malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 31102018 - rabu.pdf · nyatakan nama peserta,...

17
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 31 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 31 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L02682 Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) adakah Kerajaan bersetuju untuk mengumpul dan menerbitkan data komprehensif mengenai kos ekonomi berkaitan dengan merokok; dan (b) jika ya, bila. 2. PR-1412-L01540 Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana usaha mengintegrasikan data e-kasih untuk kegunaan yang lebih inklusif bagi memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan sewajarnya dalam ekonomi yang mencabar pada ketika ini. 3. PR-1412-L02724 Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah usaha Kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan untuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan usahawan muda untuk mereka sama-sama bersaing dalam situasi ekonomi yang kurang baik buat masa sekarang. 4. PR-1412-L02611 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah Kementerian bagi menyubur dan memperkasakan semula penggunaan tulisan jawi sebagai adat dan budaya masyarakat Melayu yang semakin diketepikan pada hari ini sekali gus boleh menjadi salah satu tarikan baru pelancong ke Malaysia.

Upload: ngoquynh

Post on 14-Mar-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 31 OKTOBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

31

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L02682

Tuan Wong Chen [ Subang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan bersetuju untuk mengumpul dan menerbitkan data komprehensif mengenai kos ekonomi berkaitan dengan merokok; dan

(b) jika ya, bila.

2. PR-1412-L01540

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [ Kota Tinggi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana usaha mengintegrasikan data e-kasih

untuk kegunaan yang lebih inklusif bagi memastikan golongan berkenaan mendapat bantuan sewajarnya dalam ekonomi yang mencabar pada ketika ini.

3. PR-1412-L02724

Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan apakah usaha Kerajaan di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan untuk meningkatkan pendapatan peniaga kecil dan usahawan muda untuk mereka sama-sama bersaing dalam situasi ekonomi yang kurang baik buat masa sekarang.

4. PR-1412-L02611

Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah Kementerian bagi menyubur dan memperkasakan semula penggunaan tulisan jawi sebagai adat dan budaya masyarakat Melayu yang semakin diketepikan pada hari ini sekali gus boleh menjadi salah satu tarikan baru pelancong ke Malaysia.

2 AUM DR 31/10/2018

5. PR-1412-L02196

Tuan Chan Foong Hin [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan usaha Kementerian dalam meningkatkan penggunaan minyak sawit sebagai biodiesel.

6. PR-1412-L02052

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan langkah yang diambil oleh pihak

Kementerian untuk memastikan tiada masalah catuan air akibat daripada pembocoran paip dan bilakah kali terakhir projek bekalan air luar bandar di Daerah Setiu diluluskan.

7. PR-1412-L02479

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status perlaksanaan “insurans kesihatan” untuk golongan B40 dan adakah kerajaan berhasrat untuk mengawal selia (regulate) Managed Care Organisation (MCO) supaya kepentingan pesakit lebih dijaga dalam pengendalian tuntutan ‘private health insurance (PHI) dan tiada tuntutan lebih untuk rawatan/prosedur yang tidak diperlukan dibuat oleh mana-mana hospital/klinik swasta.

8. PR-1412-L02374

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan berdasarkan Perjanjian Air 1962 dengan Negara Singapura, apakah pendirian dan usaha Kerajaan mengadakan perjanjian tambahan bagi meminda harga air selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian Air 1961 dan 1962 menyatakan bahawa selepas 25 tahun, Malaysia boleh mengkaji semula harga air.

9. PR-1412-L02228

Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan

usaha-usaha yang telah diambil untuk membaiki kedudukan universiti-universiti tempatan utama di peringkat antarabangsa.

10. PR-1412-L02087

Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah pendirian Kerajaan mengenai pelaksanaan lampu jalan ke kampung dan rumah panjang bagi Wilayah Sarawak, adakah Kerajaan akan terus memberi komitmen memasang lampu jalan tersebut agar pemasangan lampu jalan dijadikan keperluan asas kampung dan rumah panjang di Malaysia.

AUM DR 31/10/2018 3

11. PR-1412-L01464

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan semua aset 1MDB yang telah berjaya diambil alih oleh Kerajaan. Apakah rancangan Kerajaan untuk memanfaatkan aset-aset tersebut.

12. PR-1412-L01530

Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh

pihak Kementerian bagi memperkasakan lagi Sistem Perbankan Islam di Malaysia bagi menjadikan Malaysia sebagai penanda aras bagi negara-negara Islam yang lain.

13. PR-1412-L02472

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan perancangan Kementerian dalam membangunkan sektor pelancongan di Sandakan.

14. PR-1412-L02184

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah projek-projek prasarana kecil luar bandar

(peringkat kampung) di Labuan dalam 5 tahun yang lepas dan yang akan dilaksanakan untuk 5 tahun akan datang. Untuk pengetahuan, Perbadanan Labuan (PL) tidak diperuntukkan dengan cukupnya untuk tujuan tersebut.

15. PR-1412-L01892

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed [ Jeli ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nilai "contingent liability" yang terkini. Senaraikan kemungkinan contingent liability tidak mampu dibayar balik dan terpaksa ditanggung oleh Kerajaan.

16. PR-1412-L02620

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha bagi menggalakkan penyertaan

graduan dalam bidang keusahawanan terus dipertingkat dan diberi pendedahan sejak daripada peringkat pengajian tinggi lagi.

17. PR-1412-L02594

Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah wang Kerajaan yang dijangka lesap akibat skandal 1MDB atau yang berkaitan, dan jumlah wang yang dijangka dapat dikembalikan kepada negara.

4 AUM DR 31/10/2018

18. PR-1412-L02351

Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [ Parit ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan :-

(a) apakah impak yang diterima oleh Kerajaan selepas pelaksanaan SST; dan

(b) berapakah jumlah kutipan cukai yang diperoleh oleh Kerajaan setelah bermulanya pelaksanaan Cukai SST.

19. PR-1412-L02485

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Akta Hasutan, 1948 dan sekiranya ya, sama ada Kerajaan akan memperkenalkan satu “moratorium” terhadap sebarang penahanan dan siasatan di bawah Akta tersebut.

20. PR-1412-L02586

Tuan Lim Lip Eng [ Kepong ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan rasional 114 permit lesen import (AP) sisa plastik HS Kod 3915 diteruskan sedangkan negara-negara maju seperti China telah melarang import sisa plastik tersebut. Berapakah tan sisa plastik itu telah diimport ke Malaysia menerusi 114 permit AP.

21. PR-1412-L01809

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan butir-butir terperinci mengenai skim insurans kesihatan (healthcare financing) yang dicadangkan untuk golongan B40 dan adakah Kerajaan telah membuat penilaian impak untuk dasar ini.

22. PR-1412-L02139

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah

keluasan tanah pertanian yang terbiar dan tidak diusahakan dan apakah langkah Kerajaan untuk mengoptimumkan penggunaan tanah pertanian supaya lebih produktif.

23. PR-1412-L01751

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi memastikan

Telekom Malaysia dan syarikat telekomunikasi yang lain menawarkan pakej internet yang lebih murah dan berkelajuan tinggi.

AUM DR 31/10/2018 5

24. PR-1412-L01559

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah lima keburukan sistem SST dibanding GST. Bagaimana Kementerian menampung kehilangan hasil perbezaan GST dan SST. Apakah nama cukai-cukai baharu yang akan dilaksanakan.

25. PR-1412-L02737

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah faktor projek berimpak tinggi seperti Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) ditangguhkan dan adakah Kerajaan akan meneruskan projek mega ini.

26. PR-1412-L02645

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bagaimana Kerajaan akan membayar balik cukai GST yang tertunggak kepada peniaga-peniaga dan berapakah tunggakan terkumpul terkini.

27. PR-1412-L01713

Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah akan diambil untuk hapuskan budaya feudalistik dalam perkhidmatan/penjawat awam dan juga untuk mengurangkan birokrasi di semua agensi dan jabatan Kerajaan bagi membanteras rasuah.

28. PR-1412-L01992

Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah benar kenyataan YAB Menteri Besar Kedah bahawa pembinaan Hospital Pendang akan ditangguhkan. Kenyataan ini bertentangan dengan jawapan Menteri Kesihatan berkenaan pembinaan Hospital Pendang yang akan diteruskan.

29. PR-1412-L01442

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kesediaan Kementerian untuk mengarahkan institusi bank berkaitan Kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional Berhad atau Bank Rakyat Berhad untuk membuka cawangan di Daerah Pitas. Walaupun salah satu bank tersebut telah menempatkan mesin ATM di Daerah Pitas namun penubuhan sebuah cawangan bank di daerah ini amat diperlukan untuk memacu ekonomi penduduk di Daerah Pitas.

6 AUM DR 31/10/2018

30. PR-1412-L01897

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah keluasan tanah pertanian di setiap negeri dan pemilik-pemilik tanah ini dari segi peratusannya, sama ada ia dimiliki oleh Kerajaan, syarikat awam berkaitan Kerajaan, swasta atau individu.

31. PR-1412-L01937

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah Kementerian masih

meneruskan skim pinjaman pelajaran MARA kepada pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Berapakah jumlah yang diperuntukkan setiap tahun dan kelayakan permohonan.

32. PR-1412-L02776

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengotakan janjinya

seumpama 7% masyarakat India akan bekerja di sektor awam seperti terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan.

33. PR-1412-L02135

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan strategi "divestment" (nyahlabur)

Khazanah Nasional dalam masa terdekat ini. Siapakah "beneficiaries" (penerima manfaat) langsung kepada usaha ini.

34. PR-1412-L01566

Dato' Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim [ Batang Lupar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tempoh masa yang diambil untuk meluluskan permohonan kewarganegaraan di Sarawak. Nyatakan dalam tempoh 2013-2018, jumlah permohonan yang masih tertangguh, jumlah yang ditolak mengikut gender dan tahun permohonan..

35. PR-1412-L01862

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk

memperbaiki beberapa buah bangunan yang telah rosak dan strategi Kerajaan untuk menarik lebih ramai jumlah pelancong ke Pusat Kebudayaan Murut Sabah, yang terletak di Parlimen Tenom.

AUM DR 31/10/2018 7

36. PR-1412-L02447

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KESIHATAN

menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk menaik taraf Hospital Bintulu yang menghadapi masalah katil yang tidak mencukupi. Jika ada, berapa katil akan ditambahkan ; dan

(b) jika tidak, apakah sebabnya.

37. PR-1412-L02427

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan apakah status pemberian taraf kewarganegaraan atau kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan merah serta berstatus pemastautin tetap yang berusia 60 tahun ke atas untuk semua kaum dan bangsa sejak pengumuman YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

38. PR-1412-L02058

Tuan Ahmad Johnie bin Zawawi [ Igan ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan berapakah jumlah peserta yang terlibat dengan Skim Tanaman Kelapa Sawit dengan FELCRA Berhad (Federal Land Consolidation and Rehabilition Authority) di kawasan Parlimen Igan. Nyatakan nama peserta, keluasan tanah, tarikh tamat perjanjian dan jumlah dividen yang mereka terima daripada Felcra Bhd sepanjang terlibat sebagai peserta.

39. PR-1412-L01837

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan adakah Kementerian akan menjalankan kajian semula terhadap keperluan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 dan bagaimana Kerajaan memastikan KR1M 2.0 yang menjual barangan dengan harga yang lebih murah daripada pasaran tidak menjejaskan perniagaan runcit kecil.

40. PR-1412-L01729

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian bercadang memberikan peruntukan kepada Parlimen Papar yang terdapat 79 buah kampung kebanyakannya didiami orang-orang Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) seperti kenderaan pacuan 4-roda dan van kerana jalan-jalan di kawasan pedalaman adalah teruk serta daif dan kemudahan kenderaan tersebut diperlukan semasa waktu kecemasan seperti banjir, bencana alam, kebakaran dan lain-lain keperluan dalam menghulurkan bantuan umpamanya makanan.

8 AUM DR 31/10/2018

41. PR-1412-L01921

Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah terkini permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan mengikut kumpulan etnik dan apakah pendekatan atau mekanisme Kementerian untuk menyelesaikan isu individu kerakyatan.

42. PR-1412-L02486

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara tetap dan terperinci sama ada Kerajaan bercadang untuk menghapuskan atau hanya meminda Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, dan sekiranya ya, bilakah ia akan dilaksanakan.

43. PR-1412-L02558

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap penjual arak yang mengakibatkan lebih 40 kematian baru-baru ini. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mengharamkan arak murah di seluruh negara.

44. PR-1412-L01764

Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan

pelan Kementerian untuk menjaga kelestarian alam sekitar dalam jangka masa panjang.

45. PR-1412-L02384

Datin Mastura binti Mohd Yazid [ Kuala Kangsar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah kelulusan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam

JPA untuk permohonan insentif bagi profesional teknikal yang mempunyai gelaran Ir. (Jurutera), Ar. (Arkitek) dan Sr. (Quantity Surveyor).

46. PR-1412-L01665

Dato' Dr. Noraini Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan apakah langkah dan usaha yang akan dilaksanakan Kementerian dalam memajukan tanah wakaf bagi menjana penaiktarafan ekonomi Bumiputera seperti yang dipersetujui menerusi Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara baru-baru ini.

47. PR-1412-L02860

Tuan Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik terkini hukuman ke atas insider trading

yang dapat dikesan di Bursa Saham.

AUM DR 31/10/2018 9

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Usul dibuat oleh Perdana Menteri dan masalah dicadangkan :-

"Bahawa Dewan ini, , menyedari akan cabaran untuk mengekalkan kestabilan ekonomi dan mencapai pertumbuhan yang mampan dengan mengambil kira perubahan trend ekonomi global, kedudukan kewangan Kerajaan serta pencapaian dua tahun pertama, 2016-2017 Rancangan Malaysia Kesebelas ; ; merestui usaha Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan untuk

menambah baik dan memperkukuh agenda pembangunan negara berasaskan prinsip pertumbuhan dengan ekuiti ke arah mencapai status negara maju dan inklusif selaras dengan aspirasi Wawasan 2020; meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas bagi tempoh 2018-2020 yang memberi keutamaan dan penekanan baharu ke atas dasar, strategi dan inisiatif sedia ada serta memperkukuh tadbir urus bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang lebih inklusif dan mampan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat menurut Kertas Perintah CMD.22 Tahun 2018; dan dan Bahawa dalam meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia

Kesebelas, Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan serta pengagihan kekayaan dibuat secara telus, adil dan saksama." Menyambung semula Perbahasan atas masalah [ 30 Oktober, 2018 ]

2. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu. .

10 AUM DR 31/10/2018

Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

3. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang­undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

4. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran­butiran termasuk terma-terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli

AUM DR 31/10/2018 11

konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

6. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

7. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum­kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran." [ Menteri Pendidikan ]

8. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama

12 AUM DR 31/10/2018

menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

9. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

10. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020."

[ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

AUM DR 31/10/2018 13

11. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan."

[ Menteri Pendidikan ]

12. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan

14 AUM DR 31/10/2018

usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain."

[ Menteri Pembangunan Usahawan ]

13. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10 tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos

AUM DR 31/10/2018 15

mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia."

[ Menteri Sumber Manusia ]

14. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan."

[ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

16 AUM DR 31/10/2018

17. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

AUM DR 31/10/2018 17

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 31.10.2018 (Rabu)

1. YB Puan Nurul Izzah binti Anwar (Permatang Pauh)

1. Isu Kesesakan Trafik Antara Plaza Tol Juru Sehingga Tol Sungai Dua Yang Berpanjangan

1. YB Menteri Kerja Raya

2. 31.10.2018 (Rabu)

2. YB Puan Alice Lau Kiong Yieng (Lanang)

2. Perkembangan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Dan Pampasan Untuk Rakyat

2. YB Menteri Kerja Raya

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)