majlis anugerah cemerlang 2015

7
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015 1. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang berusaha …………………….., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendid Negeri ………… diumumkan masuk dan terus berdiri untuk nyanyian LAGU NEGARA KU 2. Kerasama uga dipohon untuk mematikan te!e"on bimbit atau menukarkan kepada mod getar # $%LEN&E M'(E ) *. Kerasama dipohon agar para hadirin tidak meningga!kan ma!is sebe!um berakhir atur+ara PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan yang berusaha ………………….., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri ………………………… LAGU NEGARAKU Me!ayang serindit di atas permatang Merbah berki+au di huung muara ,emanis kata se!amat datang- A a! /ismi!!ah pembuka bi+ara. . Yg /erusaha . ....................... -Ketua $ektor- $ektor ,engurusan ,embangunan Kemanusiaan- Jabatan Pendidikan Negeri ………………….. Yang Berusaha …………………………., Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Yang Berusaha ……………………….., Yang Dipertua Persatuan bu Bapa dan !uru Sekolah Menengah Kebangsaan…………………. Yang berusaha "uan#"uan Pengetua dan "uan#"uan !uru Besar sekolah sekitar Kompleks Pendidikan serta $akil, %JK PB!, "uan#"uan Penolong Kanan, !uru#guru Kanan, !uru#guru, Para $aris dan seterusnya pela&ar#pela&ar 'emerlang yang dirai (

Upload: kerisanjasmara

Post on 02-Nov-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2015

1. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang berusaha .., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri diumumkan masuk dan terus berdiri untuk nyanyian LAGU NEGARA KU2. Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon bimbit atau menukarkan kepada mod getar ( SILENCE MODE )3. Kerjasama dipohon agar para hadirin tidak meninggalkan majlis sebelum berakhir aturcara

PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan yang berusaha .., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri

LAGU NEGARAKU

Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

.Yg Berusaha . ....................... ,Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri ..

Yang Berusaha ., Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan

Yang Berusaha .., Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan.

Yang berusaha Tuan-Tuan Pengetua dan Tuan-Tuan Guru Besar sekolah sekitar Kompleks Pendidikan serta Wakil, AJK PIBG, Tuan-Tuan Penolong Kanan, Guru-guru Kanan, Guru-guru, Para Waris dan seterusnya pelajar-pelajar cemerlang yang diraikan.

Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya, sekali lagi kita dapat berkumpul di dewan yang indah ini sempena Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan .. tahun 2015

Majlis mengalu-alukan kehadiran yang berusaha , Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan tuan-tuan dan puan-puan sekelian ke majlis ini .Kehadiran anda semua menjadikan majlis anugerah ini lebih berseri dan bermakna

Anak merbah di ranting palasPatah ranting terbanglah iaDengan hati yang tulus ikhlasDengan Doa majlis dimula

Memulakan majlis , marilah kita sama-sama menadah tangan memohon kehadrat Ilahi agar majlis kita pada hari ini dirahmati dan diberkatinya. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan . untuk melafazkan doa.Dipersilakan

DOA

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada diatas bacaan doa itu tadi.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian

Majlis seterusnya mempersilakan .., Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan .. untuk menyampaikan ucapan dan laporan sekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

LAPORAN PENGETUA

Demikianlah tadi ucapan dan laporan sekolah yang telah disampaikan oleh Pn Hajjah .. , Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan . Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Hadirin sekelian,

Majlis seterusnya mempersilakan yang berusaha ., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan .untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan tahun 2015 . Dengan segala hormatnya dipersilakan

UCAPAN PERASMIAN

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha .., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan diatas ucapan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekelian

Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan dari kumpulan nasyid dengan lagu

PERSEMBAHAN SELINGAN -NASYID

Terimakasih diatas persembahan yang sangat menghiburkan

Kini tibalah saat yang ditunggu-tunggu, kemuncak kepada majlis kita pada hari ini iaitu majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ..,Pengetua Sekolah Menengah . untuk menjemput dan mengiringi yang Berusaha .., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

PENYAMPAIAN HADIAH

Majlis dimulakan dengan penyampaian Anugerah Kecemerlangan........................................................................:

Dijemput :

Seterusnya disampaikan anugerah kecemerlangan bagi pelajar tingkatan.....................

Dijemput:

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah khas panitia. Anugerah ini adalah anugerah berdasarkan kepada peningkatan pencapaiaan peperiksaan awam. Bagi peningkatan Peperiksaan Menengah Rendah ( PMR ), dijemput wakil dari panitia .............................,

Seterusnya .Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) Dijemput Panitia.....................................

Sidang Hadirin yang dihormati sekalianMajlis anugerah cemerlang pada tahun ini diserikan lagi dengan 2 anugerah khas iaitu Anugerah Jasamu Dikenang dan Anugerah Khidmat Bakti.

Anugerah Jasamu Dikenang diwujudkan bagi menghargai jasa guru-guru yang pernah berkhidmat di ........................................

Dijemput

Yang Berusaha ................................. (....................... merupakan penolong kanan pentadbiran di sekolah ini yang mula berkhidmat dari 16 April 2010 hingga .1 Oktober 2014 . Kini beliau merupakan pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan ..........)

Seterusnya Yang Berusaha ............................................ (...................... mula berkhidmat dari 1 Disember 2012 dan telah mengakhiri perkhidmatan beliau selaku PenolongKanan Hal Ehwal Murid di sekolah ini pada 1 Disember 2014)

Seterusnya Anugerah Bakti iaitu anugerah khas bagi menghargai perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan oleh pekerja swasta yang berkhidmat di .......................

Dijemput....................................

SELESAI PENYAMPAIAN HADIAH

Begitulah tadi berakhirnya majlis penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tahun ini. Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada .., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan diatas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi

Pepatah lama mengatakan, Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa, indah tampan kerana budi, indah bangsa kerana bahasa. Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan warga sekolah, dijemput tuan Pengetua untuk menyampaikan cenderahati kepada yang berusaha

CENDERAHATI DIBERI OLEH PENGETUA

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Pengetua untuk menjemput dan mengiring Yang Berusaha mengambil tempat yang disediakan.

KEMBALI DI TEMPAT DUDUK

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekelian

Majlis kita diserikan lagi dengan persembahan daripada para pelajar . Persembahan yang bakal bermula sebentar nanti dimulai dengan alunan syair dendangan ..disusuli pula dengan persembahan daripada pelajar-pelajar pendidikan khas dengan deklamasi sajak bertajukAkan menyusul setelah itu adalah persembahan Coral Speaking yang bakal dijayakan oleh 30 orang pelajar dari kelas dan diakhiri dengan persembahan Koir dari kelas ..

Hadirin sekelian, marilah sama-sama kita menikmati persembahan istimewa daripada pelajar-pelajar .. Dipersilakan.

PERSEMBAHAN

Demikian tadi persembahan yang sangat menghiburkan daripada para pelajar .. di bawah bimbingan . serta rakan-rakan Terima kasih .Lagu Melayu dikarang puitisDinyanyikan oleh para biduanSudah berakhir rupanya majlisKita sampai ke hujung jalan

PENUTUP

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian

Selesailah sudah Majlis Anugerah Cemerlang .bagi tahun 2015. Majlis sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berusaha ., Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan di atas kesudian hadir dan merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang tahun 2015.

Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada Yang Dipertua PIBG . kerana telah menaja jamuan buat semua tetamu , Jawatan kuasa PIBG dan pengurusan sekolah atas sumbangan saguhati , Pihak Koperasi . yang turut menyumbang plak kepada pelajar-pelajar cemerlang serta seluruh warga sekolah dan tetamu yang turut sama-sama menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang tahun 2015

Kami bagi pihak jawatankuasa majlis menyusun sepuluh jari memohon ribuan kemaafan jika terdapat kekurangan dan kecacatan sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis juga dengan berbesar hati mempersilakan semua tetamu kehormat untuk menikmati jamuan yang disediakan di kafetaria sekolah manakala jamuan buat semua waris dan penerima hadiah disediakan di kelas tingkatan . berhadapan dewan ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan Pengetua menjemput dan mengiringi Yang Berusaha ..dan para tetamu kehormat meninggalkan majlis. Dipersilakan.

Sekianwabillah hitaufik wal hidayah wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh. Terima kasih6