luka terbakar dan melecur

6
Luka Terbakar dan Melecur Apakah itu luka terbakar dan melecur? Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama. Manakala melecur merupakan kecederaan yang disebabkan oleh wap yang panas seperti wap air dan juga bahan-bahan yang meruap . Bagaimanakah luka terbakar dan melecur diklasifikasikan? Keadaan luka terbakar boleh diklasifikasikan mengikut tahap tertentu serta diukur mengikut keterukan kecederaan yang dialami dan ketebalan lapisan kulit yang mengalami kecederaan. Keadaan luka terbakar tahap pertama melibatkan lapisan pertama kulit. Kecederaan itu kelihatan kering, merah dan mengalami pembengkakan. Keadaan ini akan disertai rasa sakit dan sangat sensitif terhadap sentuhan. Luka terbakar tahap kedua adalah lebih serius dan ia menembusi lapisan kedua kulit. Kecederaan itu kelihatan merah, menggelembung dan repuh . Keadaan terbakar ini boleh menyebabkan permukaan yang tercedera itu kelihatan lembik dan berair. Luka terbakar tahap ketiga merupakan keadaan yang paling serius dan lazimnya menunjukkan bahawa kecederaan itu telah menembusi keseluruhan lapisan kulit. Dalam keadaan yang lebih serius, ia melibatkan lapisan tisu dan juga organ di bawah kulit yang terlibat. Kecederaan itu akan membengkak tetapi kurang sakit berbanding dengan luka terbakar tahap pertama dan kedua. Ini adalah kerana hujung saraf pada kulit yang terlibat telah menjadi rosak akibat luka terbakar tersebut. Apakah penyebab luka terbakar dan melecur? 1

Upload: raihan-syazwani-ghazi

Post on 16-Apr-2015

255 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Page 1: Luka terbakar dan melecur

Luka Terbakar dan Melecur

Apakah itu luka terbakar dan melecur?

Luka terbakar adalah kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus elektrik atau agen radioaktif terlalu lama. Manakala melecur merupakan kecederaan yang disebabkan oleh wap yang panas seperti wap air dan juga bahan-bahan yang meruap .

Bagaimanakah luka terbakar dan melecur diklasifikasikan?

Keadaan luka terbakar boleh diklasifikasikan mengikut tahap tertentu serta diukur mengikut keterukan kecederaan yang dialami dan ketebalan lapisan kulit yang mengalami kecederaan.

Keadaan luka terbakar tahap pertama melibatkan lapisan pertama kulit. Kecederaan itu kelihatan kering, merah dan mengalami pembengkakan. Keadaan ini akan disertai rasa sakit dan sangat sensitif terhadap sentuhan.

Luka terbakar tahap kedua adalah lebih serius dan ia menembusi lapisan kedua kulit. Kecederaan itu kelihatan merah, menggelembung dan repuh . Keadaan terbakar ini boleh menyebabkan permukaan yang tercedera itu kelihatan lembik dan berair.

Luka terbakar tahap ketiga merupakan keadaan yang paling serius dan lazimnya menunjukkan bahawa kecederaan itu telah menembusi keseluruhan lapisan kulit. Dalam keadaan yang lebih serius, ia melibatkan lapisan tisu dan juga organ di bawah kulit yang terlibat. Kecederaan itu akan membengkak tetapi kurang sakit berbanding dengan luka terbakar tahap pertama dan kedua. Ini adalah kerana hujung saraf pada kulit yang terlibat telah menjadi rosak akibat luka terbakar tersebut.

Apakah penyebab luka terbakar dan melecur?

Luka terbakar ini disebabkan oleh:

Haba kering seperti api dan haba dari elektrik.

Bahan kimia seperti keracunan sianida dari kebakaran wol, sutera, nilon yang terdapat pada kerusi-meja dan kertas.

Sinaran atau radiasi termasuk cahaya matahari yang berlebihan. Kecederaan penyedutan yang dikaitkan dengan luka terbakar fasial dan

penyedutan wasap toksik. Keracunan karbon monoksida apabila terdapatnya pendedahan kepada

pembakaran.

1

Page 2: Luka terbakar dan melecur

Melecur pula disebabkan oleh:

Haba panas seperti wap air.

Bahan meruap yang panas.

Apakah faktor yang boleh meningkatkan risiko luka terbakar dan melecur?

Faktor risiko yang paling lazim menyebabkan luka terbakar dan melecur adalah kecuaian. Berhati-hati semasa mengendalikan bahan-bahan yang panas. Ambillah langkah-langkah berjaga-jaga.

Elakkan dari :

Meletakkan peralatan panas seperti cerek di tepi meja adalah sangat merbahaya. Ini membolehkan sesiapa sahaja terlanggarnya dengan mudah.

Menggunakan alas meja yang terlalu besar. Ini boleh meningkatkan risiko terutamanya pada kanak-kanak. Mereka dengan mudah mencapai dan menarik alas tersebut serta menjatuhkan apa-apa sahaja yang terdapat di atas alas itu. Dengan yang demikian mencederakan diri mereka sendiri.

Membiarkan kanak-kanak mandi bersendirian tanpa pengawasan di dalam tab mandi juga boleh meningkatkan risiko mendapat kecederaan. Kanak-kanak ini tidak mampu untuk mengawal suhu dengan teliti, jadi mereka mungkin terpilih suhu yang tinggi dan boleh mencederakan mereka.

Meletakkan bahan-bahan yang mudah terbakar di dalam jangkauan kanak-kanak akan meningkatkan risiko terhadap kecederaan luka terbakar dan juga melecur. Mereka terlalu kecil untuk menilai bahaya yang akan dihadapi.

Apakah tanda-tanda dan gejala luka terbakar dan melecur?

Gejala luka terbakar berbeza-beza mengikut keterukan kecederaan yang dialami. Lazimnya luka terbakar tahap pertama menunjukkan:

Kemerahan.

Kesakitan. Bengkak pada tempat yang tercedera.

Luka terbakar tahap kedua biasanya menunjukkan:

2

Page 3: Luka terbakar dan melecur

Kemerahan dengan kulit yang melepuh.

Melecet dan juga mengelupas. Kesakitan yang amat sangat.

Luka terbakar tahap ketiga akan menunjukkan gejala seperti:

Kulit kelihatan putih, merah, perang dan kadang-kadang hitam.

Cecair badan meleleh keluar dari sesetengah tempat. Bengkak yang serius. Tiada kesakitan disebabkan kebas yang dialami.

Luka terbakar akibat bahan kimia lazimnya menimbulkan gejala-gejala berikut:

Tanda kebakaran.

Lepuh. Sakit kepala. Pening. Menghadapi masalah pernafasan. Sakit abdomen. Sawan. Tidak sedarkan diri.

Bagaimanakah keterukan luka terbakar dan melecur ini ditentukan?

Anggaran peratus luka terbakar merupakan kaedah yang biasanya diguna pakai untuk menilai keterukan sesuatu luka terbakar pada seseorang mangsa itu. Ini berasaskan pada "peraturan 9" (the rule of 9 ) bagi orang-orang dewasa di mana anggota badan dibahagikan kepada bahagian-bahagian. Setiap satunya digandakan dengan sembilan.

Bagaimana hendak memantau luka terbakar dan melecur?

Periksa saluran udara dengan lebih kerap, kemungkinan terdapatnya kecederaan penyedutan dan saluran udara membengkak. Jika terdapat bekalan oksigen, berikannya kepada mangsa. Kemungkinan ianya menghadapi keracunan karbon monoksida.

Apakah prognosis bagi luka terbakar dan melecur?

Kesan luka terbakar dan melecur bergantung pada keterukan kecederaan yang berlaku. Luka terbakar dan melecur yang ringan tidak mempunyai kesan jangka panjang yang teruk kerana ia boleh sembuh dengan mudah. Bagi kecederaan

3

Page 4: Luka terbakar dan melecur

yang lebih teruk, mangsa mungkin memerlukan sedikit masa untuk pulih. Pengalaman mendapat kecederaan luka terbakar ataupun melecur yang teruk boleh menjadi satu pengalaman pahit dan menakutkan bagi sesetengah mangsa. Jadi, masa yang lama mungkin diperlukan untuk memulihkan emosi mangsa seperti sedia kala.

Bagaimanakah mencegah dari mendapat luka terbakar dan melecur?

Menyentuh ataupun berada terlalu dekat dengan api, atau sebarang benda yang berbahang, radiasi ataupun benda yang panas boleh menyebabkan luka terbakar atau melecur. Jadi, langkah yang terbaik adalah mengelakkan dari menyentuh atau menghampiri sebarang bahan yang panas. Berhati-hati mengendalikan barang-barang yang panas jika ianya perlu dipegang.

Berikut adalah beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelak kanak-kanak dari terkena luka terbakar dan melecur.

Apabila menyediakan air panas untuk mandi, uji dahulu kepanasan air itu. Ini boleh dilakukan dengan merasa air itu dengan menggunakan tangan. Sentuh air dengan tangan anda, sekiranya kehangatannya sesuai, barulah letakkan anak anda di dalam tab mandi. Kulit kanak-kanak lebih mudah tercedera berbanding dengan orang dewasa.

Sekiranya terdapat termostat (alat pengawal suhu), tetapkan suhu air pada suhu yang agak rendah. Tunggu sebentar dan uji kembali air itu. Ulangi langkah ini jika perlu.

Awasi anak anda di dalam tab mandi. Jangan biarkan anak anda keseorangan di dalam bilik air. Kanak-kanak kecil boleh menukarkan suhu air kepada suhu yang tinggi dan ini boleh mencederakan mereka.

Terdapat juga beberapa faktor lain yang boleh menyebabkan luka terbakar dan melecur pada kanak-kanak. Langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah:

Jangan letakkan makanan atau minuman yang panas di pinggir meja. Elakkan dari menggunakan alas meja yang terlalu besar kerana ia boleh menggalak kanak-kanak menarik alas meja itu dan mencederakan diri mereka.

Apabila memegang sesuatu yang panas, jauhkan daripada kanak-kanak. Jangan memegang anak anda ketika mengendalikan barang-barang yang panas.

Jauhkan kanak-kanak dari dapur (tungku), periuk nasi ataupun cerek apabila memasak. Pusingkan pemegang periuk itu ke belakang dan jangan biarkan wayarnya tergantung yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.

4