m2 aktiviti 6

2
Aktiviti 6 : Setelah itu ambil semula hasil kerja pasangan anda yang telah dinilai oleh pasangan lain, kemudian buat kesimpulan, apakah perkara yang penting semasa anda membina "instructional planning" untuk sesuatu aktiviti pembelajaran Model ASSURE menekankan perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Aplikasi model ini oleh guru dapat menjadikan perancangan proses P&P lebih berkesan. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE dan setiap langkah tersebut perlu diperhatikan semasa kita membina sesebuah rancangan pengajaran. Langkah yang pertama analisis pelajar (A). Dalam langkah ini, kita perlu mengenalpasti ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan atau pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ini adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai dengan tahap mereka. Dengan ini, rancangan tersebut akan dapat dicapaikan dengan lancar. Langkah yang kedua ialah nyatakan objektif atau hasil pembelajaran. Langkah ini adalah penting kerana ia akan dapat membantu kita memilih media-media dan kaedah penyampaian yang paling sesuai dengan objektif atau hasil pembelajaran yang ingin dicapaikan. Dengan adanya objektif atau hasil pembelajaran yang ditetapkan, kita sebagai guru juga dapat menilai tentang kejayaan sesuatu rancangan pengajaran & pembelajaran dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai.

Upload: skymilo90

Post on 03-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Aktiviti 6 : Setelah itu ambil semula hasil kerja pasangan anda yang telah dinilai oleh pasangan lain, kemudian buat kesimpulan, apakah perkara yang penting semasa anda membina "instructional planning" untuk sesuatu aktiviti pembelajaranModel ASSURE menekankan perancangan pengajaran pembelajaran sebenar dalam bilik darjah. Aplikasi model ini oleh guru dapat menjadikan perancangan proses P&P lebih berkesan. Terdapat enam langkah dalam model ASSURE dan setiap langkah tersebut perlu diperhatikan semasa kita membina sesebuah rancangan pengajaran. Langkah yang pertama analisis pelajar (A). Dalam langkah ini, kita perlu mengenalpasti ciri-ciri umum pelajar, pengetahuan atau pengalaman sedia ada serta gaya pembelajaran pelajar. Ini adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai dengan tahap mereka. Dengan ini, rancangan tersebut akan dapat dicapaikan dengan lancar. Langkah yang kedua ialah nyatakan objektif atau hasil pembelajaran. Langkah ini adalah penting kerana ia akan dapat membantu kita memilih media-media dan kaedah penyampaian yang paling sesuai dengan objektif atau hasil pembelajaran yang ingin dicapaikan. Dengan adanya objektif atau hasil pembelajaran yang ditetapkan, kita sebagai guru juga dapat menilai tentang kejayaan sesuatu rancangan pengajaran & pembelajaran dan seterusnya mengambil tindakan yang sesuai. Langkah yang seterusnya ialah pemilihan kaedah, media dan bahan sumber. Kaedah, media dan bahan sumber untuk sesebuah proses P&P perlu dipilih dengan wajar kerana ia adalah berkaitan langsung dengan keberkesanan proses P&P. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan semasa langkah ini ialah ciri-ciri pelajar, pengalaman dan pengetahuan sedia ada, kesesuaian media dengan maklumat yang hendak disampaikan, bahan sumber yang senang didapati dan sebagainya. Langkah yang keempat ialah penggunaan media dan bahan sumber. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dilakukan oleh seorang guru dalam langkah ini ialah , antaranya ialah semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas, sediakan bahan dan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan bahan sumber dalam kelas, sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber serta pengalaman pembelajaran bagi pelajar.Langkah yang seterusnya ialah libatkan pelajar dalam pembelajaran dan nilai serta semak semula. Penglibatan pelajar secara langsung melalui aktiviti akan membantu mereka memperolehi maklumat dengan lebih senang di samping dapat memberi motivasi kepada mereka. Penilaian dan semak semula pada peringkat akhir membolehkan guru untuk membuat pembetulan dan penambahbaikan serta mengambil tindakan seterusnya yang sesuai.