sama berinteraksi dan bermesra dengan masyarakat di negeri Sabah. Maka program ini didapati berkesan kerana memberi peluang untuk mereka menjalinkan perhubungan yang erat.

Sebagai kesimpulan, memupuk persefahaman, perpaduan negara dan integrasi nasional memang merupakan tanggungjawab semua agensi kerajaan, semua pertubuhan politik, sosial dan agama, semua institusi sosiobudaya seperti keluarga dan sekolah bahkan semua warganegara. Semua untuk 1Malaysia, 1Malaysia untuk semua.

Dato’ Daljit Singh Dalliwal: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Menteri telah menjawab dengan begitu panjang lebar dan saya percaya yang bertanya pun sudah cukup setakat itu kerana masa sudah melampaui batasannya. Setakat itu sahajalah soalan lisan kita buat hari ini.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

USUL

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

“Bahawa Dewan ini,

menyedari akan cabaran pertumbuhan ekonomi serta pencapaian sosioekonomi semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan dalam menghadapi persekitaran global yang begitu mencabar;

merestui usaha Kerajaan untuk terus melaksanakan Misi Nasional dengan disokong oleh Model Baru Ekonomi sebagai rangka dasar pembangunan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020;

meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan yang diperlukan untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang tahun 2020 seperti dibentangkan dalam Kertas Perintah CMD.3 Tahun 2010;

Bahawa dalam meluluskan Rancangan Malaysia Kesepuluh, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat “1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan tanggungjawab yang murni untuk menjayakan pelan transformasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju, berdaya tahan dan berdaya saing, demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia” [22 Julai 2010]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, semalam kita telah berhenti setakat Yang Berhormat Dato’ Dr. Yeow. Sekarang saya persilakan Dato’ Dr. Yeow untuk menyambung dalam masa 18 minit sahaja. Persilakan.

11.37 pg.

20 DN.26.7.2010

Dato’ Dr’ Yeow Chai Thiam: Saya akan meneruskan perbahasan saya. Selepas

menyentuh kepada Kementerian Pendidikan oleh kerana telah bersetuju untuk memberi peruntukan RM2,000 kepada setiap sekolah bantuan modal di seluruh negara. Saya cadangkan dan saya ingin mencadangkan supaya RM2,000 sebulan untuk sekolah yang bilangan muridnya bawah 500 pelajar dan untuk bilangan pelajar atau murid yang antara 500 hingga 1,000, bolehkah saya cadangkan supaya memberikan peruntukan RM4,000 dan RM6,000 untuk bilangan pelajar yang lebih daripada 1,000.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya minta mencelah Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Saya mencelah ini bukan apa kerana di penghujung perbahasan hari Khamis yang lalu Tuan Yang di-Pertua, perkara-perkara bantuan kepada sekolah-sekolah Cina yang saya anggap sebagai salah satu sistem dalam sekolah pelbagai aliran kita ini telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat Dr. Yeow dan saya mengatakan bahawa sekolah pelbagai aliran ini sebenarnya adalah...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat minta penjelasan daripada Yang Berhormat Dr. Yeow. Apa penjelasan yang hendak diminta?

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Akan tetapi sebelum penjelasan saya minta, minta maaf Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Okey.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Sebelum minta penjelasan, saya kena memberi sedikit latar belakang tentang soalan saya ini.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, ringkas. Boleh.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Jawapan yang akan saya terima bersifat...

Tuan Yang di-Pertua: Boleh, dengan ringkas.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Jadi saya rasa begini, minta difikirkan. Sudikah pejuang-pejuang sekolah pelbagai aliran seperti Dr. Yeow ini memikirkan kembali bahawa kewujudan sekolah pelbagai aliran ini adalah merupakan antitesis bercanggah dengan semangat gagasan 1Malaysia. Itu point yang pertama. Jadi kalau kita betul-betul ikhlas dan jujur hendak mewujudkan gagasan 1Malaysia, kita perlu mewujudkan satu sistem pelajaran yang satu aliran, satu bahasa, satu kurikulum di bawah satu bumbung anak-anak kita belajar.

Yang Berhormat hari Khamis lalu menyebutkan katanya ada 40,000 pelajar daripada masyarakat Melayu belajar di sekolah aliran Cina. Ini saya rasa terlalu sedikit. Kalau hendak dikekalkan juga - satu lagi point saya hendak timbulkan Tuan Yang di-Pertua kalau hendak dikekalkan juga sekolah pelbagai aliran ini, boleh atau tidak kita menerima pelajar pelbagai kaum mengikut nisbah penduduk di setiap sekolah itu. Ini satu konsep, satu gagasan untuk - cara untuk mewujudkan 1Malaysia. Kalau anak-anak kita belajar di bawah bumi yang lain...

■1140

Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat. Okey.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: ...Menggunakan bahasa yang berlainan...

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Terima kasih.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Minta maaf. Last sentence, boleh atau tidak? Saya kata begini, dalam keadaan sekarang - idea yang terakhir. Dalam keadaan sekarang Tuan Yang di-Pertua, saya dapati sekolah pelbagai aliran ini bukan sahaja bercanggah dengan gagasan 1Malaysia, bercanggah dengan usaha kita untuk membentuk sebuah negara bangsa.

DN.26.7.2010 21

Saya katakan pengajaran dan pembelajaran bahasa kebangsaan pun tidak diajar dengan sempurna di sekolah ini. Sebagai contoh, berapa kali saya yang berumur 67 tahun, dibahasakan oleh anak-anak muda berumur 11 tahun dengan ‘kamu’. Ini saya ingat sebagai contoh kegagalan pengajaran bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah seperti ini. Ini akan menimbulkan semangat yang – sentimen yang kurang sihat di kalangan masyarakat kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Dato’ Dr. Yeow Chai Tiam: Tuan Yang di-Pertua, sistem pendidikan ini telah wujud sekian lama. Jangan kita pertikaian kewibawaan pemimpin-pemimpin kita.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: ...Tidak ada orang yang...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak mengapa Yang Berhormat. Kita minta kementerian bantu beliau nanti kalau menjawab. Tidak mengapa, tidak mengapa.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Ya, tetapi yang saya hendak timbulkan memang telah wujud, kita akui. Akan tetapi sekarang wujud perkara itu - ternyata sekarang usaha kita hendak membentuk sebuah negara-bangsa masih belum berjaya. Atau kita hendak melihat kegagalan usaha membentuk sebuah negara-bangsa?

Oleh kerana itu, kita perlu melihat kembali dan malah yang – Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri sendiri mengatakan pada minggu lalu, keperluan seluruh sistem pelajaran ini ditinjau kembali. Sekali lagi saya katakan, tinjau kembali dan dengan andaian dan dengan memikirkan bahawa – dengan menyedari, bukan memikirkan. Dengan menyedari bahawa sekolah pelbagai aliran adalah merupakan antitesis kepada semangat gagasan 1Malaysia. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Sila sambung Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Yeow Chai Tiam: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon supaya kerajaan akan memberi perabot atau meja dan kerusi kepada sekolah-sekolah bantuan modal. Ini supaya mereka boleh mendapat peralatan pembelajaran atau pembelajaran yang lebih sempurna.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, adakah apa Yang Berhormat hendak komen sedikit apa yang dibangkit oleh Dato’ Dr. Firdaus? Ringkas.

Dato’ Dr. Yeow Chai Tiam: Saya rasa tiada masalah. Sekian lama kita sudah wujud. Sistem pendidikan dan negara kita sudah aman, damai dan makmur. Taraf pendidikan kita wujud di negara kita juga meningkat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Yang Berhormat, ini...

Tuan Yang di-Pertua: Tidak perlu, tidak perlu. Kita – kalau boleh tidak perlu berdialog, tidak habis nanti. Cukup setakat itu. Yang Berhormat Dato’ Dr. Yeow.

Dato’ Dr. Yeow Chai Tiam: Saya ingin mohon supaya kerajaan akan bantu supaya kanak-kanak yang masuk ke prasekolah di tadika atau tabika swasta, supaya kita memberi subsidi atau peruntukan RM50 atau RM100 setiap kanak-kanak. Ini untuk kita meringankan beban ibu bapa atau penjaga kanak-kanak dari segi kewangan.

Tuan Yang di-Pertua, bilangan penduduk warga emas yang umurnya lebih daripada 65 tahun - umur sudah meningkat. Pada masa sekarang, kita ada lebih kurang dua juta penduduk warga emas. Saya ingin mohon supaya kerajaan akan memberi bantuan kepada mereka, oleh kerana 40 peratus mereka mengalami masalah kewangan.

Boleh atau tidak kita cadang supaya kita memberi pengangkutan awam percuma, bantuan bulanan dan juga memberi bantuan subsidi untuk mereka menjalankan aktiviti-aktiviti dan juga memberi peruntukan kepada persatuan-persatuan warga emas? Jika boleh memberi - supaya rumah-rumah orang tua kita memberi penjagaan kesihatan yang lebih sempurna kepada mereka. Bantuan bulanan juga boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menderita kecacatan atau terencat otak dan pesakit-pesakit mental. Pada masa

22 DN.26.7.2010

sekarang, tidak ada bantuan bulanan kepada anak-anak dan kanak-kanak yang cacat otak. Saya harap bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberi bantuan bulanan kepada kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan - saya harap bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kesihatan akan memastikan pesakit-pesakit yang dihantar ke pusat-pusat rawatan dialisis oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, mesti memastikan pusat-pusat rawatan dialisis itu ada license dan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Pada masa sekarang, ada kebanyakan pesakit-pesakit yang dihantar oleh JPA ke pusat-pusat rawatan dialisis dan pusat-pusat rawatan dialisis yang diuruskan oleh swasta tidak dapat license daripada Kementerian Kesihatan. Ini untuk memastikan mereka mendapat rawatan dialisis yang lebih sempurna.

Saya ingin maklumkan kepada SOCSO bahawa pesakit yang mereka hantar ke pusat-pusat rawatan dialisis, mereka tidak bayar atau memberi kemudahan yang lebih sempurna kepada pesakit-pesakit. Iaitu mereka tidak memberi atau tidak membantu pesakit yang dihantar oleh SOCSO, dengan pemberian peruntukan untuk mereka dapat suntikan eprex atau recormin. Eprex atau recormin yang mereka perlu bayar atau kosnya adalah RM50 tetapi, SOCSO hanya bayar RM30, dan mereka perlu bayar RM20 setiap suntik. Ini bermakna satu bulan mereka perlu bayar RM280. Jika pemeriksaan darah - yang akan dijalankan oleh pusat-pusat rawatan dialisis itu adalah lebih kurang RM720 satu tahun, tetapi SOCSO tidak bayarkan bayaran untuk pemeriksaan darah. Saya harap SOCSO akan bayar, kerana mereka adalah pencarum SOCSO.

Tabung Bantuan Perubatan - saya harap Kementerian Kesihatan akan mempercepatkan proses kelulusan. Ini adalah kerana, saya didatangi oleh pesakit dan mereka sentiasa minta kita bantu. Akan tetapi untuk kelulusan bila mereka ada di hospital, kelulusannya akan ambil masa dua hingga tiga bulan. Mereka akan dihantar balik dan selepas kelulusan, mereka akan diminta balik ke hospital untuk menjalankan pembedahan. So, saya harap bahawa kementerian akan mempercepatkan kelulusan kalau – jikalau boleh lulus dalam satu atau dua hari. Ini disebabkan pegawai kebajikan adalah di tempat di hospital...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada satu minit untuk menggulung.

Dato’ Dr. Yeow Chai Tiam: Saya harap bahawa Kementerian Kesihatan akan menghantar pegawai perubatan yang berpengalaman dan juga telah pernah bekerja di jabatan atau di unit kecemasan. Ini adalah kerana, doktor-doktor yang dihantar ke daerah, mereka tidak ada pengalaman dalam menguruskan kes-kes kecemasan. Sebab mereka dihantar ke daerah tanpa ada – tanpa pernah kerja di unit kecemasan di hospital besar.

Kementerian Pengangkutan - kita difahamkan bahawa Kementerian Pengangkutan sudah dapat lebih kurang RM500 juta daripada penjualan nombor-nombor pendaftaran kereta. Saya harap kementerian boleh ujudkan tabung kebajikan untuk pekerja-pekerja atau warga-warga Kementerian Pengangkutan. Ini supaya tabung ini boleh digunakan untuk menjaga kepentingan pekerja-pekerja di Kementerian Pengangkutan. RM500 juta ini adalah satu angka yang besar, dan ini...

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat, boleh gulung. Okey, terima kasih.

Dato’ Dr. Yeow Chai Tiam: Terima kasih.

■1150

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian saya hendak memaklumkan kepada semua Ahli Yang Berhormat hari ini adalah hari terakhir kepada kita membahaskan RMKe-10.

Saya dapati ada 17 orang ahli-ahli kita yang masih berhasrat untuk berbahas. Oleh yang demikian saya cuba beri peluang kepada semua dengan syaratnya kalau boleh bahas dengan penuh bijaksana yang baik, tegas dan ada cadangan-cadangan. Kalau sekiranya perkara-perkara yang telah banyak dibangkitkan oleh Yang Berhormat itu telah cukup tidak payah ambil point itu dan teruskan kepada point yang lain.

DN.26.7.2010 23

Oleh kerana RMKe-10, ini meliputi seluruh banyak kementerian terlibat. Kalau ada

yang tumpukan kepada sesuatu perkara yang khusus itu tumpukan sepenuhnya dengan padat, tegas dan manfaat kepada masa depan. Tanpa membuang masa saya hendak maklumkan di sini kita ada 17 orang dan saya akan cuba bahagikan kepada 20 minit seorang.

Kalau sekiranya pada masa terakhir nanti masih lagi ramai yang belum cakap maka hari ini terpaksa tambah masa sehingga selesai. Saya harap perkara ini saya diberi maklum dan kerjasama daripada semua Ahli Yang Berhormat sangat saya hargai. Sekarang saya menyatakan elok bersedia terutama sekali saya akan panggil Yang Berhormat Datin Paduka Nor Hayati, seterusnya selepas itu Yang Berhormat Dato Azian bersedia dan yang ketiga Yang Berhormat Dato’ Najeeb Abdullah dan yang keempat Yang Berhormat Dato’ Mustafa Kamal. Mustafa Kamal elok bersedialah maklumkan.

Saya hendak melihatkan bahawa semua orang ada masa untuk berucap dan tidak ada prejudis, prasangka dan sebagainya. Inilah Dewan yang mulia kita, kita hendak lakukan sebaik mungkin di samping itu juga saya ingin melihat semua Ahli Yang Berhormat bercakap dengan penuh serius memberikan pengkhususan demi untuk kepentingan bangsa dan negara kita. Saya tanpa membuang masa lagi mempersilakan Datin Paduka Nor Hayati.

11.52 pg.

Datin Paduka Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalaamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya juga masa untuk berbahas mengenai RMKe-10 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa isu mengenai kelangsungan Model Baru Ekonomi dalam RMKe-10 ini. Dalam suku pertama 2010, KDNK yakni Keluaran Dalam Negara Kasar mempunyai 10 peratus seperti yang diumumkan oleh Bank Negara. Ianya amat membanggakan negara kerana pencapaian dua digit ini kali terakhir negara kita mencapainya adalah tahun 1990-an. Mari kita fikir sejenak adakah ianya berlaku secara kebetulan atau ianya berlaku selepas kerajaan melakukan beberapa langkah drastik dan pragmatik sehingga pencapaian 10 peratus ini terhasil.

Pada hemat saya inilah buktinya pencapaian NKRA Perdana Menteri yang kita sayangi yang telah berjaya jauh melepasi sasarannya dan tahniah kepada Datuk Seri Najib di atas kejayaan ini. Namun begitu ada beberapa isu yang ingin saya utarakan. Pertama apakah dasar affirmative dan inisiatif Model Baru Ekonomi ini akan dapat mengimbang dan menyasarkan kemewahan ekonomi ini secara adil kepada semua rakyat Malaysia dan diletakkan pada haknya. Kedua adakah ketirisan ekonomi bumiputera yang hanya mencapai kurang daripada 20 peratus dapat diperbetulkan. Terakhir apakah langkah-langkah affirmative dan praktik yang akan diambil oleh pihak kerajaan agar moto ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan’ dapat diterjemahkan di dalam pilihan raya yang ke-13 ini.

Tuan Yang di-Pertua, kepincangan ekonomi ini perlu diperbetulkan sekarang kerana perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan keutuhan negara ini dapat dipertahankan lagi jika ekonomi orang-orang Melayu juga diperkasakan. Maka RMKe-10 ini akan menjadi penentu kerajaan sekarang ini kerana segala kepincangan ekonomi melalui pelaksanaannya perlu diletakkan kepada golongan sasar dan juga pada haknya. Ingatlah kerana rakyat sedang memerhatikan kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang bajet kesihatan yang diperuntukkan di dalam RMKe-10. Kesihatan rakyat merangkumi dua aspek. Pertama mental dan yang kedua fizikal.

Apakah pihak kerajaan telah mengenal pasti punca-punca utama pesakit mental di negara ini dan adakah kejadian pembuangan bayi-bayi merupakan sindrom kepada permasalahan ini. Di dalam permasalahan ini, pihak kerajaan perlu membetulkan masalah isu moral di alam maya. Apa faedahnya kepada negara terutama kepada para pelajar di sekolah, apakah perlunya budaya negatif ini dihayati dan dipaparkan sewenang-

24 DN.26.7.2010

wenangnya. Oleh itu saya ingin mencadangkan agar video lucah dan juga content subversive dengan izin, ditutup aksesnya dan pihak kerajaan memperuntukkan 1 peratus daripada jumlah RMKe-10 ini untuk memperbetulkan keadaan ini yakni dalam konteks kesihatan rakyat Malaysia yang berwawasan.

Dalam melahirkan rakyat 1Malaysia yang kondusif dan harmoni saya juga ingin mencadangkan di dalam Dewan yang mulia ini agar satu tindakan bersepadu diambil bagi mewujudkan ‘Suruhanjaya Menuai Organ-organ si mati’ di Malaysia. Cadangan menuai organ-organ si mati perlu mengambil kira jumlah kematian seharian rakyat Malaysia terutama sekali penunggang-penunggang motosikal, berkenderaan dan juga lain-lain. Saya yakin masalah kekurangan mesin dialisis, masalah injap jantung, malah kekurangan pundi buah pinggan dan sebagainya dapat diatasi jika cadangan ini diterima pakai oleh pihak kerajaan. Malah pengeluaran wang keluar negara dapat dikurangkan apabila pembedahan kronik ini mula dilakukan di dalam negara.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh tentang pemfokusan semula GLC. Dalam konteks ini saya ingin menyeru agar pemfokusan semula peniagaan tunjang GLC diberi keutamaan dalam pelaksanaan RMKe-10. Contoh yang saya lontarkan di sini adalah mengenai Lembaga Tabung Haji. Saya ingin memohon kepada Menteri Kewangan untuk menyatakan apakah rasionalnya Tabung Haji mempunyai pegangan saham di dalam Bank Islam. Tidakkah pegangan ini menyimpang daripada tujuan asal Tabung Haji yakni untuk jemaah haji menunaikan rukun Islam kelima dan bukannya mencari keuntungan bank. Saya juga ingin tahu apakah benar Tabung Haji juga mempunyai share di dalam AirAsia dan apakah benar-benar projek-projek Tabung Haji juga disalurkan dan diberikan kepada mereka yang bukan Islam kerana Tabung Haji adalah kepunyaan dan milik kepada orang-orang Islam sahaja.

Saya juga ingin tahu apakah kriteria seseorang itu yang layak sehingga menjadikan dia sebagai seorang CEO di sesebuah syarikat GLC. Berapakah orang wanita yang telah diletakkan sebagai CEO di dalam GLC-GLC ini. Jika ada berapa jumlahnya dan jika tiada kenapa agaknya? Jadi kenapa saya juga ingin bertanya kenapa ada seseorang itu boleh memegang sampai dua atau tiga CEO di dalam beberapa syarikat GLC yang ada di negara kita ini.

Di samping menumpukan ekonomi kumpulan 40 peratus pendapatan rendah, usaha untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh negara harus dilipatgandakan. Sedikit kajian mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam hingga Rancangan Malaysia Kesembilan daripada 1990 hingga 2005. Faktor utama penyertaan wanita rendah adalah masalah penjagaan anak dan keanjalan waktu bekerja. Sehingga kini pada pandangan saya masalah ini juga masih menjadi di antara halangan mengapa wanita negara ini memilih untuk tidak bekerja walaupun mempunyai ijazah. Justeru itu peruntukan harus dipertingkatkan lagi bagi penyelesaian masalah ini.

Asas penjagaan anak bagi wanita yang bekerja di negara ini juga mohon kerajaan senaraikan agensi kementerian yang mempunyai pusat jagaan kanak-kanak dan apakah kerajaan akan mewajibkan setiap agensi kerajaan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak ini. Kerajaan juga memerlukan mewujudkan institusi khusus untuk melatih pengasuh nanny di kalangan wanita tempatan bagi mengurangi pergantungan pembantu-pembantu rumah asing dan menjadikan pembantu rumah atau pengasuh kanak-kanak sebagai satu profesion yang diiktiraf dengan sewajarnya. Bagi meningkatkan penglibatan wanita bekerja juga kerajaan juga menilai semula faktor waktu anjal bagi pekerja-pekerja wanita negara ini.

■1200

Penetapan waktu yang ada sekarang kurang sesuai bagi golongan wanita dan juga ibu. Sebagai contoh di Australia, pekerja wanita seperti penyelidik dan sesetengah profesion tidak terikat dengan waktu bekerja.

Mereka ini hanya dikehendaki memenuhi tuntutan jumlah jam bekerja sahaja bagi setiap hari atau pun minggu. Juga mohon penjelasan, apakah status pelaksanaan gender focal point dan gender budgeting di agensi kementerian? Minta kerajaan mengujudkan satu badan bertindak khusus di bawah RMK-10 untuk memantau pelaksanaannya di seluruh

DN.26.7.2010 25

agensi kerajaan dan bukannya dibebankan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sahaja.

Ini kerana isu gender budgeting ini bukan semata berikatan dengan wanita tetapi melibatkan agihan perbelanjaan kerajaan yang lebih fokus kepada keperluan lelaki atau wanita secara tepat di negara ini. Oleh itu, bagi RMK-10 ini seharusnya kerajaan mewajibkan setiap agihan peruntukan kepada kementerian haruslah mengambil kira gender budgeting.

Saya ingin mengambil kesempatan di sini mengucap tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh Yang Berhormat Dato’ Ahmad Shabery Cheek, yang baru-baru ini telah mengubah persepsi orang ramai terhadap belia. Saya mengucapkan tahniah kerana Perayaan Hari Belia yang disambut tahun ini telah begitu berjaya dengan disambut oleh semua kementerian yang lain dan juga telah menetapkan peruntukan khas kepada semua belia di peringat kementerian. Umpamanya baru-baru ini, semasa perasmian Hari Belia yang didakan di Putrajaya, semua kementerian mengambil usaha sama menjayakan Hari Belia tersebut dengan mengadakan bajet masing-masing. Umpamanya, dalam Kementerian Pertanian, kita ada satu peruntukan untuk belia pertanian.

Begitu juga dengan Kementerian Kewangan ada peruntukan usahawan belia. Saya mohon supaya di masa akan datang semua kementerian ini juga memberikan peruntukan khas kepada wanita. Kalau dalam Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ada Belia Tani, kita juga mahu ada wanita tani. Kalau dalam Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi ada usahawan belia, kita juga mahu ada usahawan wanita di dalam kementerian tersebut. Jadi, itu yang saya cadangkan kementerian lain supaya mengikut jejak langkah yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Isu pembangunan dan gerakan modal insan bertaraf dunia ini, arah tuju modal insan negara yang bagaimana sebenarnya ingin kita bentuk? Apakah ciri-ciri modal insan bertaraf dunia yang ingin dicapai juga yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam rancangan. Ke arah mana untuk dilenturkan masyarakat hari ini masih kurang jelas. Rujuk kembali RMK-9, antara teras pelaksanaan membangunkan modal insan yang digariskan untuk mengujudkan universiti bertaraf antarabangsa, dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat teori memenuhi keperluan majikan.

Ironinya ranking daripada 20 IPTA kita di peringkat antarabangsa semakin menurun. Kadar pengangguran siswazah masih tinggi, kadar kebolehpasaran di kalangan siswazah kurang memuaskan. Apabila sebanyak 27 peratus daripada graduan institusi pengajian tinggi, masih menganggur selepas konvokesyen dan sebanyak 33 peratus daripada graduan yang mendapat pekerjaan pada tahun 2009 hanya menerima gaji di bawah RM1,500. Ini adalah satu kejayaan yang tidak memberangsangkan.

Bagi memastikan Rancangan Malaysia Kesepuluh berjaya untuk melaksanakan terutama usaha memastikan modal insan bertaraf dunia seperti yang kita inginkan. Kita harus lebih fokus dalam bidang pendidikan sebagai contoh. Jika kita ingin menghasilkan modal insan yang mahir dari aspek teknikal bagi keperluan pasaran kerja berasaskan perindustrian berat, seperti industri, aerospace, aeroangkasa, industri automotif permotoran, perkapalan, dan clean technology atau industri lain berteknologi tinggi, berdaya maju lain ataupun industri yang memerlukan kemahiran dalam bidang teknikal. Maka seharusnya sistem pendidikan kita diarahkan kepada teknikal dan juga vokasional atau pun TEVT.

Justeru itu, strategi mengarusperdanakan dan memperluaskan akses kepada pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti amat dialu-alukan. Saya juga mohon penjelasan apakah sasaran kerajaan terhadap jumlah enrolmen pelajar teknik dan vokasional pada penghujung Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dan bilakah kita kan mencapai tahap pencapaian enrolmen TEVT negara, OECD?

Bilakah kerajaan akan mula memberi pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia yang dihasilkan oleh 405 buah institusi kelahiran kemahiran awam negara?

Saya juga ingin mencadangkan agar 405 institusi ini dinaikkan taraf dengan skim gaji tenaga pengajar yang lebih menarik dan kompetitif. Begitu juga universiti tempatan,

26 DN.26.7.2010

perlulah diperbanyakkan kursus-kursus yang bersifat TEVT ini. Bagi usaha membangunkan tenaga pengajar TEVT, saya ingin mencadangkan agar kerjasama padu antara kerajaan dan swasta dilaksanakan secepat mungkin. Kerjasama boleh dilakukan dengan perindustrian menghantar pekerja yang berpengalaman ke institusi TEVT, bagi membantu meningkatkan kemahiran tenaga pengajar atau tenaga pengajar diberi peluang untuk belajar di industri. Pihak industri juga boleh membekalkan peralatan-peralatan teknikal kepada institusi TEVT untuk latihan praktikal pelajar yang akan bekerja di dalam industri mereka. Sesuai seperti attach program dengan syarikat-syarikat berdaya saing seperti Intel Technology ini, perlulah diperbanyakkan.

Isu pembuangan bayi. Permasalahan ini bukan sesuatu yang baru. Statistik PDRM menunjukkan sebanyak 485 kes dari tahun 2004 hingga 2009 dan remaja berumur 18 hingga 25 tahun, tertinggi yang terlibat. Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, faktor status bayi luar nikah merupakan sebab utama bayi dibuang di samping faktor takut dan juga malu. Pelbagai usaha dilakukan oleh kementerian bagi menangani usaha ini namun ia masih berleluasa. Malahan permasalahan di negara maju juga merupakan antara masalah sosial yang besar bagi mereka, sebagai contoh Australia dan United State.

US mempunyai 30,905 kes buang bayi pada tahun1988. Walaupun mereka ini masyarakat maju, celik seks, dan mempunyai undang-undang khusus seperti Child Abandonment Law atau Infant Abandonment Law ataupun Safe Human Legislation atau pun hukuman yang keras di bawah Penal Code. Namun, masalah tetap berlaku dan tidak ada pengurangan daripada segi angka kes. Gambaran ini menjelaskan celik ilmu seks pun dan ada undang-undang pun, isu ini memberi masalah kepada negara mereka. Isu keruntuhan moral harus diubati dengan input pembaikan sahsiah dan moral. Nilai agama dan nilai murni dalam masyarakat semakin hilang dan harus dikembalikan.

Justeru itu, saya ingin mencadangkan agar dua subjek iaitu Pendidikan Islam dan juga Pendidikan Moral dijadikan syarat lulus peperiksaan di dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Ini kerana dua perkara ini, amat penting untuk meningkatkan kekuatan rohani kepada remaja. Masyarakat berilmu tanpa nilai moral yang tinggi tidak akan menjamin negara bebas dari perkara-perkara keji. Ini kerana sebahagian daripada remaja yang terlibat dengan pembuangan bayi ini bukan sahaja tidak berilmu, malah ramai di antara mereka merupakan penuntut universiti tetapi tidak mempunyai kekuatan rohani untuk melawan nafsu jahat dalam diri mereka.

Empat kaedah di bawah Dasar Perlindungan Kanak-kanak yang terkandung di dalam Akta Kanak-kanak 2001 iaitu evolusi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan akan digunakan untuk menangani isu penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang dilaporkan semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Ini dikemukakan sendiri oleh Yang Berhormat Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Yang Berhormat Menteri saya. Kementerian dengan semua agensi yang terlibat akan mengadakan perbincangan untuk melaksanakan strategi tersebut dalam isu berkenaan. Soalan saya, apakah perkembangkan terkini kejayaan kaedah ini dan mohon statistik terkini kes buang bayi. Apakah keberkesanannya penubuhan baby hatch bagi pada ibu meninggalkan bayi mereka di situ? Mohon kesan dan daripada segi agama, masyarakat, dan juga sosial.

Bagi isu gaji pensyarah perubatan, berikutan pengumuman kenaikan pangkat bagi pegawai perubatan awam pada Mac lalu, perbezaan gaji ketara telah berlaku antara pegawai perubatan, iaitu pensyarah perubatan dan juga pensyarah pergigian di Institusi Pengajian Tingi Awam. Justeru itu, kajian semula skim gaji ini harus dilakukan dengan segera bagi mengelakkan berlakunya perpindahan pegawai perubatan sama ada ke sektor swasta atau pun sektor awam dan seterusnya akan merugikan semua pihak dalam jangka masa panjang.

Saya ingin juga membawa Yang Berhormat sekalian di dalam isu prasekolah. Salah satu daripada sub NKRA, KPM adalah meningkatkan sebanyak 20 peratus penyertaan kanak-kanak, lima tahun ke atas, dalam pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem kebangsaan pada tahun 2012. Ini merupakan langkah yang baik kerana pada usia tersebut, kanak-kanak berada di tahap yang mudah untuk menerima maklumat.

■1210

DN.26.7.2010 27

Namun, pendekatan yang digunakan perlulah bersesuaian agar mereka dapat belajar dan menerima ilmu dengan cara yang menyeronokkan dan tidak membebankan, yang mana ini boleh membuatkan mereka merasa bosan untuk belajar dan dikhuatiri akan memberi kesan jangka panjang ke atas proses 11 tahun pembelajaran yang seterusnya. Di samping itu, cadangan untuk melaksanakan pendidikan formal seawal usia lima tahun dari segi tempoh pembelajaran keseluruhan, adakah ia akan menjadi 12 tahun atau tempoh pembelajaran ini akan tamat waktu usia pelajar 16 tahun? Salah satu teras bagi memperkasa tadbir urus dan pelaksanaan pendidikan prasekolah berkualiti adalah meningkatkan perkongsian pintar di antara kerajaan dan juga swasta dalam pendidikan prasekolah bagi mencapai kelas pertambahan yang diperlukan di samping mematuhi standard kebangsaan. Setakat itu...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada dua minit lagi Yang Berhormat.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Ya. Sedikit lagi. Setakat ini, apakah program perkongsian pintar antara kerajaan dan swasta yang telah dijalankan dan bagaimanakah keberhasilan perkongsian tersebut sehingga kini? Berkenaan Program Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan, apakah status setakat ini? Maklumat terdapat dalam sistem tersebut merangkumi maklumat prasekolah kebangsaan sahaja ataupun termasuk prasekolah yang dikelolakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, PERMATA dan juga swasta? Adakah ini boleh mengakses kepada maklumat yang terdapat dalam sistem tersebut?

Saya ingin sebut sedikit-sedikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, sebab sudah tidak cukup masa, beberapa kementerian sahaja. Direct to the point. Saya ingin tahu apakah status Tun Abdul Razak Research Centre yang dikatakan mengalami masalah kewangan untuk meneruskan kerja-kerja R&D mereka dan adakah kementerian bercadang membantu TARRC menaiktarafkan kedudukan kewangan dan infrastruktur yang ada dalam menghasilkan pusat R&D yang world level, dan juga bagaimanakah kementerian melihat peranan getah sebagai salah satu penyumbang hasil eksport kita? Bagaimanakah peranan MREPC ini berhasil memainkan peranan aktif mempromosikan getah ke seluruh dunia?

Bagi isu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, benarkah terdapat arahan daripada kementerian tidak membenarkan pihak media melaporkan tajuk ‘barang naik’, ‘minyak naik’, sebaliknya menggunakan pendekatan harga baru iaitu ‘subsidi dikurang’ atau ‘harga diselaras’ daripada pihak JPM dan bagaimanakah status diesel bagi para nelayan, masih dikekalkan? Jika naik, bagaimanakah mekanismenya? Berdasarkan mesyuarat antara Yang Berhormat Menteri dan wakil peruncit/pekedai makan, bolehkah jaminan dari wakil-wakil peniaga/pekedai makan/peruncit itu dipercayai dan apakah wakil-wakil itu berkuasa memantau supaya harga tidak naik? Sejauh manakah keberkesanan dan jaminan yang diberikan mereka kepada kementerian?

Bagi Kementerian Dalam Negeri, apakah pandangan kementerian berkaitan cadangan wakil MCA dan MIC akan kemungkinan mewujudkan Perkasa Cina dan juga Perkasa India? Perlukah ia dipantau oleh KDN atau adakah KDN melihat ia sebagai mengancam keselamatan negara? Bagi Kementerian...

Tuan Yang di-Pertua: Gulung Yang Berhormat.

Datin Paduka Datuk Nor Hayati binti Tan Sri Dato’ Seri Onn: Terima kasih. Bagi Kementerian Pelajaran, adakah Kementerian Pelajaran bercadang untuk memperkenalkan mata pelajaran vokasional (MPV) kepada semua penuntut Tingkatan Satu di sekolah menengah biasa?

Ini supaya semua penuntut mempunyai peluang mata pelajaran vokasional dan teknik skil supaya mereka sekurang-kurangnya mempunyai satu skil apabila meninggalkan bangku sekolah nanti.

Bagi Kementerian Dalam Negeri, apakah kesudahannya isu PATI ini? Ia semakin berleluasa dan di luar kawalan. Berapakah angka terkini pendatang tanpa izin ini dan apakah kementerian bercadang memberi pengampunan lagi kepada PATI untuk pulang ke negara asal sempena cuti Hari Raya Aidilfitri nanti?

28 DN.26.7.2010

Akhir sekali bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, kenapa siaran selalu diulang tayang berkali-kali? Drama Indonesia terlalu banyak lambakannya dan drama tempatan terlalu backdated, old fashion. Drama yang sudah lama baru kini dapat peluang ditayangkan. Kita dapat menyedarinya kerana pelakon-pelakonnya ada yang sudah meninggal, baru dramanya dipaparkan. Apakah status pemberian laptop percuma? Saya juga ingin tahu geran yang dikeluarkan kepada penerbit animasi filem tempatan. Saya mohon jumlah terkini pemohon dan yang telah diluluskan dan apakah halangan terbesar dari kajian kementerian mengenai pemberian geran ini? Untuk itu, saya dengan ini mohon menyokong isu perbahasan ini. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Azian bin Osman.

12.14 tgh.

Dato’ Azian bin Osman: Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan berkenaan dengan RMKe-10 pada tengah hari ini. Kepada Tuan Yang di-Pertua, saya memohon jika saya menyentuh beberapa perkara yang telah disentuh oleh rakan-rakan lain sebagaimana peringatan Tuan Yang di-Pertua, jangan ulangi apa kawan-kawan lain telah cakap...

Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi sekiranya mustahak, silakan Yang Berhormat.

Dato’ Azian bin Osman: Ya. Mungkin mustahak dan sebagai tambahan.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, di dalam memacu negara kita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, dua RMK ini adalah paling mustahak, RMKe-10 dan RMKe-11 dalam tempoh sepuluh tahun ini. Jadi pada hemah saya, ada beberapa perkara yang saya akan sentuh yang menjadi tunjang atau penentu kepada kejayaan negara kita untuk mencapai hasrat kita menjadi negara maju.

Pertama Tuan Yang di-Pertua, saya ringkaskan. Berkenaan perpaduan, negara kita tidak akan menjadi maju jika negara kita huru-hara, rakyat kita bergaduh sesama sendiri, bergaduh Melayu sama Melayu, Melayu sama Cina, Melayu sama India. Ya, perpaduan adalah tunjang yang paling mustahak dalam memastikan negara kita menjadi negara maju dan negara yang berjaya.

Pada akhir-akhir ini kita lihat ada usaha-usaha Tuan Yang di-Pertua, untuk memecahbelahkan perpaduan di negara ini sama ada melalui parti-parti politik ataupun melalui NGO-NGO yang didalangi oleh parti-parti politik. Dalam masa yang singkat ini saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya jangan tunduk kepada kehendak-kehendak mereka yang ingin mengambil peluang, ingin berkuasa di atas kesusahan rakyat, di atas pergaduhan, perpecahan di kalangan rakyat.

Di antara lain, banyak desakan dibuat supaya beberapa undang-undang yang telah terbukti berjaya mengekalkan keharmonian di negara ini hendak dimansuhkan dan akhir sekali pihak kerajaan tunduk, hendak dipinda tidak dimansuhkan. Contohnya ISA. Pada hemah saya secara peribadi, ISA ini sudah tulus dan cukup bagus. Saya menyeru pihak kerajaan supaya jangan sesekali dimansuhkan dan jika dipinda, pastikanlah pindaan itu tidak memberikan sebarang ruang kepada mereka yang ingin mengambil peluang daripada kelonggaran undang-undang ini.

Ini cukup mustahak kerana kita lihat ISA lah selama ini yang dapat menjamin keharmonian rakyat kita di negara ini. Mengapa harus kita mengikut telunjuk segelintir manusia yang ingin mengambil peluang? Jika ada ISA pun mereka berani bercakap Tuan Yang di-Pertua, mempersoalkan perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan di dalam Perlembagaan Negara yang begitu sensitif kepada mana-mana bangsa, sensitif kepada bangsa Melayu, sensitif kepada bangsa Cina, sensitif kepada bangsa India, masih ada pihak-pihak yang sanggup untuk berucap secara terbuka berkaitan dengan perkara ini. Jika dilonggarkan lagi atau dimansuhkan terus, saya kira pihak-pihak ini akan mengambil

DN.26.7.2010 29

peluang yang lebih besar untuk berucap dan memecahbelahkan negara ini. Jadi, perpaduan adalah tunjang kepada kejayaan negara ini.

Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, rakan-rakan telah menyentuh banyak soal modal insan, kurikulum sekolah juga institusi pengajian tinggi kita begitu hebat. Akan tetapi, kita melihat keluaran-keluaran pelajar-pelajar ini, jiwanya begitu rendah sekali, daya tahannya begitu kurang sekali berbanding para pelajar zaman 80-an, 70-an dahulu yang begitu kuat daya tahannya. Jadi, di sini saya ingin menyoal Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, dalam kaedah menyelesaikan masalah-masalah gejala sosial yang disebut oleh seorang rakan tadi, banyak gejala sosial, banyak berlaku buang bayi di kalangan pelajar dan sebagainya. Berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan oleh kerajaan dalam tempoh lima tahun ini untuk menangani masalah ini?

Saya difahamkan oleh rakan-rakan yang berada di sekolah-sekolah dan juga di institusi pengajian tinggi, Program Pembangunan Sahsiah para pelajar di sekolah dan juga institusi pengajian tinggi hampir tidak ada langsung untuk tempoh lima tahun itu. Adakah benar? Program-program kaunseling tidak dititikberatkan.

Tuan Yang di-Pertua, di negara maju saya difahamkan setiap 500 rakyatnya ada satu kaunselor. Bagaimana keadaan ini di negara kita? Malah di sekolah-sekolah yang saya tahu ada pihak kaunseling tetapi kaunselingnya terdiri daripada guru-guru sekolah itu sendiri yang mungkin kepakarannya minimum atau tidak ada langsung. Jadi, perkara ini perlu diambil berat oleh kementerian yang berkaitan. Wujudkanlah kaunselor-kaunselor yang bertauliah di setiap sekolah dan jumlahnya dipertingkatkan dan peruntukan mesti diberikan untuk tujuan ini.

■1220

Begitu juga Tuan Yang di-Pertua, di tempat-tempat lain, di kilang-kilang. Saya difahamkan tidak ada wujud unit kaunseling di kilang-kilang yang ada pekerja 2,000, 3,000 orang, ke manakah pekerja-pekerja ini untuk mengadu jika mereka ada masalah. Budaya kita seterusnya, kita kurang untuk berbincang dengan ibu bapa, kita lebih senang untuk berbincang dengan orang lain, jadi kaunseling ini perlu diwujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen ini sendiri saya tidak tahu wujud atau tidak wujud unit kaunseling. Kerana saya kira Ahli Parlimen pun banyak masalah sakit jiwa, Dato’ Musa. Banyak masalah sakit jiwa, sakit jiwa hendak jadi Perdana Menteri pun ada, sakit jiwa hendak jadi menteri ada, yang kalah pilihan raya pun gila-gila hendak jadi Perdana Menteri, ini sakit jiwa Tuan Yang di-Pertua. Jadi perlu diwujudkan juga unit kaunseling untuk memberikan kaunseling...

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Minta laluan.

Dato’ Azian bin Osman: Dato’ Musa, hendak mengacau ya.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Sebab Yang Berhormat sebut - Tuan Yang di-Pertua, boleh?

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Sebab Yang Berhormat sebut nama saya, saya terpanggil untuk bangunlah. Bolehkah Yang Berhormat sebut nama-nama orang, yang sebut nama, yang gila hendak jadi Perdana Menteri, yang gila sebut nama boleh tidak?

Tuan Yang di-Pertua: Nama tidak payahlah, nama tidak payah sebut.

Dato’ Azian bin Osman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Tuan Yang di-Pertua, tidak payah sebut namalah, mana yang makan cili itu terasa pedaslah, iaitu peribahasa orang Melayu. Kalau Dato’ Musa makan cili, dia terasa pedaslah, hendak jadi Menteri? Lebih ramai Tuan Yang di-Pertua, jadi perlu diwujudkan ya, di mana-mana tempat unit kaunseling ini untuk meningkatkan modal insan kita kerana modal insanlah nombor satu modal untuk memastikan negara kita dibekalkan oleh insan-insan yang berkualiti, kuat daya tahan dirinya, jiwa dia berkualiti dan sebagainya. Bukan sahaja pelajaran dia, jiwa pun perlu berkualiti dalam soal ini.

30 DN.26.7.2010

Perkara lain, internet. Yang Berhormat Yang Berhormat Senator Nor Hayati sebut

tentang internet, memang gejalanya satu perkara yang cukup berat Tuan Yang di-Pertua. Saya rasa hendak access internet lucah melalui komputer Parlimen ini pun boleh, jadi pemantauan tentang perkara ini perlu dibuat, jika tidak anak-anak kita akan begitu mudah dipengaruhi dengan budaya-budaya begini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh - mana Menteri Luar Bandar sudah keluar. Berkaitan dengan agihan k-ekonomi, satu lagi perkara Tuan Yang di-Pertua, negara kita tidak akan maju jika rakyatnya ada segelintir atau segolongan rakyat terutama yang majoriti masih lagi berada di bawah paras kemiskinan, ekonominya tidak baik berbanding dengan golongan-golongan minoriti yang lain.

Saya lihat sekarang Tuan Yang di-Pertua, pendapatan isi rumah, isi rumah kasar bulanan purata berdasarkan sumber Unit Perancang Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan. Masyarakat bumiputera masih lagi berada di tahap terbawah pendapatan isi rumah, RM3,624 untuk tahun 2009, berbanding dengan bangsa lain, bangsa Cina, sahabat kita RM5,011, bangsa India juga di atas kita RM3,999. Itu dari segi perbandingan, pendapatan isi rumah. Dalam laporan Berita Harian bertarikh 5 Mei 2010, Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia, menyatakan bahawa 40 peratus rakyat bumiputera kurang RM1,500 dan 70 peratus daripadanya adalah daripada golongan bumiputera, ini adalah satu perkara yang cukup serius, di mana kerajaan perlu tangani. Negara kita tidak akan maju, jika masyarakat majoritinya kebanyakannya berpendapatan rendah, Tuan Yang di-Pertua.

Di sini saya mencadangkan supaya agensi-agensi terlibat di dalam kemajuan, pembangunan masyarakat bumiputera perlu di perkasa, MARA contohnya perlu di perkasa, UDA perlu di perkasa dan lain-lain. Saya mencadangkan supaya agensi-agensi ini diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidak lagi bertaburan di dalam kementerian-kementerian yang ada di negara kita. Jadi jika diletakkan di bawah satu bumbung, di bawah Jabatan Perdana Menteri mudah untuk Jabatan Perdana Menteri memantau dan melihat kepada kejayaan-kejayaan yang telah dicapai.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya sistem penyampaian kerajaan. Mengikut laporan Bank Dunia, Doing Business 2010 dengan izin, Malaysia berada di tangga 23 di dalam aspek kesenangan menjalankan perniagaan, Singapura berada di tangga satu, pertama. Thailand yang banyak masalah daripada negara kita berada di tangga ke-12, di mana kedudukan negara kita? Di tempat ke-23, kita ingin pihak pelaburan datang masuk ke negara kita, kita ingin memperkasakan pihak swasta tetapi jika sistem penyampaian kita, kesenangan untuk melakukan perniagaan di negara ini begitu rendah sekali bagaimana kita untuk menarik pihak swasta untuk melabur atau pihak swasta di negara ini untuk mengadakan perniagaan di negara kita.

Daripada pengalaman saya sendiri melakukan perniagaan, memang banyak masalah, memang ada one-stop centre, ada pemudah cara dan sebagainya tetapi birokrasi reaktif masih terlalu banyak di dalam kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan kerajaan kita. Ini perlu diperkemas oleh pihak kementerian tertentu atau pihak Perdana Menteri sendiri untuk melihat sebagaimana dikatakan KPI kepada kementerian-kementerian, lebih banyak pihak yang terlibat sehingga menyusahkan orang lain untuk berniaga.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita perlu mengikuti contoh Australia. Australia ada satu badan telah tubuh dalam tahun 1998, yang terlibat sebagai badan penyelidik bebas kepada kerajaan berkenaan dengan isu-isu ekonomi, sosial dan juga alam sekitar, perlu ditubuhkan di dalam negara ini.

Saya mencadangkan, Australian Productivity Commission 1998, yang mana ahli-ahlinya dilantik oleh Ketua Gabenor sendiri dan bebas untuk memberikan nasihat dan juga menyelidik apa patut dibuat untuk memajukan negara, hasil daripada itulah Australia sekarang menjadi sebuah negara ekonomi yang begitu maju dan mampu bersaing dengan negara-negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak mengambil masa yang panjang, terima kasih banyak-banyak, saya mohon menyokong.

DN.26.7.2010 31

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, inilah contohnya kalau dia

betul-betul bersedia, menghayati dia boleh memberikan cadangan on point system, menghujah akan perkara itu, saya sangat-sangat mengalu-alukan.

Untuk seterusnya, saya mempersilakan Yang Berhormat Mohd. Khalid Ahmad. Kerana tadi saya sebut, ini kerana ada Yang Berhormat ini ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan, dia terpaksa pergi ke satu tempat yang amat penting, saya mempersilakan.

12.28 tgh.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Yang dirahmati Tuan Yang di-Pertua, terima kasih memberi ruang kepada saya untuk...

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, teruskan.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Ya, pertama Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Tuan Yang di-Pertua dan urus setia Dewan Parlimen yang telah mengadakan satu program iaitu Program Pemantapan Dewan Negara yang bertajuk Undang-undang Pencegahan dan Peraturan Lembaga Penasihat di Jabatan Perdana Menteri, inilah kali pertama ataupun julung kalinya dianjurkan oleh Dewan Negara. Jadi, saya ingat taklimat ataupun program seperti ini adalah amat penting bagi kita semua, khasnya bagi Ahli-ahli Dewan Negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya akan ikut senarai susunan yang diatur oleh urus setia. Saya bercakap Kementerian Kewangan, saya terus tujukan kepada apa yang belum cakap sahaja. Pertama, saya menyokong apa yang dicadangkan oleh Dato’ Musa dengan Dato’ Saripah bab GLC di bawah Kementerian Kewangan, tolong ambil perhatian dan tindakan apa yang di cakap oleh mereka.

Kedua, saya hendak bertanya kepada Bank Negara ataupun Kementerian Kewangan, kalau kita beli sebuah rumah tender di bawah CIMB Bank, adakah surat kebenaran atau surat bayar beli rumah tender itu secara tunai, berapa lama yang dia bayar, berapa lama yang sudah bagi surat? Ini ada orang beli rumah tender melalui CIMB Bank sampai dua tahun baru surat keluar. Ini adalah kelemahan-kelemahan kementerian ataupun kelemahan Bank Negara ataupun kelemahan CIMB Bank sendiri, kalau pihak CIMB Bank hendak berjumpa saya atau Bank Negara hendak jumpa saya boleh, ada bukti terkini, hampir dua tahun. Kawan itu beli rumah, tidak boleh masuk rumah sebab tidak ada surat pengesahan dari bank untuk hendak masuk api, air tidak boleh, panel yang dilantik oleh bank lemah. Ini menunjukkan kelemahan bank itu sendiri, jadi sila ambil tindakan yang secepat mungkin soal ini.

Yang kedua bab Kementerian Pelajaran. Kementerian Pelajaran banyak kawan-kawan saya sudah cakap, UPSR, PMR dan sebagainya. Jadi saya sokong apa yang disarankan oleh Dato’ Azian tadi, bab-bab kaunselor dan sebagainya tetapi saya ingin mencadangkan kepada pihak kementerian mesti mewujudkan walaupun UPSR, PMR akan dimansuhkan ataupun dalam pertimbangan tetapi kita kena ada satu contoh, ataupun satu gantian. Contohnya UPSR digantikan dengan penilaian yang memilih murid-murid ke MRSM, sekolah berasrama penuh, sekolah sukan dan sebagainya

■1230

PMR diganti dengan penilaian yang mengukur kebolehan pelajar dapat ditentukan jenis aliran yang sesuai dengan sama ada dalam bidang sains, sastera, agama, perdagangan dan lain-lain. Ini adalah sesuai untuk mereka yang tidak ambil peperiksaan yang lain.

Yang ketiga, Pendidikan Khas. Pendidikan Khas – sekarang ini saya ingin bertanya kepada Kementerian Pelajaran, berapa buah sekolah yang diwujudkan Sekolah Pendidikan Khas di seluruh negeri dan apakah peranan kementerian untuk membantu Sekolah Pendidikan Khas ini? Sekolah Pendidikan Khas ini adalah bagi pelajar-pelajar ataupun murid-murid yang kurang mampu, yang tidak tahu apa. Jadi kalau boleh kita bantu

32 DN.26.7.2010

mereka dengan cara kemahiran dan sebagainya. Contohnya di Perlis ada satu Sekolah Pendidikan Khas yang baru-baru ini dilancar oleh Pengarah Negeri, yang mana dapat membantu para pelajar ini berkebun, membuat kraf tangan, membuat kerja-kerja amal untuk melatih diri mereka supaya bila dewasa nanti mereka tidak minta sedekah dan sebagainya. Diharap Kementerian Pelajaran memberi satu pertimbangan khas kepada pelajar-pelajar ini sebab ramai.

Kementerian Dalam Negeri, saya ucap terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri ataupun PDRM yang telah meluluskan satu daerah di Perlis iaitu daerah Arau sebagai wujudkan satu daerah yang mewujudkan satu OCPD yang mana telah sekian lama menunggu, kini sudah lulus dan hanya satu OCPD ataupun satu Superintenden dan seorang Ketua Cawangan Khas yang ada. Yang lain belum ada lagi. Balai belum ada cuma wujud balai lama yang kecil itu. Jadi kalau boleh dalam RMKe-10 ini saya ingin mengesyorkan, mencadangkan kepada Kementerian Dalam Negeri supaya wujudkanlah satu balai yang sesuai untuk PDRM di Arau. Sebab apa, inilah balai baru yang mana menampung penghuni-penghuni yang amat ramai dengan pelajar IPTA yang ada empat buah di situ. Selain daripada itu - bila hendak cakap cepat ini dia jadi kelam kabutlah. [Ketawa]

Kementerian Penerangan. Kementerian Penerangan tadi sudah cakap, Datin Paduka Datuk Nor Hayati pun sudah cakap bab penerangan dan bab filem-filem. Saya hendak menyentuh sedikit, filem-filem mintalah ditapiskan. Kadang-kadang kita tengok ramai dengan keluarga kita, anak-anak kita dengan mak-mak kita sekali. Kadang-kadang kita malu ada filem yang menjolokkan mata. Jadi kalau boleh pihak kementerian tolong tapislah. Kita tengok ASTRO sekarang macam-macam, filem kita TV1, TV2, TV3 ini pun ada juga macam-macam. Jadi bermakna kita hendaklah tapis betul-betul.

Drama-drama yang keganasan, contohnya keganasan seperti anak lawan bapa ataupun lawan ibu ini tidak harus dipamerkan sebab ini sebagai salah satu contoh. Contoh kepada anak-anak kita di rumah. Begitu juga dengan suami isteri. Suami isteri bergaduh, suami isteri bergaduh ini pun contoh kepada kaum keluarga. Saya ada satu kes dekat rumah saya, dekat pun tidak dekat, jauh juga. Suami isteri bergaduh, suami dia beritahu perempuan dia tengok drama, bergaduh kerana hendak beli barang. Ini kerana drama itu, dia boleh bawa terpengaruh dengan keluarga. Jadi, ini adalah satu perkara yang kurang sihat, jadi tolonglah, kita buatlah drama yang berunsur-unsur berhemah, keagamaan dan sebagainya.

Lagi satu berkaitan Kementerian Penerangan, kita lihat akhbar hari ini. Akhbar hari ini ada sebut ada artis-artis yang kena tangkap tidak fikir dia pelawak ke apa jangan kiralah, dia kena tangkap. Jadi orang ini kena disiplin. Jangan ambil mudah jangan masuk TV. Mereka ini kadang-kadang idola kepada remaja-remaja kita. Kalau kita ambil mereka, kita sanjung mereka sudah berapa kali tangkap? Hari ini tangkap lagi. Jadi buat-buat lagi. Jadi mengenai perkara ini mungkin kementerian tidak tahu, pegawai-pegawai tahu. Di luar orang bercakap. Macam ini artis? Macam ini pelawak? Kita hendak tengok dia punya lakonan dan sebagainya. Jadi perkara ini hendaklah diambil iktibar oleh Kementerian Penerangan.

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, saya ucap terima kasih kepada kementerian ini yang memberi taklimat kepada kita baru-baru ini dan kita pun dapat tahu bila beri taklimat, kita pun faham. Apabila faham, kita tidak ada masalah. Apabila tidak faham selalu menjadi masalah.

Jadi kita ucap terima kasih kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air ini yang bagi taklimat pada kita, terima kasih banyak-banyak, kita faham. Tidak ada komen banyak dari kawan-kawan lain. Terima kasih.

Kementerian Luar Bandar. Kementerian Luar Bandar ini kalau kita hendak bersama dengan pucuk pimpinan kita nombor satu. Pucuk pimpinan kita nombor satu selalu menyarankan peruntukan orang luar bandar, kemiskinan dan sebagainya. Jadi kita kalau hendak bantu dia inilah kerja Kementerian Luar Bandar. Orang luar bandar miskin perlu bantu dengan memberikan kemudahan asas, api, air, telefon, jalan dan sebagainya. Inilah asas yang utama kepada orang luar bandar, kemiskinan dan sebagainya. Satu ketika dahulu Tuan Yang di-Pertua, kita pasang lampu setiap jalan di kampung-kampung. Lampu itu kita pasang sahaja tapi tidak menyala. Sampai hari ini tidak menyala. Jadi kita banyak

DN.26.7.2010 33

kuantiti, kita tidak pentingkan kualiti. Jadi kita berharap perkara-perkara ini akan diatasi oleh Kementerian Luar Bandar.

Seterusnya KPT - Kementerian Pengajian Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi. Kita hendak kementerian pertimbangkanlah pelajar-pelajar kita yang berada di Timur Tengah supaya mereka ini seperti di Iran. Iran, saya difahamkan kerajaan kita tidak iktiraf. Saya pun tidak faham kenapa tidak diiktiraf. Baru-baru ini saya ke Iran dan saya dapati ramai pelajar kita yang tidak iktiraf dan tidak register pun dengan kedutaan, tidak register pun dengan mana-mana kementerian. Jadi kalau mereka pergi pun dengan duit sendiri, risiko sendiri dan sebagainya. Ada di antaranya visa pun tidak ada. Hendak pergi ke sekolah melalui lorong-lorong, tidak berani ikut jalan besar takut kena tahan, kena tangkap. Jadi, kita tolonglah pertimbangkan pada mereka ini. Kita ketepikanlah keagamaan, ketepikanlah politik. Kadang-kadang politik itu memanglah - sahabat-sahabat kita. Jadi dari segi kemanusiaan kita terlepas pandang, tengok kalau boleh pergilah, kalau tidak boleh pergi ke tempat yang diiktiraf oleh kerajaan.

Kementerian Sains dan Teknologi, pun terima kasih baru-baru ini ada bagi taklimat pada kita. Kita faham.

Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Luar Bandar. Kementerian Luar Bandar saya ucapkan terima kasih kepada Wisma Putra dan kedutaan-kedutaan kita di luar negeri yang banyak membantu semasa Ekspedisi Konvoi 1Malaysia ke umrah baru-baru ini yang memberi kerjasama. Tiap-tiap sempadan, tiap-tiap kedutaan memberi kerjasama kepada kita dan tidak ternilai juga dengan Dato’ Seri Jamil Khir banyak juga membantu kita sehingga berjaya kita sampai ke Mekah dan walaupun ada sedikit sebanyak dalam perjalanan itu. Dengan bantuan kementerian ataupun kedutaan kita dapat sampai ke destinasi yang dituju. Jadi terima kasih banyak-banyak.

Saya hendak bertanya juga kepada kementerian ini berapakah bangunan kita? Bangunan Kerajaan Malaysia yang berada di luar negara dan berapakah bangunan kita yang sewa di luar negara? Ini kerana kita sewa bukannya murah-murah, mahal. Jadi dalam jangka panjang macam mana hendak buat? Jadi pihak kementerian lebih arif mengenai itu.

Ketiga, di Jeddah. Di Jeddah adalah satu tempat ataupun satu kedutaan yang sibuk. Kakitangan dan pegawai amat kurang. Apabila kita pergi ke situ pegawai kurang. Jadi semasa bersembang di situ, dia mintalah kita cakap dalam RMKe-10 ini. Kakitangan di Jeddah itu kurang. Jadi saya mengambil kesempatan ini saya kemukakan kepada kementerian supaya pertimbangkanlah kakitangan dan pegawai-pegawai kita di Jeddah supaya dapat berjalan dengan baik setengah negara atau tempat lain semua elok, okey. Di Jeddah dia sibuk sedikit sebab semua bertumpu di situ.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian. Kementerian Pertanian, soal penglibatan subsidi seperti baja, racun dan membajak tanah. Ini adalah kurang berjaya kita lihat lebih-lebih lagi di kawasan MADA. Cubalah Kementerian Pertanian buat pemantauan di kawasan MADA semasa memberi subsidi baja, racun dan sebagainya. Bagaimanakah kita hendak beri perladangan kita ini elok, hendak buat estet dan sebagainya, kita turun. Kadang-kadang orang petani di kawasan MADA dia kurang faham. Kementerian pergi sendiri, mungkin mereka boleh faham ataupun lebih yakin daripada pegawai MADA yang cakap di kampung-kampung.

Selain itu, mengenai beras. Mengenai beras 15 peratus ini amat berkurang di pasaran. Ke mana beras ini pergi? Saya difahamkan beras 700 metrik tan sebulan tetapi yang ada di pasaran amat berkurangan. Ke mana beras itu? Saya minta Kementerian Pertanian tolong senaraikan syarikat-syarikat yang dapat kuota di setiap negeri dan berapakah kuota yang diberi setiap syarikat itu? Jadi beras adalah amat penting. Tahun lepas pihak Kementerian Pertanian melalui MADA, PPK Pertanian dan sebagainya bagi borang kepada orang susah ini orang berpendapatan rendah isi borang, Program SUBUR. Beri borang SUBUR, sampai sekarang hari ini, sudah setahun dah, tidak ada apa-apa pun jawapan. Jangan kata beras dapat, jawapan pun tidak ada.

■1240

34 DN.26.7.2010

Jadi, orang yang isi borang itu mengharap. Jadi, pertimbangkanlah. Apabila ditanya, dikawal selia, dia kata borang ini tidak sesuai, tidak sama dengan e-Kasih yang diedarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Minta penjelasan.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat beri? Yang Berhormat beri laluan kepada Yang Berhormat, ya?

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Bagi ‘pi’ lah.

Tuan Yang di-Pertua: Masa suntuk ini.

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Sedikit sahaja.

Tuan Yang di-Pertua: Baguslah itu.

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon sedikit sahaja penjelasan daripada Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan. Silakan.

Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf: Tentang apabila sebut pasal beras STI5 tadi, pengagihan dan lain-lain masalah susulan itu, bolehkah Yang Berhormat bersetuju atau tidak kepentingan beras ini juga hampir sama atau terlebih penting daripada gula. Kalau sistem gula boleh diadakan satu jaringan yang kita boleh kenal pasti di manakah hilangnya, mengapa tidak kerajaan implement macam itu, sepertimana cara pengagihan gula untuk beras STI5.

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Zamri. Sebab itulah saya minta kementerian senaraikan syarikat-syarikat mana yang dapat dan berapakah kuota yang diberikan di setiap negeri. Apabila kementerian beri kepada saya, dapatlah kepada Yang Berhormat pun, make sure saya akan beri. Kita akan tahu sama-sama.

Selain daripada itu, selain daripada beras, harga padi. Harga padi, kalau boleh pihak kementerian tolong pertimbangkan sama ada hendak berikan subsidi ataupun harga padi yang asing. Pada hari ini macam-macam. Pihak swasta memainkan peranan dalam harga padi ini, yang beri under counter dan sebagainya. Jadi, saya berharap pihak kementerian ataupun Bernas syorkan perkara ini supaya tetapkan harga yang stabil kepada para petani.

Saya ada laporan daripada laporan pengeluaran padi di Malaysia dan sesi perdagangan. Jadi, kalau saya baca ini lambat Tuan Yang di-Pertua. Jadi, tidak perlu. Kalau pihak kementerian hendak, minta kepada saya. Data-data pengilang dan sebagainya. Jadi, dengan itu, saya turut menyokong Rancangan Malaysia Kesepuluh. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang, seterusnya saya silakan Yang Berhormat Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah.

12.42 tgh.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Bismillaahir rahmaanir rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Yang saya muliakan Yang Berhormat Tan Sri Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana beri saya peluang untuk membahaskan usul ini. Kita amat berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang pada 10 Jun 2010 yang lalu telah membentangkan satu pelan dasar yang bagi saya sungguh lengkap, sungguh menyeluruh menyentuh pelbagai aspek pembangunan untuk lima tahun akan datang.

Walaupun di luar sana ada pihak-pihak yang bertanya dan memberikan gambaran sebaliknya mengatakan pelan ini terlalu banyak prioriti, pelan ini terlalu banyak konsep sehingga boleh mengelirukan. Akan tetapi bagi saya, lima tahun adalah satu jangka waktu yang panjang dan perlu pengkhususan. Itu sebabnya bagi saya juga pelan lima tahun ini sungguh lengkap dan banyak perkara yang kita boleh belajar dari situ. Untuk hari ini Tuan

DN.26.7.2010 35

Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh tujuh perkara. Pertama, berhubung dengan sistem kewangan Islam; kedua, pekerja asing; air di Selangor; isu belia; isu zakat; isu CPI; dan peluang kedua untuk yang bankrap.

Sistem perbankan Islam mula bertapak di Malaysia pada tahun 1983 dengan tertubuhnya Bank Islam dan sepuluh tahun kemudian, kebanyakan bank-bank swasta turut sama dengan mengadakan perkhidmatan windows dengan SPI (Sistem Perbankan Islam). Takaful pula bermula setahun selepas itu iaitu pada tahun 1984. Setelah 27 tahun, aset dalam perbankan Islam pada hari ini telah mencecah RM233.7 bilion ataupun 16.4 peratus daripada aset yang ada dalam sistem perbankan yang ada di negara kita hari ini. Kalau kita menurut, dengan izin, financial sector master plan, kita seharusnya menguasai, maksud saya perbankan Islam, menguasai 20 peratus sebelum ataupun pada bulan Disember tahun ini. Pada hari ini terdapat 17 buah bank Islam dan empat buah bank Islam swasta dan empat buah bank Islam antarabangsa di negara kita. Di samping itu lagi, dua buah bank mega yang mana modalnya sekurang-kurangnya USD1 bilion akan dibenarkan beroperasi di negara kita yang akan diumumkan oleh Bank Negara tidak lama lagi.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita mengalami masalah talent ataupun tenaga kerja yang pakar dalam perbankan Islam kerana sebagai negara yang terdahulu, yang lebih ulung dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain, menyebabkan ramai bilangan pakar-pakar kita yang telah berhijrah ke Negara-negara Teluk terutamanya. Di samping gaji yang tinggi, mereka diberikan kedudukan yang lebih baik. Pada hari ini kita terpaksa memikirkan bagaimana untuk menarik semula ataupun mengajak balik tenaga-tenaga pakar ini ke negara. Saya minta supaya Talent Corporations yang akan ditubuhkan tidak lama lagi menjadi satu tenaga penting ataupun satu badan penting yang akan membawa mereka pulang.

Kita berterima kasih kepada Bank Negara dan saya ucapkan tahniah kepada Bank Negara yang telah banyak berusaha untuk meningkatkan kepakaran sistem kewangan Islam. Itulah sebabnya kita pada hari ini antara yang terulung dan terdahulu di rantau ini. Walaupun pada hari ini kita mendapat banyak saingan daripada Singapura, Hong Kong, London misalnya, yang masing-masing cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan bandar raya mereka sebagai bandar raya terulung dalam sistem perbankan Islam. Namun demikian, Bank Negara juga harus meningkatkan usaha supaya lebih banyak lagi program peningkatan kepakaran diadakan supaya kita dapat meramaikan bilangan pakar dalaman supaya tidak terlalu bergantung kepada negara luar mahupun kepayahan kita untuk menarik balik pakar-pakar kita daripada luar negeri.

Di samping itu juga, oleh kerana pada hari ini keutuhan sistem kewangan Islam itu sudah ada, kita juga menyeru agar semua agensi kerajaan, semua kementerian dan semua agensi di bawah kementerian termasuk juga GLC supaya beralih kepada sistem kewangan Islam, sama-sama membantu supaya sistem kewangan Islam ini akan menjadi lebih utuh ataupun lebih kuat. Kalau hari ini sistem kewangan Islam di sektor swasta ataupun komersial, saya percaya, saya yakin lebih ataupun hampir 50 peratus sebenarnya penyokong adalah terdiri daripada mereka yang bukan Islam. Ertinya pelanggan-pelanggan yang bukan Islam.

Isu pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua, di dalam Dewan ini pada minggu dahulu kita telah menyentuh dengan panjang lebar tentang Little India, di Brickfields. Akan tetapi tahukah kita bahawa di negara kita juga ada Little Nepal, kita juga ada Little Myanmar dan kita juga ada Little Philippines. Ini wujud pada hujung-hujung minggu terutamanya. Pada hujung tahun 2009, kita ada 1.91 juta orang pekerja asing yang rasmi. Angka yang tidak rasmi untuk mereka yang tidak ada permit lebih kurang 1.9 juta orang juga iaitu satu yang halal, satu lagi yang tidak halal. Kalau jumlah tenaga kerja di Malaysia dalam 10 juta, ini bermakna 38 peratus pekerja di Malaysia adalah pekerja asing.

Kebanjiran ini sebenarnya adalah sungguh menakutkan kerana di dalam Malaysia sendiri kita hanya ada 25 peratus sahaja tenaga kerja mahir sedangkan negara-negara yang lebih maju seperti Singapura dan Korea Selatan mereka mempunyai sekitar 49 peratus dan 39 peratus pekerja mahir. Kebergantungan kita terhadap pekerja asing harus

36 DN.26.7.2010

kita fikirkan dengan lebih teliti kerana hari ini pekerja asing seperti kita sedia maklum telah banyak menimbulkan perkara-perkara yang negatif juga.

■1250

Umpamanya, kita juga mempunyai kadar jenayah yang tinggi daripada sektor ini, masalah-masalah sosial, dan juga masalah-masalah isu pemakanan yang hari ini kita kurang. Sebab terpaksa menampung seramai 3.8 juta pekerja asing yang ada di dalam negara kita. Jadi sudah sampai masanya kita mengubah dasar imigresen kita terhadap pekerja-pekerja asing.

Di samping itu juga, baru-baru ini kita dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Manusia masalah kedatangan pekerja asing ataupun pembantu rumah dari Indonesia masih belum selesai. Kita akui bahawa perbuatan segelintir majikan Malaysia yang tidak begitu berperikemanusiaan kepada pembantu rumah, telah sedikit sebanyak menyentuh perasaan Kerajaan Indonesia dan ini menyebabkan kedatangan pembantu rumah telah tersekat. Namun kita percaya juga bahawa bilangannya tidak ramai - bilangan pekerja ataupun pembantu rumah yang teraniaya ini sebenarnya tidak ramai. Jadi kita tidak faham mengapa Kerajaan Indonesia hari ini, seolah-olah menjadikan isu itu isu pokok dan kita menghadapi masalah.

Kita menghadapi masalah kerana kita masih banyak bergantung kepada pembantu rumah Indonesia di dalam rumah-rumah keluarga di Malaysia, terutamanya mereka yang dalam golongan 40 peratus terendah di negara kita. Saya tidak setuju tentang cuti hujung minggu yang diminta. Saya juga tidak setuju dengan gaji minimum RM800, kerana ini membebankan. Kita minta kementerian melihat perkara ini dengan lebih dalam, supaya kita dapat bersedia dengan mencari sumber-sumber lain dari negara lain misalnya. Hari ini kita difahamkan ada dari Kemboja dan India misalnya, namun bilangannya amat kecil. Jadi Kementerian Sumber Manusia harus memikirkannya.

Tuan Yang di-Pertua, isu air di Selangor hari ini semakin getir nampaknya. Walaupun ada pihak mengatakan air akan habis atau kering pada tahun 2014, tetapi dinafikan oleh satu pihak lagi dengan mengatakan, “Oh! Boleh tahan sampai tahun 2019.” Akan tetapi persoalannya, hari ini tiada siapa yang boleh betul-betul ataupun benar mengatakan bila Selangor akan menghadapi keadaan yang runcing ini... Namun sebenarnya, adakah kita perlu tunggu sehingga masalah itu timbul baru kita hendak membuat sesuatu rancangan? Oleh sebab kita tahu bahawa dalam kita merancang untuk mendapatkan bekalan air ini, ia memerlukan satu perancangan yang panjang dan juga melibatkan modal yang tinggi.

Saya mohon penjelasan daripada kementerian, apakah syarat-syarat terma yang masih tidak dipersetujui oleh Kerajaan Negeri Selangor terhadap Projek Penyaluran Air Mentah Pahang–Selangor? Apakah usaha-usaha yang realistik tetapi serius, yang diambil oleh kerajaan bagi menjaga kepentingan rakyat di Selangor dan di Lembah Klang, supaya tidak sengsara jika terputusnya bekalan air kelak?

Menyentuh mengenai belia. Hari ini, takrif belia adalah mereka yang berumur 15 hingga 40 tahun. Golongan ini satu golongan yang besar, mencecah sehingga hampir 70 peratus daripada penduduk Malaysia.

Satu kajian oleh UKM terhadap 10,000 responden belia baru-baru ini, majoriti besarnya adalah terlibat di dalam berbagai-bagai gejala sosial seperti berikut:

Gejala Sosial Peratusan (%)

Rokok 86

Minum arak 63

Ponteng kerja 60

Suka ke tempat hiburan 58

Menonton video lucah 54

Penipuan 50

Dadah 60

DN.26.7.2010 37

Ini melambangkan begitu ramainya belia kita yang sendiri mengaku, bahawa mereka terlibat di dalam berbagai-bagai masalah sosial. Di samping itu juga, kita dikejutkan dengan angka 257,000 sijil kelahiran baru tanpa ayah daripada berbagai-bagai kaum. Bagi menyelesaikan masalah ini, tumpuan didikan agama, pembentukan sahsiah dan juga agensi penguatkuasaan mesti dilakukan.

Setakat 30 Jun 2010, jumlah persatuan belia hari ini ialah 6,409 persatuan dan merangkumi ahli seramai 2.156 juta orang. Generasi belia hari ini – oleh sebab mereka ini muda-muda, mengikut akta yang baru mereka harus diberi kepimpinan yang berterusan. Pemimpin-pemimpin persatuan belia hari ini adalah pemimpin-pemimpin daripada golongan yang muda-muda. Mereka ini harus dibela, dibelai, dan dilatih sehingga menjadi pemimpin yang baik.

Di antara program-program yang boleh dilakukan adalah, mengadakan program tanam semangat patriotisme selaras dengan konsep 1Malaysia; menambahkan kemudahan-kemudahan sukan dan rekreasi di setiap kampung-kampung; dan memberi bantuan pentadbiran kepada majlis belia negeri, majlis belia daerah dan juga terus kepada persatuan-persatuan belia yang wujud di bandar-bandar dan di kampung-kampung. Skim Tabung Ekonomi Belia harus ditambah supaya lebih ramai mendapat manfaatnya. Saya juga mencadangkan supaya sambutan Hari Belia juga diadakan secara kecil-kecilan di peringkat daerah dan juga di peringkat mukim. Ini bagi meningkatkan kesedaran dan menunjukkan betapa mereka - golongan ini diambil berat oleh pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang zakat. Bilangan kutipan zakat di semua pusat pungutan zakat di Malaysia pada tahun 2008 adalah berjumlah hampir RM1.1 bilion, dan pada tahun 2009 hampir RM1.2 bilion. Peningkatan ini menandakan satu pertambahan yang baik - lebih kurang 10 peratus setiap tahun. Ini kerana setiap pusat pungutan zakat itu mengambil inisiatif dan promosi yang agak agresif.

Sejak tahun 1985, apabila rebat cukai pendapatan diperkenalkan, bilangan individu membayar zakat semakin meningkat. Akan tetapi, itu merangkumi hanya individu. Oleh sebab zakat adalah satu sistem tabungan yang efektif untuk umat Islam - kerana keadilan itu benar-benar wujud apabila golongan yang mampu mengeluarkan zakat dan diagihkan kepada lapan asnaf yang layak, maka tabungan ini boleh ditingkatkan lagi. Ini sekiranya kita dapat menarik lebih ramai sektor-sektor korporat ataupun swasta, mahupun koperasi menyumbang ke arah membayar zakat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada panjang lagi?

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Ada tiga points lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Okey. Kalau begitu, teruskan. Kemudian nanti kita boleh sambung selepas, terus sampai ke pukul 1 petang.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih. Sekarang hanya ada satu insentif kecil kepada syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat, iaitu pelepasan cukai berupa 2.5 peratus daripada aggregate income syarikat tersebut.

Kita mencadangkan supaya rebat yang sama, yang dihulurkan kepada individu juga diberikan kepada syarikat-syarikat korporat. Ini supaya dapat menggalakkan lebih ramai syarikat korporat membayar zakat terutamanya dari sektor kewangan Islam... Hari ini kita lihat semakin banyak bank-bank Islam telah membayar zakat. Namun, bank-bank Islam yang mana pemiliknya tidak beragama Islam, jumlah zakat yang dibayarnya amatlah kecil. Jadi, sekiranya rebat...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, jam tepat pukul 1 petang. Jadi, saya tangguhkan mesyuarat kita setakat ini dan kita sambung semula pukul 2.30 petang. Yang Berhormat ada empat minit lagi selepas itu.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.

38 DN.26.7.2010

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 petang.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

2.30 ptg.

Timbalan Yang di-Pertua: Minta Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah sambung untuk berucap. Masa...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Bismillahir Rahmaanir Rahiim.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sebelum itu masa Cuma lima minit sahaja lagi. Tolong bagi kerjasama.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Bismillahir Rahmaanir Rahiim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya mengulang seruan saya atau cadangan saya agar Kementerian Kewangan memberi rebet cukai di atas bayaran zakat yang dibayar oleh syarikat-syarikat korporat dan perdagangan kerana ini penting bagi kita menguatkan tabung dana zakat yang mana akhirnya digunakan oleh ataupun diedarkan kepada asnaf yang lapan termasuk untuk mengurangkan tahap kemiskinan negara kita ini.

Kalau RM1 billion dapat ditambah lagi ini bermakna 1.2 peratus sahaja daripada keseluruhan cukai yang dikutip oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri yang mana setiap tahun ataupun tahun ini dianggarkan mengutip hampir RM90 bilion. Jadi ini tidak boleh ataupun tidak akan menjejaskan kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, peluang kedua untuk yang bankrap. Seseorang yang menjadi bankrap di atas beberapa sebab mungkin kerana boros berbelanja ataupun salah membuat keputusan dalam perniagaan atau disebabkan oleh faktor-faktor luar kawalan umpamanya kegawatan ekonomi ataupun menjadi penjamin yang pasif mahupun kerana persaingan dunia luar.

Peluang kedua amatlah dialu-alukan dengan cadangan kerajaan untuk menggubal Akta Bankruptcy 1967. Satu mekanisme mesti diperkenalkan untuk mereka ini yang diberi peluang kedua ini dipantau dan dikawal supaya tidak ada usaha penyelewengan ataupun penipuan. Di atas semangat yang sama, saya juga ingin mencadangkan bahawa sedikit kelonggaran boleh diberikan kepada pemohon-pemohon pinjaman bank yang mana tidak dapat kelulusan disebabkan oleh masalah CCRIS.

CCRIS adalah Central Credit Reference Information System ataupun Sistem Maklumat Kredit Berpusat yang mana kalau seseorang peminjam itu ada rekod dalam tempoh dua bulan berturut-turut ada installment yang tidak dibayar sekurang-kurangnya tiga bulan maka dia tidak layak untuk meminjam dan diklasifikasikan sebagai tidak memuaskan. Kelonggaran ini penting ataupun boleh diberi kerana ada kalanya peminjam mendapat ataupun mengalami keadaan demikian bukan kerana kehendak sendiri mungkin atas sebab-sebab menjadi seorang penjamin ataupun membuat pinjaman bagi pihak orang ketiga.

Ini selalu terjadi apabila seseorang membeli kereta dan bila dia tidak layak dia jumpa saudaranya yang layak yang ada salary slipnya yang cantik dan akhirnya dia tidak bayar jadi yang meminjam atas nama saudaranya tadi terpaksa diklasifikasikan sebagai tidak memuaskan. Akhirnya dia juga tidak layak untuk meminjam.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam menghujahkan RMKe-10 beberapa orang Ahli Yang Berhormat membangkitkan tentang beberapa isu yang memberi persepsi tentang unsur-unsur rasuah yang boleh menjadi batu penghalang kepada kejayaan RMKe-10. Ada juga soalan-soalan lisan daripada Ahli Yang Berhormat mempersoalkan kenapa kedudukan Malaysia dalam ranking CPI ataupun Corruption Perception Index yang dikeluarkan oleh Transparency International menurun sedangkan pentadbiran kerajaan hari ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki keadaan ataupun tahap korupsi di negara kita.

DN.26.7.2010 39

Kalau kita tengok indeks yang dikeluarkan oleh TI atau Transparency International

pada tahun 2007, kita berada di kedudukan yang ke-43 daripada 180 buah negara. Di tahun 2008 kita di kedudukan yang ke-47 dan tahun 2009 kita terus menurun ke tangga ke-56. Ini satu petanda yang tidak baik. Kalau kita buat perbandingan dengan rakan-rakan kita yang baru melawat kita dari Bhutan baru ini, mereka mempunyai kedudukan yang lebih baik dalam TI. Pada tahun 2008, mereka di tangga yang ke-45. Kita yang ke-47 dan tahun lepas mereka di tangga ke-49 sedangkan kita ke-56. Ini semua adalah persepsi dan persepsi ini bergantung kepada beberapa metodologi dan survey yang diguna pakai oleh dalam TI dalam merumuskan CPI ini.

Jadi CPI ada persepsi, Ahli-ahli Yang Berhormat sendiri ada persepsi dan yang sedihnya kita rakyat Malaysia pun membuat persepsi yang berbeza-beza. Sebagai contoh, dalam terbitan The Star pada 21 Julai...

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, masa cukup.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Satu minit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih. Dalam The Star tanggal 21 Julai, seorang kartunis The Star buat tiga gambar sotong. Sotong Paul daripada Germany buat ramalan Sepanyol akan menang bola sepak di satu sudut. Sotong yang kedua Cassandra namanya dari Australia meramalkan Gillard akan menang dalam pilihan raya Perdana Menteri antara Gillard dengan Abbott (ABBOTT). Akan tetapi, sotong dari Malaysia yang tidak ada kena mengena dengan pertandingan terus buat andaian atau persepsi bahawa sotong ini hanya membolot harta korupsi. Jadi ini juga persepsi yang kalau kita salah tafsir melemahkan lagi kedudukan kita dan sebagai sebuah media ataupun media yang bertanggungjawab janganlah kita buat perkara-perkara ini yang boleh akhirnya menurunkan prestasi kita sendiri.

Saya percaya kerjasama ataupun kejayaan RMKe-10 bergantung kepada kerja kuat kita dengan penuh keikhlasan dari setiap lapisan dan lantai mana kita berada sekalipun sama ada di pihak kerajaan mahupun di sebaliknya. Janganlah kita merosakkan imej kita sendiri dengan persepsi yang negatif seperti ini. Dengan kata-kata itu saya mohon menyokong.

■1440

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tuan Pau Chiong Ung untuk berucap.

2.41 ptg.

Tuan Pau Chiong Ung: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai salah seorang wakil rakyat negeri Sarawak yang tidak ramai jumlahnya sila izinkan saya mengemukakan beberapa masalah yang dihadapi oleh rakyat Sarawak. Berharap jabatan-jabatan berkaitan dapat mengambil perhatian yang serius dan selalu membuat lawatan serta turun padang untuk menjalankan tugas selaras dengan moto dan matlamat pemerintahan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Dalam RMKe-10 jelas nampak kerajaan berusaha untuk memimpin negara kita menuju kepada negara berpendapatan tinggi demi kesejahteraan dan kemajuan rakyat.

Isu jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, dalam teras strategi 5.2 Rancangan Malaysia Kesepuluh kerajaan berhasrat untuk meningkatkan liputan kemudahan asas di kawasan luar bandar. Di mana kerajaan menyasarkan pembinaan sepanjang 2,819 kilometer jalan berturap di Sarawak. Usaha sedemikian amatlah dialu-alukan oleh warga Sarawak. Akan tetapi seperti apa yang saya bentangkan di Dewan yang mulia ini pada sesi sebelum ini, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya amat kekurangan di negeri Sarawak menyebabkan keadaan jalan raya selalu tidak memuaskan. Oleh itu selain daripada pembinaan jalan raya

40 DN.26.7.2010

yang baru, pada masa yang sama adalah harapan semua rakyat Sarawak agar jalan raya lama diberikan perhatian yang serius dan kerja-kerja penyelenggaraan selalu dijalankan dengan kerap dan sempurna supaya kemudahan asas tersebut selalu berada dalam situasi yang baik.

Isu banjir. Tuan Yang di-Pertua, saya pohon jabatan berkaitan memberikan perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah kecetekan serta dasar-dasar sungai utama di Sarawak. Di mana sekian lama telah pun menjadi punca banjir di kawasan sekeliling tersebut. Antaranya kawasan yang serius adalah lembah Sungai Rejang yang banjir berkali-kali menjelang hari hujan amat menyusahkan penduduk bandar Sibu dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Walaupun peruntukan telah pun diberikan oleh kerajaan untuk menaik tarafkan jalan raya dan sistem perparitan di kawasan bandar Sibu. Akan tetapi usaha-usaha tersebut sehingga kini belum lagi mendatangkan hasil dan kesan yang memuaskan untuk membebaskan rakyat Sibu dan sekelilingnya daripada ancaman banjir.

Aktiviti-aktiviti dan kehidupan harian penduduk Sibu amatlah terganggu akibat ancaman banjir. Isu ini telah pun menjadi isu hangat yang kerap dibangkitkan menjelang pilihan raya kecil Sibu baru-baru ini. Pada hari mengundi pilihan raya kecil Sibu itu pusat mengundi pun banjir dan keadaan ini telah pun menjadi buah mulut rakyat Sibu. Maka saya menyeru agar jabatan berkaitan dapat memberikan perhatian dan mengkaji masalah tersebut secara mendalam.

Amat hairan sekali semasa berlaku banjir di bandar Sibu kawasan hilir Sungai Rejang seperti Sarikei dan Bintangor tidak menghadapi masalah banjir. Fenomena ini mungkin membayangkan sebab sebenar bandar Sibu selalu banjir adalah di mana sebahagian Sungai Rejang telah pun sumbat menyebabkan air sungai terkandung di kawasan tersebut.

Oleh sedemikian kita betul-betul berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan yang berkesan untuk menyelesaikan masalah kesumbatan tersebut supaya penduduk di Lembah Sungai Rejang dapat menjalani kehidupan di danau tersebut dengan aman dan tidak perlu risau akan ancaman banjir berkali-kali menjelang hari hujan.

Tuan Yang di-Pertua, di samping itu dasar Sungai Kemena Bintulu tidak menghadapi masalah kecetekan yang semakin serius tahun ke tahun. Terutamanya muara sungai menyebabkan kapal-kapal keluar masuk selalu terkandas di muara dan mengakibatkan kerugian harta. Banyak kapal hanya dapat memasuki Sungai Kemena menjelang air pasang kerana dasar muara sungai yang cetek. Unit Polis Marin yang ditubuhkan beberapa tahun yang lalu ditugaskan untuk menjaga keselamatan dan keamanan kawasan laut sekeliling termasuklah Tanjung Mani, Miri dan Bintulu.

Disebabkan oleh dasar muara Sungai Kemena yang cetek sekiranya berlaku apa-apa situasi kecemasan di laut kapal-kapal ini polis marin juga perlu menunggu sampai air pasang baru boleh keluar masuk muara. Keadaan ini akan mengganggu operasi-operasi Unit Polis Marin dan menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan tugas dengan berkesan.

Selain itu walaupun Bintulu merupakan salah satu bandar industri baru di negeri Sarawak, pengangkutan sungai masih merupakan cara perhubungan yang penting terutamanya untuk penduduk-penduduk pedalaman. Saya menyeru kementerian untuk memberikan perhatian serius dalam masalah ini dan membuat rancangan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi kawasan adalah Kuala Baram, Miri juga menghadapi masalah kecetekan dasar yang sama dan mengakibatkan kapal-kapal di kawasan tersebut menghadapi masalah keluar masuk kuala tersebut. Pada masa kini kawasan sekeliling Kuala Baram telah berkembang menjadi pusat kilang kapal yang penting. Berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah.

Tuan Yang di-Pertua, isu rumah mampu. Dalam teras strategi 5.5 kerajaan akan membina 78,000 buah rumah mampu milik di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh dan RM500 juta akan diperlukan untuk tujuan membiayai kerja-kerja baik pulih dan

DN.26.7.2010 41

penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta. Saya setuju dengan usaha kerajaan dalam sepanjang tahun ini untuk menyediakan pelbagai perumahan yang cukup untuk setiap lapisan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Juga amat gembira kerajaan akan teruskan usaha dalam konteks ini di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Namun saya berharap kerajaan dapat memberikan perhatian yang lebih bagi mendirikan sistem yang lebih sempurna lagi untuk mengenal pastikan siapa yang betul-betul memerlukan rumah mampu milik dan memenuhi syarat untuk memilikinya. Ini kerana selama ini terdapat kes-kes sering berlaku di mana permohonan rakyat yang betul-betul memerlukan rumah mampu milik tidak diluluskan. Sebaliknya terdapat segolongan kecil yang kaya pula berjaya memiliki beberapa buah rumah mampu milik dan sewa balik kepada mereka yang perlu untuk mengaut keuntungan. Maka adakah tindakan-tindakan atau pemantauan yang akan diambil oleh pihak berkaitan untuk menyelesaikan kelemahan sistem tersebut?

Selain itu berharap pihak kerajaan dapat juga memberikan perhatian untuk memastikan kualiti persekitaran perumahan kos rendah berada di tahap yang memuaskan terutamanya serta kebersihan sanitary, keselamatan awam dan kemudahan asas. Adakah pemantauan telah pun dibuat kepada kawasan perumahan tersebut selepas jualan rumah kepada rakyat? Apakah usaha-usaha kerajaan untuk mendidik penduduk tempatan menjaga kualiti kehidupan sendiri?

■1450

Tuan Yang di-Pertua, isu bomba. Bandar Bintulu telah pun dibangunkan kepada sebuah industri yang moden di bawah usaha kerajaan. Namun, facility Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu masih sama taraf dengan apa yang ada pada 20 tahun yang lalu. Dipercayai facility di situ adalah agak susah untuk menampung keperluan bandar Bintulu sekarang. Adakah kementerian merancang untuk menaik taraf lagi facility Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu pada masa yang akan datang.

Selain itu, pekan berhampiran Bintulu seperti Tatau dan Sebauh turut memerlukan facility bomba yang lengkap ekoran daripada pembinaan kilang-kilang industri yang besar di sekelilingnya, seperti kilang kertas yang dijangka beroperasi pada 2013. Maka saya menyeru pihak kementerian membuat rancangan untuk mendirikan Jabatan Bomba dan Penyelamat di kedua-dua pekan tersebut untuk menampung perkembangan yang semakin pesat.

Isu e-Kasih. Tuan Yang di-Pertua, tujuan e-Kasih diwujudkan adalah mengenal pasti golongan berpendapatan rendah di kalangan rakyat supaya panduan-panduan kerajaan yang disediakan untuk mereka dapat disalurkan dengan tepat dan cepat. Namun, sekian lama telah pun menjadi isu di mana maklumat dalam sistem e-Kasih jauh kurang tepat dengan situasi sebenar. Ketidaktepatan maklumat e-Kasih juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan Projek SUBUR. Maka, berharap pihak kementerian dapat memantau, mengkaji balik dan menaiktarafkan sistem tersebut atau mengemukakan sistem baru untuk mengganti sistem yang lama.

Tuan Yang di-Pertua, isu kaca gelap kereta. Mengapakah pihak berkaitan menghalang rakyat menggunakan kaca gelap kereta tetapi membenarkan banyak kereta jabatan-jabatan kerajaan menggunakan kaca kereta yang gelap?

Tuan Yang di-Pertua, isu pejabat pos. Bayaran sistem setem telah pun naik sekali ganda pada 1 Julai baru-baru ini. Namun,didapati bahawa banyak pejabat pos amatlah sempit dan sentiasa penuh sesak dengan orang ramai yang menjalani pelbagai urusan seperti bayar bil elektrik, bil air dan pembaharuan lesen memandu. Selain itu, penggunaan pejabat pos pun banyak untuk di sesetengah kawasan. Memandangkan bayaran setem telah pun naik, diharap kementerian dapat menaik taraf kelengkapan kelas dan mutu perkhidmatan pejabat pos di seluruh negara khasnya di Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua, isu pusat dialisis. Diterima aduan bahawa pusat dialisis hospital kerajaan telah pun memberikan keutamaan kepada kakitangan kerajaan sahaja dan orang awam dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan secara bayaran di luar

42 DN.26.7.2010

hospital. Adakah ini betul-betul polisi kementerian dan kerajaan, dan bagaimanakah rakyat boleh menikmati perkhidmatan facility kerajaan?

Tuan Yang di-Pertua, isu umur masuk sekolah. Salah satu rancangan yang akan dilaksanakan adalah mengurangkan umur masuk sekolah rendah daripada umur enam tahun kepada lima tahun. Bilakah polisi ini akan dilaksanakan? Adakah bilik darjah sekolah mencukupi untuk menampung penambahan murid secara mendadak memandangkan tahun pertama pelaksanaan polisi tersebut melibatkan kanak-kanak tahun lima dan tahun enam masuk sekolah rendah bersama. Adakah bilangan guru mencukupi untuk menghadapi keadaan sedemikian.

Tuan Yang di-Pertua, hala tuju kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk memimpin negara kita menuju kepada negara berpendapatan tinggi amat jelas sekali. Namun, dipercayai adalah hasrat dan harapan seluruh warganegara untuk menikmati gaya hidup yang berkualiti tinggi di samping mempunyai pendapatan yang tinggi. Gaya hidup berkualiti tinggi yang saya maksudkan di sini bukan sahaja berpendapatan tinggi malah mempunyai beberapa ciri seperti di bawah:

(i) peningkatan dalam jumlah pendapatan seharusnya selari atau melebihi inflasi. Sekiranya tidak, peningkatan pendapatan tidak bermakna memandangkan perbelanjaan pun turut meningkat bersama-sama;

(ii) semua warganegara mampu memiliki rumah kediaman sendiri;

(iii) semasa menjalani aktiviti seharian di luar, boleh menikmati rangkaian jalan raya yang lancar dan menyeluruh, sistem pengangkutan awam yang sempurna dan efektif supaya masa yang berharga tidak dibazirkan dalam kesesakan lalu lintas;

(iv) rakyat juga berharap semasa berjalan-jalan di mana-mana tidak perlulah selalu risau harta persendirian akan dirampas atau dicuri oleh penjenayah. Kita juga perlu mengupah security sendiri walaupun rumah sudah mempunyai pagar berkunci dan sistem penggera security;

(v) prestasi kakitangan-kakitangan jabatan kerajaan ditingkatkan dan memberi perkhidmatan yang cepat, efektif dan mesra kepada rakyat;

(vi) warganegara memiliki hak bebas bersuara dan dapat memberikan pandangan dan cadangan yang membina untuk pertimbangan pemimpin negara kita;

(vii) warganegara juga bebas menghantar anak-anak mereka untuk menuntut pelajaran di mana-mana sekolah aliran dan tidak perlu bimbang kekurangan sekolah pelbagai aliran;

(viii) warganegara yang berlainan kaum dapat duduk bersama dan hidup dalam keharmonian, memiliki peluang persaingan yang saksama dan sistem perundangan yang adil dan tegas; dan

(ix) alam sekitar dan persekitaran negara terjaga semasa pembangunan dijalankan agar kita masih dapat menghidu udara nyaman semasa menikmati hasil pembangunan negara.

Dengan ciri-ciri sedemikian, barulah negara kita sebuah negara berpendapatan tinggi yang unggul. Dengan kata-kata ini, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff untuk berucap.

2.57 ptg.

DN.26.7.2010 43

Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Izinkan saya memulakan perbahasan ini dengan ungkapan gurindam oleh seorang tokoh sasterawan Nusantara, Raja Ali Haji dalam Gurindam 12.

“Barang siapa tiada memegang agama,

Sesekali-sekali tiada boleh dibilangkan nama.

Barang siapa mengenal ayat empat,

Maka ia itulah orang yang makrifat.

Barang siapa mengenal Allah,

Suruh dan tegahnya, tiada ia menyalah.

Barang siapa mengenal diri,

Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.

Barang siapa yang mengenali dunia,

Tahulah ia barang terpedaya.

Barang siapa yang mengenali akhirat,

Tahulah ia dunia mudarat.”

Dalam meneliti kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan RMKe-10, kita melihat keinginan kerajaan untuk memacu peningkatan ekonomi dan sosial seperti di RMKe-9. Dalam suasana cabaran global yang berterusan, kerajaan cuba membawa Model Ekonomi Baru dalam RMKe-10 bagi mencapai hasrat dan matlamat Wawasan 2010.

Iltizam kerajaan menggerakkan MBE serentak dengan hasrat menjadikan negara ini maju serta berpendapatan tinggi menjelang 2020 adalah satu perkara yang harus diberi perhatian. Saya ingin menyatakan dalam suasana ekonomi dan sosial Malaysia, umum mengetahui bahawa setiap kali ada peningkatan pendapatan yang merujuk kepada kenaikan gaji atau keuntungan syarikat dan makmur ekonomi, biasanya akan meningkatkan harga barangan pengguna serta keperluan asas yang lain. Tidak bermakna peningkatan pendapatan lain akan diiringi dengan peningkatan harga barang yang jelas membawa kesan dan beban kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

Golongan yang agak tertekan teruk ialah dari kalangan petani, pekerja dan juga kakitangan bergaji rendah dan sebagainya, yang merangkumi ke pelosok negara dari bandar ke desa, kampung-kampung Orang Asli, Sabah dan Sarawak. Kerajaan sepatutnya memantau kenaikan ini dan apakah kerajaan mempunyai mekanisme yang berkesan dari segi pengawalan kenaikan harga barang. Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Senator Hajah Mumtaz, yang sebelum ini mencadangkan akan cadangan kenaikan harga barangan dibahas dahulu di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara sebelum sesuatu kenaikan harga itu dilaksanakan.

Kita merasa bimbang dan simpati dengan kesan kenaikan ini ke atas golongan masyarakat yang disebutkan tadi. Bolehlah dikatakan kadar kenaikan kos kehidupan lebih tinggi daripada kadar peningkatan pendapatan... Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyatakan sedikit dalam keselamatan setempat atau rakyat. NKRA jenayah seperti yang tercatat dalam buku RMKe-10 telah menggariskan tiga outcome yang perlu dicapai. Izinkan saya sebutkan di sini:

(i) mengurangkan keseluruhan jenayah indeks utama, indeks jalanan, jenayah jalanan;

(ii) mempertingkatkan persepsi awam terhadap keselamatan melalui perintah awam dan aktiviti kesukarelawanan, mempertingkatkan prestasi ke seluruh sistem keadilan.

44 DN.26.7.2010

Dalam hal keselamatan awam, kerajaan juga mengetengahkan Konsep Bandar

Selamat melalui tiga inisiatif utama iaitu:

(i) usaha reka bentuk persekitaran;

(ii) memperkasakan kawasan sasaran;

(iii) kegiatan sosial, masyarakat dan pendidikan kesedaran.

Dalam usaha yang dinyatakan tadi, kerajaan menjadikan usaha fizikal keselamatan sebagai satu usaha utama. Antaranya:

(i) peningkatan bilangan anggota polis dan polis sukarelawan yang diserapkan daripada RELA dan pertahanan awam;

(ii) memperbanyakkan CCTV dan lampu limpah serta lampu jalan;

(iii) dinyatakan juga anggota polis akan ditambah sekurang-kurangnya 5,000 orang menjelang tahun 2015.

Saya berpendapat, segala usaha ini adalah usaha yang baik. Akan tetapi agak sukar dari segi pencapaian kerana untuk mencegah jenayah bukanlah dari segi fizikal sahaja. Apa yang lebih penting adalah aspek pendidikan dan kesedaran di kalangan masyarakat agar tidak wujud kecenderungan untuk terlibat dalam kegiatan jenayah, dan kepada pelaksana undang-undang disedarkan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dan bersifat lebih profesional dalam menjalankan tugas kepada rakyat dan negara. Tidak sekongkol dengan perasuah dan penjenayah serta perkara negatif yang boleh menjejaskan persepsi masyarakat. Tuan Yang di-Pertua, saya suka sebut di sini iaitu beberapa taman perumahan dan sebagainya terdapat masalah kehadiran warga asing terutamanya daripada benua Afrika.

Akhbar kerap kali menyiarkan berita tentang masalah warga asing ini yang menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman dan keselamatan penduduk setempat. Mereka ini terlibat dalam pelbagai jenayah seperti mencabul, pecah rumah, menggunakan kekerasan dan sebagainya yang tidak langsung memberi pertimbangan kepada keharmonian penduduk setempat... Saya difahamkan mereka ini mempunyai kawasan atau koloni yang dijadikan hak mereka, bebas untuk melakukan apa sahaja, berniaga, berhibur. Dimaklumkan juga mereka suka berkumpul di kalangan mereka dan menimbulkan bising yang mendatangkan gangguan kepada jiran-jiran. Perkara ini telah pernah ditimbulkan di Dewan yang mulia ini tetapi apakah telah ada penyelesaian? Saya difahamkan yang mereka ini juga mempunyai kemahiran yang tinggi atau softskills dalam memikat gadis-gadis tempatan. Ini telah juga menimbulkan masalah sosial kepada negara kita. Bolehkah Konsep Bandar Selamat (Safe City) dilaksanakan dalam keadaan begini?

Saya melihat isu ini adalah penting dalam menentukan kesejahteraan dan keharmonian rakyat. Dalam kita melangkah ke hadapan, kita juga perlu melihat perkara yang lalu dan segala kejadian itu dijadikan panduan. Kes-kes seperti kematian dalam tahanan, kejadian tembak yang melibatkan orang awam dan sebagainya telah mendatangkan satu persepsi negatif oleh masyarakat kepada pihak polis. Saya berharap perkara ini diperbaiki segera.

Sokongan dan keyakinan rakyat adalah penting bagi kejayaan City rakyat yang cukup penting ini. Bebas jenayah adalah sumbangan besar kepada keharmonian dan kesejahteraan keluarga dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada isu masyarakat dalam bab pembangunan ekonomi...

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Minta laluan.

Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: Sila.

Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Baru-baru ini, Yang Teramat Mulia Raja Nazrin dalam satu program dengan Polis Diraja Malaysia telah mendesak supaya pasukan polis hendaklah bersedia untuk menghadapi perubahan, yakni perubahan hidup untuk pasukan polis ini

DN.26.7.2010 45

benar-benar menjadi profesional, cekap dan sebagainya. Apakah pandangan Yang Berhormat?

Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: Terima kasih. Saya berpendapat bahawa pandangan tersebut sepatutnya telah lama kita pertimbangkan dan laksanakan demi kepentingan negara. Saya mohon Yang Berhormat, saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, silakan.

Dato’ Mustafa Kamal bin Mohd. Yusoff: Saya ingin beralih kepada isu masyarakat dalam bab pembangunan sosioekonomi yang telah diberi penumpuan kepada empat perkara:

(i) menaikkan taraf hidup isi rumah 40 peratus;

(ii) memperkukuhkan penyertaan bumiputera dalam bidang ekonomi;

(iii) memastikan akses kepada infrastruktur fizikal asas dapat dinikmati oleh semua rakyat; dan

(iv) melahirkan masyarakat yang lebih progresif.

Dalam usaha meningkatkan pendapatan purata isi rumah 40 peratus terendah, kerajaan menyasarkan pendapatan RM2,300 sebulan pada tahun 2015. Perkara yang dicadangkan ialah:

(i) menyediakan pembiayaan dan program sokongan secara menyeluruh untuk perniagaan mikro;

(ii) menghubungkan tenaga kerja kemahiran di luar bandar dan bekerja di bandar berdekatan;

(iii) meningkatkan pendapatan secara berterusan bagi sektor pertanian melalui konsep perladangan kontrak;

(iv) menyediakan peluang untuk memiliki perniagaan kepada usahawan luar bandar yang berkemampuan;

(v) meningkatkan produktiviti hasil melalui penyatuan tanah;

(vi) meningkatkan produktiviti modal insan dan pertanian luar bandar dari industri asas tani;

(vii) mengembangkan implikasi konsep agropolitan kepada pertanian dan industri asas tani yang lebih luas.

Masyarakat bumiputera dan masyarakat luar bandar adalah merupakan golongan yang sama. Dalam usaha meningkatkan penyertaan bumiputera dalam bidang ekonomi, kerajaan menyasarkan tiga target iaitu:

(i) memperkukuhkan keusahawanan bumiputera untuk mewujudkan perniagaan yang berdaya saing dalam sektor yang berimpak tinggi;

(ii) meningkatkan pemilikan kekayaan melebihi ekuiti korporat termasuk harta bertanah, aset perniagaan dan sebagainya; dan

(iii) menggalakkan penyertaan bumiputera dalam pekerjaan pendapatan tinggi dan meningkatkan pembangunan keupayaan dan insentif berasaskan permintaan pasaran.

Diharapkan bahawa kerajaan dalam memberi perhatian dan pengawasan yang penuh dalam pelaksanaan projek oleh agensi pelaksana dalam merealisasikan rancangan yang telah disusun, adalah dibimbangkan rancangan tinggal rancangan dan janji terus menjadi janji. Sebagai contohnya, saya ingin sebutkan di sini bahawa kerajaan masih gagal untuk memastikan hasil-hasil pertanian di luar bandar berada di paras yang stabil

46 DN.26.7.2010

sepanjang musim. Kita biasa mendengar buah-buahan seperti dokong, manggis, durian dan sebagainya. Oleh sebab hasilnya berlebihan, harganya menurun. Keadaan ini mendukacitakan kerana ia menjadi harapan sumber pendapatan kepada pekebun, pak tani yang setia dengan kebun mereka. Kalau kita melihat di negara jiran bagaimana mereka memastikan tiada penambahan atau penurunan harga buah-buahan di sepanjang musim.

Usaha untuk meningkatkan ekonomi golongan bumiputera merupakan golongan yang utama di luar bandar dan golongan teramai dalam kategori berpendapatan 40 peratus ke bawah perlulah dilakukan dengan jujur dan terancang. Pembahagian projek kepada rakan-rakan, saudara-mara sama ada dalam bidang pertanian, keusahawanan, pembangunan yang tidak berupaya perlulah dihentikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit tentang perancangan penggunaan sumber tenaga manusia dalam negara. Umum mengetahui pergantungan negara kepada tenaga asing dalam pelbagai sektor adalah merupakan sesuatu yang merugikan dari segi sosial dan ekonomi. Kehadiran tenaga kerja asing ini contohnya di bidang pembinaan, pertanian dan sebagainya menyebabkan pengaliran keluar wang berbilion-bilion ringgit setiap tahun.

■1510

Ini perlu dipandang serius oleh kerajaan. Difahamkan hampir dua juta pekerja asing berada di negara ini dan angka yang disebutkan tadi tidak termasuk pekerja asing tanpa izin. Negara kita dilihat sebagai tempat lambakan warga asing. Jelas kehadiran mereka ini mendatangkan implikasi negatif seperti masalah keselamatan, bebanan ekonomi dan pencabulan hak asasi manusia. Kebelakangan ini, mereka bukan sekadar menjadi pekerja di sektor pembinaan, perladangan dan sebagainya tetapi telah beralih menjadi tauke di warung dan restoran dan ada juga yang menjadi pemandu teksi.

Saya sendiri benar-benar tidak faham bagaimana keadaan ini berlaku, adakah kita tidak mempunyai sistem pemantauan di atas masalah ini? Saya suka nyatakan keadaan ini telah menjadi semakin bercelaru dan serius. Apakah mereka-mereka yang saya sebutkan tadi sebagai peniaga dan pemandu teksi adalah pendatang asing yang sah atau sebaliknya? Difahamkan kerajaan telah melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing / Pendatang Tanpa Izin yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah menubuhkan Makmal Pengurusan Warga Asing.

Saya mohon penjelasan apakah sebenarnya peranan makmal yang ditubuhkan ini? Saya berharap kerajaan dapat mencari kaedah menyelesaikan masalah ini secara holistik kerana pada jangka masa panjang ia memberi kesan kepada negara. Janganlah dijadikan pembangunan, perindustrian, perladangan sebagai alasan untuk terus mengambil tenaga kerja asing dan ini boleh menjejaskan pekerjaan bagi rakyat sendiri. Jangan sampai dikatakan ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’. Dalam ini juga saya ingin menarik perhatian tentang berpuluh ribu tenaga kerja asing dan pelancong yang hilang entah ke mana tidak dapat dikesan setelah tamat tempoh layak mereka berada di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya ingin menyatakan bahawa urusan menjana pertumbuhan dan kestabilan ekonomi dalam usaha Malaysia menuju Negara Maju 2020 akan menjadi begitu sukar melainkan mendapat sokongan dari segi profesionalisme, komitmen dan kesungguhan daripada penjawat awam yang menjadi penggerak utama dalam semua aspek perancangan dan pelaksanaan kerajaan secara serentak antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri tanpa mengira parti mana yang memegang tampuk pemerintahan di sebuah negeri.

Bagi RMKe-10, sejumlah RM230 bilion telah dikemukakan di Dewan ini untuk di bahas dan diluluskan. Sebanyak 55 peratus daripada perbelanjaan tersebut adalah untuk pembangunan sektor ekonomi. Kita berharap dalam pelaksanaan RMKe-10 ini, tidak akan berlaku lagi ketirisan seperti yang berlaku sebelum ini. ‘Kuasa rakyat kuasa keramat, urusan dunia ingat akhirat’. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, silakan Yang Berhormat Hajah Dayang Madinah Tun Abang Haji Openg.

DN.26.7.2010 47

3.13 ptg.

Puan Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam perpaduan dan salam 1Malaysia.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya memanjat syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Pusat atas pemilihan saya sebagai senator untuk menyumbangkan perkhidmatan saya sedaya upaya dan sebaik mungkin demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang dan ruang kepada saya buat pertama kalinya untuk berucap dalam Dewan yang mulia ini khususnya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Buah mengkudu di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya orang baru perlu belajar, Jika ada salah tolong tegurkan.

Saya memohon izin untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh dengan memfokuskan isu-isu negeri Sarawak. Kerajaan dan rakyat negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perhatian Kerajaan Pusat khasnya keprihatinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Haji Abdul Razak yang diberikan kepada negeri Sarawak.

Sememangnya seluruh rakyat Malaysia harus memberi sokongan padu dan kerjasama penuh kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang berpandangan jauh dan komited dalam usaha gigih beliau membangunkan serta memajukan negara dan membela nasib rakyat yang berbilang kaum khususnya rakyat yang tinggal jauh di pedalaman seperti di Sarawak yang perlu pembelaan. Pembangunan sosioekonomi yang menjurus kepada Model Ekonomi Baru memerlukan pertukaran minda dan cara pelaksanaan yang jitu dan moden.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat negeri Sarawak khususnya yang di luar bandar berasa lega dan terbela kerana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan akan memastikan supaya rakyat mendapat akses saksama kepada prasarana infrastruktur dan kemudahan asas yang disediakan dengan memberi tumpuan khusus kepada kawasan luar bandar di mana peruntukan disediakan untuk negeri Sarawak begitu besar berbanding Rancangan Malaysia yang terdahulu.

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, liputan bekalan air yang dirawat dan lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 95 peratus telah diperuntukkan bagi negeri Sarawak yang juga melibatkan penyambungan bekalan air kepada sebanyak 87,400 buah rumah. Manakala bekalan elektrik di kawasan luar bandar Sarawak juga diperluaskan termasuk penyambungan bekalan elektrik ke 76,000 buah rumah. Dengan pembekalan elektrik yang luas nanti, sudah pasti cadangan kerajaan untuk menyediakan kemudahan immunity social dengan izin serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada masyarakat luar bandar dapat direalisasikan dengan mudah. Apatah lagi untuk mewujudkan Pusat Internet 1Malaysia seperti yang dicadangkan.

Justeru Kerajaan Pusat diseru supaya memperluaskan jaringan digital jalur lebar ke negeri Sarawak agar rakyat negeri Sarawak dapat mempunyai akses kepada maklumat yang menjadi perkara pokok dalam pelaksanaan dasar ekonomi berpendapatan tinggi seperti yang diuar-uarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, negeri Sarawak dan rakyatnya menaruh harapan tinggi dan mohon kepada Kerajaan Pusat supaya usaha membangunkan dan menyediakan prasarana

48 DN.26.7.2010

infrastruktur serta membekalkan kemudahan-kemudahan asas yang saya sebutkan tadi dapat dilaksanakan sepenuhnya sebagai nadi penggerak dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh nanti. Dalam hal ini, negeri Sarawak berharap agar delivery system dengan izin perlu diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.

Selain itu, kawasan koridor di Sarawak iaitu SCORE dapat juga diperbaharui yang boleh menjanakan pembangunan ekonomi yang mampan dengan adanya prasarana infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan.

■1520

Kerajaan dan rakyat negeri Sarawak mengalu-alukan pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri mengenai sistem prasekolah yang akan mendedahkan alam pendidikan lebih awal kepada kanak-kanak hingga pembelajaran sepanjang hayat. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang kritikal dan berkualiti.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh mengenai semangat 1Malaysia yang menitikberatkan faktor perpaduan. Keunikan Sarawak yang mempunyai lebih kurang 30 kaum etnik bumiputera walaupun berbilang keturunan, agama dan budaya tetapi sudah lama mengamalkan semangat bersatu padu dan semangat kerjasama sebagai satu pasukan. Sehubungan itu, semangat 1Malaysia bukanlah satu perkara yang sukar untuk negeri Sarawak praktikkan dan merealisasikannya dan ianya merupakan satu bonus bagi negeri Sarawak untuk bersama-sama seiring sejalan dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Negeri Sarawak bersedia untuk memainkan peranannya melalui pendekatan yang holistik dalam menjayakan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak sentiasa dan akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Pusat untuk merealisasikan hasrat yang murni di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh ini.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat kerana menghargai masa. Silakan Yang Berhormat Dato' Daljit Singh untuk berucap.

3.22 ptg.

Dato' Daljit Singh Dalliwal: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya berucap dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas kenyataan Yang Amat Berhormat baru-baru ini bahawa kerajaan akan memastikan bahawa semua pelajar yang mendapat 9A+ dalam peperiksaan SPM akan diberi biasiswa atau geran untuk menuntut pelajaran mereka sehingga di peringkat universiti. Ini adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan kerana ini akan berhenti, stop the brain drain to a certain extent.

Berkait dengan peluang pendidikan yang memberatkan merit adalah peluang untuk bersukan, saya memohon supaya semua murid digalakkan dan diberi peluang untuk melibatkan diri dan bertanding dalam olahraga dan apa juga sukan yang mereka minat. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini kita akan melahirkan lebih ramai Santokh Singh, Karamjit Singh, Punch Gunalan dan Allahyarham Mokhtar Dahari dan Arumugam.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan ramai kaum India yang masih terlibat dalam bidang pertanian dan perladangan, saya menerima baik pelantikan Yang Berhormat Dato’ Palanivel sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Adalah sesuai dan tepat dengan pelantikan ini Yang Berhormat Timbalan Menteri dapat turun ke padang dan berinteraksi dengan mereka. Sebagai Timbalan Menteri beliau dapat memainkan peranan yang positif dan menerajui kaum keturunan India khasnya dan seluruh masyarakat perladangan amnya selaras dengan hasrat kerajaan dalam pertingkatkan ekonomi negara sambil memperjuangkan dan membasmi kemiskinan kaum keturunan India yang banyak membantu meninggikan indeks kemiskinan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menerima baik pelantikan pegawai-pegawai kanan di kementerian untuk menerajui kementerian tersebut. Saya harap pelantikan sedemikian

DN.26.7.2010 49

akan lebih mencerminkan 1Malaysia di mana kredibiliti dan pengalaman harus asas menerajui perkhidmatan awam. Saya juga mencadangkan agar lebih ramai lagi KSU dan ketua pengarah kementerian dilantik dari golongan bukan bumiputera. Walau bagaimanapun, saya harap orang-orang yang telah lama berkhidmat dengan kerajaan dan berkaliber dan mempunyai pendidikan dan pengalaman yang baik akan dinaikkan pangkat dan juga mengira kelayakan mereka, merit dan potensi mereka. Saya juga berharap mereka yang layak ini akan dilantik ke kementerian seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam RMKe-10 kerajaan telah mengesyorkan banyak program untuk membasmi kemiskinan. Saya ingin mencadangkan supaya rancangan ini mengambil kira ramai golongan miskin kaum India. Apa yang perlu bukanlah welfare aids sahaja tetapi pemberian skill training. Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan bagi menjayakan Program Latihan dan Penempatan (Train and Place). Berdasarkan rekod Kementerian Sumber Manusia sehingga 30 Jun 2009 seramai 6,896 pekerja telah menyertai program ini. Harapan saya ialah agar kerajaan memastikan tenaga kerja ini dapat dipergunakan dengan sepenuhnya sambil menjamin pendapatan yang selesa untuk mereka merangka kehidupan yang aman dan harmoni.

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak dapat menafikan bahawa golongan ini harus diberi perhatian dan peluang yang lebih baik. Saya mencadangkan supaya kerajaan juga memberi kepada mereka ini tanah seekar atau dua supaya mereka dapat menanam sayur-sayuran dan bunga-bunga seperti bunga Jasmin supaya mereka menjadi self-sufficient tanpa menjadi satu bebanan kepada kerajaan. Apa yang saya maksudkan ialah apa yang mirip kepada FELDA skim.

Tuan Yang di-Pertua, banyak estet telah dijadikan padang golf dan kawasan perumahan, dengan izin, luxury living away from the city. Dengan ini ramai kaum peladang terpaksa keluar daripada estet. Semasa mereka di estet, walaupun rumah mereka sebilik atau kecil, mereka ada padang bola, kawasan lapang dan juga kuil-kuil dan dewan untuk berkumpul selepas kerja atau membuat function yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh yang demikian to pluck them from the estates and to put them in pigeon holes like flats is totally unjust and unfair to them. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti faham bahawa mereka ini yang telah lama hidup di suasana kawasan estet apabila dipaksa pindah ke tempat lain atau di bandar tidak dapat menyesuaikan diri mereka kehidupan suasana baru ini. Mereka menghadapi kejutan budaya. Apabila mereka ini terlibat dalam jenayah dan menimbulkan masalah sosial tidak adillah untuk kita menuduh mereka sahaja.

RMKe-10 juga menyentuh tentang menaiktarafkan kesihatan. Dalam hal ini saya cadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu skim di mana pelajar-pelajar yang lepasan SPM dan sedang menunggu keputusan peperiksaan diberi peluang bagi membuat attachment di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan.

Mereka ini boleh diberi tugasan seperti menolong pesakit-pesakit mengisi borang, membawa atau merujuk pesakit-pesakit ke tempat menunggu dan sebagainya. Ini adalah satu social service dan pemuda-pemuda ini akan menjadi lebih compensate dan sambil mewujudkan masyarakat prihatin, dengan izin, caring society.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh berkenaan Perkasa. Perkasa merupakan sebuah NGO. Perkasa bukanlah sebuah negara untuk selalu menyentuh perkara kewarganegaraan kaum lain. Kemungkinan besar Perkasa telah lupa bahawa kaum lain juga telah berjuang untuk negara yang mulia ini. Bagi saya tidaklah berapa sesuai Presiden Perkasa sentiasa membangkitkan isu-isu yang sangat sensitif dan menyakitkan hati masyarakat lain di Dewan Rakyat. Dewan Rakyat adalah tempat yang mulia dan oleh yang demikian ianya tidak harus memperalatkan Dewan yang mulia itu untuk melindungi diri kita semata-mata untuk kepentingan politik, dengan izin, we should refrain ourself from using the august body to went our personal agendas and gains.

Dato' Dr. Firdaus bin Abdullah: Boleh saya minta laluan Tuan Yang di-Pertua?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, beri laluan?

50 DN.26.7.2010

Dato' Daljit Singh Dalliwal: Beri.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

■1530

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terlebih dahulu saya mengaku yang saya bukan ahli Perkasa. Akan tetapi saya hanya mengharapkan suatu ucapan yang tepat apabila kita merujuk satu-satu perkara itu. Boleh atau tidak Yang Berhormat itu menyebut secara spesifik ucapan-ucapan orang-orang Perkasa ini, yang dikatakan menyakitkan hati kaum-kaum lain itu? Sekali lagi saya bukan anggota Perkasa tetapi untuk menuduh mereka, menyakitkan hati kaum lain itu saya rasa tanpa bukti, kurang adil juga. Saya hanya hendak minta bukti sahaja Yang Berhormat.

Dato' Daljit Singh Dalliwal: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya telah memberi satu daripada isu itu seperti kewarganegaraan kaum lain. Ada banyak yang boleh kita bercakap dan selalu dikata-katakan, dengan izin I am sure you read all the papers and I come to the Dewan Rakyat myself, I heard it myself in their issues. Saya hendak sambung Tuan Yang di-Pertua...

Dato' Azian bin Osman: Yang Berhormat, boleh mohon laluan? Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Saya bersetuju sangat mana-mana NGO, mana-mana orang tidak boleh membangkit perkara yang sensitif. Akan tetapi dalam Dewan yang mulia ini, saya berharap Yang Berhormat juga memberi ingatan kepada NGOs lain seperti Dong Zong contohnya, yang membangkitkan banyak sangat soal hak keistimewaan kita ini.

Jadi tidak fair kalau kita bercakap satu NGO sahaja, NGO lain pun begitu juga. Jadi kita tegur semua. Mana yang bangkitkan perkara sensitif, tidak boleh. Nanti kita bergaduh sesama kaum, tidak elok. Jadi kita tegur semua NGO yang terlalu ekstrem terhadap bangsa masing-masing-masing - baik Melayu, Cina atau India. Do not talk about others’ privileges, please. Thank you.

Dato' Daljit Singh Dalliwal: Terima kasih Yang Berhormat, saya setuju. Everybody should follow the guidelines of the Constitution of the country.

Tuan Yang di-Pertua, setiap hari kita membaca dalam surat khabar mengenai kes dera kanak-kanak atau bayi dibuang. Walaupun baby hatch yang diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah satu titik permulaan, apa yang perlu dan akan merupakan satu yang lebih berkesan ialah pengawasan semua golongan masyarakat sendiri. Bukan sahaja untuk mengatasi kes-kes jenayah seperti itu, kita perlu ada satu mekanisme untuk menggantikan masalah kemerosotan moral. Saya mencadangkan agar mata pelajaran Sivik diperkenalkan di peringkat sekolah dengan lebih komprehensif, lagi menanam semangat yang menghayati rukun negara sambil mewujudkan tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya Skim Rukun Tetangga yang telah diperkenalkan pada tahun 1975 oleh Perdana Menteri yang kedua di revised. Skim Rukun Tetangga bukan sahaja merupakan sesuatu yang menumpukan perpaduan rakyat tetapi ia adalah neighborhood watch dan merupakan the eyes and ears of the community. Dengan adanya rukun tetangga, crime rate juga dapat dikurangkan termasuk kes-kes pembuangan bayi, pecah rumah dan gejala sosial yang tidak sihat.

Saya juga mencadangkan agar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat memainkan peranan dan memperkasakan semangat kejiranan di semua kawasan perumahan, agar kita sama-sama dapat menikmati keamanan dan kemakmuran. Banyak jenayah harta-benda berlaku di kawasan perumahan. Dengan adanya persatuan-persatuan penduduk dan rumah tangga, kita dapat merangka dan menganalisis masalah-masalah tempatan yang wujud - dikenal pasti sambil merangka jalan penyelesaian komprehensif. Jika langkah-langkah ini dapat diperarkibkan, saya percaya pada masa akan datang kita tidak perlu lagi risau keselamatan kawasan penempatan masyarakat kita.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengakhiri ucapan saya tetapi saya ingin menyambung lagi dua pages. Ingin saya bercadang – memandangkan kerajaan untuk

DN.26.7.2010 51

melihat terus urusan pembuangan sisa pepejal di tiga zon iaitu utara, tengah dan selatan bagi mengekalkan kebersihan persekitaran kawasan-kawasan rumah... Berapa lori-lori yang diperlukan bagi sesuatu zon, terutamanya zon tengah?

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu saya utarakan ialah tentang perkhidmatan awam. Bas-bas yang digunakan oleh syarikat-syarikat bas banyak menyumbang kepada pencemaran udara. Kita dapat melihat bahawa bas-bas pengangkutan awam, terutamanya kawasan-kawasan bandar mengeluarkan asap yang begitu tebal hingga boleh menyebabkan penglihatan yang terhad. Satu pencemaran udara yang amat ketara.

Isu keselamatan pintu masuk negara. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh sedikit berhubung dengan pintu masuk negara kita, khasnya di Skypark Terminal. Kita sedia maklum bahawa satu ketika dahulu, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini dikenali sebagai Skypark Terminal menjadi pintu masuk utama negara kita sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya difahamkan dan mendapati banyak pintu digunakan - sehingga telah lebih daripada lima untuk urusan keluar masuk di Skypark Terminal ini dan kebanyakan daripada pintu-pintu ini tidak diguna pakai dengan sempurna. Kini lapangan digunakan untuk kemudahan private jet atau penerbangan sendirian dan komersial. Dengan adanya kemudahan sedemikian, kita dapat lihat ramai penumpang yang menggunakan perkhidmatan yang ada tidak masuk menerusi pintu-pintu yang disediakan. Sehinggakan kereta-kereta awam dibenarkan masuk untuk mengambil VIPs ini dari tarmac Skypark Terminal dan urusan imigresen dilakukan oleh ejen-ejen mereka.

Persoalannya adalah, di manakah terletaknya pengawalan kemasukan orang-orang asing dan rakyat Malaysia melalui Skypark Terminal kita? Saya mencadangkan agar semua pintu-pintu kemudahan imigresen ini ditutup, dan hanya satu atau dua pintu dibuka untuk urusan keluar masuk di negara kita. Dengan adanya control ini, kita dapat memperkemaskan senarai orang yang keluar masuk negara sambil mewujudkan transparency, agar kita tidak dapat disalahkan dengan menerima masuk orang-orang yang diklasifikasikan sebagai bahaya. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya pohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan, Yang Berhormat Hajah Fatimah binti Hamat.

3.37 ptg.

Hajah Fatimah binti Hamat: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, di atas memberi ruang dan peluang untuk saya turut sama membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Rancangan Malaysia Kesepuluh ini yang merangkumi bagi tempoh tahun 2011 hingga tahun 2015, adalah penting sebagai landasan bagi merealisasikan matlamat Wawasan 2020, untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi. Dalam hubungan ini, saya menyanjung tinggi iltizam kerajaan bagi menjayakan Program Transformasi Kerajaan demi untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Dalam RMKe-10 ini, kerajaan diharapkan dapat terus memainkan peranan menyokong ekonomi negara menerusi sejumlah besar perbelanjaan disalurkan kepada sektor pendidikan, pengangkutan, pertanian dan pembangunan luar bandar. Penyusunan semula struktur ekonomi menerusi pengenalan Model Baru Ekonomi dalam RMKe-10 akan menjadi sandaran kemapanan dan arah tuju ekonomi pada masa akan datang. Tahniah kepada kerajaan kerana RMKe-10 telah dirangka begitu teliti oleh kerajaan. Saya yakin dan percaya kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, boleh mengekalkan pertumbuhan purata 7 peratus setahun untuk mencapai sasaran menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menyentuh tentang pelajaran, iaitu pendidikan untuk semua. Dalam RMKe-10, kerajaan memperkenalkan teras strategik

52 DN.26.7.2010

keempat iaitu, pembangunan dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia dengan peningkatan kualiti pelajar.

■1540

Negara kita sememangnya amat bertuah kerana memberikan penekanan terhadap aspek pendidikan termasuk pendidikan asas prasekolah kepada setiap warga negara tanpa mengira race dan latar belakang. Jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, kedudukan Malaysia jauh ke hadapan walaupun kita juga berhadapan dengan masalah demografi disebabkan keluasan negara seperti kawasan pedalaman dan orang asli serta isu kanak-kanak pendatang seperti di negeri Sabah.

Sehubungan itu saya ingin menyentuh tentang pendidikan untuk semua atau education for all dengan izin sebagai dasar bagi memastikan semua individu mendapat pendidikan. Walaupun pertubuhan pendidikan saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun UNESCO telah memperakui bidang pendidikan di Malaysia melepasi taraf pendidikan untuk semua yang meliputi enam teras utama iaitu memperluaskan prasekolah, menyediakan pendidikan sempurna untuk sekolah kebangsaan dan promosi pembudayaan pendidikan untuk kemahiran hidup, meningkatkan tahap literasi golongan dewasa ke paras 50 peratus, menyamaratakan jantina dan memajukan kualiti pendidikan menjelang 2015. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan.

Pertama, di samping isu demografi seperti yang saya sebutkan tadi, apakah masalah dan cabaran lain yang dihadapi oleh kerajaan untuk mencapai sasaran education for all dengan izin 2015 dan setakat manakah semua syarat berkenaan sudah dicapai seperti yang ditetapkan oleh UNESCO.

Kedua, apakah usaha-usaha yang telah, sedang dan akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi merapatkan lagi jurang digital dalam bidang pendidikan antara murid dalam bandar dan luar bandar terutama dari segi infrastruktur dan peralatan kemudahan asas dalam aspek pengajaran? Ini kerana sebagaimana kita sedia maklum, usaha untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan pendidikan, antara luar bandar dan bandar telah menjadi agenda tetap kementerian sejak RMKe-3 lagi iaitu tahun 1976 hingga 1980 lagi.

Ketiga, tentang kadar penyertaan atau participation murid-murid di peringkat sekolah rendah di negara ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk memastikan peratusan yang kecil yang tidak memasuki sekolah mendapat pendidikan formal dan tidak tercicir dari sistem pra sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua dari segi pelajaran ialah Pendidikan Agama Islam dan j-QAF di sekolah. Pada RMKe-10, kerajaan mencadangkan untuk mempertimbangkan kepada lepasan Sijil Menengah Agam dan Sijil Tinggi Agama, kelolaan Jabatan Agama Islam dan Majlis Agam Islam Negeri-negeri yang telah memiliki SPM untuk menjadikan guru program pendidikan agama Islam dan j-QAF.

Program Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) yang telah dimulakan enam tahun yang lalu akan memasuki fasa kedua tahun hadapan. Apakah pelajar yang berada di dalam tahun enam sekarang akan memasuki tingkatan satu tahun hadapan? Saya ingin mendapatkan penjelasan Kementerian Pelajaran sama ada Program j-QAF akan diperkenalkan di peringkat sekolah menegah. Sekiranya tidak, mengapa? Saya ingin mencadangkan agar Program j-QAF ini diteruskan di peringkat menengah bagi memperkukuhkan pendidikan jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain.

Satu lagi masalah dalam program j-QAF tentang kekurangan guru j-QAF yang berjumlah lebih 1,700 orang yang diperlukan di seluruh negara. Saya ingin mendapatkan penjelasan kementerian bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah ini dan apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan kelancaran program j-QAF ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu hal lagi iaitu tentang Sekolah Berprestasi Tinggi. Berhubung dengan pendidikan, ingin juga saya menyentuh tentang inisiatif Kementerian Pelajaran memberikan pengiktirafan kepada sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebagai usaha melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan negara khususnya sebagai anjakan

DN.26.7.2010 53

baru dalam memperkasakan proses pengajaran dan pembelajaran selain meningkatkan aktiviti kokurikulum dan usaha membentuk sahsiah cemerlang di kalangan generasi muda.

Tahniah kepada Kementerian Pelajaran yang telah pun mengumumkan 20 buah sekolah SBT pada 26 Januari 2010 yang lalu, iaitu sepuluh buah sekolah berasrama penuh, empat buah sekolah menengah harian, enam buah sekolah rendah. Sebagai bidang keberhasilan utama negara ataupun NKRA dalam pendidikan, kerajaan menyasarkan seratus buah Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2012. Tempohnya sudah hampir tiba hanya dua tahun lagi.

Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, apakah perancangan kerajaan dan tindakan kementerian untuk mencapai matlamat ini khususnya dalam RMKe-10. Adakah kerajaan memberikan perhatian dan keutamaan kepada sekolah-sekolah di luar bandar? Bolehkah kerajaan menyatakan bilangan sekolah mengikut negeri yang disasarkan untuk menjadi SBT menjelang 2012 dan apakah prestasi sekolah-sekolah ini pada masa kini?

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pendidikan ini,saya amat bersetuju dengan sasaran Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran bahawa pemimpin pendidikan perlu berani mengurus perubahan dan berusaha menjana modal insan yang mampu bersaing pada persada global. Adakah benar bahawa keengganan dan ketakutan pemimpin atau pendidik untuk menonggak arus perubahan mengakibatkan sistem pendidikan bersifat statik? Saya ingin mendapatkan penjelasan kerajaan sejauh manakah keberkesanan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan dalam melahirkan pemimpin pendidikan yang efektif dan berprestasi tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pendidikan ini, juga saya ingin mendapatkan penjelasan, adakah kerajaan bercadang mengadakan perbincangan bersama antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mengenai kurikulum yang sesuai untuk semua peringkat pendidikan dengan mengambil kira proses pembangunan insan secara holistik. Saya ingin mencadangkan agar perbincangan ini diadakan segera bagi mewujudkan kesinambungan antara kurikulum sekolah hingga ke universiti yang perlu diberikan perhatian serius dalam transformasi sistem pendidikan negara.

■1550

Kurikulum sekolah dan universiti perlu ada kesinambungan supaya tiada insiden menuding jari sesetengah pihak yang mempersoalkan dasar pembelajaran.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah tentang wanita iaitu bagi isteri yang bekerja. Masa telah berubah, peranan wanita bukan lagi di ceruk dapur sahaja tetapi juga semakin penting kepada keluarga dari segi menjaga dan mendidik anak termasuklah dari segi ekonomi keluarga. Bilangan wanita yang bekerja telah meningkat dari 3,791 orang atau 36 peratus dalam tahun 2007 kepada lebih 45 peratus dalam tahun 2009.

Antara isu masa kini ialah ramai di kalangan wanita yang bekerja sedangkan ada suami yang goyang kaki, tidak bekerja. Segala tanggungjawab kewangan diletak di bahu isteri.

Walaupun pelepasan cukai telah diberikan semenjak tahun 2001, namun masih ramai wanita bekerja yang menanggung suami tidak bekerja, masih tidak mendapat pelepasan cukai. Mungkin ada kelemahan dalam sistem e-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri atau kurang penerangan tentang adanya pelepasan ini. Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar sistem e-Filing ini dibuat penambahbaikan. Saya ingin mencadangkan agar kerajaan menimbang untuk kebaikan pelepasan cukai atau pelepasan individu atau tanggungan kepada wanita yang bekerja, manakala suami pula tidak bekerja. Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan sama ada mempunyai mekanisme kewangan lain yang boleh diperkenalkan kerajaan bagi membantu beban isteri yang bekerja, sedangkan suami tidak bekerja, termasuk OKU.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang kedua tentang wanita ialah tentang pusat jagaan kanak-kanak. Perkara yang besar sekarang, yang timbul ialah apabila wanita bekerja, masalah yang dihadapi ialah dari segi penjagaan anak semasa bekerja. Wanita kini

54 DN.26.7.2010

berpendidikan, berkebolehan dan mempunyai sudut pandangan lebih menyeluruh untuk pembangunan negara. Walaupun bilangan wanita bekerja telah meningkat, malah lebih 45 peratus penduduk yang bekerja adalah wanita, namun walaupun berpendidikan tetapi ramai wanita tidak bekerja atau terpaksa berhenti kerja. Antara sebabnya kerana kesukaran untuk menjaga anak.

Saya ingin mendapat penjelasan kerajaan, sejauh manakah sambutan majikan dalam sektor awam dan swasta untuk mewujudkan pusat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja bagi membantu wanita mengatasi masalah penjagaan anak-anak. Adakah kerajaan bercadang memperkenalkan dasar dan polisi untuk lebih tegas, termasuk mewajibkan majikan mengadakan pusat jagaan kanak-kanak memandangkan pada masa ini majikan diberi pilihan sahaja sama ada untuk mewujudkan ataupun tidak, di tempat kerja masing-masing. Adakah kerajaan bercadang memberi geran ataupun pelepasan cukai kepada majikan yang menyediakan pusat jagaan kanak-kanak ini, khususnya dalam RMKe-10 ini.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ketiga dari segi perkhidmatan awam iaitu pembangunan modal insan dalam sektor awam. Saya ingin menyentuh tentang perkhidmatan awam yang kini dianggotai lebih 1.2 juta kakitangan, tidak terkecuali daripada perlu melakukan transformasi segera sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan dalam RMKe-10 ini. Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, berapa lama lagi? Panjangkah lagi?

Puan Hajah Fatimah binti Hamat: Ada sedikit lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ha! Ada sedikit lagi.

Puan Hajah Fatimah binti Hamat: Penjawat awam seharusnya memahami dan menghayati empat tiang utama negara iaitu:

(i) Gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan;

(ii) Program Transformasi Kerajaan;

(iii) Model Ekonomi Baru; dan kini

(iv) Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Manakala empat nilai asas pelengkap ialah:

(i) membudayakan kreativiti dan inovasi;

(ii) mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan;

(iii) nilai untuk wang; dan

(iv) nilai integriti.

Dalam hubungan ini, sektor awam adalah sebagai nadi dan jentera kerajaan bagi memacu ke arah pentadbiran yang dinamik, cekap dan memenuhi aspirasi negara. Bagi meningkatkan kualiti modal insan di kalangan penjawat awam, saya ingin mencadangkan kerajaan:

(i) menyediakan kemudahan bagi penjawat awam ini melanjutkan pelajaran sama ada secara sepenuh masa, bergaji penuh, sambilan atau luar kampus;

(ii) penjawat awam diberi latihan yang relevan dengan tugas masing-masing. Dalam hubungan ini saya menyeru dan menyarankan agar Institut Tadbir Awam Negara ataupun INTAN diperkasakan lagi; dan

(iii) dalam usaha untuk mewujudkan institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia, adalah wajar Jabatan Perkhidmatan Awam mengemas kini pengurusan sumber manusia negara dan pembangunan kerjaya, khususnya... sendiri.

DN.26.7.2010 55

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, boleh gulung, Yang Berhormat.

Puan Hajah Fatimah binti Hamat: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya berundur, saya ingin menyentuh tentang Lebuh Raya Pantai Timur ataupun LPT kerana saya adalah dari Pantai Timur. Antara projek utama yang dilaksanakan ialah Projek Lebuh Raya Pantai Timur fasa 2 yang sedang dilaksanakan iaitu dari Jabor, Pahang ke Kampung Gemuroh, Terengganu yang merupakan sambungan Projek Lebuh Raya Pantai Timur fasa 1 dari Karak ke Kuantan yang dibuka kepada orang ramai mulai 2004.

Projek LPT2 yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos RM3.7 bilion, dari segi sektor fizikal, projek ini terlewat 11.7 peratus iaitu sepatutnya kemajuan sekarang 82.1 peratus tetapi kemajuan ini hanya 70.4 peratus. Bagi saya, kelewatan ini amat mengecewakan. Tambahan pula, 16 pakej tidak termasuk satu pakej yang ditawarkan secara runding cara dengan MTD iaitu 6 pakej telah ditamatkan walaupun dengan persetujuan bersama.

Saya masih belum berpuas hati dengan penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri pada 22 Julai yang lalu di dalam Dewan yang mulia ini. Berhubung dengan isu yang saya bangkitkan iaitu mengapakah Jabatan Kerja Raya tidak mengambil tindakan yang lebih positif, lebih segera apabila menyedari ketidakmampuan kontraktor untuk meneruskan projek kerana kenaikan harga barang binaan yang mendadak pada akhir tahun 2006 hingga 2008. Tidakkah JKR yang dibenarkan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, cukup, Yang Berhormat.

Puan Hajah Fatimah binti Hamat: Dua minit lagi dipohonkan. Kementerian Kerja Raya memantau projek ini dengan lebih berkesan lagi, kerana projek ini sepatutnya dapat disiapkan pada Disember 2011 lagi.

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang dan ruang kepada saya. Saya yakin dan percaya kepimpinan yang ikhlas di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang kita kasihi, akan dapat dilaksanakan semua perancangan dengan jayanya, dengan semangat ‘1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’ Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

■1600

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang ini ada satu usul yang kita hendak kemukakan kepada Dewan yang mulia ini. Saya persilakan seorang Menteri.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahaskan Usul Rancangan Malaysia Kesepuluh. Selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Selasa, 27 Julai 2010.”

Terima kasih.

56 DN.26.7.2010

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan

Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Tuan Yang di-Pertua: Seterusnya, kita teruskan perbahasan kita dengan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Paul Kong Sing Chu.

4.01 ptg.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Selamat petang, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan ruang untuk saya berbahas di dalam Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang diterangkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh atau RMKe-10 telah menetapkan matlamat di mana dalam jangka masa sederhana dan panjang tumpuan kemajuan negara adalah untuk beralih kepada ekonomi, nilai ditambah tinggi dan negara berpendapatan tinggi.

Sejurus dengan itu, maka dicadangkan dalam RMKe-10, bahawa sektor ekonomi perlu ditransformasi untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih baik bagi menghadapi cabaran baru di samping merebut peluang di peringkat global.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah matlamat ini salah satu objektif terkhusus adalah untuk mencapai pertumbuhan 6 peratus setahun dalam tempoh RMKe-10 yang disokong oleh permintaan dalam negeri terutamanya daripada pelaburan swasta yang lebih dinamik. Soalannya, bagaimanakah kita akan dapat mencapai status sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tuan Yang di-Pertua, saya perlu menekankan bahawa usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan telah memperoleh pencapaian yang membanggakan selama ini. Kadar kemiskinan Malaysia telah berkurang dari 49.3 peratus pada tahun 1970 sehinggalah 4.1 peratus pada tahun 2009. Walau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua cabaran utama kita pada hari ini bukanlah mengurangkan kemiskinan tetapi bagaimanakah kita dapat melonjak dari negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi. Fokus kita dalam usaha ini seharusnya ditumpukan kepada 40 peratus keluarga yang berpendapatan kurang dari RM2,300 sebulan.

Tuan Yang di-Pertua, saya cuba memberi satu contoh. RMKe-10 memaklumkan bahawa PNK per kapita dijangka meningkat kepada RM38,850 pada tahun 2015 selaras dengan sasaran untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Akan tetapi, masalah ialah umumnya banyak pendapatan bulanan bagi graduan-graduan kelulusan universiti tempatan kini adalah lebih kurang RM1,200 sahaja.

Selain itu, saya juga difahamkan bahawa terdapat banyak syarikat tempatan yang sanggup menawarkan gaji sebanyak RM3,000 untuk mengupah graduan-graduan dari universiti luar negara. Apakah sebabnya jurang gaji antara graduan tempatan dan graduan luar negara jauh berbeza?

Tuan Yang di-Pertua, menurut statistik yang dikemukakan oleh Bank Dunia, PNK per kapita Malaysia mencatatkan kedudukan ke-89 antara negara-negara lain sedunia. Kedudukan ini adalah lebih rendah daripada negara-negara Afrika seperti Gabon, dan Seychelles, negara-negara bekas komunis yang baru sahaja membuka pasaran mereka dalam lebih kurang 15 tahun yang lalu seperti Estonia dan Czechoslovakia. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu perkara yang amat menyedihkan dan memalukan. Kerajaan perlu mengenal pasti dengan jelas dan fokus apakah kaedah dan pendekatan yang digunakan

DN.26.7.2010 57

untuk mencapai matlamat tersebut. Ini kerana, jika tidak Malaysia akan menjadi salah sebuah negara yang miskin dan kekal di peringkat antarabangsa.

Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan agar kerajaan menetapkan satu kadar minimum gaji permulaan. Katakanlah RM3,000 sebulan bagi graduan-graduan yang baru sahaja keluar daripada universiti-universiti tempatan. Kerajaan juga boleh mendirikan satu ‘dewan’ gaji minimum bagi menetapkan pendapatan minimum untuk semua sektor, ekonomi dalam negara dengan meningkatkan pendapatan pekerja-pekerja tempatan dan pada masa yang sama menambahbaikkan kemahiran mereka. Maka, dapatlah kita menggubal keadaan di mana kita terlalu bergantung kepada pekerja-pekerja asing.

Tuan Yang di-Pertua, menurut statistik rasmi yang diumumkan oleh kerajaan, jumlah pekerja asing di negara kita adalah seramai 1.9 juta.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, point itu sudah ada tadi. You go to the next point. Tadi sudah banyak cakap berkenaan orang datang. You go to the next point. Berkenaan orang datang itu sudah banyak disebut tadi. You go to the next point to make this faster.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini Malaysia telah menubuhkan 20 universiti awam dan 26 universiti swasta serta 400 institusi latihan kemahiran awam dan 584 institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam negara telah mengeluarkan lebih daripada 180,000 siswazah.

Daripada jumlah ini, lebih daripada 81,000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan swasta. Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120,000 pelatih pada tahun 2009. Seramai 30,000 pelatih adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta.

Tuan Yang di-Pertua, menurut maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan graduan universiti meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 2008, Malaysia sudah mempunyai graduan universiti sebanyak 420,000 orang dari IPTA.

■1610

Angka ini tidak merangkumi pelajar-pelajar yang lulus dari IPTS. Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya tidak kekurangan modal insan berpendidikan tinggi dari segi kuantiti tetapi masalahnya adalah kualiti. Institusi-institusi pengajian tinggi seharusnya menghasilkan graduan-graduan yang berkualiti tinggi serta yang memenuhi permintaan pasaran.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mencapai matlamat Wawasan 2020 dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi seperti mana yang dirumuskan dalam RMKe-10, modal insan merupakan aset kita yang terpenting. Dengan itu kerajaan harus menggubal dasar-dasar dengan berasaskan kepada faktor keperluan.

Tuan Yang di-Pertua, prinsip ini juga sepatutnya menjadi tunggak semangat model ekonomi baru yang diumumkan oleh kerajaan. Model ekonomi baru sedia untuk mengurangkan subsidi, membina rangkaian kebajikan yang lebih luas yang mampu merangkumi lebih ramai orang, memperbaiki kemahiran pekerja-pekerja tempatan, meninjau semula dasar affirmative yang telah dilaksanakan selama berpuluh-puluh tahun serta mengenal pasti golongan miskin dan mencari jalan untuk membantu mereka.

Tuan Yang di-Pertua, RMKe-10 juga menyatakan bahawa kerajaan bermatlamat untuk membangunkan dan mengekalkan modal insan yang bertaraf dunia. Kita dimaklumkan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, agaknya itu sudah ada dalam RMKe-10. Kita hendak dengar Yang Berhormat punya point-point yang hendak disampaikan untuk sama-sama kita menghayati. Silakan. Ambil point lain.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Kalau macam itu, sudah mahu disambung.

58 DN.26.7.2010

Tuan Yang di-Pertua: [Ketawa] Okey, Yang Berhormat I think you try to go masuk

yang lain dan kita hendak dengar. Kalau yang disebut sudah ada dalam RMKe-10, rancangan kerajaan dan sebagainya, tidak payah sebutlah dan you ulas apa yang difikirkan baik atau tidak baik. Kalau tidak apa cadangan Yang Berhormat.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Cuma sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua. Saya sudah hendak habis.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, teruskan. Saya bagi dalam tiga minit lagi.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Okey, Kita dimaklumkan juga bahawa kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu dalam usaha untuk mencapai matlamat ini. Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kualiti dan sistem penilaian dalam sistem pendidikan kita juga seharusnya ditinjau semula untuk memastikan sistem tersebut mampu menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti tinggi dan mampu bersaing. Saya mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu ujian pra universiti yang cukup unggul untuk mengenal pasti pelajar-pelajar berkualiti tinggi dapat masuk ke universiti-universiti tempatan yang terbilang.

Tuan Yang di-Pertua, ujian pra universiti yang saya maksudkan khasnya ditujukan kepada pelajar-pelajar SPM. Seperti yang kita sedia maklum bahawa pelajar yang mempunyai kelulusan STPM mempunyai kelayakan yang cukup untuk masuk ke universiti tempatan mahupun universiti luar negara tetapi bagaimana dengan kualiti pelajar kelulusan SPM. Keadaannya berlainan dan oleh itu saya mencadangkan supaya pelajar kelulusan SPM diwajibkan untuk menduduki satu ujian pra universiti yang sekurang-kurangnya setaraf dengan STPM sebelum mereka memohon ke mana-mana universiti.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu meningkatkan mutu akademik kita supaya selaras dengan peringkat antarabangsa. Kualiti perlu diutamakan dan bukannya kuantiti. Tuan Yang di-Pertua, selain itu saya mencadangkan supaya biasiswa JPA ditawarkan kepada pelajar-pelajar STPM dan bukannya diberikan kepada pelajar-pelajar SPM seperti yang diamalkan sekarang. Ini adalah kerana jumlah pelajar SPM adalah terlalu ramai dan kebanyakan daripada mereka masih terlalu muda dan tidak cukup matang dari segi pemikiran mahupun sikap.

Tuan Yang di-Pertua, pada 10 Julai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mengumumkan bahawa biasiswa JPA akan diberikan kepada semua pelajar SPM yang berjaya mendapat 9A+ tanpa mengira kaum. Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri bagi pihak pelajar-pelajar SPM yang mendapat biasiswa berkenaan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat sila gulung.

Datuk Paul Kong Sing Chu: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan perlu menawarkan biasiswa kepada semua pelajar cemerlang sahaja tanpa mengambil kira kaum untuk mengharungi masalah penghijrahan pakar-pakar tempatan ke luar negara. Sekian terima kasih. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita baru sahaja tadi menambah masa bermakna kita hendak beri peluang kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat berucap. Di samping itu saya hendak menasihatkan kalau boleh bercakap dengan penuh ada inti pati yang tepat, tegas dan kalau separuh itu agaknya boleh. Banyak point sudah dibincangkan, cakap mana yang belum bincang kata kita teruskan. Kalau ada yang perlu juga ada sesetengah tadi, saya benarkan.

Jangan risau, malam ini sampai tengah malam pun saya bersedia tetapi dengan syaratnya elok agaknya bersedia, beri hujah-hujah yang lebih bernas dapat sama-sama menghayati. Tanpa membuang masa saya persilakan Dato’ Kamarudin Ambok menyampaikan, dipersilakan.

4.17 ptg.

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok: Bismillaahir Rahmaanir Rahim. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua memberi saya peluang untuk sama-sama membahaskan ucapan RMKe-10 oleh

DN.26.7.2010 59

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 10 Jun 2010 dan Yang Berhormat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop pada 20 Julai 2010.

Tuan Yang di-Pertua, saya pragmatik kejayaan RMKe-10 ini boleh berjaya jika sekiranya mendapat kerjasama daripada kalangan lapisan rakyat dan golongan pentadbir kerajaan kerana golongan ini adalah 97 peratus yang mentadbir kerajaan. Orang politik hanya ada lebih kurang 3 peratus sahaja dan 97 peratus ini kekal.

Jadi kita telah pun sampai ke lebih daripada 50 tahun. Saya sudah enam tahun duduk dalam Dewan ini. Rata-rata saya mendengar ucapan daripada komponen parti, MCA, Gerakan, MIC. Asyik-asyik cerita yang sama sahaja, kalau soalannya minta peruntukan extra untuk sekolah, orang India minta estet. Jadi, kita hendak capai Wawasan 2020. Selepas itu ada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat mengambil kesempatan semasa live telecast soal jawab lisan untuk menjadi hero kaum masing-masing. Selepas itu jumpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri cium tangan, belakang cakap lain.

Jadi kita hendak berjaya. Saya hari ini hendak beritahulah bahawa penduduk Melayu bumiputera di Malaysia ini 67 peratus statistik yang sampai April, orang Cina 25 peratus, orang India 6 peratus dan lain-lain 1 peratus. Saya dengar orang India minta ‘Little India’ tetapi Menteri cakap dia boleh bagi semua kaum untuk berniaga dekat situ. Apa perlu ada ‘Little India’?

■1620

Kenapa tidak 1Malaysia, trend sekarang 1Malaysia, hospital 1Malaysia, restoran 1Malaysia. Kita sedar kita ini Yang Berhormat, back door listing. Kita dilantik atas ihsan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, bukan? Jadi bercakaplah perkara – saya pujilah. Anyway saya tahniah kepada semua Ahli Dewan Negara, tidak ada macam Dewan sanalah. [Tepuk] Asyik bertikam lidah itu... [Tepuk] Selama 30 minit digunakan live telecast ini, apakah wajar untuk diteruskan.

Mengarut-ngarut cakap. Malulah hendak buka, bukan? Saya tidak tahulah. Akan tetapi alhamdulillah, Dewan Negara penuh berhemah. Rakan-rakan saya dekat situ pun sangat baik. Good night working. Bukan? Syed Husin pun nampak sudah cantik. [Ketawa] [Tepuk] Dia pun sentuh pun sudah pandai sudah.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Betul!

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok: Dia puji selepas itu beliau telan sikit. Tidak apalah. Kita terima. Orang Melayu, tuan-tuan, Yang Berhormat sekalian. Nama sahaja Jalan Tunku Abdul Rahman, daripada Chow Kit pergi tengok kiri kanan itu, bukan?

Mana ada satu orang Melayu berniaga di situ. Kalau ada pun lepas coliseum itu, lorong kecil panas hendak mampus. Jual tudung, jual kain pelekat. Klon dia di semua rumah kedai, di satu Malaysia. Itulah fashion dia berniaga. Apa yang ada di dalam Jalan Tunku Abdul Rahman itu, itulah fashion ada semua. Kita orang Melayu memang menyokong. Tidak ada masalah perpaduan. Saya ingat lagi saya masa muda dahulu ikut Pak saya, masa muda awal 80-an.

Dato’ Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed: Sekarang sudah tua?

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok: Sekarang sudah tua sikitlah... [Ketawa] Tengok bola. Tengok bola. Kita sama-sama sorak. Soh Chin Aun!!

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Santokh Singh.

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok: Santokh Singh! David Arumugam!... [Disampuk] Bukan?

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok: David Arumugam yang itu ya?... [Menunjukkan rambut David Arumugam] [Ketawa] R. Arumugam. Mokhtar Dahari!! Perpaduan dalam sukan. Cukup baik.

60 DN.26.7.2010

Seorang Ahli: 1Malaysia.

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok: Lupakanlah asal usul kita. Little India tidakkan hilangnya India. Ini negara kita, kita berada. Apa lagi hendak nama-nama ini. Selepas ini Singh pula mana? Singh hilang... [Ketawa] Beliau pula hendak Little Singh. Tidak bolehlah. Cukuplah.

Tuan Yang di-Pertua, saya kesian nasib orang Melayu. Orang Melayu ini memang baiklah. Sekarang ini mamak pun jadi Melayu, Jawa tidak apalah, bukan? Pakistan pun jadi Melayu. Semua boleh masuk UMNO, bukan?

Tuan Yang di-Pertua, kita sudah harmoni. Saya tengok kepada kaum Cinalah yang menerokai perniagaan dalam Malaysia ini. Ekonomi memang dia control habislah, 100 peratus, almost 100 percent. No, 97 peratus. Secara langsung tidak secara langsung dua, tiga hari lepas jawapan daripada Menteri-menteri.

Pertama mengenai pelancongan Kementerian Pelancongan. Menyatakan begitu banyak sekali duit dicurahkan untuk marketing, pemasaran. Saya hendak tanyalah daripada 24 juta pelancong yang datang ke Malaysia ini berapa jatuh ke tangan orang Melayu? Hotelnya, ground handling nya dan sebagainya. Tidak ada, kita pun tidak kisah.

Akan tetapi janganlah hal biasiswa ‘seciput’ itu hendak dipersoal-soalkan... [Tepuk] Janganlah hendak main isu ini, bukan? Cukuplah. Saya rasa kalau kita hendak melihat negara ini maju tahun 2020 kita sama-sama berjuang. Saya minta kita tahu kita seisi rumah ini bukan, membeli barang-barang dapur keperluan harian. Kita katalah RM1,000 sehari. Ada kata sembilan juta rakyat yang – daripada 28 juta itu sembilan juta orang membeli untuk isi rumah. Berapa jumlah ia? Iaitu RM90 bilion satu bulan.

Tanya diri kita, kita beli di kedai siapa? Kedai siapa kita beli. Sekarang hypermarket ini tumbuh macam cendawan, macam ada masjid. Di mana-mana. Dalam hypermarket ini berniaga daripada beranak sampai meninggal dunia. Cuma dia tidak jual keranda sahaja.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Ambok: Lain semua dia jual. Bukan? Jadi saya mintalah kepada kementerian berkenaan untuk control lah. Tidak jahanam kedai-kedai runcit biasa ini semua, sudah lingkup dek kerana hypermarket ini. Saya juga kesian kepada kedai-kedai runcit orang Cina ini, pun lingkup juga. Orang Melayu memang tidak minat kedai runcit. Sebelum dia hendak apa pun harga mahal sikit. Akan tetapi orang tidak bayar hutang. Jadi semua, banyak lingkup.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh UDA hendak bina ditapak, ditapak penjara. Saya hendak pihak UDA jangan buat macam Pertama Kompleks. Bubuh orang Melayu semua sumbat dekat belakang. Dekat depan itu boleh jual hand phone, boleh jual apa. Akan tetapi dekat belakang itu tidak ada. Selepas itu MARA pun hendak kena fikirlah. Ini buat supermarket, buat shopping mall konon-kononnya dekat atas itu tingkat dua. Shopping Mall.

Bangunan ia macam – minta maaflah macam Hindu punya bangunan. Akan tetapi tidak ada gambaran pelancong hendak datang pun tengok tidak ada. Pinjam duit loan MARA. Ambil tanah ibu mertua apa semua ini gadai kepada MARA. Setahun lingkup, sebab orang tidak datang. Takkan tidak ada orang MARA untuk fikir untuk join kan. Pertama Kompleks pun UDA punya. Join tingkat dua, bukan? Biarkan limpahan daripada Pertama Kompleks itu sampai kepada bangunan MARA. Saya minta Bandaraya pun kalau MARA minta luluslah cepat. Jangan melengah-lengahkan.

Tuan Yang di-Pertua, kedai-kedai electrical. Di sini saya hendak menyentuh tentang terdapat pemborongan dan peruncitan ini. Saya hendak cadangkan kedai-kedai seperti tayar supaya kaum-kaum Cina yang berjaya di kedai tayar ini untuk berilah, bekerjasamalah dengan mana-mana ministry untuk buat francais. Untuk bagi jugalah peluang kepada orang-orang Melayu atau India untuk membuka kedai tayar.

Apabila ada hari perayaan kaum Cina dua minggu kita hendak cari kedai tayar pun tidak ada. Saya minta selain daripada kita membantu, kerajaan membantu orang-orang

DN.26.7.2010 61

kaum Cina dan kaum Cina haruslah juga membantu orang Melayu untuk sama-sama kita berniaga.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh mengenai dengan – baru-baru ini taklimat daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Mengenai teknologi hijau. Terdapat geran sebanyak RM1.5 bilion. Perniagaan ini saya hendak tahulah geran ini diberi atau tidak payah bayar. Siapa yang hendak beri ini? Saya minta supaya kalaulah perniagaan ini hendak dibuat, kilang-kilang semua teknologi baru ini bukan lagi kita minta 30 peratus. Kita hendak minta 50 peratus.

Supaya geran ini diberi supaya kerjasama. Saya minta dengan kementerian ini jangan RM1.5 bilion ini diberi satu kaum sahaja. Saya tahu orang Melayu memang tidak hendak berniaga ini. Ajaklah sama-sama berniaga dalam bidang yang baru ini.

Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini MITI ada buat produk halal. Match matching. Semua daripada luar. Saya pun kebetulan ada di situ. Saya tahu peniaga-peniaga Cina ini menggunakan dan orang kerajaan ini semua orang Melayu hendak match kan ini semua. Akan tetapi malangnya orang Melayu tidak ada. Ini barang makanan Islam.

Saya boleh kata hari ini 85 peratus orang-orang Cina datang ke MAHA. Tidak ada orang Melayu. Produk halal ini sahaja bukan sahaja makanan, ia terlibat dengan perkara-perkara barang-barang kulit, beg tangan, bedak dan sebagainya. Begitu ramai daripada luar negara datang akan tetapi orang Melayu tidak ambil kesempatan. Saya mintalah pihak kerajaan membuat promosi lebih sedikitlah supaya melibatkan orang-orang Melayu.

Tuan Yang di-Pertua, saya dalam kesempatan ini ingin bercakap. Saya kena cakap kerana ini orang kampung suruh cakap. Di kalangan mereka pekerja LLN iaitu Tenaga Nasional, Telekom dan pekerja KTM.

■1630

Ini golongan buruh, golongan marhain. Mereka ketika ini mendapat pencen sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan. Jadi baru-baru ini kita ada minimum pencen RM720. Mereka ini tidak layak untuk dapat pencen sebanyak RM720, sebab semasa dalam kerajaan dahulu ia bekerja kurang daripada 25 tahun. Ada yang 22 tahun dan ada yang 23 tahun. Gaji mereka kecil. Selepas itu apabila ia pergi ke EPF pula, option pergi EPF – EPF pun tidak sempat hendak lama, mungkin empat hingga lima tahun sudah pencen. Ramai mereka ini di luar sana minta saya sampaikan supaya mereka dikecualikan.

Ini kerana mereka bekerja dengan kerajaan tetapi kerajaan hendak tukarkan jadi korporat tiga-tiga syarikat itu - bukan ia hendak. Jadi, saya minta pihak kerajaan untuk memberikan pencen-pencen ia sebanyak RM720.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa setakat itu dapat saya bercakap, memandangkan kekangan masa - saya menghormati. Jadi, terima kasih banyak-banyak dan sekali lagi saya minta kepada satu bangsa sama kita ini, satu bangsa Malaysia - 1Malaysia ini untuk tidak mengungkit perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan orang-orang Melayu. Jagalah hati masing-masing. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam. Terima kasih Yang Berhormat. Seterusnya saya mempersilakan Yang Berhormat Ng Fook Heng dan seterusnya bersedia kepada Yang Berhormat Ramakrishnan.

4.31 ptg.

Tuan Ng Fook Heng: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana izinkan dan berikan peluang kepada saya untuk membahaskan mengenai RMKe-10. Jadi saya dengan tidak ingin melengahkan masa, saya terus menjurus kepada soal pendidikan iaitu tajuknya ialah, ‘Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional’.

Apa yang saya difahamkan di sini ialah, kerajaan menumpukan kepada pelajar-pelajar yang lepasan PMR. Maknanya mereka selepas PMR, mereka akan dihantarkan ke sekolah menengah vokasional ataupun sekolah menengah teknik. Jadi saya cadangkan di

62 DN.26.7.2010

sini bahawa kerajaan buat juga sekolah vokasional mulai tingkatan satu, iaitu selepas UPSR.

Kenapa? Sebabnya mengikut pengalaman saya dahulu, sekurang-kurangnya 20 peratus pelajar yang datang dari sekolah rendah, apabila masuk ke sekolah menengah mereka ini buta huruf. Mereka tidak boleh baca dan tidak boleh menulis, malah mengira pun teruk juga. Apa yang mereka buat - dan selalunya mereka digolongkan di satu kelas yang terhujung sekali. Oleh kerana mungkin muka saya ini garang sedikit, saya selalu kena kontrak murid-murid yang kelas hujung sekali ini. Jadi, saya faham perasaan mereka. Mereka datang ke sekolah ini kerana dipaksa - dipaksa ibu bapa dan dipaksa keadaan.

Jadi selepas lama-kelamaan saya bergaul dengan mereka - sudah jadi baik, jadi kawan, saya bertanya. Jadi mereka merayu kepada saya, “Cikgu jangan mengajarlah. Jangan mengajar. Tolong cikgu, saya tidak boleh faham dan saya seksa di sini.” Jadi, saya terkejut. Apa saya hendak buat ini? Saya bawa radio - inovatif. Pasang radio, pasang lagu beri mereka dengar, sedap sedikit. Kemudian saya beritahu mereka, “Tugas saya untuk mengajar, sebab saya cikgu. Kalau saya tidak mengajar, buku rekod saya tidak tulis apa – kosong. Pengetua akan cari saya. Jadi kita sama-sama pakat, satu hari kamu belajar lima ayat. Boleh atau tidak?” Mereka kata, “Boleh.” Jadi itu sahaja. Tiap-tiap hari, saya ajar mereka dengan lima ayat sahaja. Jadi itu keadaan murid-murid teruk di sekolah menengah.

Jadi, kenapa kerajaan tidak pandang kepada golongan ini? Jadi bagi mereka masuk ke sekolah teknik atau vokasional mulai tingkatan satu, supaya mereka sampai ke tingkatan tiga, mereka sudah belajar selok-belok kemahiran itu. Kemudian apabila sampai ke tingkatan empat, bawa mereka keluar untuk menghadapi keadaan yang sebenar. Maksud saya ialah, tingkatan satu hingga tiga mereka belajar teori sedikit-sedikit - pendawaian contohnya, ataupun potongan kayu ataupun elektrik ataupun kimpalan. Buat secara kecil-kecilan di projek kecil di sekolah. Apabila sampai cukup besar tingkatan empat, bawa mereka ke kawasan perumahan yang sedang didirikan - yang sedang dibuat itu. Buat yang sebenar. Jadi apabila mereka sampai ke tingkatan lima, mereka keluar daripada sekolah menengah, mereka sudah separuh mahir untuk masuk ke pasaran kerja.

Apa yang berlaku sekarang ialah, mereka apabila sampai ke PMR sekarang, mereka semua ini ‘E’, ‘E’ dan ‘E’ semuanya. Tidak boleh masuk ke tingkatan empat untuk ikut dahulu. Akan tetapi mereka ditolak juga untuk ke tingkatan empat dan selepas SPM mereka semua kosong. Akhirnya mereka berada di mana? Ada di restoran, ada yang menjual DVD haram, ah long, ada yang di estet, Mat Rempit pula - macam-macam. Ini adalah golongannya. Jadi, saya harap kerajaan pandang serius kepada pelajar-pelajar yang di golongan ini.

Seterusnya, saya ingin menjurus kepada apa yang fikirkan penilaian 10 peratus markah kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke IPTA sesi 2010 bagi calon SPM, STPM dan STAM. Okey. Di sekolah menengah ini, tingkatan satu hingga tingkatan lima dan sampai tingkatan enam, setiap pelajar mesti ambil tiga bahagian kokurikulum, iaitu badan beruniform, kelab dan persatuan, sukan dan permainan.

Okey, sekarang kita bayangkan sebuah sekolah di bandar. Kebanyakan sekolah di bandar ini ia ada 2,000 orang pelajar dan dua sesi. Puratakan satu sesi 1,000 orang pelajar, alright. Kita ada katakan maksimum lebih kurang sepuluh badan sukan, jadi setiap pelajar mesti ambil satu permainan. Jadi kita ada sepuluh - bola sepak, bola tampar, badminton, pingpong, atlet, macam-macam. Bermaknanya setiap permainan itu mesti menampung 200 orang murid. Maknanya 200 orang murid akan masuk badminton, 200 orang murid akan ambil bola sepak, 200 orang murid akan ambil game. Jadi bagaimana sekolah hendak uruskan? Tidak mungkin.

Berapa orang guru yang mahir dengan bola sepak? Berapa buah padang you ada? Kebanyakan sekolah di bandar tidak ada padang pun. Jadi hendak main bola sepak di mana? Tambahan lagi mereka hanya datang ke sekolah untuk kokurikulum dua kali seminggu dan 12 kali setahun. Tambah buruk lagi kebanyakan guru-guru adalah guru perempuan, jadi bagaimana kita hendak expect guru perempuan kita hendak ajar bola sepak ini di padang atau bola tampar? Jadi ini banyak masalah. Contohnya badan beruniform pula, pengakap. Satu pengakap ini ada 200 orang murid ahli. Jadi bagaimana kita hendak uruskan ini? Semua ini tidak mungkin.

DN.26.7.2010 63

Saya minta Kementerian Pelajaran - pegawai-pegawai di kementerian ini, di atas

sana ini pergi ke sekolah senyap-senyap, buat macam pergi sebagai bapa tengok keadaan yang sebenarnya. Jangan duduk di atas - tinggi di kementerian di Putrajaya, buat rancangan-rancangan yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Selalu juga saya nampak, pegawai-pegawai atasan ini pergi ke luar negara, tengok keadaan sistem pendidikan luar negara contohnya sana - ambil sedikit-sedikit model sana, balik ke sini, keluar idea baru terus mahu ikut. Selepas beberapa tahun hilang idea itu. Seperti dahulu bahasa baku, sekarang baku apa pula tidak tahu, hilang. Kemudian KBSM, KBSR, macam-macam pertukaran. Jadi isu pendidikan di negara ini selalu bertukar. Guru-guru hantar kursus tidak guna. Selepas kursus tukar balik - macam PPSMI, tukar dan tukar balik. Jadi banyak masalah tentang pendidikan.

Markah pula - markah kokurikulum. Tahu atau tidak semua Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk markah kokurikulum kehadiran - 50 markah, jawatan di sandang - 10 markah, penglibatan - 20 markah, pencapaian - 20 markah. Biar saya terangkan sedikit.

■1640

Kehadiran maknanya tiap-tiap kali you hadir, you dapat markah penuh 50 marks atau 50 peratus. Jawatan disandang kalau kamu pengerusi ataupun presiden 10 peratus, setiausaha enam markah, ia turun ke bawahlah. Jika ahli tiga markah. Kemudian, penglibatan. Kalau mewakili sekolah contohnya tiga markah, mewakili daerah lima markah, mewakili negeri sepuluh markah dan mewakili negara dua puluh markah.

Pencapaian dapat emas 20 markah di peringkat kebangsaan, perak 15 markah, dan gangsa 10 markah. Soalan saya ialah, berapa orang murid yang boleh mewakili sekolah, berapa orang masuk sampai ke peringkat kebangsaan dan berapakah orang murid yang boleh menjadi presiden? Satu club hanya seorang sahaja presiden? Satu club seorang sahaja setiausaha? Bermakna di campur-campur semua ini di sekolah ini 99 peratus murid di sekolah ini lepas SPM dan STPM tidak boleh menapai taraf A dalam kokurikulum. Nilai A ialah 80 markah ke atas.

Jadi, sistem ini very teoretikal dan langsung tidak boleh pakai. Kebanyakan saya mahu terus terang ini - dahulu saya pun sama juga. Saya lihat tahun ini, saya faham dan saya tidak boleh buat apa. Akan tetapi sistem ini dan ini adalah arahan. Saya beri banyak sahaja markah. Lihat muka beri markah. What can I do? Alright, sistem ini perlu tukar, betul-betul perlu tukar.

Seterusnya berkenaan dengan guru. Semasa saya dahulu diajar oleh guru MCE, HSC, kita ada cikgu C2 dan C1 punya cikgu, bagus. Sekarang kita lihat sekolah rendah, kindergarten, dan prasekolah pun hendak graduate. Akan tetapi mutu pelajar kita ada bertambah baik atau tidak? Dahulu kita selepas SPM dapat 1A atau gred emak akan berlari satu kampung, beritahu kampung anak saya gred 1. Sekarang kalau 10A, 8A kurang 2A menangis. Adakah standard kita sudah meningkat begitu baik? Ataupun adakah standard mutu pelajaran itu begitu rendah ataupun disetkan soalan itu lebih rendah menyebabkan semua orang boleh lulus dengan begitu senang sahaja.

Tidak mungkin seorang itu boleh pandai semua. Boleh sampai 15A, 20A, 14A, A+ dan genius. Could not to believe it, ya. Ini semuanya akan membawa masalah yang besar kepada negara. Kenapa? Ini kerana Tuhan yang Maha Esa ini, Tuhan yang Maha pandai ini dia create manusia yang berlainan kepintaran. Bagi yang bagus jadi engineer, doktor, lawyer yang kurang bagus jadi cikgu dan yang bodoh sedikit lagi yang paling bawah.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Tuan Ng Fook Heng: Jadi, sorry minta maaf perkataan bodoh. Yang rendah lagi dia akan jadi tukang kayu dan yang rendah-rendah lagi dia akan jadi Alam Flora dan semua itu. Jadi, sekarang semua lepasan SPM atau MCE siapa yang mahu kerja Alam Flora? Tidak ada, siapa yang hendak buat? Semua yang import ini. Apa masalahnya import? Orang import ialah orang dari Indonesia, Vietnam, Bangladesh dan Myanmar. Apa berlakunya sekiranya negara kita mengalami kemelesetan ekonomi yang boleh dihantar akan dihantar balik. Akan tetapi masalahnya setengahnya tidak mahu pulang. Mereka selok-belok dan hilang. Manakala yang hantar balik datang semula.

64 DN.26.7.2010

Jadi, yang ada di sini ini dua juta ini, kita ambil 0.1 peratus cukup yang jahat. Itu

cukuplah. Sebanyak 0.1 peratus is enough yang jahat. Apa mereka buat? Mereka merompak dan bermacam-macam. Ini masalahnya. Jadi, kalau kita mahu beri semua rakyat kita pendidikan yang bermutu dan satu tahap yang tertentu bukannya satu yang baik saya rasa. Itu pendapat sayalah. Seterusnya, izinkan saya sentuh sedikit tentang kampung saya Sungai Lembing.

Dalam RMKe-10 ini ada menyebutkan kerajaan akan membuat jalan dari Sungai Lembing ke Jerantut. Sebenarnya isu ini berlaku kerana semasa Sungai Lembing perlombongan bijih yang bankrap dahulu pada tahun 80-an, kerajaan Negeri Pahang telah memohon kepada Kerajaan Pusat untuk membina sebuah jalan dari Sungai Lembing ke Jerantut iaitu pada masa RMKe-5. Maknanya, sehingga sekarang sudah RMKe-10. Ia sudah menjangkau 20 hingga 25 tahun. Jadi, saya harap sangat jalan ini akan berjayalah dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh dan tidak dilengahkan atau ditangguhkan. Itu hasrat saya.

Seterusnya bola sepak sukan. Apabila kita lihat iklan maxis semasa Piala Dunia dahulu, yang keluar gambar Santokh Singh, Soh Chin Aun, dan Mokhtar Dahari. Saya lihat dan fikir, malu betul? Oleh sebab itu adalah zaman senior saya. Pada anak-anak kita yang muda ini mereka tidak kenal siapa itu Santokh Singh, Soh Chin Aun, dan Mokhtar Dahari. Mereka tidak kenal. Kita tidak boleh pun cari seorang idol yang baru untuk anak-anak muda kita. Jadi, kenapa standard bola sepak di negara kita ini begitu teruk daripada dahulu hingga sekarang, kenapa teruk sangat? Dahulu sama setaraf dengan Korea dan sebagainya.

Apabila Piala Dunia lihat begitu bangga sekali kalau negara kita ada di dalam permainan itu. Satu dunia ini dirapatkan dengan Piala Dunia ini. Semua ini tidak ada bangsa, kulit dan semuanya. Kita lihat dan sorok mana-mana bola yang masuk kita happy betul. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya kepada Kementerian Belia dan Sukan? What is happening inside there? Saya mahu minta penjelasan ini…

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Yang Berhormat, minta laluan Yang Berhormat.

Tuan Ng Fook Heng: Yes.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua…

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Musa bin Haji Sheikh Fadzir: Saya tertarik tentang bola sepak tadi. Kita lihat iklan-iklan dalam televisyen. Maknanya ikhlas kita lihat maknanya pemain bola sepak budak-budak main bola sepak bukan main di padang tetapi dalam bendang. Ini standard yang ditunjukkan.

Sepatutnya, dia perlu tunjuk dan ubah bukan main dalam bendang tetapi main dalam padang yang cantik. Akan tetapi ini menunjukkan satu moral yang rendah dalam iklan yang ditunjukkan dalam televisyen. Kita lihat Santokh Singh dan Soh Chin Aun sedang melihat tetapi budak-budak sedang main dalam bendang. Adakah ini standard pemain bola sepak yang kita mahu latih anak muda ini bukan main di padang tetapi main dalam bendang... [Tepuk] Terima kasih.

Tuan Ng Fook Heng: Itu bukan soalan. Tidak perlu jawab, ya. Jadi, bola sepak ini amat penting saya lihat dan badminton sama jugalah, ya. Saya harap sangatlah Kementerian Belia dan Sukan ini betul-betul perlu - apa-apa berlaku pun tidak tahu. Kalau dalam itu ada masalah bersihkan semua sekali. Jangan lagi tunggu-tunggu teruk sangat kita punya - saya tanya soalan untuk Kementerian Sukan dan Belia ini jawab macam-macam...

Datuk Maijol Mahap: [Bangun]

Tuan Ng Fook Heng: Cantik betul tetapi tidak mahu baca, malas. Lihat dan buang.

DN.26.7.2010 65

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada yang bangun itu.

Datuk Maijol Mahap: Boleh minta laluan?

Tuan Ng Fook Heng: Dan, okey.

Datuk Maijol Mahap: Yang Berhormat menyentuh tentang perkembangan atau pun permohonan badminton di negara kita. Saya mengetahui sedikit tentang badminton di negara kita. Beberapa tahun yang lalu Tuan Yang di-Pertua, permohonan badminton di negara kita ini diterajui oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara. Sewaktu itu kita perhatikan bahawa permohonan yang lebih kepada daerah-daerah di mana banyak pusat latihan dibuka untuk memberikan peluang kepada pelatih-pelatih baru mencungkil bakat-bakat bukan sahaja badminton tetapi sukan-sukan yang lain. Ia amat menarik sebab kita mempunyai peluang untuk meningkatkan pemain-pemain kita. Melihat tentang bakat yang mereka ada untuk ditonjolkan. Akan tetapi selepas itu pula...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada penjelasan.

Datuk Maijol Mahap: Ya, minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Selepas itu pula usaha ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran. Saya tidak memperkecilkan usaha Kementerian Pelajaran tetapi sekarang yang biasa nampak ialah kurang aktiviti untuk membuat pembangunan sukan-sukan di daerah-daerah.

Ada kerisauan tentang coaches atau jurulatih yang bertauliah dan sebagainya memang ada masalah di situ. Jadi, Yang Berhormat, setujukah kalau kementerian lihat kembali ini dan bagaimana kita boleh memperkasakan kembali usaha kita untuk membangunkan sukan badminton di daerah-daerah bukan sahaja di peringkat nasional, BAM ada di situ yang melihat tetapi di daerah-daerah yang memerlukan bantuan sebenarnya Yang Berhormat.

■1650

Tuan Ng Fook Heng: Satu soalan yang amat baik tetapi saya tidak hendak jawab sekarang kerana saya bukan Menteri Belia dan Sukan... [Ketawa] Saya setuju. Oleh sebab...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada satu minit lagi.

Tuan Ng Fook Heng: Dengan itu, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Cara Yang Berhormat buat ini bagus. Satu poin, fokus, ulas dan cadangan. Kalau ini boleh dapat sama-sama kita hayati, insya-Allah Dewan kita akan lebih aktif. Saya persilakan seterusnya kepada Yang Berhormat Dr. Ramakrishnan. Jangan baca Yang Berhormat kalau boleh.

4.50 ptg.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya hendak bercakap tentang sekolah India dan Cina sebab ramai senator-senator pun bangkit isu ini juga. Jadi, saya hendak beri satu pandangan yang sebelah lain sebab ini Dewan yang kita bahas. Jadi, kita perlu tahu semua pandangan.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan, teruskan Yang Berhormat. Kita dengar.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Okey. Tuan Yang di-Pertua, ramai ibu bapa kaum India dan Cina, mereka masih hantar anak-anak mereka ke sekolah Cina dan Tamil. Dari pandangan mereka, mereka anggap sekolah Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran lebih bermutu daripada sekolah kebangsaan. Kenapa? Satu ialah di sekolah Cina dan Tamil ada lebih tekanan untuk mempelajari Matematik dan Sains. Jadi, mereka berpandangan bahawa sekolah kebangsaan tidak bertumpu kepada Matematik dan Sains.

Tuan Yang di-Pertua, bukan sahaja ibu bapa Cina dan India, ada juga sebahagian yang besar orang Melayu pun hantar anak-anak mereka ke sekolah Cina. Lagipun ada juga ramai orang yang belajar di sekolah antarabangsa, sekolah private dan juga satu kumpulan ibu bapa orang Melayu yang masih berjuang untuk sistem pendidikan dwibahasa. Jadi, nampaknya all is not too good di sekolah kebangsaan.

66 DN.26.7.2010

Oleh sebab itulah ramai orang masih hantar anak-anak mereka ke sekolah India

dan Tamil. Ini seperti satu contoh Tuan Yang di-Pertua bahawa, kalau produk bagus, pelanggan datang ramai-ramai, mereka sambut. Kalau pelanggan tidak datang, kita tidak blame pelanggan. Kita lihat apakah salah dengan produk kita. Jadi, itulah cara kita maju. Jadi, kita tengok apakah kekurangan kami.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi perkara kenapa ramai ibu bapa India dan Cina hantar anak-anak mereka ke sekolah bahasa ini ialah, satu ialah Pupils Own Language (POL). Di sekolah kebangsaan tidak begitu serius dengan pendidikan POL sebab di sekolah kebangsaan mereka belajar selepas sekolah dan juga pada hari Sabtu. Jadi, mereka tidak begitu serius, jadi itu pun satu kekhuatiran mereka, curiga mereka. Saya minta Kementerian Pelajaran, bagaimanakah kita boleh pujuk ibu bapa India dan Cina hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Lihat bagaimana mereka boleh menangani isu-isu ini.

Tuan Yang di-Pertua, di Singapura pula tidak ada satu sekolah Tamil atau pun India dan tidak ada siapa pun mohon untuk sekolah ini sebab sekolah kebangsaan mereka serius dengan POL. Mereka mengajar POL di waktu sekolah.

Tuan Yang di-Pertua, di Singapura, semua orang tahu ibunda mereka. Mereka tahu baca dan tulis ibunda mereka tetapi di Malaysia, walaupun kita ada sekolah Cina dan Tamil, ramai orang tidak tahu baca dan tulis bahasa ibunda. Jadi, ada atau tidak...

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Yang Berhormat, boleh beri saya laluan sebentar?

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Ya.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat bercakap tentang mutu sekolah kebangsaan dan juga dibandingkan dengan mutu sekolah Cina dan Tamil. Sebelum saya bertanya, saya suka memberi pandangan sedikit. Ini adalah pada saya disebabkan...

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sila penjelasan kepada yang bercakap.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Ya. Saya memberi penjelasan. Ini adalah disebabkan kerana adanya pilihan di negara kita ini. Di Singapura tidak ada pilihan untuk mewujudkan sekolah Cina atau sekolah Tamil secara berasingan. Jadi, saya setuju dengan hujah-hujah Yang Berhormat tadi.

Akan tetapi, kerana kita diberi pilihan tadi maka sudah tentulah masyarakat kaum Cina, masyarakat kaum India dengan keinginan ataupun kekuatannya untuk menerapkan bahasa ibundanya, dia akan pilih untuk mewujudkan atau mengukuhkan sekolah Cina dan sekolah Tamil.

Jadi soalan saya, apakah pandangan Yang Berhormat kalau kita mewujudkan sekolah sistem satu aliran seperti dahulu. Seperti dalam musim dahulu – bukan satu aliran, di mana saya berpeluang bersekolah Inggeris bersama-sama satu bumbung dengan murid-murid Cina, murid-murid India bukan kerana aliran Inggerisnya tetapi kita berada di satu bumbung, di satu sekolah yang sama. Terima kasih.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Yang Berhormat. Memang betul. Saya setuju dengan Yang Berhormat tetapi malangnya, sudah 50 tahun kerajaan tidak memberi satu teladan, yang memberi keyakinan kepada ibu bapa seperti di Singapura. Di Singapura mereka tidak minta sebab kerajaan sudah menunjukkan bahawa mereka begitu serius. Jadi, itulah pandangan ibu bapa penuntut India dan Cina.

Lagipun Tuan Yang di-Pertua, dari pandangan ibu bapa India dan Cina, sekolah kebangsaan jadi seperti sekolah agama. Ada banyak unsur-unsur agama di sekolah. Itu bagus tetapi mesti ada satu ruang juga untuk murid-murid India dan Cina, apa hendak buat, ada rancangan, ada pelan-pelan tetapi langsung tidak ada pelan. Jadi, mereka ingat bahawa anak-anak mereka tidak membazirkan masa di sekolah kebangsaan. Jadi, mereka hantar anak mereka...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh minta laluan Tuan Yang di-Pertua?

DN.26.7.2010 67

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Yang Berhormat. Saya rasa nampak sekarang kata orang, “berlain tempat tegak, berlain benda yang nampak.” Saya nampak sekarang, saya tegak pada suatu situasi di mana saya ingin melihat negara Malaysia ini mempunyai suatu rupa bangsa yang betul-betul Malaysia sifatnya. Oleh kerana itu saya rasa tidak ada cara lain selain daripada memastikan anak-anak kita belajar dalam satu bumbung. Dalam keadaan terpisah-pisah sekarang Tuan Yang di-Pertua, cita-cita kita, impian kita hendak melihat Malaysia ini menjadi satu negara bangsa hanya akan menjadi dengan izin, a bad nightmare...

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: [Bangun]

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Nanti sekejap. Tidak habis lagi saya punya ini.

Tuan Yang di-Pertua: Penjelasan Yang Berhormat. Penjelasan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Okey. Saya hendak bertanya sahaja. Apa pendapat Yang Berhormat ini kalau sekiranya hendak dikekalkan juga sekolah pelbagai aliran ini, kita pastikan – okey kekalkan aliran bahasa Melayu, aliran bahasa Tamil, aliran bahasa Cina. Akan tetapi pastikan supaya pelajar-pelajar kita di sekolah-sekolah berkenaan atau sekolah-sekolah yang pelbagai aliran bahasa itu dihadiri secara nisbah, secara proportionate oleh pelbagai kaum.

Pastikan umpamanya di sekolah ini ada sekian percent. Sekolah Cina tidak mengapa, mesti ada sekian percent anak Melayu, sekian percent anak India, sekian percent anak Cina. Begitu juga di sekolah Melayu, ada percentage dan peratusan-peratusannya. Ini akan memberi kemungkinan kepada pelajar-pelajar kita belajar di bawah satu bumbung, mereka berinteraksi, bermain di padang yang sama, belajar di bawah bumbung yang sama dan mempelajari kurikulum yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Ini satu cara untuk dapat kita mewujudkan satu bangsa yang kita impikan itu. Akan tetapi dalam keadaan sekarang, sekolah yang terpisah-pisah, impian kita Tuan Yang di-Pertua, akan menjadi mimpi buruk atau dalam bahasa Inggerisnya a bad nightmare. Thank you. Terima kasih.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Yang Berhormat.

Tuan Lee Cheam Choon: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat apa ini – saya ingin memberi pandangan sedikitlah. Saya daripada awal dahulu beritahu, kita dalam Dewan yang mulia ini adalah Ahli Dewan Negara dan saya tidak memandang ada perbezaan mana-mana. Saya mohon kalau boleh kita bercakap dalam profesional demi untuk kepentingan bangsa dan negara kita. Apabila saya sebut bangsa, bangsa Malaysia dan tidak dari segi perkauman. Saya tidak mahu Dewan Negara menjadi satu polemik untuk antara kita mengadakan seolah-olah - kalau boleh itu soal race itu tidak usah dibangkitkanlah. Saya hendak lihat kita ada satu perubahan minda di kalangan Dewan Negara, memikirkan national interest whereby for the ‘safe’, dengan izin semua. Sekian, teruskan Yang Berhormat, cuba boleh.

■1700

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ya memang saya bersetuju...

Tuan Yang di-Pertua: Nanti sekejap, sekejap Yang Berhormat. Ada apa-apa Yang Berhormat?

Tuan Lee Cheam Choon: Ya Tuan Yang di-Pertua, pada Profesor Firdaus ini, saya katakan walaupun daripada...

68 DN.26.7.2010

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada penjelasan tidak? Penjelasan kepada

yang bercakap ini.

Tuan Lee Cheam Choon: Saya setuju kepada ini, walaupun pada peringkat permulaan daripada sekolah rendah itu, kita mempunyai sekolah yang berbagai-bagai aliran tetapi di sekolah menengah semua bangsa bergabung di bawah satu sekolah, itu saya rasa tidak ada masalah untuk kita ini.

Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih, teruskan.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, ya memang, yang penting Tuan Yang di-Pertua, di sini ialah keikhlasan kerajaan untuk membuktikan bahawa mereka serius dengan bahasa ibunda tiap-tiap kaum, kalau ia boleh dikukuhkan di sekolah kebangsaan, ada banyak sokongan. Dahulu ramai orang belajar di sekolah kebangsaan tetapi lama-kelamaan sekolah Tamil dan Cina telah menjadi kuat, jadi...

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Mohon laluan sekejap, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat saya fikir Yang Berhormat ini pun ada masa yang singkat, saya fikir Yang Berhormat kalau boleh cakap dari segi landas umum dan tidak membezakan antara sekolah-sekolahlah, kementerian kita ada, apa cadangan Yang Berhormat kepada kementerian itu.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua, saya minta Kementerian Pelajaran, bagaimana mereka boleh mengendalikan persepsi...

Tuan Yang di-Pertua: Itu saya hendak, macam itulah bagus.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Saya mahu macam...

Tuan Yang di-Pertua: Jangan panjang-panjang lagi.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan murid bukan Melayu di sekolah kebangsaan, apakah langkah yang diambil oleh kerajaan?

Tuan Yang di-Pertua: Itu bagus.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Lagipun Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta juga kerajaan...

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa saya terlalu penting untuk mencelah.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada hendak bagi laluan.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Okey.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Terlalu penting.

Tuan Yang di-Pertua: Bagus, silakan Yang Berhormat.

Dato’ Haji Idris bin Haji Buang: Saya harap Yang Berhormat yang sedang berucap beralih kepada topik lainlah, sebab kalau di Sarawak, kita ada 20 lebih ethnic groups dengan izin, bagaimana kita hendak cakap kerajaan tidak ikhlas kepada bangsa-bangsa lain. Di Sarawak kalau orang Iban buka sekolah macam mana? Orang Ulu, orang Bidayuh, orang KadazanDusun, saya rasa tidak habislah cerita masalah ini, jangan tekan sangat kerajaan, tentang keikhlasan kerajaan untuk memberi pendidikan kepada seluruh rakyat Malaysia. Harus kita fikir cara mengukuhkan perpaduan kaum, don’t think about just one single race, please dengan izin.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan Yang Berhormat. Saya merujukkan ini adalah Dewan, kita boleh bahas, kita mesti bahas dan mesti menjadi kawan, bukan bahas dan jadi musuh.

Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat, teruskan tidak payah, teruskan.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta Menteri Pelajaran, adakah rancangan-rancangan untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa ibunda di sekolah kebangsaan. Jadi itulah saya hendak minta.

DN.26.7.2010 69

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh mengenai kos perubatan cardiac

angiogram. Ada beberapa kes di Universiti Hospital di mana penjawat awam, ibu bapa dia pergi membuat pembedahan cardiac angiogram mereka kena bayar. Sebenarnya pegawai yang bertaraf tetap dan berpencen yang masih dalam perkhidmatan, untuk mereka kerajaan mesti beri perkhidmatan percuma tetapi di sini mereka disuruh membayar dahulu, kemudian mereka menuntut balik bayaran. Jadi ini satu bebanan untuk penjawat awam.

Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, ialah penjawat awam sendiri pun apabila pergi membuat cardiogram dan angiogram, dia kena bayar wang dahulu apabila dia bersara, penjawat awam yang bersara. Apabila dia pergi membuat angiogram dia kena bayar dahulu dan nasib yang sama kepada Ahli-ahli Dewan ini juga. Apabila kita bersara, apabila hendak pergi membuat cardiogram dan angiogram kita kena bayar dahulu, kemudian kita kena tuntut balik. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta Kementerian Kesihatan bahawa penjawat awam yang bersara berilah perkhidmatan dahulu, bukan bayar wang kita kemudian kita tuntut balik. Terima kasih.

Perkara yang seterusnya Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai hal ehwal Orang Asli, kerajaan sekarang mengadakan satu pindaan yang dicadangkan terhadap Akta Orang Asli 1954 untuk mengehadkan pampasan dan pemilikan saiz tanah sepatutnya, yang melibatkan perhatian semua pihak agar dapat mencapai persetujuan ke atas secara penyelesaian. Tuan Yang di-Pertua, apakah yang saya tuntut di sini ialah apa-apa hal mengenai Orang Asli mesti berunding dengan masyarakat dan kaum ini, kemudian secara keseluruhan buatlah satu keputusan.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang kemudian adalah isu kesusahan orang Penan, baru-baru ini di surat khabar banyak kes mengenai orang Penan, ada kes rogol dan orang Penan ini orang ‘dalaman’, kalau orang ‘dalaman’ Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan ambil serius.

Tuan Yang di-Pertua: Orang ‘pedalaman’.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Orang ‘pedalaman’.

Tuan Yang di-Pertua: Ha!

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya minta kerajaan ambil serius permintaan dan kesusahan mereka, sebab mereka tidak ada sesiapa lagi.

Mereka dikejami dan diberi kesusahan oleh pekerja kayu balak dan saya minta kerajaan dan pihak polis mengambil berat kesusahan mereka dan berikan tindakan-tindakan yang betul.

Tuan Yang di-Pertua, konsep 1Malaysia. Kerajaan selalu melaung-laungkan 1Malaysia, 1Malaysia tetapi ada perbezaan bukan bumiputera dan bukan bumiputera, macam-macam. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengesyorkan bahawa Dewan ini mendesak agar kerajaan menggubal Akta Perhubungan Kaum (Race Relations Act), bagi menyingkirkan diskriminasi perkauman dalam sektor awam, sektor swasta dalam bidang pelajaran di peringkat universiti dan matrikulasi serta dalam proses pengambilan tender Kerajaan Persekutuan. Tuan Yang di-Pertua, ini adalah satu usul yang saya cadangkan, maklumat lanjut boleh diperoleh di usul.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Minta laluan Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Soalnya Yang Berhormat itu mencadangkan akta baru, kononnya untuk penyatuan kaum. Saya rasa kita sudah mempunyai banyak akta yang bertujuan untuk menyatukan bangsa. Kita ada Akta Bahasa Kebangsaan, kita ada Rukun Negara, kita ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan, ini semua adalah akta-akta, dasar-dasar yang bertujuan untuk menyatupadukan kita, tetapi masalahnya kita..

Tuan Yang di-Pertua: Soalan dan penjelasan Yang Berhormat. Minta penjelasan kepada Yang Berhormat

70 DN.26.7.2010

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Itu yang saya hendak tanya dengan dia...

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Apa perlunya akta baru kalau akta yang sedia ada, yang bertujuan baik tidak diikut?

Tuan Yang di-Pertua: Okey.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Itu sahaja, tentang itu sahaja.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Apa guna akta baru kalau yang sedia ada yang bertujuan baik, diabaikan dan dipolitikkan.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Terima kasih Yang Berhormat.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Kita ada Rukun Negara.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Okey, terima kasih, memang ada undang-undang, tetapi di peringkat akar umbi adakah ini dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat ada dua minit lagi.

Dr. Ramakrishnan a/l Suppiah: Okey, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan. Tuan Yang di-Pertua, dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, kerajaan ada menyebut dengan hak ataupun meningkatkan produktiviti, hasil peningkatan produktiviti mesti disalurkan balik kepada pekerja. Jadi, di sini saya minta Menteri Sumber Manusia agar mewujudkan satu gaji minimum, pendapatan minimum sebab baru-baru ini ada kenaikan harga barang-barang, dan ini sangat membebankan semua rakyat miskin. Oleh itu saya harap dan saya minta Menteri Sumber Manusia agar mewujudkan satu gaji minimum.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga mencadangkan bahawa dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ada menyatakan bahawa RM230 bilion akan dibelanjakan untuk pembangunan dan 52 projek yang mengenai projek yang besar.

■1710

Untuk projek-projek ini, saya minta kerajaan mengadakan tender terbuka, tender yang prosesnya telus yang mana rakyat jelata dapat hasil yang baik, dapat projek ataupun pelaksanaan yang baik. Dengan ini saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. seterusnya saya silakan Yang Berhormat Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop. Selepas ini Yang Berhormat Datuk Maijol Mahap.

5.10 ptg.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan ucapan terima kasih kerana dapat sama-sama terlibat dalam perbahasan ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh baru-baru ini. Saya akan terus fokus pada beberapa perkara.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Kalau saya sempat, saya akan sentuh kesemuanya. Satu ialah mengenai pertanian. Kedua, subsidi. Ketiga, isu UPSR dan PMR. Keempat, dasar luar negara dan akhir sekali kalau sempat ialah tentang majlis profesor.

Tuan Yang di-Pertua, jika kita teliti ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam pembentangan RMKe-10 baru-baru ini, sektor pertanian hanya disebutkan sekali iaitu di bawah Teras Strategi Kedua iaitu Mewujudkan Persekitaran Kondusif Bagi Menggerakkan Pertumbuhan Ekonomi yang mana sektor pertanian disebut sebagai salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara atau NKEA. Ia diletakkan di tangga

DN.26.7.2010 71

kesebelas daripada 12 NKEA tersebut. Saya meminta kerajaan menjelaskan dengan lebih terperinci hala tuju sektor pertanian negara dalam RMKe-10 sama ada program-program pertanian komersial berskala besar seperti yang dirancang di bawah RMKe-9 yang lalu akan diteruskan yang mana pembangunan tanah baru, program tanam semula serta penyatuan dan pemulihan tanah akan dilaksanakan.

Saya juga memohon kementerian memberikan data-data mengenai program-program pertanian berskala besar yang telah dilaksanakan di bawah RMKe-9 yang lalu, sama ada kejayaan atau kegagalan program-program tersebut. Juga maklumat mengenai program-program pertanian yang sedang dirangka dan akan dilaksanakan di bawah RMKe-10. Saya juga ingin mencadangkan agar kerajaan memberikan tumpuan kepada program-program pertanian yang dapat meningkatkan pendapatan petani-petani kecil di kawasan-kawasan luar bandar kerana ianya boleh membantu dalam mengurangkan kemiskinan negara secara berkesan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang ingin saya sentuh ialah isu subsidi. Seperti semua sedia maklum, isu subsidi sering kali menjadi topik perbincangan dalam kalangan masyarakat terutama apabila baru-baru ini dibentangkan satu rumusan yang dibuat oleh Makmal Rasionalisasi Subsidi bahawa jumlah subsidi yang diberikan oleh kerajaan pada tahun 2009 adalah berjumlah RM74 bilion iaitu menyamai 10.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Lantaran itu, timbul syor agar sistem dan struktur subsidi dikaji semula dengan menggunakan formula asas iaitu kerajaan perlu mengurangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan atau dalam erti kata lain, menjaga dompet kerajaan, tidak lebih daripada itu.

Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya, kita perlu melihat isu subsidi ini dalam konteks yang lebih luas kerana ia mempunyai rantaian sebab dan akibat yang besar yang merentasi pelbagai lapisan masyarakat, mencakupi aspek ekonomi dan sosial. Ia bukan semudah mengurangkan perbelanjaan semata-mata. Setiap keputusan yang akan dan bakal diambil berhubung isu subsidi ini akan memberikan impak yang besar sama ada daripada segi fizikal mahupun spiritual rakyat. Sudah pasti untuk melaksanakannya, ia memerlukan persediaan dan perancangan yang rapi dan terperinci. Saya memberikan contoh baru-baru ini kenaikan harga gula sebanyak 25 sen dan harga petrol 10 sen.

Saya rasa itu satu langkah yang baik untuk mengurangkan subsidi. Akan tetapi kerajaan juga harus selepas ini melihat subsidi-subsidi yang diberikan secara besar-besaran kepada pihak swasta khususnya umpamanya subsidi yang diberikan bekalan gas oleh Petronas kepada Power Producers Independent (IPP) yang lebih besar dan lebih banyak dan lebih membebankan kerajaan. Lantaran itu, isu subsidi yang ditanggung oleh kerajaan hakikatnya bukan isu pokok dalam proses rasionalisasi ini. Saya mengalu-alukan, menyambut baik saranan yang dikemukakan agar sistem dan struktur subsidi ini dirombak semula agar lebih menguntungkan kedua-dua belah pihak, rakyat dan kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga yang ingin saya sentuh ialah sedikit mengenai pendidikan walaupun telah disentuh oleh rakan-rakan yang lain. Akan tetapi saya ingin memfokuskan pada perkara yang sedang dibincangkan sekarang ini iaitu sama ada kementerian akan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Saya juga difahamkan bahawa perbincangan-perbincangan sedang dijalankan, persidangan meja bulat pada hari ini adalah buat kali kedua yang dianjurkan oleh kementerian. Esok ya?

Seorang Ahli: Esok.

Tuan Haji Ahamat @ Ahamad bin Yusop: Esok, kali kedua. Saya sekadar ingin mengingatkan kawan-kawan kita di dalam kementerian di sana supaya jangan ‘pisang berbuah dua kali’. Dahulu kita telah tersilap dengan dasar PPSMI iaitu mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Isu sebenarnya ialah untuk menguasai bahasa Inggeris tetapi mengapa Sains dan Matematik yang menjadi korban kepada pelajar-pelajar kita. Alhamdulillah, perkara ini telah dibetulkan.

Tuan Yang di-Pertua, in my humble opinion, dengan izin isu sama ada hendak memansuhkan peperiksaan atau tidak ini, bukan saya kata tidak penting tetapi yang lebih penting dalam hal pendidikan ini ialah kurikulum itu sendiri, kurikulum pendidikan itu sendiri.

72 DN.26.7.2010

Kandungan kurikulum itulah yang sebenarnya yang menjadi roh untuk pembinaan pelajar-pelajar kita.

■1720

Apa yang hendak kita bangunkan dalam sahsiah pelajar-pelajar kita itu, kurikulum itulah yang hendak kita semak ataupun kita tinjau ataupun kita ubah ataupun kita perbaiki. Dahulu kita ada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), dikuti oleh Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Betul ya cikgu?... [Merujuk kepada salah seorang Ahli] Ya, betul. Ternyata kurikulum tersebut banyak kelemahannya. Maka sebab itu, isunya bukan kita hendak mengubah peperiksaan sama ada mansuh atau tidak tetapi kurikulum itu kerana kurikulum itu nanti asas kepada pembinaan ilmu pengetahuan pelajar-pelajar kita, apa jenis ilmu yang hendak diterapkan dan apa jenis karakter yang hendak kita terapkan pelajar-pelajar kita untuk menjadi warganegara yang berguna menjelang negara maju tahun 2020.

Jadi, saya mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran, saya setuju perbincangan-perbincangan dijalankan sekarang ini tetapi yang lebih penting ingin saya tekankan, kurikulum itulah yang perlu disemak dan dikaji. Saya difahamkan – sebab kami dalam sini ramai bekas guru. Kementerian kena tengok ini, siapa-siapa mereka yang menggubal kurikulum ini. Kita ada unit yang dipanggil Unit Pembangunan Kurikulum di kementerian. Saya difahamkan ramai pegawai di Unit Kurikulum ini tidak begitu komited ataupun tidak begitu – sama ada tidak begitu faham ataupun tidak begitu serius dalam menggubal kurikulum ini. Kurikulum ini sebenarnya akan diterjemahkan dalam bentuk syllabus ataupun sukatan pelajaran. Daripada sukatan pelajaran itu nantilah akan dibawa ke bilik darjah untuk guru-guru mengajar mata pelajaran tersebut.

Saya cadangkan kementerian supaya serius melihat pegawai-pegawai. Saya dapat maklumat bahawa sebahagian pegawai-pegawai yang ada di Pusat Pembangunan Kurikulum itu bukannya yang betul-betul berminat untuk bekerja di situ. Sesetengahnya guru-guru yang sudah tidak boleh buat kerja di sekolah dan dipindahkan di situ. Kalau tidak percaya, boleh tengok.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang seterusnya ingin saya – ialah dasar luar negara. Saya menyemak juga beberapa kali ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam RMKe-10 ini – sedikit sangat yang disentuh tentang dasar luar negara kita. Mungkin ada perancangan-perancangan yang lebih terperinci.

Akan tetapi yang hendak saya tekankan di sini ialah kita memerlukan ataupun ingin menarik pelabur-pelabur dari luar negara untuk melabur dalam negara kita dalam RMKe-10 dan RMKe-11. Saya ingin bertanya kepada Kementerian Luar Negara, oleh kerana negara kita ini menjadi anggota pelbagai pertubuhan – sama ada pertubuhan serantau seperti ASEAN ataupun OIC, ada NAM, ada lagi satu D8 dan seterusnya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu – soalan saya, apakah manfaat ataupun kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia dalam menyertai pertubuhan-pertubuhan ini, sama ada dalam bentuk ekonomi khususnya dalam bentuk membawa pelaburan ke negara ini, ataupun dalam lain-lain bidang?

Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya hendak menyentuh tentang Majlis Profesor Negara ini. Saya amat bersyukur kerajaan telah mewujudkan Majlis Profesor Negara. Rakyat amat berharap para ilmuwan dan cerdik pandai serta pimpinan universiti tidak menjadikan universiti khasnya IPTA dan pendidikan tinggi kekal sebagai menara gading yang terlalu elitis hingga terputus dengan masyarakat terbanyak khasnya di luar bandar. Saya difahamkan banyak penyelidikan yang telah dibuat oleh pihak IPTA yang dibuat oleh para profesor khususnya tetapi tidak banyak pula penyelidikan berkenaan dikomersialkan. Penyelidikan tersebut tidak pula diketahui akan faedahnya untuk kepentingan rakyat.

Di sini saya ingin mencadangkan pihak universiti amnya dan khasnya Kementerian Pengajian Tinggi, perlulah memikirkan pendekatan penyelesaian masalah (problem solving) dimasukkan ke dalam kurikulum universiti supaya IPTA menjadi institusi yang merakyat, bukannya menara gading yang elitis sifatnya. Ini kerana banyak kajian mengenai kemiskinan dilakukan tetapi kajian-kajian berkenaan lebih banyak bersifat teoretikal tetapi

DN.26.7.2010 73

tidak menawarkan penyelesaian masalah. Malah, kebanyakan penulisan mengenai kemiskinan lebih banyak menyalahkan kerajaan.

Saya seterusnya mencadangkan agar para profesor kita sama ada diwajibkan ataupun digalakkan menulis di dalam bahasa Melayu – bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan – baik melalui buku-buku dan jurnal-jurnal supaya rakyat dapat membacanya. Rakyat bersama-sama para ilmuwan ini dapat bersama-sama menyelesaikan masalah mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Dipersilakan Yang Berhormat Datuk Maijol. Selepas itu saya minta bersedia kalau boleh Yang Berhormat Tunku Aziz - selepas Yang Berhormat Datuk Maijol.

5.27 ptg.

Datuk Maijol Mahap: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk berbahas secara ringkas mengenai dengan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang sudah pun dibentangkan oleh kerajaan di kedua-dua Dewan yang Mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, satu daripada perkara yang ditekankan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ialah usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Kita sedia maklum bahawa kerajaan mahu supaya kadar kemiskinan di Malaysia ini akan berkurangan dan target kita ialah supaya kemiskinan tegar akan dihapuskan pada tahun 2010 iaitu tahun ini. Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, memandangkan apa yang saya lihat dan perhatikan di kampung-kampung, maka saya tidak begitu pasti kalau kita boleh mengatasi masalah ini pada tahun 2010. Banyak lagi perkara yang kita ingin atau perlu laksanakan untuk mengurangkan atau membasmi langsung kemiskinan tegar di luar bandar dan juga di bandar.

Tuan Yang di-Pertua, pada bulan yang lalu kita telah melihat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan satu skim yang baru iaitu Amanah Saham Wawasan 2020 untuk kawasan bandar, di mana kerajaan telah mengagihkan RM100 juta untuk membantu golongan miskin di dalam bandar.

Skim Bantuan Amanah Saham Wawasan 2020 ini telah diberi kepada 8,439 orang miskin yang telah dikenal pasti di bawah Program e-Kasih.

Di dalam skim tersebut, setiap keluarga miskin diberi pelaburan yang bernilai RM10,000 di atas nama ketua keluarga. Amanah saham itu adalah ditadbirkan oleh Permodalan Nasional Berhad. Pulangannya Tuan Yang di-Pertua, adalah lebih kurang RM600 hingga RM700 setahun. Walaupun tidaklah seberapa jumlahnya tetapi ia sedikit sebanyak memberikan atau membantu keluarga yang berkenaan. Saya amat menyokong program dan skim ini kerana saya percaya ia boleh memberi keselesaan dan bantuan kepada mereka yang berkenaan.

■1530

Untuk ini saya ingin mengesyorkan kepada kerajaan, supaya skim ini diperluaskan bukan sahaja di bandar tetapi diperluaskan di luar-luar bandar yang kini masih mempunyai penduduk yang miskin. Apa yang kita berikan ini Tuan Yang di-Pertua, adalah tambahan kepada kemudahan-kemudahan yang sudah pun diberikan oleh kerajaan yang wujud sekarang ini, iaitu memberikan kepada rakyat kita di luar bandar seperti perumahan, geran perniagaan dan sebagainya. Jadi, saya ingin mengesyorkan kepada Kementerian Kewangan untuk memperbanyakkan dan memanjangkan Skim Amanah Saham Wawasan 2020 ini kepada golongan miskin di luar bandar.

Satu lagi perkara yang saya ingin bangkitkan di sini Tuan Yang di-Pertua. Walaupun saya tidak menghuraikannya di sini sebab kawan-kawan sudah pun menyentuh hal ini, iaitu tentang adanya cadangan untuk memansuhkan PMR dan UPSR. Memang banyak sudah diperkatakan mengenai ini. Jadi, saya tidak mahu menghuraikan perkara ini. Apa pun keputusan kerajaan mengenai hal ini, saya percaya ia dibuat dengan begitu teliti dan penuh kajian yang dibuat untuk kebaikan anak-anak kita. Namun untuk rekod Tuan

74 DN.26.7.2010

Yang di-Pertua, sebagai pandangan saya sekarang ini - saya lebih suka kalau UPSR dan PMR ini dikekalkan. Jika ia sudah berfungsi sekian lama begitu baik, mengapa ditukar? Seperti pepatah Inggeris, “Why repair, if it is not broken?” Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Satu lagi hal yang sedang diperkatakan mengenai dengan umur seawal lima tahun, kanak-kanak kita boleh memulakan pembelajaran formal di dalam kelas. Ini adalah satu langkah yang bersifat inovatif bagi saya. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyampaikan ataupun memberikan pendapat tentang beberapa perkara mengenai hal ini.

Pertama, tentang prasekolah yang belum meluas di negara kita. Tidak menjadi masalah untuk memulakan persekolahan formal seawal lima tahun, kalau pelajar itu telah mengikuti kelas prasekolah iaitu tabika ataupun tadika. Bagaimana pula di luar bandar yang belum ada kelas prasekolah? Majoriti sekolah di luar bandar tidak mempunyai prasekolah.

Di pra sekolah, sepatutnya murid-murid sudah mula memahami ‘3R’ iaitu reading, writing and arithmetic. Oleh itu, jika kita memperkenalkan polisi ini dan mesti pastikan dahulu pra sekolah diwujudkan secara meluas di seluruh negara. Untuk ini, saya setuju dengan usaha kerajaan untuk menggalakkan para swasta melibatkan diri, sama-sama mengembangkan sekolah prasekolah ini dengan memberikan geran kepada mereka. Saya difahamkan bahawa RM10,000 diberikan kepada pengusaha pra sekolah di negara kita.

Kedua, bagaimana dengan kapasiti sekolah kita? Saya difahamkan bahawa jika dasar ini diperkenalkan, maka jumlah murid yang memasuki sekolah tahun satu iaitu melonjak tiga kali ganda - daripada 500,000 orang murid kepada 1.5 juta orang murid yang memasuki tahun satu. Jadi kapasiti sekolah kita harus dipertingkatkan sebelum kita memulakan program seperti ini.

Ketiga, bagaimana pula dengan tenaga pengajar kita? Cukup kah guru-guru yang terlatih untuk mengajar di sekolah kita ini? Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini saya telah terbaca di surat khabar bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, sahabat kita Yang Berhormat Dr. Puad Zarkashi telah memaklumkan bahawa, “Sabah and Sarawak schools are in a very bad shape.” Dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Beliau berkata, 3 peratus daripada 9,462 buah sekolah di seluruh negara yang telah diaudit dan disahkan sebagai dalam keadaan ‘teruk’ dan kesemuanya di Sabah dan Sarawak. Dengan ini, saya berharap kementerian akan membaiki atau menggantikan sekolah-sekolah itu dengan segera atau sekurang-kurangnya dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Tujuan kita ialah supaya jurang di antara sekolah di luar bandar dan bandar akan berkurangan.

Dalam kesempatan ini, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengambil perhatian terhadap penuntut-penuntut luar bandar. Saya difahamkan bahawa dasar kerajaan sekarang ialah kesemua penuntut yang mendapat keputusan 9A di dalam peperiksaan SPM, akan mendapat biasiswa daripada kerajaan. Namun pada masa yang sama, kerajaan juga tidak lupa kepada pelajar-pelajar luar bandar yang walaupun tidak mempunyai ataupun tidak mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan SPM. Akan tetapi oleh sebab mereka ini tinggal di luar bandar dengan keadaan yang berlainan daripada bandar, kerajaan akan memberikan juga kesempatan dan peluang kepada mereka untuk mendapatkan biasiswa tersebut. Saya mendengar ucapan dan jaminan ini daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ketika beliau berucap di Kota Kinabalu baru-baru ini, iaitu dua minggu yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang pendatang tanpa izin. Setiap kali saya berbahas di Dewan ini, saya kerap kali menyentuh perkara ini kerana ini adalah satu masalah yang dihadapi oleh negara kita, terutama sekali di Sabah. Oleh sebab seluruh negara tahu bahawa pendatang tanpa izin yang paling ramai saya rasa adalah di Sabah - walaupun sebahagiannya ada di Semenanjung Malaysia. Namun paling rumit sekali adalah di Sabah, sebab jumlahnya pun susah kita hendak tahu berapa sebenarnya. Penghantaran mereka kembali ke negara asal juga semakin rumit dan complicated, dengan izin Tuan Yang di-Pertua.

Saya hanya mengharapkan usaha untuk menangkap atau menghalang ‘P-A-T-I’ atau PATI ini untuk memasuki negara kita akan terus dibuat dan dipantau. Saya juga

DN.26.7.2010 75

mengharap supaya mereka yang sudah berada di negara kita seperti yang saya sebut tadi di Sabah akan berterusan, dan memastikan mereka ini dihantar balik kecuali mereka yang mempunyai dokumen yang sah. Di masa lampau, kita dapati bahawa ramai PATI ini masuk ke negara kita. Adakah ini kesilapan pegawai-pegawai kita? Di mana silapnya, Tuan Yang di-Pertua.

Saya mendengar bahawa ada ketirisan sewaktu mereka masuk ke perairan Malaysia. Di tengah laut berlakunya corruption. Saya pernah mendengar mengenai ini. Saya harap tidak betul. Akan tetapi, ini apa yang saya dengar dan kalau ini betul, maka harus diperbaiki supaya ketirisan itu akan diperbaiki. Pada masa yang sama, pendatang tanpa izin ini tidak dapat masuk ke negara kita.

Baru-baru ini, Menteri Kementerian Dalam Negeri telah memberi atau membuat cabaran kepada kita, khususnya kepada beberapa pemimpin-pemimpin di Sabah. Beliau mengatakan, “Beri saya bukti bahawa kad pengenalan MyKad diberi kepada pendatang tanpa izin. Kalau ada bukti, beri kepada saya.” Ini satu cabaran dan satu kehendak daripada Menteri.

Tuan Yang di-Pertua, saya boleh katakan di sini bahawa kami yang tinggal di Sabah ini memang telah banyak melihat bukti-bukti. Ini tidak menjadi persoalan dan isu. Memang banyak bukti – overwhelming evidence, dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Saya harap apabila kami memberikan bukti-bukti tersebut, maka Kementerian Dalam Negeri akan mengambil satu langkah yang tegas untuk mengambil tindakan bagi memperbaiki keadaan yang sudah lama menjadi masalah di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, seperkara lagi yang saya ingin bahaskan di sini, mengenai dengan memartabatkan mahkamah negeri. Saya tahu ini adalah isu state dan bukan federal, tetapi ada kaitan dengan judiciary ataupun badan kehakiman di Malaysia ini.

■1740

Sebanyak 70 peratus sampai 80 peratus penduduk Sabah Tuan Yang di-Pertua adalah terdiri daripada orang native atau orang ada degree. Jadi tidak hairanlah Sabah ini dan juga Sarawak mempunyai Native Court atau Mahkamah Anak Negeri. Apa yang dicadangkan oleh kita di Sabah sekarang ini ialah kita ingin memperkasakan lagi bukan sahaja undang-undang, substantive law dengan izin Mahkamah Anak Negeri ini. Akan tetapi, kita juga ingin memperbaiki prasarana kita mahu perbaiki physical development. Mahkamah Anak Negeri di Sabah yang saya nampak bukan sahaja tidak mencukupi tetapi dalam daif kedudukannya.

Jadi kerajaan juga sedang merancang untuk menubuhkan juga institut latihan untuk Mahkamah Anak Negeri dan saya difahamkan bahawa kementerian berkenaan di Sabah telah pun memohon peruntukkan yang secukupnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai atau membantu bangunan-bangunan untuk membina bangunan-bangunan ini demi untuk kebaikan orang native di Sabah. Untuk ini saya menyokong kerajaan Sabah supaya Kerajaan Persekutuan melihat tentang perkara ini, membantu kita memberikan peruntukkan yang secukupnya untuk membina bangunan-bangunan yang bakal memberikan kemudahan kepada orang native di Sabah.

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Baru-baru ini kita sudah - Senator wanita kita sudah menyebut tentang Wisma Wanita. Itu memang wujud di Sabah, dibelanjakan RM18 juta daripada Kerajaan Negeri Sabah. Saya berada di situ waktu isteri Perdana Menteri merasmikan bangunan itu yang tersergam indah dan isteri Perdana Menteri telah mengesyorkan kepada Kerajaan Persekutuan atau negeri-negeri yang lain supaya membina wisma seperti itu amat relevan kepada wanita dan juga kepada penduduk keseluruhannya. Sama seperti itu memperkasakan kemudahan seperti ini juga berkaitan dengan Mahkamah Anak Negeri, saya rasa relevan dan saya ingin merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya memberikan peruntukkan yang secukupnya kepada kerajaan Sabah.

Satu lagi program yang ingin saya sentuh Tuan Yang di-Pertua, adalah mengenai dengan syarikat penerbangan kita. Kita ada dua, satu AirAsia dan satu lagi MAS. AirAsia ini

76 DN.26.7.2010

adalah satu bajet airlines dan ia amat baik kerana dengan slogannya ‘Now everybody can fly’ memang betul sebab tambangnya berpatutan saya tidak katakan murah tetapi berpatutan dan memang ramai yang menggunakan AirAsia dan saya difahamkan oleh pegawai AirAsia Tuan Yang di-Pertua, bahawa potongan 50 peratus boleh diberi kepada Ahli-ahli Parlimen.

Apabila saya mendengar itu saya pun merasa senang hati sebenarnya sebab ia diberikan kepada kita sebagai MP dan juga ahli-ahli keluarga kita. Akan tetapi apabila saya menelefon, e-mel dan sebagainya apabila sahaja diterima dia kata “Oh! Potongan 50 peratus itu hanya terpakai kepada Ahli Dewan Rakyat sahaja, tidak kepada Ahli Dewan Negara”. Jadi saya rasa terkilanlah sebab Parlimen ini mengandungi dua dewan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Kalau terpakai dengan Dewan Rakyat kenapa tidak dengan Dewan Negara?

Jadi, saya berharap sangat supaya ada wakil-wakil yang boleh mencatat ini beri Kementerian Pengangkutan, mencatat ini menyampaikan kepada AirAsia supaya mengkaji balik polisi ini dan memberi kemudahan yang sama kepada Ahli-ahli Dewan Negara bukan Dewan Rakyat sahaja tetapi kepada Dewan Negara ini juga.

Kedua MAS ini, baru-baru ini saya difahamkan dan mengetahui bahawa tambang MAS rupa-rupanya sudah dinaikkan baru-baru ini. Tambang sudah naik bukan international tetapi domestik fair tambang penerbangan domestik telah dinaikkan. Tidak cukup dengan itu, saya juga mendapat tahu bahawa semua Enrich Gold pemegang itu dahulunya kalau kita ubah flight kita tidak perlu bayar penalti. Jadi itu satu kemudahanlah kepada kita sebagai Enrich Gold dan juga sebagai Ahli Parlimen. Akan tetapi, sekarang ini dasar mereka ubah dia kata semua mesti bayar, kalau tukar flight less than 24 hours kadarnya begini. Kalau more than 24 hours, kadarnya begini. Pokoknya bayarlah sekarang.

Jadi, saya pun kita berubah-ubah ini yang memang berat yang memberikan satu bebanan baru kepada kita ketidakselesaan kepada kita sebagai pengguna kedua-dua syarikat penerbangan tersebut... Satu lagi saya ingin sentuh di sini Tuan Yang di-Pertua ialah mengenai dengan Petronas. Petronas adalah satu syarikat GLC yang besar yang telah memberikan satu pulangan yang begitu besar kepada negara kita yang mempunyai untung RM70 bilion hingga RM80 bilion setahun memberikan bajet kepada kita, memberikan pulangan kepada negara kita untuk menampung bajet kita sebanyak RM40 bilion setahun. Satu sumber pendapatan yang besar di samping cukai-cukai yang dipungut daripada korporat-korporat dan juga rakyat semua. Akan tetapi, apa yang saya perhati dan saya ingin supaya dilihat oleh Petronas saya terbaca berita yang dibuat oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Hariss Salleh baru-baru ini. Saya ingin menyatakan itu di sini tentang beberapa perkara yang pertama ialah tentang kesediaan Petronas untuk mengambil ataupun menerima atau menempatkan ataupun memberi peluang kepada rakyat Sabah sekurang-kurangnya satu untuk duduk dalam ahli lembaga Petronas.

Sejak beroperasi di Sabah 1975 bertahun-tahun sekarang ini belum ada lagi ahli-ahli lembaga yang duduk dalam Petronas ini. Jadi, saya harap Petronas mulai hari ini kalau tidak ada sebab lain mengapa tidak diberi peluang kerana Petronas adalah satu GLC yang menjadi kebanggaan kita di negara kita.

Saya juga ingin nyatakan di sini bahawa Petronas haruslah membina infrastruktur gas dan minyak di Sabah. Kalau negeri-negeri lain yang mempunyai minyak seperti Terengganu dan Sarawak mempunyai infrastruktur minyak dan gas yang besar kenapa tidak di Sabah. Setakat ini tidak ada cuma satu ialah kilang methanol di Labuan dan belum ada di Sabah lagi.

Saya harap Petronas akan melihat ini dan menumpukan peluang kepada infrastruktur ini dibina di Sabah. Kalau negeri yang bukan pengeluar minyak seperti Melaka bukan mencemburui tetapi sebagai menekankan lagi poin saya. Kalau negeri Melaka contohnya yang tidak pengeluar minyak mempunyai infrastruktur minyak dan gas kenapa tidak di Sabah yang mengeluarkan begitu banyak barrel minyak setiap hari.

Ketiga mengenai yang harus katakan juga tentang kontraktor-kontraktor Tuan Yang di-Pertua. Saya harap Petronas akan memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor daripada Sabah untuk bertugas atau memberikan khidmat kontrak kepada Petronas.

DN.26.7.2010 77

■1750

Setakat ini, kontraktor-kontraktor datang dari luar daripada Sabah, itu tidaklah salah tetapi maksudnya di sini Sabah juga diberi peluang sama dalam melaksanakan kontrak Petronas.

Satu lagi yang saya ingin sentuh di sini mengenai dengan biasiswa yang diberikan oleh Petronas. Saya tahu bahawa Petronas setiap tahun memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar. Apabila Petronas membuka tawaran atau pelawaan kepada penuntut-penuntut, Petronas akan caj dan akan mengenakan bayaran RM20. Dapat atau tidak RM20 tetap jalan. Jadi, penuntut-penuntut kita yang luar bandar ini terpaksa bayar RM20 dahulu baru dapat memohon, itu pun belum tahu dapat. Kalaulah saya boleh cadangkan di luar bandar ini, yang golongan miskin tidak perlulah RM20 itu. Petronas begitu banyak untung berbilion-bilion, tidakkan RM20 pun mahu caj lagi kepada penduduk-penduduk luar bandar. Jadi, saya harap ini boleh diambil kira oleh Petronas.

Terakhir Tuan Yang di-Pertua, ialah mengenai dengan subsidi. Tidak lama dahulu kita telah mendengar kata-kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Berhormat Dato’ Sri Idris Jala. Dia kata bahawa kita akan bankrap, Malaysia akan bankrap pada tahun 2019 kalau kita tidak memotong subsidi-subsidi yang ada sekarang ini. Apabila saya mendengar itu saya merasa takut, saya tidak mahu negara saya bankrap.

Saya tidak mahu negara bankrap. Kita mahu negara kita terus maju, prosperous dan jauh sekali orang Sabah bilang ‘palis-palis.’ Janganlah ini akan terjadi. Saya tidak percaya Tuan Yang di-Pertua, saya tidak percaya Malaysia akan muflis tetapi kata-kata Yang Berhormat Dato’ Idris Jala itu ada hikmahnya juga.

Telah membuka mata untuk menumpukan perhatian kita kepada effect nya itu, kesan subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Mana boleh kita bankrap Tuan Yang di-Pertua. Kita mempunyai kekayaan seperti minyak, timah, getah, balak, minyak sawit dan sebagainya, kita punya kekayaan. Mana boleh kita muflis. Baru-baru ini kerajaan telah mengurangkan subsidi. 16 Julai baru-baru ini kerajaan telah mengurangkan subsidi bagi petrol, diesel, LPG dan gula. Ini adalah sebahagian daripada program rationalization dengan izin, subsidi negara kita. Saya tidak perlu menyebut berapa yang kurang dan berapa yang dipotong kerana kita semua tahu petrol RON95 dikurangkan, juga RON97 dan gula dikurangkan subsidinya dan harganya semuanya naik sekarang.

Saya menyatakan di sini bahawa saya menyokong usaha kerajaan dan tindakan kerajaan ini supaya kita boleh berjimat, boleh membuat penjimatan wang kita untuk menampung fiskal bajet kita setiap tahun. Kita membelanjakan RM7.82 bilion setiap tahun. Bayangkan sahaja Tuan Yang di-Pertua, RM7.82 bilion setiap tahun untuk subsidi sahaja.

Langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi baru-baru ini telah menjimatkan kerajaan lebih kurang RM750 juta setahun, itu permulaan tetapi nanti akhirnya akan saya percaya bahawa ia akan dikaji dan lambat laun. Walaupun ada mungkin nanti bantahan-bantahan daripada beberapa pihak di Malaysia. Seperti dahulu apabila bekas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengumumkan dahulu, banyak bantahan sana sini. Lalu kerajaan telah menimbang kembali dan mengemas kini subsidi.

Keputusan untuk mengurangkan subsidi ini akan membantu kerajaan kerana setakat ini subsidi ini sebenarnya telah menguntungkan orang-orang asing atau rakyat Malaysia yang kaya raya, yang mampu membeli tanpa subsidi. Tujuannya ialah membantu pemandu kereta-kereta kecil seperti kancil, motosikal yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Ini sebenarnya purpose ia, tujuan sebenarnya tetapi dengan subsidi itu maka semua pun mendapat manfaat orang kaya dan sebagainya, orang asing pun dapat. Maka wajarlah semua itu dilihat kembali.

Kedua, subsidi telah menyebabkan penyeludupan gula di negara jiran. Kita tahu bahawa saya terbaca dalam surat khabar bahawa gula diseludupkan ke negara jiran kita, melalui sempadan negara kita Thailand. Ini menyebabkan kerugian, ketirisan berlaku. Contohnya pada tahun 2009 ini, 200 metrik tan telah di seludup ke negara jiran.

78 DN.26.7.2010

Disebabkan harga gula kita rendah manakala harga gula mereka adalah tinggi, jadi berlakulah penyeludupan ke negara jiran.

Ketiga ialah saya setuju dengan rasional yang diberikan oleh kementerian bahawa dengan pengurangan subsidi ini ia akan mempromosikan cara hidup yang bebas dari gula. Mengurangkan gula untuk kesihatan. Saya rasa ia satu rasional ataupun sebab yang boleh diterima kerana ada kaitan dengan kesihatan kita. Saya rasa itu yang saya ingin sampaikan Tuan Yang di-Pertua. Maka dengan itu saya mohon menyokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Yang Berhormat Tunku Abdul Aziz.

5.57 ptg.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Seperti yang kita maklum, sekarang terdapat empat negeri berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Oleh kerana keadaan ini tidak biasa berlaku dalam keadaan biasa sebelum ini, yang mana sebelum ini kita hanya mendapati negeri Kelantan ditadbir di bawah PAS dan beberapa kali Terengganu bertukar kerajaan. Implikasi yang berlaku kepada Pulau Pinang dan Selangor amat besar.

Saya melihat perkara ini telah membawa satu keadaan di mana kakitangan kerajaan berada dalam dilema. Sama ada untuk berkhidmat pada rakyat dan kerajaan negeri ataupun mengikut arahan Kerajaan Pusat. Peranan kepada kakitangan awam ini ialah untuk memberi khidmat terbaik kepada majikan mereka iaitu kerajaan negeri yang berkuasa. Tidak kira sama ada mereka ini dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Sekiranya ia masih berada di tampuk majikan mereka yang lama dengan mengabaikan arahan kerajaan berkuasa. Juga menurut perintah majikannya dahulu ataupun Kerajaan Pusat, maka pihak yang menjadi mangsa bukan orang lain, ialah rakyat. Tuan Yang di-Pertua, seseorang kakitangan kerajaan perlulah berfikiran bahawa penumpuan di dalam kerjanya, mereka ialah untuk memberi perkhidmatan terbaik. Sama ada perkhidmatan itu dapat memenuhi permintaan-permintaan mereka yang memohon bantuan ataupun berusaha dengan bersungguh-sungguh. Agar rakyat mendapat seberapa banyak sokongan yang diperuntukkan oleh kerajaan.

■1800

Sekiranya mereka banyak melibatkan diri dalam aktiviti politik dalam membuat keputusan dan melengah-lengahkan arahan dengan alasan birokrasi, akhirnya perkara-perkara seperti ini akan membantutkan kerja. Akhirnya perkara seperti ini diperlihatkan sebagai menghukum rakyat yang memilih kerajaan itu.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya ingin mencadangkan kepada Ketua-ketua Setiausaha Kerajaan untuk menasihati kakitangan-kakitangan mereka supaya tidak bersikap seperti apa yang saya nyatakan. Terapkan mengenai sikap-sikap telus, bertanggungjawab dan harus ada pada seseorang kakitangan awam kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat dan bukannya memuaskan nafsu ahli-ahli politik yang tidak mempunyai kuasa sah di dalam kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara kedua yang saya ingin sentuh di sini ialah berkaitan dengan perkara TS 5.4 bertajuk ‘Rakyat Sihat, Masyarakat Produktif’. Saya faham usaha yang dijalankan oleh kerajaan melalui Klinik 1Malaysia yang menyediakan perubatan percuma. Namun saya dimaklumkan bahawa tiada doktor ditempatkan dan hanya ubat pening kepala sahaja yang diberi. Sering kita membaca di akhbar-akhbar di mana orang awam merayu untuk mendapatkan rawatan bagi perubatan. Saya berharap agar pihak kerajaan peka terhadap perkara ini bahawa keluarga-keluarga miskin tidak dikecualikan daripada mendapat bantuan perubatan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara ketiga ialah berhubung dengan pelancongan. Saya ingin juga menyentuh dasar baru kementerian dengan memperkenalkan Visa on Arrival (VOA) dengan izin, yang mana seperti kita maklum akan mengundang banyak masalah keselamatan. Pelaksanaan dasar ini kononnya untuk menggalakkan pelancongan di negara

DN.26.7.2010 79

ini. Atas dasar ini, ratusan hingga ribuan warganegara India misalnya telah didapati hilang di dalam rekod imigresen kita. Sekarang ini pun, kita sudah mempunyai banyak kes yang melibatkan pendatang tanpa izin dan kini kita dibebani dengan masalah hasil dari VOA.

Sekiranya kita mahu mengesani mereka yang masuk ke negara ini melalui VOA, kos yang terlibat berkali-kali ganda. Pihak-pihak yang terlibat akan mengalami kesukaran terutama sekali pihak imigresen dan polis. Selain itu, di dalam bidang pelancongan sendiri, saya melihat bahawa pihak Kementerian Pelancongan di pusat juga tidak bekerjasama dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pelancong negeri. Koordinasi sebagai mungkin tidak memberi gambaran yang menyenangkan pelancong-pelancong yang datang.

Tuan Yang di-Pertua, melalui perkara TS 4.2 bertajuk ‘Mengarusperdanakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional’, perenggan 74, hanya terdapat 23 peratus sahaja daripada tenaga kerja kita merupakan tenaga kerja berkemahiran tinggi. Daripada peratusan kecil ini, ramai di antara mereka yang tidak bekerja di dalam negara dan memilih untuk bekerja di luar. Ini menjurus kepada brain drain, dengan izin yang amat merugikan pembangunan negara yang mampan. Adakah kerajaan sedar mengenai perkara ini dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membawa mereka pulang dan berkhidmat di sini serta menggalakkan lebih ramai lagi pekerja mahir kita di luar negara. Faktor-faktor lain yang perlu diberi tekanan di dalam hal ini termasuklah dasar-dasar tertentu berhubung dengan kualiti pendidikan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan amalan rasuah yang berlaku di negara kita. Perkara ini sudah menular ke institusi kewangan kita yang sepatutnya memantau pergerakan ini di antara institusi-institusi kewangan kecil. Sehinggakan sekarang, Bank Negara Malaysia juga sudah tercemar dengan tahap integriti dan urus tadbir mereka.

Sekarang korupsi telah menguasai perjalanan pentadbiran di kedua-dua sektor iaitu swasta dan kerajaan. Malang sekali buat negara kita, rasuah telah menjadi amalan hidup kita. Tuan Yang di-Pertua...

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Mohon penjelasan.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Ya.

Dato’ Mohammed Najeeb bin Abdullah: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon penjelasan kerana nama institusi Bank Negara Malaysia disebut tadi sebagai sebuah badan ataupun institusi yang betul-betul seharusnya memainkan peranan penting dalam mengurus tadbir kewangan negara. Apabila dituduh rasuah, kita perlukan bukti. Mohon penjelasan. Terima kasih.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Ya, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, biar saya terangkan maksud saya tadi. Semasa saya berkhidmat di Bank Negara Malaysia, dahulu sudah lamalah. 40 tahun dahulu barangkali. Pesanan bagi not baru wang ialah di bawah kelulusan saya. Tidak ada persoalan masa itu bagi Bank Negara Malaysia menggunakan pihak orang tengah ataupun ejen di atas tujuan ini. Seperti kita sedia maklum, wang kertas RM5 yang kita guna [Sambil menunjukkan sekeping not RM5]. Ahli-ahli Yang Berhormat tengok. Ini ada satu plastik yang kita boleh nampak. Yang kita guna sekarang adalah hasil tempahan kita dari Australia. Gabenor sekarang telah disebut-sebut di luar negara sebagai beneficiary dengan izin. Sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam transaksi ini.

Kita maklum siapakah Gabenor Bank Negara Malaysia sekarang. Saya kira, bagi berlaku adil dan melindungi nama baik dan reputasi beliau dan Bank Negara Malaysia di mata dunia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu memberi komen terhadap laporan ini. Hanya dengan cara ini, beliau boleh menyelamatkan nama beliau. Saya bukan buat kritik kepada Gabenor ini. Gabenor ini ialah seorang yang saya sangat hormati. Namun kerana namanya sudah dikeluarkan di Australia, jadi saya ingat Gabenor patut menjawab.

■1810

Jadi, kalau dia tak menjawab dan duduk diam sahaja, barangkali orang ingat ini betul. Akan tetapi saya memang percaya dia tidak hendak masuk langsung dalam perkara

80 DN.26.7.2010

semacam ini. Jadi saya mintalah Gabenor jawab, kata dia tidak ada kena mengena dengan pasal ini. Jadi, nama dia itu tersangatlah dikatakan tinggi di dalam World Banking Community, dengan izin. Dia bukan seorang Gabenor yang biasa. Ini Gabenor exceptional.

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Boleh saya mencelah Tuan Yang di-Pertua? Saya rasa kalau Yang Berhormat Tunku Aziz mempunyai pandangan yang sedemikian kepada Yang Berbahagia Tan Sri Zeti Aziz, saya rasa adalah lebih baik Yang Berhormat Tunku sendiri untuk memberi penjelasan itu. Sebagai seorang kolonis yang berwibawa di satu masa dahulu, tentu sahaja kata-kata penjelasan daripada Tunku akan lebih berkesan. Saya rasa tidaklah wajar barangkali untuk Tan Sri Aziz untuk terlibat dalam perdebatan oleh orang yang cuba bersikap ‘lempar batu, sembunyi tangan’. Oleh sebab itu, kalau sudah memang demikian penghargaan Yang Berhormat Tunku kepada beliau dan saya juga mempunyai penghormatan yang seperti itu malahan barang kali lebih. Maka saya rasa ada baiknya pihak Yang Berhormat Tunku sendiri membuat penjelasan sedemikian apatah lagi dengan kedudukan Tunku sebagai orang nombor dua dalam parti opposite di sini. Terima kasih.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa pihak berkuasa Australia telah membawa perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bagi menyiasat dakwaan ini yang mana nilai rasuah dengan penglibatan ejen bernilai sehingga AUD47 juta. Jadi, ini seperti saya tengok di negara ini, kita guna nama orang lain. Sebagai ejen kita ambil duit itu tetapi kita kena pakai, perlu tambah lagi. Ini wang ataslah itu, ini. Jadi, ini semua perkara yang tidak betul. Macam Yang Berhormat kata tadi, saya ingat saya sendiri tulis surat kepada Gabenor kata...

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Bukan kepada Gabenor Bank Negara, kepada masyarakat Awam... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Saya rasa tidak wajar Tan Sri Zeti terlibat dalam perbahasan yang rasanya bersifat fitnah tadi. Adalah lebih baik kalau orang yang menghormati beliau seperti Yang Berhormat sendiri membuat penjelasan. Kalau dengan izin, a public explanation from defame, thank you.

Tunku Abdul Aziz bin Tunku Ibrahim: Terima kasih tetapi sekarang saya sudah berhenti, sudah tidak tulis lagi... [Ketawa] Okey, saya terima apa Yang Berhormat kata tadi. Nanti saya tulis lagi satu... [Ketawa] Persoalan yang kita ingin penjelasan ialah mengapakah perolehan awam seperti wang plastik RM5 ini kita memerlukan ejen yang bertindak bagi pihak kerajaan? Jadi, ini lagi satu perkara yang saya ingat tidak munasabah. Company yang cap duit-duit kertas ini ialah satu daripada anak company Reserves Bank of Australia. Jadi, tidak boleh kalau kita Bank Negara dengan Reserves Bank of Australia. Dahulu semasa saya bekerja di Bank Negara, kalau hendak order wang kertas baru ini terus Thomas De Larue dengan lagi satu printer terus, tidak payah orang tengah-tengah bukan? Jadi, kalau kita potongkan orang tengah ini, barangkali kita boleh mengurangkan rasuah di dalam negara kita. Kita jangan lupa bahawa rasuah telah menjadi faktor kejatuhan banyak negara di dunia ini.

Akhir-akhir ini, negara Greece yang mana berdasarkan kepada pemahaman pakar, rasuah di Greece begitu meluas termasuk di dalam pengecualian cukai yang diamalkan oleh rakyat Greece. Jadi, saya ingatlah patut kalau kita boleh cari jalan memotong orang tengah ini, barangkali baguslah untuk negara kita. Sekian, terima kasih. Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Silakan Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram.

6.15 ptg.

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kerana turut mengizinkan saya untuk membahaskan Rancangan Malaysia Kesepuluh sepertimana yang diketengahkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita pada 10 Jun yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, kita sedar bahawa jumlah wang yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh sebanyak RM230 bilion mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan rakyat, ekonomi dan juga infrastruktur negara dalam hala tuju pembangunan negara maju.

DN.26.7.2010 81

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesepuluh memberi fokus kepada

usaha meninggikan pendapatan dan kualiti hidup kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus yang terendah. Fokus khas kepada golongan yang terpinggir di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta juga pekerja estet di Semenanjung Malaysia. Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa sebanyak 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama akan diberikan bekalan air.

Di sini saya turut ingin bertanya, apakah langkah-langkah kerajaan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di sektor perladangan dan apakah status terkini berhubung dengan gaji pekerja-pekerja ladang? Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit tentang usaha kerajaan dalam mewujudkan perkhidmatan dan juga penyampaian yang mantap serta komited dalam segala urusan kerajaan. Perkhidmatan kaunter merupakan tunjang dalam mencerminkan perkhidmatan yang cemerlang. Ingin saya bertanya, apakah perkhidmatan kaunter yang disampaikan dapat menyediakan perkhidmatan yang cemerlang?

Pada masa yang sama, sila nyatakan senarai sepuluh jabatan yang teratas yang diadukan atas kelemahan-kelemahan dan rasa tidak puas hati dalam penyampaian perkhidmatan oleh jabatan kerajaan? Apakah kelemahan yang dilaporkan ini berpunca daripada kelemahan dari segi tenaga kerja ataupun kelemahan teknikal? Kalau ia adalah berpunca dari tenaga kerja, saya sarankan agar kerajaan dapat menumpukan perhatian yang sewajarnya dalam memperkasakan tenaga kerja perkhidmatan awam. Pembangunan modal insan harus diutamakan.

Latihan serta k-Ekonomi pegawai penjawat awam dapat dipertingkatkan bagi berganding bahu dalam merealisasikan pembangunan negara yang bersifat majmuk.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedia maklum bahawa penjawat awam di negara ini telah mencecah 1.4 juta orang. Daripada jumlah ini, lebih 70,000 lagi masih diklasifikasikan sebagai golongan kontrak. Saya menyeru agar jawatan kontrak ini dapat diserapkan kepada jawatan tetap. Saya faham akan masalah yang dihadapi dalam menyediakan jawatan tetap. Akan tetapi kelebihan penetapan jawatan tetap akan dapat memberikan jaminan kepada belia dan juga beliawanis negara kita menerajui kehidupan yang lebih selesa dan juga terjamin. Kita sedar bahawa jawatan kontrak dan juga jawatan sambilan tidak menjamin ketenteraman. Ramai daripada pegawai kontrak dan sambilan ini masih berada di dalam kategori umur 27 tahun dan ke atas. Saya menyeru agar masalah ini dapat diperkemas dengan kadar yang segera kerana kegagalan menyediakan kemudahan pekerjaan tetap boleh menjejaskan kedudukan ekonomi negara dan juga keamanan masyarakat terutamanya dalam era globalisasi.

Tuan Yang di-Pertua, saya melihat sistem pendidikan kita pada hari ini menuju ke satu persada pembangunan minda dan juga kualiti pembelajaran. Syabas saya ucapkan atas daya usaha kerajaan dalam mewujudkan satu komuniti yang berpengetahuan dan berwibawa dalam mengharungi masa hadapan pelajar-pelajar ini. Saya percaya dan penuh yakin bahawa peruntukan yang besar bagi sektor pendidikan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh akan menjadi paksi kepada sepuluh premis utama Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kita sedia maklum negara kita berbilang kaum, berbilang kumpulan etniknya. Pada masa yang sama saya percaya Rukun Negara akan menjadi tunjang perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Apakah rancangan Kementerian Pelajaran untuk menyemai elemen-elemen dan juga nilai-nilai patriotisme di dalam minda pelajar-pelajar kita? Bak kata pepatah, “Kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

■1820

Jika konsep ini diguna pakai, saya pasti golongan muda yang masih di bangku sekolah lagi akan dapat menghayati etika kehidupan yang mulia serta kefahaman agama, bangsa dan negara dan bagi menjamin perpaduan yang tidak berbelah bagi.

Tuan Yang di-Pertua, berucap mengenai isu pendidikan. Saya ingin menyatakan di sini bahawa langkah kementerian untuk meningkatkan nisbah guru-guru siswazah di sekolah-sekolah rendah daripada 28 peratus ke 60 peratus amat dialu-alukan. Hasrat

82 DN.26.7.2010

kerajaan untuk menjayakan, untuk menjadikan kerjaya perguruan itu satu profesion yang cemerlang, profesion yang menjadi pilihan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang amatlah murni.

Dalam aspek ini ingin saya bertanya, apakah usaha-usaha terkini kementerian untuk memartabatkan lagi institusi perguruan di negara ini? Apakah usaha-usaha kementerian untuk menjadikan kualiti pengajaran di semua sekolah baik di sekolah rendah, sekolah Tamil, sekolah Cina, sekolah-sekolah agama, sekolah-sekolah mubaligh Kristian agar kualiti pengajarannya semakin tinggi. Ingin saya bertanya berapa ramaikah guru siswazah di sekolah Tamil pada masa ini dan apakah rancangan kementerian untuk meningkatkan bilangannya?

Tuan Yang di-Pertua, Rancangan Malaysia Kesepuluh telah turut menyentuh pendidikan prasekolah di mana ianya diharapkan 87 peratus daripada pelajar kita akan dapat mengikuti kelas pra sekolah pada tahun 2012. Insentif sebanyak RM10,000 yang diberikan kepada pihak swasta untuk menubuhkan institusi pra sekolah swasta amatlah baik sekali tetapi adakah pihak kementerian sudah pun mengenal pasti syarat-syarat tertentu serta kriteria dalam pemberian insentif ini.

Apakah mekanisme pemantauan kementerian untuk menjamin kualiti dan juga sukatan pelajaran di pra sekolah swasta ini untuk mengelakkan eksploitasi dan agar duit kerajaan tidak membazir. Dalam aspek lain pula, kerajaan sedang menimbangkan untuk mengurangkan umur persekolahan formal dari 6 tahun ke 5 tahun. Apakah rasional kementerian dalam perkara ini dan apakah perancangan serta kajian yang akan dilakukan oleh pihak kementerian berhubung mengurangkan umur persekolahan formal.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh, kurikulum baru untuk sekolah menengah dan sekolah rendah akan diperkenalkan. KBSR akan diganti dengan KSSR pada tahun hadapan. Apakah aspek yang membezakan di antara kedua-dua kurikulum ini? Bagaimanakah ianya akan dapat menerapkan prinsip 1Malaysia? Syabas dan tahniah kepada pihak kementerian kerana kurikulum baru ini akan menjadikan sukan sebagai satu subjek bermula 2011. Dasar satu murid satu sukan amat penting dan dialu-alukan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha kerajaan kita menjamin pembangunan seimbang antara bandar dan juga luar bandar. Saya ingin menyentuh sedikit tentang kemudahan infrastruktur dan kemudahan awam luar bandar. Kita sedar bahawa sistem lingkaran jalan raya negara kita terutamanya di Semenanjung Malaysia adalah antara yang terbaik berbanding dengan negara-negara serantau. Menaik taraf serta menghubungkan bandar dan luar bandar haruslah dipertingkatkan dengan segera memandangkan ianya dapat membantu masyarakat luar bandar untuk menjana ekonomi mereka.

Saya dengan ini menekankan agar kemudahan sepertimana yang terdapat di Semenanjung ini dipanjangkan ke Sabah dan Sarawak. Walaupun kita dipisahkan dengan lautan namun hakikatnya mereka juga adalah warganegara kita yang dicintai. Saya mencadangkan agar keutamaan dapat diberikan kepada kawasan-kawasan persempadanan agar pembangunan ekonomi dapat dijana bukan sahaja dari negara kita sendiri tetapi juga dari negara-negara jiran yang bersempadan dengan kita.

Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh sedikit tentang badan-badan koperasi yang menjalankan perniagaan pinjaman kewangan. Saya memohon agar kementerian dapat memantau akan aktiviti yang dijalankan oleh koperasi-koperasi ini terutamanya dalam menyampaikan perkhidmatan pinjaman kewangan. Ini kerana banyak aduan yang mengatakan bahawa sistem pinjaman kewangan yang dilakukan merompak peminjam dengan pelbagai jenis caj yang dikenakan. Dalam sesuatu perjanjian yang ditandatangani itu, ada klausa-klausa yang berkepentingan kepada pemberi daripada peminjam dan agen-agen yang digunakan pula tidak begitu fasih dengan terma-terma yang disyaratkan dan ini menyebabkan salah representasi.

Ingin saya bertanya apakah jenis-jenis caj yang dibenarkan untuk pihak koperasi guna pakai serta jumlah kadar bunga yang diluluskan bagi sesuatu pinjaman itu. Selain itu, saya juga ingin memohon penjelasan berapakah jumlah koperasi keseluruhan negara dan daripada jumlah ini berapa banyakkah yang menjalankan perniagaan pinjaman kewangan?

DN.26.7.2010 83

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu kemasukan tenaga pekerja asing ke

Malaysia. Ingin saya ajukan soalan kepada Kementerian Sumber Manusia, apakah langkah-langkah kementerian serta usaha bagi menggantikan tenaga kerja asing itu dengan tenaga kerja tempatan? Apakah program-program khas yang telah dikenal pasti bukan sekadar program latihan kemahiran yang dianjurkan oleh kolej-kolej latihan kemahiran swasta. Ini terutamanya bagi pekerja-pekerja di restoran di mana kemasukan pekerja asing telah dibekukan kecuali bagi tukang masak. Jadi, bagaimanakah pihak kementerian menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam bidang ini kerana ada juga restoran yang terpaksa ditutup kerana ketiadaan pekerja.

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat yang sihat adalah aset, adalah penyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik dan juga produktif. Berhubung isu ini, ingin saya ajukan soalan kepada Kementerian Kesihatan, apakah rancangan kementerian untuk meningkatkan lagi kualiti kesihatan khususnya di kalangan wanita luar bandar. Khususnya kerana wanita luar bandar tidak begitu memandang serius akan kesihatan mereka ataupun kurang menjaga kesihatan mereka disebabkan oleh faktor-faktor sosio ekonomi dan juga sosio budaya.

Rancangan Malaysia Kesepuluh telah memberi perhatian yang khusus terhadap sumbangan serta peranan kaum wanita di dalam proses pembangunan negara. Ribuan terima kasih kami kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana keprihatinan Yang Amat Berhormat dalam agenda memperkasakan wanita. Apakah langkah-langkah yang telah dikenal pasti oleh pihak kementerian bagi meningkatkan penglibatan kaum wanita dalam bidang keusahawanan dengan memberi satu perhatian yang khusus dalam bidang francais.

Pada masa yang sama, apakah perancangan pihak kerajaan untuk meningkatkan peratus golongan wanita di dalam jawatan-jawatan penting peringkat pembuat keputusan dan juga jawatan-jawatan seperti ketua eksekutif dan juga ahli lembaga pengarah.

Apakah peluang latihan yang telah disediakan menerusi program khas tabung pembangunan sumber manusia bagi golongan wanita. Bercakap mengenai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, apakah sasaran program latihan Nur Bestari? Bagaimanakah sambutan terhadap program Jejari Bestari? Apakah status serta sambutan yang diberikan oleh kaum wanita terhadap program Smart Start iaitu satu program khusus yang berfungsi sebagai satu kursus pra perkahwinan bagi golongan muda atau pasangan muda yang belum berkahwin lagi.

Tuan Yang di-Pertua, bantuan kepada isi rumah 40 peratus terendah merupakan suatu yang amat perlu. Langkah Petronas yang telah memberikan komitmen dengan menyediakan sejumlah RM100 juta dalam bentuk bantuan keperluan makanan bagi mengurangkan beban isi rumah yang telah dikenal pasti menerusi penggunaan MyKad sebagai instrumen perolehan di semua kad Mesra Petronas amatlah dialu-alukan dan dicontohi. Di sini saya ingin menyeru agar GLC-GLC yang lain turut melibatkan diri dalam program-program sokongan sebegini sebagai sebahagian daripada CSR mereka. Dengan kata-kata ini Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Dr. Malasingam untuk berucap.

6.28 ptg.

Dr. Malasingam a/l Muthukumaru: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya ruang bagi turut serta di dalam Dewan yang mulia ini yang saya kira amat penting untuk saya membangkitkan beberapa perkara yang berteraskan kepentingan rakyat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita tempoh hari.

Saya berpandangan kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menggariskan satu formula pembangunan yang terbaik dalam tempoh masa yang singkat ini. Saya percaya dan yakin sekiranya bahang pembangunan ini terus dibarakan, nescaya Malaysia akan berada di paras pembangunan ekonomi yang kukuh selaras dengan negara maju dan berpendapatan tinggi di masa akan datang. Semua

84 DN.26.7.2010

pihak, pelbagai lapisan masyarakat bertanggungjawab dan perlu mentransformasikan diri masing-masing supaya tidak ketinggalan kelak.

Tuan Yang di-Pertua, kita sedar sektor-sektor swasta dan badan-badan berkanun telah diberi peranan untuk menerajui pertumbuhan ekonomi negara, namun saya melihat kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam bidang-bidang berkaitan pembangunan sosial dan modal insan, keselamatan serta kesihatan.

■1830

Program I am in Control oleh LPPKN. Tuan Yang di-Pertua, LPPKN telah melancarkan satu program yang dikenali sebagai I am in Control, dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan seks di sekolah-sekolah. Persoalannya adalah, umur pendidikan seks harus dimulakan pada umur berapa? Ramai golongan rakyat yang membantah agar pendidikan seks ini dilakukan pada umur yang jauh lebih muda.

Saya mengalu-alukan program I am in Control ini dapat dilaksanakan secepat mungkin di semua peringkat sekolah rendah dan jadikan satu subjek mandatori daripada dijadikan salah satu kokurikulum. Ini kerana ada penyelidikan yang dilakukan di negara-negara Sweden, Norway dan sebagainya membuktikan bahawa, penglibatan dalam aktiviti seks oleh remaja yang mengikuti program ini hanya melibatkan diri dalam aktiviti seks pada umur yang jauh lebih matang. Ia juga dapat mengawal penyakit yang berkaitan dengan seks, serta menjamin kadar remaja mengandung juga berada di paras yang amat rendah.

Pendidikan seks ini harus dilakukan di peringkat umur yang muda, iaitu di peringkat sekolah rendah lagi. Jika ini tidak dilaksanakan, ia bermakna sebagai tanggungjawab kerajaan dan kementerian kita akan mengabaikan satu penghindar, hak mereka sebagai remaja dalam menyediakan diri mereka menempuh masa depan mereka yang sihat.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menyentuh sedikit tentang kesihatan awam - Skim Penjagaan Kesihatan Kebangsaan, dengan izin, National Health Care Scheme. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mencadangkan agar Skim Penjagaan Kesihatan Kebangsaan ini dapat dilaksanakan dengan lebih mantap dan mendalam agar, semua rakyat kita dapat menikmati kemudahan-kemudahan perubatan dan rawatan terutama golongan yang berpendapatan rendah. Jika satu skim insurans dapat diwujudkan bersamaan dengan Skim Penjagaan Kesihatan Kebangsaan dan terma serta syarat-syaratnya dapat digariskan dengan terang, ia dapat menjamin akan akses perkhidmatan kesihatan. Ini juga boleh mengurangkan masa menunggu yang agak lama berbanding dengan swasta. Saya harap Menteri Kesihatan dapat memberikan perhatian yang serius dalam mengimplementasikan program ini dengan kadar segera. Pagi ini kita dengar di Dewan yang mulia ini, harga ubat yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan telah sampai RM174 juta. Ini boleh diatasi dengan National Health Care Scheme.

Klinik 1Malaysia. Sebagai pengamal perubatan, saya menerima baik Klinik 1Malaysia yang banyak membantu masyarakat tidak kira bandar mahupun luar bandar. Saya ingin mencadangkan agar Klinik 1Malaysia dapat dipanjangkan ke seluruh pelosok negara. Saya harap agar standard perkhidmatan ini dapat dipertingkatkan lagi dengan doktor-doktor yang bertauliah, serta mewujudkan satu klinik satu pakar. Ini secara tidak langsung akan menyediakan peluang untuk doktor-doktor ini melanjutkan pelajaran ke peringkat pakar, serta mewujudkan peluang karier yang lebih cerah serta dapat mengurangkan influx atau kelebihan doktor perubatan am pada masa akan datang.

Kedua, saya mencadangkan agar Kementerian Kesihatan mewujudkan tabung stem cells bagi merawat penyakit seperti cerebral palsy, multiple sclerosis, autism, liver cirrhosis, spinal cord injury, stroke, cancer dan sebagainya. Kita sedar bahawa keperluan stem cells ini kian meningkat dan akses bagi mendapatkan stem cells yang tepat amat menyusahkan dan mengambil masa yang lama untuk dibekalkan. Kita boleh mula mengumpul sumber stem cells ini daripada semua orang yang melahirkan anak di hospital kerajaan dan swasta. Dengan ini, kita juga dapat menjamin bekalan stem cells ini tidak terputus. Kita boleh harvest dengan izin, stem cells daripada embryos, menstrual blood, gigi bayi dan bone marrow, dengan izin.

DN.26.7.2010 85

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi isu yang ingin saya sentuh adalah berkaitan

tentang bekalan ubat-ubatan khasnya pil psychotropic drug. Kita sedar bahawa pil sedemikian boleh disalahkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Oleh sebab itu kawalan bekalan ubat ini terpaksa dikawal, Tuan Yang di-Pertua. Sebaliknya ramai pesakit yang masih bergantung dengan ubat ini. Oleh kerana tindakan orang yang tidak bertanggungjawab, ini adalah tidak betul untuk menghukum pesakit yang betul-betul memerlukannya. Saya cadangkan agar bekalan ubat ini dihadkan hanya kepada semua doktor yang berdaftar dengan jabatan kesihatan negeri bagi bekalan ubat ini. Dengan cara ini, kita dapat mengawal salah guna pil-pil sedemikian serta bekalan ubat ini dapat disampaikan kepada pesakit yang memerlukan.

Seterusnya, saya ingin bertanya berapakah jumlah doktor asing yang kini berkhidmat dengan kerajaan? Apakah doktor-doktor ini mempunyai kelebihan berkomunikasi, memandangkan komunikasi adalah elemen yang penting dalam bidang perubatan? Adakah doktor-doktor asing ini fasih dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris? Apakah kayu ukur yang diguna pakai bagi menilai kelayakan mereka berkhidmat di negara kita? Berapakah jumlah gaji dan elaun keseluruhan bagi doktor-doktor asing ini untuk setahun, dan berapa lama kontrak mereka?

Kes denggi. Tahun ini anggaran yang dikeluarkan oleh Menteri Kesihatan kes denggi ialah 26,927 dan kematian 91, berbanding dengan tahun 2009 pada masa yang sama ialah 26,770 dan kematian 66.

Saya cadangkan semua jabatan kerajaan berkaitan, termasuk jabatan kesihatan dengan rakyat Malaysia mesti ambil perhatian terhadap kesihatan yang sewajarnya sebelum endemik ini menjadi pandemik.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri ucapan saya, ingin saya menyentuh sedikit tentang tabung darah. Kita sering mendengar bahawa bekalan darah kita kadang-kadang menghadapi kekurangan yang amat kritikal sekali. Kita juga mempunyai rakyat yang amat prihatin terhadap sebarang suara keperluan kemanusiaan. Di antara mereka, berapa ramai yang menjadi penderma darah yang kerap atau lebih daripada 20 kali?

Saya percaya bahawa kemudahan yang diberikan sekarang ini tidak lagi menarik, dan kementerian harus mengkaji kemudahan-kemudahan ini supaya ia dapat menarik lebih ramai lagi penderma darah di seluruh negara. Saya ingin cadangkan agar penderma-penderma darah ini yang menderma lebih daripada 30 kali dan ke atas diberikan penghormatan, seperti pemberian pingat-pingat kebesaran seperti PJK, PPT dan sebagainya bagi menghargai jasa. Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Minta Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim untuk berucap.

6.39 ptg.

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera kepada Ahli Yang Berhormat.

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana mengizinkan dalam masa yang singkat ini untuk saya mengemukakan beberapa pandangan, meskipun Tuan Yang di-Pertua, saya sudah hilang momentum pada petang ini. Saya merakamkan satu penghargaan yang cukup tinggi kepada Ahli-ahli Dewan yang setia pada persidangan ini, lebih-lebih lagi kepada Yang Berhormat Menteri dan Yang Berhormat Timbalan Menteri yang sanggup bersama-sama kita sampai ke akhir persidangan ini.

■1740

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak ada lagi Timbalan Menteri.

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Mungkin...

86 DN.26.7.2010

Timbalan Yang di-Pertua: Menteri sahaja seorang.

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Penolong Yang Berhormat Menteri tidak mengapalah, alhamdulillah.

Timbalan Yang di-Pertua: Tahniahlah kepada Menteri yang sanggup bersama-sama kita di petang ini.

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Tuan Yang di-Pertua, meskipun saya telah mula hilang momentum untuk bercakap tetapi izinkan kepada saya untuk mengemukakan beberapa pandangan. Secara keseluruhannya ialah apa yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Perdana Menteri mengemukakan Rancangan Malaysia Kesepuluh. Pembentangan ini adalah merupakan suatu impian, impian seorang pemimpin untuk melihat bagaimana rakyat, kakitangan awam, penggubal dasar dan seluruhnya dapat menerima hakikat supaya ia dapat diterjemahkan di dalam suatu realiti di dalam pembangunan negara kita ini.

Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, di antara dreaming dan realiti inilah kita lihat beberapa perkara telah dikemukakan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. Dikemukakan sepuluh premis utama dan disokong pula oleh beberapa strategi-strategi tertentu untuk melihat bagaimana pelaksanaan terhadap dasar Rancangan Malaysia Kesepuluh ini dapat diterima oleh semua rakyat dan khususnya di peringkat akar umbi kepada rakyat jelata.

Dijauhkan oleh Allah SWT kepada saya bukan belia untuk mewujudkan satu suasana ataupun keadaan dengan izin, suatu contradiction di antara kerajaan, pembangkang kerana kita lihat di dalam Dewan Negara ini cukup harmonis. Akan tetapi apa yang saya ingin utarakan di sini ialah sebagai suatu pandangan bagi membolehkan diri kita dan pihak kerajaan bermuhasabah. Apa yang perlu kita lihat ialah masa depan kepada seluruh rakyat jelata kita.

Prinsip asas yang pertama ialah Tuan Yang di-Pertua, dalam masa yang singkat ini saya hendak sebut kita mesti menerima hakikat bahawasanya kita telah dianugerahkan oleh Allah SWT dengan suatu keadaan geografi dan juga politik yang cukup stabil, yang cukup harmoni. Keadaan geografi ini seharusnya diterima oleh pihak kerajaan dan juga diterima oleh rakyat. Anugerah daripada Allah SWT kepada negara kita dengan keadaan muka bumi yang cukup baik, struktur muka bumi dan tanah yang cukup subur untuk kita bertani, berladang, suasana pantai dan alam semula jadi yang cukup indah. Kita juga dikurniakan dianugerahkan oleh Allah SWT satu sumber hasil kekuatan sumber hasil bumi yang cukup sihat.

Lalu pendekatan itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menekankan kepada beberapa perkara dari segi bidang ekonomi utama negara. Kita memerlukan sebuah kerajaan yang transparent dengan izin. Di peringkat pusat dan juga peringkat negeri-negeri sama ada negeri di bawah pimpinan oleh Barisan Nasional ataupun negeri di bawah pimpinan daripada pembangkang pada hari ini. Misalnya, Kementerian Pertanian meskipun kita mempunyai pakar-pakar kita meletakkan pegawai terlibat secara langsung di dalam research dan juga development dengan izin.

Kita mempunyai pegawai-pegawai MARDI yang cekap tetapi kalau kita tidak dianugerahkan bumi yang subur kita tidak mampu berbuat apa-apa. Akan tetapi alhamdulillah negara kita ini kalau letak benih sawit, sawit akan hidup baik dan sekarang ini kita muncul sebagai pengeluar sawit yang cukup besar dan ternama di dalam negara. Kita tanam benih koko, koko hidup subur. Kita tanam getah, getah hidup subur dan alhamdulillah kita menjadi pengeluar terbesar di dalam dunia ini dan ini kita perlu bersyukur.

Persoalan yang ingin saya kemukakan ialah kerajaan seharusnya meningkatkan lagi usaha bagaimana kita dapat mengekalkan kita sebagai pengeluar utama getah di dalam dunia ini. Bukan sahaja mengekalkan dari segi produktiviti tetapi kita mengekalkan harga supaya dapat boleh membantu dan menyokong kepada keperluan di peringkat akar umbi di peringkat bawah. Pekebun-pekebun kecil dengan kejatuhan harga getah, dengan kejatuhan harga kelapa sawit kita mesti menumpukan sepenuhnya. Kerajaan mesti menumpukan sepenuh kekuatan dan seluruh tenaga untuk menumpukan bidang-bidang

DN.26.7.2010 87

yang boleh memberikan suatu kesan propaganda yang cukup besar yang kelak akan memberikan suatu kesan kepada seluruh rakyat.

Kita bergerak ke arah negara maju. Kadangkala pemimpin kita dengan izin daripada Tuan Yang di-Pertua saya hendak sebut, kadangkala ucapan daripada pemimpin-pemimpin besar kita ini sering kali dihidangkan suatu ucapan manis kepada rakyat jelata sehinggakan leka kepada tanggungjawab asas iaitu kita mesti mempertahankan keadaan sebenar kita. Kita sebagai pengeluar utama getah sebagai pengeluar utama kelapa sawit dan kita juga boleh hidup subur boleh tanam subur benih-benih yang lain di negara lain.

Kalau negara kita ini sebagaimana negara sebelah lain negara Timur Tengah sebagainya yang cukup gersang, ketandusan dipenuhi dengan gurun maka saya yakin pada masa itu pakar dari mana sekalipun tidak dapat menembusi, dapat menguasai bidang pertanian sebagaimana yang dianugerahkan di negara kita. Bererti satu anugerah yang cukup besar.

Kita juga dikurniakan gas dan alhamdulillah beberapa buah negeri telah ternyata sebagai pengeluar minyak dan gas. Negeri Sarawak, negeri Terengganu, negeri Kelantan akhir-akhir ini juga muncul sebagai salah sebuah negeri yang di kira sebagai pengeluar minyak dan gas. Maka kita harap dengan anugerah dari Allah SWT ini kepada kita, harap kepada Kerajaan Pusat mesti transparent. Sekiranya hasil itu sepatutnya dipulangkan kepada kerajaan negeri kita beri kepada kerajaan negeri.

Insya-Allah, sekiranya kita melaksanakan sesuatu yang benar maka kita yakin suatu ketika juga hasil akan melimpah ruah kepada Kerajaan Pusat.

Sekiranya itu merupakan rezeki kepada kerajaan negeri Terengganu kita pulangkan balik pada negeri Terengganu. Sekiranya rezeki ini juga jatuh kepada negeri Sarawak kita pulangkan balik kepada negeri Sarawak. Oleh sebab itu kepada saya impian dan realiti ini menjadi satu persoalan pokok di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh ini. Impian daripada dasar kerajaan ini mesti diterjemahkan oleh para pegawai, kakitangan awam misalnya untuk melaksanakan sepenuhnya supaya dapat memberikan suatu hidangan yang terbaik kepada seluruh rakyat jelata di dalam negara kita ini.

■1850

Perkara ketiga yang saya hendak sebut Tuan Yang di-Pertua, kemunculan negara kita ini mestilah berdasarkan kepada kebijaksanaan para pemimpin. Misalnya Kementerian Belia dan Sukan. Baru-baru ini setiap restoran, setiap tempat awam dan NGO, semua sekali memasang skrin besar untuk tonton Piala Dunia. Daripada budak yang sekecil-kecilnya hingga pada peringkat dewasa semuanya bercakap soal pemain-pemain hebat di dalam siri Piala Dunia.

Orang tua, budak apabila disebut Maradona, orang kenal sebagai seorang pengurus pasukan Argentina. Semua sekali minat. Daripada PAS pun minat, daripada Barisan Nasional pun minat, MIC pun minat, DAP pun minat, bola sepak semua sekali minat. MCA pun minat. Sifu saya, Yang Berhormat Dato’ Musa pun minat... [Ketawa] [Tepuk] Saya kemukakan dalam Dewan yang mulia ini ialah, pemikiran pemimpin kita ini mesti global. Pemimpin negara kita juga mesti bertaraf dunia. Misalnya Kementerian Belia dan Sukan.

Saya hendak cadangkan dalam Dewan yang mulia ini supaya kita mengenal pasti bidang-bidang sukan yang boleh kita utamakan untuk melahirkan beberapa jaguh dunia. Kita merasa segan dan merasa aib apabila kita melihat pasukan Korea dan juga Jepun yang dahulunya kita pernah menewaskan dari sudut 2-1, 3-0, 3-3, 2-2 tetapi sekarang ini sudah meninggalkan kita 10 tahun ke belakang. Sudah meninggalkan kita. Kementerian Belia dan Sukan sepatutnya mengkaji bagaimana untuk menilai kembali supaya dapat melahirkan jaguh ternama di dalam bola sepak, mewujudkan pasukan terbaik dan terbilang.

Dahulu kita pernah mendengar orang bercakap, apabila cakap soal sukan orang sering menyatakan bahawasanya kita orang Melayu tidak boleh setanding dengan orang putih kerana langkah orang putih ini sekali dia langkah, tiga kali orang Melayu melangkah. Sekali orang Negro melangkah, tiga kali orang Malaysia melangkah.

88 DN.26.7.2010

Maka saya hendak cadangkan kepada Kementerian Belia dan Sukan supaya kita

memilih suatu bidang yang tidak memerlukan suatu loncatan yang besar, langkah yang hebat. Sukan ping pong misalnya, bola sepak sekarang ini telah boleh diterima umum dan Jepun, Korea Selatan dan Korea Utara telah menunjukkan suatu iktibar yang terbaik, yang boleh menjadi suatu rujukan kepada kita dan juga pedoman kepada kita bagaimana Jepun membangunkan sukan. Bagaimana Korea Utara membangunkan sukan dan bagaimana Korea Selatan membangunkan sukan. Selamat datang Yang Berhormat... [Merujuk kepada Yang Berhormat Datuk Abdul Rahman bin Bakar]

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Kenapa marah-marah?... [Ketawa]

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Hilang momentum. Bermakna Tuan Yang di-Pertua, kita boleh memilih beberapa bidang sukan yang tidak memerlukan size yang besar. Saya cukup tertarik dengan pandangan beberapa Ahli Yang Berhormat sebelum daripada ini, yang menyatakan sesetengah daripada bidang sukan ini, sedikit sahaja sumbangan daripada pihak kementerian melahirkan jaguh-jaguh badminton, melahirkan jaguh-jaguh bowling dan sebagainya. Saya tidak menafikan peranan kementerian.

Jauh daripada itu, minta dijauhkan oleh Allah SWT daripada sifat riak saya, sekadar untuk memfitnah kepada kementerian berkenan tetapi sekadar mengingatkan kepada kementerian berkenaan supaya kita dapat bermuhasabah.

Boleh mewujudkan beberapa atlet ternama, bidang sukan yang terbaik dan boleh menonjolkan negara kita setanding, seiras dan seiring dengan pembangunan ekonomi di dalam negara kita pada hari ini.

Perkara seterusnya Tuan Yang di-Pertua, dalam bidang pelancongan. Kita telah dianugerahkan oleh Tuhan, keadaan muka bumi, pantai dan gunung-ganang serba indah. Kita berharap kepada Kementerian Pelancongan supaya tidak ada pilih kasih dalam usaha menarik pelancong daripada luar kepada setiap negeri. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri dan Timbalan Menteri Pelancongan pada hari ini, alhamdulillah tidak ada pilih kasih dari sudut menarik pelancong datang ke Malaysia. Tinggal lagi dalam usaha kita menarik pelancong ini kita mesti berwawasan besar.

Kita bukan sekadar menyerah kepada takdir, kita mempunyai alam semula jadi yang cukup hebat dan mampu menarik pelancong, tetapi kita memerlukan suatu pembinaan infrastruktur yang baik. Saya hendak mencadangkan dalam Dewan ini oleh kerana Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar pun hadir, saya hendak cadangkan supaya landasan kereta api dari Johor Bahru ke Kota Baharu melalui Pantai Timur, melalui negeri Terengganu sebagai industri pelancongan baru.

Datuk Abdul Rahman bin Bakar: Saya sokong... [Ketawa] [Tepuk]

Tuan Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim: Terima kasih. Sekarang ini apabila bercakap soal pelancongan bukan hanya bercakap soal menyerah diri kepada takdir, menyerah diri kepada alam semula jadi. Pelancongan kereta api cukup hebat kerana Singapura telah menerima suatu pelancongan yang cukup hebat, bukan sahaja dari Timur Tengah tetapi juga dari sebelah China, Jepun dan Taiwan. Maka sekiranya ada suatu landasan kereta api dari Singapura kepada Kota Baharu melalui Pantai Timur, saya yakin suatu industri pelancongan baru melalui kereta api. Ini tidak. apabila sebut soal pembangunan landasan berkembar nampak Pantai Barat sahaja. Marah ini... [Disampuk]

Alhamdulillah, buatlah di Pantai Barat tetapi jangan lupa Pantai Timur. Terengganu sudah lama tidak nampak kereta api, Tuan Yang di-Pertua pun faham. Dari sudut pelancongan juga, kementerian harus mengawasi pertumbuhan serta percambahan homestay setiap kampung. Saya malu kepada rakan-rakan saya dari luar misalnya. Ada yang minat homestay, seolah-olah tidak tahu peraturan. Check in pada hari Khamis dengan izin, keluar hari Jumaat dan dia charge dua hari Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita tanya balik, kenapa charge dua hari tidak follow hotel, tidak ikut sistem hotel, saya kata “makcik charge macam ini.” “Selalu macam ini” dia kata. Masuk hari Khamis keluar hari Jumaat, charge dua hari.

DN.26.7.2010 89

Sebagai Ahli Dewan Negara saya terfikir bahawa sesuatu keputusan mesti diambil

oleh pihak kerajaan bagi memastikan pengusaha homestay ini melaksanakan suatu tanggungjawab selaras dengan perkembangan industri pelancongan dalam negara kita. Kena panggil dia orang ini kursus. Ini kerana dia orang pun buat duit, bukan tidak dapat duit. Buat kursus yang Terengganu buat di Kuala Terengganu, yang di Pahang buat di Kuantan, insya-Allah. Saya malu, saya malas hendak menyebut negeri-negeri mana yang terlibat tetapi banyak tempat. Bermakna kita mesti ada sesuatu pengawasan tertentu.

Dari segi pendidikan, saya menarik perhatian daripada beberapa hujah yang dikemukakan oleh rakan-rakan Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum daripada ini dan jawapan daripada Timbalan Menteri pada pagi tadi. Saya hendak menambah, pandangan saya ialah jawapan dari pihak kerajaan apabila disebut soal jurang pendidikan di antara bandar dan luar banar. Maka seolah-olah pihak kerajaan menjawab kita akan mengisi kekosongan. Apa yang kita hendak Tuan Yang di-Pertua, ialah apakah usaha pihak kementerian bagi memastikan jurang pendidikan pelajar luar bandar dengan bandar. Ini yang kita hendak. Bukan hanya sekadar kosong di luar bandar, isi dengan guru. Bukan itu jawapannya.

■1900

Akan tetapi yang kita hendak ialah mutu pendidikan pelajar luar bandar supaya setanding dengan mutu pendidikan dalam bandar. Bagaimana cara hendak mengatasi perkara ini? Maka terpulanglah kepada kebijaksanaan pihak kementerian yang mempunyai pakar-pakar.

Bagaimana hendak mencari suatu formula bagi memastikan pendidikan luar bandar itu seimbang dengan pendidikan di dalam bandar? Kalau patut bagi insentif kepada guru pakar, turun ke luar bandar, bagilah. Ini buang political modus ini, biar political decision. Saya bercakap soal pendidikan.

Saya yakin rakan-rakan Ahli Yang Berhormat juga bersetuju, kita hendak lihat pelajar luar bandar ini cemerlang. Pelajar luar bandar ini, Tuan Yang di-Pertua, cerdik-cerdik. Kalau kita kaji sejarah pelajar luar bandar ini, belajar dengan pelita ayam, belajar bahasa Inggeris Darjah 1 sampai Darjah 6 dengan sebuah buku sahaja. Buku Darjah 1 pun buku itulah, ‘Asiah and ...’ buku Darjah 6 pun ‘Asiah and...’ pun boleh bercakap Inggeris. Bermakna mentaliti pelajar luar bandar ini lebih baik. Yang jadi profesor-profesor pada hari ini, asal daripada pelajar-pelajar luar bandar, padahal sistem pada masa itu belajar Sains pun buku yang sama, Geografi pun buku yang sama.

Apa yang diajar? Bangun pagi-pagi siram pokok bunga pun boleh jadi profesor pada hari ini. Betulkah?... [Disampuk] Jadi Ahli Dewan Negara pun banyak... [Ketawa] Maka kita berharap dan mohon kerjasama daripada pihak Kementerian Pendidikan, brainstormlah. Carilah satu medan yang terbaik, bersidanglah di kalangan para pakar ini bagaimana kita hendak menyeimbangkan pendidikan di luar bandar dengan yang di bandar.

Seterusnya ialah gaji minimum kepada pekerja-pekerja kilang. Kita boleh terima alasan yang diguna pakai oleh pihak kilang sebelum daripada ini dengan alasannya ialah kerana ekonomi merudum dengan menurunkan sistem upah yang cukup rendah, tetapi Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini ekonomi kita pun lebih baik. Ada sesetengah daripada kilang-kilang ini masih lagi menetapkan harga yang cukup rendah, sampai peringkat RM400 sebulan. Menggunakan alasan ekonomi kita merudum itu sampai ke hari ini duk merudum lagi. Jadi, sampai bila?

Dengan RM400 ini tinggal di dalam bandar, EPF pun di situ, SOCSO pun di situ, elektrik pun di situ, air pun di situ. Jadi, kepada saya, kita memerlukan suatu kajian yang lebih mendalam bagi memastikan upah minimum ini kerana didapati terlalu rendah dan pihak pemilik-pemilik industri harus mengkaji semula. Begitu juga rumah-rumah untuk golongan miskin ini dikaji supaya kita dapat memberikan satu perkhidmatan yang terbaik dan kalaulah semua pihak ini dapat bersyukur, Kerajaan Pusat sendiri dapat bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah, kerajaan negeri boleh bersyukur, sepatutnya bagi kepada kerajaan negeri, kita arah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kita arah MITI, kita arah Kementerian Pelajaran untuk laksanakan, arah.

90 DN.26.7.2010

Saya yakin kalau tidak ada suatu batasan politik yang terlalu rigid, insya-Allah

negara kita ini akan menjadi satu negara yang cukup damai, harmoni dan bahagia. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Bermaksud, “Negeri yang diredai oleh Allah SWT”. Sekian, Wassalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh. Saya pohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat yang telah berucap dengan begitu bersemangat sekali sehingga nampaknya tadi tinggal 12 orang, saya tengok dari sini, nampaknya sekarang hampir separuh Ahli-ahli Yang Berhormat masuk balik ke Dewan. Tahniah Yang Berhormat. [Tepuk] Minta pembahas yang terakhir, Yang Berhormat Tuan Lee Cheam Choon untuk berucap.

7.05 ptg.

Tuan Lee Cheam Choon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Ketawa]

Tuan Lee Cheam Choon: Dipengaruhi kerana duduk di sini.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak boleh jawab. Saya tidak boleh jawab... [Ketawa]

Tuan Lee Cheam Choon: Kalau dahulunya masa kecil itu, Pak Haji-Pak Haji menjawab. Bila saya bagi salam, dia jawab tetapi itu kelmarinlah. Ini sekarang sudah tidak boleh lagi, tidak tahulah kenapa.

Tuan Yang di-Pertua, dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai Rancangan Malaysia Kesepuluh di Dewan Rakyat pada 10 Jun, di dalam kandungannya, muka surat 30, TS 3.2, tajuknya “Meneruskan Dasar Keadilan Sosial”, perenggan yang ke-56. Kerajaan menyedari tanggungjawab dan komitmen daripada kuasa politik yang diberikan oleh rakyat terhadap matlamat keadilan sosial. Oleh itu kerajaan bertekad akan menghebat dasar-dasar yang mengutamakan keadilan sosial. Saya percaya masalah yang dihadapi oleh rakyat sama ada di kampung pedalaman, estet ataupun kampung baru Cina boleh diatasi sekiranya perhatian yang khusus diberikan untuk menanganinya.

Oleh kerana itulah melalui tinjauan, Tuan Yang di-Pertua, saya inginkan maklum balas tentang kesulitan yang dihadapi oleh rakyat. Perenggan 62, penduduk yang tinggal di kawasan kampung baru Cina akan diberi bantuan. Kini terdapat 280,000 isi rumah yang tinggal di kawasan kampung baru Cina untuk membantu mereka membuat pembayaran premium tanah bagi pelanjutan tempoh pajakan, mereka akan disediakan pinjaman mudah yang akan disalurkan melalui Bank Simpanan Nasional. Untuk ini, sebagai permulaan dana pembiayaan, sebanyak RM100 juta akan disediakan. Selain daripada itu, untuk menangani isu-isu masyarakat yang lain, Jawatankuasa-jawatankuasa Kabinet mengenai hal ehwal kaum India dan bumiputera Sabah dan Sarawak akan diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 50-an, kampung baru Cina telah wujud di dalam konteks Malaysia. Ia diwujudkan di bawah Ordinan Kecemasan semasa darurat untuk menangani serangan komunis. Kampung baru Cina adalah sebahagian daripada sejarah dan kebudayaan kaum Tionghoa di Malaysia. Ia mempunyai ciri-ciri tersendiri dan kebanyakannya diduduki oleh penduduk selama lebih daripada 50 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya pernah berkhidmat sebagai pegawai kemajuan perkampungan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang ditempatkan di daerah Melaka Tengah dan tugas-tugas saya adalah untuk mengumpul maklumat masalah-masalah kampung baru Cina dan juga mengatasinya. Selama lapan tahun saya berkhidmat, sejak 1987 hingga ke 1995. Selepas itu saya letak jawatan disebabkan elaun dan gaji yang saya terima itu tidak dapat menampung keluarga saya... [Ketawa]

Sampai ke hari ini, masalah-masalah yang saya kumpul, maklumat-maklumat yang saya dapati pada masa itu sampai kini sudah 15 tahun, masih berlanjutan lagi dan masih wujud lagi. Kini kampung baru Cina masih lagi menghadapi banyak masalah sosioekonomi. Yang pertama, hak milik tanah. Hak milik tanah masih belum diselesaikan setelah lebih daripada 50 tahun menduduki tanah ini, masih ada penduduk-penduduk yang diketepikan hak milik tanah mereka.

DN.26.7.2010 91

■1910

Kerajaan haruslah memberi jaminan dalam pemilikan hak tanah kepada mereka yang telah berusaha membangunkan tanah ini. Di sini juga, ingin saya mencadangkan supaya kerajaan memberi hak milik tanah secara automatik kepada penduduk yang telah lama bertungkus-lumus mengusahakan tanah ini. Kerajaan telah bersedia memberi pinjaman mudah kepada penduduk. Saya rasa ini adalah satu langkah yang amat dihargai.

Masalah kedua kekurangan kualiti kemudahan asas, taman rekreasi, dan infrastruktur serta penyelenggaraan maintenance dengan izin yang kurang memuaskan. Kerajaan haruslah membuat satu pendekatan untuk membuat perancangan yang teratur supaya semua kampung baru Cina mempunyai satu pelan induk yang terkandung di dalamnya butir-butir mengenai kemudahan asas yang sedia ada seperti air, elektrik, sekolah, klinik dan kemudahan rekreasi, jalan raya dan juga keperluan, kemudahan, kesempatan pembangunan ekonomi supaya penduduknya dapat meninggikan taraf hidup mereka.

Pelan induk ini juga harus mempunyai data seperti demografi, pekerjaan dan pendapatan penduduk. Perlu juga ditambah di sini iaitu kualiti penyelenggaraan kemudahan ini juga harus diberi perhatian yang teliti. Akibat peruntukan wang yang tidak menentu, kualiti kemudahan-kemudahan ini telah merosot dengan teruk. Ini perlu diperbaiki segera.

Masalah yang ketiga pula, kadar perlanjutan pajakan tanah yang tidak standard. Satu mekanisme untuk menentukan asas atau basic, kadar perlanjutan pajakan tanah harus dikemukakan oleh KPKT iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya tidak berlaku ketidakpuasan dan berlaku adil terhadap penduduk.

Seterusnya, masalah yang keempat mengintegrasikan kampung-kampung baru Cina ke dalam arus pembangunan nasional di kawasan bandar dan luar bandar. Setelah kampung baru Cina yang terletak berhampiran dengan pusat bandar telah mengalami arus pembangunan yang pesat, proses urbanisasi telah mengubah ciri-ciri tipikal sebuah kampung baru Cina.

Keperluan mereka tidaklah sama seperti keperluan kampung baru Cina yang terletak di luar bandar. Kesesakan menjadi salah satu masalah yang besar. Kerajaan haruslah mengemukakan cadangan bagaimana harus mengintegrasikan kampung baru Cina di bandar ke dalam arus pembangunan nasional dengan mengambil kira pembangunan ekonomi yang dialaminya seperti kos hidup yang juga lebih tinggi, masalah sosial bandar dan guna tanah di persekitarannya.

Di sini, ingin saya kemukakan soalan saya iaitu adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan program khususnya untuk membasmi kemiskinan dan menangani gejala sosial di kampung baru Cina? Adakah kerajaan bercadang untuk memperkenalkan program untuk memupuk perpaduan antara kaum di kampung baru Cina? Untuk mengurangkan masalah kesesakan kampung baru Cina, saya ingin bercadang supaya kerajaan memberi keutamaan kepada penduduk kampung baru untuk membeli rumah kos rendah supaya mereka dapat ditempatkan semula.

Masalah yang kelima pula, perwakilan kampung baru Cina. Saya juga ingin satu mekanisme supaya semua Ketua Kampung Baru Cina diberi peluang untuk mewakili di dalam mesyuarat-mesyuarat kampung sama ada pada peringkat negeri atau pun persekutuan supaya mereka tidak tercicir dari arus pembangunan.

Seterusnya, ingin saya sentuh mengenai Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak lebih daripada RM14 bilion untuk perbelanjaan bagi kesihatan dengan tujuan untuk mewujudkan masyarakat yang sihat. Ini adalah kerana masyarakat yang sihat adalah aset yang bernilai. Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini, baru bulan lepas saya diwadkan empat hari di General Hospital, Hospital Besar Negeri Melaka kerana mendapati ciri-ciri sakit jantung. Empat hari diwadkan. Saya dilayan, layanan yang diberi boleh dikatakan amatlah memuaskan. Mungkin oleh kerana saya adalah seorang Yang Berhormat.

92 DN.26.7.2010

Akan tetapi, di dalam satu survey yang dijalankan pada tahun 2008, kepuasan

pesakit telah menurun dari 90.4 peratus pada tahun 2004 ke 89 peratus pada tahun 2008. Itu menunjukkan kemerosotan. Harapan pesakit yang telah dicapai pada tahun 2008 adalah 38.5 peratus sahaja di tahun 2008. Oleh itu, saya rasa Tuan Yang di-Pertua saya ingin memberitahu kepada Kementerian Kesihatan iaitu antara ketidakpuasan yang sentiasa diluangkan ialah yang pertamanya perlu menunggu terlalu lama seperti satu temu janji yang lama untuk berjumpa dengan specialist. Keduanya, kadang kala urgent surgery juga dibatalkan. Antara sebab-sebab yang diberi ialah tidak ada pakar, tidak cukup bilik ICU, tidak ada katil dan OT. OT itu bukan overtime ya tetapi Operating Theater. Ada kalanya di mana sebab yang diberi adalah terlalu ‘frenzy’ dengan izin seperti ujian darah, ECG iaitu Electrode Cardiograph belum dapat lagi di review.

Terdapat juga alasan sebab yang lain adalah pakar, senior konsultan telah diberi notis untuk menghadiri mesyuarat dan yang junior tidak mahu membuat atau menjalankan pembedahan. Terdapat juga organisasi sumber manusia dan management di hospital kerajaan tidak profesional.

Tuan Yang di-Pertua, setahu saya pada tahun 90-an doktor-doktor dari swasta telah mengatakan mereka sanggup menolong Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan medical dan surgical waiting list tetapi telah ditolak oleh Ministry of Health (MOH).

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan harus memecahkan dinding yang sedia ada antara hospital kerajaan dan swasta dan bekerjasama untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

Terdapat juga jururawat dan paramedic perlu diberi latihan yang lebih baik. Terdapat juga ada yang kurang bersopan kepada orang yang berumur. Ini sering berlaku Tuan Yang di-Pertua. Doktor-doktor baru juga perlu diberi latihan yang cukup, tidak boleh galakkan mass production of doctor. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, tidak ada kawalan bagi high tech medical equipment. Terdapat sebanyak 50 hingga 20 city scan machine di sekitar Klang Valley untuk penduduk sebanyak tiga juta orang. Malangnya, ianya tidak terdapat di hospital-hospital yang kecil.

Ini merupakan satu yang menyusahkan masyarakat. Dengan kata-kata itu, saya rasa boleh atau tidak kementerian mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat jelata. Saya rasa tidak ingin – saya ada dua, tiga perkara lagi. Oleh kerana saya hendak balik cepat, saya tidak diberi peluang tadi, terlampau akhir. Okey, tidak apa. Ada masa lagi, bulan Disember kita datang lagi... [Ketawa] Okey, dengan kata-kata itu, saya mohon menyokong RMKe-10. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Nampaknya, tidak ada lagi ya? Semua Ahli-ahli Yang Berhormat sudah berucap. Dewan Negara yang mulia ini mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada cuma seorang Menteri. Cuma seorang Menteri sahaja yang amat prihatin kerana bertahan bersama-sama kita sehingga selesai Mesyuarat Dewan pada petang ini.

Semoga menjadi contoh kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang lain pada masa akan datang terutama kepada Menteri dan Timbalan Menteri yang datangnya atau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara... [Tepuk] Dengan itu juga, ucapan terima kasih, syabas, dan tahniah diucapkan kepada hampir semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Rancangan Malaysia Kesepuluh sejak hari Selasa, 20 Julai 2010 sehingga selesai pada petang ini... Peluang yang secukupnya telah diberikan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat supaya semua tidak terlepas peluang untuk berbahas dan berkongsi buah fikiran, memberi cadangan, teguran, pandangan seterusnya idea yang begitu bernas sekali.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, pada hari esok Selasa 27 Julai 2010, Yang Berhormat Menteri-menteri akan mula menjawab ke atas perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh mengikut giliran masing-masing. Dengan itu, Ahli-ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa 27 Julai 2010. Terima kasih.

DN.26.7.2010 93

Dewan ditangguhkan pada pukul 7.12 malam.