majlis perbandaran klang - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah...

13
MANUAL MPK BIL : 115 /2013 MAJLIS PERBANDARAN KLANG MANUAL : PERMOHONAN KEMUDAHAN REKREASI

Upload: hoanghuong

Post on 13-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

MANUAL MPK BIL : 115 /2013

MAJLIS PERBANDARAN KLANG

MANUAL :

PERMOHONAN KEMUDAHAN

REKREASI

Page 2: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

2

KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4

1.0 TUJUAN MANUAL 5

2.0 LATAR BELAKANG 5-6

3.0 DEFINISI 6-7

4.0 CARTA BAHAGIAN 7

5.0 SUMBER KUASA 7

6.0 SKOP KERJA 8-9

7.0 PROSES KERJA 9-10

8.0 CARTA ALIR 11-12

9.0 PENUTUP 13

Page 3: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

3

SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA

Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya

Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka

menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja

MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan

agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu

tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum

tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.

Manual Permohonan Kemudahan Rekreasi ini disediakan dengan

harapan dapat menguruskan masalah rakyat dan memastikan semua

bentuk permohonan dan tindakan mengikut peruntukan, polisi serta

dasar ‘value of money’

Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto

yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita

berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam

semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya

status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar

bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya

memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat

memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat

umumnya.

“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih

Ehsan Mukri

Setiausaha MPK

Page 4: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

4

PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN

Assalamualaikum wbt.

Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi

restunya sehingga terhasilnya Manual ini. Secara dasarnya

landskap dapat dinikmati oleh semua melalui pandangan

(view), sentuh (touch), rasa (feel), bau (smell) dan

pengalaman (experience). Memetik kata-kata Kevin Lynch

pengarang buku “The Image of The City”, landskap

bandar (urban landscape) mempunyai peranan yang

banyak dan di antaranya ialah sesuatu yang dapat dilihat, yang akan diingati

dan yang mewujudkan suasana persekitaran yang menggembirakan. Justeru

melalui pembangunan landskap, ruang dapat dihasilkan dan ruang pula akan

menghasilkan pengalaman. Pengalaman inilah yang akan dirasai oleh

masyarakat apabila sesebuah landskap yang menarik dan bersesuaian di

hasilkan di sesebuah kawasan perbandaran. Namun begitu sesungguhnya

menguruskan aspek pelandskapan iaitu dari aspek penyelenggaraan dan

pembangunan di kawasan perbandaran kini adalah merupakan adalah satu

tugas yang mencabar. Oleh yang demikian untuk menghasilkan suatu

persekitaran yang menarik semua kakitangan yang terlibat perlu komited dan

sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang terbaru berkaitan

landskap di samping bekerja dengan penuh komited, minat dan semangat.

Manual yang dihasilkan ini adalah merupakan dokumen mengenai kerja-kerja

rutin yang dilakukan oleh setiap unit di dalam Jabatan Taman dan Rekreasi.

Penghasilan Manual ini adalah merupakan satu usaha penambahbaikan

dalam bidang tugas masing-masing supaya dapat memberi hasil kerja dan

penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan

MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. Ia juga kearah untuk

mewujudkan persekitaran landskap Bandaraya Mampan Warisan Diraja.

Ucapan terimakasih kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan

Ehsan Mukri di atas sokongan,dorongan,sumbangan idea dan motivasi

kepada kami di Jabatan Taman dan Rekreasi di dalam menghasilkan Manual

ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan jabatan yang sama-

sama menghasilkan manual ini.

Page 5: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

5

1.0 TUJUAN MANUAL

1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik

Holistik [PATH] MPK 2013.

1.2 Menetapkan keutamaan-keutamaan jangka masa panjang jabatan.

1.3 Memberikan halatuju yang jelas kepada jabatan supaya segala usaha yang dijalankan adalah selaras dengan matlamat,

sasaran kerja.

1.4 Menjadi asas perancangan dan pembangunan program, projek dan aktiviti yang dijalankan oleh jabatan supaya selaras dengan

peruntukan dan memenuhi keperluan pengguna.

1.5 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga

MPK dan warga Klang.

2.0 LATAR BELAKANG

Manual ini adalah di bawah tanggungjawab Unit

Penyelenggaraan (Kemudahan Rekreasi), Jabatan Taman dan

Rekreasi MPK.

i. Objektif

Objektif Unit yang telah ditubuhkan pada Julai 2011 untuk

meningkatkan penggunaan awam terhadap kemudahan yang

disediakan, mengurangkan risiko kegagalan alat permainan dan

memastikan keselamatan pengguna berada ditahap yang memuaskan.

ii. Strategi

Berdasarkan kepada Dasar dan Strategi Jabatan bagi tahun

2013/2014, unit ini telah menyusun strategi supaya dapat

meningkatkan sumbangan kepada pembangunan rekreasi secara

berterusan dengan:

Page 6: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

6

a) Meningkatkan kecekapan urus tadbir jabatan.

b) Meningkatkan kualiti, kemudahan fasiliti dan persekitaran

taman-taman rekreasi.

c) Mewujudkan kerjasama (smart partnership) bersama orang

awam, NGO dan syarikat-syarikat swasta.

d) Meningkatkan amalan pemantauan berkala.

e) Menjalankan kajian dan pembangunan (R & D) terhadap isu-isu

kemudahan rekreasi dan mempertingkatkan maklumat berkaitan

produk dan rekabentuk.

3.0 DEFINISI

i. Rekreasi

Merupakan sesuatu aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang untuk tujuan memperolehi kerseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan.

ii. Kemudahan Rekreasi Adalah peralatan yang disediakan untuk masyarakat daripada pelbagai peringkat umur bagi menjalankan aktiviti riadah. Peralatan tersebut adalah terdiri daripada peralatan permainan, peralatan senaman luar, bangku, kerusi, tapak refleksiologi, gelanggang permainan,trek jogging dan tong sampah.

iii. Kegagalan Alat

Keadaan apabila sesuatu alat atau mesin gagal melakukan fungsinya dengan baik serta mendatangkan mudarat kepada keselamatan.

Page 7: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

7

iv. Pemantauan Berkala

Kerja- kerja pemeriksaan secara berjadual dan berperingkat sebagai inisiatif awal untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT

5.0 SUMBER KUASA

1.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut: i. Garis Panduan Jabatan Landskap Negara

ii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972

iii. Surat- surat Pekeliling Perbendaharaan

ARKITEK LANDSKAP (J41)

PEMBANTU TADBIR (O) N17

Klang Utara

PEMBANTU TADBIR (O) N17

Klang Selatan

Page 8: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

8

6.0 SKOP KERJA

i. Permohonan Untuk Membaiki atau Mengganti Baru

Komponen Alat Permainan, Bangku atau Tong Sampah

Sediada.

a) Merima surat permohonan atau laporan aduan daripada I-

Responz/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu.

b) Meneliti permohonan dan membuat lawatan tapak untuk

mendapatkan maklumat berkaitan:

Kesahihan aduan Status penyelenggaraan kawasan Bilangan dan jenis kemudahan rekreasi yang perlu

dibaiki atau diganti Menilai tahap risiko keselamatan pengguna

c) Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan.

d) Merekod aduan dan permohonan ke dalam sistem giliran.

e) Menyelaraskan dan memantau kerja- kerja membaiki / menggati yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar/ pembekal yang telah dilantik.

ii. Permohonan Untuk Set Alat Permainan Bersepadu Baru.

a) Merima surat permohonan daripada I-Responz /AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu.

b) Meneliti permohonan, dan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat berkaitan:

Status penyelenggaraan kawasan Keadaan persekitaran tapak cadangan

c) Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan.

d) Memberi maklumbalas kepada pemohon.

Page 9: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

9

e) Merekod aduan/ permohonan ke dalam sistem giliran.

f) Menyelaraskan proses sebutharga, bertemu dengan wakil

penduduk dan memantau aktiviti kontraktor yang dilantik.

7.0 PROSES KERJA

i. Permohonan Untuk Membaiki atau Mengganti Baru

Komponen Alat Permainan, Bangku atau Tong Sampah

Sediada.

a) Terima surat permohonan atau laporan aduan daripada I-

Responz/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu.

b) Meneliti permohonan dan membuat lawatan tapak untuk

mendapatkan maklumat berkaitan:

Kesahihan aduan Status penyelenggaraan kawasan Bilangan dan jenis kemudahan rekreasi yang perlu

dibaiki atau diganti Menilai tahap risiko keselamatan pengguna

c) Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan

d) Ketua Jabatan menyerahkan keputusan untuk mengemaskini status aduan dan tindakan selanjutnya.

e) Aduan/permohonan akan direkod dan diberikan angka giliran

f) Ditangguh untuk tindakan sekiranya didapati masalah tersebut:

Tidak mengganggu aktiviti pengguna

Tidak membahayakan

Kes berulang disebabkan salahguna atau vandalisme.

Tiada peruntukan kewangan yang mencukupi

g) Kerja-kerja membaiki atau mengganti akan dilaksanakan. Jabatan akan menyelaraskan skop kerja dan pemantauan dengan pihak pengeluar/pembekal yang telah dilantik.

Page 10: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

10

ii. Permohonan Untuk Set Alat Permainan Bersepadu Baru.

a) Terima surat permohonan daripada I-Responz

/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu.

b) Jabatan akan memberikan maklumbalas kepada pemohon untuk melengkapkan permohonan sekiranya didapati permohonan tidak melalui Persatuan Penduduk.

c) Meneliti permohonan, dan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat berkaitan:

Status penyelenggaraan kawasan Keadaan persekitaran tapak cadangan

d) Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan

e) Ketua Jabatan menyerahkan keputusan untuk mengemaskini

status aduan dan tindakan selanjutnya.

f) Jabatan akan memberikan maklumbalas kepada pemohon sekiranya didapati kawasan tidak sesuai (contoh: keluasan, lokasi) atau masalah di tapak disebabkan oleh salahguna atau vandalisme.

g) Aduan/permohonan akan direkod dan diberikan angka giliran.

h) Ditangguh untuk tindakan sekiranya tiada peruntukan kewangan yang mencukupi.

i) Jabatan akan menyelaraskan proses sebutharga, bertemu dengan wakil penduduk dan memantau aktiviti kontraktor yang dilantik.

8.0 CARTA ALIR

Page 11: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

11

i. Permohonan Untuk Membaiki atau Mengganti Baru Komponen

Alat Permainan, Bangku atau Tong Sampah Sediada.

ii. Permohonan Untuk Set Alat Permainan Bersepadu Baru.

Terima surat permohonan atau laporan aduan daripada I-Responz/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu

Meneliti permohonan dan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat berkaitan:

Kesahihan aduan Status penyelenggaraan kawasan Bilangan dan jenis kemudahan rekreasi

yang perlu dibaiki atau diganti Menilai tahap risiko keselamatan

pengguna

Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan

Ketua Jabatan menyerahkan keputusan untuk mengemaskini status aduan dan tindakan selanjutnya.

Aduan/permohonan akan direkod dan diberikan angka giliran

Tangguh Ditangguh untuk tindakan sekiranya didapati masalah tersebut:

Tidak mengganggu aktiviti pengguna

Tidak membahayakan

Kes berulang disebabkan salahguna atau vandalisme.

Tiada peruntukan kewangan yang mencukupi

Kerja-kerja membaiki atau mengganti akan dilaksanakan. Jabatan akan menyelaraskan skop kerja dan pemantauan dengan pihak pengeluar/pembekal yang telah dilantik.

Ya

1.

2.

3.

4.

5.

6.

Page 12: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

12

Terima surat permohonan daripada I-Responz/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu

1.

Tidak Lengkap

Jabatan akan memberikan maklumbalas kepada pemohon untuk melengkapkan permohonan sekiranya didapati permohonan tidak melalui Persatuan Penduduk

Lengkap

Meneliti permohonan, dan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat berkaitan:

Status penyelenggaraan kawasan Keadaan persekitaran tapak cadangan

Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan

Ketua Jabatan menyerahkan keputusan untuk mengemaskini status aduan dan tindakan selanjutnya.

Aduan/permohonan akan direkod dan diberikan angka giliran

2.

3.

5.

Tolak Jabatan akan memberikan maklumbalas kepada pemohon sekiranya didapati kawasan tidak sesuai (contoh: keluasan, lokasi) atau masalah di tapak disebabkan oleh salahguna atau vandalisme.

Lengkap

4.

Tangguh Ditangguh untuk tindakan sekiranya tiada peruntukan kewangan yang mencukupi

Jabatan akan menyelaraskan proses sebutharga, bertemu dengan wakil penduduk dan memantau aktiviti kontraktor yang dilantik.

Ya 6.

Page 13: MAJLIS PERBANDARAN KLANG - mpklang.gov.my · status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasilkerja

No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013

2013

Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah

13

9.0 PENUTUP

Penyediaan Manual Permohonan Kemudahan Rekreasiini diharapkan

dapat meningkatkan sistem penyampaian jabatan amnya dan

perkhidmatan Majlis khasnya terutamanya dalam memastikan semua

bentuk permohonan dan tindakan mengikut peruntukan , polisi serta

dasar ‘value of money’

Ia juga diharap akan dapat meningkatkan kualiti landskap Klang serta

kemudahan fasiliti dan persekitaran taman-taman rekreasi selaras

dengan dasar dan strategi Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis

Perbandaran Klang.