maklumat ppb

17
VITAE KURIKULUM SK TAWAKAL SATAP Maklumat Peribadi Nama : JPK(P) : No. KP: No Cukai: No Gaji: Jawatan: Tarikh Lahir: Tempat Lahir: Taraf Perkahwinan: Nama Suami : No.KP: Pekerjaan Suami : Alamat Majikan Suami: No Tel: Tarikh-Tarikh Penting: Tamat Ikhtisas: IPT: Tarikh Sah Jawatan: GRED: Tarikh Lantikan Pertama: Tarikh Sah Pertama: Tarikh Kenaikan Pangkat I: Gred: Tarikh Kenaikan Pangkat II: Gred:

Upload: belle-queen

Post on 03-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PPPB

TRANSCRIPT

SK TAWAKAL SATAP

VITAE KURIKULUM

Maklumat Peribadi

Nama :JPK(P) : No. KP: No Cukai:No Gaji:Jawatan: Tarikh Lahir: Tempat Lahir: Taraf Perkahwinan: Nama Suami : No.KP: Pekerjaan Suami : Alamat Majikan Suami: No Tel:

Tarikh-Tarikh Penting:Tamat Ikhtisas: IPT:Tarikh Sah Jawatan: GRED:Tarikh Lantikan Pertama: Tarikh Sah Pertama:Tarikh Kenaikan Pangkat I: Gred:Tarikh Kenaikan Pangkat II: Gred:Tarikh Kenaikan Pangkat III: Gred:Tarikh Masuk Skim Pencen:Tarikh Isytihar Harta:

Sejarah Perkhidmatan

BILNAMA SEKOLAHTAHUN

Sejarah Pendidikan

BILSEKOLAH/ INSTITUSIPERINGKAT KELULUSANTAHUN

Rekod Pencapaian

BILANUGERAH/ SUMBANGANTAHUN

Senarai kursus/ latihan/ Taklimat/ Bengkel yang telah dihadiri

BILKURSUS/ LATIHAN/TAKLIMAT/BENGKELANJURANPERINGKATTAHUN

Senarai kursus/ latihan/ Taklimat/ Bengkel yang telah dihadiri

BILKURSUS/ LATIHAN/TAKLIMAT/BENGKELANJURANPERINGKATTAHUN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

SKOP KERJASENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1 Kurikulum Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan sebagainya. Memastikan perjalanan panitia mata pelajaran. Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian mereka. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan tindakan susulan. Menyelaraskan segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Negeri dan Kementerian Pendidikan. Membantu memilih buku teks, bahan pusat sumber dan buku bacaan. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.Pengurusan Membantu beban tugas guru dan staf sokongan sekolah Membantu menyelaraskan hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan guru serta staf sokongan. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/ maklumat. Membantu merancang takwim sekolah. Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan odit tahunan. Menyelaras semua jenis kutipan yuran Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah. Menjadi penandatangani kedua cek sekolah. Menjaga dan menyemak stok/ iventori peralatan sekolah.

Pembangunan Diri Pelajar Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan dan kebersihan sekolah. Merancang langkah-langkah keselamatan pelajar. Mengadakan kursus kemahiran pelajar.Pembangunan Organisasi. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. Mengadakan kursus/latihan personal.Pembangunan Kendiri. Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion perguruan.

SENARAI TUGAS KETUA PANITIA MATA PELAJARAN Menentukan dan bertanggungjawab menyediakan sukatan mata pelajaran yang kemaskini. Bertanggungjawab mrnyediakan rancangan pelajaran tahunan penggal dan mingguan. Mempengerusikan mesyuarat panitia dan mengemaskinikan fail panitia mata pelajaran . Memastikan salinan minit-minit mesyuarat panitia di hantar ke pihak pentadbir sekolah dan PPD. Bertanggungjawab menyenaraikan pengagihan guru mata pelajaran mengikut keperluan untuk keperluan AJK jadual waktu. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. Membantu dalam membuat pemilihan jenis-jenis buku dan bahanbahan rujukan untuk Pusat Sumber Sekolah. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar,kaedah-kaedah pembelajaran terkini. Penyelaras menyediakan soalan soalan peperiksaan/ ujian dan pemeriksaan kertas jawapan. Mengesahkan soalan-soalan peperiksaan dan ujian bulanan sebelum dihantar ke bilik cetak. Menganalisis keputusan peperiksaan / ujian bulanan bagi mata pelajaran berkenaan dan menyediakan strategi-strategi tertentu untuk tindakan susulan bagi pelajar yang tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Bertanggungjawab menyediakan bank-bank soalan. Membantu dan melaksanakan program kecemerlangan akademik yang dirancangkan oleh pihak sekolah. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan yang diperlukan. Membantu dan sentiasa memberi kerjasama dalam mengadakan kursus dalaman kepada ahlinya apabila diperlukan. Bertanggungjawab menyediakan pelajar ke pertandingan-pertandingan anjuran PPD,JPN,Kementerian Pendidikan dan lain-lain. Membantu dan bekerjasama menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan akademik . Membantu menyediakan data-data/maklumat mengenai mata pelajaran yang berkenaan untuk dipamerkan di bilik gerakan. Menyimpan salinan jadual waktu persendirian guru bagi mata pelajarannya. Membantu guru Penolong Kanan 1 membuat pemantauan PdP. Bertanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi serta pencapaian pelajar bagi peperiksaan dalaman dan awam (UPSR). Bertanggungjawab mengemaskinikan buku stok panitia dan alat alat bantu mengajar diselenggarakan dengan baik.

SENARAI TUGAS GURU PENASIHAT KELAB/ PERSATUAN DAN UNIT BERUNIFORM Memikir dan mencari idea-idea untuk memaju dan mempertingkatkan kelab/persatuan. Membentuk Jawatankuasa Pelajar bagi kelab/persatuan yang berkenaan. Memberi latihan yang betul tentang perlaksanaan mesyuarat Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat. Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah. Memastikan jawatankuasa yang terpilih menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Memastikan perjalanan kelab/persatuan tidak menyeleweng atau menyalahi perlembagaan atau peraturan sekolah. Memastikan keselamatan alatan atau barangan kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan keselamatan Ahli Jawatankuasa. Mengiringi rombongan yang dikelolakan oleh kelab/persatuan dan menjaga disiplin dan keselamatan Ahli Jawatankuasa. Memastikan semua surat-menyurat daripada kelab/persatuan kepada pihak luar hendaklah dibuat melalui Pengetua. Guru juga hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar /Penolong Kanan 1 sekiranya surat-surat daripada pihak luar yang dikirimkan tidak melalui Guru Besar sebelum sesuatu tindakan diambil.

SENARAI TUGAS DAN JAWATANKUASA

BIDANGJAWATAN

KURIKULUM

HAL EHWAL MURID

KOKURIKULUM

TUGAS-TUGAS KHAS

Kegiatan/Sumbangan Luar Tugas rasmi