pengurusan masa dalam konteks · pdf fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar...

13
Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI) oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan) 1 | Muka Surat PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Pentaksiran Sekolah (PS) Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PS boleh dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P. PS adalah proses pentaksiran yang berterusan dan dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Upload: dothien

Post on 31-Jan-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

1 | M u k a S u r a t

PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif

(intelek),afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah

PendidikanKebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir

bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran

Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

(PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk

melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.

Pentaksiran Sekolah (PS)

Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah

yang berkenaan. PS boleh dilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran

formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh instrumen

yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan

tugasan, ujian penggal. PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for

learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran

(P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran

guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau

dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PS adalah proses pentaksiran yang berterusan dan dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah

sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen

pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. PS amat

penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan

insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih

komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk

memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

Page 2: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

2 | M u k a S u r a t

Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah:

Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian

pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.

Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P

Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan

murid.

Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PS boleh

dilaksanakan secara:

1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P

2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran,

semester atau tahun

Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan

Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan

pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia

merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh

buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang

ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen

kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid

dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan

tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada

pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam

masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa

dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang

lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang

diri seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,

memahami,menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna,

penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa

mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.

Page 3: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

3 | M u k a S u r a t

Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian

Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut

tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

STANDARD

KURIKULUM

STANDARD PRESTASI

• Matlamat

• Objektif MP

• Standard Kandungan

• Standard

Pembelajaran

• Pernyataan Standard

• Deskriptor

• Evidens

• Instrumen

Apa yang patut dipelajariApa yang dilaporkan

tentang perkembangan

dan pencapaian murid

PENTAKSIRAN

Standard Prestasi

Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau

penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu Standard

Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan

secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.Standard Prestasi juga

menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung

dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk

menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan. Dengan

menggunakan Standard Prestasi ;

Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan

kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.

Page 4: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

4 | M u k a S u r a t

Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang

ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.

Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas

melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.

Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem

pendidikan

negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan

tersebut.

Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan

sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Pernyataan

Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band

5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang

menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan

prestasi individu.

Kerangka Standard Prestasi

Jadual 1: Kerangka Standard Prestasi

BAND STANDARD

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Page 5: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

5 | M u k a S u r a t

2

Tahu dan Faham

1

Tahu

Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat

berdasarkan standard pembelajaran yang diterangkan dalam Standard Kurikulum bagi

matapelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap

tahun pembelajaran.

Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid

menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek aspek

yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir.Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa

bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens

boleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan.

Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan tingkah laku murid. Guru harus

kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran

untuk menguji penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen

yang sesuai digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.

Dalam aspek pengurusan masa dalam PS, kita tidak boleh lari membincangkan perancangan

pentaksiran dalam pengajaran dan pembelajaran. Sejak kebelakangan ini banyak suara-suara

sumbang yang mempersoalkan pelaksanaan PBS. Banyak pihak menyuarakan bahawa PBS

menambahkan beban guru, PBS mengganggu P&P, pelaksanaan PBS akan menyebabkan

tidak cukup masa untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran.

Page 6: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

6 | M u k a S u r a t

Rajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P)

Belum mencapai

tahap penguasaan

Telah mencapai

Tahap penguasaan

Pemulihan

MULA

Peranan Standard Prestasi dalam PS

50©2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pentaksiran sekolah bukan suatu perkara yang baru dalam sistem pendidikan. Ianya berlaku

sejak sekian lama. Pentaksiran sekolah dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses

Pengajaran dan Pembelajaran. Kini, dalam PBS penekanan juga diberikan kepada perekodan

pencapaian murid secara online. Lembaga Peperiksaan tidak pernah mencadangkan

perubahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran, Cuma LP menekankan kepada

kaedah pentaksiran baru yang sebenarnya telah pun dilaksanakan oleh guru di sekolah.

Permulaan proses pengajaran-pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara

yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen

Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan

pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid dengan

menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru.Guru kemudian akan mentaksir

pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan dengan

menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan perkara

yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara tidak formal, sebagai contoh

menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai setiap murid secara berterusan tentang

apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan

cara penyoalan secara lisan, atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengan

Page 7: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

7 | M u k a S u r a t

kehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen

standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang

dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu. Bagi

murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-

pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya

murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untuk

membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran berdasarkan pengalaman

pembelajaran untuk membantu murid.

Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akan merekod dan

melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi SPPBS. Bagi memudahkan dan

menjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut di dalam borang prestasi

transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBS mungkin boleh dilakukan bila-bila

masa yang sesuai. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu

dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan.

Page 8: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

8 | M u k a S u r a t

PS memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibu bapa dan pihak

berkepentingan.

1 Pentadbir Sekolah

i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi

aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS.

ii Menyediakan peralatan, bahan dan jadual.

iii Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS.

iv Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod.

Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBS

BIL PERKARA TEMPOH TINDAKAN

1. Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke

JPN.

Disember LP

2. Mengedarkan Surat Pekeliling dan

Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke

PPD dan Sekolah.

Disember JPN

3. Mesyuarat Jawatankuasa PBS

Sekolah.

Januari - Mac,

April - Jun,

Julai - September

Oktober - Disember

JPN / PPD /

Sekolah

4. Pendaftaran SPPBS. Januari – Februari Sekolah

5. Tempoh pelaksanaan PBS. Sepanjang sesi

persekolahan

Sekolah

6. Aktiviti Penjaminan Kualiti:

Pementoran, Pemantauan,

Penyelarasan dan Pengesanan.

Sepanjang tahun dan

mengikut keperluan

Sekolah / PPD /

JPN / LP /

Bahagian KPM

7. Pengumpulan skor murid dalam

SPPBS.

Sepanjang tahun Sekolah

8. Pelaporan skor murid. Mengikut keperluan Sekolah

Peranan Pihak yang Terlibat dalam Pelaksanaan PS

Page 9: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

9 | M u k a S u r a t

v. Menjalankan pementoran, pemantauan dan penyelarasan.

2 Guru

i. Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran dan

pentaksiran.

ii Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan

maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran.

iii Menyediakan instrumen pentaksiran.

iv Memberi maklum balas tentang pencapaian murid.

v. Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang

diperoleh.

vi. Mengumpul rekod dan data penguasaan murid.

vii. Melaporkan penguasaan murid.

3 Murid

i. Mengetahui dan memahami standard prestasi.

ii Mengetahui perkara yang perlu dikuasai.

iii Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai.

iv Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.

4 Ibu Bapa

i. Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran.

ii Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak.

iii Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual

differences).

iv Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan.

5 Pihak Berkepentingan

i. Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran.

ii. Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan

pentaksiran di sekolah.

iii. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.

Page 10: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

10 | M u k a S u r a t

Evidens PS adalah bahan tau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid

yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses

a. Penulisan

i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukntuk

perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat.

ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan.

b. Bahan cetakan

Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan.

c. Persembahan

Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui

pelbagai aktiviti.

d. Foto

Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek.

e. Grafik

i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan

seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan

jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah

gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol,

reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik

selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna.

Evidens PS

Page 11: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

11 | M u k a S u r a t

ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga

boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud

dalam dunia sebenar.

f. Artifak

i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan

sejarah atau telah dibuat sekian lama.

ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca.

g. Laporan

Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan.

h. Model

Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar.

i. Produk

Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan.

j. Rakaman

Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual.

k. Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT)

Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT.

Page 12: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

12 | M u k a S u r a t

l. Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan.

m. Lisan / verbal.

n. Perlakuan

Penyediaan Fail Murid

Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti

berikut:

a. Fail Perkembangan Murid (FPM)

• Setiap murid 1 FPM, menyimpan setiap evidens terkini untuk setiap mata

pelajaran

• Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS

dan pelaksanaan Penjaminan Kualiti

b. Fail Showcase (FS)

FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band.

Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh dibentuk mengikut :

i. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau

ii. kelas; atau

iii. mata pelajaran.

Page 13: PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS · PDF fileboleh dalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

13 | M u k a S u r a t

Nota:

Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan (b) di

atas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedah pelaksanaannya tertakluk

kepada keputusan JK PBS sekolah.

Pengurusan evidens oleh guru :

a. Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi

SPPBS.

b. Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh

membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaan pembelajaran.

c. Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band boleh dijadikan

bahan showcase.