malaysia dewan negara aturan urusan … dn _11 disember 2008… · bilakah nisbah peratusan ......

14
MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my , HARI KHAMIS, 11 DISEMBER 2008, JAM 10.00 Bil. 19 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PN-1213-L6273 Datuk Soon Tian Szu minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kerangka strategi Kerajaan untuk memperhebatkan pembangunan lebih banyak jenama tempatan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan Malaysia di peringkat antarabangsa, yang berteraskan 'jenama unggul' daripada Malaysia, yang sekali gus akan lebih memberi kesan positif apabila persaingan perniagaan menjadi lebih sengit melewati perbatasan sempadan. 2. PN-1213-L6250 Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah pelajar Malaysia telah mengukir nama di peringkat dunia dan sekiranya ada, senaraikan pelajar tersebut mengikut kejayaan yang diperoleh. 3. PN-1213-L6515 Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pemotongan mandatori caruman pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 11% diturunkan sebanyak 3% menjadi 8% akan dapat menambahkan pendapatan boleh guna pekerja dan perkara ini membuatkan seseorang individu itu bersikap boros dan apakah impak terhadap masa hadapan seseorang individu jika mereka tidak lagi bekerja dan hanya bergantung pada wang KWSP pada hari tua nanti.

Upload: lycong

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my ,

HARI KHAMIS, 11 DISEMBER 2008, JAM 10.00 Bil. 19

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PN-1213-L6273 Datuk Soon Tian Szu minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah kerangka strategi Kerajaan untuk memperhebatkan pembangunan lebih banyak jenama tempatan bagi memperkenalkan produk dan perkhidmatan Malaysia di peringkat antarabangsa, yang berteraskan 'jenama unggul' daripada Malaysia, yang sekali gus akan lebih memberi kesan positif apabila persaingan perniagaan menjadi lebih sengit melewati perbatasan sempadan.

2. PN-1213-L6250

Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah pelajar Malaysia telah mengukir nama di peringkat dunia dan sekiranya ada, senaraikan pelajar tersebut mengikut kejayaan yang diperoleh.

3. PN-1213-L6515

Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai pemotongan mandatori caruman pekerja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 11% diturunkan sebanyak 3% menjadi 8% akan dapat menambahkan pendapatan boleh guna pekerja dan perkara ini membuatkan seseorang individu itu bersikap boros dan apakah impak terhadap masa hadapan seseorang individu jika mereka tidak lagi bekerja dan hanya bergantung pada wang KWSP pada hari tua nanti.

Page 2: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 2

4. PN-1213-L6581 Dato' Wong Siong Hwee minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik Rumah Orang Tua dan penghuninya sehingga November 2008. Adakah bilangannya mencukupi untuk menampung tuntutan semasa dan cabaran proses penuaan populasi negara masa depan.

5. PN-1213-L6478

Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dirancang oleh Kementerian untuk menarik perhatian minat persatuan-persatuan belia-beliawanis supaya menyertai program-program Kementerian setakat ini:- (a) berapakah jumlah persatuan belia India telah berdaftar di

bawah Kementerian dan berapakah jumlah bantuan kewangan yang telah disalurkan kepada persatuan mereka di tahun 2008; dan

(b) adakah Kementerian bercadang untuk menubuhkan kaunselor (caunselor) di setiap daerah supaya menarik perhatian warga muda menyertai program Kementerian.

6. PN-1213-L5962

Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan :- (a) apakah kaedah menghalang salah guna maklumat peribadi

di dalam Internet dari dijual atau digunakan oleh pemasar barangan langsung atau pengiklan; dan

(b) apakah mencukupi perlindungan peribadi melalui undang-undang atau “privacy law” dalam menangani dunia siber hari ini.

7. PN-1213-L6437

Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan apakah tujuan bagi memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi program tanam semula kelapa sawit secara kelompok. Adakah program ini telah dilancarkan dengan jayanya.

8. PN-1213-L6595

Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan :-

(a) status penempatan semula penduduk di kawasan-kawasan

setinggan sekitar Kuala Lumpur; dan

Page 3: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 3

(b) sejauh manakah usaha pihak Kementerian dalam

memastikan rumah pangsa kos rendah yang dibina di Kuala Lumpur mempunyai prasarana yang lengkap serta mengambil kira isu sensitiviti budaya dan agama masyarakat yang berbilang bangsa.

9. PN-1213-L6420

Puan Heng Seai Kie minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kes jenayah yang melibatkan pelumba motosikal haram (mat rempit) sehingga November 2008. Apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani gejala ini.

10. PN-1213-L6279

Datuk Chandrasekar Suppiah minta PERDANA MENTERI menyatakan dasar pengambilan kakitangan Kerajaan yang kini diguna pakai dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Bilakah nisbah peratusan kependudukan Malaysia mengikut kaum sebenar akan digunakan dalam pengambilan kakitangan perkhidmatan awam demi memperkasa sistem penyampai dan kecekapan Kerajaan.

11. PN-1213-L6687

Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah kedudukan Program Rakan Muda mengalami 'dimensi' baru akibat dari pelbagai kelemahan yang dihadapi. Apakah kelemahan dan kejayaan Program Rakan Muda sehingga kini.

12. PN-1213-L6386

Dato' Hajah Samsiah binti Samsudin minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) setelah 40 tahun JAKIM ditubuhkan apakah perkembangan

dan perbezaan yang ketara terhadap umat Islam; dan

(b) apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh JAKIM bagi membendung amalan-amalan menyeleweng dalam Islam dan apakah pula halangan-halangannya.

13. PN-1213-L6621

Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa pinjaman perumahan menerusi sistem perbankan Islam "Bai Bithaman Ajil" yang dikendalikan oleh Bank Islam dilihat lebih membebankan si peminjam dari sudut pembayaran balik berbanding dengan sistem konvensional.

Page 4: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 4

14. PN-1213-L6817 Dato' Haji Kamarudin bin Haji Ambok minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sehingga kini, apakah status projek pertanian dan agropolitan yang telah dilaksanakan di seluruh negara dan bagaimanakah strategi Kerajaan bagi meningkatkan minat rakyat untuk menyertai program ini.

15. PN-1213-L6357

Datuk Wira Syed Ali bin Tan Sri Syed Abbas Alhabshee minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci nama-nama syarikat yang telah dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana terlibat dalam kegiatan skim cepat kaya melalui Internet dan pengambilan deposit haram dalam tempoh dua tahun sehingga kini.

16. PN-1213-L6184

Puan GK Loga Chitra minta PERDANA MENTERI menyatakan bilangan dan jenis aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam dan kadar penyelesaiannya sehingga Jun 2008.

17. PN-1213-L6643

Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan sehingga kini berapa ramai atlet negara yang telah berjaya ke peringkat antarabangsa hasil dari pelaksanaan sekolah sukan di negara ini.

18. PN-1213-L6425

Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan kenapakah racun Paraguat yang diharamkan penggunaannya masih banyak terdapat di pasaran dan apakah tindakan Kementerian di atas perkara ini.

19. PN-1213-L5895

Datuk Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah Kementerian berjaya membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan pekerja di Malaysia. Apakah status pelaksanaan peraturan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor awam sehingga kini.

20. PN-1213-L5953 Tuan Haji Ahamat@Ahamad bin Yusop minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) dan Malaysian Venture Capital (Mavcap) serta agensi yang serupa dalam membantu syarikat-syarikat yang terbabit dalam pertanian.

Page 5: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 5

21. PN-1213-L6304 Tuan Lee Chee Keong minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kelebihan kaedah baru yang bakal menggantikan sistem rebat tunai untuk pemilik-pemilik kereta di bawah 2000cc. Setakat ini berapakah jumlah subsidi tunai telah diperuntukkan kepada pemilik-pemilik kenderaan itu.

22. PN-1213-L6516

Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan dalam usaha Kerajaan untuk meletakkan pengajian tinggi negara ke tahap yang jauh lebih tinggi, apakah bentuk-bentuk keistimewaan yang akan dinikmati oleh USM dengan status Apex, sama ada dari segi autonomi pengurusan, pengambilan pelajar atau staf, kenaikan pangkat, kebebasan berfikir, berhujah dan hal-hal lain, malahan ada dakwaan yang menyatakan staf-staf USM akan mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding dengan universiti-universiti yang lain.

23. PN-1213-L6202

Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Indeks Penanda Aras (KPI) , sasaran dan pencapaian Bajet 2008 dan 2009.

24. PN-1213-L6134 Dato' Haji Abdul Rashid bin Ngah minta PERDANA MENTERI menyatakan dengan jelas kemajuan dan hala tuju ECER untuk membangun ekonomi negeri-negeri di Pantai Timur selepas ianya dilancarkan beberapa waktu dulu.

25. PN-1213-L6482

Tuan Pau Chiong Ung minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-

(a) apakah sebabnya apabila butir-butir transaksi cek-cek telah wujud dalam e-statement tetapi wang tersebut masih belum dapat digunakan; dan

(b) bilakah Kerajaan akan melaksanakan cadangan transaksi

cek bank dijalankan dalam tempoh satu (1) hari di seluruh negara.

26. PN-1213-L6225

Puan Siw Chun a/p Eam minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan dan kejayaan program integrasi kaum yang dilaksanakan oleh Kerajaan setakat ini dan nyatakan halangan-halangan sekiranya ada dan bagaimana cara mengatasinya.

27. PN-1213-L6113 Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah negara-negara lain berhutang dengan Malaysia dan apakah jumlah dan tujuannya.

Page 6: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 6

28. PN-1213-L6203 Datuk Akbar bin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan keluasan tanah dan bilangan aset lain yang dimiliki mengikut kaum dan jenis kegunaannya sebelum Koridor Pembangunan Iskandar Malaysia yang diisytiharkan dan diwujudkan berbanding masa ini dari sudut pertanian, industri, kilang, hotel dan perumahan dan nilai yang telah diluluskan mengikut negeri.

29. PN-1213-L6023 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kenapakah mesyuarat Jemaah Pengarah LADA yang dijadualkan pada 20 September 2008 tidak dijalankan dan bilakah LADA akan dibubarkan.

30. PN-1213-L6462 Dato' Ir. Hiang A Li minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan mempunyai strategi menyeluruh untuk memantau dan memastikan semua Orang Kurang Upaya (OKU) dalam negara kita dapat dikesan, didaftarkan dan diberi kemudahan yang sewajarnya.

31. PN-1213-L6199 Datuk Akbar bin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tindakan yang telah diambil oleh Naib Canselor UKM terhadap pensyarah yang dilaporkan telah mengutuk kontrak sosial dalam satu forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.

32. PN-1213-L5900 Datuk Abdul Rahman bin Bakar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan peranan MATRADE di luar negara terutamanya untuk menarik pelabur dan memasarkan barangan Malaysia terutamanya ketika kegawatan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan sehingga kini berapa buah aset MATRADE di luar negara.

33. PN-1213-L6348 Tan Sri Datuk (Dr.) Jins bin Shamsudin minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tidakkah Kementerian bercadang untuk melanjutkan Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke peringkat Pengajian Tinggi.

34. PN-1213-L6003 Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan penduduk yang masih tidak mempunyai sijil kelahiran yang sah dan apakah usaha-usaha yang telah diambil bagi memastikan anak-anak warga Malaysia didaftarkan segera terutama penduduk Orang Asli di kawasan pedalaman.

Page 7: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 7

35. PN-1213-L6776 Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah Menteri boleh menaikkan peruntukan elaun OKU yang telah diluluskan oleh YAB Perdana Menteri beberapa bulan yang lalu sebanyak RM150 kepada RM300 sebulan memandangkan jumlah tersebut tidak mencukupi bagi menyara kehidupan mereka.

36. PN-1213-L6514 Dato' Wan Nordin bin Che Murat minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah rancangan alternatif untuk jangka masa panjang daripada keputusan baru-baru ini yang menangguhkan pembelian helikopter (Eurocopter) untuk menggantikan helikopter Nuri yang sekarang ini diguna pakai oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia.

37. PN-1213-L6747 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan walaupun pihak Kementerian berusaha untuk memberi peluang kepada usahawan Bumiputera untuk berniaga di bandar-bandar besar tetapi apakah kerangka strategi Kerajaan untuk mengatasi masalah kurangnya kewujudan usahawan Bumiputera di tempat-tempat yang dikaitkan dengan perniagaan lima bintang ataupun tempat tumpuan pelancong misalnya di kawasan Bukit Bintang.

38. PN-1213-L6456 Puan Heng Seai Kie minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menyemak semula Perjanjian Program Latihan Khidmat Negara dengan pemilik kem supaya sistem bayarannya adalah berasaskan jumlah pelatih sebenar yang telah melaporkan diri dan bukan jumlah pelatih yang dipanggil.

39. PN-1213-L6150 Dato' Sri Empiang Jabu minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan dan langkah-langkah yang akan diambil bagi memastikan bahawa rangsangan ekonomi sejumlah RM7 bilion akan digunakan tanpa sebarang pembaziran bagi tujuan membantu rakyat.

40. PN-1213-L6093 Datuk Chew Vun Ming minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menurunkan harga barangan keperluan serta barangan industri pembinaan dan lain-lain untuk mencerminkan penurunan harga bahan api di negara ini.

Page 8: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 8

41. PN-1213-L6673 Datuk Sim Kheng Hui minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan :- (a) kedudukan 2 jenis skim latihan akademik untuk staf

akademik iaitu Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI) dan Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAP) yang ditawarkan oleh Kementerian dari tahun 2006 hingga 2009; dan

(b) berapa ramai staf akademik yang memohon untuk mengikuti

kedua-dua skim tersebut mengikut pecahan negeri, kuota mengikut skim dan negara untuk melanjutkan pengajian.

42. PN-1213-L6297

Tuan Lee Chee Keong minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sebab berlakunya penangguhan dalam menentukan bahasa pengantar dalam pengajaran-pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di sekolah-sekolah rendah. Apakah pendirian Kementerian sekarang.

43. PN-1213-L6677 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk memberi kursus dan latihan pra-perkahwinan kepada pasangan-pasangan muda agar mereka menjadi ibu bapa yang lebih berkemampuan untuk mengasuh dan mendidik putera-puteri negara akan datang.

44. PN-1213-L6173 Tuan Krishnan a/l Tan Sri Dato N.S Maniam minta MENTERI PELAJARAN menyatakan jumlah kekosongan guru yang masih wujud mengikut jenis aliran sekolah dan sejauh manakah rancangan penstrukturan semula sekolah bantuan modal kepada bantuan penuh oleh Kementerian.

45. PN-1213-L5921 Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan permohonan untuk mendapat kewarganegaraan daripada isteri-isteri warganegara sehingga 31 Oktober 2008.

46. PN-1213-L6045 Tan Sri Datuk Tee Hock Seng minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah penempatan kanak-kanak di SJK(C) terutama kawasan bandar akibat kekurangan tanah untuk membina sekolah baru.

Page 9: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 9

47. PN-1213-L6783 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa masih tidak ditubuhkan suruhanjaya bebas untuk menyiasat pembelian peralatan ketenteraan oleh Kementerian Pertahanan, khususnya berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM4.5 bilion dan Sukhoi bernilai RM3.2 bilion.

48. PN-1213-L6530 Dato' Haji Idris bin Haji Buang minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah jumlah anggota PDRM di Malaysia. Apakah program-program untuk menarik minat golongan profesional untuk menyertainya dan apakah langkah untuk memperkasakan PDRM agar ia lebih cekap, bersih dan amanah.

49. PN-1213-L6697 Datuk Armani binti Haji Mahiruddin minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan pengawasan TLDM ke atas perairan Sabah untuk tidak terus dibolosi pendatang asing dari Filipina dan Indonesia.

50. PN-1213-L5973 Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk menyediakan garis panduan bagi industri sarang burung yang lokasinya di dalam kawasan Kerajaan Tempatan.

51. PN-1213-L6594 Puan Usha Nandhini a/p S. Jayaram minta MENTERI PELAJARAN menyatakan bilangan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Tamil di sekolah menengah dan apakah usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh pihak Kementerian untuk memastikan sekolah menengah mempunyai tenaga guru yang mencukupi dalam aspek ini.

52. PN-1213-L6560 Dato' Musa bin Haji Sheikh Fadzir minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah pihak Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dipertanggungjawabkan dalam memajukan Pulau Pinang memastikan projek pembangunan yang dilakukan memberi manfaat kepada anak-anak tempatan terutamanya dalam usaha Kerajaan membantu usahawan-usahawan Bumiputera kecil dengan lebih berkesan lagi.

53. PN-1213-L6321 Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengapa pencarum yang mahu mengekalkan caruman 11 peratus tabungan mereka perlu mengisi borang dan bukan sebaliknya.

Page 10: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 10

54. PN-1213-L6470 Tuan Rawisandran a/l Narayanan minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah kes aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam selepas Pilihan Raya Umum 2008. Berapakah jumlah kes yang telah diselesaikan oleh Kerajaan setakat ini.

55. PN-1213-L6636 Dato' Haji Ahmad Rusli bin Haji Iberahim minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan keseragaman yang dilaksanakan di setiap negeri dalam usaha menarik pelancong ke negara ini.

56. PN-1213-L6565 Dato' Omar bin Faudzar minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah Kerajaan memberikan insentif kepada pengusaha-pengusaha perikanan laut dalam tempatan dan sekiranya ada, apakah jenis insentif-insentif yang ada.

57. PN-1213-L6125 Datuk Haji Roslan bin Awang Chik minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dasar yang diguna pakai untuk menukar nama-nama jalan di seluruh negara.

58. PN-1213-L6060 Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan nama syarikat yang membekalkan sewaan kereta waja yang digunakan sebagai kereta peronda dan pemberi servis yang berdaftar serta kos pemeliharaan keseluruhan kereta peronda ini setiap bulan di seluruh negara.

59. PN-1213-L6083 Dato' Yip Kum Fook minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan dan pengawasan yang diambil untuk memastikan institusi-institusi kewangan tidak melengah-lengahkan proses kelulusan pinjaman perumahan kepada pembeli yang berpendapatan sederhana.

60. PN-1213-L5980 Tuan Ahmad bin Hussin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah makanan yang kita makan selamat di Malaysia, nyatakan bilangan kes keracunan makanan sejak 5 tahun yang lalu dan apakah langkah-langkah pencegahan yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah tersebut.

61. PN-1213-L6271 Dato' Azian bin Osman minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah ko-kurikulum institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) mengikut keperluan semasa dalam usaha melahirkan lebih ramai graduan yang mampu bekerja berteraskan ilmu pengetahuan atau k-worker.

Page 11: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 11

62. PN-1213-L6330 Datuk Hajah Azizah binti Abd. Samad minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah setinggan bandar mengikut negeri dan berapakah jumlah Program Perumahan Rakyat (PPR) yang telah dibina, yang telah diagihkan dan dalam perancangan bagi mengatasi setinggan bandar mengikut negeri.

63. PN-1213-L6169 Dato' Daljit Singh Dalliwal minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kementerian menjalankan ujian untuk memastikan semua barangan pengguna dan makanan dari China adalah selamat digunakan memandangkan ada laporan mengenai barangan keluaran China tidak selamat untuk pengguna dan ianya masih dijual di kedai-kedai di kawasan penduduk yang berpendapatan rendah.

64. PN-1213-L5922 Dato' Gooi Hoe Hin minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sehingga kini apakah langkah dan tindakan tegas telah, akan dan sedang diambil terhadap Syarikat Bright Rims Sdn. Bhd. yang berulang-ulang kali serta masih tidak mematuhi undang-undang Alam Sekitar.

65. PN-1213-L6788 Prof. Datuk Dr. Ismail bin Md. Salleh minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membiayai “fiscal deficits” pada tahun ini dan tahun hadapan yang dijangka akan meningkat sekurang-kurangnya 4.8 peratus.

66. PN-1213-L6714 Tuan Khoo Soo Seang minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan-tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan untuk memastikan keadaan ekonomi gawat yang telah melanda seluruh dunia tidak menyebabkan kadar pengangguran di negara kita meningkat tinggi.

67. PN-1213-L6017 Tuan Haji Muhamad Yusof bin Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan kedudukan mengenai cadangan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang adakah pembinaannya akan diteruskan. Jika ya, pohon nyatakan; kos asal semasa rancangan pembinaan, nama syarikat yang mendapat tender, jenis tender yang diberikan dan anggaran kos pembinaan terkini.

68. PN-1213-L6109 Datuk Maijol bin Mahap minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kenapakah Kerajaan membiarkan tambang kapal terbang domestik di Malaysia terus naik sedangkan ia membebankan rakyat dan mengurangkan interaksi dan pelancongan dalam negara kita.

Page 12: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 12

69. PN-1213-L6074 Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PENERANGAN menyatakan tindakan proaktif dan reaksi peringkat Kementerian dan agensi berkaitan setelah kebebasan media di negara kita turun lagi di peringkat antarabangsa bagi menjamin ketelusan informasi di zaman langit terbuka dan mendidik warga Malaysia menjadi rakyat minda kelas pertama.

70. PN-1213-L6757 Datin Paduka Datuk Nor Hayati Binti Tan Sri Dato' Seri Onn minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan dasar dan program-program yang telah dilaksanakan untuk menangani masalah kemiskinan di bandar terutamanya dengan kenaikan harga barang dan kelembapan ekonomi masa sekarang.

71. PN-1213-L6059 Tuan Osman bin Bungsu minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan keberkesanan pemasangan "Solar Hybrid" 24 jam di perkampungan Orang Asli. Apakah langkah drastik bagi meningkatkan bilangan pengguna di kawasan pedalaman bagi meningkatkan kemudahan asas sesuai ke arah Malaysia negara maju tahun 2020.

72. PN-1213-L6678 Datuk Haji Rizuan bin Abd Hamid minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah alasan sebenar DBKL menukar nama Jalan Alor ke Jalan Kejora. Berapa banyak pusat hiburan yang dilesenkan di jalan ini.

73. PN-1213-L6626 Dato' Hajah Saripah Aminah binti Haji Syed Mohamed minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan apakah langkah-langkah pencegahan yang akan diambil oleh pihak Kementerian dalam menangani pelbagai bentuk salah laku membabitkan teksi.

74. PN-1213-L6567 Tuan Haji Shamsudin bin Mehat minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan bagaimanakah di bawah Dasar Automobil Nasional, pihak Kerajaan akan menjamin perniagaan vendor Bumiputera ini untuk terus kekal supaya dalam jangka panjang usaha proton dalam transformasi usahawan Bumiputera daripada pemilik syarikat pinggiran sehingga entiti korporat yang disegani akan terus terpelihara.

Page 13: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 13

75. PN-1213-L6276 Datuk Soon Tian Szu minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah perancangan pihak Kementerian dalam memposisi lapangan-lapangan terbang kita terutamanya lapangan terbang kecil, dalam memanfaatkan sepenuhnya kelebihan konsep angkasa terbuka untuk terus memajukan sektor pelancongan negara.

76. PN-1213-L6433 Puan Hajah Wan Hazani binti Wan Mohd Nor minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Kementerian tidak memberikan kemudahan kenderaan yang sesuai kepada petugas-petugas pengembang agama Islam di pedalaman kawasan Orang Asli.

77. PN-1213-L5998 Puan Hajah Wan Ramlah binti Wan Ahmad minta MENTERI PELAJARAN menyatakan kenapakah Jabatan Perkhidmatan Awam tidak memberi kenaikan gred seperti daripada DG41 kepada DG44 dan DG44 kepada DG48 kepada guru dalam tempoh 3 tahun, tidak seperti pegawai dalam perkhidmatan lain.

78. PN-1213-L6755 Ir. Haji Zamri bin Haji Yusuf minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah peruntukan untuk projek pertanian di negeri Kedah bagi 2008 dan 2009, serta bantuan khusus bagi program peningkatan produktiviti padi untuk 2008 dan 2009.

Page 14: MALAYSIA DEWAN NEGARA ATURAN URUSAN … DN _11 DISEMBER 2008… · Bilakah nisbah peratusan ... Latihan Vokasional dari peringkat Menengah ke ... dalam pengajaran-pembelajaran mata

AUM DN 11/12/2008 14

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 16/2008) Rang Undang-undang Perbekalan 2009 – Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [10 Disember 2008] (Menteri Kewangan)

2. PN-1213-U6374 Tan Sri Datuk (Dr.) Jins bin Shamsudin akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini, menyedari mengenai kaedah bagi menyatakan kesetiaan kita kepada raja dan negara iaitu berdasarkan kepada prinsip rukun negara, perkara kedua, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, maka saya dengan ini ingin mengusulkan supaya setiap kali dewan bersidang sahaja selesai doa dibacakan, lagu Negaraku dimainkan dan dinyanyikan bersama-sama kerana sesuai dengan slogan Kepimpinan Melalui Teladan. "

(Perdana Menteri)