macam2

Upload: udakanna

Post on 07-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

uina...macam2 ada

TRANSCRIPT

Resepi Ayam Goreng Ala KFC

Perap untuk sejam:1 ekor ayam potong7 ulas bawang putih tumbuk2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)1 sudu serbuk kari ayamsecubit ajinamotosecubit soda bikarbonatgaram 2 sudu tehair sedikit nak bagi rempah senang serapBahan untuk tepung salut :2 cawan tepung jagung1/2 cawan tepung gandum1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)garam secukup rasasecubit soda bikarbonat1biji telur

Cara-cara:1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahanperap tadi.2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalambekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsaluttelur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salutrata . .tidak mengotorkan tangankan?4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayamtenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masak dan hidangkan

Resepi tauhu berlauk (Tak Cuba rugiiii..memang sedappp)

Bahan

4 ketul tauhu2 tiub tauhu jepunudang @ isi ayamcili merahdaun bawangdaun suptelur 4 bijigaram, serbuk lada putih, serbuk perasacaranya:blender tauhu, tauhu jepun, telur 2 biji, udang @ isi ayam.

lepas tu masukkan hirisan daun bwg & ciili merah.perasakan garam ,serbuk lada putih & maggi secukup rasa.gaul ratalepas tu masukkan bahan bancuhan tadi dlm bekas plastic dan kukus..lepas tu potong saiz yg dikehendaki..pukul 2 biji telur..celup & goreng..

CARA-CARA MEMBUAT KUAH ROJAK

1 sudu petis udang ( kalau takde pun xpe ) cuma nanti x naik bau..3-4 cm belacan yang telah di bakar10-15 biji cili api..dikisaratau ditumbuk3 sudu cili kering yang telah diblender1 botol kicap kipas udang yag manis tu3/4 botol sos cili (botol kecil jer)3/4 bungkus gula biasa yang peket 1kg tu..Cara-caracampurkan semua bahan-bahan dalam periuk..biarkan menggelegak dan kacau la sekali sekala..siap masak..api tu sedang2 jerla..biarkan sejuk dulu..kemudian barula dimakan dengan buahan2..jambu batu, jambu air, timun, mangga muda..dll..

RENDANG DAGING

1kg daging dihirisBawang putihBawang merah2 batang serai3 inci lengkuas2 inci kunyit hidup10 tangkai cili kering ( rebus dahulu)1 sudu makan ketumbar1/2 jintan manis1/2 jintan putih1/2 lada hitam( kisar semua bahan di atas kecuali daging)- 2 kuntum bunga lawang- 1 helai daun kunyit- 3 helai daun limau purut- 1 mangkuk santan pekat- 1 mangkuk air- 1 helai asam keping- 3 sudu makan kerisikCARA-CARANYA1. Tumis bunga lawang sehingga naik bau, kemudian masukan bahan2 kisaran tadi. Tumis sehingga betul2 pecah minyak.2. Masukan daging kacau sehingga sebati dengan rempah tumisan tadi, kemudian masukan santan pekat biarkan seketika sehingga agak menggelegak.3. Masukan kerisik, asam keping, perisa garam dan gula beserta air.4. Apabila kuah nak kering barulah masukan daun kunyit dan daun limau purut.5. Masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak.Selamat mencubaKEK MARBLE CHEESE

BAHAN A250gm mentega60gm serbuk koko3 biji telur250gm tepung gandum380gm gulaCampur kesemua adunan dan pukul hingga kembang

BAHAN B500gm cream cheese130gm gula halus1 sudu teh esen vanila2 biji telur3 sudu makan tepung gandum

Pukul hingga kembang. Kalau nak adunan cheese nya tinggi gandakan adunan cheese. Kukus berlapis2 atau kukus adunan coklat hingga masak...baru masukkan adunan cheese...kukus lagi hingga masak..Acuan 7x7....kalau adunan cheese 2x guna acuan 8x8

Resepi Cheese Cake Marble

Bahan-Bahan :6 keping keju - ( jenama ikut pilihan masing2)1/2 cawan susu cair*1 cawan gula kasar1 cawan marjerin2 cawan tepung kek - jenama NONA2 sudu besar koko3 biji telursedikit esen vanilaCara-cara Menyediakan:1. Panaskan bahan bertanda sampai cheese cair dan kacau supaya x bergentel.2. Masukkan gula dan kacau sampai gula hancur biarkan sejuk3. Pukul telur,majerin dan esen vanila lalu masukkan dalam chesse tadi dan kacau hingga sebati4. Masukkan tepung kek sedikit2 dan kacau secara kaup balik5. Bahagikan kepada 2 bahagiansatu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian lagi warna asal6. Masukkan dalam loyang yang dah disapu majerin dan alaskan kertas secara selang seli dan lorekkan dengan lidi7. Kukus hingga masak

Resepi Kuah Satay (kuah kacang)

Bahan - bahan:

600 gm kacang tanah - disangai (digoreng kering)5 biji bawang besar cawan cili kering - dikisar1 cawan gula melaka1 sudu besar gula pasir - saya tambah1 cawan minyak mazola2-3 cawan airGaram secukup rasa - saya guna 1/2 sudu besar garam halusCARA - CARA MEMBUAT :

Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Ketika kisar dalam blender, guna air secukupnya untuk gerakkan blender. Jangan terlalu banyak sangat air.

Bawang besar dimayang. Kemudian panaskan periuk guna 1 cawan minyak dan tumislah bawang hingga wangi. Kemudian masukkan cili kering kisar dan goreng sampai naik minyak.

Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend. Masukkan sebanyak kira kira 2-3 cawan air.

Bila sudah menggelegak, masukkan gula melaka dan garam. Kuah kacang mesti ada rasa manis sikit.

Kuah satay akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak mengagak banyak mana air yang hendak diletak.

Nota:Sedap dimakan dengan satay, nasi himpit, bawang hiris, timun dan cili api bubuh kicap..dan boleh juga dijadikan kuah untuk makanan2 lain yang bersesuaian

Boleh goreng kacang tanah bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali hingga separuh halus. Atau Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.

Jika lebih, boleh disimpan di dalam freezer untuk tahan lama.

Ayam goreng berempah yang rangup...mmg selalu goreng ayam mcm ni..anak2 pun berselera makan... Pernah anak beli kat pasar malam mak aiii harga boleh tahan rm8 sebungkus dgn nasi kukus.. bawak duit rm10..beli nasi kukus tu je dpt mmm...jom buat sendiri puas hati, bersih dan menjimatkan dan insyaallah dgn bacaan bismillah dan zikir2 hidangan kita pasti bertambah lazat...Resepi

1 ekor ayam dipotong kecil atau mengikut kesukaan anda(dibersihkan dan di salut tpg gandum sekejap utk hilangkan hanyir)

1 inci halia**2 biji bawang besar**5 ulas bawang putih**7 batang serai**

1 sudu besar ketumbar (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)1 sudu besar jintan manis (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)2 tangkai daun kari dibersihkan dan diramas/dicarik1 sudu besar cili kisarsedikit kunyit (terpulang nak yang segar atau serbuk)garam dan gula sikit (pengganti ajinomoto) nak guna ajinomoto pun terpulang3 sudu besar tepung jagung1 biji telor (dipukul dahulu)2 sudu besar rempah kari ayam

caranya

ayam dibersihkan setelah disalut dgn tpg gandum..

semua bahan yang bertanda ** dikisar dengan sedikit air ..kisar hingga serai hancur.. kemudian tumbuk ketumbar, jintan dan kunyit hingga hancur..

dlm bekas satukan semuanya bahan rempah. telor, daun kari dan tpg jagung serta serbuk kari.. tambah garam dan sedikit gula ..rasala sikit atau agak2 ye rasanya..kemudian masukkan potongan ayam..gaul sebati.perap selama 1 jam atau lebih

biarkan ayam tersebut 1 jam ke atas la..kalau lama sangat masukkan dlm peti ais..time nak goreng kluarkan dan goreng..

Panaskan minyak kemudian perlahan api aras sederhana.. (saya goreng dlm periuk sederhana kecil separuh minyak) masukkan ayam ...goreng sehingga mendpt warna seperti dibawah . toskan ayam ni diatas tisu serap minyak.insyaallah hasilnya serdak garing dan rangup shingga ke petang..selamat mencuba...

Acar keropok--------------6 btng timun (ikut suka)4 biji bwng putihlobak merahcili besar4" halia( hiris n jemur kejap jgn sampe trlalu layu)4 biji bwng merah5 tangkai cili keringkunyit hidup seckpnya4 ulas bwng putih( kisar )1cwn cuka11/2 cwn gula1 cmt serbuk kayu manis (kmek sik ngkah)1 cmt serbuk bunga cengkih (kmek sik ngkah)@klu suka tmbh udang kering - kisarlenga - d aruk (optional)~Tumis bhn kisar~msk cuka, gula, biar mndidih- msk serbuk bunga cengkih n serbuk kayu manis bila dh mndidih kecilkn api- msk bhn hirisan td kacau n mskkn lenga kacau- sejuk kn simpan dlm balang

HORLICKS STRAWBERRY CHEESE CAKE (repost sbb xjelas sgt resipi td )

BHN2;*250G BUTTER*250G CREAM CHEESE*SUSU PEKAT 1/2TIN(TIN TINGGI )*1/2CWN GULA*2 1/2CWN TPG GNDUM (BYK PILIHAN TPG )*1SB OVALETE*1/2CWN SUSU SEJAT*5BJ TELUR*SDIKIT PERASA STRAWBERRY*PEWARNA MERAH*100G HORLICKSCARA2:-PUKUL BUTTER +SUSU PEKAT +CREAM CHEESE SMPAI GEBU MSUKKN GULA, PUKUL LG-MSUKKN OVALETE, THEN MSUKKN TELUR SATU PERSATU-MSUKKN TPG SDIKIT DMI SDIKIT, diikuti SUSU SEJAT-BILA DH DPUKUL RATA, BHGI KPD. 2BHGN

1.BHGN1 (DCAMPUR DGN STRAWBERRY PASTE DGN SDIKIT PWARNA MERAH2.BHGN2(DCAMPUR DGN 100GHORLICKS TADI. (WARNA ASAL )

-THEN KUKUS SELAPIS DEMI SLAPIS SMPAI HBIS. TQ

Mi Hokkien.

Bahan-bahan:

2 sudu besar Minyak masak1 sudu besar Bawang putih cincang200g Kubis, dipotong 1 cm1 sudu besar Perencah pati Ayam3 cawan Air500g Mi KuningSedikit Bawang goreng1 sudu teh Tepung jagung, digaul dengan 1 sudu besar air

Bahan-bahan A:100g Udang, dibersih dan dikupas kulit100g Sotong, dibersih dan dipotong gelang100g Filet ayam, dihiris1 keping Kek ikan, dihiris

Bahan-bahan B (perencah):1 sudu besar Kicap pekat sudu teh Serbuk Lada Putih.

1 sudu teh Garam

Hidang bersama: Sambal belacan

Cara Menyediakan:(1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkanair dan perencah pati ayam biar mereneh.

(2) Tambah masuk kubis dan mi kuning. Kacau sebati & reneh selamabeberapa minit.

(3) Masukkan bahan-bahan (A) bersama dengan bahan-bahan (B). Bubuh air tepung jagung.

(4) Hias dengan bawang goreng dan hidang panas dengan sambal belacan.

* MEE BANDUNG

Bahan-bahan:500g Mee kuning dicelur200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)100g Udang hidup/Sotong100g Sawi7 cawan Air cawan Sos tomato2 biji Telur1 sudu besar Perencah pati ayamSecukup GaramSecukup GulaSecukup Minyak untuk menumis

X: dikisar halus cawan Udang kering20 tangkai Cili kering10 ulas Bawang merah3 ulas Bawang putih3 sudu besar Kacang goreng, dikisar2 batang Serai, dititik1 biji Keledek, direbus dan dikisar

Cara Menyediakan:

(1) Panaskan minyak, tumis (X) hingga wangi kecuali keledek.

(2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.

(3) Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.

(4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.

(5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.

* Kuey Tow Ladna.

Bahan-bahan : - Sebungkus kuey teow -basuh, toskan kemudian perap dengan kicap manis sebentar.Kemudian di goreng tanpa minyak . 15 ekor udang Isi ayam Daging 4 ulas bawang putih - di tumbuk 3 sudu makan sos tiram 2 sudu makan sos ikan 1 kiub pati ayam 5 biji cili api - ditumbuk sedikit lada hitam / putih - di tumbuk 1 biji Lobak Merah - dihiris seikat sawi - dipotong sedikit tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air utk memekatkn kuah Bawang goreng dan daun sup untuk hiasa.Cara-cara1. panaskan minyak. masukkan bawang putih dan goreng sehingga kekuningan dan naik bau..Kemudian masukkan ayam dan daging yg dipotong kecil.2. Bila ayam & daging dah masak, masukkan sos tiram dan sos ikan... goreng seketika. Kemudian masukkan air.3. masukkan kiub ayam dn biarkan mendidih seketika..kemudian masukan lobak merah terlebih dahulu.4. masukkan udang, cili padi, sawi, lada hitam/putih tumbuk dan garam.5. masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn air utk memekatkan kuah.6. setelah kuah masak bolehlah dihidang bersama kueh teow panas-panas7. taburkan bawang goreng, daun sup dan limau nipis...

* Kuey Tiow Kungfu.

Bahan A400 gm kuey teow5 biji telur [ dipukul]

Bahan B100 gm udang basah [buangkan kulit]150 gm ayam [dihiris]1 biji panjang fish cake [potong nipis]3 ulas bawang putih [dicincang]100 gm brokoli [dipotong]100 gm bunga kobis [dipotong]100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]5 tangkai baby corn2 sudu besar minyak masak2 s/b tepung jagung ]1 cawan air ] bancuhkan1 cawan air rebusan ayam2 s/b sos tiram1 s/b lada sulahgaramminyak

Cara Penyediaan1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas

* Kuey Tiow Kantonis.

Bahan-bahan : -

1 pkt Kuey Tiow ( dicelur )isi ayam,udang dan sotong ( terpulang nak banyak mana )2 keping fish cake dipotong nipis1/2 biji lobak merah dibelah dua dan ptg menyerong2 tangkai sawi ( dipotong )sedikit kobis ( dihiris halus )3 biji telur dipukul3 sudu besar sos tiram2 sudu besar tpg jagung dibancuh dgn skit air1/2 sudu teh minyak bijan2 ulas bawang putih dicincang1500ml air1 sudu teh lada sulah

Cara Penyediaannya : -

1. Tumis bawang putih sampai garing.masukan air sebanyak 1500ml.2. Masukan lobak merah,isi ayam,udang,sotong dan fish cake.biarkan sampai melegak.3. bila dah melegak masukkan sos tiram,lada sulah,tpg jagung dan telur.4. kacau perlahan-lahan supaya telur dan tpg tidak berketul-ketul.5. masukan sayur sawi,kobis,minyak bijan,garam dan gula secukup rasa.6. Letakkan kuey tiow atas pinggan dan curahkan kuahnya.

Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulubahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu ye

170gm marjerin atau butter50gm gula aising1 biji telur Gred C290gm tepung gandum1 sudu kecil esen vanillaacuan tart

Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni.Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

Bahan-bahan cheese:

250gm cream cheese50gm gula kastor / gula halus1 biji telur Saiz B sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.tambahan : saya bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell saya dapat buat dalam 40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba!smile emoticonTop of Form

Resepi Biskut Famous Amos

Bahan-bahan:

1 cawan butter1 1/2 cwn tepung gandum1/2 cwn tepung jagung1 s/k soda bicarbonat1 cawan gula halus1 cawan gula perang2 1/2 cawan oat yg dimesin halus (sukat oat dan kemudian dimesin hingga halus)12 oz. chocolate chips (eryne gune brand Hershey)1/2 s/k garam9 oz. chocolate Cadbury (parut)2 biji telur1 s/k baking powder1 1/2 cawan chopped nuts (eryne gune walnut, almond & hazel)1 s/k vanillaCara:

1. Pukul butter dan gula hingga gebu.2. Masukkan telur dan vanilla, campurkan tepung, oat, garam, baking powder dan soda bikarbonat.3. Masukkan chocolate chips Hershey, Cadbury bar (yg dah di parut) dan kekacang, sebatikan semua bahan dan gaul rata.4. Kemudian sudukan ke dalam loyang dlm jarak 2 inci.5. Bakar dalam 15min pd suhu 170 degree celcius.

Popia basah |www.BukuResepi.comOleh : Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Bahan-bahan untuk kulit popia:

4 cawan tepung gandum 1 biji putih telur Sedikit garam 1 sudu teh cuka Air secukupnya (lebih kurang 2-2 1/4 cawan)

Bahan inti:

Bawang merah dicincang Bawang putih dicincang Isi ayam atau udang dihiris kecil (tak letakpun ok) Sengkuang diparut atau hiris halus Lobak merah diparut atau hiris halus Tauhu digoreng dan dihiris halus Kacang panjang dihiris Taugeh Minyak untuk menumis Garam Sedikit kiub pati ayam jika suka Sedikit lada sulah Sedikit air Bawang goreng Kacang tanah goreng ditumbuk Telur didadar dan dihiris nipis atau digoreng hancur Minyak untuk menumis

Bahan sos:

1 cawan cili kisar 1/2 labu bawang besar dikisar/tumbuk 3 ulas bawang putih ditumbuk Sedikit udang geragau ditumbuk 2 sudu makan sos cili Air asam jawa 2 genggam bawang goreng diramas Sedikit kicap pekat Gula Garam

Cara membuat kulit popia: satukan semua bahan dan gaul hingga sebati. Kepekatan adunan adalah seperti adunan cokodok. Ketepikan selama 2-3 jam pada suhu bilik. Panaskan kuali leper nonstick menggunakan api kecil. Ambil sedikit adunan dan sapu pada permukaan kuali membentuk bulatan. Biar sebentar sehingga masak. Angkat. Ulangi proses ini sehingga habis.

Cara membuat inti: panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih biar layu. Masukkan isi ayam atau udang dan kacau sehingga masak. Masukkan sayur-sayuran dan sedikit air. Masukkan juga kiub pati ayam jika suka serta garam dan lada sulah. Kacau hingga kering. Angkat dan masukkan tauhu serta telur. Gaul rata.

Cara membuat sos. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, udang geragau dan cili kisar. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan air asam jawa, gula, garam, kicap, sos cili dan bawang goreng. Renihkan sehingga pekat.

Cara menyediakan popia basah: ambil sekeping kulit popia dan sapu sedikit sos di tengahnya. Kemudian letakkan inti. Tabur sedikit kacang goreng tumbuk serta bawang goreng di atasnya. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis. Jika suka boleh letakkan lebihan sos di atas popia yang dah digulung dan tabur bawang goreng serta kacang tanah tumbuk di atasnya.

KEK LAPIS ASIA JAYA

Bahan2:500g butter10 biji telur gred A1 gelas gula halus1 tin susu manis1 1/2 gelas tepung gandum200g horlick200g milo1 gelas nestum kuning1 sudu makan esen vanilla1 sudu makan perasa coklat2 bungkus coklat chipsCARA MEMBUAT:1. Pukul gula & butter sampai kembang.2. Masukan telu dan gaul lagi3. Masukan susu, esen vanilla & tepung. Gaul sebati4. Bahagikan kepada 3 bahagian :a. Milo + perasa coklatb. Horlick + pewarna hijauc. Nestum kuning + pewarna kuning5. Kukus warna coklat dahulu ssbanyak 6 sudu makan. Bila sudah masak tabur coklat chips..6. Lapiskn dengan warna hijau dan seterusnya warna kuning.7. Ulang langkah 5 & 6 hingga habis adunan. Apabila sudah habis lapisan, kukus kek tadi selama 1 jam..

RESEPI AYAM BLACK PEPPER

Bahan-bahannya : 5 ketul ayam 6 ulas bawang merah ditumbuk 2 ulas bawang putih ditumbuk 1 inci halia dihiris 1 sudu kecil lada hitam 2 sudu besar sos tiram 4 sudu besar kicap manis beberapa biji cili padi - jika suka 1/2 cawan air 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air Garam dan gula Minyak masak untuk menumisBahan-bahan perap : 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil lada hitam

Cara-caranya :1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.

4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.