malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat …aum dr 10/6/2014 2 5. pr-1322-l61687 datuk nur...

37
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 10 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 22 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1322-L62564 Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan dan gerak kerja yang telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan profesion perguruan menjadi profesion pilihan. 2. PR-1322-L62138 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci kos-kos untuk pembinaan KLIA2 serta syarikat-syarikat kontraktor dan subkontrak yang terlibat dan nilai kontrak setiap syarikat. 3. PR-1322-L61385 Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :- (a) sejauh manakah perjanjian antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor ke atas pembinaan Loji Langat 2 telah dipenuhi dan dimuktamadkan; dan (b) bilakah ianya akan dilaksanakan dan berapa lamakah lagi masa yang akan diambil bagi memulakan kerja-kerja pembinaan loji tersebut. 4. PR-1322-L62056 Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) adakah benar keputusan penubuhan Unit Integriti di setiap Kementerian membayangkan Jabatan Perkhidmatan Awam gagal mengawal tindak laku dan salahlaku penjawat awam; dan (b) berikan jumlah penjawat awam yang telah diambil tindakan tatatertib, dan jenis tindakan dalam lima tahun yang lalu.

Upload: others

Post on 28-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 10 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 22

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1322-L62564 Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perancangan dan gerak kerja yang telah dilakukan oleh Kerajaan dalam memastikan profesion perguruan menjadi profesion pilihan.

2. PR-1322-L62138 Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci kos-kos untuk pembinaan KLIA2 serta syarikat-syarikat kontraktor dan subkontrak yang terlibat dan nilai kontrak setiap syarikat.

3. PR-1322-L61385

Datuk Johari bin Abdul Ghani [ Titiwangsa ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) sejauh manakah perjanjian antara Kerajaan Persekutuan

dan Kerajaan Negeri Selangor ke atas pembinaan Loji Langat 2 telah dipenuhi dan dimuktamadkan; dan

(b) bilakah ianya akan dilaksanakan dan berapa lamakah

lagi masa yang akan diambil bagi memulakan kerja-kerja pembinaan loji tersebut.

4. PR-1322-L62056

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah benar keputusan penubuhan Unit Integriti di

setiap Kementerian membayangkan Jabatan Perkhidmatan Awam gagal mengawal tindak laku dan salahlaku penjawat awam; dan

(b) berikan jumlah penjawat awam yang telah diambil

tindakan tatatertib, dan jenis tindakan dalam lima tahun yang lalu.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

2

5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas yang dilaksanakan PDRM tahun lalu, dan sejauh mana keberkesanan operasi ini, dalam mengurangkan jenayah terancang di dalam negara.

6. PR-1322-L61958

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia dan pusat kemajuan negara. Yang menjadi persoalan utama ialah, kenapa bandaraya yang serba lengkap ini, masih tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang turun sehingga kerap berlaku banjir kilat yang mengakibatkan kerugian yang banyak. Di manakah punca sebenar segala kelemahan yang berlaku dan apakah tindakan Kerajaan untuk mengatasinya.

7. PR-1322-L61317

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperkenalkan undang-undang seperti Racial Vilification Act 1996 yang dilaksanakan di Australia bagi tujuan menghalang seseorang dari menghasut kebencian, penghinaan yang serius, atau ejekan terlampau, yang melibatkan agama atau bangsa.

8. PR-1322-L61550

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan faedah besar hasil daripada perancangan menempatkan kemudahan siklotron (Cyclotron Facilities) di Nuklear Malaysia dan berapakah kos yang terlibat.

9. PR-1322-L61757

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengambil tindakan terhadap pencerobohan oleh bot nelayan di mana mereka bertindak menangkap ikan bukan di kawasan zon yang dibenarkan mengikut kategori bot agar perkara ini dapat diatasi khususnya di Pulau Langkawi.

10. PR-1322-L63029

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah peminjam-peminjam tegar yang masih belum menjelaskan pembayaran semula semua jenis pinjaman atau pembiayaan pendidikan.

11. PR-1322-L61596

Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kerajaan mempunyai apa-apa perjanjian kerjasama dengan negara jiran untuk mengatasi masalah penyeludupan diesel dan petrol kerana Kerajaan menanggung kerugian yang tinggi akibat penyeludupan ini.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014 3

12. PR-1322-L61293 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan laporan terkini program mitigasi banjir di Sibu, khususnya peringkat pelaksanaan/penyiapan dan jumlah peruntukan yang terlibat dari tarikh pelaksanaan hingga bulan Mei 2014.

13. PR-1322-L62094

Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah peranan Kerajaan dalam membantu menjadikan industri ternakan unggas sebagai komersial dan eksport memandangkan di kawasan Parlimen Masjid Tanah contohnya kebanyakan penternak unggas adalah penternak tradisional yang hanya dapat mencapai tahap saradiri.

14. PR-1322-L61294

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :-

(a) berapa peratus dan panjang jalan raya di Lebuh Raya

Pan Borneo yang masih merupakan jalan raya dua hala; dan

(b) adakah Kerajaan merancang untuk menaik taraf seluruh

jalan di Lebuh Raya Pan Borneo kepada jalan raya berkembar dua hala. Jika ada, berapakah tempoh pelaksanaan yang diperlukan dan jumlah peruntukan yang telah diberi untuk Lebuh Raya Pan Borneo setakat ini.

15. PR-1322-L62751

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) apakah usaha terkini Kerajaan dalam mengatasi masalah

bekalan elektrik di negeri Sabah kerana terlalu kerap terputus bekalan elektrik yang mengakibatkan kerugian; dan

(b) adakah Kerajaan bercadang untuk mempertimbangkan

kadar kenaikan tarif elektrik di Sabah terutamanya pengguna domestik kerana jurang kemampuan ekonomi penduduk di negeri ini.

16. PR-1322-L62911

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :-

(a) jumlah sumbangan yang telah disumbangkan oleh

Malaysia untuk seketariat Komanwel; dan

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

4

(b) adakah sumbangan akan diberhentikan atas sebab-sebab penyalahgunaan (abuse of human rights) hak asasi manusia oleh Sri Lanka.

17. PR-1322-L62843

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah kriteria utama untuk mengisi 22 jawatan pakar

luar dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); dan

(b) apakah statistik penyelesaian kes oleh pakar luar ini

berbanding kes yang dilaporkan. 18. PR-1322-L62979

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah Kerajaan membelanjakan RM560 juta yang diperuntukkan untuk pembangunan dan kemajuan sekolah-sekolah Tamil. Berikan maklumat terperinci mengenai pengagihan peruntukan ini dari tahun 2009 hingga 2013 mengikut sekolah dan jumlah yang disalurkan.

19. PR-1322-L61544

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan langkah Kerajaan bagi memperkasakan pembangunan kawasan luar bandar termasuk di Sabah bagi memastikan kawasan luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan negara masa kini.

20. PR-1322-L61557

Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan senarai ahli-ahli Lembaga KADA dan KESEDAR sekarang. Kenapa tidak dilantik di kalangan wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri.

21. PR-1322-L61797

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sejuah mana penguatkuasaan undang-undang pemakaian cermin gelap kenderaan oleh Kerajaan.

22. PR-1322-L62716

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci mengapa universiti terkemuka di dunia seperti Oxford University, U.K dan Peiking Universiti, China boleh mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dari Malaysia, tetapi IPTA di Malaysia tidak dapat mengiktiraf UEC.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014 5

23. PR-1322-L63112 Datuk Dr. Haji Abd. Latiff bin Haji Ahmad [ Mersing ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan adakah Kerajaan telah mewajibkan pengendali bot pelancong memiliki sijil kursus pengendali bot pelancongan. Sejak 5 tahun lalu, berapa ramaikah pengendali bot pelancong telah menghadiri kursus berkenaan.

24. PR-1322-L62313

Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha Kerajaan untuk meningkatkan elaun kebajikan para anggota bomba memandangkan tugas mereka yang semakin kritikal dan mencabar.

25. PR-1322-L61978

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan atau hukuman yang seharusnya dikenakan kepada wakil rakyat yang sesuka hati meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah setelah sejumlah wang yang besar digunakan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

26. PR-1322-L61389

Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewajibkan setiap sekolah mempunyai padang bola sepak dalam rangka menjayakan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

27. PR-1322-L61332

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik warganegara Malaysia yang telah mempunyai pasport daripada tahun 2010 hingga 2013. Daripada statistik terkini, berapa ramai rakyat Malaysia yang pasport mereka telah dibatalkan kerana mempunyai dua kerakyatan dan pelbagai kesalahan lain.

28. PR-1322-L61922

Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status terkini enam buah sekolah Tamil yang pada 22 Januari 2012 diumum oleh YAB. Perdana Menteri akan dibina di Sg. Petani, Sg. Siput, Klang, Petaling Jaya, Kajang dan Masai di mana juga diumumkan lesen untuk 6 sekolah tersebut telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.

29. PR-1322-L61738

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan Polis Diraja Malaysia untuk menggalak lebih ramai rakyat untuk membuat laporan dan memulihkan keyakinan mereka dalam pasukan polis.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

6

30. PR-1322-L62401 Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil bagi memulihkan keadaan kecetekan di muka Kuala Sungai Terengganu untuk membolehkan perahu serta bot nelayan bergerak seperti biasa berhampiran kerja-kerja penambakan di Shah Bandar Sungai Terengganu.

31. PR-1322-L61598 Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan royalti minyak dan gas dari 5% kepada 20% seperti mana yang sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sarawak. Kalau tidak, mengapa.

32. PR-1322-L61848 Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dengan terperinci rasional konsesi KLIA2 bagi Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) dipanjangkan ke 45 tahun walaupun syarikat tersebut dijangkakan akan terus mendapat keuntungan dengan bayaran konsesi yang tinggi pada konsesi sepanjang 20 tahun.

33. PR-1322-L62842

Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan jumlah jam dan perbelanjaan bagi mengadakan kempen kesedaran GST, anti dadah dan denggi di RTM. Apakah Kerajaan tidak bercadang untuk memperuntukkan kempen kesedaran berkaitan hukum Hudud kepada rakyat bagi mengatasi "Hududfobia" terutama kalangan bukan muslim.

34. PR-1322-L62595

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana Kerajaan bercadang untuk mengatasi masalah bilangan pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang jauh melebihi kekosongan tempat program-program universiti yang digemari mereka sehingga ramai tidak berpeluang untuk memasuki program-program pilihan mereka.

35. PR-1322-L63231

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perancangan menyeluruh yang dirangka oleh Kerajaan untuk menangani jenayah terancang termasuk pengedaran dadah, judi haram dan sebagainya dari terus berleluasa.

36. PR-1322-L62675

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kematian kemalangan jalan raya dari tahun 2008 sehingga sekarang.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014 7

37. PR-1322-L62280 Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan mengapa kelajuan internet di Malaysia adalah antara yang terendah di Asia dan di dunia dengan hanya 5.5 Mbps berbanding purata ASEAN 12.4 Mbps dan purata global 17. 4 Mbps.

38. PR-1322-L63106

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan nasihat-nasihat yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam usahanya menjadikan Pulau Bayas di Kenyir sebagai kawasan bebas cukai dan nyatakan statusnya sekarang.

39. PR-1322-L62672

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kemalangan yang menbabitkan bas dan kenderaan muatan besar, semenjak 2008 sehingga sekarang serta jumlah kematian. Minta senaraikan dari tahun ke tahun serta jenis kenderaan.

40. PR-1322-L62837 Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-

(a) apakah terdapat peruntukan undang-undang yang boleh

dikenakan terhadap isteri yang melakukan keganasan terhadap suami; dan

(b) berapakah jumlah kes dilaporkan dan sudah dijatuhkan

hukuman. 41. PR-1322-L61444

Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah kerajaan akan mula melebarkan Lebuh Raya Utara-Selatan di bahagian dari Slim River ke Ipoh dari 2 lorong sehala kepada 3 lorong sehala, kerana bahagian lebuhraya yang sedia ada itu menghadapi kesesakan lalu-lintas yang teruk terutama sekali pada musim cuti dan musim perayaan.

42. PR-1322-L62345

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa buku mengenai kisah hidup seorang pemimpin Kadazan, Peter Mojuntin, bertajuk “Golden Son of the Kadazans” dikenakan tindakan larangan kerana disyaki memudaratkan keselamatan dan buku bertajuk “Pendedahan Agenda Kristian” yang diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Selangor tidak dikenakan perintah larangan.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

8

43. PR-1322-L62623 Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebabnya MyKid tidak dapat dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak Ogos 2013 sehingga awal Mei 2014. Sila nyatakan bilangan permohonan MyKid yang tersangkut dan kerugian yang ditanggung akibat daripada kelemahan sistem JPN tersebut.

44. PR-1322-L62946

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah peningkatan perbelanjaan yang dijangka selepas perlaksanaan GST untuk sebuah keluarga dengan 3 orang anak yang terkini berbelanja sebanyak RM 3000 sebulan.

45. PR-1322-L61810

Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah mekanisme yang digunapakai oleh Kerajaan melalui SKMM dalam melindungi hak pengguna talian telekomunikasi bagi memastikan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia mencapai standard yang dijanjikan sehingga Kerajaan telah mengambil tindakan saman ke atas penyedia perkhidmatan.

46. PR-1322-L61649

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status penyiasatan polis terhadap 7 aduan yang dibuat oleh P. Uthayakumar di Penjara Kajang. Aduan ini adalah berkait dengan seksaan dan cubaan untuk membunuh beliau.

47. PR-1322-L63075

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja atau mengeluarkan Kertas Putih berkaitan isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada bulan Februari dan Mac tahun 2013 yang lalu.

48. PR-1322-L62119

Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah dasar Kerajaan dalam pemberian lesen Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Adakah soal pengangguran diambilkira dalam pemberian lesen IPTS.

49. PR-1322-L62174

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sedangkan kemeterian bersetuju untuk menimbang semula sistem PBS atau sistem penilaian dalaman sekolah, adakah kementerian berhasrat untuk meneruskan sistem ini atau tidak dan apakah kaedah akan diambil untuk menambahbaik sistem ini supaya guru-guru di sekolah tidak dibebankan.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014 9

50. PR-1322-L62295 Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan untuk mengawal harga perkhidmatan telekomunikasi yang dikenakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi memandangkan keuntungan syarikat-syarikat ini yang EBITDA (keuntungan sebelum faedah, cukai & susut nilai) melebihi 40 peratus setiap tahun.

51. PR-1322-L63161

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan nama syarikat perunding yang telah dilantik dan kos perundingan yang dibayar untuk mengkaji dan merancang projek Bus Rapid Transit (BRT) yang dilaporkan dalam laporan ETP 2013. Bilakah laporan feasibiliti akan diumumkan kepada orang ramai dan apakah sasaran bilangan penumpang setelah BRT siap dibina.

52. PR-1322-L62019

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) adakah wang sebanyak RM7.18 bilion yang menjadi

wang pelaburan sisir pantai (offshore investment) 1MDB di Pulau Cayman akan berjaya diperolehi semula 1MDB mengambil kira pengarah 1MDB sendiri mengakui dalam laporan akaun berauditnya bahawa mereka tidak mempunyai kawalan ke atas wang pelaburan tersebut; dan

(b) apakah nama syarikat yang menjadi “Fund Manager”

kepada wang pelaburan 1MDB dan mengapakah sehingga kini nama syarikat tersebut masih tidak didedahkan kepada awam.

53. PR-1322-L63067

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kedutaaan Malaysia di Nepal melakukan penyumberan luar (outsourcing) kepada syarikat swasta bagi pengurusan pasport bagi pemohon visa dari Nepal, dan jika ya, apakah perincian serta rasionalnya.

54. PR-1322-L62169

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan seperti mana Kementerian telah bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa ke bawah atau decentralize kuasa kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, apakah bidang-bidang kuasa yang akan dipindahkan. Apakah langkah-langkah dalam proses ini dan bilakah ia akan dilaksanakan.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

10

55. PR-1322-L61447 Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk memulihkan imej dan mutu perkhidmatan MAS selepas kehilangan pesawat MH370 dan masalah-masalah yang lain seperti gangguan penerbangan yang diakibatkan oleh kerosakan enjin pesawat yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

56. PR-1322-L61976

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk menambah baik bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan seperti daging lembu sehingga kita masih bergantung kepada negara luar, sedangkan Malaysia buminya luas dan subur.

57. PR-1322-L62060

Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah nilai duti/cukai import yang BERNAS dikecualikan daripada membayar kepada Kerajaan ke atas jumlah kuantiti beras yang diimport oleh BERNAS daripada tahun 1999 sehingga 2014.

58. PR-1322-L61774

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

(a) penjelasan berkaitan kenyataan seorang pakar ekonomi

daripada Bank Dunia, Dr. Frederico Gil Sander yang menyatakan bahawa sistem pendidikan Malaysia tidak setanding dengan negara-negara Asia Tenggara yang lain; dan

(b) apakah tindakan Kerajaan untuk meningkatkan tahap

pendidikan negara setaraf piawaian serantau. 59. PR-1322-L61469

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan tindakan segera yang diambil untuk memperbaiki sistem pendidikan yang berkualiti rendah seperti yang ditunjukkan oleh keputusan PISA 2012.

60. PR-1322-L62772

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membenarkan wakil-wakil parti politik menjadi pembantu pendaftar (ARO) untuk mendaftar pengundi baru memandangkan jumlah bersih pengundi di setiap suku tahun sejak Pilihan Raya Umum ke-13 adalah negatif.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

11

61. PR-1322-L63141 Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :-

(a) apakah kos pembinaan sebenar ERL dan berapakah

panjang landasan ERL antara KLIA dan KLIA 2; dan (b) berapakah hasil pendapatan tahunan yang dianggarkan

dari landasan tersebut. 62. PR-1322-L61418

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mekanisme pelan tindakan dan persediaan Kerajaan bagi membantu mangsa-mangsa bencana alam khususnya masyarakat luar bandar seperti golongan petani dan nelayan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dalam konteks bantuan daripada sudut kewangan dan juga psikologi.

63. PR-1322-L62576

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) apakah punca sebenar dan sebab-sebab berlakunya

kejadian gangguan bekalan elektrik di 6 negeri Johor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kedah pada awal bulan Mei 2014 yang lalu; dan

(b) adakah Tenaga Nasional Bhd. menerima apa-apa

tuntutan kerugian dari mana-mana pihak ekoran kejadian tersebut.

64. PR-1322-L62559

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah usaha yang dijalankan Kerajaan demi menyelamatkan MAS dari kerugian besar dan apakah langkah seterusnya untuk menyelamatkan syarikat berkenaan.

65. PR-1322-L61761

Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan sedar kebiasaannya tawaran untuk mengerjakan Haji secara percuma selalunya diberikan kepada Imam-Imam atau Pengerusi JKKK Kampung pada setiap tahun. Apakah ada perancangan Kerajaan untuk memberi peluang kepada golongan muda agar mereka juga diberi pendedahan iaitu mengerjakan Umrah yang dibiayai oleh Kerajaan kepada golongan muda yang berkelayakan.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

12

66. PR-1322-L61321 Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan akan teruskan pelaksanaan GST pada

April 2015 sekiranya kadar inflasi berada pada paras melebihi 2%; dan

(b) sejauh manakah mekanisme pemantauan yang dirangka

Kerajaan untuk mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya apabila GST dilaksanakan.

67. PR-1322-L61525

Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah perancangan atau peruntukan kewangan yang disediakan untuk menangani berleluasanya kejadian tragedi kebakaran rumah-rumah panjang di Sarawak.

68. PR-1322-L63054

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah punca Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Ali Badaruddin Abdul Kadir telah diminta untuk mengosongkan jawatannya hanya selepas 8 bulan beliau bertugas di situ.

69. PR-1322-L61424

Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mewujudkan Sekolah Menengah Agama di Lahad Datu memandangkan keperluan sekolah ini adalah mendesak disebabkan permintaan yang tinggi dan penempatan pelajar Sekolah Menengah Agama di Sabah adalah terlalu terhad.

70. PR-1322-L62807

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah pengambilan pelatih polis yang berbangsa Cina dalam tempoh permohonan khas pada tahun ini. Adakah jumlah pelatih yang berjaya ditawarkan menepati sasaran Kerajaan dan apakah langkah seterusnya untuk menarik lebih ramai lagi polis yang berbangsa Cina.

71. PR-1322-L62235

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status sebenar projek Lebuh Raya KIDEX dan nyatakan hala tujunya (route) serta berapa kadar/kos tol yang perlu dibayar oleh pengguna.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

13

72. PR-1322-L62935 Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan anggota militan yang ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kegiatan ingin menggulingkan Kerajaan dan merancang aktiviti keganasan di luar negara termasuk berselindung di sebalik misi kemanusiaan dan nyatakan langkah Kerajaan bagi membanteras kegiatan seumpama itu.

73. PR-1322-L62382

Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada benar pelaburan Malaysia di Iran dan Iraq terjejas akibat daripada sikap Kerajaan Malaysia dalam isu Syiah.

74. PR-1322-L61884

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak dan nama-nama pelantar-pelantar gas dan minyak kepunyaan Malaysia yang berhampiran dengan negeri Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan yang terdapat di Laut China Selatan.

75. PR-1322-L62407

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah hasil Suruhanjaya DiRaja Malaysia mengenai dengan PTI rekomendasi dan laporan akan dibentangkan kepada Parlimen.

76. PR-1322-L63209

Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah dana khas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Terengganu mengikut tahun sejak 2008 hingga 2013.

77. PR-1322-L61594

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah hak bumiputera akan diberikan kepada warganegara yang merupakan generasi kedua orang Melayu keturunan Indonesia. Apakah hak istimewa bumiputera yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan kerajaan selalu memakai perkataan bumiputera dalam statistik kerajaan, bolehkah kerajaan membahagikan ia kepada bumiputera semenanjung dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

78. PR-1322-L62265

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan langkah-langkah yang sedang diambil untuk menentukan harga getah akan naik ke satu tahap yang lebih memuaskan.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

14

79. PR-1322-L62517 Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan butir-butir bagi negeri Sabah bagi tempoh dari 1963 sehingga 2013 berhubung dengan bilangan kelahiran, bilangan kad pengenalan yang dikeluarkan, bilangan kematian dan bilangan penduduk Sabah yang direkodkan setiap tahun bagi tempoh berkenaan.

80. PR-1322-L62569

Tuan Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menilai dan mengkaji semula skim dan kaedah pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang banyak diperkatakan sebagai tidak mencapai matlamat untuk meringankan bebanan rakyat dan kurang mendapat penghargaan daripada sebahagian penerima.

81. PR-1322-L63224

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk memberikan kuota untuk mengerjakan ibadah Haji khas kepada Penjawat Awam yang bersara sejurus tamat perkhidmatan mandatori.

82. PR-1322-L61775

Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengenai PBS, apakah Kerajaan yakin PBS mampu menggantikan UPSR dan PMR di dalam proses kecemerlangan pendidikan ke arah bertaraf global. Negara manakah pula yang menjadi model PBS bagi diimplementasikan di negara kita. Apakah jangkaan Kerajaan terhadap pencapaian yang bakal diterima melalui pelaksanaan PBS yang selama ini dilaksanakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.

83. PR-1322-L61729

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sebab untuk pemberian lesen pembuatan kenderaan EEV atau kenderaan cekap tenaga kepada Go Automobile Manufacturing Sdn. Bhd. sedangkan tiada rekod atau pengalaman dalam industri dijumpai berkaitan dengan syarikat ini.

84. PR-1322-L62423 Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah penambahbaikan dalam pemberian BR1M pada tahun hadapan yang dilakukan sejajar dengan pelaksanaan subsidi bersasar dalam usaha meringankan beban hidup rakyat dan bagi menyelesaikan isu berbangkit dalam konteks jumlah pemberian yang tidak selari dengan tingkat pendapatan, penerima yang tidak layak tetapi menerima dan sebaliknya.

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

15

85. PR-1322-L61595 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang masuk ke Sabah dan Sarawak dan juga jumlah PATI yang dihantar balik ke negara asal setiap tahun bermula pada tahun 1980 sehingga 2014. Apakah langkah Kerajaan terhadap generasi kedua PATI yang dilahirkan di Sabah dan Sarawak.

86. PR-1322-L61668

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah laporan polis dibuat terhadap Presiden Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) susulan kenyataannya berhubung kaum Cina yang dibawa ke Tanah Melayu adalah "penceroboh" dan kaedah-kaedah Kerajaan menghalang kenyataan-kenyataan yang menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum.

87. PR-1322-L63026

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan terkini kes penderaan kanak-kanak yang telah dilaporkan, apakah bentuk-bentuk penderaan yang berlaku dan adakah Kementerian berkenaan juga akan meminda Akta kanak-kanak 2001 bagi membolehkan hukuman berat dikenakan kepada pesalah.

88. PR-1322-L62249

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kenapa berlaku krisis air di negeri Selangor dan apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengelakkannya daripada berlaku lagi di masa hadapan.

89. PR-1322-L62645

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan rasional pemberian geran penyelidikan (R&D) Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) yang melibatkan dana awam sebanyak RM100 juta untuk sebuah projek komersial sedangkan tatacara biasa pemberian geran R&D di bawah MOSTI ialah ianya harus diberikan bagi projek bukan komersial dan di bawah RM2 juta.

90. PR-1322-L63114

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mempengaruhi harga pasaran automobil. Ini kerana, pada masa ini harga automobil yang dipasarkan merangkumi 10% nilai Cukai Jualan. Dengan pelaksanaan GST, Cukai Jualan tersebut akan diganti dari 10% kepada 6% nilai GST. Adakah Kerajaan dapat memberi jaminan bahawa selepas pelaksanaan GST harga automobil di pasaran akan menurun.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

16

91. PR-1322-L61309 Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah harga sebenar bagi 1 ton gula (FOB) yang diimport, dari negara mana gula diimport dan syarikat utama yang mengimport.

92. PR-1322-L62214

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kewajaran 1Malaysia Development Berhad (1MDB) meletakkan dana sebanyak RM18 bilion di akaun pesisiran Pulau Cayman dan seperti yang dilaporkan akhbar The Edge dan mengapakah dana sebesar itu tidak digunakan untuk pembiayaan semula atau dilaburkan di Malaysia oleh syarikat milik Kerajaan itu.

93. PR-1322-L61881

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah benar kedudukan Perdana Menteri sebagai

Pengerusi 1MDB; dan (b) apakah penjelasan Kerajaan terhadap pertikaian

Pelaburan RM18.1 bilion di Cayman Island yang tidak mengikut terma-terma Perjanjian PSC-Segregated Portfolio Company.

94. PR-1322-L62011

Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah kematian “maternal deaths” serta kematian bayi di hospital Kerajaan dan swasta dari tahun 2000 sehingga kini mengikut pecahan etnik dan negeri di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak dan apakah usaha Kerajaan untuk mengurangkan kadar ini.

95. PR-1322-L62105 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

(a) apakah cadangan Kerajaan dalam memenuhi pengisian

program yang lebih baik bagi penganjuran Hari Belia Negara untuk tahun-tahun yang akan datang; dan

(b) berapa yang dibelanjakan setiap kali sambutan Hari Belia

Negara dan apakah hasilnya setelah sambutan Hari Belia Negara.

96. PR-1322-L61483

Datuk Joseph Salang anak Gandum [ Julau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada negeri Sarawak untuk menampung skim pinjaman rumah panjang dan rumah kampung di negeri tersebut.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

17

97. PR-1322-L62792 Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pengajaran yang telah dikenal pasti oleh Kerajaan dalam tragedi kehilangan MH370 dan apakah tindakan yang dikenakan kepada mana-mana pihak atau pegawai yang lalai dalam tanggungjawab mereka dalam menangani krisis tersebut.

98. PR-1322-L62191 Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan strategi Kerajaan untuk memastikan guru-guru dapat mengajar mengikut opsyen dan kepakaran mereka bagi memastikan Proses Pengajaran dan Pembelajaran sesuatu subjek dapat dijalankan dengan berkesan.

99. PR-1322-L62855

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar dan langkah untuk memastikan kewujudan kesederhanaan dan penghormatan kepada agama masing-masing di dalam masyarakat majmuk ini.

100. PR-1322-L61495

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan sedar bahawa ramai penyewa di PPR telah meninggal dunia namun kediaman tersebut masih dihuni oleh waris dan apakah tindakan Kerajaan berkaitan dengan isu ini.

101. PR-1322-L62532

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kemudahan dan bantuan yang ada untuk membantu rakyat bukan-Bumiputera Malaysia seperti yang diberikan oleh TERAJU, MARA, TEKUN, Ekuinas untuk menggalakkan keusahawanan.

102. PR-1322-L63173

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah benar Malaysia sudah bersedia menandatangani TPPA berikutan lawatan Presiden Barrack Obama ke Malaysia seperti yang didakwa sesetengah pihak dan adakah rakyat akan diberikan penerangan dan kefahaman yang lebih mendalam lagi sebelum TPPA dipersetujui.

103. PR-1322-L63011

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan pembinaan hospital Kerajaan di Petaling Jaya memandangkan Kerajaan Negeri Selangor sudah memperuntukkan sebidang tanah di PJS5 untuk tujuan itu.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

18

104. PR-1322-L63085 Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) statistik yang menunjukkan bilangan sindiket yang

mengeksploitasi kanak-kanak sebagai peminta sedekah di tempat awam yang telah berjaya dibanteras; dan

(b) apakah mekanisme yang diambil oleh Kerajaan bagi

membanteras sindiket yang mengeksploitasi kanak-kanak sebagai peminta sedekah memandangkan keadaan ini semakin parah.

105. PR-1322-L62892

Tuan William @ Nyallau anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan setakat mana tindakan diambil oleh Kerajaan benar-benar serius untuk menyelesaikan kekurangan guru-guru untuk mengajar di luar bandar di seluruh negeri Sarawak.

106. PR-1322-L61577

Datuk Aaron Ago anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sama ada Kerajaan ada membuat kajian ke atas kawasan dan jumlah penduduk yang benar-benar memerlukan subsidi pengangkutan di bawah program pelarasan harga barang keperluan untuk kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah.

107. PR-1322-L63188

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah kes jenayah yang ada kaitan dengan pengguna cermin gelap kenderaan persendirian sepanjang tahun 2012-2013.

108. PR-1322-L61542

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan program-program teknologi hijau termasuklah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau, Perbandaran Hijau dan program MyHIJAU yang telah dilaksanakan di negeri Sabah.

109. PR-1322-L63242

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini jangkitan kes MERS-CoV di negara ini dan jangkaan Kerajaan mengenai jangkamasa MERS-CoV tersebut berada dalam mitigasi (in mitigation) seperti H1N1.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

19

110. PR-1322-L61361 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) jumlah hospital awam dan swasta di Malaysia yang

menyediakan rawatan alternatif (seperti TCM- Tradisional Chinese Medicine, Kaedah Rawatan Tradisional Tempatan, Hemopathi, Terapi Urutan dan lain-lain lagi) di Malaysia; dan

(b) ada atau tidak yang masih menggunakan khidmat

rawatan bomoh atau pun penyembuhan batin (Faith Healer) dan apakah pandangan Kementerian ke atas rawatan di atas sama ada ianya boleh menarik "Pelancong Kesihatan" ke negara ini.

111. PR-1322-L63132

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah Kerajaan untuk mencapai sasaran MDG 4 Malaysia iaitu kadar kematian kanak-kanak bawah 5 tahun pada tahap di bawah 5.6 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 2015 dan adakah saranan ini dapat dicapai.

112. PR-1322-L62910

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah sebarang rancangan untuk membina MRT Line 3 merentasi Shah Alam, Setia Alam, Klang dan Port Klang selepas MRT Line 2 yang menghubungkan Sungai Buloh ke Putrajaya diluluskan baru-baru ini.

113. PR-1322-L62202

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan punca kelewatan 3 tahun projek KLIA 2 disiapkan, kenaikan kos, KLIA 2 fi RM3, kemelut kelambatan dalam masa pemprosesan Imigresen selama berjam-jam dan kos RM100 juta keretapi KLIA 2 sama ada tender terbuka diadakan. Apa akan terjadi kepada Terminal RM250 juta Penerbangan Kos Rendah Sepang.

114. PR-1322-L61698 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah syarat dan kelayakan untuk memohon Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) dan berapakah jumlah permohonan yang telah dikemukakan dan diterima oleh Kerajaan.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

20

115. PR-1322-L62813 Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapa buah sekolah rendah beraliran Cina (SRJK) yang baru berjaya dibina di negara ini. Kenapakah Kerajaan Pusat tidak memperuntukkan bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah yang beraliran Cina dan Tamil yang sama dan setaraf dengan sekolah-sekolah rendah Kerajaan (SJK dan SK). Bilakah Kerajaan Pusat akan memberikan peruntukan tahunan yang tetap kepada sekolah-sekolah beraliran Cina dan Tamil.

116. PR-1322-L62763

Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah status kelulusan cadangan membina Jalan Kampung Penuai ke feri ‘point’ Sungai Nai di Pulau Bruit, Sarawak memandangkan jalan ini amat mustahak untuk kegunaan rakyat dari 13 kampung di Pulau Bruit, Sarawak.

117. PR-1322-L63131

Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kerajaan bercadang memperbanyakkan sistem amaran awal banjir untuk menyebarkan amaran awal banjir supaya rakyat yang tinggal di kawasan banjir boleh bersedia dan pengurusan bantuan bencana banjir dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

118. PR-1322-L61847

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah halangan utama kepada Kerajaan dalam memastikan laporan-laporan polis yang dibuat berhubung sesuatu isu tidak diteruskan dengan pendakwaan.

119. PR-1322-L62529

Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan melalui anjuran program kesedaran GST, adakah rakyat menyokong atau membantah GST, serta sebab-sebab untuk sokongan dan bantahan masing-masing.

120. PR-1322-L61345

Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub [ Machang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula

Standard Operating Procedure pihak Imigresen untuk mengelakkan masalah penggunaan pasport palsu di lapangan terbang; dan

(b) apakah bentuk kerjasama strategik antarabangsa yang

telah dilakukan untuk membendung masalah penggunaan pasport palsu di lapangan terbang.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

21

121. PR-1322-L63048 Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah cadangan-cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Penambahbaikan Proses Pililhan Raya yang ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan senaraikan cadangan yang ditolak itu.

122. PR-1322-L62192

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) bernilai RM365 juta yang masih tidak berfungsi sungguhpun berkesan di Singapura dan Hong Kong. Apakah penalti yang dikenakan terhadap syarikat dan pegawai DBKL serta adakah sistem ini boleh diterima pakai.

123. PR-1322-L62959

Tan Sri Dr. Jamaluddin bin Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kedudukan kemajuan terkini bagi cadangan pembangunan Lapangan Terbang Pulau Tioman.

124. PR-1322-L62670

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah Kerajaan akan mengeluarkan manifest kargo MH370. Mengapa info manifest ini belum dikeluarkan.

125. PR-1322-L61515

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam menambah bilangan doktor pakar dan penambahbaikan peralatan perubatan untuk penduduk sekitar Kuala Langat.

126. PR-1322-L61871

Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status cadangan kenaikan kadar tol bagi semua lebuh raya di Malaysia buat masa ini.

127. PR-1322-L61858

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan peranan Malaysia melalui Kementerian Luar dalam membantu semasa konflik seperti yang berlaku di Asia Barat sebagai contoh Mesir dan Syria kini.

128. PR-1322-L62342

Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan sedar sejak kebelakangan ini semakin

banyak kes yang melibatkan rakyat Malaysia yang mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian kepada rakyat negeri Sarawak di laman sosial; dan

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

22

(b) apakah tindakan Kerajaan untuk menangani masalah tersebut yang boleh mengorbankan keharmonian serta menyuburkan kebencian antara rakyat Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

129. PR-1322-L62708

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah rakyat Sabah yang menerima biasiswa daripada Kerajaan dari 2003-2013. Nyatakan kuota biasiswa yang akan diberi kepada rakyat Sabah dan jumlah biasiswa yang diterima, jenis jurusan dan institusi yang ditempatkan dalam tempoh yang sama.

130. PR-1322-L62679

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan berapa banyakkah perbelanjaan untuk mengurangkan banjir di kawasan Kuala Lumpur semenjak tiga tahun yang lalu. Adakah Kerajaan menjalankan tinjauan yang berkesan terhadap perbelanjaan untuk mengurangkan banjir.

131. PR-1322-L63234

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) tentang kedudukan ekonomi negara pada tahun 2013,

jumlah hutang negara pada 31.12.2013 dan jumlah rezab negara pada 31.12.2013; dan

(b) berapakah peratusan hutang negara dibandingkan KDNK

negara pada tahun 2013 dan adakah kedudukan ini masih selamat.

132. PR-1322-L62155

Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) pendirian Kerajaan mengenai pengagihan kontrak melalui

kaedah "RundinganTerus"; dan (b) apakah syarikat yang telah dianugerahkan kontrak

melalui rundingan terus, nilai kontrak dan perincian bidang kerja dari 1 Januari 2013 hingga 31 Mei 2014.

133. PR-1322-L62518

Dr. Ko Chung Sen [ Kampar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) anggaran peningkatan perbelanjaan mengurus oleh

pengusaha stesen minyak ekoran daripada kenaikan tarif elektrik dan pelaksanaan perintah gaji minimum; dan

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

23

(b) sama ada komisen yang diberi kepada pengusaha stesen minyak akan dinaikkan daripada kadar semasa, iaitu RM12.19 sen bagi seliter petrol dan 7 sen bagi seliter diesel yang dilaksanakan sejak tahun 2008.

134. PR-1322-L62361

Dato' Sri Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan permohonan Permastautin Tetap yang telah diluluskan oleh Kerajaan bagi tempoh lima tahun yang lalu. Adakah keutamaan diberikan kepada permohon daripada mereka yang telah berkahwin dengan rakyat Malaysia dan apakah statistiknya mengikut kewarganegaraan.

135. PR-1322-L61650

Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menjamin air minuman yang mencukupi semasa menghadapi fenomena El Nino di Malaysia.

136. PR-1322-L62991

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah positif dan berkesan yang diambil oleh Kerajaan untuk menyekat politik perkauman dan ekstremis agama di negara ini dan mengapakah Akta Hasutan masih dikuatkuasakan lagi dan berapakah ramai rakyat yang telah didakwa di bawah akta ini dari tahun 2013 hingga 30 Mei 2014.

137. PR-1322-L61728

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan tegas Kerajaan terhadap peserta perhimpunan haram yang membantah GST dan adakah Kerajaan bercadang untuk memperketatkan lagi peruntukan undang-undang dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 bagi mengelak kejadian keganasan, kekecohan dan perlanggaran undang-undang.

138. PR-1322-L61360

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan dan negeri ke atas cadangan pembentangan Rang Undang-undang persendirian oleh parti PAS (Parti Islam SeMalaysia) bagi penguatkuasaan hukum hudud di negeri Kelantan.

139. PR-1322-L62039

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) jumlah keluasan tanah sawah padi di kawasan jelapang

padi, sila nyatakan mengikut kawasan jelapang padi; dan

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

24

(b) berapa unjuran kadar pengurangan kawasan sawah padi di kawasan jelapang padi negara serta apakah usaha penambahan kawasan tanah sawah di kawasan jelapang padi.

140. PR-1322-L63218

Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan isu projek pembinaan jambatan angkat (draw bridge) di Kuala Terengganu yang ditender semula di bawah projek yang diterajui oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

141. PR-1322-L62507

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan :- (a) pencapaian NKRA Kementerian sehingga kini; dan (b) kedudukan rancangan pembinaan jalan sambungan

daripada Kg. Luat Lenggong Ke Intan Suraya, Sungai Siput yang tertangguh sehingga kini.

142. PR-1322-L62083

Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan telah menjalankan penyiasatan terhadap punca yang menyebabkan MAS mengalami kerugian besar kebelakangan ini, dan apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menyelamatkan “National Carrier” yang pernah menjadi kebanggan negara satu ketika dahulu.

143. PR-1322-L61634

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tahap ancaman dadah dalam negara memandangkan dadah telah menyerap masuk dalam masyarakat Malaysia seperti kes bertambahnya pemandu bas yang menagih, tangkapan walaupun Negara mempunyai undang-undang dadah yang keras dan ketat serta punca-punca penularannya.

144. PR-1322-L61951

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah Kerajaan memberi jaminan bahawa pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia akan berjaya.

145. PR-1322-L61608

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah perbelanjaan operasi Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Tunku Abdul Rahman dibiayai oleh Kementerian Pendidikan ataupun pihak swasta. Apakah universiti dan kolej ini dianggap sebagai institut pengajian tinggi swasta ataupun institut pengajian tinggi awam.

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

25

146. PR-1322-L62546 Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah rancangan untuk menaik taraf Pusat Kesihatan Pekan Balingian dalam Rancangan Malaysia ke 11.

147. PR-1322-L62447

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sama ada Kerajaan akan menerbitkan satu Kertas Putih mengenai malapetaka kehilangan pesawat MH370.

148. PR-1322-L62139

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan rapi untuk membina hostel pelajar di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memandangkan masih terdapat 6,000 pelajar tinggal di luar kampus.

149. PR-1322-L61780 Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah butiran-butiran yang terdapat dalam TPPA dihayati dan difahami oleh pihak IKS di Malaysia. Jika tidak, berapakah bilangan IKS yang didapati tidak bersetuju dengan TPPA. Apakah kesan langsung kepada perdagangan luar negara kita sekiranya TPPA ditandatangani di dalam masa terdekat ini. Apakah TPPA yang ditandatangani oleh 12 negara ini akan bersaing dengan perjanjian yang hampir sama yang di wujudkan oleh RRC.

150. PR-1322-L62266

Dato' Ngeh Koo Ham [ Beruas ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil kerajaan untuk mengatasi pelbagai kesusahan yang dihadapi oleh majikan untuk mendapat kelulusan kerajaan bagi menggaji pekerja-pekerja asing dalam sektor-sektor yang telah diluluskan oleh kerajaan.

151. PR-1322-L62876

Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah dan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan dalam menangani masalah kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negeri Sabah yang dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak kes-kes jenayah. Apakah mekanisme yang akan digunakan dalam memastikan bilangan PATI yang terlalu ramai di Sabah ini dapat dikurang ataupun disifarkan.

152. PR-1322-L61667

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes culik sejak tahun 2010 mengikut tahun, negeri penculikan berlaku dan warganegara mangsa. Berapa orang mangsa culik diselamatkan dan adakah Kerajaan patut mohon maaf kepada keluarga mangsa culik yang berwarganegara asing.

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

26

153. PR-1322-L62734 Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) berapakah kerugian yang ditanggung oleh pihak MAS

sehingga kini; dan (b) apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk

menyelamatkan MAS memandangkan MAS ini ikon Malaysia.

154. PR-1322-L62438

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendirian Kabinet terhadap kertas tindakan bersama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan dan Wisma Putra berhubung misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan apakah susulan perancangan yang bakal diatur dalam misi pencarian pesawat hilang itu.

155. PR-1322-L62161 Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan telah membuat laporan penilaian risiko (Risk Assessment Report) terhadap program BRIM bagi tahun 2014 serta langkah-langkah yang diambil untuk memastikan tiada kebocoran di dalam pengagihan BRIM.

156. PR-1322-L61894

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kenapa kemudahan dan peruntukan yang sedia ada di Poliklinik Tanah Putih di Jalan Pending, Kuching, Sarawak begitu berkurangan sehingga terputus bekalan elektrik berpuluh-puluh kali sehari dan pegawai-pegawai perubatan terpaksa menjalankan kerja pembersihan dan pengutipan sampah.

157. PR-1322-L61817

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kedudukan “Food Security” Negara bagi tempoh sekarang hingga tiga tahun akan datang.

158. PR-1322-L63196

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah PATI yang kini di pusat-pusat penahanan PATI dan kapasiti maksimum pusat-pusat tersebut. Berapakah pembiayaan per kapita sehari di dalam tahanan dan berapa jumlah kos pembiayaan PATI setiap tahun di dalam masa 5 tahun terakhir ini.

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

27

159. PR-1322-L61579 Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kita mempunyai Advanced Passengers Screening System (APSS) yang mana sistem ini mempunyai jaringan maklumat komprehensif yang akan menghubungkan semua pintu-pintu masuk sempadan negara dengan sistem maklumat berkaitan pengembara yang diperoleh dari serata dunia.

160. PR-1322-L62479

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendekatan yang akan digunakan untuk membanteras rasuah memandangkan hanya 28 peratus rakyat jelata yang percaya bahawa Kerajaan memang boleh menangani isu rasuah mengikut kajian Transparency International Malaysia.

161. PR-1322-L61815

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) adakah Kerajaan akan mentakrifkan semula Paras Garis

Kemiskinan dan Paras Garis Kemiskinan Tegar iaitu RM760 dan RM460; dan

(b) apakah usaha Kerajaan ke arah menggunakan Indeks

Kemiskinan Multidimensi (MPI) dalam mengukur kadar kemiskinan di dalam negara.

162. PR-1322-L61705

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah sekolah tahfiz yang berdaftar, tidak berdaftar, menerima bantuan penuh dan tidak menerima bantuan serta pelajar sekolah tahfiz yang membuat kerja mengumpul dana pada waktu persekolahan.

163. PR-1322-L63076

Dato' Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah maklumbalas rasmi Kerajaan ke atas laporan mengenai hak asasi manusia terhadap Malaysia selepas Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) kedua baru-baru ini.

164. PR-1322-L62481

Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan apakah perancangan dan status cadangan untuk mengadakan kedai-kedai “spare part”, bengkel-bengkel kereta 1M bagi menolong orang yang berpendapatan rendah dan sederhana ke atas kos penyelenggaraan dan membaiki kenderaan.

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

28

165. PR-1322-L62277 Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar dan punca sebenar ramai kakitangan MAS berhenti kerja dan apakah langkah kerajaan membendung masalah yang dihadapi MAS yang merupakan Syarikat Penerbangan Negara.

166. PR-1322-L61990

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa laporan-laporan polis yang telah di buat terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdullah Rahman yang menyifatkan kedatangan pendatang Cina ke Tanah Melayu bersama penjajah British suatu ketika dahulu adalah satu bentuk pencerobohan. Apakah status penyiasatan dan tindakan yang telah/akan diambil terhadap kenyataan yang berbaur hasutan ini.

167. PR-1322-L62594

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada Perkasa dan ISMA sejak penubuhan kedua-dua badan ini, sama ada kepada badan induk atau cawangan mereka masing-masing.

168. PR-1322-L62437

Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan :-

(a) perkembangan pemberian Skim Insentif Penanaman

Kelapa Sawit yang telah diperuntukkan untuk membantu pekebun kecil di negara ini; dan

(b) sejauh manakah dana yang telah diberikan membawa

manfaat terhadap industri kelapa sawit negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

169. PR-1322-L63251

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) jumlah bilangan penerima BRIM untuk tahun 2013 dan

2014, mengikut setiap kategori dan pecahan penerima mengikut kaum; dan

(b) berapa bilangan permohonan telah ditolak dan apakah

sebabnya. 170. PR-1322-L62980

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan semua kes di mana Kerajaan menggunakan Seksyen 47 Akta Kualiti Alam Sekeliling dan jumlah tuntutan kes pembersihan dan pelupusan buangan kepada mereka yang bertanggungjawab melakukan pencemaran bagi tujuan pemuliharaan alam sekitar. Apakah kelemahan seksyen ini.

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

29

171. PR-1322-L63280 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- (a) jumlah statistik pesakit buah pinggang di Malaysia serta

menjalani rawatan di hospital Kerajaan; dan (b) adakah Kerajaan bercadang untuk memberi geran atau

peruntukan kepada pusat dialisis swasta bagi membantu menampung jumlah pesakit yang ramai ini.

172. PR-1322-L62634

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada siasatan SPRM terhadap Tun Abdul Taib Mahmud masih diteruskan selepas beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Sila nyatakan bidang kuasa siasatan SPRM terhadap seorang Yang di-Pertua, Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet.

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

30

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.

(D.R. 3/2014)

Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 – Menyambung semula perbahasan atas masalah “ Bahawa Rang undang-undang ini akan dibacakan kali yang kedua sekarang” ( 9 Jun , 2014 ) [ Menteri Pendidikan ]

2.

(D.R 4/2014)

Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 [ Menteri Pendidikan ]

Bacaan

Kali Yang Kedua

3.

(D.R 6/2014)

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 [ Menteri Kewangan ]

4.

(D.R 5/2014)

Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ]

5.

(D.R 9/2014)

Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2014 [ Menteri Kewangan ]

6.

(D.R 7/2014)

Rang Undang-undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

31

7.

(D.R 8/2014)

Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

8.

(D.R. 24/2013)

Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Pindaan) 2013 [ Menteri Kewangan ]

9. PR-1322-U61375

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, banyak tanah-tanah adat Bumiputera Sabah masih belum dibangunkan oleh kerana ketiadaan jalan raya yang membolehkan mereka untuk mengusahakan serta memasarkan hasil tanah mereka. Dan mengambil maklum juga, bahawa tanah-tanah bergeran di negeri Sabah yang masih belum diusahakan oleh kerana ketiadaan kemudahan yang disebutkan di atas. Dan mengambil maklum juga bahawa, sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi pendapatan masyarakat luar bandar, sekiranya tanah tersebut di atas dapat diterokai dan diusahakan, tentu sekali ekonomi masyarakat sasaran dapat ditingkatkan. Dan juga mengambil maklum bahawa, dengan terusahanya tanah-tanah yang dimaksudkan di atas, maka secara tidak langsung ekonomi negara juga turut menigkat. Maka, bagi menangani masalah tanah-tanah terbiar, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, untuk menyediakan jalan asas bagi memudahkan pembukaan tanah-tanah terbiar tersebut bagi memudahkan pertumbuhan aktiviti ekonomi rakyat dan negara."

[ Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

32

10. PR-1322-U61376 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai para petani kita mengeluarkan bahan-bahan mentah berasaskan pertanian yang berkualiti tinggi. Dan mengambil maklum juga, bahan-bahan mentah yang dihasilkan ini boleh dinilai-tambah menjadi produk industri hiliran seperti keropok, jem, kaya, kek, madu lebah dan lain-lain lagi sekiranya pengeluar tempatan menerima latihan dan bimbingan bagi maksud ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya telah banyak membimbing para pengeluar bahan mentah tempatan ke arah industri hiliran ini. Maka, bagi menambah-nilai produk pertanian dan peningkatan ekonomi para petani, dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendaklah memperbanyakkan lagi kursus-kursus industri hiliran ini." [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

11. PR-1322-U61377

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, pada masa ini, kejadian jenayah telah meningkat dengan mendadak sekali dan ada juga kes yang melibatkan maut. Dan mengambil maklum juga bahawa, tugas untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam ini bukan hanya terletak pada bahu anggota keselamatan tetapi juga pada pihak berkuasa tempatan. Dan mengambil maklum juga bahawa, terdapat bukti bahawa pemasangan kamera litar (cctv) di kawasan panas oleh Pihak Berkuasa Tempatan telah sebanyak sedikit membantu mengurangkan jenayah selain dapat membantu dalam penyiasatan perlakuan jenayah. Dan mengambil maklum juga bahawa, pemasangan cctv merupakan kaedah pencegahan yang efektif selain rondaan pihak anggota keselamatan. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan memasang lebih banyak lagi kamera litar terutama sekali di kawasan panas demi untuk mempertingkatkan lagi keselamatan rakyat dan pengunjung." [ Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

33

12. PR-1322-U61378 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, jumlah ibu tunggal di negara ini kian meningkat dan memerlukan pembelaan. Dan mengambil maklum juga bahawa, ibu-ibu tunggal bekerja keras untuk menyara hidup keluarga termasuk mensekolahkan anak-anak dan ada kalanya juga menjaga ibu-bapa mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, terdapat juga ibu-ibu tunggal yang terpaksa bekerja dengan tulang empat kerat dengan gaji yang tak seberapa kerana ketiadaan pengalaman. Dan mengambil maklum juga bahawa, ada juga ibu-ibu tunggal yang tidak mendapat apa-apa bentuk bantuan daripada pihak Kerajaan atau berwajib kerana tidak terdaftar dengan badan-badan tertentu. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendaftarkan semua ibu-ibu tunggal bagi memudahkan urusan latihan, pemberian bantuan, bimbingan, kebajikan dan usaha peningkatan ekonomi keluarga."

[ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

13. PR-1322-U61379

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, rakyat pada keseluruhannya berbesar hati dan mengalu-alukan usaha Kerajaan dalam menangani masalah keselamatan dan ketenteraman negara di perairan negeri Sabah dengan menubuhkan agensi penguatkuasaan seperti ESSCOM - Eastern Sabah Security Command dan ESSZONE - Eastern Sabah Security Zone. Dan mengambil maklum juga, bahawa walaupun kedua-dua agensi ini telah pun beroperasi, namun pada tahun 2014 sahaja, terdapat 3 kes samun, bunuh serta culik yang membabitkan rakyat asing dan 1 kes cubaan menculik nelayan tempatan berlaku dalam kawasan ESSCOM dan ESSZONE ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, setiap kali keadaan begini berlaku, maka ramai atau rakyat pada umumnya mula mempersoalkan tentang kesungguhan Kerajaan untuk melindungi perairan negara terutama sekali perairan negeri Sabah.

Page 34: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

34

Dan mengambil maklum juga bahawa, pengarah ESSCOM dan ESSZONE adalah dari kalangan yang bukan berlatarbelakangkan pihak keselamatan, maka masyarakat dengan mudah menuding jari bahawa, kelemahan ini berlaku kerana ketidakwibawaan si penyandang tugas dan sepatutnya jawatan penting ini dipegang oleh mereka yang berlatarbelakangkan keselamatan. Maka, bagi menangani masalah isu keselamatan negara ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa jawatan pengarah ESSCOM dan ESSZONE hendaklah diterajui oleh mereka yang berlatarbelakangkan keselamatan dan dalam perkara ini, mereka yang datang daripada Angkatan Tentera Malaysia. "

[ Perdana Menteri ]

14. PR-1322-U62869

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini memperbahaskan kehilangan ghaib pesawat MH370, impak dan konsekuensinya."

[ Kementerian Pengangkutan ]

15. PR-1322-U61647

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia memandang berat betapa lemahnya tahap keselamatan udara Negara berikutan kejadian insiden kehilangan pesawat MH370 yang mana pusat kawalan udara Negara gagal mengesan dan bertindak balas dengan segera dan ini meletakkan Negara dalam bahaya jika berlaku serangan mengejut serta mendesak Kerajaan mengambil langkah segera mempertingkatkan kawalan dan pengesanan udara Negara dari pencerobohan." [ Kementerian Pengangkutan ]

16. PR-1322-U61919

Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] akan mencadangkan:- "Manakala dalam persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ketujuh Belas pada 6 haribulan Mei, 2014, sebuah keputusan sebulat suara telah dibuat untuk menyokong usul seperti berikut :

Page 35: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

35

"Bahawa Dewan yang mulia ini menyokong usaha berterusan Kerajaan Negeri Barisan Nasional, melalui saluran yang bersesuaian, memohon supaya perjanjian tiga hala (perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PETRONAS menurut Seksyen 4 Akta Petroleum 1974) dikaji semula, dengan niat hendak mendapatkan pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan bayaran royalti (royalti 5% daripada nilai minyak dan gas untuk negeri Sarawak) kepada 20% atau jika dianggap bermanfaat dan munasabah, sebarang persetujuan lain yang boleh memberi manfaat kepada negeri Sarawak dengan tujuan untuk memacu program pembangunan terutamanya di kawasan pedalaman.Dan manakala royalti minyak dan gas yang diterima sebanyak 5% oleh negeri Sarawak sebagai pampasan gentian hak ke atas minyak dan gas adalah tidak mencukupi, rendah dan tidak adil memandangkan minyak dan gas adalah sumber asli Sarawak dan kami memerlukan dana minyak dan gas itu untuk mengeluarkan Sarawak daripada kemunduran dan mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sarawak yang ketinggalan 20 tahun berbanding Semenanjung Malaysia supaya setanding dengan Semenanjung. Justeru Dewan ini memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permintaan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kadar royalti minyak dan gas yang patut dibayar kepada Sarawak sebagai pampasan gantian hak ke atas minyak dan gas daripada kadar semasa 5% kepada 20% daripada nilai kasar minyak dan gas yang diekstrak daripada perairan Sarawak.Dan Kerajaan Persekutuan haruslah, dalam tahun ini menyediakan kesemua dokumentasi undang-undang untuk penambahan hak royalti tersebut daripada 5% ke 20%." [ Perdana Menteri ]

17. PR-1322-U63022

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini bersetuju bahawa akses harus diberikan kepada semua yang terlibat dalam pilihan raya dan kebebasan berpartisipasi sebagai sebahagian daripada proses demokrasi. Pilihan raya sendiri adalah lambang demokrasi dalam negara kita, amalan menyekat maklumat berkaitan pilihan raya daripada pengetahuan rakyat terutama pengundi sama sekali bercanggah dengan semangat demokrasi." [ Perdana Menteri ]

18. PR-1322-U63024

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Persempadanan Pilihan Raya yang bebas daripada SPR dan hanya bertanggungjawab untuk menjawab kepada Parlimen Malaysia." [ Perdana Menteri ]

Page 36: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

36

19. PR-1322-U62663

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasat." [ Kementerian Dalam Negeri ]

20. PR-1322-U62664

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Kementerian Pendidikan ]

Page 37: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT …AUM DR 10/6/2014 2 5. PR-1322-L61687 Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengenai Ops Cantas

AUM DR 10/6/2014

37

UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 2.

10.6.2014 (Selasa) 10.6.2014 (Selasa)

1. 2.

YB. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) YB. Tuan Lee Boon Chye (Gopeng)

1. 2.

Mengenai Kegagalan DBKL menyelesaikan Masalah Projek Pembangunan Plaza Rakyat Yang Terbengkalai selama 17 Tahun Pemandu Lori Yang Hilang Upaya Untuk Memandu

1. 2.

YB Menteri Wilayah Persekutuan YB Menteri Sumber Manusia