majlis khatam quran 2014

7
KERTAS KERJA Majlis Tadarus Dan Khatam al-Quran Tahun ke-6 & Majlis Berbuka Puasa Anjuran PIBG SEK KEB JLN TAP MERU PANITIA PENDIDIKAN ISLAM UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK MERU

Upload: yushaidy-mohamad-yunus

Post on 16-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

Majlis Tadarus Dan Khatam al-Quran Tahun ke-6 &Majlis Berbuka Puasa

Anjuran

PIBG SEK KEB JLN TAP MERU

PANITIA PENDIDIKAN ISLAMUNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

SK MERU

1. PENDAHULUAN.

Amalan Majlis Khatam Al-Quran secara beramai-ramai (gotong-royong) yang pahala bacaannya dihadiahkan kepada para arwah telah lama dipraktikkan oleh sesetengah pondok menghafaz al-Quran di Nusantara.

Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan acara tahunan PIBG dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam setiap kali bulan Ramadhan sejak tahun 2009. Antara lain program murni ini bertujuan mengumpul dana wakaf bagi melunaskan baki pembinaan Surau PIBG Sek Keb Meru sebanyak RM30,000.00.

Memandangkan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan, maka Jawatankuasa PIBG mengambil keputusan untuk menganjurkan lagi pada tahun ini bagi mendekati masyarakat melalui bacaan al-Quran, disamping mengambil berkat daripada 2 sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;

Sesungguhnya bagi pembaca al-Quran itu ada doa mustajab, iaitu pada saat khatamnya.

Jika seseorang itu mengkhatamkan al-Quran, maka 60,000 malaikat mendoakannya ketika khatam.

Berdasarkan kepada riwayat-riwayat hadis sahih ini, kita yakin bahawa mengadakan majlis khatam al-Quran merupakan satu amalan yang disuruh dalam Islam dimana semua yang terlibat akan mendapat ganjaran.Pada masa yang sama, amalan saling hormat-menghormati juga amat dituntut dalam masayarakat. Justeru, Unit Bimbingan dan Kaunseling Sek Keb Meru mengambil kesempatan untuk mengelolakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas pada bulan Ramadhan yang mulia ini2. RASIONAL

Bulan Ramadhan merupakan bulan penuh barakah yang dinanti-nantikan oleh semua umat muslimin kerana pelbagai keistimewaan yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain. Justeru, pihak PIBG Sek Keb Meru dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam & Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program Tadarus dan Khatam al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas sempena bulan yang mulia ini.

3. MATLAMAT

Melalui penganjuran program ini, semua peringkat umur dan lapisan masyarakat akan mendapat faedah masing-masing sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. antaranya ialah kita dapat membantu menambah amalan orang-orang yang kita kasihi walaupun sesudah mereka meninggal dunia, menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah di samping dapat menjayakan usaha pengumpulan Dana Pembinaan Surau PIBG Sek Keb Meru.

4. OBJEKTIF.

4.1 Memberikan ruang dan peluang kepada orang ramai untuk beramal jariah, dapat mendampingkan diri dengan al-Quran serta sebagai tanda ingatan kepada ahli-ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia;4.2 Sebahagian daripada pelbagai usaha yang telah, sedang dan akan dijalankan untuk mengumpulkan dana pembinaan Surau PIBG Sek Keb Meru; 4.3 Menanam amalan nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah; dan4.4 Merapatkan hubungan pihak sekolah dan PIBG dengan masyarakat setempat.

5. SASARAN

5.1 AJK dan ahli PIBG;

5.2 Guru-guru Sek Keb Meru; 5.3 Murid-murid tahun 6; dan5.4 Warga emas setempat.6. PELAKSANAAN

Tarikh

: 18 Julai 2014/20 Ramadhan 1435H

Hari

: JumaatMasa

: 04.00 ptg - 10.00 mlm

Tempat: Surau PIBG & Kantin Sek Keb Meru7. ANJURAN

7.1 Persatuan Ibu Bapa - Guru; 7.2 Panitia Pendidikan Islam; dan7.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling Sek Keb Meru8. SUMBER KEWANGANPIBG Sek Keb Meru9. ANGGARAN PERBELANJAAN

RM 2,00.00

10. IMPLIKASI KEWANGAN

BilPerkaraJumlah (RM)

1Jamuan (160 x RM10.00)1,600.00

2Cenderahati Warga Emas200.00

3Pelbagai200.00

Jumlah2,00.00

11. PENYERTAAN

11.1 Ibu bapa, guru dan orang awam boleh menyertai majlis ini sama ada sebagai penyumbang kewangan, penyumbang bacaan atau pendengar.

11.2 Borang Penyertaan bagi sumbangan kewangan akan diedarkan bagi mempelawa individu/keluarga yang berhasrat untuk menghadiahkan pahala bacaan al-Quran sehingga khatam 30 juzuk kepada arwah-arwah ahli keluarga mereka yang telah kembali ke rahmatullah.

11.3 Setiap penyumbang kewangan dibenarkan untuk menyenaraikan sehingga 5 nama arwah dalam satu borang dan disarankan untuk menyumbang/mewakafkan sebanyak RM50.00 kepada Dana Pembinaan Surau PIBG Sek Keb Meru.

11.4 Bagi penyumbang bacaan pula diminta mendaftar nama serta no. telefon kepada urus setia bagi memudahkan urusan menyusun kumpulan.

11.5 Sebagai pendengar mereka hanya perlu hadir bersama-sama ahli keluarga bagi memeriahkan majlis.

12. JAWATANKUASA INDUKRujuk Lampiran 113. JAWATANKUASA PELAKSANARujuk Lampiran 214. TENTATIF PROGRAMRujuk Lampiran 315. PENUTUP

Semoga program ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta kerjasama daripada semua pihak. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:............................................................

.............................................................EN MOHD HARON BIN ABDULLAH UMAR

PN ZAHARAH BINTI ABD JALILKetua Panitia Pendidikan Islam

Penyelaras Unit Bimbingan dan KaunselingSekolah Kebangsaan Meru

Sekolah Kebangsaan MeruDiluluskan oleh:............................................................

EN MOHD SAIRI BIN HUSSINYang Di Pertua PIBGSekolah Kebangsaan Meru 84