malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat 11042019 - khamis.pdf · setelah kerajaan berjaya...

27
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 11 APRIL 2019, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 10 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1421-MQT0448 Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pertimbangan Kerajaan dalam memberi pengecualian mulai April 2019 kepada semua kapal negara asing yang terlibat dalam kerja pembaikan kabel dasar laut di perairan Malaysia dan sama ada dasar baru ini akan menggugat perkembangan industri perkapalan tempatan di Malaysia. 2. PR-1421-MQT0450 Tuan Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah penambahbaikan yang cuba Kementerian tengahkan dalam penjenamaan semula Syarikat Pemberi Pinjam Wang menjadi nama baru iaitu kredit komuniti yang baru dilancarkan minggu lepas. 3. PR-1421-MQT0451 Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara memandangkan Kementerian telah mengumumkan sasaran 20% TBB pada 2025 dan bagaimana sasaran ini akan dicapai.

Upload: trinhtuyen

Post on 21-May-2019

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

B

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 11 APRIL 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

10

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

1. PR-1421-MQT0448

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pertimbangan Kerajaan dalam memberi pengecualian mulai April 2019 kepada semua kapal negara asing yang terlibat dalam kerja pembaikan kabel dasar laut di perairan Malaysia dan sama ada dasar baru ini akan menggugat perkembangan industri perkapalan tempatan di Malaysia.

2. PR-1421-MQT0450

Tuan Willie anak Mongin [ Puncak Borneo ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah penambahbaikan yang cuba Kementerian tengahkan dalam penjenamaan semula Syarikat Pemberi Pinjam Wang menjadi nama baru iaitu kredit komuniti yang baru dilancarkan minggu lepas.

3. PR-1421-MQT0451

Tuan Wong Kah Woh [ Ipoh Timur ] minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status penjanaan Tenaga Boleh Baharu (TBB) negara memandangkan Kementerian telah mengumumkan sasaran 20% TBB pada 2025 dan bagaimana sasaran ini akan dicapai.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI KHAMIS, 11 APRIL 2019, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

20

WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1421-L03241

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan perkembangan rundingan Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak (SPRWS). Juga perincikan perkembangan kelulusan semakan Surcaj Penjimatan Air (WCS) Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

2. PR-1421-L03732

Dato' Sri Azalina Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah status penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak yang bebas di Malaysia yang sebelum ini dikatakan sedang dikaji serta "timeline" sekiranya Kementerian benar-benar serius dalam hal ini.

3. PR-1421-L02979

Tuan Karupaiya A/L Mutusami [ Padang Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bolehkah pihak Kementerian membuka klinik pada jam 7 pagi supaya pesakit boleh berehat di dalam memandangkan masih ramai pesakit terpaksa menunggu di luar Klinik Kesihatan sebelum klinik dibuka pada jam 9 pagi.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 2

4. PR-1421-L03981

Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [ Tumpat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi manipulasi orang tengah dalam pemasaran hasil laut bagi membantu nelayan meningkatkan pendapatan mereka.

5. PR-1421-L03042

Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

(a) apakah langkah Kementerian dalam menangani ketirisan data peribadi melibatkan sektor perkhidmatan; dan

(b) bagaimanakah kerangka nasional Artificial Intelligence (AI) akan mempengaruhi potensi ekonomi digital Malaysia.

6. PR-1421-L04005

Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah proaktif yang akan diambil oleh Kerajaan dalam mendepani tindakan-tindakan provokatif dari Kerajaan Singapura seperti penamaan Selat Johor sebagai “Waters Territory of Singapore (WTS)” dan penghantaran kapal-kapal perang ke kawasan yang menjadi pertikaian untuk menakut-nakutkan bot-bot nelayan dan polis.

7. PR-1421-L03569

Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah Kerajaan untuk mengadakan konsultasi bersama NGO dalam merangka rang undang-undang baru untuk menggantikan Akta Hasutan.

8. PR-1421-L03187

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [ Maran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan jumlah peruntukan pembinaan jalan-jalan luar bandar pada tahun ini dan nyatakan juga secara pecahan mengikut negeri.

9. PR-1421-L03599

Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan hala tuju Lembaga Tabung Angkatan Tentera di bawah Kerajaan Pakatan Harapan, khususnya langkah-langkah yang akan diambil untuk memastikan pelaburan mendatangkan faedah lumayan kepada pelabur serta menjamin veteran-veteran angkatan tentera dibantu mendapat pekerjaan selepas bersara.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

3 AUM DR 11/4/2019

10. PR-1421-L03136

Datuk Zahidi bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam memastikan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dan Menteri berhubung isu rakyat tidak dikelirukan oleh pihak media.

11. PR-1421-L04225

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengenai jumlah graduan lepasan bidang perubatan yang masih belum mendapat tempat untuk menjadi doktor pelatih (House Officer) dan apakah sebab-sebabnya.

12. PR-1421-L04122

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah proaktif Kerajaan dalam memastikan keselamatan golongan wanita daripada menjadi mangsa jenayah di tempat awam seperti yang berlaku dalam kes rompakan di dalam lif stesen MRT.

13. PR-1421-L03770

Tuan Muslimin bin Yahaya [ Sungai Besar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan memberi penjelasan sejauh mana KPM memastikan 615 kursus diploma vokasional mendapat pengiktirafan MQA.

14. PR-1421-L03297

Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan kedudukan kewangan Kementeriaan ini kerana ramai pengusaha SME mengharapkan bantuan dari Kementerian tersebut dan mereka telah dimaklumkan bahawa Kementerian belum menerima peruntukan seperti geran pelaksanaan pengkomersialan vendor. Sekiranya benar, apakah tindakan yang sedang diambil untuk mempercepatkan pengagihan bantuan-bantuan berkenaan.

15. PR-1421-L03319

Tuan Akmal Nasrullah bin Mohd. Nasir [ Johor Bahru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang membentangkan laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) dan sejauh mana tindakan diambil terhadap segala rekomendasi CEP.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 4

16. PR-1421-L03706

Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) perkembangan terkini Program Podium dan Kita Juara, jumlah terkini atlet dan jurulatih asing dalam program ini; dan

(b) berapakah jumlah atlet dan jurulatih asing yang telah meletak jawatan, ditamatkan kontrak sejak Mei 2018 sehingga kini.

17. PR-1421-L03905

Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah yang diambil bagi membantu mempromosikan kemasukan pelajar lepasan sekolah menengah dari kawasan luar bandar bagi memasuki Institut Latihan Perindustrian.

18. PR-1421-L03264

Dato' Sri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kejayaan lawatan delegasi Kementerian Kewangan ke Jepun awal Februari yang baru lalu. Nyatakan kriteria pemilihan Daiwa Capital, Mizuho Bank dan HSBC sebagai "lead arrangers" kepada Samurai Bond; berbanding 6 cadangan akhir yang dicadangkan kepada Kementerian Kewangan.

19. PR-1421-L03773

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status pembinaan Littoral Mission Ship:-

(a) pembayaran kepada China mengikut pecahan tahun dan Offset Program yang ditawar oleh China; dan

(b) teknologi yang dipindah ke Malaysia.

20. PR-1421-L04081

Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah yang telah diambil untuk memastikan Jalan FT066 Sungai Sam-Jelawang diselenggara sepenuhnya sebagaimana jalan-jalan Persekutuan yang lain.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

5 AUM DR 11/4/2019

21. PR-1421-L03112

Dato' Rosol bin Wahid [ Hulu Terengganu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah tanah-tanah wakaf yang masih belum dibangunkan setakat tahun 2018 mengikut negeri. Apakah rancangan pembangunan yang sedang dirangka oleh Kerajaan ke atas tanah-tanah wakaf tersebut.

22. PR-1421-L03742

Tuan Haji Awang bin Hashim [ Pendang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah peruntukan tahunan untuk Ahli Parlimen 2019 akan diberi dan adakah peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang yang telah ditetapkan sebanyak RM100 ribu akan dinaikkan.

23. PR-1421-L03876

Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu [ Tambun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah strategi jangka masa panjang Kerajaan Pusat dalam usaha memperkasakan kedudukan sosioekonomi komuniti Orang Asal.

24. PR-1421-L04095

Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina pelabuhan darat di Keningau/Sook supaya ia akan memesatkan pembangunan dan industri di pedalaman Sabah.

25. PR-1421-L02876

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah keharmonian pelbagai kaum di negara ini masa kini serta nyatakan langkah Kerajaan bagi memastikan keharmonian ini terus terjamin dari setiap sudut kepada semua kaum supaya setiap rakyat saling memahami serta menghormati hak, kepercayaan dan amalan agama masing-masing walaupun dari pelbagai latar belakang etnik, budaya dan agama yang berbeza.

26. PR-1421-L03383

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan apakah bantuan yang akan dipertingkatkan untuk membantu golongan petani komoditi negara yang semakin terhimpit dengan keadaan komoditi antarabangsa yang tidak menentu serta harga yang juga mengalami kejatuhan.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 6

27. PR-1421-L03397

Tuan Teh Kok Lim [ Taiping ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan permintaan rumah kos rendah atau bantuan perumahan di Parlimen Taiping dan rancangan Kementerian untuk memenuhi permintaan tersebut.

28. PR-1421-L03725

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik bilangan ahli politik yang disiasat oleh SPRM mengikut pecahan parti mulai Januari 2013 sehingga Februari.

29. PR-1421-L04073

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan langkah-langkah untuk menangani perjudian ‘4D’ haram yang semakin berleluasa di Kuching dan juga seluruh Sarawak, yang bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada negara dari aspek cukai pendapatan tetapi juga meningkatkan masalah sosial terutamanya di kalangan golongan muda.

30. PR-1421-L03814

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [ Kota Tinggi ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan bilangan peneroka FELDA masa kini dan nyatakan apakah usaha FELDA bagi memastikan pembangunan mapan bagi meningkatkan sosioekonomi dan kesejahteraan warga FELDA dan setakat manakah FGV Holdings Berhad (FGV) mampu memastikan FELDA menjadi institusi ekenomi dan sosial yang teguh yang melibatkan warga peneroka.

31. PR-1421-L04133

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan ada berapakah kategori keluarga e-kasih. Siapakah yang layak menerima bantuan rumah e-kasih dan agensi manakah yang akan melaksanakan bantuan ini.

32. PR-1421-L03888

Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein [ Sembrong ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kementerian akan meneruskan IKRAR sebelum ini untuk menaik taraf lima Hospital Angkatan Tentera yang melibatkan proses penggantian kelengkapan perubatan, peralatan serta naiktaraf bangunan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang setaraf dengan pusat perubatan swasta.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

7 AUM DR 11/4/2019

33. PR-1421-L03750

Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah rancangan-rancangan yang dibuat oleh Kerajaan bagi menangani potensi ketirisan di bawah cukai SST.

34. PR-1421-L03352

Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan berapakah jumlah dana yang disediakan Kementerian bagi membiayai program pembangunan keusahawanan wanita pada tahun 2019 untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam perniagaan.

35. PR-1421-L02914

Dato' Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah serius ancaman cili import beracun dari Vietnam yang masuk ke negara ini.

36. PR-1421-L04253

Dato' Sri Anifah bin Aman [ Kimanis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan Persekutuan dapat memulakan pembayaran apa yang tertunggak oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sabah dan Sarawak seperti apa yang telah dipersetujui di bawah Perjanjian Malaysia 1963 setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri Kewangan pernah menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan memang nak bayar namun masa itu mempunyai kekangan kewangan, walaubagaimanapun dengan kejayaan jumlah kutipan cukai yang banyak kini keadaan kewangan Kerajaan Persekutuan telah berubah.

37. PR-1421-L03432

Tuan Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji [ Jelutong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan kuarters baru untuk anggota polis di Balai Polis Jelutong di Pulau Pinang dijangka akan bermula.

38. PR-1421-L04099

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah yang telah dirancang untuk melaksanakan projek bantuan baik pulih rumah rakyat termiskin daerah Sik dan juga bantuan untuk baik pulih rumah penduduk penempatan Bandar Baru Beris Jaya, Sik yang rosak akibat bencana ribut lebih setahun yang lalu.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 8

39. PR-1421-L03611

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keadaan sebenar ekonomi negara kita pada masa kini dan cabaran-cabaran ekonomi yang kita hadapi sekarang.

40. PR-1421-L03556

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status pelaksanaan pakej 2B Central Spine Kota Bharu-Kuala Krai sehingga kini. Adakah kontrak akan dibatalkan atau akan diteruskan sehingga selesai.

41. PR-1421-L03840

Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan hasil lawatan Turki disertai oleh IGP dan 16 orang pegawai kanan PDRM serta langkah-langkah yang akan dilancarkan oleh PDRM untuk mencegah aktiviti perjudian dalam talian selepas lawatan tersebut.

42. PR-1421-L03447

Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah Kementerian akan meneruskan pembinaan menara-menara telekomunikasi baru di seluruh Sarawak dan khususnya di Limbang sepertimana yang telah dipohon dulu.

43. PR-1421-L03838

Datuk Seri Panglima Madius Tangau [ Tuaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini perancangan perihal tuntutan Sabah supaya Kerajaan Persekutuan Malaysia melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963.

44. PR-1421-L03213

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob [ Bera ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan berapakah jumlah hutang peneroka kepada pihak FELDA beserta perincikan hutang-hutang tersebut serta apakah Kerajaan akan menghapuskan hutang-hutang peneroka seperti yang dijanjikan di dalam manifesto PRU 14 Pakatan Harapan.

45. PR-1421-L02962

Dato' Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah strategi Kementerian dalam memperkasakan promosi kesihatan yang terbukti menjadi elemen penting dalam membantu negara mencapai Sustainable Development Global (SDG).

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

9 AUM DR 11/4/2019

46. PR-1421-L03956

Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [ Setiu ] minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI menyatakan faktor penyebab penangguhan pembentangan kertas putih FELDA dan apakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan janji penghapusan hutang peneroka FELDA sebagaimana janji dalam manifesto PH untuk PRU 14.

47. PR-1421-L04277

Tuan Steven Choong Shiau Yoon [ Tebrau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada peruntukan geran tahunan RM6000 kepada setiap KRT akan ditingkatkan memandangkan kos sara hidup telah meningkat dengan kadar yang ketara.

48. PR-1421-L04205

Dato' Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [ Pasir Salak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan aset-aset Tabung Haji yang telah diambil alih oleh Kementerian Kewangan.

49. PR-1421-L02885

Tuan Hassan bin Abdul Karim [ Pasir Gudang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk menambah jumlah doktor pakar kanser (oncologist) di Malaysia yang kini hanya berjumlah 115 orang sahaja. Daripada jumlah itu kenapakah hanya 42 orang sahaja di Hospital Kerajaan.

50. PR-1421-L03315

Dato' Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [ Santubong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) telah sampai kepada anggota bekas Polis Diraja Malaysia dan berapa jumlah disampaikan kepada anggota masih berkhidmat. Apakah sebab kelambatan dalam penyampaian pingat-pingat ini.

51. PR-1421-L03242

Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan adakah terdapat cadangan untuk menambahbaik Galeri Arkeologi Guar Kepah di Kepala Batas, Pulau Pinang. Juga adakah terdapat rancangan untuk menyalurkan secara terus peruntukan Program Geran Georgetown kepada Kerajaan Negeri berbanding kini perlu menerusi Think City Sdn. Bhd. Jika tidak, kenapa.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 10

52. PR-1421-L03938

Tuan Sabri bin Azit [ Jerai ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah kriteria yang diambil kira bagi mengkategorikan daerah termiskin dan usaha meningkatkan pembangunan daerah Yan dan Sik.

53. PR-1421-L02991

Dato' Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tarikh pelaksanaan pembinaan bangunan baru IPD Klang Utara sepertimana yang telah diluluskan.

54. PR-1421-L03763

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perkembangan terkini siasatan ke atas tragedi MH17 dan MH370:-

(a) berapakah pampasan kepada keluarga mangsa yang telah dijelaskan; dan

(b) apakah tindakan undang-undang yang diambil terhadap penjenayah yang menembak jatuh MH17.

55. PR-1421-L03659

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keberkesanan FOMEMA dalam urusan pemeriksaan kesihatan pekerja asing. Adakah Kerajaan bercadang untuk meneruskan khidmat FOMEMA atau mengguna pakai kaedah lain yang lebih murah dan efisyen.

56. PR-1421-L03543

Dato' Sri Dr. Haji Ismail bin Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah jemaah haji bagi musim haji 1440H/2019M dan jumlah jemaah haji rayuan yang akan dipertimbangkan.

57. PR-1421-L(5)00030

Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status Program Dwi Bahasa (DLP) yang bertujuan Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, dan berapakah sekolah yang melaksanakan DLP di seluruh negara dan Parlimen Rasah.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

11 AUM DR 11/4/2019

58. PR-1421-L03949

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Bachok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan komitmen padu Kerajaan untuk mengurangkan persepsi rasuah, salah guna kuasa dan kronisme dalam sektor perkhidmatan awam.

59. PR-1421-L03015

Datuk Abd Rahim bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah Kementerian berhasrat untuk menaik taraf Jalan Telaga-Bongkol bagi kemudahan penduduk kampung dan pelajar sekolah keluar ke kawasan pekan dan sekolah berhampiran.

60. PR-1421-L03056

Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [ Pontian ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan langkah-langkah dan bajet untuk menambah bilangan usahawan PKS di negara ini. Nyatakan data usahawan PKS Bumiputera dan pecahan mengikut jenis perniagaan serta usaha meningkatkan e-dagang Bumiputera.

61. PR-1421-L03386

Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah diambil oleh Kerajaan bagi memulih serta menstruktur semula Tabung Haji (TH) sebagai langkah bagi memastikan institusi itu mampu kembali kepada tujuan asal penubuhannya, demi memberi manfaat kepada umat Islam.

62. PR-1421-L(5)00038

Tuan Khoo Poay Tiong [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah kesan Kempen Pemilihan Rumah, terutamanya potongan-potongan harga (diskaun) untuk PR1MA, terhadap pemilik-pemilik yang telah lebih awal membelinya sebelum ini dan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi isu tersebut.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

63. PR-1421-L03068

Tuan Ahmad bin Hassan [ Papar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan tentang keperluan projek naik taraf jalan raya dari Lokawi, Pengalat hingga ke Papar yang telah diluluskan dalam RMK11 berjumlah RM675 juta untuk rakyat di kawasan Parlimen Papar.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 12

64. PR-1421-L03106

Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [ Tenggara ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah yang dilakukan Kementerian untuk menetapkan harga siling yang perlu dipatuhi pemaju mengikut margin keuntungan bagi sesebuah projek dapat dilaksanakan untuk menggalakkan kegiatan spekulasi selain dapat insentif pengecualian cukai tidak lagi menggunakan penetapan harga mengikut perbandingan kawasan seperti sebelum ini.

65. PR-1421-L04300

Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada kerugian yang dialami oleh Kerajaan dalam urusan pertukaran tanah sebanyak RM500 juta seperti yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang telah menjejaskan keupayaan pertahanan negara, dan bagaimana Kerajaan akan menebus kerugian tersebut.

66. PR-1421-L04312

Dato' Sri Richard Riot anak Jaem [ Serian ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk mendirikan suatu Pusat Kawalan Keselamatan Tetap di kawasan sempadan Malaysia/Indonesia di kawasan Kg. Mongkos, Serian sepertimana pos kawalan sementara yang telah beroperasi untuk beberapa tahun tetapi dihentikan 10 tahun yang lalu.

67. PR-1421-L04303

Tuan Lim Kit Siang [ Iskandar Puteri ] minta PERDANA MENTERI menyatakan rancangan dan statistik pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air terawat, bekalan elektrik, jalan berturap, dan kemudahan telekomunikasi di petempatan orang asli di Cameron Highlands, secara terperinci bagi setiap petempatan.

68. PR-1421-L03863

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI AIR, TANAH DAN SUMBER ASLI menyatakan adakah Kementerian boleh memastikan bahawa SOP baharu perlombongan bauksit di Kuantan yang dibenarkan semula tidak akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan penduduk tempatan, adakah hasil Penilaian Kesan Alam Sekeliling Terperinci (DEIA) dikaji dengan teliti serta dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat untuk membenarkan perlombongan bauksit dibuka semula.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

13 AUM DR 11/4/2019

69. PR-1421-L03514

Datuk Hajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah terdapat pengurangan atau pertambahan bilangan pemohon BSH 2019 bagi fasa kedua ini memandangkan proses kemaskini permohonan BSH memerlukan pelbagai dokumen untuk dilampirkan sehingga tular di media sosial menyatakan BSH ini menyusahkan rakyat. Sekiranya ada, berapa peratus pertambahan bilangan pemohon BSH tersebut.

70. PR-1421-L(5)00039

Puan Maria Chin binti Abdullah [ Petaling Jaya ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kadar kematian ibu untuk tempoh 2013-2018 serta punca-puncanya. Nyatakan maklumat tersebut mengikut pecahan wanita warganegara, warga asing yang mempunyai pas sah dan warga asing tanpa izin.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 14

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan :-

"BAHAWA Pada hari Selasa, 9 April 2019, jam 5.39 petang, Yang Berhormat Pekan, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abd Razak, telah mengeluarkan kenyataan dan memaparkan perenggan 1.4.6 dan 1.4.7, muka surat 8, Lampiran 1 - Bab 3, Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) di akaun media sosial Facebook beliau ‘Najib Razak’. Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) merupakan Kertas Perintah 6 Tahun 2019 yang masih dalam Embargo sehingga jam 11.30 pagi, Rabu, 10 April 2019. DAN BAHAWA Dewan yang mulia ini memandang serius perbuatan Yang Berhormat Pekan di mana Yang Berhormat Pekan telah melanggar Embargo dokumen Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Perbuatan Yang Berhormat Pekan jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 95A Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan disifatkan telah melakukan suatu perbuatan menghina Majlis. MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Pekan hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan."

2. Perdana Menteri akan mencadangkan :-

"Bahawa Yang Berhormat Dato' Dr. Noraini binti Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong dipilih menggantikan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Ahli Parlimen Beluran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara bagi Parlimen Keempat Belas."

3. ( D.R 35/2018 ) Rang Undang-Undang Undang-Undang Sivil (Pindaan) 2018

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Perdana Menteri ]

4. ( D.R 10/2019 ) Rang Undang-Undang Cap Dagangan 2019

"

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ]

5. ( D.R 11/2019 ) Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2019

"

[ Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna ]

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

15 AUM DR 11/4/2019

6. ( D.R 9/2019 ) Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Perdana Menteri ]

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa mengikut peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275], mengambil ketetapan supaya Kerajaan memindahkan sebanyak RM13,305 juta wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) di bawah seksyen 3(1) Akta yang sama ke Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] bagi maksud Kumpulan Wang tersebut."

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 10(3), Akta Cukai Jualan 2018 supaya Perintah Cukai Jualan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut bilangan ST.68 bagi tahun 2019 disahkan. "

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(2), Akta Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai Kertas Statut bilangan ST.47, ST.48, ST.49, ST.50, ST.51, ST.52, ST.53, ST.54, ST.55, ST.56, ST.57, ST.58, ST.60 dan ST.72 bagi tahun 2019 disahkan."

10. PR-1421-U(27)029 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa penjelasan apakah strategi Kerajaan dalam rundingan dengan Singapura berhubung kait isu persempadanan dan kedaulatan ruang udara kedua-dua negara yang timbul sejak kebelakangan ini. Senario diplomatik Malaysia dan Singapura telah banyak berubah apabila isu-isu persempadanan ruang udara timbul secara spesifiknya melibatkan pemakaian Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar dan kewujudan Kawasan Larangan Kekal (PRA) untuk aktiviti ketenteraan di ruang udara Pasir Gudang. Kerajaan perlu melihat situasi ini secara serius apabila Singapura membantah kewujudan PRA di ruang udara Pasir Gudang kerana pada anggapan mereka ia akan mengekang aktiviti penerbangan awam walaupun begitu jelas PRA itu hanya ditujukan kepada aktiviti ketenteraan sahaja.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 16

Cabaran juga timbul dan perlu diselesaikan oleh Kerajaan apabila Malaysia membuat bantahan terhadap penggunaan ILS yang memerlukan pesawat mengguna ruang udara Pasir Gudang yang akan mengundang kekangan pembangunan fizikal bandar itu terutamanya membabit isu had ketinggian bangunan dalam laluan ILS. Rundingan antara kedua negara ini amat penting dalam mempertahankan kedaulatan persempadanan negara dan seharusnya Malaysia bertegas dan berhati-hati supaya akhirnya kedua-dua negara mendapat penyelesaian yang terbaik dalam hal ini." [ Menteri Pengangkutan ]

11. PR-1421-U(27)030 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan menjelaskan kegelisahan anak muda mengenai perancangan dan dasar yang menyeluruh melibatkan pembangunan golongan belia meliputi semua golongan masyarakat dan kaum di negara ini. Kerajaan perlu mempunyai perancangan dasar yang jelas seperti yang dilaksanakan Kerajaan terdahulu melalui Transformasi Nasional 2050 yang menggariskan enam teras tumpuan pembangunan belia masa hadapan yang dinamik dan berwawasan. Anak muda kini dibelenggu kerisauan berkenaan dasar pembangunan belia dan dasar pembangunan sukan yang tidak jelas sehingga memberi kesan terhadap kemajuan serta penambahbaikan organisasi belia dan sukan secara keseluruhan." [ Menteri Belia Dan Sukan ]

12. PR-1421-U(27)031 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan dasar dan pelan yang menyeluruh berkenaan halatuju negara jangka masa panjang selepas tamatnya Wawasan 2020. Kerajaan perlu memberi penjelasan kepada kebimbangan rakyat serta membuka ruang perbincangan disamping mendapatkan input daripada rakyat berkenaan apakah rancangan Kerajaan merangkumi seluruh lapisan masyarakat pelbagai umur menyentuh kesinambungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat jangka masa panjang. Kegusaran rakyat kini adalah apa yang akan berlaku pada 30 tahun akan datang. Rakyat gusar mengenai cabaran taraf hidup yang semakin kompleks di samping keadaan sosioekonomi dan keselamatan yang tidak menentu menyebabkan kegagalan kesinambungan kemajuan dan kesejahteraan akan terbantut." [ Perdana Menteri ]

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

17 AUM DR 11/4/2019

13. PR-1421-U(27)032 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan membentangkan perincian laporan penggunaan kewangan, perkembangan laporan pembangunan dan prestasi terkini Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (JKPTVET). Fungsi dan peranan penubuhan jawatankuasa ini semenjak diperkenalkan pada 21 Jun 2018 dilihat belum memberikan gambaran jelas berkenaan pelan perkembangan dan strategi pencapaian yang amat penting untuk diketahui oleh rakyat khususnya anak muda pemegang taruh meliputi pelajar, komuniti, industri dan penyedia TVET awam dan swasta yang terlibat secara langsung dalam bidang kemahiran. Kerajaan secara serius perlu memberikan perhatian terhadap perkara ini kerana ia melibatkan pendidikan dan masa hadapan anak muda yang inginkan jaminan Kerajaan memastikan mereka berjaya dalam bidang kemahiran. " [ Menteri Pendidikan ]

14. PR-1421-U(27)033 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi perhatian terhadap kebimbangan keadaan tidak selamat melibatkan banduan dalam penjara di seluruh negara merangkumi isu kepadatan sel, masalah kemudahan dalam penjara, tahap kawalan kesihatan dan keselamatan penjara serta penyebaran wabak penyakit. Kebanjiran jumlah banduan di dalam sesetengah penjara di negara ini menyebabkan keadaan yang tidak kondusif berlaku seterusnya mengakibatkan risiko penyebaran wabak penyakit yang lebih tinggi seperti penyakit TB dan kencing tikus. Sebuah kajian menyeluruh dan komprehensif harus dibentang dan dibincangkan segera bagi mendapatkan penyelesaian memandangkan situasi ini akan memberikan kesan terhadap persekitaran sekeliling dan ia akan menjejaskan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan." [ Menteri Dalam Negeri ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 18

15. PR-1421-U(27)034 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap kerisauan rakyat berhubung usaha mendukung Perlembagaan Negara dengan memperkasa identiti kenegaraan dan perpaduan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) yang dilihat semakin lesu dan tidak aktif. Kerajaan perlu membentangkan serta memberi ruang perbincangan dengan segera apakah perancangan terperinci dan strategi jangka masa panjang JPNIN untuk mengukuhkan perpaduan dan menyemai semangat Rukun Negara dalam diri setiap warganegara disamping membentangkan laporan kewangan dan prestasi JPNIN bagi suku ketiga dan keempat tahun 2018. Kerisauan yang timbul adalah Kerajaan baharu ini dilihat tidak memperkasa fungsi dan peranan JPNIN yang mempunyai struktur jawatankuasa yang efisyen dan tersusun malah Kerajaan dilihat hilang fokus terhadap strategi menyediakan perancangan khusus bagi perpaduan dan integrasi nasional secara keseluruhan." [ Perdana Menteri ]

16. PR-1421-U(27)035 Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat menggesa Kerajaan memberi penjelasan terhadap kebimbangan rakyat berhubung dasar Kerajaan dalam sektor automotif negara yang tidak seimbang dan memberikan lebih banyak keuntungan buat syarikat pengeluar kenderaan luar negara untuk menguasai pasaran berbanding syarikat pengeluar kenderaan tempatan. Kerajaan perlu menjelaskan mekanisme dan strategi yang menyeluruh dalam memastikan syarikat-syarikat automotif tempatan seperti Syarikat Proton dan Perodua terus kompeten agar dilihat lebih berdaya saing dengan syarikat luar negara. Kerajaan juga harus menetapkan kewajipan buat seluruh institusi pentadbiran dan agensi Kerajaan seluruh negara menggunakan kenderaan berjenama tempatan sebagai kenderaan rasmi supaya ia dapat dilihat sebagai usaha menyokong semangat kenegaraan dan membantu merancakkan perkembangan produk kereta nasional." [ Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri ]

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

19 AUM DR 11/4/2019

17. PR-1421-U(27)039 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar institusi Parlimen menetapkan supaya satu Jawatankuasa Pemilih Khas ditubuhkan dan satu referendum rakyat diadakan bagi meneliti semua pandangan rakyat Malaysia mengenai langkah Kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati dalam 32 kesalahan melibatkan lapan perundangan negara. Dalam semangat Malaysia Baru selepas 9 Mei, ianya menjadi satu tanggungjawab Kerajaan agar dapat menghormati pandangan setiap lapisan rakyat Malaysia terutamanya mengenai perkara memansuhkan hukuman mati yang juga melibatkan nyawa masyarakat termasuk keluarga mangsa atau keluarga tahanan hukuman mati. “Sekiranya pandangan rakyat ini tidak diteliti, Kerajaan Pakatan Harapan akan dilihat sebagai menafikan hak kebebasan bersuara mereka. Kerajaan juga perlu menyatakan pendirian dengan jelas, apakah alternatif lain yang akan diganti selepas pemansuhan hukuman mati ini dilaksanakan dan apakah ia mampu dijadikan sebagai langkah pencegahan atau sebaliknya. Kerajaan Pakatan Harapan perlu sedar bahawa kejayaan mereka menjadi Kerajaan hari ini adalah disebabkan kuasa dan suara rakyat. " [ Perdana Menteri ]

18. PR-1421-U(27)040 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Agar projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) tidak dibatalkan memandangkan ia sudah siap 20% dan Kerajaan perlu membayar pampasan yang tinggi kerana melanggar kontrak perjanjian. Tambahan pula, landasan yang akan memendekkan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu ini berupaya memberi manfaat ekonomi kepada negara dengan melonjakkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Gross Domestic Product (GDP) di tiga negeri pantai timur sebanyak 1.5%. la juga akan merangsang pertumbuhan ekonomi di pantai timur, rangkaian hubungan yang penting di antara timur dan barat serta merapatkan jurang ekonomi antara bandar-luar bandar. Maka Dewan Rakyat menyeru agar YAB Perdana Menteri dan semua ahli Jemaah Menteri dapat meneruskan projek ECRL ini." [ Perdana Menteri ]

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 20

19. PR-1421-U(27)041 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan Laporan Akhir Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP) dengan mengeluarkan unsur-unsur berkaitan kepentingan negara yang sensitif daripada Laporan CEP serta mengemukakan laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan oleh CEP. Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah memaklumkan dewan ini pada 15 Oktober 2018 bahawa CEP telah tamat melaksanakan tugas pada 19 Ogos 2018 dan pihak Kerajaan telah pun menerima laporan cadangan penambahbaikan yang disyorkan oleh CEP. Memandangkan enam bulan telah berlalu untuk Kerajaan untuk meneliti Laporan CEP, maka atas pinsip ketelusan dan akauntabiliti, tibalah masa bagi Kerajaan untuk mendedahkan Laporan CEP supaya rakyat Malaysia dapat memberikan input serta sama-sama menentukan hala tuju negara." [ Perdana Menteri ]

20. PR-1421-U(27)042 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Rakyat ini menggesa Kerajaan supaya memaparkan laporan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (Institutional Reforms Committee-IRC) serta laporan mengenai tindakan-tindakan yang telah diambil daripada cadangan-cadangan pembaharuan oleh IRC. Memandangkan wujudnya dakwaan oleh seorang Hakim Mahkamah Rayuan melalui afidavit yang boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman baru-baru ini, maka adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui usaha-usaha penambahbaikan serta pembaharuan yang substantif dalam pentadbiran institusi-institusi seperti badan kehakiman dalam negara. " [ Perdana Menteri ]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 21

21. PR-1421-U(27)043 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat mendengar suara rakyat dan seterusnya membatalkan cadangan projek kereta nasional ketiga yang dijadualkan pelaksanaannya pada tahun 2020. Menteri Kewangan telah memberi jaminan pada Ogos 2018 bahawa projek kereta nasional ketiga tidak akan menggunakan wang rakyat. Namun, Menteri Pembangunan Usahawan telah mengumumkan peruntukan dana sebanyak RM20 juta pada Januari 2019 bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga. Kos untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan juga penghasilan kereta nasional ketiga melibatkan pelaburan berbilion-bilion ringgit. Walaupun projek ini dimajukan oleh syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) seperti SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan Sime Darby seperti yang diwar-warkan, ianya secara tidak langsung melibatkan wang rakyat yang dicarum melalui pelaburan Khazanah Nasional, Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Memandangkan situasi ekonomi negara yang tidak menentu, projek kereta nasional ketiga akan membebankan Kerajaan dan rakyat (khususnya pembeli kereta) sekiranya projek ini diteruskan. Adalah disarankan agar projek kereta nasional ketiga dibatalkan demi menjimatkan wang rakyat." [ Perdana Menteri ]

22. PR-1421-U(27)044 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Menurut laporan media Sin Chew Daily bertarikh 19 Ogos 2018, Ketua Strategi PPBM Rais Hussin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penggubalan Manifesto Pakatan Harapan sebelum PRU14 telah mengumumkan bahawa semasa Buku Harapan (Manifesto PH untuk PRU14) dirangka, pra-syarat untuk menilai pengiktirafan UEC adalah kelulusan dalam 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM. Akan tetapi, Kementerian Pendidikan setakat ini tidak pernah menjelaskan perkara tersebut yang banyak menimbulkan kekeliruan dan ianya berlainan nada dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan semasa PRU14, iaitu UEC dapat diiktiraf hanya dengan memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, maka UEC boleh diiktiraf. Mantan Menteri Pelajaran iaitu ahli parlimen Pagoh telah mengarahkan semua universiti awam tempatan untuk menambah satu syarat am bagi kemasukan ke universiti awam iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat SPM dan mata pelajaran Sejarah telah menjadi mata pelajaran wajib lulus dalam SPM. Ini bermakna tanpa lulus mata pelajaran sejarah dalam SPM, seseorang calon itu tidak boleh memperolehi sijil SPM.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

22 AUM DR 11/4/2019

Arahan tersebut berkuatkuasa semenjak tahun 2013. Dewan ini mendesak Kementerian Pendidikan untuk memperjelaskan sama ada mata pelajaran Sejarah, Matematik dan Sains di peringkat SPM masih diambil kira sebagai prasyarat pengiktirafan UEC seperti yang dikatakan oleh Rais Hussin. Sekiranya kenyataan Rais Hussin itu benar, maka Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) perlu melakukan penyelarasan dasar baru bagi mengatasi kekangan syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam tempatan, Kementerian Pendidikan mesti mempunyai pendirian yang jelas dalam perkara ini dan tidak boleh berdolak-dalik. Selaras dengan manifesto Pakatan Harapan, Kementerian Pendidikan harus memberi pengiktirafan segera ke atas pelajar Sijii Peperiksaan Bersepadu (Unified Examination Certificate-UEC) seperti mana yang dijanjikan oleh YB Kulai merangkap Timbalan Menteri Pendidikan semasa berkempen di PRU 14 dan dalam rakaman video beliau pada 9 April 2018 yang dimuat naik ke “Youtube”, di mana beliau mengatakan Pakatan Harapan sudah mempunyai “hitam putih” untuk mengiktiraf UEC sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi Kerajaan." [ Menteri Pendidikan ]

23. PR-1421-U(27)045 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menyeru agar Kerajaan dapat meneruskan projeck pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada 26 Oktober 2017, termasuk mengekalkan 10 nama sekolah baru yang telah diluluskan. Kerajaan sepatutnya menyiapkan projek tersebut dalam masa 5 tahun dengan peruntukan RM20 juta setiap tahun (jumlah keseluruhannya RM100 juta) seperti yang telah dijanjikan oleh Kerajaan terdahulu. Tetapi malangnya, perlaksanaan projek tersebut agak lambat dan tiada perkembangan yang signifikan. Dengan itu, mengharapkan Dewan ini mengambil maklum perkara ini dan mendesak Kerajaan Pakatan Harapan mempercepatkan proses pembinaan 10 buah SJKC baru dan perpindahan 6 buah SJKC kurang murid ke kawasan yang lebih padat penduduk cina." [ Menteri Pendidikan ]

24. PR-1421-U(27)046 Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini menggesa Kerajaan supaya dapat memberikan peruntukan yang sama rata kepada Ahli Parlimen tanpa mengira fahaman politik. Ini kerana, Ahli Parlimen Kerajaan di Semenanjung Malaysia telah diberi peruntukan sebanyak RM1,000,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM700,000 bagi peruntukan kawasan pada tahun 2018.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 23

Manakala tahun 2019, Ahli Parlimen Kerajaan diperuntukkan RM1,800,000 iaitu RM300,000 untuk operasi Pusat Khidmat dan RM1.5 juta bagi peruntukan kawasan. Sementara Ahli Parlimen pembangkang hanya diberikan RM100,000 sahaja bagi tahun 2018 dan tidak menerima apa-apa peruntukan untuk tahun 2019. Ini merupakan satu bentuk diskriminasi yang amat ketara. Gesaan ini selari dengan semangat ‘Malaysia Baru’ dan hasrat badan bebas (NGO) seperti BERSIH yang mahu memastikan tiada istilah diskriminasi dalam negara dan semua pengundi harus dilayan dengan adil dan saksama. Malah, perkara ini juga diperjuangkan oleh pemimpin Kerajaan hari ini ketika bergelar pembangkang suatu ketika dahulu. Dalam masa sama, semangat ‘Malaysia Baru’ ini juga yang menuntut kesuburan demokrasi. Prinsip keadilan ini akan dijadikan sebagai penanda aras dan seterusnya diteladani oleh Kerajaan negeri yang lain di Malaysia tanpa mengira parti mana yang memerintah." [ Perdana Menteri ]

25. PR-1421-U(27)027 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"supaya mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 61 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan impian Negaraku Malaysia Baharu selepas PRU 14." [ Perdana Menteri ]

26. PR-1421-U(27)028 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urustadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat." [ Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

24 AUM DR 11/4/2019

27. PR-1421-U(27)036 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Banyak kuaters-kuaters guru yang dibina di seluruh negara dengan bagitu cantik dengan harga beratus juta ringgit ditinggalkan kosong tidak didiami. Kuaters ini telah banyak yang rosak dan tidak terjaga. Kawasan dipenuhi semak samun dan tidak terurus. Banyak yang menjadi tempat penagih dadah beroperasi dan kawasan ini menjadi bukti bagaimana Kerajaan tidak prihatin terhadap alam sekitar dan pembaziran wang rakyat yang amat luar biasa. Dicadangkan semua kuarters ini dijual kepada mana-mana pihak dengan harga yang berpatutan supaya beban tidak lagi ditanggung oleh Kerajaan dan pulangan dari jualan ini boleh digunakan bagi mereka yang memerlukan."

[ Menteri Pendidikan ]

28. PR-1421-U(27)037 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Dadah telah mula masuk ke sekolah-sekolah. Walau pun jumlahnya masih kecil tetapi tindakan segera mesti diambil. Bagi mengelak dari pelajar terlibat sekolah disarankan memperbanyakkan kegiatan pasukan beruniform seperti kadet tentera, kadet polis, kedet bomba, pengakap dan lain-lain pasukan berunifom dan perbanyakkan aktiviti luar sekolah. Kegiatan ini semua akan membina perasaan kekitaan dan saling tegur menegur. Jabatan kaunseling di sekolah juga mesti diperkemaskan agar pelajar yang menghadapi masalah cepat dikenal pasti dan diambil tindakan."

[ Menteri Pendidikan ]

29. PR-1421-U(27)038 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Kemalangan jalan raya makin meningkat di negara ini. Di antara punca kemalangan ialah pengguna yang cuai dan penguatkuasaan oleh agensi yang lemah. Sebagai contoh kemalangan melanggar kenderaan yang diberhenti di bahu jalan, atau kenderaan yang rosak ditinggalkan tanpa dipaparkan notis kereta/kenderaan rosak. Kerajaan hendaklah menggunakan semua ruang seperti TV dan radio bagi menyebarkan maklumat kepada pengguna jalan raya jika kenderaan mereka rosak, notis secukupnya mesti dipamerkan agar pengguna yang lain sedar dan tahu masalah wujud di hadapan mereka dan mereka akan bersedia untuk elakkan dari melanggar kenderaan yang rosak ini."

[ Menteri Pengangkutan ]

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

AUM DR 11/4/2019 25

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

(DEWAN RAKYAT)

TAHUN

2019

RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

ST.31 Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

(SUHAKAM) Bagi Tahun 2018

11 April 2019

ST.85 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga

Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) Bagi

Tahun 2017

11 April 2019

ST.89 Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018

11 April 2019

ST.90 Laporan Kestabilan Kewangan Dan Sistem

Pembayaran 2018

11 April 2019

ST.96 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Agensi

Inovasi Malaysia (AIM) Bagi Tahun 2017

11 April 2019

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT 11042019 - Khamis.pdf · setelah Kerajaan berjaya mengutip jumlah cukai tertinggi sebanyak RM137.035 bilion baru-baru ini dan Menteri

26 AUM DR 11/4/2019

**UCAPAN

( PERATURAN MESYUARAT 17 )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 11.04.2019 (Khamis)

1. YB Tuan Chan Ming Kai (Alor Setar)

1. Masalah Pengimportan Pekerja Asing Yang Ditangguhkan Selepas Kelulusan Dan Masalah Penamatan Perkhidmatan Syarikat ‘Outsourcing’

1. YB Menteri Dalam Negeri

2. 11.04.2019 (Khamis)

2. YB Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar)

2. Pembinaan Jejambat Bertingkat Di Persimpangan Utama Jalan Raya Bagi Menyelesaikan Masalah Kesesakan Lalulintas Di Parlimen Paya Besar

2. YB Menteri Kerja Raya

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17)