luluhawa

27
LULUHAWA

Upload: haralhaj

Post on 22-Jul-2015

119 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Luluhawa

LULUHAWA

Page 2: Luluhawa

LULUHAWA

Konsep luluhawa

• Luluhawa merupakan proses pemecahan, peleraian ,pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu menyebabkan berlakunya perubahan fizikal atau kandungan kimia batuan oleh agen-agen luluhawa seperti iklim ( suhu, hujan dan fros ) serta biotik

Page 3: Luluhawa

JENIS-JENIS LULUHAWA

Luluhawa batuan secara umumnya dapatdibahagikan kepada tiga jenis iaitu

• luluhawa mekanikal/ fizikal,

• luluhawa kimia / dalaman, dan

• luluhawa biologi

Page 4: Luluhawa

LULUHAWA FIZIKAL

Konsep luluhawa fizikal

• Luluhawa mekanikal/fizikal merupakan proses pemecahan dan peleraian batuan di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa fizikal seperti iklim ( suhu, hujan dan fros ) serta biotik dengan tanpa mengubah kandungan kimia batuan.

Page 5: Luluhawa

PROSES LULUHAWA FIZIKAL

• Pengembangan hablur garam

• Tindakan fros

• Pelepasan tekanan

• Tindakan basah dan kering

• Tindakan Kembang- kecut

• Tindakan biologi

Page 6: Luluhawa

Pengembangan hablur garam.

Proses ini berlaku secara meluas di kawasan gurun panas.• Pemanasan matahari yang melampau di kawasan ini

menyebabkan air di bawah tanah ditarik ke atas oleh dayarerambut ( capillary force ) dan tersejat ke permukaan.

• Apabila air tersejat, hablur-hablur garam akan tertinggal didalam rongga atau retakan batuan ( batu pasir ).

• Proses sejatan yang berterusan akan menyebabkankuantiti hablur garam dalam rongga atau rekahan batuanbertambah dan mengembang .

• Tekanan yang diwujudkan oleh pertambahan kuantitihablur garam ini akan menyebabkan batuan tersebuttersepai.

Page 7: Luluhawa

Tindakan fros

• Di kawasan tanah tinggi yang ketinggianya melepasi tahap pembekuan, fros amat berkesan untuk memecahkan batuan di kawasan tersebut dalambentuk luluhawa fizikal.

• Pada waktu siang, air hujan yang memasuki rekahan batuan di kawasantersebut dan pada waktu malam apabila suhu jatuh di bawah takat bekuair yang terdapat dalam rekahan tersebut akan membeku.

• Apabila air dalam rekahan tersebut membeku, isipadu dalam rekahantersebut telah mengembang sebanyak 10 % daripada isipadu asalnya.

• Pengembangan ini akan menyebabkan tekanan yang kuat pada dindingrekahan batuan yang berkenaan sehinggakan rekahan itu menjadi besar.

• Proses beku dan cair akan berlaku secara berulangkali sehingga batuantersebut akhirnya pecah.

• Tindakan fros ini akan menghasilkan serpihan yang bersegi-segi danserpihan batuan itu akan terkumpul di kaki gunung sebagai talus.

Page 8: Luluhawa
Page 9: Luluhawa

Pelepasan tekanan

•.

• Semasa bongkah batuan tersebut tertanam di dalam bumi , tekanan batuan yang terletak di atasnya menyebabkan bongkah batuan tersebut berada dalam keadaan kecut.

• Apabila tanah lapisan atas batuan tersebut di hakis oleh agen-agen hakisan menyebabkan batuan tersebut terdedah ke permukaan bumi.

• Proses pendedahan ke permukaan bumi ini dikenali sebagai pelepasan tekanan. Pendedahan ini menyebabkan batuan tersebut mengembang akibat daripada tekanan yang berkurangan.

• Batuan ini kemudiannya merekah dan retak.• Proses pengembangan yang berterusan akan menyebabkan kepingan-

kepingan besar batuan akan terpisah daripada batuan induk.• Proses pelepasan tekanan ini biasa berlaku ke atas batuan igneus seperti

granit.

Page 10: Luluhawa

Tindakan basah dan kering

Berkesan di kawasan tropika yang mengalami musim hujan dan keringyang nyata.

• Semasa musim hujan batuan akan basah dan mengembang manakalasemasa musim kering sejatan akan berlaku ke atas batuan tersebutmenyebabkan batuan tersebut mengecut.

• Proses basah dan kering yang berlaku secara yang berulang dalamtempoh tertentu akan menyebabkan batuan tersebut merekah danakhirnya pecah.

• Proses basah kering juga berlaku di kawasan pinggir laut tropika lembap.• Semasa air pasang batuan di kawasan pinggir pantai akan basah dan

mengembang manakala semasa air laut surut batuan pinggir pantai akanterdedah kepada pancaran matahari yang terik menjadikannya keringsemula.

• Proses basah kering ini akan berlaku secara berulangkali dan akhirnyamenyebabkan batuan pinggir pantai merekah dan kemudiannya pecah danrelai.

Page 11: Luluhawa

Tindakan Kembang- kecut

Luluhawa Akibat Perubahan Suhu Yang Berulang Tindakan kembangdan kecut berlaku dengan giat di kawasan yang mengalamiperubahan suhu yang ekstrem seperti di kawasan gurun panas.

• Di kawasan gurun panas julat suhu hariannya sangat besar. Padawaktu siang pemanasan oleh matahari ( suhu tinggi ) menyebabkan lapisan luar batuan mengembang lebih cepatdaripada bahagian dalam batuan tersebut. Sebaliknya pada waktumalam suhunya rendah menyebabkan lapisan luar batuanmenyejuk dan mengecut lebih cepat daripada bahagian dalambataun tersebut.

• Proses ini kembang –kecut akan berlaku secara berulang-ulang dankeadaan ini menyebabkan bahagian luar batuan akan merekah danpecah secara mengelupas lapisan demi lapisan.

Page 12: Luluhawa

Tindakan biologi

•Tumbuhan juga membantu dalam prosesluluhawa fizikal.

• Pembesaran akar-akar tumbuhan boleh meretakdan memecahkan sesuatu batuan. P. Birot ( 1966 ), menjelaskan bahawa akar-akar pokok yang lebarnya 10cm dan satu meter panjang apabilamemasuki sesuatu rekahan batuan dankemudiannya membesar akan berupaya untukmenggerakan satu bongkah batuan seberat 10 tan.

Page 13: Luluhawa

LULUHAWA KIMIA

Konsep luluhawa kimia

• Luluhawa kimia merupakan proses pereputan dan penguraian batuan di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa kimia seperti iklim ( suhu, dan hujan ) serta biotik dengan mengubah kandungan kimia batuan.

Page 14: Luluhawa

PROSES LULUHAWA KIMIA

• Larutan

• Pengkarbonan

• Pengoksidaan

• Hidrolisis

• Penghidratan

Page 15: Luluhawa

Larutan

• Larutan ialah proses di mana mineral yang terdapat dalam batuan akan menjadi cair apabilabertindak balas dengan air.

• Larutan biasanya berlaku ke atas batuan yang mudah larut seperti batu kapur dan dolomit.

• Bentuk muka bumi Batu Kapur akibat LuluhawaKimiaAir hujan atau asid karbonik telah melarutpermukaan batu kapur tersebut lalumenghasilkan larutan kalsium bikarbonat .

Page 16: Luluhawa

Pengkarbonan

Proses pengkarbonan berlaku apabila bahan mineral yang terdapat dalam batuan bertindak balas dengankarbon dioksida di udara dan air hujan atau asidkarbonik.

• Contoh tindak balas antara kalsium karbonat yang terdapat dalam batu kapur dengan air hujan atau asidkarbonik akan menghasilkan kalsium bikarbonat.

• Proses ini kerap berlaku di kawasan batu kapur denganmembentuk pelbagai bentuk muka bumi yang menarik.

Page 17: Luluhawa

Pengoksidaan

Pengoksidaan ialah proses tindak balas antara mineral batuan dengan air dan oksigen yang terdapat dalamudara. Proses pengoksidaan paling giat berlaku terhadapbatuan yang mengandungi mineral besi (ferum ) lalumelemahkan struktur batuan tersebut.

• Batuan daripada kumpulan igneus yang mengandungibanyak kandungan besi seperti besi sulfida ( pirit ), ferusoksida( magnetit ) dan feromagnesium ( mika dan hornlend) apabila terdedah kepada air dan oksigen di udara akanbertukar warna kepada keperangan dan sifat kimianya.

• Proses pengoksidaan kerap berlaku di kawasan tropikalembap di mana batuan yang mengandungi besi yang terluluhawa telah menghasilkan tanih laterit.

Page 18: Luluhawa

Hidrolisis

• Hidrolisis merupakan satu proses kimia yang melibatkantidak balas antara mineral ( galian ) yang terdapat dalambatuan dengan air lalu menyebabkan mineral tersebutmenjadi lemah.

• Contoh tindak balas antara air dengan bahan mineral dalambatu granit yang mengandungi felsfar, mika dan kuartza.

• Melalui proses hidrolisis ini felsfar telah bertindak balasdengan air hujan yang mengandungi asid karbonikmembentuk tanah liat putih yang dikenali sebagai kaolin, tetapi mika dan kuartza kekal oleh itu batuan menjadilemah.

• Kaolin banyak terdapat di kawasan batuan granit dikawasan tropika lembap.

Page 19: Luluhawa

Penghidratan

• Merujuk kepada sebarang penambahan air kepada mineral batuan sehinggamenyebabkan mineral tersebut mengalamitegangan dan pengembangan.

• Contohnya besi oksida (ferum oksida) menyerap air menjadi besi hidroksida (ferumhidroksida)

Page 20: Luluhawa

PROSES LULUHAWA BIOLOGI

• Tindakan akar tumbuh-tumbuhan

• Tindakan haiwan dalam tanah

• Mikroorganisma

Page 21: Luluhawa

Tindakan akar tumbuh-tumbuhan

• Pembesaran akar-akar tumbuhan khususnyaakar tunjang boleh meretak dan memecahkansesuatu batuan.

• Akar tumbuhanapabila memasuki sesuaturekahan batuan dan kemudiannya membesarsecara perlahan-lahan akan berupaya untukmemecahkan batuan yang terdapat dikawasan tersebut. Proses ini juga dikenalisebagai bajian akar.

Page 22: Luluhawa

Tindakan haiwan dalam tanah

• Hidupan dalam tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak langsung dapat membantu kegiatan luluhawa.

• Hidupan dalam tanah melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang dan memindahkan tanah ke permukaan.

• Lubang-lubang yang diwujudkan oleh haiwan ini membolehkan air hujan dan gas-gas tertentu jauh ke dalam tanah kesannya luluhawa akan berlaku jauh ke dalam tanah.

Page 23: Luluhawa

Mikroorganisma

• Tumbuhan daripada jenis kulat, yang hidup diatas batuan akan mengeluarkan asid organikyang boleh melarutkan bahan mineral dalambatuan dan sekaligus membantumempercepatkan tindakan luluhawa ke atasbatuan tersebut.

Page 24: Luluhawa

FAKTOR- FAKTOR LULUHAWA KIMIA / DALAMAN DI KAWASAN TROPIKA

LEMBAP• Iklim

– Hujan

– Suhu

• Biologi

– Peranan tumbuh-tumbuhan

– Hidupan dalam tanah dan mikroorganisma

Page 25: Luluhawa

Iklim

( a ) Hujan•

Membekalkan sumber air untuk tindak balas kimia dalam semuaproses luluhawa kimia seperti larutan, pengkarbonan, penghidratan, pengoksidaan dan hidrolisis.

• Hujan yang lebat di kawasan tropika lembap ( melebihi 2000 mm )dan turun sepanjang tahun mengalakkan proses luluhawa kimiaberlaku dengan pesat di kawasan tersebut.

( b ) suhuMempengaruhi kadar luluhawa kimia khususnya di kawasantropika lembab.

• Suhu yang sentiasa tinggi sepanjang tahun ( purata 27º C ) menyebabkan kegiatanluluhawa kimia aktif sepanjang tahun.

• Menurut Van Den Hof setiap kenaikan suhu sebanyak 1 ºC akanmeningkatkan keberkesanan luluhawa kimia sebanyak 10 %.

Page 26: Luluhawa

Biologi

( a ) Peranan tumbuh-tumbuhanTumbuh-tumbuhan yang banyak di kawasan tropika lembap membekalkan bahan-bahan organik melalui pereputan ranting-ranting atau daun-daun yang gugur.

• Bahan-bahan organik yang mereput akan menghasilkan asid organik seperti asidhumik dan asid fulvik yang bertindak balas terhadap batuan di samping membantumempercepatkan tindak balas kimia terhadap batuan.

( b ) Hidupan dalam tanah dan mikroorganismaIklim di kawasan tropika lembap yang panas dan lembap sepanjangtahun menggalakkan pembiakan hidupan dalam tanah seperti cacing dan tikusyang membantu melonggarkan sruktur tanah dengan mengorek lubang danmemindahkan tanah ke permukaan.

• Apabila berlakunya hujan, air dan gas-gas tertentu akan masuk jauh ke dalamtanah melalui lubang-lubang tersebut dan kesannya luluhawa kimia akan berlakujauh ke dalam tanah.

• Mikroorganisma jenis kulat yang hidup di kawasan tropikalembap mengeluarkan asid organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalambatuan dan sekaligus membantu mempercepatkan tindakan luluhawa ke atasbatuan tersebut.

Page 27: Luluhawa

KEPENTINGAN BENTUK MUKA BUMI TINDAKAN LULUHAWA KEPADA AKTIVITI MANUSIA

( a ) Kegiatan pertanian- bahan regolith yang tebal – subur untuk kegiatan pertanian- tanah laterit – sesuai untuk tanaman getah dan kelapa

sawit.

( b ) Kegiatan perindustrian- Tanah liat ( kaolin ) – industri tembikar- Batuan Kapur untuk industri Simen.

( c ) Kegiatan pelancongan- Pandang darat karst – Pemandangan yang menarik dan unik