majlis perbandaran manjung,perak (jabatan...

4
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,PERAK (JABATAN PENILAIAN) TAJUK PROJEK INOVASI : PENGURUSAN PENILAIAN DAN TAKSIRAN Tujuan : 1. Mencari sumber baru dan tambahan pendapatan Majlis bagi hasil berasaskan Cukai Taksiran 2. Berusaha meningkatkan kutipan Cukai Taksiran Semasa 3. Berusaha mengurangkan Tunggakan Cukai Taksiran 4. Memastikan Cukai Taksiran yang dikenakan adalah tepat, adil dan saksama Latar Belakang Projek Inovasi : 1. Pindaan Senarai Nilaian ke atas harta / pegangan berstatus bangunan hanya dilakukan setelah menerima Pelan Pindaan/Tambahan Bangunan dan SLM/CCC dari Jabatan Bangunan 2. Pindaan Senarai Nilaian ke atas harta / pegangan berstatus tanah kosong hanya di lakukan setelah menerima Pelan PU daripada Jabatan Perancang Bandar 3. Pembatalan pegangan bagi bangunan runtuh dan terbakar serta bertukar status dari lot kosong ke bangunan hanya dilakukan setelah permohonan dibuat oleh pemilik / pemunya 4. Terdapat pegangan tidak dikenakan Cukai Taksiran pada penggal yang sepatutnya 5. Cukai Taksiran yang dikenakan tidak tepat, adil dan saksama 6. Pengeluaran Bil Cukai Taksiran tidak teratur dan bermasalah 7. Penguatkuasaan Kutipan Cukai Taksiran yang tidak menyeluruh Inovasi Yang Dilaksanakan : Inovsi ini adalah bertujuan untuk mengujudkan dan melaksanakan pengurusan penilaian dan taksiran yg berkesinambungan daripada Projek Pengemaskiniian Maklumat Pegangan Bercukai( PRO 144.) Pengurusan penilaian dan taksiran terbahagi kepada 6 : a. Bahagian/komponen pengurusan penilaian dan taksiran b. Carta Organisasi

Upload: lephuc

Post on 06-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,PERAK (JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/460-pengurusan-penilaian... · Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,PERAK

(JABATAN PENILAIAN)

TAJUK PROJEK INOVASI : PENGURUSAN PENILAIAN DAN TAKSIRAN

Tujuan :

1. Mencari sumber baru dan tambahan pendapatan Majlis bagi hasil berasaskan Cukai

Taksiran

2. Berusaha meningkatkan kutipan Cukai Taksiran Semasa

3. Berusaha mengurangkan Tunggakan Cukai Taksiran

4. Memastikan Cukai Taksiran yang dikenakan adalah tepat, adil dan saksama

Latar Belakang Projek Inovasi :

1. Pindaan Senarai Nilaian ke atas harta / pegangan berstatus bangunan hanya dilakukan

setelah menerima Pelan Pindaan/Tambahan Bangunan dan SLM/CCC dari Jabatan

Bangunan

2. Pindaan Senarai Nilaian ke atas harta / pegangan berstatus tanah kosong hanya di

lakukan setelah menerima Pelan PU daripada Jabatan Perancang Bandar

3. Pembatalan pegangan bagi bangunan runtuh dan terbakar serta bertukar status dari lot

kosong ke bangunan hanya dilakukan setelah permohonan dibuat oleh pemilik /

pemunya

4. Terdapat pegangan tidak dikenakan Cukai Taksiran pada penggal yang sepatutnya

5. Cukai Taksiran yang dikenakan tidak tepat, adil dan saksama

6. Pengeluaran Bil Cukai Taksiran tidak teratur dan bermasalah

7. Penguatkuasaan Kutipan Cukai Taksiran yang tidak menyeluruh

Inovasi Yang Dilaksanakan :

Inovsi ini adalah bertujuan untuk mengujudkan dan melaksanakan pengurusan penilaian

dan taksiran yg berkesinambungan daripada Projek Pengemaskiniian Maklumat Pegangan

Bercukai( PRO 144.)

Pengurusan penilaian dan taksiran terbahagi kepada 6 :

a. Bahagian/komponen pengurusan penilaian dan taksiran

b. Carta Organisasi

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,PERAK (JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/460-pengurusan-penilaian... · Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung,

c. Takwin Tahunan Pengurusan Penilaian Dan Taksiran

d. Pengurusan Penilaian

e. Pengurusan Bil Cukai Taksiran (BMS)

f. Pengurusan Taksiran

1. Bahagian / Komponen Pengurusan Penilaian Dan Taksiran

Pembahagian bahagian ini penting kerana ianya lebih fokus tentang peranan

tanggungjawab dan skop kerja tiap-tiap bahagian di dalam jabatan penilaian.

a. Bahagian Penilaian – bertanggungjawab dengan segala urusan penilaian pegangan

bercukai

b. Bahagian Taksiran - bertanggungjawab menguruskan urusan kutipan dan

penguatkuasaan cukai taksiran.

c. Bahagian Informasi - bertanggungjawab menguruskan data-data yg berkaitan

pegangan bercukai

d. Bahagian Kualiti - bertanggungjawab memantau segala proses dan proedur di dalam

jabatan supaya mematuhi dan memenuhi matlamat jabatan dan majlis serta

prosedur KPI dan MS ISO

e. Bahagian Pentadbiran - bertanggungjawab menguruskan semua urusan jabatan

berkaitan dgn pentadbiran jabatan seperti surat menyurat, penyimpanan fail, rekod

cuti dan lain-lain

2. Carta Organisasi

Dengan adanya komponen dan bahagian yang lebih teratur dan jelas maka carta

organisasi jabatan telah dipinda.

3. Takwin Tahunan Jabatan Penilaian

Dengan adanya takwin pengurusan penilaian dan taksiran, kakitangan akan lebih peka

menjalankan tugasan mengikut takwin yang telah ditetapkan mengikut tempoh dan

bahagian yang telah ditetapkan dimana ianya lebih teratur, tepat dan cekap.

Contohnya penetapan tarikh mesyurat JKTP sebanyak 4 kali setahun iaitu pada bulan

Mac, Mei, September dan November.

Ini adalah kerana ianya dapat membantu merancang aktiviti jabatan penilaian yang

mana sebelum ini tiada takhwin dan tugasan lebih bergantung kepada arahan ketua

jabatan.

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,PERAK (JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/460-pengurusan-penilaian... · Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung,

4. Pengurusan Penilaian

Ini adalah kesinambungan daripada pro 144 (pprojek pengemaskinian pegangan

bercukai) yang telah memenangi Anugerah Inovasi Peringkat Negeri Perak Tahun 2004.

Kerja-kerja pegemaskinian terus dilaksanakan sehingga kini.

Pertambahan hasil majlis tanpa penilaian semula dengan mengesan

pegangan atau bangunan yang membuat pindaan/tambahan bangunan

,membina semula dan bangunan yang dibina tanpa kelulusan majlis.

5. Pengurusan Bil Cukai Taksiran (BMS)

Merupakan penghubung dan pelengkap di antara Pengurusan Penilaian dan

Pengurusan Taksiran di mana ianya memastikan setiap hasil yag dijana dapat dikutip.

6. Pengurusan Taksiran

Buku Tunggakan yang digunakan sebagai panduan untuk pemantauan cukai

taksiran semasa dan tunggakan, daripada pengeluaran peringatan sehingga

pengeluaran waran. Sebelum ini pengeluaran hanya secara rawak sahaja.

Sistem Ansuran dibangunkan secara dalaman oleh bahagian informasi untuk

memudahkan pemantauan bayaran ansuran cukai taksiran

Merekodkan permohonan ansuran, tarikh patut bayar, tarikh bayaran, mengesan

bayaran gagal dipatuhi dan seterusnya mengeluarkan surat peringatan pertama dan

surat peringatan terakhir.

Sistem Bil Pulang dibangunkan secara dalaman oleh bahagian informasi untuk

memudahkan pemantauan semua bil yang dipulangkan.

Merekodkan semua bil pulang, sebab pemulangan, status bayaran,

mengeluarkan borang lawat periksa dan merekod maklum balas lawat periksa.

Kedudukan Sebelum Inovasi

Jadual pengeluaran BCT yang tidak konsisten.

Terdapat BCT yang rosak, tidak berkualiti atau tidak dicetak

Pemilik pegangan lewat menerima atau tidak menerima BCT

Penguatkuasaan kutipan cukai taksiran tidak dapat dilakukan secara menyeluruh

Kutipan Cukai Taksiran semasa berkurangan dan tunggakan cukai meningkat

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG,PERAK (JABATAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/460-pengurusan-penilaian... · Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung,

Faedah Dari Inovasi Yang Telah Dilaksanakan

Jadual pegeluaran BCT yang tetap dan konsisten – mengikut takwin yang ditetapkan

BCT yang dikeluarkan adalah cukup, berkualiti dan lengkap

Sistem kerja yang sistematik dan konsisten - masa pengeluaran dan penghantaraan

telah berjaya dikurangkan daripada 60 hari kepada 30 hari (dari tarikh penghantaraan

data)

Penguatkuasaan kutipan cukai taksiran dapat dilakukan dengan lebih awal dan

terancang. Ini adalah ekoran bil awal yang telah dihantar kepada pemilik pegangan

Peningkatan hasil kutipan cukai taksiran semasa dan pengurangan tunggakan cukai

taksiran

Melaksanakan kutipan cukai taksiran semasa dan tunggakan dengan lebih efisyen dan

sistematik.

Meningkatkan kutipan cukai taksiran semasa dan mengurangkan tunggakan cukai

taksiran

Melaksanakan penguatkuasaan kutipan cukai dengan lebih sistematik dan berkesan

Penutup :

Inovasi yang dihasilkan sangat relevan dengan arus perdana dan memenuhi agenda nasional

Negara. Pengurusan Penilaian dan Taksiran adalah satu tatacara yang diwujudkan untuk

memastikan Cukai Taksiran diuruskan dengan teratur, tepat, cekap dan komprehensif serta

Cukai Taksiran yang dikenakan adalah tepat, adil dan saksama.

Jabatan Penilaian,

Majlis Perbandaran Manjung,

Jalan Pinang Raja,

32040 Seri Manjung, Perak.

Emel : [email protected]

Tel : 05-6871328

Faks : 05-6882102

Pegawai yang boleh dihubungi : Puan Norhayati binti Nayan