malaysia dewan rakyat aturan urusan mesyuarat … · (b) nama syarikat serta senarai lembaga...

34
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 19 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 28 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1322-L61851 Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejak awal Januari hingga kini, berapa jumlah kes pembuangan bayi dilaporkan dan apakah langkah yang dilakukan bagi membanteras gejala ini. 2. PR-1322-L61816 Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :- (a) kos yang ditanggung oleh Kementerian dalam membekalkan 400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena dengan sambutan Hari Guru; dan (b) nama syarikat serta senarai lembaga pengarah yang dilantik bagi syarikat yang membekalkan Netbook 1Malaysia tersebut. 3. PR-1322-L61835 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam membangunkan amalan wakaf sebagai salah satu cabang ekonomi umat Islam yang bermatlamatkan memberi manfaat kepada kesejahteraan ummah. 4. PR-1322-L61302 Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) bilangan penduduk Sibu dan Lanang serta Sarawak yang berdaftar dengan e-Kasih; dan (b) bilangan penduduk yang telah diberi bantuan dan bilangan penduduk yang ditolak permohonannya.

Upload: others

Post on 20-Oct-2020

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • MALAYSIA

    DEWAN RAKYAT

    ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

    http://www.parlimen.gov.my

    HARI KHAMIS, 19 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI

    Bil. 28

    PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

    1. PR-1322-L61851 Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejak awal Januari hingga kini, berapa jumlah kes pembuangan bayi dilaporkan dan apakah langkah yang dilakukan bagi membanteras gejala ini.

    2. PR-1322-L61816

    Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

    (a) kos yang ditanggung oleh Kementerian dalam membekalkan

    400,000 Netbook 1Malaysia kepada guru-guru bersempena dengan sambutan Hari Guru; dan

    (b) nama syarikat serta senarai lembaga pengarah yang dilantik

    bagi syarikat yang membekalkan Netbook 1Malaysia tersebut. 3. PR-1322-L61835

    Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan Kementerian dalam membangunkan amalan wakaf sebagai salah satu cabang ekonomi umat Islam yang bermatlamatkan memberi manfaat kepada kesejahteraan ummah.

    4. PR-1322-L61302

    Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

    (a) bilangan penduduk Sibu dan Lanang serta Sarawak yang

    berdaftar dengan e-Kasih; dan (b) bilangan penduduk yang telah diberi bantuan dan bilangan

    penduduk yang ditolak permohonannya.

  • AUM DR 19/6/2014

    2

    5. PR-1322-L61793 Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan pencapaian NKRA Kementerian bagi menyedia kemudahan bekalan elektrik dan air luar bandar, serta jalan-jalan kampung, khususnya di Sabah dan Sarawak yang memerlukan lebih banyak tumpuan dan perhatian.

    6. PR-1322-L61533 Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan punca akar (root cause) kejadian gangguan bekalan elektrik yang berlaku di lima buah negeri pada petang 7 Mei 2014 dan langkah-langkah yang diambil bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku.

    7. PR-1322-L62107

    Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

    (a) adakah unjuran kenaikan gaji minima yang mula dilaksanakan

    pada Januari 2013 selari dengan kadar kos sara hidup dalam negara ini; dan

    (b) berapa jumlah syarikat yang belum laksanakan gaji minima dan apakah tindakan Kementerian sekiranya syarikat tidak mematuhi arahan berkenaan.

    8. PR-1322-L62076

    Dato' Fauzi bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berdasarkan kepada peningkatan import dan eksport menerusi Pelabuhan Kuantan, dan pertumbuhan pesat aktiviti perdagangan di “Pacific Rim” yang meliputi Laut China Selatan:-

    (a) adakah Kementerian akan meningkatkan kapasiti Pelabuhan

    Kuantan; dan (b) adakah Kementerian akan menaik taraf kawasan

    persekitarannya agar lebih kondusif kepada pelaburan baru. 9. PR-1322-L62753

    Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) apakah pelan rancangan Kementerian untuk memastikan tahap

    keselamatan di Sabah khususnya di kawasan perairan terjamin; dan

    (b) mengapakah ESSCOM masih gagal menangani isu

    keselamatan di Sabah seperti berlakunya beberapa kes penculikan di negeri ini dan apakah usaha Kementerian untuk menanganinya.

  • AUM DR 19/6/2014 3

    10. PR-1322-L62069 Tuan Gooi Hsiao-Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah mekanisme sokongan yang diwujudkan untuk memberi bantuan kewangan kepada penoreh getah dan pekebun kecil yang mengalami kehilangan pendapatan besar kesan daripada kejatuhan harga getah baru-baru ini.

    11. PR-1322-L63227

    Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kementerian maklum dan bercadang untuk menangani masalah kekurangan tenaga buruh mahir dan separa-mahir di WP Labuan terutama sekali dalam sektor-sektor ekonomi utama seperti minyak dan gas serta perkhidmatan.

    12. PR-1322-L62005

    Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan namakan sekolah-sekolah menengah baru yang akan dibina di Sepang dan bilakah tarikh-tarikh pembinaan tersebut akan dimulakan dan bila pula tarikh penyempurnaannya.

    13. PR-1322-L62091

    Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

    (a) apakah rasional semakan semula harga bahan api dan tariff

    elektrik di Semenanjung Malaysia; dan (b) berapakah jumlah keseluruhan hasil yang dilepaskan

    PETRONAS sejak tahun 1997 sehingga 2013 bagi sektor elektrik.

    14. PR-1322-L62383

    Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada petrol dan diesel akan dikenakan GST.

    15. PR-1322-L61505

    Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan statistik pelajar mengikut kaum yang telah mendapat pengecualian bayaran balik pembiayaan PTPTN kerana mendapat kelas pertama serta berapakah jumlah yang telah ditanggung oleh Kerajaan setakat ini dengan memberi pengecualian ini.

    16. PR-1322-L62314

    Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kronologi dan status terkini dalam penswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad Nyatakan sama ada penswastaan dilakukan secara tender terbuka, nama syarikat-syarikat yang memasuki tender tersebut dan syarikat yang berjaya dipilih.

  • AUM DR 19/6/2014

    4

    17. PR-1322-L62833 Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perincian kejayaan Koridor Utara Malaysia yang diuruskan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) setakat Jun 2014 daripada sudut pelaburan dan peningkatan peluang pekerjaan.

    18. PR-1322-L62240

    Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah kriteria yang diambil semasa melantik Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan serta kenapa tiada seorang pun Hakim Mahkamah Persekutuan berketurunan India.

    19. PR-1322-L63257

    Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah mekanisme yang digunapakai oleh Kementerian dalam menentukan jumlah bantuan yang diberi kepada setiap golongan sasar di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat dan berapa kerapkah jumlah bantuan bagi setiap golongan sasar ini dibuat kajian semula.

    20. PR-1322-L62024

    Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah manfaat yang diganti kepada peneroka FELDA selepas Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) mengambil alih kesemua ekuiti di dalam Felda Holding Berhad yang sebelum ini dimiliki peneroka FELDA melalui koperasi permodalan Felda Berhad (KPF).

    21. PR-1322-L61578

    Datuk Juslie bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah Malaysia mempunyai perancangan strategik untuk kembali menjadi pengeluar getah asli terbesar dunia selain menjadi pengeksport terbesar dunia bagi sarung tangan berasaskan getah.

    22. PR-1322-L61674

    Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan statistik kemasukan pelancong ke Malaysia sejak Januari 2013 sehingga kini mengikut bulan dan warganegara pelancong. Nama 10 tempat di Malaysia yang paling dikunjungi oleh pelancong asing dan program-program Kerajaan untuk menarik pelancong asing khasnya pelancong China.

    23. PR-1322-L62534 Datuk Chua Tee Yong [ Labis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan menimbangkan kaedah-kaedah lain untuk mengantikan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya, di mana ia memyebabkan kekeliruan dan melambatkan proses pengundian.

  • AUM DR 19/6/2014 5

    24. PR-1322-L62909 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan pelan spesifik DBKL untuk menambah baik keadaan trafik di Kuala Lumpur setelah hasil satu kaji selidik pasaran oleh Frost & Sullivan mendapati 41 peratus daripada responden menyenaraikan kesesakan lalu lintas sebagai kekecewaan No. 1 mereka, melebihi purata Asia Pasifik pada 35 peratus dan purata global pada 29 peratus.

    25. PR-1322-L61782 Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom [ Kubang Pasu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah untuk mengatasi penyeludupan di sempadan-sempadan Malaysia/Thailand:-

    (a) bila pagar keselamatan di sempadan hendak dibina semula

    memandangkan yang sedia ada amat uzur; dan (b) bilakah pihak KDN akan menempatkan mesin x-ray yang

    canggih di ICQ Bukit Kayu Hitam. 26. PR-1322-L63023

    Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah infrastruktur dan prasarana yang telah dibina dan disediakan bagi menjayakan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dan Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari dan berapakah kos yang telah dibelanjakan sehingga kini untuk tujuan tersebut.

    27. PR-1322-L62951 Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan setakat manakah Kementerian mengawal kebebasan penggunaan internet dan nyatakan langkah Kementerian bagi membendung individu-individu khususnya generasi Y supaya lebih bertanggungjawab, tidak biadab dan tidak mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan kebencian melalui penggunaan laman sosial seperti Facebook, MySpace, Friendster dan sebagainya.

    28. PR-1322-L61874

    Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah perbelanjaan Kerajaan setakat ini sejak pelancaran ESSCOM dalam usaha menangani masalah pencerobohan pantai timur Sabah oleh kumpulan penculik bersenjata.

    29. PR-1322-L62163 Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan hasil kejayaan lawatan YAB Perdana Menteri ke Negeri China pada penghujung bulan Mei 2014 sempena Ulang Tahun ke-40 menjalinkan Hubungan Diplomatik.

  • AUM DR 19/6/2014

    6

    30. PR-1322-L63086 Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

    (a) jumlah keseluruhan pesakit yang menanti organ daripada

    penderma sehingga tahun 2014 dan bilangan penderma organ yang berdaftar; dan

    (b) adakah Kementerian bersedia mengambil langkah berkesan

    bagi meningkatkan kadar pendermaan organ di Malaysia. Sekiranya ya, nyatakan langkah tersebut.

    31. PR-1322-L61696

    Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah serta pelan tindakan Kerajaan bagi mengekang atau menghapuskan gejala-gejala kumpulan ektremis/fanatik agama dan kaum yang menimbulkan isu-isu sensitif yang berhubung kait dengan agama dan kaum yang boleh mengganggu-gugat dan mengancam keharmonian dan keselamatan rakyat Malaysia.

    32. PR-1322-L63263

    Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

    (a) setakat ini berapa jumlah wang cagaran telah dikutip oleh TNB;

    dan (b) akaun manakah wang cagaran ini dimasukkan dan setakat ini

    berapa wang bunga telah diterima dan apakah syarat-syarat ke atas kegunaan wang cagaran ini.

    33. PR-1322-L61521

    Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pekerja yang masih bertaraf kontrak yang melebihi 3 tahun dan usaha yang dilakukan untuk memberi taraf pekerja tetap pada penjawat awam.

    34. PR-1322-L61368 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan :-

    (a) sama ada pihak Kementerian akan menggunakan khidmat

    pejabat kedutaan dan diplomatik negara Malaysia di luar negara bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan; dan

    (b) jumlah rakyat China yang melawat negeri Sabah sejak tahun

    2010 dan jumlah pendapatan yang dijana.

  • AUM DR 19/6/2014 7

    35. PR-1322-L61779 Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan :-

    (a) tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar Malaysia di sekolah-

    sekolah rendah dan menengah; dan (b) langkah-langkah dalam menangani masalah kelemahan pelajar

    Malaysia berbahasa Inggeris. 36. PR-1322-L63198

    Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah rakyat Nigeria di dalam Malaysia setakat ini dan jenis-jenis visa atau kebenaran yang diberikan untuk mereka masuk ke negara ini. Berapakah jumlah dari golongan ini yang terlibat dengan jenayah.

    37. PR-1322-L62027 Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan sebab-sebab mengapa dalam tempoh 5 tahun ini, kemalangan yang melibatkan bas meningkat tiga kali ganda daripada 70 dalam 2008 sehingga 214 di 2012 dan apakah usaha-usaha pencegahan oleh Kerajaan dan pihak swasta supaya ianya tidak berulang.

    38. PR-1322-L61315 Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah pihak Kementerian sedar bahawa berlaku perebutan pangkat dan jawatan di Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim sehingga menimbulkan perpecahan di kalangan mereka. Kalau benar, apakah langkah Kementerian menyelesaikan masalah ini.

    39. PR-1322-L61615

    Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah tempat yang ditawarkan oleh IPTA untuk pelajar lepasan SPM 2013 dan berapa peratus tempat yang ditawarkan berbanding jumlah kelulusan pelajar lepasan SPM tersebut.

    40. PR-1322-L62830

    Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican [ Kepala Batas ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai sekolah harian yang mendapat status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di seluruh Malaysia pada ketika ini. Apakah status semasa SBT untuk negeri Pulau Pinang.

    41. PR-1322-L63098

    Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan langkah-langkah jangka pendek dan panjang bagi mencegah dan mengawal kebakaran belukar gambut di daerah Dungun yang merekodkan pada tahap IPU yang sangat tidak sihat dalam bulan April 2014.

  • AUM DR 19/6/2014

    8

    42. PR-1322-L62172 Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

    (a) berapakah jumlah kematian ibu dan bayi yang berlaku

    disebabkan faktor yang boleh dielakkan (preventable death); dan

    (b) apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk

    menangani masalah ibu atau ayah yang memilih untuk kelahiran bayi di rumah tanpa kehadiran anggota perubatan terlatih, sehingga menyebabkan kemudaratan atau kematian kepada ibu atau bayi berkenaan.

    43. PR-1322-L62962

    Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan strategi Malaysia dalam menghadapi tuntutan yang tinggi dalam perjanjian Malaysia European Union Free Trade Agreement (MEUFTA).

    44. PR-1322-L61451 Dato' Seri Ong Ka Chuan [ Tanjong Malim ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah perancangan yang telah dan akan diambil oleh kerajaan untuk membantu warga OKU bagi mendapatkan kemudahan yang diperlukan untuk diterapkan ke masyarakat umum dalam kerjaya dan kehidupan sosial mereka.

    45. PR-1322-L62922

    Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab-sebab tiada tindakan polis atau tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap parti-parti seperti ISMA, Perkasa dan Majlis NGO Islam selepas membangkitkan isu-isu perkauman secara keterlaluan.

    46. PR-1322-L62949

    Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat manakah amalan wakaf telah dilaksanakan di negara ini serta nyatakan langkah Kerajaan untuk menggalakkan amalan wakaf dalam membangunkan ekonomi dan pendidikan Islam untuk memberi manfaat kepada kesejahteraan ummah.

    47. PR-1322-L62344

    Datuk Mohd Idris bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan status permohonan membuka kuari di Sungai Ayam, Batu Pahat kerana pembukaan kuari itu menjejaskan alam sekitar, sumber pendapatan rakyat setempat dan mengancam keselamatan pelajar-pelajar sekolah berdekatan.

  • AUM DR 19/6/2014 9

    48. PR-1322-L61870 Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan antara NKRA dalam Program Transformasi Kerajaan yang penting ialah NKRA Menangani Kos Sara Hidup. Sejauh mana NKRA ini telah berjaya memperbaiki kualiti hidup rakyat Malaysia.

    49. PR-1322-L62023

    Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilangan dan lokasi rumah pam di Pulau Pinang dan adakah Kementerian berhasrat untuk menambah lagi bilangan rumah pam memandangkan banjir kerap berlaku di kawasan Seberang Prai dan jika tidak mengapa.

    50. PR-1322-L62057

    Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada pembidaan terbuka dilaksanakan untuk projek petroleum di bawah Production Sharing Contract (PSC) atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran. Jika tidak, nyatakan rasional pembidaan terbuka tidak dilaksanakan.

    51. PR-1322-L61702

    Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan Kerajaan bagi tujuan kempen, iklan dan publisiti pra perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

    52. PR-1322-L62901 Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan status terkini cadangan pemindahan TUDM Butterworth dan berapa ramaikah anggota yang terlibat dengan pemindahan dan pertukaran tempat serta berapa ramaikah anggota yang masih berkhidmat di Pangkalan Tentera tersebut.

    53. PR-1322-L62141

    Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kontraktor-kontraktor swasta seperti Gammerlite Sdn. Bhd dan Gobinaco Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab untuk penyelenggaraan jalan raya di negeri Sabah serta sila nyatakan berapakah peruntukkan akan di sediakan atau diberi kepada mereka setiap tahun.

    54. PR-1322-L62590

    Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah sekolah-sekolah seluruh negara akan digred semula memandangkan penggredan semula sekolah-sekolah sudah lama belum dilaksanakan.

  • AUM DR 19/6/2014

    10

    55. PR-1322-L62704 Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik jumlah golongan warga tua, wanita dan belia di Sabah yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan dari tahun 2003-2013. Berapakah jumlah perbelanjaan bantuan yang telah diberikan kepada golongan ini di Sabah pada tempoh yang sama. Apakah nisbah yang terkini bagi golongan yang menerima bantuan berbanding dengan populasi keseluruhannya.

    56. PR-1322-L61928

    Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah siasatan dibuat kenapa tindak balas yang pertama tentang kehilangan pesawat MH370 adalah daripada Ho Chi Minh Air Traffic Control pada jam 1.38 pagi dan bukan daripada KLATCC, dan apakah hasil siasatan itu.

    57. PR-1322-L61908

    Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah tindakan-tindakan susulan Kerajaan untuk memastikan pelaksanaan terma-terma perjanjian damai Filipina Selatan yang diusahakan oleh Malaysia.

    58. PR-1322-L61756

    Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah ada cadangan dari pihak Kementerian untuk mewujudkan Lembaga Pelabuhan Kedah kerana negeri Kedah mempunyai jajaran pantai dan laut yang panjang. Juga terdapat pelabuhan yang baik terutama di Langkawi. Malangnya, negeri Kedah tidak mempunyai lembaga pelabuhannya sendiri.

    59. PR-1322-L62309

    Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

    (a) apakah langkah Kerajaan dalam memerangi masalah

    penagihan dadah seperti "career addicts" yang diisytiharkan oleh Presiden PENGASIH sebagai golongan pekerja yang mempunyai kerjaya dan masa yang sama mengambil dadah secara berterusan; dan

    (b) sejauh manakah keberkesanan Modul Terapi Kekeluargaan

    (Therapeutic Community) TC yang digunakan oleh Rumah Pengasih dan PUSPEN dapat membantu pemulihan penagih.

    60. PR-1322-L62705

    Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah kutipan cukai mengikut pecahan negeri, jenis cukai dan nisbah pendapatan negara. Dan juga berikan nisbah kutipan cukai dari negeri Sabah berbanding peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

  • AUM DR 19/6/2014

    11

    61. PR-1322-L62863 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan keberkesanan langkah-langkah untuk mencegah banjir di Kuala Lumpur dan masalah yang dihadapi.

    62. PR-1322-L62233

    Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci peranan Yayasan Wakaf Malaysia yang ditubuhkan dalam tahun 2008 dan nyatakan apakah projek-projek pembangunan wakaf dan status perlaksanaannya sehingga kini.

    63. PR-1322-L61897

    Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah subsidi per ton beras yang dibayarkan kepada BERNAS dalam tahun 2012, 2013 dan 2014 dan apakah jumlah subsidi yang telah dibayarkan oleh Kerajaan dalam tahun itu masing-masing.

    64. PR-1322-L61889

    Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap suatu ketetapan Dewan Undangan Negeri Sarawak menyokong peningkatan royalti minyak dan gas untuk Sarawak dari 5 peratus ke 20 peratus. Bilakah tuntutan tersebut akan dilaksanakan.

    65. PR-1322-L61393

    Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah Program Home Help yang menyasarkan penyertaan golongan sukarelawan di setiap kawasan Parlimen bagi membantu golongan yang kurang upaya bakal dilaksanakan di semua kawasan Parlimen.

    66. PR-1322-L63006

    Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan sekolah rendah dan menengah persendirian (tidak termasuk sekolah menengah aliran Cina persendirian). Berapa ramai pelajar yang didaftar bagi setiap silibus kebangsaan dan silibus antarabangsa bagi tahun 2012,2013 dan 2014.

    67. PR-1322-L61606

    Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- (a) peruntukan yang diberi kepada setiap jenis media untuk iklan cukai

    GST untuk tahun 2014; dan

    (b) hutang negara setakat tahun 2014 dan peratusan hutang negara berbanding dengan KDNK.

  • AUM DR 19/6/2014

    12

    68. PR-1322-L61949 Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan jumlah usahawan bimbingan agensi-agensi di bawah Kementerian mengikut negeri.

    69. PR-1322-L61720

    Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah ahli-ahli sukan, jurulatih, pegawai-pegawai dan penasihat tempatan dan luar negara mengikut persatuan sukan, tempoh perkhidmatan mereka dan perbelanjaan yang terlibat mengikut pecahan gaji dan emolumen serta perbelanjaan mengurus persatuan.

    70. PR-1322-L62008

    Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

    (a) adakah pendirian rasmi Kerajaan berkenaan kerugian MAS

    dalam Kerajaan mengawal MAS melalui 64.9% Khazanah Nasional Bhd. dan minta juga Kerajaan beri butiran terperinci jumlah wang yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan membantu MAS mengikut pecahan setiap tahun bermula dari tahun 2000 hingga tahun 2013; dan

    (b) berapakah kos yang telah ditanggung oleh Kerajaan setakat Mei

    2014 berkaitan dengan isu kehilangan pesawat MH370 dan adakah mana-mana negara yang memberi khidmat bantuan dalam SAR ada menuntut apa-apa kos daripada Kerajaan, jika ada tolong berikan butiran terperinci negara dan kos yang dituntut.

    71. PR-1322-L61918

    Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan Hadiah Kenaikan Gaji (HKG) kepada guru-guru yang baru dilantik yang mempunyai Ijazah Sarjana dan PHD.

    72. PR-1322-L61956

    Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai perancangan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan kereta api laju daripada Kelantan ke Kuala Lumpur.

    73. PR-1322-L61421

    Datuk Haji Datu Nasrun bin Datu Mansur [ Silam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula fungsi dan peranan ESSCOM, memandangkan isu penculikan dan pencerobohan di Pantai Timur Sabah masih lagi berlaku untuk kali ketiga selepas kejadian isu Tanduo. Apakah inisiatif pihak Kerajaan dalam memperkukuhkan peralatan keselamatan yang lebih canggih untuk mencegah perkara sebegini dari terus berulang.

  • AUM DR 19/6/2014

    13

    74. PR-1322-L63145 Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah panggilan tergendala (dropped calls) berlaku pada tahun 2013 dan apakah anggaran penambahan hasil pendapatan syarikat-syarikat TELCO yang berpunca daripada panggilan tergendala.

    75. PR-1322-L63146

    Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

    (a) formula dan cara perkiraan denda yang berjumlah RM1.2 juta

    yang dikenakan di atas syarikat-syarikat TELCO; dan (b) adakah denda RM1.2 juta tersebut dikembalikan kepada

    pengguna-pengguna. 76. PR-1322-L62657

    Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah prestasi dan pencapaian OPS CANTAS satu demi satu serta jumlah kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan untuk melaksanakan operasi ini.

    77. PR-1322-L63185

    Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah kolej swasta yang mendapat permit untuk menawarkan kursus Bahasa Malaysia kepada penuntut asing dari luar negara dan nyatakan nama kolej-kolej swasta ini. Berapakah jumlah penuntut dari Nigeria yang berdaftar untuk mengambil kursus Bahasa Malaysia di negara ini.

    78. PR-1322-L61998

    Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan dan status Perak Hi Tech Park yang telah di lancarkan beberapa tahun yang lalu. Nyatakan jumlah pelaburan yang telah di laburkan pelabur asing dan tempatan dan jangka masa persiapan Taman Hi-Tech tersebut.

    79. PR-1322-L62396

    Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan dakwaan berhubung langkah drastik pengurusan Penerbangan Malaysia (MAS) yang ingin mengeluarkan bahagian penyelenggaraan, membaik pulih dan pembaikan (MRO) daripada identiti syarikat penerbangan berkenaan yang memberi tekanan kepada kebajikan 4,000 kakitangan MRO.

    80. PR-1322-L61626

    Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan penculikan di Sabah, apakah tindakan kerajaan seterusnya untuk menyelamatkan mangsa. Bagaimana kerajaan akan memulihkan keyakinan pelawat-pelawat asing terhadap pelancongan di Sabah, sila berikan anggaran kerugian yang dialami sejak pencerobohan Lahad Datu.

  • AUM DR 19/6/2014

    14

    81. PR-1322-L61318 Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

    (a) apakah perancangan atau langkah Kerajaan untuk mengatasi

    masalah hutang kad kredit dalam kalangan golongan muda sehingga ramai yang diisytiharkan muflis; dan

    (b) adakah strategi rasionalisasi subsidi Kerajaan untuk

    menyelesaikan masalah kewangan negara akan meningkatkan jumlah rakyat Malaysia yang muflis.

    82. PR-1322-L61476

    Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kementerian bercadang mengambil pendirian menghentikan rundingan TPPA seterusnya menarik diri daripada menyertainya kerana dilihat sebagai percubaan Amerika menjajah negara membangun yang boleh menyebabkan Malaysia terus berada dalam ehsan Amerika untuk terus membangun.

    83. PR-1322-L62402

    Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah syarat-syarat dikenakan kepada Syarikat Eastern Steel Sdn. Bhd. yang akan memulakan operasi tahun 2014 di Teluk Kalong Kemaman, Terengganu bagi memastikan tiada pencemaran akan berlaku baik melalui udara, tanah atau air yang akan menjejaskan kesihatan rakyat tempatan.

    84. PR-1322-L61735

    Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan dan strategi Kementerian untuk memastikan pemasaran buah-buahan tempatan dan di luar negara.

    85. PR-1322-L61678

    Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan peranan sebenar yang dimainkan oleh Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) serta sama ada semua syor yang dikemukakan akan dilaksanakan Kerajaan.

    86. PR-1322-L61338

    Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi memastikan negara tidak diancam oleh kekurangan bekalan makanan berikutan jangkaan fenomena El Nino dan kemarau panjang dari Jun hingga Disember.

  • AUM DR 19/6/2014

    15

    87. PR-1322-L62381 Dr. Azman bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan atas sebab apa karya ulung saintis Charles Darwin “The Origin of the Species” diharamkan.

    88. PR-1322-L62881

    Datuk Bung Moktar bin Radin [ Kinabatangan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan dalam menyediakan jalan raya berturap yang lebih baik di Sabah memandangkan kebanyakan jalan raya di Sabah masih belum berturap dan agak ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan jalan-jalan raya di Semenanjung Malaysia.

    89. PR-1322-L62425

    Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah dana yang telah disalurkan kepada ibu tunggal di negara ini sepanjang tahun 2014 dan adakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan pusat 'One Stop Centre' untuk golongan-golongan ibu tunggal yang memerlukan khidmat rundingan atau bantuan di setiap Parlimen.

    90. PR-1322-L61963

    Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah jumlah graduan perubatan yang tidak menghabiskan praktikal untuk menjadi doktor dan apakah puncanya. Adakah kerana tekanan yang keterlaluan sehingga tidak membentuk suasana yang kondusif untuk meneruskan latihan untuk menjadi doktof bertauliah.

    91. PR-1322-L63063

    Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan pakej emolumen penuh bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta penjawat-penjawat utama berpangkat “pengarah” PADU Corporation, serta apakah tugas mereka.

    92. PR-1322-L61872

    Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kementerian mempunyai statistik mereka yang dikatakan gelandangan di seluruh Malaysia dan apakah inisiatif yang diambil oleh Kementerian dalam mengatasi masalah ini selaras dengan usaha negara menuju negara maju.

    93. PR-1322-L62777

    Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah projek 1BestariNet (Internet berkelajuan tinggi 4G) yang dilancarkan oleh Kementerian mendapat sambutan baik dari sekolah, guru dan pelajar serta berapa peratus tahap penggunaan 1BestariNet oleh seluruh pelajar di Malaysia setakat ini.

  • AUM DR 19/6/2014

    16

    94. PR-1322-L62891 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan :-

    (a) adakah Kementerian mempunyai kawalan yang ketat terhadap

    pelaksanaan Akta Perlindungan Data Peribadi di mana kebanyakan pengguna data masih membuat panggilan telefon dan menghantar teks kepada individu-individu tanpa kebenaran mereka; dan

    (b) apakah langkah-langkah drastik yang akan diambil oleh

    Kementerian untuk membanteras isu tersebut termasuk melancarkan satu “Do Not Call Registry” pada masa terdekat.

    95. PR-1322-L62805

    Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan lebih terperinci berkenaan dengan konsep 1MALAYSIA dalam konteks pembangunan di negara Malaysia. Setakat manakah konsep 1MALAYSIA berjaya dilaksanakan di negara ini sejak ia mula dilaung-laungkan.

    96. PR-1322-L62286

    Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Kerajaan akan melaksanakan dredging kuala Sungai Limbang yang telah diluluskan tiga tahun yang lepas untuk mengatasi masalah banjir yang melanda bandar Limbang dan kampung-kampung di sepanjang Sungai Limbang semasa air pasang.

    97. PR-1322-L61736 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan syarikat bas yang dibatalkan dan digantung lesen bagi tahun 2013 dan terkini 2014 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) kerana didapati melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat (SPAD) 2010 khususnya yang terlibat dengan kemalangan jalan raya termasuk kemalangan maut dan nyatakan langkah Kerajaan bagi menyatakan kemalangan pengangkutan awam terutamanya bas ekspres yang didapati kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

    98. PR-1322-L61536

    Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan rancangan terkini ke arah peningkatan kebajikan dan kebolehpasaran mereka yang bersara termasuk usaha-usaha melahirkan usahawan dan pengusaha industri kecil dan sederhana.

    99. PR-1322-L62492 Dato' Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad [ Kuala Kangsar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah takrifan perkahwinan bawah umur atau child marriage mengikut undang-undang yang sedia ada di Malaysia dan apakah langkah-langkah untuk mengurang dan menggalakkan masalah kahwin paksa dan forced marriage.

  • AUM DR 19/6/2014

    17

    100. PR-1322-L62294 Tuan Mohd Rafizi bin Ramli [ Pandan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah dana yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1M4U setakat ia ditubuhkan hingga kini, kos keseluruhan yang telah dibelanjakan dan akan diperuntukkan bagi operasi Radio 1M4U 107.9 FM (iaitu radio rasmi 1M4U) dan senaraikan 50 penerima terbesar Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M) dan maklumat projek yang dikendalikan 50 penerima terbesar itu.

    101. PR-1322-L62862

    Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kolej perubatan dalam negara, bilangan pelajar, bilangan hospital dan bilangan doktor pakar yang diperlukan serta standard pemantauan untuk memastikan semua kolej mencapai standard dunia.

    102. PR-1322-L61999 Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berkenaan kesiapsiagaan pelancaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjelang 1 April 2015. Berapakah kos atau peruntukan yang dibelanjakan untuk mempromosikan kesedaran warga negara tentang cukai GST yang akan dilaksanakan tersebut. Nyatakan semua perbelanjaan secara terperinci.

    103. PR-1322-L61622

    Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah dan perancangan yang diambil oleh pihak Kerajaan selepas Komuniti Ekonomi ASEAN 2015 terlaksana.

    104. PR-1322-L62659

    Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci berapakah jumlah laporan polis telah dibuat terhadap pertubuhan ISMA dan PERKASA serta apakah tindakan yang telah diambil terhadap pertubuhan sedemikian.

    105. PR-1322-L62469

    Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kementerian merancang untuk memberi 'parental leave' kepada golongan ayah.

    106. PR-1322-L62552

    Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengenai garis-garis panduan serta syarat yang dikenakan terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan pencawang telekomunikasi di atas premis di kawasan perumahan. Adakah perlu pencawang berkenaan diturunkan sekiranya terdapat bantahan daripada penduduk.

  • AUM DR 19/6/2014

    18

    107. PR-1322-L62890 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah status dan perkembangan proses pengiktirafan kelayakan lepasan institusi-institusi pengajian tinggi Negara China dan Taiwan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.

    108. PR-1322-L62647

    Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan :-

    (a) berapakah unit pesawat yang perlu dipinjam daripada Tentera

    Udara Diraja Malaysia (TUDM) setiap kali proses pembenihan awan sehinggakan tidak cukup bilangan pesawat TUDM dan perlu untuk menyewa dari negara jiran Thailand; dan

    (b) berapakah peruntukan yang disalurkan kepada proses

    pembenihan awan setiap tahun dan mengapakah kos pembenihan hujan menggunakan pesawat TUDM jauh lebih tinggi daripada pesawat Cessna milik syarikat swasta iaitu 80 ribu berbanding 30 ribu.

    109. PR-1322-L61681

    Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan mengenai status Bestarinet yang dilaksanakan di semua sekolah serta sama ada sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menggunakan infrastruktur yang sama dengan Bestarinet.

    110. PR-1322-L61690

    Tuan Wilson Ugak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah langkah pengambilan pesara-pesara untuk menjawat jawatan semula secara kontrak akan diteruskan. Senario sebegini boleh menutup peluang untuk kenaikan pangkat para pegawai yang masih dalam perkhidmatan dan juga pengambilan para pegawai baharu kerana tidak ada pengosongan jawatan.

    111. PR-1322-L61547

    Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian untuk menyenggara kerosakan jalan dari Pasir Puteh ke Tok Bali yang disebabkan oleh kenderaan berat dan apakah langkah-langkah untuk membaik pulih jalan tersebut.

    112. PR-1322-L62292

    Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah jawatankuasa teknikal pelaksanaan Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah diwujudkan serta apakah objektif dan ahli keanggotaannya.

  • AUM DR 19/6/2014

    19

    113. PR-1322-L62354 Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada makluman dan notis pampasan telah diberikan kepada pemilik-pemilik tanah di sepanjang Jalan Lama Penampang-Papar yang terjejas dengan kerja-kerja penaiktarafan jalan raya dan memandangkan papan tanda tidak dipaparkan, nyatakan pihak-pihak yang dianugerahkan untuk menjalankan penaiktarafan tersebut.

    114. PR-1322-L62166

    Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan untuk membina SMJK baru memandangkan perkara ini 100% mematuhi kurikulum kebangsaan dan terdapat permintaan khususnya di Negeri Selangor dan Pulau Pinang.

    115. PR-1322-L61783

    Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sehingga hari ini apakah proses yang dibuat oleh pihak Kementerian dalam menghadapi isu harga komoditi getah di pasaran negara kita kerana penoreh getah belum melihat sebarang tindakan yang dibuat untuk membela dan membantu mereka.

    116. PR-1322-L62245

    Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada terdapat kekurangan Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Pulau Pinang dan kenapa Hakim yang mendengar rayuan sesuatu kes daripada mahkamah rendah di peringkat pendengaran kes pendakwaan perlu mendengar rayuan kes yang sama di tahap kes pembelaan.

    117. PR-1322-L63157

    Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status projek Kerata Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan apakah pertimbangan Kerajaan dalam menentukan jajaran HSR mengikut koridor pantai barat KL - Seremban - Melaka - Muar - Batu Pahat - Nusajaya. Bilakah Kementerian akan mengumumkan 'feasibility studies' yang dikatakan sudah siap pada tahun 2013 kepada orang awam.

    118. PR-1322-L62661

    Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci berapakah jumlah bilangan kakitangan Kerajaan yang bekerja di Jabatan Perdana Menteri mengikut kategori masing-masing serta jumlah peruntukan Kerajaan untuk Jabatan tersebut.

    119. PR-1322-L62452

    Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada Kementerian akan membuat pindaan dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 supaya SKMM diberi kuasa untuk membanteras dan menghukum mana-mana pelesen telekomunikasi yang menjalankan kegiatan 'anti-competitive' seperti memonopolikan akses di perbatuan terakhir bagi rangkaian 'fibre-optics'.

  • AUM DR 19/6/2014

    20

    120. PR-1322-L62554 Dato Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah langkah-langkah yang di ambil oleh Kerajaan untuk terus menjaga kedudukan pasaran minyak sawit Malaysia terus menjana pendapatan tinggi.

    121. PR-1322-L62152

    Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik bunuh diri dari tahun 2008 sehingga terkini pada 2014 mengikut negeri, kumpulan umur, gender, kaum. Sila terangkan keberkesanan program National Suicide Prevention Strategic Action Plan.

    122. PR-1322-L63216

    Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh mana ancaman kegiatan militan di Malaysia.

    123. PR-1322-L62934

    Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila Kerajaan akan membina Hospital Awam baru di Ipoh, Klang, Pulau Pinang dan Seremban memandangkan Hospital Awam yang sedia ada adalah terlalu sesak dan sentiasa kekurangan katil.

    124. PR-1322-L62304

    Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah pencapaian kelas TASKA yang telah beroperasi di bawah Kementerian setakat ini dan berapa ramaikah kanak-kanak yang ditempatkan, dan berapakah nisbah pusat asuhan kanak-kanak berbanding dengan keperluan penduduk di seluruh negara.

    125. PR-1322-L63181

    Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan penyusunan semula jawatan-jawatan dan pangkat yang melibatkan perjawatan Pengetua, Pengetua Cemerlang, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai Pendidikan Negeri, dan Kementerian Pendidikan.

    126. PR-1322-L61413

    Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan Kementerian bagi memantau operasi syarikat-syarikat yang tidak menyediakan skim insurans kepada kakitangan tetap atau kontrak. Apakah tindakan yang diambil bagi membela nasib pekerja yang teraniaya akibat sikap majikan yang tidak bertanggungjawab.

    127. PR-1322-L62760

    Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan perkembangan siasatan terkini kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim, yang ditembak mati di Putrajaya pada 26 April 2013.

  • AUM DR 19/6/2014

    21

    128. PR-1322-L61917 Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah usaha Kementerian menyelesaikan kekurangan kakitangan yang bertugas di Klinik 1Malaysia (K1M).

    129. PR-1322-L62693

    Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah anak Sarawak mengikut bangsa yang mendapat biasiswa dari tahun 2012 sehingga terkini. Jenis biasiswa serta pengeluar biasiswa.

    130. PR-1322-L63162

    Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah Kerajaan bercadang menggantikan Cawangan Khas PDRM dengan Organisasi Perisikan Keselamatan dan Jenayah seperti di Australia, di mana organisasi tersebut menerima pengawasan Parlimen dan dikawal selia oleh undang-undang yang jelas.

    131. PR-1322-L63055

    Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah perbelanjaan semua agensi Kerajaan termasuk JPM dan Kementerian Pendidikan bagi lawatan kerja rombongan YAB. Timbalan Perdana Menteri ke Melbourne dan Brisbane/Gold Coast, Australia dari 10-18 November 2012, serta senarai penuh delegasi.

    132. PR-1322-L63005

    Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan peruntukan bajet lima tahun yang lepas kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia dan relatif peningkatan prestasi sukan tersebut dalam tempoh yang sama.

    133. PR-1322-L62092

    Puan Mas Ermieyati binti Samsudin [ Masjid Tanah ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan sasaran 55% penyertaan wanita dalam pasaran pekerjaan pada tahun 2015 dapat dicapai.

    134. PR-1322-L61659

    Tuan Charles Anthony Santiago [ Klang ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan status terkini mengenai sistem perlindungan sosial untuk pemandu teksi selepas perbincangan dengan SPAD dan pihak-pihak berkepentingan (stakeholders) lain. Bilakah sistem perlindungan ini akan diperkenalkan.

    135. PR-1322-L61920

    Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai kelompok Syiah di Malaysia dan statusnya dari sudut keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

  • AUM DR 19/6/2014

    22

    136. PR-1322-L63012 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah kementerian berkenaan bersedia memberi dana kepada pusat-pusat perlindungan dan pemulihan milik persendirian dan swasta yang dilihat lebih berkesan memainkan peranan khususnya dalam membantu pemulihan para remaja.

    137. PR-1322-L62733

    Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

    (a) berapakah keuntungan yang diperoleh oleh TNB dalam masa 3

    tahun kebelakangan ini ; dan (b) bagaimana tarif elektrik dinaikkan atas alasan memastikan

    supaya TNB kekal untung. 138. PR-1322-L62835

    Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan :-

    (a) berapakah jumlah peruntukan yang diberi kepada persatuan-

    persatuan belia sejak 2010-2014; dan (b) berapakah jumlah peruntukan untuk pembangunan modal insan

    belia berbanding pembangunan sukan sejak 2010-2014. 139. PR-1322-L61946

    Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan dengan berlakunya tragedi MH370 yang menggempar dan menyedihkan, serta tidak nampak jalan ke arah penemuan pesawat mahupun penumpangnya, adakah pihak Kerajaan tidak bercadang untuk memanjangkan lagi landasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu, supaya ia dapat dijadikan antara landasan selamat untuk mendarat terutamanya kepada pesawat-pesawat yang besar.

    140. PR-1322-L62821

    Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan status siasatan penipuan dalam peperiksaan UPSR di daerah Bachok. Apakah ianya juga berlaku di daerah-daerah lain dan nyatakan jumlah mereka yang telah dikenakan tindakan kerana terlibat dalam kes penipuan tersebut.

    141. PR-1322-L61704

    Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah kadar pemotongan belian padi oleh BERNAS dan apakah tindakan Kerajaan untuk mengawal kadar pemotongan yang berlebihan.

  • AUM DR 19/6/2014

    23

    142. PR-1322-L61382 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar penyaluran peruntukan pembangunan Kerajaan melalui Ahli Parlimen di kawasan masing-masing.

    143. PR-1322-L63032

    Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [ Temerloh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan secara terperinci jumlah kemasukan dan graduan pelajar di institusi pengajian tinggi di luar negara di bawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari tahun 2010 hingga 2013.

    144. PR-1322-L62399

    Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan pencapaian "hits" yang menonton siaran langsung sidang perbahasan Parlimen Malaysia menerusi laman web RTM iaitu rtmparlimen.gov.my yang diperkenalkan pada tahun 2013 lalu dan sejauh manakah tontonan ramai bagi rancangan siaran langsung sidang perbahasan menerusi saluran TV1 bagi tahun 2010, 2011, 2012, 2013 dan enam bulan pertama 2014.

    145. PR-1322-L62558 Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini pembinaan Lebuh Raya Duke 2.

    146. PR-1322-L62448

    Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah penerimaan dan kejayaan Dasar Satu Murid Satu Sukan.

    147. PR-1322-L61977

    Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan justifikasi yang digunakan oleh pihak Kementerian untuk memberhentikan bantuan bulanan kepada golongan yang layak menerima dan punca kebanyakan daripada mereka diberhentikan bantuan tanpa notis.

    148. PR-1322-L62018

    Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah kerajaan akan meneruskan konsesi penyenggaraan jalan persekutuan kepada Roadcare, Selia Senggara dan Belati Wangsa selepas tamat tempoh pada 2015.

    149. PR-1322-L62723

    Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan secara terperinci sebab Kerajaan membenarkan Syarikat YTL untuk membina menara pencawang Yes 4G di setiap sekolah yang mungkin menjejaskan kesihatan pelajar.

  • AUM DR 19/6/2014

    24

    150. PR-1322-L62631 Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan bilakah Akta Hakmilik Strata pindaan 2013 dapat dikuatkuasa dan dilaksanakan dan sama ada ianya akan dilaksanakan bersama dengan Akta Pengurusan Strata 2013. Apakah halangan bagi kedua-dua perundangan tersebut sehingga tidak dapat dilaksanakan sehingga hari ini.

    151. PR-1322-L62415

    Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada "pump boat" yang seringkali digunakan oleh "pirates" di perairan Sabah bila menyerang atau menceroboh penduduk tempatan masih lagi di "haram"kan penggunaannya dan dalam senarai "banned items" atau bagaimana.

    152. PR-1322-L61807

    Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah peranan Kerajaan melalui Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian dalam menentukan kestabilan harga penggunaan dan mutu perkhidmatan elektrik bagi rakyat ini kerana dalam masa setahun sebanyak 2 kali kenaikan tarif bekalan elektrik.

    153. PR-1322-L62122

    Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah bilangan penerima pinjaman melalui Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) bagi setiap negeri di Malaysia.

    154. PR-1322-L62987

    Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan penerima dan jumlah pinjaman PTPTN mengikut kaum sejak dana ini diwujudkan. Adakah Kementerian bercadang untuk merombak semula kaedah pinjaman dan bayaran balik hutang supaya tidak membebankan graduan baru.

    155. PR-1322-L62948

    Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan memberitahu sebab-sebabnya negara Indonesia dan Thailand tidak mengambil bahagian dalam perundingan TPPA.

    156. PR-1322-L62649

    Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

    (a) jumlah kes kemalangan kenderaan berat merangkumi lori dan

    bas yang melibatkan pemandu yang dikesan positif dadah pada tahun 2012, 2013 dan setakat lima bulan pertama tahun 2014 ini; dan

  • AUM DR 19/6/2014

    25

    (b) langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian, selain daripada operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), bagi mengesan dan mengambil tindakan berat terhadap pemandu yang mengambil dadah bagi mengelakkan kemalangan.

    157. PR-1322-L61465

    Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memperbaiki daya saing huluan dan hiliran industri keluli dan langkah-langkah anti-lambakan yang diambil.

    158. PR-1322-L62678

    Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan sila terangkan mengapa banyak barangan 1Malaysia lebih mahal berbanding pesaing lain. Contoh; di Mydin Kuala Terengganu, tisu cutie soft dijual pada harga RM6.50, YiFa pada harga RM4.50 dan Tisu 1Malaysia pada harga RM6.90.

    159. PR-1322-L63126

    Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said [ Pengerang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil Kementerian untuk mencegah penyakit denggi, dan adakah langkah-langkah ini berkesan. Berapakah statistik kes denggi setakat April 2014.

    160. PR-1322-L62124

    Datuk Madius Tangau [ Tuaran ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jajaran Lebuh Raya Pan Borneo Telipok-Kiulu-Lokos-Tobih-Rondoggung akan di mulakan.

    161. PR-1322-L63175

    Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimanakah Kementerian menangani keadaan jeti-jeti yang sangat uzur yang boleh membahayakan keselamatan nelayan seperti yang terdapat di Jeti Jalan Gula, Sungai Baru, Sungai Protan, Kuala Gula dan Nibong Hangus di kawasan Parlimen Bagan Serai dan juga kawasan pendaratan yang cetek yang menimbulkan masalah nelayan turun dan pulang daripada kerja.

    162. PR-1322-L62216

    Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kewajaran meletakkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukannya di bawah Kementerian Pertahanan atau Kementerian Dalam Negeri.

  • AUM DR 19/6/2014

    26

    163. PR-1322-L63285 Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah jalan penyelesaian bagi pelarian Rohingya yang diberikan pelindungan di negara ini:- (a) apakah perancangan Kementerian bagi memastikan mereka

    mempunyai peluang menyara hidup walaupun di dalam buangan kerana kesempitan hidup memaksa mereka melibatkan diri dengan jenayah serta menjadi peminta sedekah; dan

    (b) berapa lama rakyat Rohingya ini akan berada di negara ini dan

    apakah pelan jangka panjang Kerajaan bagi memastikan mereka ini tidak menjadi bebanan kepada negara.

  • AUM DR 19/6/2014

    27

    ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

    1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

    “BAHAWA pada Isnin 16 Jun 2014, Yang Berhormat Tuan N. Surendran, Ahli Parlimen bagi kawasan Padang Serai telah mengeluarkan suatu kenyataan semasa sidang media di lobi Parlimen yang telah disiarkan di dalam beberapa media. Kenyataan itu merupakan tuduhan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana menolak usul Yang Berhormat berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 22(1) pada 16 Jun 2014. BAHAWA tuduhan itu menyatakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sentiasa menolak apa-apa pertanyaan dan usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang dan turut membuat tohmahan dengan menyatakan bahawa Parlimen gagal berfungsi dengan baik. BAHAWA Yang Berhormat Padang Serai membuat tuduhan bahawa Dewan Rakyat bersifat “authoritarian” yang tidak memberikan hak bersuara kepada pihak pembangkang. BAHAWA Yang Berhormat Padang Serai merendah-rendahkan martabat Dewan Rakyat dengan sindiran yang mencadangkan Parlimen untuk membina suatu “giant rubber stamp” yang menjadi simbol kepada pengaruh dan kuasa Kerajaan dalam meluluskan apa-apa Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Parlimen. DAN BAHAWA tuduhan-tuduhan itu adalah merupakan satu penghinaan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang menjalankan tugas sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat dan oleh yang demikian bererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat. MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Tuan N. Surendran, Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam (6) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.”.

    2. Menteri Kewangan akan mencadangkan:

    “Bahawa Majlis ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang diletakkan padanya oleh subseksyen (2) Seksyen 11 Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bil. ST.45 dan ST.46 tahun 2014 disahkan”.

    3.

    (D.R 8/2014)

    Rang Undang-undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

    Bacaan

    Kali Yang Kedua

  • AUM DR 19/6/2014

    28

    4. PR-1322-U61375

    Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, banyak tanah-tanah adat Bumiputera Sabah masih belum dibangunkan oleh kerana ketiadaan jalan raya yang membolehkan mereka untuk mengusahakan serta memasarkan hasil tanah mereka. Dan mengambil maklum juga, bahawa tanah-tanah bergeran di negeri Sabah yang masih belum diusahakan oleh kerana ketiadaan kemudahan yang disebutkan di atas. Dan mengambil maklum juga bahawa, sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi pendapatan masyarakat luar bandar, sekiranya tanah tersebut di atas dapat diterokai dan diusahakan, tentu sekali ekonomi masyarakat sasaran dapat ditingkatkan. Dan juga mengambil maklum bahawa, dengan terusahanya tanah-tanah yang dimaksudkan di atas, maka secara tidak langsung ekonomi negara juga turut menigkat. Maka, bagi menangani masalah tanah-tanah terbiar, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, untuk menyediakan jalan asas bagi memudahkan pembukaan tanah-tanah terbiar tersebut bagi memudahkan pertumbuhan aktiviti ekonomi rakyat dan negara."

    [ Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ]

    5. PR-1322-U61376

    Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, ramai para petani kita mengeluarkan bahan-bahan mentah berasaskan pertanian yang berkualiti tinggi. Dan mengambil maklum juga, bahan-bahan mentah yang dihasilkan ini boleh dinilai-tambah menjadi produk industri hiliran seperti keropok, jem, kaya, kek, madu lebah dan lain-lain lagi sekiranya pengeluar tempatan menerima latihan dan bimbingan bagi maksud ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya telah banyak membimbing para pengeluar bahan mentah tempatan ke arah industri hiliran ini. Maka, bagi menambah-nilai produk pertanian dan peningkatan ekonomi para petani, dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hendaklah memperbanyakkan lagi kursus-kursus industri hiliran ini." [ Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ]

  • AUM DR 19/6/2014

    29

    6. PR-1322-U61377

    Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, pada masa ini, kejadian jenayah telah meningkat dengan mendadak sekali dan ada juga kes yang melibatkan maut. Dan mengambil maklum juga bahawa, tugas untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam ini bukan hanya terletak pada bahu anggota keselamatan tetapi juga pada pihak berkuasa tempatan. Dan mengambil maklum juga bahawa, terdapat bukti bahawa pemasangan kamera litar (cctv) di kawasan panas oleh Pihak Berkuasa Tempatan telah sebanyak sedikit membantu mengurangkan jenayah selain dapat membantu dalam penyiasatan perlakuan jenayah. Dan mengambil maklum juga bahawa, pemasangan cctv merupakan kaedah pencegahan yang efektif selain rondaan pihak anggota keselamatan. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan memasang lebih banyak lagi kamera litar terutama sekali di kawasan panas demi untuk mempertingkatkan lagi keselamatan rakyat dan pengunjung." [ Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

    7. PR-1322-U61378

    Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, jumlah ibu tunggal di negara ini kian meningkat dan memerlukan pembelaan. Dan mengambil maklum juga bahawa, ibu-ibu tunggal bekerja keras untuk menyara hidup keluarga termasuk mensekolahkan anak-anak dan ada kalanya juga menjaga ibu-bapa mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, terdapat juga ibu-ibu tunggal yang terpaksa bekerja dengan tulang empat kerat dengan gaji yang tak seberapa kerana ketiadaan pengalaman. Dan mengambil maklum juga bahawa, ada juga ibu-ibu tunggal yang tidak mendapat apa-apa bentuk bantuan daripada pihak Kerajaan atau berwajib kerana tidak terdaftar dengan badan-badan tertentu. Maka, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendaftarkan semua ibu-ibu tunggal bagi memudahkan urusan latihan, pemberian bantuan, bimbingan, kebajikan dan usaha peningkatan ekonomi keluarga."

    [ Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ]

    8. PR-1322-U61379

    Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, rakyat pada keseluruhannya berbesar hati dan mengalu-alukan usaha Kerajaan dalam menangani masalah keselamatan dan ketenteraman negara di perairan negeri Sabah dengan menubuhkan agensi penguatkuasaan seperti ESSCOM - Eastern Sabah Security Command dan ESSZONE - Eastern Sabah Security Zone.

  • AUM DR 19/6/2014

    30

    Dan mengambil maklum juga, bahawa walaupun kedua-dua agensi ini telah pun beroperasi, namun pada tahun 2014 sahaja, terdapat 3 kes samun, bunuh serta culik yang membabitkan rakyat asing dan 1 kes cubaan menculik nelayan tempatan berlaku dalam kawasan ESSCOM dan ESSZONE ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, setiap kali keadaan begini berlaku, maka ramai atau rakyat pada umumnya mula mempersoalkan tentang kesungguhan Kerajaan untuk melindungi perairan negara terutama sekali perairan negeri Sabah. Dan mengambil maklum juga bahawa, pengarah ESSCOM dan ESSZONE adalah dari kalangan yang bukan berlatarbelakangkan pihak keselamatan, maka masyarakat dengan mudah menuding jari bahawa, kelemahan ini berlaku kerana ketidakwibawaan si penyandang tugas dan sepatutnya jawatan penting ini dipegang oleh mereka yang berlatarbelakangkan keselamatan. Maka, bagi menangani masalah isu keselamatan negara ini, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa jawatan pengarah ESSCOM dan ESSZONE hendaklah diterajui oleh mereka yang berlatarbelakangkan keselamatan dan dalam perkara ini, mereka yang datang daripada Angkatan Tentera Malaysia. "

    [ Perdana Menteri ]

    9. PR-1322-U62869

    Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini memperbahaskan kehilangan ghaib pesawat MH370, impak dan konsekuensinya."

    [ Kementerian Pengangkutan]

    10. PR-1322-U61647

    Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan yang mulia memandang berat betapa lemahnya tahap keselamatan udara Negara berikutan kejadian insiden kehilangan pesawat MH370 yang mana pusat kawalan udara Negara gagal mengesan dan bertindak balas dengan segera dan ini meletakkan Negara dalam bahaya jika berlaku serangan mengejut serta mendesak Kerajaan mengambil langkah segera mempertingkatkan kawalan dan pengesanan udara Negara dari pencerobohan." [ Kementerian Pengangkutan ]

    11. PR-1322-U61919

    Tuan Chong Chieng Jen [ Bandar Kuching ] akan mencadangkan:- "Manakala dalam persidangan Hari Kedua Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sarawak Ketujuh Belas pada 6 haribulan Mei, 2014, sebuah keputusan sebulat suara telah dibuat untuk menyokong usul seperti berikut :

  • AUM DR 19/6/2014

    31

    "Bahawa Dewan yang mulia ini menyokong usaha berterusan Kerajaan Negeri Barisan Nasional, melalui saluran yang bersesuaian, memohon supaya perjanjian tiga hala (perjanjian yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PETRONAS menurut Seksyen 4 Akta Petroleum 1974) dikaji semula, dengan niat hendak mendapatkan pertimbangan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan bayaran royalti (royalti 5% daripada nilai minyak dan gas untuk negeri Sarawak) kepada 20% atau jika dianggap bermanfaat dan munasabah, sebarang persetujuan lain yang boleh memberi manfaat kepada negeri Sarawak dengan tujuan untuk memacu program pembangunan terutamanya di kawasan pedalaman.Dan manakala royalti minyak dan gas yang diterima sebanyak 5% oleh negeri Sarawak sebagai pampasan gentian hak ke atas minyak dan gas adalah tidak mencukupi, rendah dan tidak adil memandangkan minyak dan gas adalah sumber asli Sarawak dan kami memerlukan dana minyak dan gas itu untuk mengeluarkan Sarawak daripada kemunduran dan mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sarawak yang ketinggalan 20 tahun berbanding Semenanjung Malaysia supaya setanding dengan Semenanjung. Justeru Dewan ini memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permintaan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak untuk meningkatkan kadar royalti minyak dan gas yang patut dibayar kepada Sarawak sebagai pampasan gantian hak ke atas minyak dan gas daripada kadar semasa 5% kepada 20% daripada nilai kasar minyak dan gas yang diekstrak daripada perairan Sarawak. Dan Kerajaan Persekutuan haruslah, dalam tahun ini menyediakan kesemua dokumentasi undang-undang untuk penambahan hak royalti tersebut daripada 5% ke 20%." [ Perdana Menteri ]

    12. PR-1322-U63022 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini bersetuju bahawa akses harus diberikan kepada semua yang terlibat dalam pilihan raya dan kebebasan berpartisipasi sebagai sebahagian daripada proses demokrasi. Pilihan raya sendiri adalah lambang demokrasi dalam negara kita, amalan menyekat maklumat berkaitan pilihan raya daripada pengetahuan rakyat terutama pengundi sama sekali bercanggah dengan semangat demokrasi." [ Perdana Menteri ]

    13. PR-1322-U63024

    Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini menubuhkan sebuah Suruhanjaya Persempadanan Pilihan Raya yang bebas daripada SPR dan hanya bertanggungjawab untuk menjawab kepada Parlimen Malaysia." [ Perdana Menteri ]

  • AUM DR 19/6/2014

    32

    14. PR-1322-U62663 Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan keluarga mangsa yang mati dalam tahanan Polis Diraja Malaysia, memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi menjalankan bedah siasat." [ Kementerian Dalam Negeri ]

    15. PR-1322-U62664

    Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam di dalam membendung gejala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Kementerian Pendidikan ]

  • AUM DR 19/6/2014

    33

    RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

    TAHUN

    2014 DR.2 DR.3

    RISALAT/DOKUMEN Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Ketiga Belas Kelemahan Pengurusan Hasil (Kementerian Kewangan – Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia) Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen Ketiga Belas Pengurusan Kehilangan Aset Kerajaan (Kementerian Dalam Negeri & Polis DiRaja Malaysia)

    TARIKH DIBENTANGKAN

    19 Jun 2014 19 Jun 2014

    CMD.21 Laporan Tahunan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan Bagi Tahun 2013

    19 Jun 2014

    ST.50 Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Dewan Bahasa Dan Pustaka Bagi Tahun 2012

    19 Jun 2014

    ST.55 ST.57 ST.58

    Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Lembaga Pemantauan Audit Bagi Tahun 2013 Laporan Tahunan Dan Penyata Kumpulan Wang Amanah Negara Bagi Tahun 2012 Laporan Tahunan Dan Penyata Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Bagi Tahun 2013

    19 Jun 2014

    19 Jun 2014

    19 Jun 2014

  • AUM DR 19/6/2014

    34

    UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN

    Tarikh Ucapan

    Ahli Yang Berucap

    Tajuk Ucapan

    Menteri Yang

    Bertanggungjawab

    1. 2.

    19.6.2014 (Khamis) 19.6.2014 (Khamis)

    1. 2.

    Tuan Sim Tze Tzin (Bayan Baru) YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

    1. 2.

    Kes Pembunuhan Chee Gaik Yap Perlu Pembelaan Dan Keadilan Hormati Hak Asasi Mahasiswa, Mansuhkan AUKU Dan Akta 174

    1. 2.

    YAB Perdana Menteri YB Menteri Pendidikan