malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … 21112018 - rabu.pdf · getah, lada, koko) akan...

18
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 21 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 39 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1412-L01853 Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi mencapai objektif penubuhan rangkaian kedai Rakyat 1MALAYSIA (KRIM) yang memberi jaminan terhadap penawaran harga barangan murah oleh Kementerian sebelum ini tidak dicapai malah ianya dimonopoli oleh pihak tertentu. 2. PR-1412-L01629 Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan langkah Kerajaan baharu untuk membantu pengusaha IKS dan meningkatkan kemampuan bersaing di peringkat antarabangsa.. 3. PR-1412-L01689 Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berkaitan West Coast Expresway (Wce) Banting ke Taiping, berapa tahun konsesi diberikan kepada West Coast Expresway (Wce) dan jajaran sepanjang 233KM Lebuhraya tersebut, berapa jumlah pondok kutipan tol yang akan didirikan oleh pihak konsesi yang dipersetujui oleh Kerajaan terdahulu.

Upload: lythien

Post on 20-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 21 NOVEMBER 2018, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

39

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1412-L01853

Tuan Kesavan A/L Subramaniam [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA

menyatakan menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi mencapai objektif penubuhan rangkaian kedai Rakyat 1MALAYSIA (KRIM) yang memberi jaminan terhadap penawaran harga barangan murah oleh Kementerian sebelum ini tidak dicapai malah ianya dimonopoli oleh pihak tertentu.

2. PR-1412-L01629

Dato' Haji Abdul Rahman bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan langkah Kerajaan baharu untuk membantu pengusaha IKS dan meningkatkan kemampuan bersaing di peringkat antarabangsa..

3. PR-1412-L01689

Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berkaitan West Coast Expresway (Wce) Banting ke

Taiping, berapa tahun konsesi diberikan kepada West Coast Expresway (Wce) dan jajaran sepanjang 233KM Lebuhraya tersebut, berapa jumlah pondok kutipan tol yang akan didirikan oleh pihak konsesi yang dipersetujui oleh Kerajaan terdahulu.

2 AUM DR 21/11/2018

4. PR-1412-L02128

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan komitmen dan tekad Kerajaan untuk melaksanakan semua resolusi yang dicadangkan sewaktu Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018. Apakah strategi jangka masa pendek dan sederhana dalam merealisasikan keutuhan ekonomi Bumiputera.

5. PR-1412-L02459

Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dasar pertukaran kad pengenalan merah ke biru kepada golongan yang berkelayakan berdasarkan pengumuman YAB Perdana Menteri pada 14 Ogos 2018.

6. PR-1412-L01454

Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah pelan Kementerian untuk

mengatasi masalah OKU yang tidak dapat peluang pekerjaan, apakah langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah pekerjaan untuk golongan OKU yang ingin bekerja dan berdikari.

7. PR-1412-L02598

Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan sama ada Kementerian mempunyai cadangan untuk merombak semula sistem pilihan raya sedia ada dan melaksanakan persempadanan semula kawasan-kawasan pilihan raya yang sedia ada supaya ia adalah selaras dengan prinsip “One man, One Vote, One Value’.

8. PR-1412-L02728

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian akan memberi

peruntukan kewangan untuk membiayai penuh segala kos perbelanjaan dan keperluan untuk pelajar-pelajar yang dipilih menyertai pertandingan sekolah diperingkat nasional dalam bidang seni dan kebudayaan, perbahasan, sukan dan aktiviti-aktiviti yang lain memandangkan di Sabah, pelajar-pelajar tersebut setiap kali perlu merayu-rayu mencari dana untuk menampung segala kos untuk menyertai pertandingan-pertandingan tersebut. Tambahan, pelajar-pelajar tersebut terpaksa membayar kos tambang kapal terbang ke Semenanjung Malaysia dan penginapan di mana kebanyakan pertandingan diadakan.

AUM DR 21/11/2018 3

9. PR-1412-L01930

Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah pihak Kementerian Kesihatan berhasrat untuk membina Hospital Pakar di daerah Hulu Selangor.

10. PR-1412-L02281

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan nisbah warden dengan penghuni bagi setiap

penjara. Mohon dinyatakan usaha reformasi penjara di Malaysia.

11. PR-1412-L02686

Tuan Jonathan Yasin [ Ranau ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan Kerajaan

Persekutuan di masa lalu pernah menyediakan dana untuk program menyeragamkan harga-harga barangan keperluan di antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang bertujuan menurunkan kos sara hidup. Adakah Kerajaan Persekutuan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan semula program tersebut dan jika tidak ada, apakah inisiatif lain yang akan diperkenalkan untuk membantu menurunkan kos sara hidup rakyat di Sabah dan Sarawak.

12. PR-1412-L02574

Datuk Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan status terkini projek-projek pembinaan jalan di kawasan Kapit, Song dan Kanowit di Sarawak yang telah diluluskan seperti berikut iaitu projek Pembinaan Jalan Nanga Tada, Kanowit / SK Nanga Beguang / Sg. Iran, Song; Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan , Nanga Ngemah / Ngungun, sepanjang 5.1KM; Projek menaik taraf bekas jalan-jalan balak di Negeri Sarawak (fasa iv)- Bahagian Kapit; dan Projek pembinaan Jambatan Kedua Sungai Yong, Kapit.

13. PR-1412-L02775

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian bercadang menghapuskan senarai "blacklist" terhadap mereka yang telah diisytiharkan bankrap termasuk si penjamin kerana mereka juga ingin menikmati arus kemajuan dalam negara dan bukan terus berada dalam situasi si bankrap sepanjang hayat.

4 AUM DR 21/11/2018

14. PR-1412-L02366

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah perkembangan terkini proses naturalisasi melalui pelan rombakan semula pertubuhan belia dan sejauh mana pendirian Kerajaan untuk menurunkan had umur belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun serta keterbukaan Kerajaan dalam menerima kritikan persatuan belia tanpa sebarang sekatan tertentu.

15. PR-1412-L02494

Tuan Su Keong Siong [ Kampar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA

menyatakan polisi dan hala tuju Kementerian berkenaan usaha untuk mengurangkan pergantungannya terhadap pekerja asing. Apakah Kementerian akan mengambil langkah-langkah pelaksanaan dan perubahan dasar secara beransur-ansur agar tidak membawa kesan atau impak ketara kepada ekonomi negara.

16. PR-1412-L01701

Datuk Aaron Ago Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah sebenarnya tujuan Kementerian untuk menyekat pekebun kecil orang asal (natives) di Sarawak membangunkan tanah NCR mereka dengan tanaman sawit dan lain-lain. Adakah itu bermakna peruntukan subsidi dari Kementerian untuk membantu pekebun kecil (sawit, getah, lada, koko) akan atau sudah dihapuskan.

17. PR-1412-L02297

Tuan Ali anak Biju [ Saratok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status serta perancangan Kementerian bagi memastikan penyambungan segera bekalan elektrik untuk 20 buah sekolah di Saratok yang rata-ratanya terletak kurang dari 50 meter dari grid utama elektrik.

18. PR-1412-L01789

Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha bagi memberikan kesedaran

kepada masyarakat tentang keburukan arak dan bagi mengurangkan pengambilan minuman memabukkan itu dalam kalangan masyarakat.

19. PR-1412-L02712

Puan Nor Azrina binti Surip [ Merbok ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan adakah Kementerian maklum akan nasib 500 orang pelajar yang mendapat tajaan 1MDB untuk melanjutkan pelajaran dan sekarang mungkin masih belum selesai belajar. Apakah perancangan untuk mereka agar mereka dapat meneruskan pelajaran memandangkan kebanyakan dari mereka masih dalam tahun akhir pengajian.

AUM DR 21/11/2018 5

20. PR-1412-L02527

Tan Sri Noh bin Haji Omar [ Tanjong Karang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana keberkesanan pengecualian SST ke atas bahan-bahan binaan boleh mengurangkan harga rumah.

21. PR-1412-L02513

Tuan Prabakaran A/L M Parameswaran [ Batu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah Kementerian mempunyai pelan untuk menaikkan cuti tanpa rekod “paternity leave” kepada golongan bapa yang baru mendapat cahaya mata bagi kakitangan Kerajaan; dan

(b) adakah cuti tanpa rekod “paternity leave” juga akan dikuatkuasakan kepada pekerja swasta.

22. PR-1412-L02597

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status

terkini FDI ke Malaysia yang semakin merudum. Apakah penemuan dan cadangan mitigasi yang bakal dibentangkan oleh jawatankuasa konflik perdagangan US-China ditubuhkan oleh Kementerian memandangkan konflik semakin menular dengan tarif import tambahan yang lebih tinggi .

23. PR-1412-L02642

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan telah mengenal pasti peranan yang dimainkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini, terdapat percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan dan apakah rancangan seterusnya bagi membetulkan masalah ini.

24. PR-1412-L01630

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah benar dakwaan yang dibuat oleh

sesetengah pihak sebelum PRU-14 bahawa Kementerian Sumber Manusia gagal menjalankan tugas dengan baik bagi menjaga kepentingan rakyat terutamanya golongan pekerja.

25. PR-1412-L01989

Dato' Mansor Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan statistik terkini kes-kes jenayah transnasional (transnational crimes) mengikut kategori kes yang dapat dikesan dalam negara dan jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian bagi menangani permasalahan ini.

6 AUM DR 21/11/2018

26. PR-1412-L02531

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu penjualan arak yang dicemari (‘adulterated alcohol’) dan arak seludup yang telah mengakibatkan jumlah kematian yang tinggi baru-baru ini dan apakah cadangan Kerajaan untuk membendung masalah ini.

27. PR-1412-L02396

Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN

menyatakan pecahan kos PLKN dan BTN secara terperinci dari tahun 2008-2018, aktiviti yang dilaksanakan serta rancangan Kementerian untuk menggantikan program-program tersebut.

28. PR-1412-L02837

Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kerajaan dalam menangani isu golongan peminta sedekah yang semakin berleluasa di negara ini agar nasib mereka akan sentiasa terbela.

29. PR-1412-L01852

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan projek-projek penarafan berkaitan Empangan Mengkuang seperti projek mitigasi 23 tapak tanah runtuh, menaik taraf Rumah Pam Mak Sulong (Fasa 2A) dan pemasangan saluran paip dari Rumah Pam Mak Sulong ke terusan Sungai Dua (Fasa 2B). Bilakah projek-projek berkaitan akan siap.

30. PR-1412-L01582

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kementerian untuk menangani perlakuan LGBT di Malaysia dan adakah sebarang kajian yang telah dilakukan tentang perlakuan ini.

31. PR-1412-L01510

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [ Ketereh ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

menyatakan kesediaan dan perancangan Kerajaan untuk meneruskan projek kereta nasional 3.0 yang dijangka dilancarkan menjelang tahun 2020 dan sejauh mana projek ini masih relevan meskipun negara telah mempunyai dua syarikat kereta nasional.

AUM DR 21/11/2018 7

32. PR-1412-L02202

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) di bawah JAKIM yang ditubuhkan oleh Kerajaan terdahulu pada 10 Ogos 2017 bagi memperkasakan sistem perundangan syariah secara keseluruhan selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

33. PR-1412-L02617

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan inisiatif jangka pendek dan panjang Kementerian untuk meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

34. PR-1412-L02232

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakan status operasi 'Ops Gopi' yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka pada tahun lepas,dan adakah tindakan, termasuk tindakan tatatertib dalaman atau pendakwaan, telah diambil.

35. PR-1412-L01891

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan senarai semua agensi-agensi Kerajaan, syarikat-

syarikat awam berkaitan Kerajaan dan yayasan-yayasan yang telah ditubuhkan dan masih beroperasi untuk membantu Bumiputera..

36. PR-1412-L02750

Dato' Sivarraajh Chandran [ Cameron Highlands ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah peruntukan RM 40 juta yang telah

diluluskan oleh kerajaan terdahulu bagi pelaksanaan Projek Mitigasi Kesesakan Lalu Lintas Cameron Highlands akan diteruskan. Jikalau tidak, kenapa.

37. PR-1412-L01939

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan

kemajuan Projek Pasar Tani Kekal Kg. Gajah.

38. PR-1412-L02567

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan prospek industri getah negara kita dalam jangka pendek dan jangka panjang. Nyatakan secara terperinci mengenai produk-produk hasilan getah yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan sumbangannya kepada ekonomi negara kita.

8 AUM DR 21/11/2018

39. PR-1412-L01417

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berikutan pemansuhan Program Latihan Khidmat Negara adakah Kementerian sudah mempunyai program bagi menggantikan PLKN.

40. PR-1412-L02533

Tuan Chang Lih Kang [ Tanjong Malim ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan usaha yang akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah ulat pemakan daun (ulat bungkus) di Felda Gunung Besout.

41. PR-1412-L02457

Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Menteri Pengangkutan boleh

melarang kedai-kedai basikal dan bengkel-bengkel basikal mengubahsuai basikal sebagai “basikal lajak/nyamuk”.

42. PR-1412-L02556

Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah perancangan Kerajaan untuk menaik taraf Jalan

Sungai Maaw ke Tanjong Manis sepanjang lebih kurang 80km menjadi Jalan Protokol memandangkan terdapat kemudahan Pelabuhan Laut Dalam dan Lapangan Terbang di Tanjong Manis dan jalan ini menjadi jalan utama untuk pengangkutan barang-barang import/eksport melalui pelabuhan di Tanjong Manis.

43. PR-1412-L02850

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik keberhasilan Kementerian dalam membantu pekerja swasta yang kehilangan kerja menerusi program pemadanan kerja. Apakah statistik laporan bagi majikan yang gagal mematuhi perlaksanaan SIP dan berapa ramaikah majikan yang telah menerima impak hukuman daripada kegagalan perlaksanaannya.

AUM DR 21/11/2018 9

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 21/2018 ) Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 - Menyambung

semula perbahasan atas masalah, " Bahawa Rang

Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua

sekarang," ( 19 November, 2018 )

DAN Usul dibuat oleh YB Menteri Kewangan dan masalah dicadangkan :- “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang

Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah

wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh enam bilion tujuh ratus juta

ringgit (RM56,700,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang

Pembangunan bagi tahun 2019, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan

Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”)

dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2019 yang

dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2018, adalah diuntukkan

di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang

bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh

senarai tersebut.”

Menyambung semula Perbahasan atas masalah ( 19 November, 2018 )

2. ( D.R.24/2018 ) Rang Undang-undang Kewangan 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

3. ( D.R.22/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

4. ( D.R.23/2018 ) Rang Undang-undang Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) 2018

"

[ Menteri Kewangan ]

10 AUM DR 21/11/2018

5. PR-1412-UL014 Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [ Bagan Datuk ] akan

mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya mengembalikan hak-hak dan kuasa autonomi semula Negeri Sabah dan Sarawak sejajar dengan prinsip, niat serta semangat yang termaktub dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Inter-Governmental Committee khususnya dalam Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) terutama dalam perkara penyaluran royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak, hak untuk menggunakan sumber semula jadi yang berada dalam lebar wilayah 12 batu nautika bukan lagi dihadkan kepada 3 batu nautika, dengan menyegerakan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan, Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] dan Akta Laut Wilayah 2012 [Akta 750] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan tanpa melengahkan masa lagi dengan pembentukan Jawatankuasa Kabinet yang baharu. . Hal ini demikian kerana rundingan dan kajian terhadap perkara-perkara ini telahpun dimulakan oleh Kerajaan sebelum ini dengan pembentukan Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Penurunan Kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta Jawatankuasa Teknikal di peringkat negeri untuk memperincikan hal-hal tersebut dan perkara lain yang berkaitan di mana laporan rekomendasi-rekomendasi yang tertentu juga telah disediakan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

6. PR-1412-U(27)014 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan dan pendirian yang nyata oleh Kerajaan berkenaan bagaimana menghadapi tekanan peringkat antarabangsa berhubung isu ratifikasi enam konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia. Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) ke atas Malaysia akan berlaku sekali lagi pada bulan November 2018 dan adakah Kerajaan akan tunduk pada tekanan antarabangsa dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut. Dengan meneruskan proses ratifikasi tersebut, adakah Kerajaan bersedia memberi penjelasan kepada rakyat dengan kemungkinan yang amat tinggi untuk mengubah pelbagai rang undang­undang berkaitan hak asasi terpaksa dilakukan seterusnya mengubah landskap geopolitik tempatan dan antarabangsa serta mengubah impak sosial masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Luar Negeri ]

AUM DR 21/11/2018 11

7. PR-1412-U(27)015 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjelaskan adakah benar bahawa Kerajaan Malaysia ada membuat permintaan kredit sebanyak USD40 billion daripada Kerajaan China. Kerajaan perlu menjelaskan berapakah jumlah kos lawatan serta butiran-butiran termasuk terma-terma dan tujuan yang terlibat dalam perjanjian tersebut di dalam Dewan ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. PR-1412-U(27)016 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menyatakan pendirian berhubung usaha memenuhi satu janji manifesto Pakatan Harapan iaitu menjadikan Malaysia sebagai ahli Konvensyen Pelarian 1951 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membawa maksud akan menerima pakai peraturan dan kehendak konvensyen itu. Penerimaan sebagai ahli konvensyen tersebut akan menimbulkan masalah kerana salah satu kehendak konvensyen adalah layanan sama rata perlu diberikan kepada pelarian dan ini termasuk dalam hal ehwal pendidikan, kesihatan dan pekerjaan. Pada ketika ini terdapat 145 negara ahli PBB yang menyertai konvensyen pelarian tersebut. Tetapi hakikatnya walaupun Malaysia tidak menyertainya, layanan yang diberikan adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan sebahagian daripada negara yang berada dalam konvensyen tersebut." [ Menteri Luar Negeri ]

9. PR-1412-U(27)017 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan pelan terperinci dan strategi khusus untuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan terutama kepada anak muda dalam negara kita dengan gaji sekurang-kurangnya seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan." [ Menteri Sumber Manusia ]

12 AUM DR 21/11/2018

10. PR-1412-U(27)018 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memulakan inisiatif memperkenalkan sistem persekolahan yang seragam untuk semua pelajar sebagai satu usaha mewujudkan perpaduan nasional. Dengan usaha kerajaan mewujudkan sistem persekolahan satu aliran akan membantu merealisasikan perpaduan di kalangan pelbagai kaum. Perkara ini amat penting kerana persekolahan dilihat sebagai antara acuan yang penting untuk membina generasi muda yang memahami dan saling menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama diperingkat awal sebelum perubahan dilaksanakan di peringkat pengajian tinggi. Kebimbangan kehilangan identiti dan bahasa ibunda kaum-kaum lain terutamanya penggunaan bahasa Cina dan bahasa Tamil yang timbul apabila usaha ini dilaksanakan perlu diteliti oleh pihak Kerajaan untuk penyelesaian yang terbaik tanpa menjadikan ia alasan untuk tidak meneruskan sistem persekolahan satu aliran." [ Menteri Pendidikan ]

11. PR-1412-U(27)019 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan mengambil langkah dalam memperkasakan institusi hal ehwal agama Islam di negara ini iaitu Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang mempunyai peranan utama menjadi pusat rujukan fatwa yang berwibawa dan berintegriti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Dalam memartabatkan fatwa di Malaysia, jawatankuasa ini dilihat berperanan besar melalui pengurusan, penyelarasan dan penyelidikan namun dari segi perlaksanaan fatwa tersebut oleh pihak Kerajaan tidak konsisten dalam beberapa perkara. Isu-isu keagamaan yang berlaku seperti penyebaran ajaran sesat, fahaman liberal dan songsang serta keterbukaan yang melampau memerlukan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Kerajaan bersandarkan kepada rujukan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

12. PR-1412-U(27)020 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"YAB Perdana Menteri telah membayangkan bahawa Bajet 2019 merupakan “Bajet Korban” yang memerlukan pengorbanan seluruh rakyat, maka Kerajaan baharu pasti akan menaikkan cukai yang sedia ada atau memperkenalkan bentuk cukai baharu. Bahawa Dewan Rakyat digesa untuk mengambil keputusan agar cukai warisan/pusaka (Inheritance Tax) yang telah dimansuhkan pada awal tahun 90an tidak harus diperkenalkan semula kerana ianya adalah jenis percukaian yang membebankan rakyat

AUM DR 21/11/2018 13

termasuk golongan B40 dan M40. Di samping itu, Dewan ini juga menolak cukai keuntungan modal (Capital Gain Tax) kerana ianya akan menindas pelabur tempatan serta menghindari pelabur asing daripada melabur dalam pasaran saham tempatan. lni akan menjejaskan pertumbuhan pasaran modal negara ini." [ Menteri Kewangan ]

13. PR-1412-U(27)021 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Memandangkan projek kereta nasional ketiga telah mendapat tentangan hebat daripada rakyat jelata dan ianya dikhuatiri akan membebankan rakyat (khususnya pembeli kereta) melalui pelaksanaan duti import ke atas kereta import dari luar negara. Maka Dewan ini menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

14. PR-1412-U(27)022 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut Iaporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa merangka Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. lni bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM. Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai pra-syarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu

14 AUM DR 21/11/2018

melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan." [ Menteri Pendidikan ]

15. PR-1412-U(27)023 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 1 Oktober 2014, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia (Secretariat for the Advancement of Malaysian Entrepreneurs-SAME) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dalam tempoh 3 tahun 7 bulan, SAME telah berperanan sebagai agensi yang membangunkan perusahaan kecil dan sederhana dalam kalangan usahawan kaum Cina. Ianya iuga berfungsi sebagai perantara Kerajaan dengan para pengusaha SME Cina. SAME telah berjaya mendampingi dan membantu 50,000 SME Cina melalui program “outreach”, O20, Champions Club, Halal Forum, Bengkel Keusahawanan, Sesi “Pitching” VC, Angel Fund, Crowd Funding dan lain-lain. Namun begitu, setelah Kerajaan baharu mengambil alih tampuk kepimpinan negara, SAME sudah berhenti operasi dan kesemua kakitangan telah ditempatkan ke jabatan-jabatan lain, malahan peralatan komputer di pejabat juga telah dipindahkan. Walaupun YB Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan (Ahli Parlimen Lumut) telah mengiktiraf sumbangan SAME di dalam sidang Parlimen yang lalu, SAME tetap ditamatkan pengoperasiannya. Menyedari hakikat SAME dapat memacu bidang SME dalam kalangan usahawan SME Cina seperti mana yang dilakukan oleh TERAJU dan SEED yang masing-masing membantu SME bumiputra dan India, maka Dewan ini mengesa kerajaan baharu meneruskan pengoperasian SAME demi membuktikan Kerajaan baharu bersifat inklusif dan tidak mendiskriminasikan kaum Iain." [ Menteri Pembangunan Usahawan ]

16. PR-1412-U(27)024 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Pada 12 September 2018, YB Menteri Tenaga Manusia telah mengumumkan bahawa Kabinet telah memutuskan kadar levi RM10,000 setahun ke atas setiap pekerja asing yang telah bekerja lebih daripada 10

AUM DR 21/11/2018 15

tahun. Kabinet juga membenarkan lanjutan tempoh 3 tahun lagi bagi mereka yang telah bekerja di sini melebihi 10 tahun. lni bermakna levi 3 tahun bagi pekerja asing seumpama ini ialah RM30,000. lni pasti membebankan para pengusaha SME. Penetapan kadar levi RM10,000 setahun adalah terlalu tinggi, berbanding RM1,850 setahun yang dikenakan ke atas mereka yang bekerja kurang daripada 10 tahun. Dasar ini tidak munasabah dan ianya bakal meningkatkan kos pengoperasian SME. YB Menteri Kewangan pada 24 September 2018 telah mengumumkan bahawa hanya 20% daripada levi sebanyak RM10,000 itu ditanggung oleh majikan manakala bakinya 80% levi iaitu RM8000 akan ditanggung oleh pekerja asing. Namun pada realitinya tiada pekerja asing yang sanggup membayar RM666 sebulan sebagai levi melainkan majikan sanggup menaikkan gaji pekerja asing. Sepatutnya pekerja asing yang telah lama berkhidmat di Malaysia harus diutamakan kerana mereka taat setia kepada majikan asal, mempunyai kemahiran yang lebih baik dan produktiviti yang lebih tinggi berbanding dengan pekerja baru. Akan tetapi, pada 25 September 2018, YB Menteri Kewangan sekali lagi melakukan "flip-flop” dengan mengumumkan bahawa levi pekerja asing sebanyak RM10,000 setahun bagi mereka yang bekerja melebihi 10 tahun bakal ditanggung sepenuhnya oleh majikan kerana cadangan sebelum ini dibantah kuat oleh pihak majikan dan kesatuan pekerja. lni amat merunsingkan para majikan. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Kerajaan harus membantu pengusaha SME mengurangkan kos mereka. Satu penyelesaian pragmatik yang dicadangkan ialah levi RM10,000 setahun dikurangkan kepada RM2,000-RM3,000 setahun bagi pekerja asing yang telah bekerja lebih dari 1O tahun di Malaysia." [ Menteri Sumber Manusia ]

17. PR-1412-U(27)025 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Kementerian perlu mempunyai satu pendekatan yang sistematik dalam menyalurkan peruntukan tahunan dan dana khas untuk pembangunan serta penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) (confirming school) dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) tanpa mengabaikan Sekolah Kebangsaan serta sekolah aliran lain. Kementerian juga perlu mengumumkan garis panduan kelulusan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang baharu. Kementerian juga digesa untuk mengumumkan rancangan penempatan semula SJK(C) yang kurang murid ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi agar SJK(C) kekal relavan dalam arus perdana sistem pendidikan kebangsaan." [ Menteri Pendidikan ]

16 AUM DR 21/11/2018

18. PR-1412-U(27)011 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun Negara telah merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi Negara secara bersama dan merealisasikan Impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

19. PR-1412-U(27)012 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Kerajaan memulihkan pilihanraya Kerajaan tempatan seluruh Negara supaya urustadbir Kerjaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

20. PR-1412-U(27)013 Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyatakan kehilangan kepercayaan dan ketidakyakinan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) iaitu Tan Sri Othman Bin Haji Mahmood dan lima anggota SPR yang lain iaitu Dato' Md Yusop Bin Haji Mansor, Datuk Haji Abdul Aziz Bin Khalidin, Haji Sulaiman Bin Haji Narawi, Dato' Bala Singam A/L Karupiah dan Dato' Lee Chong Cheong dan oleh itu menuntut agar mereka meletak jawatan sebagai anggota SPR dengan serta-merta." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

21. PR-1412-U(27)026 Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya membawa isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) untuk dibahaskan kerana ia menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Hal demikian kerana dalam Konvensyen ini istilah “diskriminasi kaum” adalah terlalu luas di mana pemberian keistimewaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh diklasifikasikan sebagai suatu bentuk diskriminasi.

AUM DR 21/11/2018 17

Kerajaan telah menjelaskan bahawa ratifikasi Konvensyen ini boleh dibuat dengan pengecualian tanpa melibatkan pindaan kepada undang-undang sedia ada. Hakikatnya, komitmen dalam sesebuah Konvensyen antarabangsa seperti ICERD pastinya akan mendesak dan menekan negara kelak untuk membuat pindaan undang-undang yang selari dengan pendirian Konvensyen ini untuk menghapus sebarang bentuk diskriminasi kaum. Justeru, penjelasan umum yang lebih spesifik serta perbahasan dengan ahli-ahli Dewan Rakyat perlu dilaksanakan sebelum Kerajaan bertindak untuk mengesahkan Konvensyen tersebut kerana ia mampu melibatkan implikasi yang besar kepada negara." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18 AUM DR 21/11/2018

**UCAPAN-UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 21.11.2018 (Rabu)

1. YB Tuan Wong Kah Woh (Ipoh Timur)

1. Peningkatan Elaun Dan Insentif Untuk Team HAZMAT Bomba

1. YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

2. 21.11.2018 (Rabu)

2. YB Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar)

2. Masalah Kerja Pembangunan Projek Landskap Negara Di Hadapan City Plaza Alor Setar

2. YB Menteri Wilayah Persekutuan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)