nisha -kajian majlis perbandaran selayang

20
Majlis Perbandaran Selayang Majlis Perbandaran Selayang(MPS) telah ditubuhkan pada 1hb Januari 1997 Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) yang telah ditubuhkan di bawah akta 171, akta kerajaan tempatan 1976 MDG lahir daripada beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti: Lembaga Bandaran Gombak Lembaga Bandaran Rawang Lembaga Bandaran Kuala Ampang Kawasan PKNS Taman Keramat Kawasan Perindustrian Batu Caves Fungsi Memberi perkhidmatan perbandaran yang asas sesuai dengan kehendak Akta 171, Akta 133 dan Akta 172. Menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial yang berkesan dengan kehendak Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan

Upload: amy-cruz

Post on 28-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

Majlis Perbandaran Selayang

 Majlis Perbandaran Selayang(MPS) telah ditubuhkan pada 1hb Januari 1997

 Sebelum ini dikenali sebagai Majlis Daerah Gombak (MDG) yang telah ditubuhkan di bawah akta 171, akta

kerajaan tempatan 1976

 MDG lahir daripada beberapa rentetan pembangunan Majlis Kerajaan Tempatan sebelumnya seperti:

Lembaga Bandaran Gombak

Lembaga Bandaran Rawang

Lembaga Bandaran Kuala Ampang

Kawasan PKNS Taman Keramat

Kawasan Perindustrian Batu Caves

 

Fungsi

Memberi perkhidmatan perbandaran yang asas sesuai dengan kehendak Akta 171, Akta 133 dan Akta 172.

Menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial yang berkesan dengan kehendak Kerajaan Negeri

dan Kerajaan Persekutuan

Page 2: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

Visi, Misi & Objektif

Visi

Menjadikan Selayang kawasan perbandaran yang selesa didiami, kondusif untuk pedagangan dan selamat

untuk semua

Misi

Menyediakan perkhidmatan yang cekap, efektif dan berkualiti

Objektif

Memberi perkhidmatan perbandaran yang asas sesuai dengan kehendak Akta 171, Akta 133 dan Akta 172.

Menjadi agen pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial yang berkesan dengan kehendak Kerajaan Negeri

dan Kerajaan Persekutuan.

 

Carta Organisasi

Page 4: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

Jabatan

  Pejabat Yang DiPertua

  Tn. Mohd. Jaid Bin Hj. Ehsan

  Jabatan Perancang Bandar

  Tn. Hj. Awang Mustafa Bin Md.

Yunus

  Jabatan Khidmat Pengurusan

  Pn. Zulaina Binti Abu Talib

  Jabatan Perhubungan Awam

  Dan Korporat

  En. Mohamad Zin Bin Masoad

  Jabatan Kejuruteraan

  En. Othman Bin Idris

  Jabatan Perbendaharaan

  Tn. Hj. Az'har Bin Samsuri

  Jabatan Kesihatan

  Dr. Razif Bin Zainol Abidin

  Jabatan Penilaian Dan

  Pengurusan Harta

  Pn. Fazlin Mariam Binti Mustafa

  Jabatan Bangunan

  Tn. Hj. Azam Bin Mohamad

  Jabatan Penguatkuasa

  Dan Keselamatan

  En. Azmi Bin Ismail

Jabatan

  Jabatan Perkhidmatan Bandar

  dan Alam Sekitar

  En. Hairudin Bin Daud

  Bahagian Perolehan

  En. Hafizan Bin Khamis

  Jabatan Taman & Rekreasi

  En Mokhtar Affandi Bin Abdul

Ghani

  Bahagian Unit Setempat  (OSC)

  Tn. Hj. Che Rasid Bin Che Seman

Page 5: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

  Bahagian Perundangan

  En. Abdul Razak Bin Ahmad

  Bahagian Pesuruhjaya

Bangunan (COB)

  En. Aminuddin Bin Hussein

  Bahagian Audit Dalam

  Pn. Norhayati Binti Ahmad

  Jabatan Perlesenan

  En. Affendei Bin Samingan

  Jabatan Belia dan Sukan

  Pn. Mazurah Binti Mohamed

  Unit Urusetia

Jabatan

  Unit Selenggara

Bangunan

  En. Rosmaini Bin Mohd Salleh

Page 6: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

Piagam Pelanggan MPS

PIAGAM PELANGGAN MPS

Memberi perkhidmatan yang cekap dan sempurna bagi pengurusan perkhidmatan, kemudahan awam dan mengekalkan

suasana harmoni, mesra kepada warga MPS.

Mewujudkan sistem pengurusan kewangan dan perakaunan yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip yang ditetapkan.

Meningkatkan taraf kesihatan, kebersihan dan kestabilan alam sekitar di tahap yang terbaik melalui pemantauan yang

berkesan.

Membuat penilaian ke atas pegangan yang dikenakan cukai taksiran dan menguruskan harta sewaan secara adil.

Memproses permohonan pelan pembangunan dengan cekap dan efisyen supaya pembangunan tanah mencapai

imbangan yang baik antara pembangunan fizikal, sosial, ekonomi dan alam sekitar.

Memastikan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur dilaksana secara cekap dengan mengekalkan ciri-

ciri alam semulajadi.

Jabatan Muat Turun

  Jabatan Khidmat Pengurusan , 8.1 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Perhubungan Awam Dan Korporat , 8.1 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta , 8.2 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Perancangan Bandar , 8.5 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Kejuruteraan , 8.2 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Kesihatan , 8.5 KB [sila klik di sini]

Page 7: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

  Jabatan Pelesenan , 8.1 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Penguatkuasa Dan Keselamatan , 8.1 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Taman & Rekreasi , 8.5 KB [sila klik di sini]

  Bahagian Perundangan , 8.0 KB [sila klik di sini]

  Bahagian Audit Dalam , 8.4 KB [sila klik di sini]

  Bahagian Perolehan , 9.1 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Perkhidmatan Bandar dan Alam

Sekitar, 9.1 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Bangunan , 8.3 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Perbendaharaan , 8.0 KB [sila klik di sini]

  Unit Pesuruhjaya Bangunan , 13.4 KB [sila klik di sini]

  Unit Pusat Setempat , 8.4 KB [sila klik di sini]

  Unit Selenggara Bangunan , 7.9 KB [sila klik di sini]

  Unit Urusetia , 12.8 KB [sila klik di sini]

  Jabatan Belia Dan Sukan , 8.4 KB [sila klik di sini]

Page 8: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

1. Menguruskan hal-hal berkenaan perlantikan kakitangan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan dikeluarkan.

2. Menyedia dan menghantar dokumen-dokumen persaraan ke bahagian pencen JPA untuk diproses 12 bulan bagi maklumat awal sebelum mencapai umur persaraan dan maklumat lengkap 6 bulan sebelum tarikh persaraan.

3. Memastikan semua pegawai Majlis Perbandaran Selayang mengikut latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun.

4. Memproses tuntutan bayaran panel ke Jabatan Perbendaharaan dalam tempoh 7 hari dari tarikh invois diterima.

5. Memproses permohonan pembelian dan pesanan tempatan (LO) dalam tempoh 4 minggu daripada tarikh diterima.

6. Memberi perkhidmatan kaunter dengan serta-merta.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA

1. Memberi peluang kepada pembayar cukai membuat bantahan dan rayuan kepada nilaian tahunan yang dicadangkan dalam tempoh 14 hari bekerja.

2. Pemohonan carian rasmi yang hadir ke jabatan Penilaian akan dijawab serta merta. 3. Pemohonan carian rasmi secara bersurat akan dijawab dalam tempoh 14 hari bekerja 4. Memproses bil-bil tahunan sewa bulanan harta-harta Majlis dihantar kepada penyewa

pada setiap awal tahun. 5. Borang Pemohonan harta sewaan Majlis diproses dan surat pemakluman serta nombor pendaftaran dikeluarkan kepada setiap pemohonan dalam tempoh tiga

Page 9: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KEJURUTERAAN

1. Memproses dan mempertimbangkan kelulusan permohonan pelan Kerja Tanah, Jalan dan Perparitan, Lampu Jalan, dan Lampu Isyarat dengan syarat ianya disertakan bersama-sama dokumen yang lengkap dan teratur dalam tempoh 30 hari.

2. Memproses dan meluluskan permit korek jalan / tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

3. Memberi maklumbalas aduan-aduan dari orang ramai dan perkembangan status projek kepada jabatan-jabatan yang berkaitan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.

4. Memberi maklumbalas dan sokongan CFO / CCC kepada Bangunan / OSC dalam tempoh 30 hari.

5. Menyediakan sokongan untuk pembayaran inden dalam tempo tujuh (7) hari bekerja.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERANCANGAN BANDAR.

1. Memproses permohonan kebenaran merancang (pelan pembangunan) untuk dibawa kemesyuarat OSC dalam tempoh 30 hari bagi permohonan yang diletakkan di dalam kawasan rancangan tempatan yang diwartakan dan dalam tempoh 50 hari bagi permohonan yang diletakkan diluar kawasan rancangan tempatan yang diwartakan.

2. Memproses permohonan kebenaran merancang (pendirian bangunan) untuk tujuan perakuan kelulusan dalam tempoh 30 hari dari tempoh penerimaan sehingga diperakukan.

3. Memproses permohonan perakuan pelan pra-hitungan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan sehingga surat perakuan dikeluarkan.

4. Memberikan laporan / maklumbalas ke atas pemeriksaan tapak untuk sokongan mendapatkan sijil layak menduduki bangunan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pemeriksaan tapak.

5. Memberi ulasan teknikal bagi premis lessen perniagaan ke jabatan perlesenan dalam tempoh 14 hari bekerja dengan syarat permohonan dokemukakan adalah lengkap dan teratur.

6. Memproses ulasan teknikal tanah dalam tempoh 14 hari bekerja.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN KESIHATAN

1. Sentiasa menjalankan pemantauan dan pengawasan terhadap premis- premis makanan yang terdapat dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang supaya berada dalam keadaan bersih.

Page 10: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

2. Memastikan sijil suntikan kepada pengendali makanan dikeluarkan/ diluluskan serta merta.

3. Memastikan Kes- kes demam denggi/demam denggi berdarah yang dilaporkan diambil tindakan kawalan dalam tempoh 24 hingga 48 jam dari tarikh ianya dilaporkan.

4. Memastikan permohonan lessen anjing dikeluarkan dalam tempoh 1 hari. 5. Memastikan kerja- kerja gotong royong dilaksanakan dalam tempoh 14 hari daripada

tarikh permohonan dengan member penekanan apda kawasan-kawasan kes demam denggi.

6. Berusaha memastikan warga Majlis Perbandaran Selayang mendapat maklumat berkaitan kesihatan awam secara holistic.

7. Memastikan aduan-aduan berkaitan Kesihatan Awam diambil tindakan dalam tempoh 48 jam.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERLESENAN

1. Meluluskan permohonan lessen billboard, unipole dan lain-lain jenis papan tanda (outdoor) dalam tempoh 2 bulan sekiranya lengkap.

2. Meluluskan permohonan lesen hiburan, rumah urut, pusat siber, kuari, hotel, barang lusuh dan pusat kecantikan dalam tempoh 2 bulan sekiranya lengkap.

3. Meluluskan permohonan lessen tred perniagaan di dalam bangunan terancang dalam tempoh serta merta (24jam) sekiranya lengkap

4. Meluluskan permohonan permit sementara seperti sepanduk, banting, permit buah-buahan bermusim, kaki lima, menaikkan belon di udara, khemah perniagaan dan lain-lain permit dalam tempoh 14 hari bekerja sekiranya lengkap

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PENGUATKUASA DAN KESELAMATAN

1. Menyelesaikan masalah penduduk berdasarkan undang-undang yang digunapakai melalui tindakan penguatkuasaan dengan segera.

2. Menerima dan memastikan aduan yang diterima dapat diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja.

3. Menguatkuasakan undang-undang yang digunapakai oleh Majlis.

4. Menjalankan tindakan penguatkuasaan serta merta bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan semasa menjalankan tugas rondaan harian.

5. Memastikan dengan mendidik dan menasihatkan orang awam agar dapat mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Selayang.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN TAMAN DAN REKREASI

Page 11: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

1. Memproses kelulusan pelan landskap bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh 30 hari.

2. Memproses dan mengeluarkan surat sokongan ‘Sijil Kelayakan Menduduki’ bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh 7 hari daripada tarikh pemeriksaan tapak.

3. Memastikan pengambilalihan kawasan kepada Majlis dibuat selepas 1 tahun ‘Sijil Kelayakan Menduduki’ dikeluarkan.

4. Memastikan aduan-aduan yang diterima diberi maklumbalas kepada Jabatan Perhubungan Awam dan Perancangan Korporat (Unit Aduan) dalam tempoh 7 hari bekerja dan mengambil tindakan ke atas segala aduan berkaitan dalam tempoh 14 hari bekerja.

5. Memastikan semua tuntutan bayaran yang lengkap diproses dalam tempoh 14 hari.

6. Memastikan projek-projek pembangunan landskap dilaksanakan menepati standard ditetapkan.

7. Memastikan kualiti selenggaraan landskap seluruh MPS dapat dicapai.

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PERUNDANGAN

1. Proses rayuan di Kaunter Berpusat (Auto Rayuan) diselesaikan dalam masa 1 minit. 2. Menyelesaikan urusan pembayaran/rayuan kompaun/saman dalam tempoh 5 minit

seorang. 3. Menyamak Kompaun/ saman yang dibuat melalui telefon atau dating sendiri dalam

tempoh 5 minit. Bagi semakan secara bertulis, tempoh penyelesaian 1 minggu. 4. Menjawab rayuan kompaun / saman dalam tempoh 4 hari bekerja. 5. Menyemak draf perjanjian dalam tempoh 1 Minggu.

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN AUDIT DALAM

1. Memastikan pengauditan dan pemeriksaan audit sama ada berdasarkan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) ataupun Audit Ad-hoc dibuat dalam tempoh 30 hari.

Page 12: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

2. Membentangkan draf laporan audit kepada auditi di dalam Mesyuarat Exit Conference sekurang-kurangnya 7 hari sebelum Mesyuarat Jawatankuasa Audit & Pengurusan Korporat (JKAPK).

3. Membentangkan laporan audit di dalam mesyuarat Jawatankuasa Audit & Pengurusan Korporat(JKAPK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan, Akaun dan Audit (JPKA) mengikut suku tahun , iaitu sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun.

PIAGAM PELANGGAN

BAHAGIAN PEROLEHAN

1. Menguruskan proses pendaftaran pemborong / p[embekal secara manual dan membuat pengesahan pendaftaran melalui system laman web Tender Selangor dan kelulusan adalah secara serta merta bagi memenuhi syarat.

2. Menyemak anggaran kadar harga bagi perolehan kerja, bekalan dan perkhidamatan yang dilaksanakan oleh jabatan dalam tempoh tiga (3) hari.

3. Menguruskan penjualan dokumen tender dan sebutharga di kaunter penjualan Bahagian Perolehan dan secara ‘online’ menerusi system laman web Tender Selangor. Tempoh penjualoan dokumen bagi setiap sebutharga yang diiklankan adalah minimum tujuh (7) hari manakala bagi setiap dokumen tender dua puluh satu (21) hari.

4. Menyediakan laporan penilaian tender dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikhtender ditutup manakala bagi laporan sebut harga pula adalah tujuh (7)hari..

5. Meyediakan dokumen kontrak bagi perolehan kerja dan perkhidmatan dalam tempoh Sembilan puluh(90) hari dari tarikh lantikan dibuat.

6. Menguruskan dokumen pembayaran bagi perolehan kerja dibawah peruntukan Kerajaan Negeri/ Persekutuan dalam tempoh empat belas(14) hari dari tarikh tuntutan dibuat oleh pemborong/pembekal.

PIAGAM PELANGGAN

JABATAN PERKHIDMATAN BANDAR DAN ALAM SEKITAR

1) Memastikan kerja-kerja perkhidmatan Bandar dilaksanakan mengikut jadual:-

i. Kutipan sampah mengikut jadual iaitu setiap hari di kawasan perdagangan dan 3 kali seminggu di kawasan perumahan serta lain-lain kawasan.

Page 13: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

ii. Pembersihan longkang dibuat stiap hari di kawasan perdagangan dan sebulan sekali di kawasan perumahan.

iii. Pemotongan rumput dibuat 2 kali sebulan di jalan-jalan utama, kawasan lapang , taman permainan dan lain-lain kawasan.

2) Memastikan penyediaan laporan prestasi dan bayaran Alam Flora Sdn. Bhd., Tipping Fees dan tuntutan kerja serta bekalan diproses dalam masa 14 hari bekerja dari tuntutan dibuat.

3) Memproses tuntutan wang cagaran sisa binaan untuk tambahan rumah keiaman dalam masa 30 hari berkerja dari tarikh tuntutan diterima.

4) Mengeluarkan notis lot/rumah terbiar dalam tempoh 7 hari bekerja aduan diterima dan memeastikan ia dibersihkan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas notis tamat.

5) Mengambilalih kerja perkhidmatan Bandar dari pemaju selepas 1 tahun CF dikeluarkan.

6) Memberi maklumbalas tindakan aduan dalam masa 7 hari bekerja kepada orang awam dan jabatan-jabatan berkaitan.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN BANGUNAN

1. Memproses permohonan pelan bangunan dan lanjut tempoh kelulusan bagi cadangan bangunan baru dan bangunan bukan kediaman dengan syarat permohonan lengkap. (tempoh memproses 30 hari).

2. Memproses permohonan Sijil Kelayakan Menduduki (SKM) dengan syarat permohonan lengkap (daripada tarikh penerimaan Borang E) dalam masa 14 hari.

3. Memproses permohonan pelan bangunan untuk tambahan rumah kediaman dan pelan setara (buku panduan) untuk kerja-kerja kecil rumah kediaman dengan syarat permohonan lengkap dalam masa 24 jam (waktu bekerja).

4. Maklumbalas aduan berkaitan bangunan dengan syarat aduan diterima lengkap dalam tempoh 5 hari (waktu bekerja).

5. Prosedur perlaksanaan tindakan penguatkuasaan kawalan Bangunan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133).

Page 14: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERBENDAHARAAN

1. Pembayaran bil di kaunter bayaran di selesaikan dengan kadar menunggu tidak lebih daripada 15 minit.

2. Memastikan segala tuntutan pembayaran yang lengkap diterima oleh jabatan diproses untuk pembayaran dalam tempoh 14 hari.

3. Memastikan bil-bil cukai taksiran dikeluarkan dan dihantar kepada pemilik tidak lewat daripada 20 Januari bagi bil separuh tahun pertama dan tidak lewat daripada 20 Julai bagi separuh tahun kedua.

4. Mengambil tindakan terhadap apa-apa aduan/masalah untuk pembetulan, pembaikan dan penukaran computer berdasarkan jenis aduan/masalah dalam tempoh 1 bulan.

PIAGAM PELANGGAN UNIT PESURUHJAYA BANGUNAN

1. Penguatkuasaan dan pelaksanaan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Akta 663) dan Akta Hakmilik Serata (Akta 318) Pemantauan Penubuhan Badan Pengurusan di setiap kawasan skim pemajuan dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh Sijil Layak Menduduki atau Serahan Kosong.

2. Memastikan pemaju mengemukakan Akaun Beraudit.

Memastikan pemaju mengemukakan Deposit Liabiliti Harta Awam dan Semasa Serahan Kosong dalam masa 7 hari bekerja selepas tarikh maklum.

3. Memastikan Penubuhan Badan Pengurusan (JMB/MC)

Memastikan pemaju memanggil mesyuarat pertama Penubuhan Badan Pengurusan iaitu Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam masa 14 hari dari tarikh makluman dan Perbadanan Pengurusan (MC) dalam masa 14 hari dari tarikh makluman pengesahan PTG.

4. Mengeluarkan Sijil Pengesahan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap.

5. Pengurusan aduan dan tindakan.

Menyelesaikan dan menjawab aduan panggilan dalam tempoh 3 hari (tanpa siasatan) dan 7 hari (perlu siasatan).

6. Mengeluarkan Notis Peringatan kepada pemilik yang gagal membayar caj.

Page 15: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

5 hari bekerja (<50)

7 hari bekerja (51-100)

10 hari bekerja (101-200)

14 hari bekerja (>201)

7. Melantik ejen pengurusan jika badan pengurusan gagal.

• Siasatan aduan dalam tempoh 14 hari.

• Pelantikan ejen dalam tempoh 28 hari.

PIAGAM PELANGGAN UNIT PUSAT SETEMPAT

1. Menerima permohonan lengkap bagi permohonan cadangan pemajuan secara serentak dalam tempoh 4 bulan (bagi projek- projek di bawah konsep Bina kemudian Jual, Projek Impak Tinggi, Projek Pelaburan Asing serta Projek-Projek Kerajaan) dan permohonan cadangan pemajuan dalam tempoh 6 bulan ( bagi projek dibawah konsep Jual Kemudian Bina).

2. Proses pengedaran dibuat dalam tempoh 24 jam. 3. Memastikan ulasan agensi teknikal memposes 33 hari ( Normal Lane), 25 hari (Fast

lane) dan 14 hari bagi agensi teknikal mengulas 4. Menyediakan kertas kerja untuk Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis

Perbandaran Selayang dalam masa 3 hari sebelum mesyuarat. 5. Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Perbandaran Selayang 2

kali Sebulan. 6. Menyediakan kertas parakuan untuk kelulusan Majlis Penuh Majlis Perbandaran Selayang dalam masa 5 hari.

PIAGAM PELANGGAN UNIT SELENGGARA BANGUNAN

1. Mengambil tindakan aduan bagi penyelenggaraan kompleks MPS, dewan/balairaya, kuarters, pejabat cawangan, stadium, bengkel Rawang, gerai/ pasar moden/ kiosk dalam tempoh 3 hari bekerja.

2. Semua tuntutan bayaran dibuat dalam tempoh 7 hari.

3. Penyelenggaraan secara berjadual.

PIAGAM PELANGGAN UNIT URUSETIA

1. Bagi melicinkan urusan mesyuarat, edaran notis akan dibuat tidak kurang daripada 3 hari sebelum mesyuarat majlis.

Page 16: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

Notis hendaklah menetapkan :-

• Tarikh dan masa mesyuarat

• Tempat mesyuarat dan

• Perkara yang hendak dibincangkan (Agenda Mesyuarat)

2. Mengedarkan minit mesyuarat tidak lewat daripada 3 hari dari tarikh mesyuarat berikutnya.

3. Menyediakan jadual mesyuarat bulanan secara berkala dan disediakan 1 minggu sebelum awal bulan berikutnya.

4. Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa dan Pengurusan mengikut jadual yang ditetapkan dengan cekap dan sempurna.

5. Menyediakan penyata elaun Ahli Majlis pada 7hb setiap bulan.

PIAGAM PELANGGAN JABATAN BELIA DAN SUKAN

Memberikan khidmat pengurusan yang berkesan dan sempurna dalam menjalankan piagam pelanggan melalui kaedah berikut :- 1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti/program pembangunan belia dan

kemasyarakatan meliputi semua kaum di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Selayang. 2. Menyemarak dan merakyatkan aktiviti seni budaya di pelbagai peringkat masyarakat. 3. Mempelbagaikan program latihan, pembangunan modal insane, bimbingan dan keilmuan

bagi golongan belia khususnya. 4. Menggalakkan pembangunan produk seni, budaya dan sukan melalui pelbagai bentuk

bantuan dan khidmat nasihat (kemudahan, peralatan, kewangan, program) 5. Merangka program penyerlahan seni dan budaya, sukan dan pembangunan modal insan yang melibatkan penglibatan golongan belia serta masyarakat amnya.

TEM

Page 17: Nisha -Kajian Majlis Perbandaran Selayang

1 / 13

PERANAN PIHAK BERKUASA PERANCANG

TEMPATAN DALAM PEMBANGUNAN TANAH 1 / 13

Loading...