malaysia dewan negara aturan urusan · pdf filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu...

24
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 23 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 11 MENGANGKAT SUMPAH PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1322-L19644 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah Kementerian membanteras gejala penyelewengan subsidi diesel yang semakin parah sehingga terdapatnya laporan ianya menyebabkan Kerajaan kerugian hampir RM2 billion setahun serta penglibatan anggota agensi penguatkuasa sendiri termasuk persatuan nelayan dan syarikat yang berselindung di sebalik perniagaan lain. 2. PN-1322-L19930 Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ketetapan perkataan-perkataan yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris, contohnya "success" kepada "sukses", "alternative" kepada "alternatif". Adakah Kementerian akan menggalakkan penggunaan perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan Bahasa Malaysia dalam sukatan pelajaran. 3. PN-1322-L19843 Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah pihak penyiaran ASTRO memperbaiki mutu perkhidmatan mereka khususnya pada waktu cuaca hujan kerana siaran sering tergendala. Keadaan ini adalah tidak setimpal dengan bayaran yang mahal dikenakan oleh pihak ASTRO yang menjadi syarikat penyiaran swasta. 4. PN-1322-L19694 Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa hingga setakat ini sejauh manakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berjaya meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam darat sejak SPAD ditubuhkan.

Upload: ngomien

Post on 08-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI ISNIN, 23 JUN 2014, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 11

MENGANGKAT SUMPAH

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1322-L19644 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah Kementerian membanteras gejala penyelewengan subsidi diesel yang semakin parah sehingga terdapatnya laporan ianya menyebabkan Kerajaan kerugian hampir RM2 billion setahun serta penglibatan anggota agensi penguatkuasa sendiri termasuk persatuan nelayan dan syarikat yang berselindung di sebalik perniagaan lain.

2. PN-1322-L19930 Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan ketetapan perkataan-perkataan yang diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris, contohnya "success" kepada "sukses", "alternative" kepada "alternatif". Adakah Kementerian akan menggalakkan penggunaan perkataan Bahasa Inggeris bagi menggantikan perkataan Bahasa Malaysia dalam sukatan pelajaran.

3. PN-1322-L19843 Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah pihak penyiaran ASTRO memperbaiki mutu perkhidmatan mereka khususnya pada waktu cuaca hujan kerana siaran sering tergendala. Keadaan ini adalah tidak setimpal dengan bayaran yang mahal dikenakan oleh pihak ASTRO yang menjadi syarikat penyiaran swasta.

4. PN-1322-L19694 Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta PERDANA MENTERI menyatakan bahawa hingga setakat ini sejauh manakah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berjaya meningkatkan taraf perkhidmatan pengangkutan awam darat sejak SPAD ditubuhkan.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

2 AUM DN 23/06/2014

5. PN-1322-L19755 Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah hasil analisa pelbagai kelemahan serta pembelajaran yang dipelajari iktibar dari peristiwa kehilangan pesawat MH370. Apakah pula, langkah-langkah proaktif yang bakal dilaksanakan demi mengelak dari berulangnya kejadian sedemikian.

6. PN-1322-L19320 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian yakin langkah mengawal kewangan negara dengan perancangan untuk menstruktur semula pemberian subsidi dan memperkenalkan GST pada 2015 mampu menjamin kedaulatan, keselamatan, kebebasan dan pertumbuhan negara dalam mengharungi ketidaktentuan ekonomi global.

7. PN-1322-L19881 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian sudah mengatasi masalah yang dialami oleh guru-guru seluruh Malaysia antaranya, masa kerja guru, beban kerja yang semakin bertambah, pengetua/guru besar yang tidak kompeten, kursus Upskilling guru, situasi kerja yang tidak kondusif dan kekurangan peralatan ICT dan ABM. Apakah usaha yang dijalankan oleh Kementerian dalam mengatasi masalah tersebut.

8. PN-1322-L19367 Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan :-

(a) langkah-langkah menghadapi fenomena El-Nino yang di jangka

melanda negara selama enam bulan bermula pertengahan tahun ini ; dan

(b) apakah jaminan bahawa bekalan air tidak akan terganggu

sepanjang negara dilanda fenomena ini.

9. PN-1322-L19864 Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan satu mekanisme pengawal-seliaan label Patuh-Syariah atau Shariah-compliance secara holistic memandangkan banyak pihak sewenang-wenangnya menggunakan label ini hingga menyebabkan rakyat tertipu hingga terjebak dalam pelbagai urusniaga haram seperti pelaburan emas, forex, Multi-Level Marketing berlabel Patuh-Syariah.

10. PN-1322-L20019 Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan kenapakah pemain-pemain sukan kita kurang kesungguhan, kurang daya tahan dan kekuatan mental berbanding dengan pemain-pemain lawan terutama setelah mendapat pengiktirafan dan penghargaan oleh Kerajaan Malaysia.

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 3

11. PN-1322-L19917 Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kebimbangan orang ramai terhadap krisis bekalan lembu mulai Jun ini yang pastinya meningkatkan lagi harga daging lembu segar sekarang. Di Sarawak, selama ini harganya sudah mahal antara RM40 hingga RM60 sekilogram. Apakah pelan alternatif pihak Kementerian dalam menangani krisis tersebut.

12. PN-1322-L19955 Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk menggabungkan bantuan BRIM tahunan dan bantuan kebajikan bulanan. Ini kerana ramai penerima BRIM tidak bersyukur malah tidak layak.

13. PN-1322-L20053

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan supaya menubuhkan suatu badan induk untuk memantau pelaksanaan Undang-Undang Kecil Seragam Bangunan 34A berdasarkan MS 1184, MS 1183 dan MS1331 di seluruh negara. Badan induk ini perlu bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina di bawah Majlis Kebangsaan bagi OKU, dan juga bertanggungjawab memberi latihan bertauliah kepada pengaudit akses dari kesemua PBT.

14. PN-1322-L19258

Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan secara terperinci status penaiktarafan Jalan Bukit Huang-Sekumang ke Tanjung Manis, Sarawak seperti mana yang diumumkan sempena program lawatan sehari YB ke Sarikei, Sarawak pada 28 haribulan Januari 2013.

15. PN-1322-L19400 Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam membantu dan menangani masalah-masalah berhubung perkhidmatan syarikat-syarikat telco terutamanya isu drop call sekaligus membantu pengguna yang merasakan seolah-oleh teraniaya.

16. PN-1322-L19609

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah tanah pertanian yang telah dibangunkan dan dijadikan tanah komersial atau tanah industri di seluruh Malaysia dari tahun 2009 hingga sekarang dan apakah langkah tegas Kementerian dalam mengekalkan tanah pertanian sedia ada dalam usaha memastikan pengeluaran rantaian makanan tempatan dapat dikekalkan.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

4 AUM DN 23/06/2014

17. PN-1322-L19734 Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan kakitangan awam yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan apakah tindakan yang diambil dan agensi manakah yang bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya penagih-penagih ini terlibat dengan "methodone" serta adakah Kerajaan akan mengikuti jejak Singapura yang telah melaksanakan Akta Hidu Gam/Inhalan semenjak tahun 1992.

18. PN-1322-L19804

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) adakah Kementerian dan Bank Negara Malaysia (BNM) melihat

momentum pertumbuhan ekonomi negara pada kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 6.2% pada suku pertama tahun ini menggambarkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia berada di paras terbaik; dan

(b) adakah Kerajaan optimis ia mampu dikekalkan pada masa

hadapan di sebalik ketidaktentuan ekonomi global. 19. PN-1322-L19650

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan mengapakah majikan-majikan tempatan lebih gemar mengambil pekerja-pekerja asing daripada pekerja-pekerja tempatan. Apakah langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian untuk memastikan bahawa majikan-majikan tempatan memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja tempatan lebih dahulu sebelum mengambil pekerja-pekerja asing.

20. PN-1322-L19309 Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tentang pelaksanaan/pembinaan sebuah Zoo di Bukit Bakar, Machang, Kelantan yang diura-urakan pembinaannya sejak 5 tahun lalu. Kenapa ianya terbantut dan apakah ada perancangan untuk membina Zoo di kawasan lain di Kelantan. Jika ada, bila, di mana dan berapa peruntukannya.

21. PN-1322-L19477 Datuk Kadzim M. Yahya minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada aset-aset untuk rondaan, kawalan dan pengawasan keselamatan bagi kegunaan di ESSZONE Sabah sudah diperolehi semuanya oleh pihak ESSCOM.

22. PN-1322-L19542

Dato' Jaspal Singh minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan penjelasan kumpulan manakah yang menikmati subsidi diesel, termasuk jumlah bilangan terkini yang menikmati subsidi tersebut, cara permohonan bagi menikmatinya, jumlah penggunaan diesel yang memerlukannya dalam setahun dan kos yang ditanggung oleh Kerajaan.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 5

23. PN-1322-L19294 Dato' Lee Chee Leong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pertimbangan penurunan cukai taksiran persendirian dan cukai korporat sebanyak tidak kurang daripada 3 peratus berikutan perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan nyatakan impak GST terhadap pembayar cukai sedia ada.

24. PN-1322-L19531 Datuk Hamzah bin Mohd Kasim minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan semenjak 57 tahun merdeka, peningkatan taraf hidup pesawah padi tidak setanding dengan golongan di sektor-sektor lain. Apakah pelan tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah ini dengan seberapa segera.

25. PN-1322-L19489 Datuk Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang berkaitan penggunaan cermin gelap memandangkan banyak pihak menyatakan ia tidak relevan dengan cuaca di Malaysia dan pihak polis juga telah menyatakan tiada statistik bukti cermin gelap meningkatkan kadar jenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes pecah kenderaan.

26. PN-1322-L19911 Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah proses pengiktirafan kursus-kursus di universiti-universiti Taiwan.

27. PN-1322-L19269

Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tindakan Kementerian hasil pendedahan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) antara tahun 2012-2014 (Januari-Mac) sejumlah 1,984 pemandu pula tidak memiliki lesen asas pemanduan kenderaan iaitu Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang wajib dimiliki setiap pemandu.

28. PN-1322-L19566

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan perancangan, tindakan dan status gerak kerja ke arah penggubalan Akta Guaman Syarie bagi menyelaras, mengawal dan menambah baik amalan guaman syarie di seluruh negara.

29. PN-1322-L19925 Dato' Hajah Dayang Madinah binti Tun Abang Haji Openg minta PERDANA MENTERI menyatakan Program Sukarelawan seperti My Beautiful Malaysia anjuran pihak 1M4U pada tahun lepas (sempena 2013 sebagai tahun sukarelawan) yang bertujuan memupuk semangat kesukarelawan di kalangan generasi muda, mendapat sokongan menggalakkan. Adakah pihak Kementerian bercadang untuk meneruskan program sukarelawan sedemikian untuk setiap tahun.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

6 AUM DN 23/06/2014

30. PN-1322-L19667 Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah iktibar yang boleh kita ambil daripada peristiwa rampasan kuasa bagi kali ke-19 oleh tentera yang berlaku di Thailand. Apakah kesannya terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dengan Thailand serta kesannya terhadap keselamatan negara di rantau ini. Adakah peristiwa itu akan menjejaskan hubungan dagangan antara Malaysia dan Thailand.

31. PN-1322-L19414

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sejauh manakah Program Transformasi 1Tenaga Nasional Berhad (1TNB) dapat memastikan pengurusan kos dan operasi TNB secara efisyen termasuk dari segi kepuasan pelanggan dan nyatakan punca kenaikan tarif elektrik baru-baru ini serta sejauh manakah ianya memberi impak kepada awam dan industri.

32. PN-1322-L20029

Dato' Dr. Firdaus bin Haji Abdullah minta PERDANA MENTERI menyatakan sekiranya Kerajaan menyedari dan merasa prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah yang dialami dan dihadapi oleh sistem kehakiman kita termasuk pemanipulasian loop holes di sektor mahkamah di samping bilangan kes-kes tertangguh yang bertumpuk-tumpuk dan semakin banyak. Apakah langkah-langkah tegas yang diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

33. PN-1322-L19488 Datuk Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha tambahan yang dilakukan oleh Kementerian dalam menangani masalah peningkatan kes denggi yang amat ketara pada ketika ini daripada merebak dengan lebih tinggi lagi. Dilaporkan sehingga akhir tahun 2013, hampir 36,021 kes berlaku berbanding 19,920 kes pada tahun 2012. Ini menunjukkan peningkatan hampir 100%.

34. PN-1322-L19337

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan dengan jelas dan terperinci proses penambahbaikan sistem ICT Jabatan Imigresen terutamanya bagi Kawalan Keselamatan kemasukan pelancong asing, penuntut dan pekerja asing bagi memastikan integriti sistem dan prestasi kawal selia lebih cekap dan mampu membendung ketirisan aktiviti perdagangan manusia.

35. PN-1322-L19769 Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan status penglibatan syarikat-syarikat Multinasional China dalam pembangunan industri Automotif tanahair memandangkan China sekarang merupakan pemain industri Automotif yang begitu agresif sekarang ini.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 7

36. PN-1322-L19464 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan maklumbalas terkini daripada 'report-report' yang dibuat oleh NGO terhadap individu-individu yang menghasut serta menghina agama Islam. Apakah tindakan KDN dalam menangani masalah perkauman di negara ini.

37. PN-1322-L19572

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah punca dan kesan daripada pendefinisian semula hutang luar negara Malaysia oleh Bank Negara Malaysia.

38. PN-1322-L19555 Datuk Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin minta PERDANA MENTERI menyatakan kesediaan Kerajaan mewujudkan elaun bandar kepada penjawat awam, terutama yang berkhidmat di bandar raya utama di negara ini sebagai usaha meringankan beban penjawat awam terbabit menampung kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

39. PN-1322-L19591

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian menyedari bahawa sukan bola sepak negara tidak lagi melibatkan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum berbanding 30 tahun yang lalu dan apakah langkah Kementerian untuk mengatasi masalah ini terutamanya penglibatan dari kaum cina.

40. PN-1322-L19867

Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengembalikan semula pelabuhan Shah Bandar di Melaka supaya aktif seperti dahulu sebelum bangunan ICQ disiapkan.

41. PN-1322-L19688

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah wang yang digunakan oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (Human Resources Development Fund) bagi tempoh 2008 hingga 2013 dalam menjalankan program-program pembangunan sumber manusia di Malaysia.

42. PN-1322-L19841

Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa banyak kes-kes dual citizenship dapat dikesan di Malaysia dan apakah pendirian Kerajaan tentang dual citizenship dan adakah pegawai-pegawai Kerajaan yang mempunyai dual citizenship.

43. PN-1322-L19288

Puan Norliza binti Abdul Rahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian dan Bank Negara Malaysia (BNM) melihat perkembangan industri kiriman wang ke luar negara yang meningkat saban tahun hasil peningkatan jumlah pekerja asing sebagai aktiviti yang sihat untuk perkembangan ekonomi negara.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

8 AUM DN 23/06/2014

44. PN-1322-L19615 Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan pendirian Kerajaan dalam melaksanakan pindaan peraturan cermin gelap pada kenderaan memandangkan undang-undang sedia ada disifatkan sudah lapuk dan peraturan itu perlu mengikut keadaan semasa.

45. PN-1322-L19900 Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah peranan yang boleh dimainkan oleh Kementerian dalam mengatasi masalah didikan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Tekad Integriti 2009-2013.

46. PN-1322-L19349 Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan adakah Kementerian komited untuk memainkan peranan utama dalam usaha damai menyatukan Hamas dan Fatah melalui pembentukan Kerajaan Palestin yang kukuh.

47. PN-1322-L19946

Tan Sri Dato' Abdul Rahim Abdul Rahman minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah apa-apa program Malaysia Fan Club akan diadakan sebagai penganjur utama untuk mengikut ke mana-mana pertandingan antarabangsa untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan di dalam beberapa bidang sukan terpilih seperti pertandingan Thomas Cup baru-baru ini.

48. PN-1322-L19781

Dato' Muhammad Olian b Abdullah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimana untuk menjadikan guru-guru yang boleh bertindak sebagai pencetus kreativiti dan penjana inovasi bagi melakukan transformasi dalam menjana minda murid agar lebih dinamik.

49. PN-1322-L20060

Puan Bathmavathi Krishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan membuat perhitungan jumlah dan kategori OKU dalam pengiraan banci akan datang supaya data yang lebih tepat dapat dikumpul mengenai OKU. Ini adalah penting bagi penyediaan perkhidmatan dan pengagihan peruntukan yang sewajarnya dalam rancangan pembangunan negara.

50. PN-1322-L19856

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memasukkan syarat kepada semua syarikat penyiaran berbayar untuk sentiasa mengekalkan saluran percuma seperti TV1, TV2, TV3 dan sebagainya agar siaran ini tidak ditutup walaupun pelanggan gagal membuat bayaran bagi perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penyiaran berbayar seperti Astro dan sebagainya.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 9

51. PN-1322-L19834 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tentang apakah tindakan yang diambil terhadap PATI yang tidak diterima balik oleh Kerajaan negara asal mereka, di mana mereka ditempatkan serta jumlah mereka dan kos menyara mereka pada setiap tahun.

52. PN-1322-L19627 Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah bilangan anak luar nikah yang dilahirkan di negara ini dalam tempoh lima tahun lalu, punca serta langkah-langkah yang dilakukan bagi menangani masalah ini.

53. PN-1322-L19490

Datuk Hajah Rohani binti Abdullah minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan bercadang mewujudkan institusi latihan kepada graduan-graduan lepasan Universiti atau kolej sebagai pembantu rumah bagi mengurangkan pengambilan warga asing yang boleh dinamakan "Home Manager".

54. PN-1322-L19662

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan MyKad diwujudkan untuk memuatkan data peribadi dan data-data serta transaksi berkenaan seseorang individu disimpan dalam satu kad. Sejauh manakah implementasi Kerajaan dalam memastikan objektif MyKad ini dicapai sepenuhnya.

55. PN-1322-L19289

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat kesimpulan penyiasatan ke atas kejadian pada 21 Mei 2014 di mana beberapa penceroboh telah menceroboh masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sekiranya ya, sama ada kertas-kertas siasatan telah dimajukan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan susulan.

56. PN-1322-L19380

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah usaha-usaha Kementerian menghidup dan membangunkan kelab-kelab belia yang mati dan tidak bermaya di seluruh negara.

57. PN-1322-L19649

Dato' Boon Som a/l Inong minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyakkah aduan yang diterima berhubung salah laku membabitkan anggota bahagian penguatkuasaan, bilangan kes yang disiasat, bilangan anggota bahagian penguatkuasaan yang ditahan dan dihukum, serta apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi menangani isu salah laku ini. Apakah Kerajaan bercadang mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap anggota bahagian penguatkuasaan yang terbabit dalam kes seperti itu.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

10 AUM DN 23/06/2014

58. PN-1322-L19413 To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit kronik seperti diabetes, hypertension dan kanser khususnya kanser-kanser serviks atau kanser pangkal rahim, kanser payu dara dan kanser ovari yang melibatkan pesakit wanita bagi tempoh 2010 hingga terkini 2014 dan nyatakan langkah bagi mengawal penyakit ini dari terus meningkat.

59. PN-1322-L19878

Datuk Hj Saat bin Hj Abu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) supaya mengambil langkah-langkah drastik melantik dan membimbing syarikat-syarikat Bumiputera dan terus diberi peluang-peluang berkaitan projek-projek syarikat-syarikat bumiputera tidak terlalu bergantung dengan tender syarikat Kerajaan.

60. PN-1322-L19310 Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah subsidi yang dianggarkan hilang dari tahun 2010 hingga tahun 2014 akibat dari penyeludupan minyak diesel dan juga menyatakan bilangan stesen minyak yang terlibat dalam kegiatan ini dan tindakan yang telah diambil terhadap mereka.

61. PN-1322-L19480

Dato' Adam bin Abdul Hamid minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan cadangan mengatasi penyelewengan dan ketirisan subsidi diesel/petrol kepada nelayan melalui LKIM secara terperinci supaya matlamat Kerajaan membantu nelayan dan peningkatan tangkapan ikan dapat dicapai.

62. PN-1322-L19999 Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlaku kerumitan dan kerugian kepada syarikat-syarikat dan agensi-agensi serta pihak yang terbabit dalam urusan menunaikan umrah dan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi masalah ini.

63. PN-1322-L19590 Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan penguatkuasaan yang diambil ke atas premis perniagaan yang masih menjual dua produk coklat cadbury selepas sijil pengesahan halalnya digantung.

64. PN-1322-L19712 Datuk Jamilah Sulaiman minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah tindakan yang efektif bagi mengatasi dan bertindak ke atas kakitangan penguatkuasaan yang sering kali terjebak sama dengan sindiket-sindiket penyeludupan, pemerdagangan manusia, cetak rompak, jenayah, pengubalan wang haram dan lain-lain lagi. Tindak-tanduk kakitangan penguatkuasaan yang diharapkan ibarat sebagai mengharapkan pagar, pagar makan padi ini telah melunturkan keyakinan rakyat terhadap kewibawaan agensi-agensi penguatkuasaan ini.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 11

65. PN-1322-L19541 Dato' Jaspal Singh minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik pelancong dari rakyat Malaysia yang pulang dari Middle East dikesan menghidapi MERS. Apakah langkah-langkah berjaga dan penyediaan yang sedang diambil oleh Kementerian untuk menghadapi dan mengawal MERS sedangkan musim cuti negara timur tengah dan musim haji telah menghampiri.

66. PN-1322-L19740

Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh pihak Kementerian apabila masih wujud lagi pelajar tidak boleh membaca dan menulis hingga umur 17 tahun. Ini jelas apabila kursus PLKN terpaksa memperkenalkan Kelas Khas kepada para peserta kursus.

67. PN-1322-L19637

Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jenis-jenis aduan dibuat oleh orang ramai yang tidak menerima BR1M 2014. Apakah tindakan diambil oleh pihak Kementerian untuk mengatasi masalah-masalah berkaitan dengan BR1M.

68. PN-1322-L19794

Tuan Mohd. Khalid bin Ahmad minta PERDANA MENTERI menyatakan tanda-tanda Malaysia berada di landasan yang betul untuk menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

69. PN-1322-L19767

Datuk Lihan Jok minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan Persekutuan, dalam penyediaan Bajet 2015 akan mengambil kira keperluan peruntukan kewangan yang besar, dan jumlahnya untuk tujuan pembangunan infrastruktur di Sarawak seperti mana yang dipohon oleh Kerajaan negeri dan ahli-ahli Parlimen dari Sarawak.

70. PN-1322-L19619

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan jumlah pelancong asing mengikut negara yang telah mengunjungi ke sekitar pusat pentadbiran Putrajaya sejak tahun lalu.

71. PN-1322-L19938

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta PERDANA MENTERI menyatakan keberkesanan Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) dengan kerjasama Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS) di bawah Program Pemerkasaan Bumiputera.

72. PN-1322-L19623 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) mengapa isu penipuan pakej ibadat umrah semakin kritikal; dan

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

12 AUM DN 23/06/2014

(b) kekeliruan pihak yang sepatutnya bertanggungjawab sama ada Kementerian Pelancongan dari aspek pengeluaran lesen bagi mengendalikan pakej umrah atau di bawah kawalselia Tabung Haji (TH) berdasarkan banyak agen pengendalian urusan ibadah haji turut terlibat dalam urusan ibadah umrah.

73. PN-1322-L20046

Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status terkini Kerajaan menandatangani protokol pilihan Optional Protocol di bawah Konvensyen Mengenai Hak OKU. Kementerian telah memaklumkan sebelum ini bahawa suatu jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi melihat kemungkinan untuk Malaysia menyetujui ataupun accede protokol tersebut.

74. PN-1322-L19966 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah dan persediaan yang diambil bagi membendung gejala dan manipulasi orang tengah serta persediaan dari segi infrastruktur, pegawai pemantau, penguatkuasa yang mencukupi serta modal insan yang dinamik di samping sokongan kewangan dan dasar-dasar bagi menyokong agenda tersebut.

75. PN-1322-L19507 Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah dua ekor Panda gergasi yang dipinjamkan oleh China sudah memperkukuhkan hubungan diplomatik dan adakah Kerajaan bercadang untuk pinjamkan apa-apa haiwan terancam seperti Orang Utan kepada China, atau adakah balasan kewangan sudah mencukupi.

76. PN-1322-L19974 Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang diambil bagi membendung gejala ketagihan air ketum yang semakin membimbangkan terutamanya di kalangan masyarakat luar bandar dan tindakan untuk mengharamkan penanaman pokok ketum.

77. PN-1322-L19580

Datuk Chin Su Phin minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah pengangkutan awam di negara kita mengaplikasikan teknologi hijau di dalam operasi mereka dan apakah langkah Kementerian dalam menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat pengangkutan awam menggunakan teknologi hijau.

78. PN-1322-L19762

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kes kanak-kanak di Malaysia semenjak tiga tahun ini yang masih belum menerima vaksinasi disebabkan terdapat persepsi menyatakan bahawa program vaksinasi tersebut merupakan konspirasi barat melemahkan umat Islam.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 13

79. PN-1322-L19356 Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan :-

(a) kejayaan mengubah persepsi masyarakat bahawa kerjaya

sebagai petani, nelayan dan penternak bukan lagi kerjaya yang miskin dan tertindas tetapi mampu menjana pendapatan lumayan di samping peluang membina empayar perniagaan sendiri; dan

(b) langkah Kementerian mengubah minda belia agar melihat

sektor tersebut sebagai jaminan masa depan yang menguntungkan.

80. PN-1322-L19458

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status perjawatan "Time Based" bagi anggota-anggota polis berpangkat Inspektor, ASP & DSP di mana pihak JPA tidak meluluskan skim "Time Based" sebagaimana yang dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa sambutan Hari Polis tahun 2013.

81. PN-1322-L19343

Puan Hajah Mariany binti Mohammad Yit minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan hasil terkini Operasi Bersepadu membendung ketirisan produk Petroleum Bersubsidi di seluruh negara dan perancangan Kementerian untuk menghapuskan secara total Penyeludupan Produk Petroleum Bersubsidi.

82. PN-1322-L19891

Datuk Dr. Lucas Umbul minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bagaimana Kerajaan ingin mengubah mentaliti dan persepsi anak muda khususnya di luar bandar yang lebih memilih bekerja makan gaji daripada menceburi bidang pertanian sebagai usahawan tani dan apakah antara faktor penghalang yang menjadi punca golongan muda ini tidak tertarik dengan industri pertanian.

83. PN-1322-L19452

Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang dibelanjakan oleh Kementerian dalam projek pembangunan MyKad oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan adakah Kementerian bercadang untuk menukar sistem ini di masa akan datang.

84. PN-1322-L19284

Datin Rahimah binti Haji Mahamad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tentang unjuran KDNK Malaysia tahun ini berbanding tahun 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 dari segi sumbangan pendapatan negara berasaskan cukai tidak langsung dan pendapatan bukan cukai seperti denda, saman dan cukai setem.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

14 AUM DN 23/06/2014

85. PN-1322-L20042 Datuk Raja Ropiaah binti Raja Abdullah minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci pendirian Kerajaan tentang krisis kes pinjaman along yang semakin menular akhir-akhir ini. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk perlindungan yang dapat diberi kepada peminjam-peminjam dan membanteras masalah pinjaman along.

86. PN-1322-L19437

Datuk Chiew Lian Keng minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Kementerian mempunyai langkah yang kukuh untuk mengurangkan hutang negara sehingga seimbang pada tahun 2020.

87. PN-1322-L19394 Datuk Haji Yunus bin Haji Kurus minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah Kementerian dan pihak ESSCOM menangani kes-kes seperti penculikan yang sehingga hari ini masih belum selesai dan tindakan drastik Kerajaan dalam jangka masa pendek.

88. PN-1322-L19355

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan :-

(a) apakah langkah dan tindakan Kementerian untuk membanteras

terhadap peluang yang menjual dan menyeludup minyak diesel secara berleluasa serta bermaharajalela sekarang ini; dan

(b) apakah tindakan terhadap kakitangan KPDNKK yang

bersekongkol serta bersifat duri dalam daging.

89. PN-1322-L19826 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan berhasrat untuk mengemukakan suatu Rang Undang Undang dalam Parlimen untuk mengizinkan Negeri Kelantan melaksanakan Hukum Hudud.

90. PN-1322-L19602

Datuk Chin Su Phin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah program dan langkah-langkah Kementerian dalam menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menderma darah secara tetap sekaligus mencapai sasaran antarabangsa iaitu sebanyak 5%.

91. PN-1322-L19776

Puan Roslin binti Haji Abdul Rahman minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan penyelarasan masa Program Latihan Khidmat Negara yang kerap menimbulkan konflik antara masa kursus PLKN dengan tarikh kemasukan ke Institusi-Institusi Pengajian Tinggi.

92. PN-1322-L19275

Datuk Chiw Tiang Chai minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan strategi menyusun semula Dasar Automotif Negara (DAN) dalam usaha menjadikannya satu dasar yang lebih pragmatik memandangkan industri automotif adalah penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Page 15: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 15

93. PN-1322-L19698 Datuk Jamilah Sulaiman minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah pertimbangan yang diberi oleh Kementerian bagi membenarkan lapangan terbang KLIA 2 beroperasi, walaupun laporan oleh Ikram Premier Consulting mendedahkan wujudnya mendapan pada landasan dan laluan serta tempat meletak pesawat.

94. PN-1322-L19685

Dato' Boon Som a/l Inong minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan berapa banyakkah stok simpanan getah yang dilaporkan berlebihan baru-baru ini akibat penawaran komoditi itu di peringkat antarabangsa lebih tinggi berbanding permintaan negara pengguna. Apakah kesannya terhadap pengeluaran getah negara, serta apakah langkah-langkah Kerajaan untuk menangani masalah itu, terutama membantu pekebun-pekebun kecil yang akan menerima kesan daripada kejatuhan permintaan itu.

95. PN-1322-L19819 Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta PERDANA MENTERI menyatakan apa sebabnya konsep hak asasi manusia, sekularisme serta liberalisme dianggap sebagai ancaman terhadap agama Islam di Malaysia walhal ini tidak ditimbulkan oleh lain-lain Kerajaan di negara Muslim.

96. PN-1322-L19335

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta PERDANA MENTERI menyatakan hasil kajian yang dilakukan oleh Syarikat Prasarana Negara mengenai cadangan menyambungkan rangkaian LRT dari bandar Damansara ke Bandar Kelang dan sekiranya kajian telah tamat, untuk menyatakan keputusan muktamad SPAD.

97. PN-1322-L19470 Dato' Haji Mohd. Salim bin Sharif minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan permohonan e-Kasih serta masalah yang dihadapi oleh pemohon berikutan kelewatan mendapatkan kelulusan serta menyusahkan pemohon.

98. PN-1322-L19702

Tuan Syed Shahir bin Syed Mohamud minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini Kumpulan Wang KWAP yakni berapakah jumlah wang yang terkumpul dan butiran mengenai kemasukan dan pengeluaran wang KWAP tersebut.

99. PN-1322-L20013 Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian bagi mengeratkan perhubungan dan perpaduan kaum. Apakah KPI yang ditetapkan bagi mengukur kejayaan perpaduan kaum.

100. PN-1322-L19625 Dato' Lim Nget Yoon minta MENTERI KESIHATAN menyatakan laporan dalam surat khabar mengatakan bahawa penyakit TIBI sedang meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Apakah puncanya dan bagaimanakah pihak Kementerian bercadang menangani masalah ini.

Page 16: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

16 AUM DN 23/06/2014

101. PN-1322-L19704 Dato' Mohd Suhaimi bin Abdullah minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan telah mengadakan kajian berhubung dengan kebaikan dan keburukan penggunaan cermin gelap dan apakah keputusan Kerajaan berhubung dengan permohonan rakyat agar mereka dibenarkan menggunakan cermin gelap berlandaskan faktor kesihatan dan keselamatan.

102. PN-1322-L19412

To' Puan Hajah Zaitun binti Haji Mat Amin minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah Program Transformasi Negara (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dapat diteruskan bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang dan menjamin kesejahteraan rakyat.

103. PN-1322-L19323

Tuan Chandra Mohan a/l S. Thambirajah minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan majlis-majlis tempatan yang telah memasang perangkap gris (grease traps) di pusat-pusat penjaja dan menyatakan sama ada Kementerian bercadang untuk mewajibkan semua pusat-pusat penjaja dan restoren-restoren termasuk yang beroperasi di bangunan kedai untuk memasang perangkap gris.

104. PN-1322-L19578

Puan Hajah Khairiah binti Mohamed minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mengikut negeri dan menyatakan laporan perbelanjaan ganjaran yang diterima oleh SBT sebanyak RM700 ribu bagi tahun pertama dan RM500 ribu dan RM300 ribu bagi tahun berikutnya dan adakah perbelanjaan ini diaudit.

105. PN-1322-L19847

Datuk Seri Nalla K. S. minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan laporan mengenai isu perlawanan persahabatan Pasukan Harimau Muda 'A' di Australia pada 2013. Adakah FAM mempunyai kepentingan dengan Syarikat Borneo Sports and Adventure Holidays sebagai syarikat yang menganjurkan siri tersebut.

106. PN-1322-L19753

Datuk Subramaniam a/l Veruthasalam minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa tiada tindakan diambil kepada pelbagai pihak, baik pembangkang mahupun Kerajaan, yang bertindak mengapi-apikan sensitiviti perkauman di antara golongan pelbagai kaum di negara ini.

107. PN-1322-L19676

Datuk Seri Syed Ibrahim bin Kader minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menggantikan sistem permohonan ke universiti awam tempatan melalui UPU memandangkan Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia memperkenalkan sistem pengambilan mereka sendiri.

Page 17: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 17

108. PN-1322-L20005 Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan sejauh manakah kebergantungan negara kepada pembantu rumah warga asing dan apakah usaha yang diambil bagi menangani isu ini khususnya dalam penetapan gaji dan lain-lain kemudahan.

109. PN-1322-L19901

Tuan Chong Sin Woon minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah program susulan selepas lawatan ke China sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China.

110. PN-1322-L20025

Datuk Yahaya bin Mat Ghani minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sehingga tahun 2014 berapa pemaju yang tidak mengikut keputusan dan arahan Tribunal Perumahan dan masih belum didakwa ke Mahkamah.

111. PN-1322-L19850

Puan S. Bagiam a/p Ayem Perumal minta MENTERI KESIHATAN menyatakan Kerajaan telah menyediakan kemudahan mesin haemodialysis di seluruh Negara. Adakah kelengkapan mesin-mesin dan ubat-ubatan dapat memenuhi keperluan pesakit buah pinggang. Adakah Kementerian merancang untuk membaik pulih dan melebarkan perkhidmatan ini secara usahasama dengan pihak swasta bagi memenuhi keperluan rakyat.

112. PN-1322-L19980

Puan Shahanim binti Mohamad Yusoff minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan berhubung isu yang melibatkan peminjam dengan Perbadanan Tabung Tinggi Nasional (PTPTN) dan apakah terdapat sebarang cadangan untuk mengadakan perbincangan 'Meja Bulat' dengan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) dan Majlis Perwakilan Pelajar bagi menangani masalah ini.

113. PN-1322-L19792

Datuk Hajah Noriah binti Mahat minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status pembangunan Wilayah Iskandar sekarang dan apakah kekangan yang dihadapi dalam projek pembangunan tersebut.

114. PN-1322-L19993 Dato' Dr. Johari bin Mat minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian menangani isu kualiti sahsiah pelajar pada pelbagai peringkat pendidikan yang semakin berleluasa dan masalah keselamatan pelajar dengan peningkatan kes-kes jenayah yang berlaku ke atas pelajar.

115. PN-1322-L19611

Dato' Khairudin bin E.S. Abd Samad minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan langkah-langkah untuk membendung aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi yang semakin serius dan berleluasa sehingga menyebabkan negara kehilangan beratus juta ringgit saban tahun dan 3.5 bilion liter diesel bersubsidi disalah gunakan.

Page 18: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

18 AUM DN 23/06/2014

116. PN-1322-L19443 Datuk Chiew Lian Keng minta PERDANA MENTERI menyatakan status perkembangan Dialog Antara Agama dan apakah kata sepakat yang dicapai untuk memupuk semangat muhibah di negara kita.

117. PN-1322-L19368

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) apakah usaha-usaha penambahbaikan kepada pencarum-

pencarum PERKESO. Apakah tindakan-tindakan yang diambil terhadap majikan yang tidak mencarum pekerja mereka dengan PERKESO. Berapakah bilangannya; dan

(b) apakah usaha terbaru bagi memastikan semua majikan

mematuhi peraturan caruman. 118. PN-1322-L19944

Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk mengawal selia pengendalian pakej umrah dalam menangani isu penipuan dalam pengendalian pakej umrah yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.

119. PN-1322-L19871

Tuan Baharudin bin Abu Bakar minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan status terkini "Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN)" yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini di Kuantan Pahang serta perlaksanaan dasar tersebut di peringkat akar umbi bagi meningkatkan taraf bola sepak negara di masa akan datang.

Page 19: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 19

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.

(D.R. 6/2014)

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014 [ Menteri Kewangan ]

Bacaan

Kali Yang Kedua

2. (D.R. 3/2014) Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014 [ Menteri Pendidikan ]

3.

(D.R. 24/2013)

Rang Undang-undang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan ( Pindaan ) 2013 [ Menteri Kewangan ]

4. (D.R. 4/2014)

Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2014 [ Menteri Pendidikan ]

5. (D.R. 5/2014) Rang Undang-undang Penggalakan Pelaburan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri]

6. (D.R. 7/2014) Rang Undang-undang Kawalan Harga dan “ Antipencatutan (Pindaan) 2014 [Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan]

Page 20: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

20 AUM DN 23/06/2014

7. PN-1322-U19389 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Merakamkan dan menjunjung setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Ke bawah DYMM SPB YDPA Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah, Ke bawah DYMM SPB YDPA Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Bekas Perdana Menteri Malaysia ,Tun Abdullah bin Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak kerana Duli-Duli Tuanku memberi perkenan melantik patik sebagai Senator pada 2008 pada penggal pertama dan 18.7.2011, 17.7.2014 bagi penggal kedua. Penghargaan ucapan terima kasih juga kepada Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah bin Ahmad Badawi bagi penggal pertama dan disambung oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak bagi penggal kedua. Yang Di Pertua Dewan Negara Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh, Tan Sri Wong Foon Meng dan Tan Sri Abu Zahar bin Ujang dan Timbalannya. Semua para Senator yang dulu dan sekarang dan semua kakitangan Dewan Negara serta Pihak Media yang terlibat dan orang perseorangan yang lain. Saya sangat terhutang budi dan menghargainya dengan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih. 3 rangkap pantun untuk semua;

Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik Bercabang Tiga

Hancur Badan Dikandung Tanah Budi yang baik dikenang juga

Pisang emas dibawa belayar

Masak sebiji di atas peti Hutang emas boleh dibayar Hutang Budi dibawa mati

Kalau ada Sumur di ladang

Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang

Boleh kita berjumpa lagi Salah dan silap saya mohon maaf yang baik dari Allah SWT apa yang buruk datang dari saya. Selamat tinggal dan jumpa lagi."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

8. PN-1322-U19390

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya membanteras segala bentuk penyelewengan subsidi diberikan kepada rakyat oleh Kerajaan. Penguatkuasaan hendaklah diperketatkan dan dibesarkan serta bersifat berterusan. Hukuman yang setimpal dan keras hendaklah dikenakan kepada mereka yang terlibat." [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

Page 21: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 21

9. PN-1322-U19391 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Merakamkan tahniah dan syabas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana mampu menjadikan Malaysia sebuah negara berdaya saing dan menduduki tempat ke 12 mengikut Laporan Tahunan Daya Saing Dunia (WCY) (2014) penambahbaikan dengan kedudukan ke 15 pada tahun lalu. Pencapaian itu meletakkan Malaysia dalam kalangan 15 negara paling berdaya saing. Antara negara lain ialah Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Sweden, Jerman, Kanada, Denmark, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Norway, Luxembourg, Taiwan, Belanda, Ireland dan Malaysia serta lain-lain negara seperti United Kingdom, Australia, Finland, New Zealand, Jepun, Korea di peringkat Asean Daya Saing Malaysia mendahului tempat ke-2. Sementara itu Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menduduki dalam kalangan 29 negara teratas dengan keluaran KDNKnya sebanyak 6.2% . Tahniah dan syabas Malaysia." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

10. PN-1322-U19392

Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Merakamkan tahniah dan syabas kepada YAB Dato Seri Razif Abdul Rahman yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru pada 13.5.2014."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

11. PN-1322-U19393 Dato' Haji Abdul Rahman bin Bakar akan mencadangkan:- "Mengingatkan bahawa gaji ahli-ahli Dewan Negara Malaysia adalah antara yang terendah dalam dunia maka saya menyarankan agar elaun/gaji mereka dinaikkan sesuai dengan peredaran masa dan keperluan keadaan serta sesuai dengan elaun/gaji para senator di negara-negara membangun. Saya mengesyorkan supaya Peruntukan Am Senator daripada RM200,000 sepenggal kepada RM200,000 setahun." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 22: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

22 AUM DN 23/06/2014

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN NEGARA)

TAHUN

2014 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD. 23 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2

23 Jun 2014

CMD.24 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 Pengurusan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari

23 Jun 2014

CMD. 25 Maklum Balas Ke Atas Laporan Ketua Audit Negara Siri 2 Tahun 2013 Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Serta Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan Dan Pengurusan Syarikat Subsidiari.

23 Jun 2014

CMD. 26 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kedah Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 27 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 28 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Kelantan Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 29 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 30 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sembilan Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 31 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Siri 2.

23 Jun 2014

Page 23: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

AUM DN 23/06/2014 23

TAHUN

2014 RISALAT/DOKUMEN TARIKH

DIBENTANGKAN

CMD. 32 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perak Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 33 CMD. 34

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Perlis Siri 2. Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Siri 2.

23 Jun 2014 23 Jun 2014

CMD. 35 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Kementerian/Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sabah Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 36 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Kementerian/Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Sarawak Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 37

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Siri 2.

23 Jun 2014

CMD. 38 Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Aktiviti Jabatan / Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Terengganu Siri 2.

23 Jun 2014

CMD.22 Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama 2014

23 Jun 2014

CMD.22A Memorandum Perbendaharaan Mengenai Anggaran Perbelanjaan Mengurus Tambahan Pertama Tahun 2014 Bagi Kerajaan Malaysia

23 Jun 2014

Page 24: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN · PDF filejenayah malahan pemakaian cermin gelap mampu mengurangkan kes ... bahawa 3,492 pemandu bas tiada lesen memandu ... di sektor mahkamah

24 AUM DN 23/06/2014

UCAPAN PENANGGUHAN

Tarikh Ucapan Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri yang Bertanggungjawab

1.

23.6.2014 (Isnin)

1. YB. Sen. Dr. Syed Husin Ali

1. Masalah Sisa Nuklear Malaysia

1. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi