m14&m15-orientasi kurikulum ub di sekolah rendah

11
72 TAJUK 14 Orientasi Kurikulum UB di Sekolah Rendah Program UB di sekolah rendah Merancang program Program jangka pendek dan panjang Skim Latihan Program UB di Sekolah Rendah Program Unit Beruniform di sekolah rendah Diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6. Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah rendah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah Malaysia. Merancang Program Perancangan Tahunan Kadet Remaja Sekolah Persediaan untuk pertandingan kawad kaki daerah dan sekolah . Perujian dan pentauliahan pangkat kadet . Perkhemahan. Rombongan dan Program Perancangan aktiviti perjumpaan minggu Kadet Remaja Sekolah. Pertandingan Peringkat Kawad Kaki Sekolah Kadet Remaja Sekolah. Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kadet Remaja Sekolah. Pentauliahan Pangkat Kadet KRS Kadet Remaja Sekolah.

Upload: wei-yi

Post on 27-Sep-2015

390 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

KRS

TRANSCRIPT

TAJUK 14

Orientasi Kurikulum UB di Sekolah Rendah

Program UB di sekolah rendah

Merancang program

Program jangka pendek dan panjang

Skim Latihan

Program UB di Sekolah Rendah

Program Unit Beruniform di sekolah rendah

Diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6.

Antara unit beruniform yang selalunya ada di sekolah rendah ialah Kadet Remaja Sekolah, Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis, Bulan Sabit Merah Malaysia.

Merancang Program

Perancangan Tahunan Kadet Remaja Sekolah

Persediaan untuk pertandingan kawad kaki daerah dan sekolah .

Perujian dan pentauliahan pangkat kadet .

Perkhemahan.

Rombongan dan Program

Perancangan aktiviti perjumpaan minggu Kadet Remaja Sekolah.

Pertandingan Peringkat Kawad Kaki Sekolah Kadet Remaja Sekolah.

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kadet Remaja Sekolah.

Pentauliahan Pangkat Kadet KRS Kadet Remaja Sekolah.

Program Jangka Panjang dan Jangka Panjang

Aktiviti di darat penggunaan kompas aktiviti pandu arah ikhtiar hidup Aktiviti Mental Latihan kumpulan dinamik. Latihan mencipta logo dan slogan. Latihan sumbangsaran. Latihan membuat perancangan dan keputusan mengamalkan sikap terbuka berfikiran positif dalam aktiviti percambahan fikiran dan berjaya mengatasi masalah. Latihan membuat persembahan ( kebudayaan/lain-lain) secara berkumpulan.Aktiviti Ketahanan Diri latihan kawat kaki untuk pertandingan/persembahan/upacara-upacara rasmi. latihan asas Bantu Mula. latihan kecemasan semasa kebakaran. ( latihan kebombaan ) latihan membuat ikatan dan simpulan yang mudah. tatatertib Pasukan Pakaian Seragam. Membaca dan menafsir peta.Aktiviti Pendidikan Luar perkhemahan. orienteering. Rekreasi tali : i. abseiling ii. flying-fox. menggunakan tali ( ikat dan simpulan) kembara

Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar mengenal tumbuh-tumbuhan. mengenal binatang menyedari kepentingan flora dan fauna. ( penjagaan pokok-pokok) cara mengatasi masalah kepupusan tumbuhan dan haiwan menjaga kebersihan alam sekitar.Aktiviti Kemahiran Hidup ( Keusahawanan ) merekacipta daripada bahan-bahan terbuang. mengitar semula. membaikpulih perabot. membuat kraftangan/gejet. latihan memasak. latihan asas jahitan.Aktiviti di Air Keyakinan di air ( water confidence) Latihan keselamatan semasa berada di air Latihan asas berenangAktiviti khidmat kepada sekolah. khidmat guna tenaga. persembahan kebudayaan . gotong-royong. memakmurkan kemudahan sekolah. Keceriaan / Keselamatan / Kebersihan Sekolah

SKIM LATIHAN

AKTIVITI

RASIONAL

Latihan kawad kaki

Menerapkan kemahiran kawad kaki kepada setiap anggota.

Perkhemahan

Solo camping

Meredah hutan

Meredah sungai

Menguji kekuatan fizikal dan mental

Membina hubungan sosial dengan rakan.

Mengeratkan ikatan silaturahim dan memupuk kerjasama antara rakan kadet

Pertolongan cemas

Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang berlaku di rumah atau di mana-mana tempat.

Ikatan tali

Simpulan dan ikatan asas

Simpulan buku sila

Ikatan manuk

Ikatan balak

Ikatan dan simpulan memainkan peranan yang penting dalam sesuatu kerja menyelamat. Ikatan semasa membuat balutan haruslah kemas supaya menyenangkan pakar paramedik. Selain itu, kemahiran dan teknik ikatan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

TAJUK 15

Orientasi Kurikulum UB di Sekolah Rendah

Refleksi Mikro Kokurikulum

Pesanan, galakan dan motivasi

Cintakan pertubuhan Sukarela

REFLEKSI PENGAJARAN KOKURIKULUM

Konsep Pengajaran Mikro

Memperkenalkan guru pelatih secara ansur maju dengan aktiviti yang kompleks

Fokus kepada pengajaran khusus

Maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan borang penyeliaan

Tujuan Pengukuhan

Menggalakkan pelajar menjawab soalan

Mengemukakan cadangan

Melibatkan pelajar dalam perbincangan kelas

Peneguhan positif

Ganjaran digunakan untuk memotivasikan

Memberikan pujian dan penghargaan

Galakkan murid bertindak positif

PESANAN

1. Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

2. Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

3. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

4. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

5. Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

GALAKAN DAN MOTIVASI

Definisi Galakan dan Motivasi

Galakan

Semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dll; sokongan dr segi moral. (Kamus Pelajar DBP, 2008)

Motivasi:

Sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat. (Kamus Dewan, 2005)

Motivasi adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat yang berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd Zaabadan, Zuraida, 2004).

Kepentingan Memberikan Galakan dan Motivasi:

Menggalakkan penyertaan murid dalam Unit Beruniform.

Meningkatkan keinginan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam Unit Beruniform.

Mewujudkan keghairahan murid untuk belajar dan bergiat aktif dalam Unit Beruniform.

Mengalakkan perkembangan individu secara holistik.

Cara-cara untuk memotivasikan murid

1. Mewujudkan Unit Beruniform yang sesuai dengan minat murid.

2. Menjelaskan secara terperinci tujuan sesuatu Unit Beruniform diwujudkan dan kepentingannya kepada murid.

3. Mewujudkan persekitaran yang selamat semasa menjalankan aktiviti Unit Beruniform.

4. Memastikan setiap murid rasa diterima dalam Unit Beruniform yang dianggotai oleh murid tersebut.

5. Memperkenalkan / Melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dalam setiap perjumpaan Unit Beruniform.

6. Menjadikan pembelajaran setiap topik dalamkurikulum Unit Beruniform lebih menarik dan sesuai dengan minat murid.

7. Melibatkan murid-murid secara aktif dalam setiap pembelajaran/aktiviti dalam Unit Beruniform.

Cintakan Pertubuhan Sukarela

APAKAH KERJA SUKARELA?

Seorang muda menolong warga tua melintas jalan yang sibuk

Pelajar sekolah memungut kaca di tepi jalan dan memasukkannya ke dalam bakul sampah

Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan kawasan kediaman

Mahasiswa universiti membantu mangsa-mangsa banjir

SEMUA ITU CONTOH-CONTOH KERJA SUKARELA JIKA IA DILAKUKAN:

Dengan ikhlas,

Tanpa mengharapkan ganjaran / balasan material,

Tanpa paksaan sesiapa,

Memberi manfaat kepada pihak sasar (yang dibantu)

KONSEP KERJA SUKARELA

Kerja sukarela lahir di dalam diri seseorang (cetusan dalaman)

Suatu proses pendidikan dan pembelajaran

Suatu bentuk penyertaan aktif warganegara dalam isu-isu dan kepentingan bersama

APAKAH TUJUAN KERJA SUKARELA?

Persaudaraan

Kasih sayang

Keperihatinan sosial

Kerjasama masyarakat

Persefahaman & Perpaduan

Bakat dan Kebolehan

Patriotisme

Perpaduan

Nilai-nilai kemanusiaan sejagat

PRINSIP-PRINSIP KERJA SUKARELA

Sedia berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran dengan pihak yang memerlukan (sedia membantu, tidak kedekut)

Berkhidmat tanpa pilih kasih atau diskriminasi

Menyumbang atau berkongsi tanpa mengharapkan balasan material

Mesti bertolak daripada keadaan dan keperluan kumpulan sasar (bukan daripada sikap, keadaan, kemahuan sukarelawan bermula dari komuniti)

Melibatkan kumpulan sasar dalam sebarang keputusan dan tindakan (komuniti harus sama-sama terlibat aktif, cuba dapatkan penyertaan mereka..)

Manusia / insan sumber utama dalam kerja sukarela (bukan duit, bukan pangkat, atau kedudukan..)

Setiap orang boleh bersukarela / berkongsi / menyumbang sesuatu

Ciri-Ciri yang harus diterapkan:

Bersedia dan suka berkhidmat

Bertimbang rasa

Faham dan jelas sebab2 menceburkan diri dalam kerja sukarela

Sedia berkongsi

Bersikap rendah hati (humble)

Mempunyai andaian2 (assumptions) dan tanggapan positif terhadap kumpulan sasar dan masyarakat

Suka belajar

Bersedia memperbaiki diri

Sanggup menghadapi cabaran dan rintangan

Bersemangat dan teguh meskipun tidak mendapat penghargaan dan pengiktirafan orang

(76)