m3 definisi pengajaran.doc

20
Definisi Pengajaran Apa dia pengajaran? Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Pengajaran adalah : guru dan murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar, hanya bermakna apabila ada pembelajaran, melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman, melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol, ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian, boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber, meliputi rancangan mengajar (KOPI), proses yang melibatkan interaksi dua hala, ada unsur sains dan seni. Definisi Pembelajaran Apa dia pembelajaran?

Upload: asgettunsally72yahoo

Post on 17-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: M3 Definisi Pengajaran.doc

Definisi Pengajaran

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan

muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk

melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak

dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu

pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Pengajaran adalah :

guru dan murid,

guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,

hanya bermakna apabila ada pembelajaran,

melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,

melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,

ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,

boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid

serta berpusatkan sumber,

meliputi rancangan mengajar (KOPI),

proses yang melibatkan interaksi dua hala,

ada unsur sains dan seni.

Definisi Pembelajaran

Apa dia pembelajaran?

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau

kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,

pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat

dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”. Mengikut

Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai

perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru,

atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Page 2: M3 Definisi Pengajaran.doc

Pembelajaran adalah :

Satu proses yang berterusan,

Secara formal dan tak formal,

Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis& mengira dsb.,

Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.

Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,

Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan

kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran berlaku

sepanjang hayat seseorang manusia .  Proses pembelajaran berlaku di mana-mana tempat dan

pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha sedaya upaya

mengajar  supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu

objektif yang ditentukan.  Pembelajaran akan membawa kepada perubahan pada seseorang .

Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh kematangan seperti berjalan

dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah dianggap sebagai pembelajaran. Kamus

Dewan mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar  untuk memperoleh ilmu

pengetahuan dan menjalani latihan.  Menurut pandangan  ahli kognitif, pembelajaran boleh

ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku yang agak

kekal.  Manakala aliran behavioris pula  berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan

dalam tingkahlaku ,iaitu  cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi

humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat membantu seseorang mencapai sempurna

kendiri dan nilai individu. Teori-Teori pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan

kepada para guru . Menurut  Arif Sukardi (1987),  terdapat beberapa sebab teori-teori

pembelajaran ini perlu dikuasai oleh guru, antaranya ialah seperti berikut:

a) teori pembelajaran membantu guru memahami proses pembelajaran yang

berlaku di dalam diri pelajar itu sendiri. 

b) guru dapat memahami keadaan dan faktor yang mempengaruhi,

mempercepatkan atau melambatkan proses pembelajaran  seseorang. 

c) guru dapat membuat ramalan yang tepat tentang hasil yang diharapkan dari

proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: M3 Definisi Pengajaran.doc

Fasa Pembangunan adalah Jambatan kepada Fasa Analisis dan Fasa Reka Bentuk

Fasa ini merupakan fasa yang mengenalpasti skop, mengenalpasti sempadan masalah

dan mengenalpasti strategi pembangunan sistem maklumat. Setelah kelulusan di perolehi,

penetapan objektif, skop analisis maslah, pernyataan masalah serta kepentingan projek

dilakukan. Proses mengenalpasti dan memahami kehendak sebenar Sistem yang akan

dibangunkan perlu dilakukan supaya tidak lari dari objektif dan skop projek. Pengumpulan

data-data yang berkaitan juga perlu dilakukan agar maklumat yang diperolehi dikumpul,

dikaji dan diproses kerana hasilnya akan memberi kesan kepada keseluruhan sistem.

Fasa Analisis bertujuan untuk memahami keperluan pembelajaran dan

membangunkan satu model logikal bagi sistem yang akan dibangunkan.Antara langkah

penting fasa ini adalah :

a) membangunkan model keperluan untuk proses sistem ini yang mempunyai

penjelasan dan huraian bagi setiap satu prosesnya.

b) Membangunkan satu model logikal proses Sistem Penempahan Temujanji

Secara Atas Talian yang merangkumi model data, proses dan objek di mana

sistem yang akan dibangunkan mesti mempunyai model logikal yang

menghuraikan proses sistem.Seterusnya analisa ke atas teknologi, perisian dan

perkakasan serta pangkalan data yang akan digunakan juga di ambil kira.

Fasa Reka Bentuk akan digunakan di dalam merekabentuk yang mana ia akan

memberi gambaran konsepsual bagi sistem ini. Rekabentuk kawalan dalaman ataupun luaran

sistem akan di bina. Gambarajah konteks akan memberi gambaran secara menyeluruh tentang

sistem ini. Perkara berikut akan dikenalpasti didalam fasa ini:

output,

input,

antaramuka

proses

rekabentuk pangkalan data,

rekabentuk antaramuka pengguna.

Page 4: M3 Definisi Pengajaran.doc

Perbezaan Teori dan Model

Terdapat  beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap

teori  mempunyai  konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan

berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan kepada

beberapa bahagian . Teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu

pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada pengetahuan sedia ada yang

memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. Pada

asasnya, teori-teori pembelajaran masa kini boleh diklasifikasikan kepada empat mazhab yang

utama iaitu, behaviorisme, kognitif, sosialisme dan humanisme.

a)       Teori Tingkahlaku (behaviorisme)

Teori ini diperkenalkan oleh aliran  mazhab behavioris .Mereka berpendapat bahawa

pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu

situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat

diperhatikan .Di antara pandangan atau  definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh

diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan

pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan

pengukuhan. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan ,

pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian.  Di antara prinsip-

prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran

komputer  ialah:

a)       Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif di dalamnya .

Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan  menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu

yang melibatkan pelajar secara  aktif seperti perbincangan dalam    kumpulan, aktiviti

amali, contohnya    amali membuka dan memasang komponen perkakasan komputer.

b)       Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan mudah

mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu. Contohnya dalam

menyampaikan tajuk komponen perkakasan komputer bahan-bahan bantu mengajar

seperti kertas edaran atau hand out disediakan  terlebih dahulu di samping

Page 5: M3 Definisi Pengajaran.doc

penggunanaan slaid powerpoint  dapat menjelaskan sesuatu konsep atau fungsi dengan

jelas.Ini memudahkan pelajar  memahami tajuk yang diajar.

c)       Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat

mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. Penglibatan  

dan perhatian pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran  atau rangsangan

dengan tujuan untuk  memotivasikan mereka bagi mengikuti  

pembelajaran seterusnya. Setiap respon pelajar perlu diberikan  maklumbalas yang

positif. .

d)       Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu

diberi  motivasi.  Setiap kali pelakar berjaya  melakukan sesuatu aktiviti ataupun    

memberikan respon yang betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran

untuk  mengekalkan minat pelajar bagi meneruskan pembelajaran berikutnya. 

Contohnya dalam aktiviti kumpulan pemasangan komponen perkakasan

komputer  dalam kumpulan, guru boleh memberikan ganjaran seperti jumlah 

markah yang tinggi, kakat-kata pujian atau sebarang bentuk tindakan yang boleh

memotivasikan pelajar.

         Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran

tingkahlaku  (Behavioral) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu

pengajaran .  Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik

Konsep  Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses

pengajaran  dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaran pembelajaran

perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik

perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian

seperti  persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang

tajuk  mengenai asas perkasan komputer  ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar

bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada

pengetahuan asas  mengenai perkakasan sistem komputer .  Guru perlu  memberitahu pelajar

Page 6: M3 Definisi Pengajaran.doc

tentang objektif pelajaran  dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan

pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini  amat penting untuk di

pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya  terhadap pelajar .  Selain itu , sebelum

memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang

pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang  telah di pelajari sebelum ini . Guru juga

harus mempersembahkan bahan yang    merangsangkan iaitu  melalui beberapa  soalan , suara

guru haruslah jelas dan  berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga

menggunakan   pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid

projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar

rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah

mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau  memberi tugasan supaya

pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari .   Sebagai contoh , guru memberi tugasan

kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer

terkini di pasaran  tajuk perkakasan komputer  yang telah dipelajari sebelum itu .

b)       Teori Kognitif

Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak

dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkahlaku

seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku dianggap cuma

mencerminkan perubahan dalaman  yang sukar untuk diperhatikan seperti

pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran.  Menurut Bruner untuk mengajar sesuatu

tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak mancapai tahap perkembangan tertentu. Aspek

pentingnya ialah bahan pengajaran harus disediakan dengan baik. Dengan lain perkataan

perkembangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan cara mengatur bahan yang akan

dipelajari dan menyajikannya sesuai dengan tingkat perkembangannya. Penerapan teori

Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan adalah kurikulum spiral di mana bahan

pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah,

disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif mereka. Cara belajar yang terbaik menurut

Page 7: M3 Definisi Pengajaran.doc

Bruner ini adalah dengan memahami konsep, makna dan hubungan melalui proses intuitif dan

seterusnya menghasilkan suatu kesimpulan. 

            Menurut Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognif dari beberapa contoh di atas

banyak diterapkan dalam dunia pendidikan khususnya dalam melaksanakan kegiatan

perancangan pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut

a)       Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut

disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.

b)       Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu tugas-

tugas yang bersifat lebih  sederhana.

c)       Pembelajaran dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa pemahaman.

Sesuatu yang baru harus  sesuai dengan apa yang telah diketahui  pelajar sebelumnya.

d)      Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui sebelumnya.

e)       Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini mempengaruhi

proses pembelajaran pelajar.

         Kognitif   berkaitan dengan mental,dan  ianya  berkait rapat dengan ingatan jangka

panjang  dan ingatan jangka pendek. Ini boleh dilihat melalui  teori Pemprosesan Maklumat.

Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat oleh pelajar .

Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian diproses sebelum

disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) dan

kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran

yang berkaitan dengan tugas-tugas yang kompleks. Langkah langkah pengajaran mengikut

teori pemprosesan maklumat disampaikan  seperti berikut.

a) Perhatian  pelajar :  Permulaan pengajaran dengan memberikan set induksi yang

dapat menarik perhatian pelajar kepada guru dan  pengajaran. Contohnya dalam

Page 8: M3 Definisi Pengajaran.doc

pengajaran  tajuk perkakasan komputer guru boleh bersoaljawab dengan pelajar dan

menunjukkan beberapa contoh perkakasan kompouter ke dalam kelas .

b) Membawa ingatan pelajar pada tajuk yang berkaitan. Perbincangan tajuk-tajuk lepas

yang sudah dipelajari dan dikaitkan dengan topik yang kan diajar.

c) Penekanan terhadap isi pelajaran yang penting ( utama). Pengajaran pembelajaran

sesuatu tajuk disampaikan dengan  penggunaan bahan bantu mengajar 

yang bertepatan  dengan tajuk yang akan disampaikan. Contohnya dalam

pengajaran tajuk perkakasan komputer beberapa handout 

mengenainya diedarkan kepada pelajar sebagai banah panduan dan rujukan untuk

mengikuti pengajaran guru. Di samping penyediaan slaid powerpoint  

yang  baik dan dapat menjelaskan isi pelajaran yang disampaikan. 

d) Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan  bahan bantu

mengajar yang bersesuaian . Contohnya seperti perisian kursus yang 

berkaitan  dengan tajuk perkakasan komputer .

e) Tunjukkan pelajar bagaimana mengkategorikan maklumat yang diterima.  Guru

membantu dan memberikan bimbingan kepada pelajar untuk

melaksanakan  memahami  dan pembelajaran .

f) Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan maklumat yang baru diterima .

g) Pengulangan  Contoh ialah  mengingatkan  pelajar beberapa isi penting yang

dipelajari (ingatan janga pendek) dan menyediakan   

beberapa aktiviti atau latihan  yang berkaitan dengan pelajaran lepas ( ingatan

jangka panjang)

  c)     Teori  Konstruktivisime (sosialisme)

 Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama

Page 9: M3 Definisi Pengajaran.doc

dipraktikkan dalam kaedah pengajaran    dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan

universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak   ditekankan. Mengikut kefahaman

konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar

dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan  itu

mengikut  pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu

sendiri dan guru tidak   boleh belajar untuk pelajar. Blok binaan asas bagi ilmu

pengetahuan  ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh pelajar sebagai

bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan

menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui

pelajar adalah realiti yang dibina sendiri. Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea

dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk

membantu pelajar membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira

struktur  kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan

diserap untuk  dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru

tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. .

                  Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa

pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada

pelajar.  Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka

sendiri  hampir  dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika

kefahaman dan salah konsep ini  diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau

kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin

memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh    guru.     John Dewey menguatkan lagi teori

konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap  harus melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara

berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar di dalam setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam

konstruktivisme fungsi guru akan berubah.  Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran

dan pembelajaran, penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh,

Page 10: M3 Definisi Pengajaran.doc

perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada

kejayaan pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan  oleh guru kepada kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina  skema

pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. 

               Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa yang

diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan

pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan kaedah

pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputeri.  Dalam melaksanakan pengajaran

perkakasan komputer pelajar aktif dalam membina realiti mereka sendiri. Segala pengetahuan

dibina oleh pelajar dalam modul  tidak disokong dari pengetahuan luar. Dick (1997)

menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran

pembelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan

konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan

mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja amali. Teori ini juga beranggapan bahawa

pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan maklumat

.

 d)       Teori Andragogi (humanisme)

Teori andragogi oleh Kowles adalah suatu percubaan untuk mengembangkan satu teori yang

khas tentang pembelajaran orang dewasa. Knowles menegaskan orang dewasa adalah terarah

diri dan  dijangka bertanggungjawab atas keputusannya. Program pembelajaran orang dewasa

seharusnya menampung aspek asas ini.  Andragogi membuat andaian-andaian berikut tentang

corak pembelajaran:

a) Orang dewasa perlu mengetahui sebab ia dikehendaki mempelajari sesuatu. 

b) Orang dewasa perlu belajar secara  eksperimen.

c) Orang dewasa menganggap pembelajaran sebagai penyelesaian masalah.

Page 11: M3 Definisi Pengajaran.doc

d) Pembelajaran orang dewasa paling berkesan jika topik pelajarannya mempunyai nilai

segera.

           Secara praktiknya, andragogi bermakna instruksi untuk orang dewasa perlu

berfokuskan lebih kepada  proses daripada isi kandungan yang diajar. Strategi-strategi seperti

kajian kes, main peranan, simulasi, dan penilaian kendiri adalah paling berguna. Pengajar

memainkan peranan sebagai fasilitator atau kakitangan resos dan kurang sebagai pensyarah

atau penilai. Andragogi diaplikasikan kepada sebarang bentuk pembelajaran orang dewasa

dan telah digunakan dengan meluasnya dalam  mencorak lahan organisasi .  

Knowles memberi satu contoh aplikasi prinsip-prinsip andragogi dalam desain latihan

komputer peribadi:

a) Perlunya menjelaskan sebab sesuatu diajar (misalannya, arahan tertentu, fungsi,

operasi .

b) Instruksi perlu berorientasikan tugasan dan bukan hafalan -aktiviti pembelajaran

harus dalam konteks di mana tugas- tugas dilakukan.

c) Instruksi perlu mengambil kira pelbagai latar belakang pelajar; bahan dan aktiviti

pembelajaran hendaklah  disesuaikan dengan jenis/tahap pengalaman   

penggunaan komputer yang berbeza.

       Oleh kerana orang dewasa adalah terarah diri, instruksi haruslah membenarkan pelajar

dewasa  melakukan penemuan sendiri, dan memberi bimbingan dan bantuan jika kesilapan

berlaku.  Marzano dan Arredondo mengutarakan teknik pemprosesan mendalam (Deep

Processing) yang  menegaskan komponen-komponen pemikiran iaitu imej, sensasi, emosi dan

linguistik. Untuk mengingati sesuatu perkara dengan baik, keempat-empat komponen

dibangkitkan.

Prinsip-prinsip Andragogi adalah seperti beikut.

 a)      Orang dewasa perlu dilibatkan dalam perancangan dan penilaian instruksinya.

 b)      Pengalaman (termasuk kesilapan) menjadi asas untuk aktiviti pembelajaran.

Page 12: M3 Definisi Pengajaran.doc

 c)      Orang dewasa paling berminat mempelajari subjek yang mempunyai hubungan yang

segera dengan   pekerjaan  atau kehidupan peribadinya.

 d)      Pembelajaran orang dewasa adalah berpusatkan masalah dan bukan berorientasi isi

kandungan

i. Model Robert Glazer

Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses

pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada

pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar

sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif

pengajaran harus ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah

mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.

Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk

mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi

meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model

Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang

menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan

maklum balas.

ii. Model Sim

Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses pengajaran yang berlaku adalah

melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif.

Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi

di antara guru dan murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu.

Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan mengikut

kebolehan muridmurid. Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser ialah Model

Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan murid supaya menimbulkan

interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ini juga

memberi penekanan kepada unsur-unsur persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang

kondusif sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar. Kesimpulannya, dengan

Page 13: M3 Definisi Pengajaran.doc

pertimbangan-pertimbangan tersebut, interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran

dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan. Seterusnya, keberkesanan proses

pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum.

iii. Model Taba

Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam suatu

sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Penyusunan

maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah diutamakan dalam model ini.

Model ini menerangkan bahawa seseorang pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan

pengajaran atau pemilihan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti

berikut: menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan,

menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label kepadanya,

membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara kategori-kategori itu,

dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi. Rumusannya,dengan merujuk kepada model

ini, guru dapat merancang pengajaran dengan membahagikan topik kepada generalisasi,

konsep dan fakta-fakta yang berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.

iv. Model Latihan Terus

Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran yang bertujuan untuk membantu

pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara

langkah demi langkah. Model ini juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model

Pengajaran Aktif’. Model ini dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan

pengetahuan berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas

atau komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran langkah

demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap apa yang

ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.

v. Model Inkuiri

Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau

kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik

ini memerlukan pelajar mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang

aktiviti kajian, manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan

Page 14: M3 Definisi Pengajaran.doc

membuat rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik

inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing memerlukan guru

membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai dilaksanakan

pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi

sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya

sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti.

Kesimpulannya, model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan

pengetahuan baru dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.

Persamaan Model dan Teori

Persamaan Model dan Teori adalah pada konsep pendekatan,kaedah,teknik dan

strategi  yang mana mempunyai kaitan antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi

sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang lain. Walau bagaimanapun konsep

pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai beberapa ciri tertentu.  Pendekatan

bermakna cara mendekati sesuatu. Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata

pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Menurut Edward M.Anthony (1963) ,pendekatan

ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran .

Berdasarkan kepada itu pendekatan harus berlandaskan model,prinsip atau teori pembelajaran

yang merangkumi perkara berikut:

       konkrit kepada abstrak

       mudah kepada kompleks

       keseluruhan kepada bahagian

       umum kepada spesifik

       spesifik kepada umum

       dekat kepada jauh

Page 15: M3 Definisi Pengajaran.doc

       diketahui kepada belum diketahui

              Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai

objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Mengikut Edward M.Anthony(1963) kaedah

merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang

tersusun,berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.  Teknik mengajar merupakan

kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik mengajar yang biasa digunakan ialah    teknik

bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi,  latih tubi,penyoalan,sumbangsaran dan

permainan. Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah

untuk menarik minat pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu

pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar

perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat  pelajar. Strategi

bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk kepada

kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah,teknik dalam

satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang ditentukan. 

Dalam sesuatu proses pengajaran dan beberapa strategi pendekatan perlu

dipertimbangkan,antaranya ialah;

       Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran

       Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.

       Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip

dan teori pembelajaran

       Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik.

       Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan

teknik mengajar.

Page 16: M3 Definisi Pengajaran.doc

       Pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.

Bibliografi

Arbak Othman .1985. Mengajar Tatabahasa. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala

Lumpur.

Arif Sukardi. 1987. Prinsip-Prinsip(Teori) Pembelajaran. Www.Ut.Ac.Id/Ol-

Supp/Fkip/Pgsm3803/  . (20 Dis 2000).

Ee, Ah Meng .1987.Pedagogi Untuk Bakal Guru. Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Kamarudin Husin .1988.Pedagogi Bahasa. Longman (M), Kuala Lumpur.

Kaye, Barrington .1970. Participation In Learning. London.

Kementerian Pendidikan Malaysia.1998. Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum

KDP 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: 

Kemp, Jennold E .1987. Corak Rancangan Pengajaran - Suatu Rancangan Untuk

menggubal Unit Dan Kursus.Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Knowles, M. 1975. Self-Directed Learning. Chicago: Follet.

Knowles.1984. Andragogy in Action. San Francisco.

Page 17: M3 Definisi Pengajaran.doc

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib .1995. Pengajaran Dalam Bilik Darjah.

Kaedah Dan Strategi. Masa Enterprise,Kajang.

Tang, Chee Yee .1988.Panduan Latihan Mengajar . Fajar Bakti, Petaling Jaya.