majlis graduasi tahun 2012.doc

6
MAJLIS GRADUASI TAHUN 2012 Mengumumkan perarakan masuk barisan graduan Tahun S! DAT" S#$D %AIN ALSHAHA& bagi sesi akademik 2012 'ang(ima me(aka segak berga)a Srikandi negara *aa* se*ia Me(angkah kemas penuh +eria Menge+ap ke,a)aan )ang di +ip*a Dengan *abah menempuh duga )ang berbisa Dengan *abah mendaki (urah ke pun+ak *inggi Sega(an)a pas*i ber,a)a &ersama ,an,i dan semanga* diri &ukan mudah men,u(ang +i*a )ang dibangga &ukan mudah men,e,ak mimpi ,adi rea(i*i ------------------------------------------------------------------------ ---------------------------- Mengumumkan perarakan masuk barisan pen*adbiran S!DS%A . di/2 ,empu*an dan *e*amu keh rma* arga de3an dimin*a berdiri ------------------------------------------------------------------------ ---------------------------- Hadirin. hadira* )ang dih rma*i. Ma,(is graduasi dimu(akan dengan n)an)ian Lagu Negaraku. &angsa J h r dan (agu sek (ah Ma,(is mempersi(akan #ang berbahagia Tn H, N rdin b mahmud Dan *e*amu*e*amu keh rma* ser*a para hadirin un*uk mengambi( *empa* )ang *e(ah disediakan &ismi((ah44a(hamdu(i((ah hi rabbi( 1 #ang berbahagia Tn H, N rdin & Mahmud. ke*ua pen ( ng pengarah sek* r pengurusan sek (ah aki( rasmi pengarah &hg 'end Teknik Dan 5 kasi na(. !em 'e(a,aran Ma()sia 2 #ang dih rma*i Tn H, Md Je(an & Saadan 'ega3ai 'e(a,aran Daerah A( r Ga,ah 6 #ang berusaha Tn H, M hd Shaari &in Hussain. 'enge*ua SMTDSM% 7 #ang berusaha8 dih rma*i 'n H,h pa*imah &* H, *hman. Guru pen ( ng !anan 'en*adbiran sek (ah 9 #ang dikasihi 'uan Sermaini b*e 'ien. #D' 'I&G SMTDSM%

Upload: abd-rahman

Post on 05-Oct-2015

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

MAJLIS GRADUASI TAHUN 2012

MAJLIS GRADUASI TAHUN 2012

Mengumumkan perarakan masuk barisan graduan Tahun 6 SK DATO SYED ZAIN ALSHAHAB bagi sesi akademik 2012

Panglima melaka segak bergayaSrikandi negara taat setiaMelangkah kemas penuh ceriaMengecap kejayaan yang di ciptaDengan tabah menempuh duga yang berbisaDengan tabah mendaki lurah ke puncak tinggiSegalanya pasti berjayaBersama janji dan semangat diriBukan mudah menjulang cita yang dibanggaBukan mudah menjejak mimpi jadi realiti

****************************************************************************************************Mengumumkan perarakan masuk barisan pentadbiran SKDSZA , dif2 jemputan dan tetamu kehormat. Warga dewan diminta berdiri

****************************************************************************************************Hadirin, hadirat yang dihormati,Majlis graduasi dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Bangsa Johor dan lagu sekolah.

Majlis mempersilakan Yang berbahagia Tn Hj Nordin b mahmudDan tetamutetamu kehormat serta para hadirin untuk mengambil tempat yang telah disediakan.

Bismillahalhamdulillah hi rabbil...

1. Yang berbahagia Tn Hj Nordin B Mahmud, ketua penolong pengarah sektor pengurusan sekolah. Wakil rasmi pengarah Bhg Pend Teknik Dan Vokasional, Kem. Pelajaran Malysia

2. Yang dihormati Tn Hj Md Jelan B SaadanPegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah

3. Yang berusaha Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain, Pengetua SMTDSMZ

4. Yang berusaha/ dihormati Pn Hjh patimah Bt Hj othman, Guru penolong Kanan Pentadbiran sekolah

5. Yang dikasihi Puan Sermaini bte Pien, YDP PIBG SMTDSMZ

6. Pengetua2 atau wakil2 sekolah menengah kawasan Alor Gajah dan sekolah menengah teknik negeri Melaka, Pegawai Perhubungan Sekolah dari Balai Polis Alor Gajah, Pegawai pemuafakatan sekolah, dif2 jemputan,Guru-guru penolong kanan, Guru-guru Cemerlang, guru-guru rakan seperjuangan, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBG, Ibubapa dan penjaga pelajar, serta para graduan yang diraikan seterusnya hadirin-hadirat yang dimuliakan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

SMTDSMZ tersergam indahDari jauh tampak berseriBangunan lama dan baru berganding megahPepohon angsana berbaris-barisPepohon nyiur berbanjar-banjarDewan burhanudin helmi tempat bersatuPentas utama penyaksian anugerahPara graduan segak menawanMemakai jubah indah dan tampanTersenyum bangga menerima watikahHari ini penuh keramatSegala usaha berjuta hikmatKepada graduan kami pertaruhkanSelautan hasrat segunung harapan

Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan majlis graduasi bagi sesi akademik 2008/2009 ini.

Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih, terutama kepada yang berbahagia Tn Hj Nordin B Mahmud dan semua para hadirin di atas kesudian meluangkan masa, bersama-sama kami dalam menjayakan majlis graduasi pada kali ini. Semoga dengan kehadiran kalian dapat menyuntik bara semangat kepada para bakal graduan bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2009.

Duduk bersama satu tujuanIndah majlis gilang gemilangMohon doa kupohon tuhanSemoga Majlis peroleh keberkatan

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz jaini b saiman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya di persilakan********************************************Bacaan Doa*****************************************Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada pihak sekolah kepada putera-puteri datuk seri mohd zin yang berjaya dalam pencapaian peperiksaan percubaan sijil pelajaran malaysia baru-baru ini. Seramai 261 orang pelajar tingkatan 5 akan di graduasikan sebentar lagi.

Buat makluman hadirin, terdapat 2 aliran utama dalam sesi pengajian 2008/2009 di SM teknik datuk seri mohd zin ini. Aliran yang ditawarkan ialah aliran teknik yang terdiri daripada beberapa kursus pengajian iaitu Pengajian kejuruteraan awam , pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik dan perdagangan. Manakala dalam aliran vokasional pula ditawarkan kursus pengatucaraan komputer, pengurusan perniagaan, automotif, elektrik dan elektronik, bahan binaan, amalan bengkel mesin dan kimpalan fabrikasi logam.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis graduasi sesi akademik 2008/2009 ini diraikan khusus untuk putera-putera dan puteri-puteri datuk seri mohd zin sebagai peransang kepada anak didik kita mencapai kejayaan dalam segala bidang yang bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam keputusan SPM 2009 kelak.

Majlis ini juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah para graduan. Diharapkan ia dapat di jadikan obor semangat kepada para graduan untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari mendatang.

Kepada para bakal graduan datuk seri mohd zin, di harap sentuhan majlis ini juga dapat membuatkan anakanda tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh barisan pendidik mithali teknik datuk seri mohd zin. Kami berharap, anakanda dapat mencurahkan jasa dan bakti kepada bangsa dan negara sebaik sahaja melangkah keluar mengakhiri sesi pengajian di perkampungan teknik datuk seri mohd zin ini.

Yang berbahagia dan Hadirin hadirat yang dimuliakan,Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.************************************ucapan Tn pengetua*************************************Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini majlis dengan sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Nordin B Mahmud ketua penolong pengarah sektor pengurusan sekolah, Wakil rasmi pengarah Bhg Pend Teknik Dan Vokasional, Kem. Pelajaran Malysia untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis graduasi bagi tahun 2009.Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan***********************************Ucapan Tetamu Kehormat***********************************

Berilah kami haluan kemudiPengobat hati menanti harapanUcapan diberi penuh berertiAmanat tuan jadi pegangan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tetamu kehormat atas ucapan dan pengisytiharan graduasi sesi akademik 2008/2009 SMT DSMZ

****************************************************************************************************Hadirin-hadirat warga dewan sekelian,

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian anugerah dan sijil graduasi kepada graduan-graduan SMT DSMZ.

Terdapat 2 anugerah yang bakal di anugerahkan kepada para graduasi sebentar lagi. Anugerah itu adalah anugerah pengetua dan anugerah mata pelajaran terbaik. Sehubungan dengan itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan yang berusahaTn Hj Mohd Shaari untuk menjemput dan mengiringi tetamu kehormat Yang Berbahagia Tn Hj Nordin B Mahmud bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Berikut diumumkan penerima anugerah pengetua dimulakan dengan

Aliran teknik

1 MOHD NAZDRI B SHAFIE PKA 1 3.282 NASRUL FAIQ B KHAIRIL

MP TERBAIK- MATEMATIK- LUKISAN KEJURUTERAAN PKA 1 3.263 MOHD FAIZAL B ABD JALIL ALFA 3.214 MOHD NUR FARHAN B HAMDAN ALFA 3.045 MOHD HAFIZ SAIFULLAH B SATIA ALFA 3.00

Aliran vokasional 6 MOHD FARID B ABD LATIF

MP TERBAIK- SAINS- FUNDAMENTALS OF PROGGRAMMING- PROGRAMMING AND DEVELOPMENT TOOLSPCK 3.747 MOHD SYAFIQ B MOHD SIDEK AUTO 3.638 IHSAN FIKRI B ABD AZIZ EE 2 3.629 HILMI SYAHIRAN B NAZARUDDIN AUTO 3.5610 MOHD SUFIYAN B ABD RASHID EE 2 3.53

Majlis mempersilakan penerima anugerah mata pelajaran terbaik, dimulakan dengan penerima

1 MUHAMAD NUR FIKRI B MAT DERIS EE 1 BAHASA MELAYU2 NUR AMIRAH BT HARIS PKA 1 BAHASA INGGERIS3 NURUL ASYILAH BT YUNOS PERD PENDIDIKAN ISLAMPRINSIP AKAUN4 VINOD A/L MOHAN EE 1 PENDIDIKAN MORAL5 AHMAD HANAFI B MD RAZAK AUTO APPLIED SCIENCE6 MOHD ARIF B JAMLUS BETA PENG KEJ EL DAN ELK7 NORASHIKIN MOHAMAD RASOL PERD PRINSIP AKAUN8 MOHAMAD YUSUF B JAAPAR ABM PEMESINAN BERKOMPUTER9 MOHD AMIR HAIKAL B JALALUDIN ABM AMALAN BENGKEL MEKANIKAL10 MOHD KHAIRIL B MISRAN ABM AMALAN BENGKEL MEKANIKAL11 MOHD B RAMRAN AUTO AUTOMOTIF KENDERAAN12 NUR MOHD FAIZ B KHALED AUTO AUTOMOTIF EL DAN DIESEL13 MOHD AMIRUDIN ISHAK BB BAHAN BINAAN14 MOHD NIZAM B SUHAIMI EE 1 APLIKASI EL DAN ELK15 MOHD HAFIZ B MD SHOLEH EE 2 PRINSIP EL DAN ELK16 MOHD SYAFIQ B ABD RAHIM KFL KIMPALAN ARKA17 NUR SYAHIRAH BT MOHD SALLEH PPN PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Majlis mempersilakan penerima anugerah sijil graduasi kepada 261 orang pelajar SMT DSMZ. Pemberian sijil graduasi dimulakan dengan aliran vokasional daripada kursus amalan bengkel mesin.

Sijil Graduasi Aliran Vokasional

Sijil Graduasi Aliran Teknik

Demikianlah tadi berakhirnya pemyampaian anugerah2 dan sijil2 graduasi yang telah disempurnakan oleh tetamu kehormat.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran para tetamu-tetamu kehormat yang telah sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kita pada pagi ini, majlis berbesar hati memberikan cenderamata tanda terima kasih kami kepada semua para tetamu kehormat.

1. Majlis mempersilakan Yang Dikasihi Pn Sermaini Bt Pien, Pengerusi YDP PIBG SMTDSMZ untuk menerima cenderahati..dipersilakan

2. Majlis mempersilakan Yang Di hormati Tn hj Md jelan B saadan Pegawai pendidikan daerah alor gajah untuk menerima cenderahati..dipersilakan

Sebagai tanda terima kasih di atas kesudian yang berbahagia tuan hj nordin b mahmud atas penyempurnaan majlis graduasi bagi sesi akademik 2008/2009 sebentar tadi, majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia tuan.

Jesteru itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yg berusaha, Tuan pengetua untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan dari warga SMT DSMZ.Majlis mempersilakan.**************************************penyampaian cenderamata**************************** Cantik jambangan bunga disusun,Bunga orkid, cempaka, melatiBudimu bagaikan air terjun,Mengalir terus tanpa henti.

Tenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut tersebut,Budi yang baik rasa nak junjung.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepadaYg berbahagia tn hj nordinYg dihormati PPD alor gajahYg berusaha Tn Pengetua Yg dikasihi YDP PIBG dan Semua ahli jawatankuasa kerja majlis graduasi sesi akademik 2008/2009 yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan majlis graduasi yang penuh bermakna pada pagi ini. Dengan ini berakhirlah sudah majlis gradusi SMT DSMZ bagi sesi akademik bagi tahun 2008/2009

Mengumumkan perarakan keluar tetamu kehormat Yg Berbhg dif2 jemputan dan barisan pentadbiran SMTDSMZ. Warga dewan diminta berdiri*******************************************************************************************************Mengumumkan perarakan keluar para graduan seramai 261 graduan bagi sesi akademik 2008/2009