malaysia dewan negara aturan urusan mesyuarat … · tersebut. apakah perancangan jangka masa...

28
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 16 DISEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 13 MEMILIH TIMBALAN TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1433-L05376 Tuan Haji Idris bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana kesiap siagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan PRU dalam suasana kebiasaan baharu. 2. PN-1433-L05566 Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha-usaha dan kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kementerian hasil pengumuman pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN. 3. PN-1433-L05426 Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan langkah segera serta berkesan yang diambil bagi mengatasi masalah benih padi yang sering berulang hampir setiap musim penanaman padi. 4. PN-1433-L05158 Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang penyalahgunaan dadah memberi kesan langsung kepada kesihatan penagih dan mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan dan kesejahteraan ahli keluarga. Apakah usaha Kerajaan untuk mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah, selain daripada melalui pendidikan pencegahan dan rawatan pemulihan.

Upload: others

Post on 02-Aug-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 16 DISEMBER 2020, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

13

MEMILIH TIMBALAN TUAN YANG DI-PERTUA

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1433-L05376

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh mana kesiap siagaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan PRU dalam suasana kebiasaan baharu.

2. PN-1433-L05566

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah usaha-usaha dan kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kementerian hasil pengumuman pakej rangsangan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN PKS Tambahan, PENJANA dan KITA PRIHATIN.

3. PN-1433-L05426

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan langkah segera serta berkesan yang diambil bagi mengatasi masalah benih padi yang sering berulang hampir setiap musim penanaman padi.

4. PN-1433-L05158

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang penyalahgunaan dadah memberi kesan langsung kepada kesihatan penagih dan mendatangkan kemudaratan terhadap keselamatan dan kesejahteraan ahli keluarga. Apakah usaha Kerajaan untuk mengurangkan kadar penyalahgunaan dadah, selain daripada melalui pendidikan pencegahan dan rawatan pemulihan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

2 AUM DN 16/12/2020

5. PN-1433-L05228

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan langkah-langkah yang telah dan bakal diambil bagi mendidik masyarakat tentang kepentingan mengambil vaksin Covid-19 (sekarang ini belum diterima) bagi mengawal gelombang pandemik Covid-19 dan bagaimana menangani propaganda anti-vaksin yang boleh memudaratkan usaha KKM menangani penularan pandemik ini.

6. PN-1433-L05516

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah inisiatif Kerajaan yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran makanan asas khususnya beras yang terkesan produktivitinya akibat pandemik COVID-19.

7. PN-1433-L05466

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada kajian dan pelan tindakan sudah dirancang terhadap pelajar-pelajar yang terlibat dengan pembelajaran semasa pandemik COVID-19 bagi meminimumkan kesan terhadap pembangunan pendidikan pelajar dan mencapai hasrat pendidikan negara.

8. PN-1433-L05214

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status hutang Kerajaan Malaysia berhubung projek-projek mega yang dibatalkan oleh Kerajaan PH.

9. PN-1433-L05060

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan jumlah peserta dan keluasan kawasan tanaman kelapa sawit yang telah menerima persijilan MPOB serta usaha MPOB dalam membantu penanam kelapa sawit pada komuniti Orang Asli di seluruh negara.

10. PN-1433-L05509

Datuk John Ambrose minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status terkini pembinaan tiga kapal induk APMM yang akan digunakan bagi meningkatkan pengoperasian di perairan negara dalam usaha mencegah aktiviti pencerobohan bot nelayan asing.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 3

11. PN-1433-L05416

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha Kementerian dalam mengatasi masalah psikologi dan mental ibu bapa khususnya yang mempunyai anak-anak OKU yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ini serta apakah sistem sokongan yang disediakan oleh Kementerian buat keluarga yang mempunyai anak OKU.

12. PN-1433-L05528

Tuan Liew Chin Tong minta PERDANA MENTERI menyatakan peratusan dan butiran mengenai pencapaian dan perkara yang belum dilaksanakan oleh Kerajaan dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 - 2023. Adakah Kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah baik NACP 2019-2023.

13. PN-1433-L05541

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah terkini peserta yang terlibat dalam program Skim Perantisan Nasional (SPN) sehingga kini, dan berapakah jumlah syarikat ataupun organisasi yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Adakah syarikat ataupun organisasi W.P. Labuan juga turut serta dalam program ini.

14. PN-1433-L05603

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah pemantauan (monitoring), situasi ibu-ibu tunggal dan anak-anak mengalami tekanan semasa PKP dan PKPB berkaitan COVID-19 serta tindakan susulannya.

15. PN-1433-L05293

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perkhidmatan bank bergerak yang bakal diperluas di Sarawak, apakah bank-bank yang akan terlibat, bilakah mereka akan bermula beroperasi dan nyatakan kawasan yang akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini di Sarawak.

16. PN-1433-L05441

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh mana pelaksanaan Pekerjaan Hijau telah dilaksanakan di negara ini sesuai dengan matlamat yang terkandung dalam Sustainable Development Goals (SDGs) 2030.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

4 AUM DN 16/12/2020

17. PN-1433-L05253

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan prestasi daftar kenderaan pada tahun 2020 dan sehingga November 2020 berapakah hasil yang dikutip daripada kutipan jualan Nombor Daftar Kenderaan dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi setiap JPJ Negeri di seluruh negara.

18. PN-1433-L05580

Datuk Paul Igai minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapa ramai dan jumlah tuntutan oleh pekebun getah di Sarawak setiap tahun sejak Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diwujudkan dan berapa ramai (peratusan) mereka yang tertinggal dan apakah langkah untuk mempercepatkan proses tuntutan itu.

19. PN-1433-L05046

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah perkembangan Projek Tebatan Banjir Penampang yang telah dimulakan sebelum PRU14.

20. PN-1433-L05043

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bantuan peluang pekerjaan bagi kelompok M40 terutama mereka yang berumur lebih 45 tahun yang diberhentikan kerja, tamat kontrak dan hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 dan berapa jumlah kelompok M40 yang terjejas teruk di seluruh negara.

21. PN-1433-L05263

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejauh mana Kerajaan dapat merancakkan pembangunan Pelabuhan dan Terminal Maritim dalam RMK12 agar Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi, Pelabuhan Tanjung Beruas, Melaka International Cruise Terminal dan Taman Industri Maritim Melaka (MMIP) mendapat impak dan manfaatnya.

22. PN-1433-L05133

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status terkini berhubung pembinaan 3 buah OPV untuk APMM oleh Destini Sdn Bhd yang dilaporkan bermasalah.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 5

23. PN-1433-L05143

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk membantu mempertingkatkan industri pelancongan domestik di Negeri Perak, yang terjejas pendapatan sehingga hari ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

24. PN-1433-L05576

Puan Hajah Sabani binti Mat minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah sijil halal yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) setakat ini kepada pengusaha restoran bukan Islam dan adakah Kerajaan bercadang untuk mengujudkan Akta Majlis Halal Negara bagi memastikan seluruh premis makanan yang memiliki sijil halal negara ini menghidangkan makanan yang terjamin tahap kesuciannya.

25. PN-1433-L05163

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan import jagung bijian 4 juta tan setahun bersamaan dengan RM3.4 bilion. Mengikut blueprint jagung bijian negara yang mensasarkan pengurangan pengimportan sebanyak 30% pada tahun 2032. Apakah usaha-usaha yang telah dilaksanakan ke arah mencapai sasaran tersebut.

26. PN-1433-L05080

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang menukar ganti kenderaan-kenderaan Polis Diraja Malaysia yang telah melebihi usia 5 tahun ke atas sebagai contoh kenderaan rasmi Polis Trafik di seluruh negeri.

27. PN-1433-L05486

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan status terkini Pelan Hala Tuju Sifar Penggunaan Plastik Pakai Buang sekarang daripada segi pemantauan secara bersepadu.

28. PN-1433-L05625

Tuan Ir. Md. Nasir bin Hashim minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan insentif untuk menggalakkan perikanan laut dalam.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

6 AUM DN 16/12/2020

29. PN-1433-L05303

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan perkembangan terkini berkenaan dengan vaksin COVID-19. Bilakah vaksin itu boleh diguna pakai di Malaysia dan adakah ia digunakan secara percuma.

30. PN-1433-L05198

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah rumah PPRT untuk Orang Asli tahun 2020.

31. PN-1433-L05090

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menawarkan semula biasiswa MyBrain15 dalam menghadapi keadaan lebihan graduan ijazah pertama dalam pasaran kerja yang tidak begitu stabil akibat pandemik COVID-19 sekarang. Jelas usaha ini juga akan sedikit sebanyak membantu graduan kita meningkatkan kelayakan pendidikan dan keboleh pasaran mereka.

32. PN-1433-L05594

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diperuntukkan oleh Kerajaan dalam Belanjawan 2021 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil memandangkan tiada sebarang peruntukan berkaitan yang dinyatakan secara jelas dalam pembentangan Belanjawan 2021 baru ini.

33. PN-1433-L05238

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan tentang rancangan penggunaan air hujan sebagai punca air baru untuk kegunaan pengguna selepas ini.

34. PN-1433-L05308

Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rancangan Kementerian untuk membina blok perumahan Balai Polis Penampang yang baru untuk menggantikan bangunan yang sudah uzur.

35. PN-1433-L05634

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan langkah jangka panjang yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan program subsidi baja yang diberikan kepada pesawah padi adalah mengikut spesifikasi kesuburan tanah di setiap kawasan seluruh negara.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 7

36. PN-1433-L05401

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan usaha Kerajaan Persekutuan untuk membantu negeri Pulau Pinang khususnya untuk merancakkan lagi pelaburan asing di negeri tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik di negeri Pulau Pinang.

37. PN-1433-L05456

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan apakah langkah proaktif serta tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan bagi mengurangkan kes tidak menghormati agama lain dan mencetuskan ketegangan kaum di negara yang kita cintai ini.

38. PN-1433-L05431

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan jumlah beras yang perlu diimport dari luar negara setiap tahun dan apakah langkah yang diambil untuk meningkatkan produktiviti beras negara dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada beras import.

39. PN-1433-L05317

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kesediaan Kerajaan untuk mengkaji semula permit kebenaran atau lesen pusat-pusat hiburan yang beroperasi sehingga awal pagi dengan alasan bagi memenuhi permintaan pelancong asing datang ke Kuala Lumpur.

40. PN-1433-L05108

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan bahawa terdapat negeri sering mengalami masalah bekalan air dan bekalan air kotor. Teknologi dapat digunakan untuk mengitar semula air buangan atau menuai air hujan untuk mengurangi kebergantungan air daripada sumber utama akibat perubahan iklim. Apakah Kementerian bersedia menggunakan kaedah ini.

41. PN-1433-L05446

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat meminda sebahagian silibus Tahun 1 2021 berikutan purata peratusan murid enam tahun yang mampu membaca pada tahun ini dijangka lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini ekoran penutupan sesi persekolahan yang agak panjang disebabkan tempoh PKP.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

8 AUM DN 16/12/2020

42. PN-1433-L05103

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan pada 20 Oktober lalu, Kerajaan mengumumkan 1 juta pekerja sektor awam dan swasta di Selangor, Sabah serta Wilayah Persekutuan di bawah PKPB diarah bekerja dari rumah. Bagi sektor awam, tidak timbul isu kerana mereka dibayar gaji penuh oleh Kerajaan. Bagaimana pula dengan sektor industri. Apakah Kerajaan sanggup membantu sektor industri yang terjejas dengan langkah ini.

43. PN-1433-L05258

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perbelanjaan emolumen, elaun dan insentif, kepada Ahli Lembaga Pengarah KWSP, panel pelaburan, pegawai pengurusan tertinggi, eksekutif dan staf pelaksana bagi KWSP dan kumpulan anak syarikat KWSP serta statistik personel pada 2019 dan 2020.

44. PN-1433-L05273

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan rancangan Kerajaan untuk menaik taraf tebing Batang Rajang di Sibu untuk memanfaatkan potensi pelancongan dari sungai yang paling panjang di Malaysia.

45. PN-1433-L05406

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kerajaan dalam menyediakan prasarana yang optimum bagi membantu murid-murid OKU pekak dan buta yang terpaksa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara atas talian akibat pandemik COVID-19.

46. PN-1433-L05471

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan pelajar praktikal industri (intern) di syarikat swasta tidak dimanipulasi di tempat mereka menjalani praktikal tersebut.

47. PN-1433-L05487

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan tindakan yang dilakukan dalam mengaplikasikan penggunaan teknologi rawatan air di semua kilang mahupun premis bagi mengawal pencemaran sungai daripada berlaku.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 9

48. PN-1433-L05386

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha pihak Kementerian bersama semua PBT dalam mengawal penjualan minuman beralkohol di semua daerah selari dengan tindakan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengurangkan kes berkaitan pemabuk dan menjamin keselamatan rakyat.

49. PN-1433-L05461

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat supaya dasar biasiswa, danasiswa dan wakaf pendidikan ke arah pendidikan percuma diwujudkan sebagaimana Universiti Harvard di Amerika Syarikat dan Universiti Raja Abdullah di Arab Saudi dengan masing-masing dana wakaf sebanyak USD40 bilion dan USD10 bilion.

50. PN-1433-L05557

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan semua pengendali program bagi masyarakat India di bawah Mitra serta jumlah yang diberikan kepada setiap organisasi tersebut untuk tahun 2020.

51. PN-1433-L05055

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan projek-projek dan peruntukan bagi belanjawan pembangunan bagi JAKOA yang disediakan sebanyak RM83 juta pada Bajet tahun 2020 yang lalu.

52. PN-1433-L05085

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah tindakan perundangan dan teknikal yang telah dan sedang diambil oleh Kementerian dan agensi terbabit dalam membendung masalah pencemaran sumber air yang menyusahkan rakyat sejak kebelakangan ini.

53. PN-1433-L05288

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk memberi penekanan kepada usaha untuk menaik taraf dan menambah baik program radio dan televisyen pendidikan dalam era COVID-19 ini, memandangkan program radio dan televisyen pendidikan dikenal pasti berpotensi sampai ke lebih ramai murid dan warga pendidik berbanding dengan pembelajaran dalam talian.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

10 AUM DN 16/12/2020

54. PN-1433-L05546

Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapakah jumlah peniaga yang telah diberikan Lesen Percuma untuk memulakan perniagaan dan sambutan "Wilayah Bebas Berniaga" di Labuan.

55. PN-1433-L05496

Datuk John Ambrose minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah status projek-projek infrastruktur asas luar bandar di Negeri Sabah di bawah Kementerian khususnya seperti projek jalan, bekalan api dan bekalan air.

56. PN-1433-L05325

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan terdapat majikan tidak membayar kepada pekerja Skim Subsidi Upah walaupun Kerajaan telah membayar kepada majikan masing-masing. Apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasi masalah ini.

57. PN-1433-L05313

Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan berapakah peruntukan Kerajaan untuk mengatasi isu banjir di daerah Penampang, Sabah dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pelaksanaan projek seperti pembinaan Tebatan Banjir Lido tidak mengalami kelewatan.

58. PN-1433-L05608

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Bin Raja Ahmad minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sebab-sebab pembatalan cadangan untuk mengadakan Pilihan raya Kerajaan Tempatan yang sepatutnya dibentangkan pada tahun 2020.

59. PN-1433-L05620

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pendirian Kerajaan dalam mewajibkan kursus pra-perkahwinan dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

60. PN-1433-L05518

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status kemajuan pelan pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan (KPP), khususnya Pelan Pelaburan Pertahanan Negara (3PN), Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN), dan Rangka Tindakan Kapasiti Pertahanan (RTKP), selepas setahun KPP telah dilaksanakan.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 11

61. PN-1433-L05590

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengkaji semula hukuman kepada para ibu bapa yang didapati bersalah membenarkan anak-anak mereka menggunakan basikal lajak dari hukuman penjara tidak melebihi dua tahun kepada hukuman khidmat komuniti.

62. PN-1433-L05070

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan adakah Kementerian bercadang menyewakan tapak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang terletak di Kompleks CIQ Padang Besar daripada terbiar kekosongan.

63. PN-1433-L05268

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sejauh mana pendirian yang diambil oleh Malaysia dalam menangani sebarang bentuk provokasi agar ia mematuhi Deklarasi Tata kelakuan Pihak Berkepentingan (DOC) dan penyempurnaan tata kelakuan pihak-pihak berkepentingan di Laut China Selatan semasa tempoh pandemik COVID-19 masih menular.

64. PN-1433-L05148

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tahap keberkesanan penilaian sistem pembelajaran "Home Based Learning" berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara dalam talian.

65. PN-1433-L05243

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan senarai jumlah keseluruhan projek pembangunan dan kos masing-masing bagi tahun 2021 untuk KESEDAR, Kelantan.

66. PN-1433-L05193

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program bantuan dan sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga yang telah dijalankan oleh Kerajaan sepanjang tempoh pandemik COVID-19, serta statistik terkini kes berkaitan mengikut pecahan negeri.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

12 AUM DN 16/12/2020

67. PN-1433-L05421

Tuan Haji Ahmad bin Yahya minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian bagi menyelesaikan masalah kuarters guru yang terbiar, tidak didiami dan diselenggarakan dengan baik di banyak lokasi seluruh negara.

68. PN-1433-L05118

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk membantu pesakit yang mempunyai penyakit Pulmonary Hypertension serta langkah yang diambil untuk mengurangkan kos ubat-ubatan bagi penyakit ini.

69. PN-1433-L05556

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah inisiatif Kementerian dalam memastikan program atau kursus pembangunan keluarga dan masyarakat dapat dijalankan secara berterusan dalam keadaan Wabak COVID-19 yang membimbangkan sekarang.

70. PN-1433-L05178

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan setakat ini, sama ada minyak sawit yang dikeluarkan berlandaskan piawaian MSPO diiktiraf oleh negara-negara pengimport sebagai minyak sawit mampan dan diterima masuk ke pasaran mereka.

71. PN-1433-L05525

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah proaktif Kementerian dalam menangani golongan antivaksin yang menolak kaedah pemvaksinan dan imunisasi dilaksanakan kepada mereka sekali gus membantutkan usaha menghapuskan virus COVID-19 di negara ini sebaik pemberian vaksin ini dilaksanakan.

72. PN-1433-L05128

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan supaya peruntukan lampin pakai buang, susu dan keperluan pek najis disediakan kepada veteran ATM yang berkeadaan uzur dan memerlukannya kerana kos barang tersebut mahal dan tidak mampu ditanggung oleh veteran atau waris.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 13

73. PN-1433-L05032

Datuk Razali bin Idris minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan strategik yang menekankan konsep "Paying It Forward" sebagai mewujudkan ekosistem masyarakat Bumiputera yang prihatin.

74. PN-1433-L05278

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peratus pelajar di seluruh negara dan di Sarawak yang dilengkapi dengan capaian internet pantas dan komputer riba yang menjadi prasyarat untuk pembelajaran atas talian.

75. PN-1433-L05615

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk mewujudkan semula Pelan Induk Masyarakat India (Malaysian Indian Blueprint) yang menjadi tunjang utama pelaksanaan agenda pembangunan sosio-ekonomi Kaum India berikutan tindakan Kerajaan terdahulu menghentikan pelan tersebut.

76. PN-1433-L05218

Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah bagi menambah baik Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) dari segi pelan strategik dan pelan pelaksanaan bagi memastikan visi ini mendapat perhatian dan memanfaatkan rakyat sekaligus mencapai objektifnya secara total.

77. PN-1433-L05451

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan merancang untuk melanjutkan moratorium pinjaman bank sehingga 3 bulan lagi secara automatik.

78. PN-1433-L05173

Puan Rita Sarimah Anak Patrick Insol minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan pelan Kerajaan merangkumi bagi tempoh jangka panjang untuk mengurangkan kebergantungan industri perladangan kepada buruh asing.

79. PN-1433-L05352

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan bagaimanakah cara Kementerian mengatasi masalah kekurangan pekerja asing terutamanya dalam sektor perladangan dan pertanian memandangkan pengambilan pekerja asing dibekukan sehingga akhir tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

14 AUM DN 16/12/2020

80. PN-1433-L05075

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status terkini dan tindakan seterusnya oleh Kementerian terhadap sekolah sukan yang terbengkalai di negeri Perlis sejak tahun 2012 sehingga kini.

81. PN-1433-L05503

Datuk John Ambrose minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan akan membantu syarikat penerbangan Malaysia Airlines melalui suntikan modal agar syarikat tersebut boleh terus beroperasi.

82. PN-1433-L05357

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kementerian dalam perancangan untuk mewujudkan tapak pelupusan sampah yang menggunakan sistem teknologi terkini di setiap daerah agar proses pelupusan sampah menjadi lebih efektif dan efisien.

83. PN-1433-L05208

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan cadangan untuk mengambil pekerja daripada kalangan masyarakat Orang Asli dalam sektor perladangan akan diteruskan.

84. PN-1433-L05408

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan Kementerian dalam membantu keluarga B40 yang mempunyai anak OKU serta adakah Kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan bantuan khas buat golongan ini.

85. PN-1433-L05629

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan usaha Kementerian dalam mengatasi masalah pendapatan golongan penoreh getah yang berhadapan dengan isu harga komoditi yang tidak stabil dan keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 15

86. PN-1433-L05283

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan rancangan Kerajaan dalam menyediakan perumahan kos rendah bagi golongan B40 bagi seluruh negara terutamanya di negeri Sarawak untuk tahun 2021 sehingga 2024.

87. PN-1433-L05476

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan bentuk usaha yang telah diambil khususnya dengan Kerajaan-kerajaan Negeri di Malaysia bagi meningkatkan pelancongan domestik.

88. PN-1433-L05233

Sr. Haji Mohd Apandi bin Mohamad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai punca-punca pendapatan kewangan dan jumlah masing-masing dalam menyediakan bajet 2021 yang berjumlah lebih kurang RM322.6 bilion.

89. PN-1433-L05491

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan tindakan yang diambil berhubung dengan kegiatan pencerobohan hutan simpan dan perlombongan emas secara haram yang masih berlaku walaupun negara dilanda pandemik COVID-19.

90. PN-1433-L05347

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kementerian merancang untuk membina Balai Polis Pusat (Central Police Station) Miri yang baharu memandangkan bangunan yang sedia ada berada pada tahap yang kurang selamat dan kondusif untuk diguna pakai pada masa kini.

91. PN-1433-L05436

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan rancangan untuk meneruskan Geran Penubuhan TASKA di tempat kerja yang terpaksa dihentikan oleh sebab penularan gelombang ketiga COVID-19.

92. PN-1433-L05037

Datuk Razali bin Idris minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan bilakah Perbadanan Muzik Malaysia akan diwujudkan bagi khusus menjaga kepentingan pemain utama industri muzik dalam negara.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

16 AUM DN 16/12/2020

93. PN-1433-L05113

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan berapakah nilai kontrak yang diberikan oleh Kementerian Kerja Raya kepada syarikat milik rakyat Malaysia yang berbangsa India sepanjang tempoh 2018-2020 berbanding keseluruhan bajet Kementerian.

94. PN-1433-L05391

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah bilangan golongan wanita khususnya suri rumah dan ibu tunggal yang telah menerima bantuan sepanjang tempoh pandemik COVID-19 mengikut pecahan negeri dan jumlah nilai bantuan yang telah disalurkan :-

(a) apakah jenis bantuan yang diberikan kepada golongan ini dan apakah perancangan jangka masa panjang Kementerian untuk meneruskan usaha untuk membantu golongan tersebut; dan

(b) apakah syarat dan kriteria kelayakan untuk penyaluran bantuan tersebut.

95. PN-1433-L05381

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan mekanisme terhadap pemantauan KPI bagi Obligasi Sosial BERNAS.

96. PN-1433-L05188

Puan Raj Munni binti Sabu minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan kesan pandemik COVID-19 terhadap kemasukan pelaburan asing ke dalam negara, dan langkah-langkah Kerajaan bagi memastikan keboleh untungan syarikat-syarikat luar untuk terus mengekalkan perniagaan mereka di Malaysia.

97. PN-1433-L05330

Dr. Yaakob bin Sapari minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jangkitan COVID-19 melanda penduduk di pulau-pulau di Semporna dan ramai penduduk di pulau-pulau tidak mempunyai kad pengenalan warga Malaysia dan ada yang tinggal di dalam perahu. Apakah usaha Kerajaan untuk membantu penduduk yang terkesan dengan PKPB di kawasan ini.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 17

98. PN-1433-L05248

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan sejauh manakah usaha MARA dalam membantu pekerja-pekerja bumiputera yang hilang kerja atau diberhentikan kerja sejak tercetusnya pandemik COVID-19 awal tahun 2020 menceburi sektor keusahawanan desa bagi memastikan kesan pandemik COVID-19 diimbangi segera.

99. PN-1433-L05596

Tuan Nga Hock Cheh minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada dasar tindakan afirmatif untuk memperkasakan kemiskinan harus diubah dari "berasaskan kaum" ke "berasaskan keperluan" supaya selaras dengan Visi Kemakmuran Bersama 2030 dan matlamat pertama dari tiga matlamat integral : Kesejahteraan Rakyat.

100. PN-1433-L05533

Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah pendekatan yang diambil Kementerian dalam menangani isu restoran halal dimiliki oleh golongan bukan Muslim yang mengelirukan dan mengundang kebimbangan masyarakat beragama Islam khususnya di negara ini.

101. PN-1433-L05551

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan akan meminta syarikat-syarikat yang memiliki estet-estet untuk memberikan tanah sebagai penempatan kepada bekas pekerja-pekerja yang disingkirkan daripada estet yang dianggarkan seramai 800,000 masyarakat India dan adakah permintaan juga akan dibuat secara retrospektif daripada tahun 1980an.

102. PN-1433-L05168

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan Kerajaan untuk memastikan Dewan Bahasa dan Pustaka berfungsi semula sebagai badan yang berwibawa dalam memartabatkan bahasa kebangsaan, sejajar dengan penubuhannya.

103. PN-1433-L05568

Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah halangan untuk menyiasat isu-isu kemanusiaan yang melibatkan keresahan dalam kalangan kaum minoriti sedangkan PDRM amat cekap dalam membanteras kegiatan keganasan; dan

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

18 AUM DN 16/12/2020

(b) mengapa kehilangan orang perseorangan seperti suami Indira Gandhi, Amri Che Mat dan Pastor Raymond Koh tidak dapat diselesaikan sama sekali.

104. PN-1433-L05319

Tuan Adrian Lasimbang minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian terhadap cadangan membina sebuah sekolah menengah di sebahagian tanah Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Jalan Lintas, Kepayan, Penampang memandangkan SMK ini amat diperlukan di kawasan Kapayan.

105. PN-1433-L05203

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah pendirian Kerajaan apabila ada beberapa syarikat yang telah menyaman Orang Asli kerana didakwa menghalang syarikat tersebut memulakan kerja atau projek pembangunan yang akan dijalankan di kawasan Orang Asli yang mana ia bukan projek atau program pembangunan kepada masyarakat Orang Asli.

106. PN-1433-L05153

Tuan Ismail bin Yusop minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah tindakan kerjasama bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam menerangkan mengenai pendedahan penggunaan vaksinasi kerana terdapat Gerakan Anti-Vaksinasi yang menganggap naratif kemunculan vaksin adalah strategi jahat dalam menstrilkan atau menjangkiti budaya perubatan tradisional dan status halal.

107. PN-1433-L05497

Tuan Liew Chin Tong minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan terkini rundingan membuka sempadan Johor dan Singapura secara penuh dengan Kerajaan Singapura dan apakah tindakan bersama Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam mencipta peluang pekerjaan bagi mereka yang hilang pekerjaan di Singapura..

108. PN-1433-L05585

Tuan Suresh Singh a/l Rashpal Singh minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan dan langkah-langkah diambil untuk menolong pekerja-pekerja kehilangan kerja/punca pendapatan mereka disebabkan COVID-19 yang memaksa banyak syarikat menutup operasi/perniagaan mereka.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 19

109. PN-1433-L05065

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah Orang Asli sebagai penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan jenis bantuan yang diterima serta usaha pengupayaan golongan ini.

110. PN-1433-L05138

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) minta PERDANA MENTERI menyatakan meneliti semula syarat bantuan modal zakat yang dilihat menyukarkan pemohon dan mewujudkan Akta berhubung kadar elaun/gaji Imam, Muazzin dan Noja selaras PGK RM 2208.00.

111. PN-1433-L05396

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan segera yang telah diambil untuk mengatasi masalah pengangguran akibat daripada pandemik COVID-19. Sila senaraikan jumlah pengangguran yang terlibat mengikut sektor dan negeri yang berkenaan.

112. PN-1433-L05298

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan strategik Kementerian untuk mengurangkan kesan negatif kepada warga pelajar daripada segi kualiti pembelajaran diakibatkan oleh penutupan sekolah-sekolah yang berlarutan di seluruh negara semasa penularan wabak COVID-19.

113. PN-1433-L05098

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bahawa menurut laporan media (TheStar, 21 Okt), sindiket perjudian haram berleluasa sehingga mempengaruhi pendapatan Kerajaan dan juga pengendali (NFO) yang sah. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini.

114. PN-1433-L05183

Puan Raj Munni binti Sabu minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebabnya Kerajaan memohon perintah Darurat dan kesannya apabila KDYMM Seri Paduka Baginda menolak permohonan Kerajaan ini.

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

20 AUM DN 16/12/2020

115. PN-1433-L05123

Dato' Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan Travel Arrangement Corridor (TCA) dengan beberapa negara yang mempunyai kes COVID-19 yang rendah memandangkan Malaysia adalah negara yang sangat bergantung kepada industri pelancongan sebagai sumber ekonomi negara.

116. PN-1433-L05643

Dato' Wira Othman bin Aziz minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh manakah Bantuan Prihatin Nasional yang disalurkan dapat mencapai sasaran mereka yang terkesan serta langkah penjimatan yang diambil Kerajaan bagi menyalurkan wang tersebut pada mereka yang memerlukan.

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 21

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R 16/2020 ) Rang Undang-undang Perbekalan 2021

Bacaan Kali Yang Kedua

[ Menteri Kewangan ]

2. PN-1433-U00002 Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Negara menggesa usul menyediakan platform digital kepada pengusaha-pengusaha kecil di luar bandar. Perkembangan teknologi mudah alih dan jaringan lajur lebar yang semakin berkembang masa kini mengubah corak sistem jual beli dalam memperkasakan sektor ekonomi menerusi platform e-dagang. Antara contoh platform e-dagang terbesar dunia adalah Ali Baba di China, Amazon di United States, dan Rakuten di Jepun. Sistem ini banyak memberi manfaat kepada semua pihak ditambah dengan penggunaan jalur lebar yang semakin meningkat. Kajian-kajian yang dilakukan terhadap pengguna e-dagang mendapati bahawa masyarakat Malaysia cenderung untuk membuat pembelian menggunakan platform e-dagang kerana pilihan harga produk yang lebih murah dan juga menjimatkan masa dan tenaga. Pengusaha-pengusaha di bandar majoritinya telah menggunakan platform e-dagang ini untuk memasarkan produk mereka. Namun begitu, senario bagi pengusaha-pengusaha di luar bandar pula agak sedikit ketinggalan. Hal ini berikutan isu jaringan jalur lebar yang lemah di beberapa kawasan luar bandar di tambah lagi dengan kurangnya literasi ICT. Walaupun Kerajaan agresif dalam memperkembangkan ekonomi, tetapi tidak seharusnya meminggirkan golongan luar bandar. Dan menyedari hakikat tersebut, pihak Kerajaan harus memberi perhatian kepada golongan pengusaha luar bandar dalam menyediakan kemudahan digital bagi pemasaran produk keluaran mereka. Usul menyediakan platform digital kepada golongan

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

22 AUM DN 16/12/2020

pengusaha luar bandar ini adalah penting kerana majoriti produk-produk keluaran golongan tersebut adalah lebih berkualiti. Selain menyokong produk tempatan, produk keluaran golongan tersebut turut dapat dipasarkan ke peringkat global jika dijual menerusi platform e-dagang. Malah, ia juga dapat memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sebagai pembekal. Antara kemudahan digital yang boleh disediakan adalah seperti jaringan jalur lebar yang kuat, komputer riba atau tablet, dan juga video tutorial khas berkaitan bagaimana untuk memulakan platform e-dagang. Kita percaya, kini semua masyarakat memiliki telefon pintar di mana semua maklumat boleh diperoleh dengan mudah dan pantas. Cuma, golongan ini mungkin tidak arif akan saluran yang betul untuk mempromosikan produk keluaran mereka. Sehubungan itu, usul ini juga menerusi Dewan Negara mahu pihak Kerajaan bertindak dalam membantu golongan pengusaha luar bandar dalam menjana ekonomi. Tambahan lagi, pandemik COVID-19 yang berlaku di negara kita ini amat memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat terutamanya bagi golongan pengusaha-pengusaha kecil"

[ Menteri Pembangunan Luar Bandar ]

3. PN-1433-U00003 Dato' Haji Jefridin bin Haji Atan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan Negara menggesa usul untuk memberi moratorium pembayaran atas kadar faedah kad kredit kepada golongan pertengahan atau M40. Pandemik COVID-19 yang melanda negara ini memberi kesan kepada semua pihak sama ada daripada golongan B40 mahu pun M40. Pemberian moratorium telah dilaksanakan bagi membantu golongan B40 yang terkesan dari segi kewangan akibat pandemik COVID-19. Menerusi petikan akhbar Berita Harian Online bertarikh 12 November 2020 yang lepas, golongan M40 yang terdiri daripada peniaga atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) turut terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Malah, sehingga Januari 2020, sebanyak 9.1 juta pemegang kad kredit direkodkan dan majoriti golongan ini adalah dalam kategori M40 ini. Laporan the Edge pada Mac 2020 juga menyatakan baki pembayaran kad kredit adalah berjumlah RM38.9 bilion. Kadar faedah kad kredit yang tinggi antara 16%-17% juga amat memberi kesan. Rata-rata mereka di dalam kelompok M40 kini dibelenggu hutang yang banyak kerana

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 23

hilang pekerjaan dan sumber pendapatan disebabkan oleh dasar pengurangan pekerja oleh syarikat serta pemberhentian operasi secara kekal. Apa yang membimbangkan adalah golongan ini sudah pastinya mengalami tekanan emosi dan dikhuatiri membuat keputusan untuk meminjam wang daripada Ah Long atau ceti haram. Dalam situasi ekonomi yang sangat mencabar ini, tidak dinafikan bahawa sesetengah individu boleh bertindak melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang. Malah ada juga yang berusaha untuk membuka perniagaan kecilan demi menampung kos sara hidup. Namun sejauh mana hasil pendapatan yang kecil itu mampu untuk menampung kos perbelanjaan dan komitmen mereka yang dahulunya adalah tinggi. Kita tidak mahu perkara-perkara yang negatif terus berlaku apatah lagi apabila ia melibatkan keselamatan dan nyawa sesetengah pihak. Dan menyedari hakikat serta senario tersebut, usul ini juga menerusi Dewan Negara mahu pihak Kerajaan bertindak dalam mengusahakan pemberian moratorium kad kredit kepada golongan M40 supaya dapat meringankan beban bayaran hutang. Hal ini dapat memberi peluang kepada mereka yang terkesan untuk mengukuhkan semula kewangan keluarga mahupun kendiri secara berperingkat di samping mengurangkan tekanan emosi sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ini"

[ Menteri Kewangan ]

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

24

AUM DN 16/12/2020

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN RISALAT/DOKUMEN

TARIKH

2020

DIBENTANGKAN

CMD.21 Tinjauan Ekonomi 2021

16 Disember 2020

CMD.22 Tinjauan Fiskal Dan Anggaran Hasil Perbelanjaan Persekutuan 2021

16 Disember 2020

CMD.25 Penyata Daripada Kementerian Kewangan Mengenai Anggara Perbelanjaan Persekutuan 2021

16 Disember 2020

CMD.26 Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021

16 Disember 2020

CMD.27 Senarai Perjawatan di Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021

16 Disember 2020

CMD.28 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.29 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Johor Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.30 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Kedah Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.31 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Kelantan Tahun 2019

16 Disember 2020

Page 25: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 25

TAHUN RISALAT/DOKUMEN

TARIKH

2020

DIBENTANGKAN

CMD.32 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Agensi Negeri Melaka Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.33 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Agensi Negeri, Negeri Sembilan Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.34 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.35 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.36 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Perak Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.37 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Perlis Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.38 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Sabah Tahun 2019

16 Disember 2020

Page 26: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

26

AUM DN 16/12/2020

TAHUN RISALAT/DOKUMEN

TARIKH

2020

DIBENTANGKAN

CMD.39 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Sarawak Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.40 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan Negeri Selangor Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.41 Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Agensi Negeri Serta Pengauditan Pematuhan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.42 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan (SPKP) Bagi Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.43 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan Dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan

16 Disember 2020

CMD.44 Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan dan Pengauditan Pematuhan Agensi Persekutuan Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.45 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri Johor

16 Disember 2020

CMD.46 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah

16 Disember 2020

CMD.47 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan

16 Disember 2020

Page 27: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

AUM DN 16/12/2020 27

TAHUN RISALAT/DOKUMEN

TARIKH

2020

DIBENTANGKAN

CMD.48 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka

16 Disember 2020

CMD.49 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan

16 Disember 2020

CMD.50 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang

16 Disember 2020

CMD.51 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak

16 Disember 2020

CMD.52 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Jabatan Negeri Perlis

16 Disember 2020

CMD.53 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang

16 Disember 2020

CMD.54 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah

16 Disember 2020

CMD.55 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Kementerian Sarawak

16 Disember 2020

CMD.56 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor

16 Disember 2020

CMD.57 Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 Aktiviti Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu

16 Disember 2020

Page 28: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT … · tersebut. Apakah perancangan jangka masa panjang dan strategi Kementerian untuk meningkatkan lagi pelaburan asing dan domestik

28

AUM DN 16/12/2020

TAHUN RISALAT/DOKUMEN

TARIKH

2020

DIBENTANGKAN

CMD.58 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bagi Tahun 2019

16 Disember 2020

CMD.59 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bagi Tahun 2019

16 Disember 2020

ST.104 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2019

16 Disember 2020