mala kerja kursus ekooo.docx

Upload: nur-aniza-hussine

Post on 29-Feb-2016

1.264 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

1.0 ABSTRAKKadar inflasi di Malaysia pada hari ini adalah membimbangkan apabila berlaku peningkatan ketara bermula tahun 2010 sehingga ke hari ini. Purata pergerakan kadar inflasi di Malaysia adalah sebanyak 3% hingga 4% setahun kecuali pada tahun 2008, di mana peningkatan kepada 5%. Menurut pandangan sesetengah penganalisis ekonomi, masalah inflasi sentiasa melanda Malaysia disebabkan krisis kewangan yang berlaku dalam sistem monetari dunia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dan mengkaji kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tembakau serta kadar inflasi terhadap kumpulan kesihatan. Kajian ini telah menggunakan data sekunder untuk memperoleh maklumat. Kajian ini menggunakan sumber daripada internet dan buku. Kaedah ini sangat penting kerana melalui kaedah ini penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan, dan penganalisian data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Dalam kajian ini mendapati arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012 menunjukkan penurunan. Hal ini kerana berlaku tindakan kerajaan yang mengambil pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kadar inflasi di Malaysia contohnya menjalankan dasar fiskal dan dasar kewangan dalam pasaran di Malaysia. Selain itu, penyelidik juga mendapati bahawa kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tembakau adalah menurun dan kesan kadar inflasi terhadap kumpulan kesihatan turut menunjukkan penurunan. Kesimpulanya, kajian ini mampu membantu penyelidik untuk mengetahui kadar inflasi di Malaysia serta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.

2.0 LATAR BELAKANGInflasi ialah satu masalah utama yang sering dihadapi oleh sesebuah Negara yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Menurut Mansor Jusoh (1990), inflasi meupakan fenomena kenaikan harga secara menyeluruh dan berterusan dalam pasaran. Manakala kadar inflasi pula diukur berdasarkan perubahan indeks harga pengguna (IHP) sesebuah Negara dan pada masa tertentu. Menurut Laporan Tahunan 2010 yang diterbitkan oleh Bank Negara Malaysia, dari segi sejarah, purata inflasi jangka panjang (tahun 1960-2010) di Malaysia adalah sebanyak 2.9% merupaka antara kadar inflasi yang terendah di rantau ini. Walau bagaimanapun, persekitaran inflasi yang rendah sejak 50 tahun lalu diiringi oleh empat episod inflasi yang tinggi iaitu pada pertengahan 1970-an, awal 1980-an, 1990-an dan lewat 2000-an.Secara ringkasnya, inflasi boleh ditakrifkan sebagai peningkatan tingkat harga umum secara berterusan. Peningkatan ini disebabkan oleh perubahan dalam faktor-faktor ekonomi yang mengakibatkan kejatuhan nilai kuasa beli wang. Oleh itu, berlaku lebihan wang dalam pasaran yang mengundang kepada wujudnya masalah sosial seperti peningkatan kadar penggangguran, penurunan pertumbuhan ekonomi dan pelbagai masalah lagi yang mengundang kepada suasana ekonomi yang negatif. Faktor utama yang boleh mempengaruhi peningkatan inflasi di Malaysia ialah mekanisme harga ditadbir. Harga beberapa barang keperluan telah ditadbir oleh kerajaan kerana perubahan harga barangan ini akan memberi kesan yang ketara terhadap kos hidup golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Pada masa kini, harga barangan ditadbir mencukupi 2.3% daripada kumpulan IHP. Secara umumnya, terdapat dua jenis barangan harga ditadbir.Kumpulan pertama terdiri daripada barangan yang tersenarai di bawah Akta Kawalan Harga (1946) dan harga runcit barangan tersebut ditentukan oleh kerajaan. Kumpulan kedua ialah barangan yang memerlukan kelulusan kerajaan sebelum boleh membuat sebarang perubahan pada harga.Di dalam kajian ini saya akan menyentuh dengan lebih mendalam tentang inflasi. Inflasi diukur atau dikira mengikut kumpulan harga tertentu. IHP mengukur perubahan harga dalam kumpulan-kumpulan barangan dan perkhidmatan. IHP akan memberi kesan kepada kita sebagai pengguna. Jabatan perangkaan Negara menyukat IHP berpandukan kumpulan harga barang yang terdapat pada lampiran. Setiap kategori barangan dan perkhidmatan memberi kesan yang berbeza kepada indeks dalam IHP.Peratusan kategori barangan dan perkhidmatan melambangkan corak atau pola perubahan perbelanjaan pengguna. Di dalam lampiran terdapat IHP mengikut kumpulan barangan dan perkhidmatan. Dalam kajian ini saya memilih kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan kumpulan kesihatan. Bir, wain, arak & minuman keras, rokok, curut, dan tembakau di kategorikan dalam kumpulan minuman alkohol & tembakau. Manakala kumpulan kesihatan dari segi ekonomi dilihat bagaimana seseorang itu bersifat produktif, dalam makna lain mempunyai kegiatan yang menhasilkan sesuatu dapat menyokong terhadap hidupnya sendiri atau keluaganya. Kesihatan yang dilihat adalah dari segi ubat-ubatan atau perkhidmatan yang diberikan doctor terhadap pengguna.Statistik menunjukkan bahawa perokok di Malaysia meningkat kepada 4.7 juta orang. Kadar inflasi bagi kumpulan minuman alkohol & tembakau menunjukkan peningkatan. Ini berkemungkinan disebabkan lambakan rokok seludup pelbagai jenama di jual dipasaran. Hal ini menyebabkan kesihatan peduduk di Malaysia semakin meningkat. Oleh itu, saya akan mengkaji secara lebih mendalam tentang kesan kadar inflasi kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan kumpulan kesihatan.

Di bawah ini menunjukkan cara pengiraan kadar inflasi dan purata kadar inflasi:

3.0 PERNYATAAN MASALAHKajian ini dikaji bertujuan untuk melihat kadar peningkatan indeks harga pengguna dari tahun 2006 hingga tahun 2010. Menurut Utusan Malaysia (24 September 2008) data pada bulan ogos menunjukkan peningkatan harga bagi kebanyakan ketegori. Peningkatan tersebut ekoran daripada tindakan kerajaan yang meningkatkan harga minyak. Kajian ini berfokus untuk mengenalpasti kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tambakau serta kumpulan kesihatan.Kajian ini merupakan satu elemen yang sangat penting bagi memastikan beban yang ditanggung oleh pengguna dapat dikurangkan. Hal ini demikian kerana sekiranya inflasi meningkat, kos sara hidup masyarakat juga turut meningkat. Kos sara hidup akan mengurangkan taraf kebajikan masyarakat. Kenaikan tingkat harga umum akan mengurangkan pendapatan benar masyarakat dan seterusnya akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Bagi penduduk yang berpendapatan tetap dan penerima pencen, kos sara hidup semakin tinggi akan membebankan taraf kebajikan mereka. Kajian ini amat penting bagi mengenalpasti punca dan aliran kadar inflasi bagi kumpulan minuman alkohol serta kumpulan kesihatan. Selain itu, kita juga dapat mengetahui isu semasa mengenai inflasi yang berlaku di dalamdan di luar Malaysia terhadap ketegori kumpulan utama. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu mencari alternatif lain untuk mengurangkan kadar inflasi secara pesat agar ianya dapat meringankan beban yang selama ini dialami oleh masyarakat.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Menurut Mohd. Majid Kontig (2004) pernyataan objektif penyelidikan merupakan tujuan khusus yang perlu dicapai bagi menyelesaikan sesuatu masalah kajian.Objektif yang terdapat dalam menjalankan kajian ini ialah:4.1) Mengenalpasti arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012.4.2) Mengkaji kesan kadar inflasi dalam kumpulan Minuman alkohol & tembakau dengan kesan kadar inflasi dalam kumpulan kesihatan.

5.0 KAEDAH KAJIANDalam kajian ini, penyelidik menggunakan data sekunder sebagai kaeadah untuk mendapatkan maklumat. Data sekunder pula merupakan data yang diperoleh melalui sumber internet, laporan data sedia ada, rujukan perpustakaan atau bahan-bahan ilmiah serta menggunakan kaedah menganalisis data. Antara data yang digunakan oleh penyelidik ialahi) Sumber internetKajian secara maya dengan menggunakan laman sesawang digunakan untuk meninjau tulisan ilmiah, jurnal, akhbar dan bahan tulisan lain. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat termasuklah Yahoo, Google, dan lain-lain yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang dapat membantu penyelidik memperoleh maklumat dengan segera kerana laman sesawang tidak terhad yakni boleh merentasi sempadan dan masa. Pengaksesan laman sesawang ini akan dilakukan untuk mengetahui perkembangan dan kajian terkini berkaitan kadar inflasi, indeks harga pengguna dan aspek lain dalam kajian ini. Segala maklumat yang berkaitan akan dimuat turun dan dikumpul. Sebagai contoh, Laporan Ekonomi diperoleh melalui laman web Kementerian Kewangan Malaysia. Laman web ini sangat membantu penyelidik unuk mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan.ii) Rujukan daripada bukuKaedah kajian ini melalui pembacaan juga dilaksanakan. Dalam hal ini penyelidik menggunakan buku Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 Edisi Kemas Kini untuk mendapatkan maklumat. Daripada pembacaan dapat mengembangkan lagi huraian yang ingin dilakukan dalam dapatan kajian nanti. Selain itu, penyelidik turut dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai inflasi di Malaysia. Penyelidik turut menggunakan beberapa buah buku untuk memperoleh maklumat. Rujukan buku sangat penting kerana ianya mampu menunjukkan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima.

iii) Kaedah menganalisis data.Penyelidik akan menganalisis data berdasarkan data yang dikumpulakan. Penyelidik akan mengisi semua data ke dalam jadual dan seterusnya diubah menjadi graf. Penyelidik akan menggunakan Microsoft Office Excel untuk membuat graf. Ini sangat memudahkan penyelidik untuk menyediakan graf. Jadual dan graf yang telah siap akan dilabelkan di bahagian dapatan kajian untuk dijadikan bukti dalam penyelidikan kajian ini. Dalam kajian ini menggunakan kaedah peratusan dan kadar purata untuk mendapatkan hasil yng diinginkan.

6.0 DAPATAN KAJIAN6.1 Arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga tahun 2012.TAHUNJUMLAHKADAR INFLASI (%)

200587.7-

200690.93.65

200792.71.98

200897.75.39

200998.30.61

2010100.01.73

2011103.23.2

2012104.91.65

Jadual 1: Peratusan kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2012

Gambar rajah 1: Peratusan kadar inflasi dari tahun 2006 hingga 2012Jadual 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan indeks harga pengguna dan kadar inflasi di Malaysia dari tahu 2006 hingga 2012.Berdasarkan jadual di atas penyelidik mendapati bahawa jumlah indeks harga pengguna pada tahun 2006 ialah 90.9% di mana kadar inflasinya sebanyak 3.65%. Hal ini disebabkan oleh kenaikan harga minyak mentah di pasaran antarabangsa. Selain itu, kadar inflasi pada tahun 2006 sedemikian adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan kos pengangkutan dan pertambahan nilai kadar pertukaran asing.Kemudian belaku penurunan 1.98% pada tahun 2007 dan meningkat dengan mendadak pada tahun 2008 iaitu sebanyak 5.39%. Antara bulan Januari 2007 hingga bulan Julai 2008, harga minyak mentah dunia meningkat lebih dua kali ganda, manakala harga makanan global naik lebih 50% dalam tempoh 19 bulan. Khususnya, kenaikan ketara dicatat dalam harga beras dunia pada bulan Mac 2008 kerana hasil tuaian yang rendah dalam negara pengeksport beras utama telah menyebabkan kekurangan bekalan dan mendorong simpanan stok secara meluas oleh sesetengah negara untuk menjamin bekalan makanan, lantas menyumbang kepada kekurangan bekalan beras dunia dan menambah lagi tekanan terhadap harga. Namun, kesan kenaikan mendadak harga komoditi dunia terhadap inflasi domestik agak tertangguh kerana Kerajaan mengawal sesetengah harga makanan dan tenaga dalam negeri. Kadar inflasi purata sepanjang lima bulan pertama 2008 masih rendah pada 2.9%.Pada tahun 2009, kadar inflasi di Malaysia menunjukkan penurunan kembali secara mendadak iaitu sebanyak 0.61%. Kadar inflasi pada 2009 menunjukkan kadar inflasi yang paling terendah di antara tahun 2006 hingga 2012. Hal ini disebabkan krisis dalam kewangan antarabangsa. Rangkaian pengeluaran dan perdagangan antarabangsa terjejas teruk lantas mengakibatkan kejatuhan ekonomi yang sedang pesat membangun. Seterusnya, kadar inflasi meningkat semula pada tahun 2010 iaitu 1.73%. Kenaikan kadar inflasi itu berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010. Penurunan subsidi yang menyaksikan kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak lima sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan Krismas dan cuti sekolah telah mendorong kenaikan inflasi. Walau bagaimanapun, kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9%, Thailand 3%, Korea 3.5% dan India 8.4%. Kemudian pada tahun 2011, kadar inflasi menunjukkan peningkatan iaitu 3.20%. Peningkatan inflasi, khususnya pada separuh tahun pertama, adalah disebabkan oleh factor penawaran yang berpunca daripada kenaikan harga makanan dan pelarasan menaik ke atas harga ditadbir. Inflasi memuncak kepada 3.5% pada bulan Jun sebelum stabil pada separuh kedua tahun 2011, memandangkan kesan daripada pelarasan menaik terhadap harga produk petroleum dan gula pada bulan Julai dan Disember 2010 luput. Inflasi teras, iaitu penunjuk tekanan harga berasaskan permintaan, naik kepada 2.7% pada tahun 2011 (2010: 1.5%).Pada tahun 2012, kadar inflasi menunjukkan penurunan kembali iaitu 1.65%. Hal ini berikutan daripada tekanan inflasi global menjadi sederhana. Selain itu, harga komuditi yang rendah dan kelemahan pasaran buruh yang tidak menggalakkan peningkatan upah menyebabkan kadar inflasi menurun. Secara keseluruhannya, kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012 menunjukkan penurunan dan turut menunjukkan pada tahun 2009 mempunyai kadar inflasi yang terendah iaitu 0.61%. Hal ini di sebabkan kerajaan telah membuat beberapa langkah bagi memastikan kadar inflasi tidak terus meningkat secara terkejut. Hal ini juga berpunca daripada Malaysia yang mempunyai masalah krisis kewangan menyebabkan kerajaan mengurangkan cukai.

6.2 Kesan kadar inflasi dalam kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan kumpulan kesihatan.TahunKumpulan Minuman Alkohol & TembakauKadar Inflasi (%)Kumpulan KesihatanKadar Inflasi(%)

200573.4-90.8-

200678.56.992.82.2

200784.27.694.21.5

200890.77.396.32.2

200996.26.198.42.2

2010100.04.0100.01.6

2011104.64.6102.72.7

2012105.00.38104.82.0

Purata Kadar Inflasi2.21.3

Wajaran2.2%1.3%

Jadual 2: Kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan kumpulan kesihatan.

Rajah 2: Kesan kadar inflasi terhadap kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan kumpulan kesihatanSecara keseluruhan jumlah minuman alkohol & tembakau menunjukkan purata sebanyak 2.2% menunjukkan nilai tidak konsisten pada 2006 hingga tahun 2012. Pada tahun 2006, kadar inflasi minuman alkohol & tembakau mencatatkan 6.9% dan meningkat kepada 7.6% pada tahun 2007. Untuk mendapatkan minuman alkohol & tembakau ini perlu diimport dari Negara-negara tertentu. Berlakunya inflasi di Negara asal menyebabkan Malaysia turut mengalami inflasi yang semakin meningkat terhadap minuman alkohol & tembakau. Maka, harga dipasaran meningkat.Kemudian pada tahun 2008 mencatatkan sebanyak 7.3% iaitu menurun, seterusnya pada tahun 2009 turun mencatatkan penurunan iaitu 6.1% dan pada tahun 2010 juga turut mencatatkan penurunan iaitu 4.0%. Hal ini berlaku disebabkan oleh berlaku penyeludupan secara haram dari Negara-negara seperti Thailand, dan Indonesia iaitu rokok, tembakau, dan minuman alkohol menyebabkan kadar inflasi menurun. Oleh itu, menyebabkan pengguna lebih gemar membeli barang seludup berbanding dengan rokok dan minuman alkohol yang dibenarkan oleh kerajaan. Pada tahun 2011, kadar inflasi minuman alkohol mncatatkan peningkatan sedikit iaitu 4.6% dan menurut secara mendadak iaitu 0.38% pada tahun 2012. Hal ini berlaku disebabkan pengeluaran yang banyak menyebabkan pengeluar terpaksa menanggung lebihan yang tinggi menyebabkan kerajaan menurunkan kadar inflasi secara mendadak. Hal ini turut berlaku kerana pengguna kurang membeli minuman alkohol & tembakau menyebabkan kadar inflasi diturunkan dengan mendadak.Bagi kumpulan kesihatan pula, secara keseluruhan jumlah kesihatan menunjukkan purata 1.3% yang menunjukkan nilai tidak konsisten dari 2006 hingga tahun 2012. Pada tahun 2006, kadar inflasi bagi kumpulan kesihatan mencatatkan 2.2% dan menurun kepada 1.5% pada tahun 2007. Hal in disebabkan ubat-ubatan sangat penting kepada pengguna. Sekiranya kadar inflasi yang terlalu tinggi menyebabkan pengguna tidak mampu untuk membeli, maka kerajaan menurunkan kadar inflasi tersebut. Bagi tahun 2008 dan 2009 menunjukkan kadar inflasi yang sama iaitu 2.2%. Kemudian pada tahun 2010 menunjukkan penurunan kepada 1.6%. Seterusnya, meningkat pada tahun 2011 iaitu 2.7% dan menurun kembali pada 2012 iaitu 2.0%. Hal ini berpunca daripada kesihatan sangat penting dalam kehidupan pengguna maka kerajaan mengurangkan kadar inflasi bagi memastikan pengguna sentiasa berada dalam keadaan sihat. Terdapat pengguna yang menggunakan konsep doktor keluarga dimana setiap pengguna akan berdaftar dengan seorang doktor kesihatan keluarga pilihan mereka untuk mendapat jagaan kesihatan primer. Tiada sebarang caj akan dikenakan semasa mendapatkan rawatan dari doktor berkenaan sekiranya perkhidmatan tersebut tergolong dalam pakej faedah (benefits package) yang ditetapkan. Pengguna mungkin dikenakan sedikit bayaran bersama (co-payment), yang tidak membebankan bagi ubat-ubatan dan peralatan tertentu. Oleh itu, pihak kerajaan mengurangkan kadar kadar inflasi ini supaya pengguna boleh mengikuti konsep ini.Secara keseluruhannya, dalam kumpulan minuman alkohol & tembakau mempunyai wajaran sebanyak 2.2% dan kumpulan kesihatan mempunyai wajaran sebanyak 1.3%. hal ini menunjukkan kedua-dua kumpulan ini mempunyai wajaran atau pemberat terkecil di dalam IHP bermakna perubahan harga dalam kumpulan tersebut memberi kesan lebih kecil kepada IHP berbanding kumpulan lain.7.0 CADANGANBahagian ini akan membincangkan cadangan dari penyelidik untuk mengatasi masalah kadar inflasi di Malaysia supaya matlamat Malaysia Wawasan 2020 dapat direalisasikan.Dalam konteks ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Hal Ehwal Pengguna harus menganjurkan Kempen Beli Barangan Malaysia. Langkah ini amat mustahak untuk memulihkan masalah inflasi. Rakyat Malaysia digalakkan supaya membeli bahan keperluan asas yang sedia ada di negara kita daripada membeli barangan import. Walhal, harga barangan tempatan lebih berpatutan kerana kos pengangkutan lebih murah. Contoh, rakyat kita seyogianya makan buah-buahan dan sayur-mayur tempatan yang lebih segar dan berkhasiat daripada barangan import. Seperti peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jika semua rakyat dapat bekerjasama bagai ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni dan bersemangat patriotik, kempen tersebut berupaya meningkatkan peniagaan dalam negara. Senarionya, petani, peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana kita turut memperoleh manfaatnya. Hal ini dapat memantapkan defisit pendapatan negara supaya nilai mata wang Malaysia tidak jatuh berbanding dengan mata wang asing. Inflasi turut diredakan.Pendekatan yang dominan untuk membendung masalah kenaikan harga barang keperluan ialah Kempen Berhemat. Kata orang tua-tua, Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dan cermat semasa banyak, jimat semasa sedikit. Amalan berjimat cermat merupakan tabiat yang terpuji. Amalan membesarkan kerak nasi patut dielakkan kerana berbelanja banyak tanpa sekatan hanya merugikan diri sendiri. Pengguna harus diterapkan ilmu kepenggunaan supaya sentiasa membeli barang berdasarkan keperluan dan bukan berdasarkan nafsu. Rakyat kita digesa supaya bersahaja dan sederhana tanpa boros terutamanya pada musim perayaan. Sebagai contoh, telur, daging ayam, tepung menghadapi kekurangan di pasaran gara-gara pengguna membeli secara berlebihan sehingga membazir dan tidak dapat dihabiskan. Jika setiap rakyat dapat berhemat dengan tabiat cicir dipungut, hilang dicari dalam setiap pembelian dan tidak membeli secara berlebihan, nescaya inflasi dapat diminimumkan kerana bekalan tidak mengalami kekurangan berbanding dengan permintaan di pasaran.Kesimpulannya, pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan inflasi yang berlaku ini tidak akan menjejaskan pengguna dan ekonomi Negara. Dalam dunia yang sera bersaing, daya pemikiran, kreativiti, dan inovasi rakyat sesebuah Negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah menemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah ekonomi untuk dapat meletakkan ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Oleh itu semua rakyat patut bekerjasama untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang dengan proses menuju Wawasan 2020.

8.0 RUMUSANKesimpulannya, kemajuan tidak dapat dicapai oleh mana-mana Negara sekiranya tingkat harga umum meningkat iaitu indeks harga pengguna (IHP). Hal ini demikian kerana ianya ada perkaitan dengan penguna. Sekiranya IHP terus meningkat ianya akan memberi bebanan kepada pengguna.negara yang maju mestilah mempunyai rakyat yang hidup dalam keadaan yang selesa dan tidak menanggung bebanan hidup yang tinggi untuk menyara kehidupan. Secara ringkasnya, kajian ini dijalankan bagi melihat arah aliran kadar inflasi di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2012. Selain itu, kesan kadar inflasi dalam kumpulan minuman alkohol & tembakau dengan kesan kadar inflasi dalam kumpulan kesihatan turut dikaji. Hal ini kerana bagi memastikan Negara terus maju dan berkembang rakyatnya mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan tidak dipengaruhi dengan minuman alkohol. Oleh itu, pelbagai langkah dan usaha perlu dijalankan oleh negara bagi meningkatkan ekonomi pada tahap yang lebih tinggi dalam usaha menstabilkan IHP bagi memastikan taraf hidup rakyat sentiasa dalam keadaan baik serta kesihatan rakyat sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.

9.0 RUJUKANMalaysia. Kementerian Kewangan Malaysia, 2007. Laporan Ekonomi 2007/2008. Kuala Lumpur: Kementerian Kewangan Malaysia.Mansor Jusoh. (1990). Siri Teks Ekonomi Dewan (Inflasi). Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1-140.Sabariah Ali, 2014. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Malaysia Penggal 3 Edisi Kemas Kini. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.