m11-neorologi.ppt

Upload: vijayaletchumysubram

Post on 04-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    1/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    ASPEK NEUROLOGI DALAM

    PEMBELAJARAN BAHASA(PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

    MINGGU 11

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    2/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Definisi Neurologi

    Satu cabang perubatan yang berhubung dengan

    sistem saraf manusia

    (Terjemahan daripada Random House WebstersCollege Dictionary)

    Kajian tentang anatomi, fisiologi, dan penyakit-

    penyakit sistem saraf

    (Halaman 927, Kamus Dewan Edisi Ketiga)

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    3/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Mengapakah Penting untuk Kita Menghalusi Aspek Neurologidalam Pembelajaran Bahasa?

    Kita dapat memahami aktiviti dalam otak manusia yang dapatmemproses, menjana, dan mencerakinkan ciri-ciri kebahasaandan linguistik

    Kita dapat merangka sistem pengajaran dan pembelajaranbahasa yang lebih mujarab selaras dengan perkembangankognitif individu

    Kita dapat mengetahui jenis-jenis kecacatan dalam otak yang

    menjejaskan pembelajaran bahasa seseorang

    Kita dapat mengkaji pendekatan saintifik untuk memulihkan ataumempermudah proses pemerolehan bahasa oleh individu yangbermasalah

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    4/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Hubungan antara Otak dengan Bahasa

    Kajian menunjukkan bahawa hemisfera kiri otakmanusiamerupakan bahagian yang berperanan terhadap mekanisme

    pemerolehan bahasa Bahasa berperanan sebagai wahana aktiviti kognitif dalam

    otak. Misalnya, perkara yang kita fikirkan (aktiviti kognitif) dapatdiartikulasikan kepada orang lain melalui pertuturan (bahasa)

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    5/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra MalaysiaMaklumat

    Persekitaran

    RANGSANGAN

    OTAK MEMPROSES

    PANCAINDERA

    INPUTAUDITORI

    NIAT INGATAN

    KEUPAYAAN

    LINGUISTIKDAN

    ARTIKULASI

    BAHASA

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    6/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Persediaan Minda untuk Mempelajari sesuatu Bahasa

    Dapat menanggapi kejadian yang berturutan dan akustik dalamjangka masa yang singkat lantas memberikan maknaterhadapnya

    Berkeupayaan untuk terlibat secara aktif, peka, responsif dan

    menelah hasil sesuatu rangsangan Berkeupayaan untuk menggunakan simbol memandangkan

    bahasa bersifat simbolik

    Berkeupayaan mencipta dan menguasai sintaksis melaluirangsangan daripada bahasa di persekitaran seseorang

    Mempunyai tenaga mental mencukupi untuk mempelajaribahasa

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    7/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Apakah kemungkinan yang mengakibatkan seseorang itumenghadapi masalah pembelajaran bahasa?

    GANGGUAN

    PADA PUSAT

    MEKANISMENEUROLOGI(OTAK)

    GANGGUAN

    PERIFERI

    FAKTOR

    PERSEKITARAN

    DAN EMOSI

    FAKTOR

    GANGGUAN

    BAHASA

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    8/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Maksud Gangguan Bahasa

    Gangguan bahasa atau Language Disorder dapat ditandai atau

    dikesan daripada tahap pemahaman, penghasilan (verbal)

    atau penggunaan bahasa yang rendah pada seseorangindividu

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    9/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Contoh-contoh Gangguan Bahasa padaPusat Mekanisme Neurologi (OTAK)

    Specific Language Disability(SLD)

    Kerencatan Mental

    Pervasive Development Disorder(PDD)Autisme

    Attention Deficit Hyperactivity Disorder(ADHD)

    Afasia - Kecederaan/ Kecacatan pada Otak

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    10/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Ciri-ciri Umum Individu yang Menghadapi GangguanBahasa

    Mempunyai tahap kecerdasan yang biasa (tidak terencat akal)

    Keupayaan verbal yang tidak memuaskan

    Mempunyai daya tanggapan yang luar biasa sehingga

    mempengaruhi pendengaran, pembacaan, penulisan,pertuturan, malah matematik

    Menghadapi masalah sosial dan behavioralseperti tidakmemahami humor, sindiran, bahasa tubuh, perasaan orang lain,gagal membuat interpretasi, gagal berkomunikasi sehinggadicap sebagai malas atau tidak memberikan tumpuan.

    Biasanya menghadapi masalah motor dan koordinasi yangmenjejaskan pengucapan

    Gagal menunjukkan respons terhadap rangsangan yangmendorong kepada penguasaan bahasa

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    11/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Apa itu Afasia?

    The loss of a previously held ability to speak or understandspoken or written language, due to disease or injury of thebrain.

    Random House Websters College Dictionary, p 64

    Ketakupayaan berkomunikasi, sama ada melalui pertuturan,tulisan, dan isyarat, atau ketakupayaan untuk memahamipertuturan dan bahasa bertulis yang disebabkan kecederaanpada otak.

    Hlm 11, Kamus Dewan Edisi Ketiga, DBP.

    Aphasia means partial or total loss of the ability to articulateideas due to brain damage.

    National Institutes of Health Information, U.S.

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    12/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Siapakah yang berisiko Menghidap Afasia?

    Penghidap afasia biasanya terdiri daripada warga tua, tetapiafasia boleh berlaku pada semua peringkat umur.

    Pesakit hipertensi dan strok paling berisiko tinggi menghidapafasia

    Kajian menunjukkan bahawa afasia menyerang kedua-duajantina

    Afasia tidak membezakan kaum, latar pendidikan dan latarsosioekonomi.

    Ringkasnya, afasia bersifat non-discriminatory

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    13/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Apakah implikasi afasia kepada penghidapnya?

    Kebanyakan pesakit yang menjalani terapi masih tidak berupayauntuk bekerja.

    Mereka yang menceburi alam kerjaya semula hanya dapat

    menyandang jawatan yang berkeperluan minimum ekorandaripada keterbatasan penggunaan bahasa.

    Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pesakit afasiadisisihkan oleh masyarakat kerana kesukaran dalamkomunikasi.

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    14/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Implikasi Afasia terhadap Aspek Pembelajaran Bahasa

    1. Kekurangan dari segi Penerimaan Bahasa

    Masalah Pemahaman Auditori menghadapi kesukaran untukmemahami perkara yang diperkatakan.

    Masalah Membaca Petikan Perkataan atau diksi tidakmemberikan makna kepada penghidap afasia. Tidak dapat

    mengecam huruf dan kata.

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    15/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    2. Kekurangan dari segi Mengekspresikan Buah Fikiran

    Ekspresi Lisan Afasia Fasih - Fasih bertutur tetapi ayat yang diujarkan tidak

    bermakna

    Afasia Tidak Fasih Ujaran terputus-putus, tidakberkesinambungan, terpaksa bergelut dengan perkataan.Hanya menggunakan kata kunci untuk menyampaikan sesuatu.

    3. Kemahiran Penulisan yang Terhad hanya dapat menggunakanbeberapa patah perkataan malah ada yang langsung tidak dapatmenulis apa-apa.

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    16/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Ciri-ciri Pesakit Afasia

    Anomia masalah pengenalpastian diksi. Pesakit afasiamengetahui perkara yang hendak diucapkan oleh mereka tetapitidak berupaya mengenal pasti perkataan yang tepat. Gerakbadan seseorang mungkin dapat mencetuskan ingatan mereka

    terhadap perkataan itu.

    Paraphasia penggantian perkataan; mungkin menggunakanperkataan dengan bunyi yang hampir sama atau menggunakanperkataan yang hampir seerti.

    Neologisme menggunakan perkataan ciptaan sendiri secarayakin seolah-olah perkataan itu wujud dan tepat.

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    17/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Ciri-ciri Pesakit Afasia (sambungan)

    Agramatisme- meninggalkan kata-kata yang berfungsi, ujaranterputus-putus ; amat biasa dalam kalangan pesakit Afasia Tidak

    Fasih.

    Jargon Ucapan yang berkesan dan lancar tetapi tidak relevandan tidak bermakna.

    Stereotaip Verbal menggunakan beberapa patah kata atauayat yang sama sahaja secara berulang-ulang untukmenyampaikan apa-apa atau menjawab apa-apa sahaja

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    18/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Jenis-jenis Afasia

    Walaupun penyelelidikan demi penyelidikan telah

    dijalankan sehingga pelbagai dapatan tentang

    taksonomi kecederaan otak yang berhubung

    dengan kebahasaan telah dianalisiskan secara

    terperinci, jenis-jenis afasia masih berasaskan dua

    orang penyelidik abad ke-19, iaitu Paul Broca dan

    Carl Wernicke.

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    19/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Jenis-jenis Afasia

    Afasia BrocaBerpunca daripada

    kecederaan pada bahagian

    hadapan di kawasan otak

    yang dominan untuk bahasa

    Afasia WernickeBerpunca daripada

    kecederaan pada bahagian

    belakang di kawasan otak

    yang dominan untuk bahasa

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Otak%20wernicke.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Otak%20wernicke.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Otak%20wernicke.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Otak%20wernicke.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Otak%20wernicke.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Otak%20wernicke.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Otak%20wernicke.doc
  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    20/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Kedudukan Kawasan Broca dan Kawasan Wernicke

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    21/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Afasia Broca

    Afasia Broca kadangkala dikenal sebagai disfluent aphasia atau

    afasia agramatik.

    Dijelaskan sindromnya dan hubungannya dengan kecederaan di

    sesuatu kawasan spesifik pada otak oleh seorang pakar bedah

    dan antroplogi Perancis, Pierre-Paul Broca(1824-1880)

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    22/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Afasia Broca (sambungan)

    Agramatisme secara tipikalnya membabitkan ujaran yangterkial-kial (laboured speech) barangkali disebabkan oleh

    kerosakan padajalur motor(motor strip) yang terletakbersebelahan dengan kawasan Broca

    Agramatisme juga memperlihatkan kekuranagn penggunaansintaksis dalam penghasilan ucapan dan proses pemahaman

    http://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Jalur%20Motor%20pada%20Otak.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Jalur%20Motor%20pada%20Otak.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Jalur%20Motor%20pada%20Otak.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Jalur%20Motor%20pada%20Otak.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Jalur%20Motor%20pada%20Otak.dochttp://localhost/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_8/Jalur%20Motor%20pada%20Otak.doc
  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    23/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Contoh Ujaran Agramatik

    Ah ... Isnin ... ah, Abah dan Hanif [pesakit sendiri] and abah ...

    hospital. Dua .. .ah, doktor ... dan ah ... Tiga puluh minit .. .dan ya

    ... ah ... hospital. Dan, er, Rabu ... Pukul sembilan. Dan erKhamis, sepuluh .. .doktor. Dua doktor ... Dan ah ... gigi. Ya, ...

    baik.

    (Sumber: School of Medicine, UCDAMS(Terjemahan))

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    24/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Afasia Wernicke

    Afasia Wernicke dikenal juga sebagai sensory aphasia atauAfasia Fasih.

    Ujaran pesakit Afasia Wernicke biasanya memperlihatkan

    aliran yang lancar serta berlandaskan hukum tatabahasa tetapimenghadapi kesukaran mengingati perkataan yang tepatdengan isi kandungan wacana, terutamanya kata nama(anomia). Perkataan yang digunakan mungkin langsung tidakbermakna (neologisme atau parafasia)

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    25/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Contoh Ujaran Pesakit Afasia Wernicke

    Apabila ditanya tentang kejadian yang berlaku di sesuatu tempat,pesakit afasia Wernicke berkata:

    I can't tell you what that is, but I know what it is, but I don't now

    where it is. But I don't know what's under. I know it's you couldn'tsay it's ... I couldn't say what it is. I couldn't say what that is. Thisshu-- that should be right in here. That's very bad in there.Anyway, this one here, and that, and that's it. This is the getting inhere and that's the getting around here, and that, and that's it.This is getting in here and that's the getting around here, this oneand one with this one. And this one, and that's it, isn't it? I don'tknow what else you'd want

    (Sumber: School of Medicine, UCDAMS)

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    26/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Perbandingan secara Ringkas Antara Afasia Broca danAfasia Wernicke

    Afasia Broca

    Masalah pada jalurmotor

    Sindromnyamenyifatkannya sebagai

    afasia penghasilan Ekspresi idea tidak fasih

    Ujaran bermakna,namun kurang jelaskerana tidak lancar

    Pesakit berasa lebihterseksa

    Kurang serius secarabandingan denganAfasia Wernicke

    Afasia Wernicke

    Masalah pada korteks auditori

    Sindromnya menyifatkannyasebagai afasia penerimaan

    Gagal menerima danmemahami ujaran orang lain

    Ujaran tidak bermakna,wacana tidak koheran

    Pesakit berasa kurang terseksa(tidak sedar)

    Lebih serius secara bandingandengan Afasia Broca

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    27/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Terapi untuk Afasia

    Secara individu atau berkumpulan. Terapi individu paling berkesanjika dijalankan sebaik sahaja setelah simptom mula dikesan. Terapisecara berkumpulan dijalankan pada peringkat yang seterusnya

    Terapi berkumpulan bermatlamat untuk mewujudkan komunikasisecara berkesan

    Teknik-teknik khusus Meniru atau mengulangi bunyi ; mengikut arahan.

    Berfokus pada komponen bahasa yang telah dikuasai.

    Meningkatkan kemahiran berbahasa melalui muzik.

    Komunikasi dalam KeluargaAhli keluarga perlu dilatih untuk mewujudkan persekitaran yangdapat melahirkan komunikasi berkesan dengan pesakit afasia

  • 7/29/2019 M11-Neorologi.ppt

    28/28

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    Kesimpulan

    Aspek neurologi mempunyai hubungan yang amat rapat denganproses pembelajaran bahasa

    Pakar linguistik dan pakar neurologi perlulah menggemblengtenaga untuk merangka terapi dan merencanakan pedagogiyang mujarab supaya pesakit yang bermasalah neurologimampu menggunakan bahasa - wahana komunikasi sesamamanusia.