lri berpgr

1
LARI BERPAGAR Sejarah. -Peringkat awal kehidupan manusia, berlari penting untuk mengelak diri dari binatang buas.Aktiviti ini beransur-ansur menjadi aktiviti rekreasi. Lari berpagar mempunyai asal usul dalam sektor pertanian yang mana asalnya pagar (halangan) ialah pintu kandang kambing biri-biri. - Acara lari berpagar lelaki mula diperkenalkan dalam acara Sukan Olimpik sejak tahun 1896 dengan jarak 100 meter. Selepas tahun tersebut, jaraknya ditukarkan menjadi 110 meter. Acara 400 meter lari berpagar lelaki mula mula dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik pada tahun 1900. Bagi acara lari berpagar untuk wanita pula diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 meter. Selepas itu 100 meter wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971. Pengenalan Kepada Lari Berpagar Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancer dan berkesan dalam masa yang paling minimum dalam udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut sebagai ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.

Upload: cuzmah

Post on 09-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

berpgr

TRANSCRIPT

Page 1: lri berpgr

LARI BERPAGAR

Sejarah.

-Peringkat awal kehidupan manusia, berlari penting untuk mengelak diri dari binatang buas.Aktiviti ini beransur-ansur menjadi aktiviti rekreasi. Lari berpagar mempunyai asal usul dalam sektor pertanian yang mana asalnya pagar (halangan) ialah pintu kandang kambing biri-biri.

- Acara lari berpagar lelaki mula diperkenalkan dalam acara Sukan Olimpik sejak tahun 1896 dengan jarak 100 meter. Selepas tahun tersebut, jaraknya ditukarkan menjadi 110 meter. Acara 400 meter lari berpagar lelaki mula mula dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik pada tahun 1900. Bagi acara lari berpagar untuk wanita pula diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 meter. Selepas itu 100 meter wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.

Pengenalan Kepada Lari Berpagar

Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Atlet seharusnya memiliki kepantasan berlari disertai dengan kebolehan melepasi pagar-pagar dengan lancer dan berkesan dalam masa yang paling minimum dalam udara. Kelancaran berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama bagi peserta untuk berjaya dalam sesuatu perlumbaan. Kelancaran pergerakan ini disebut sebagai ritma. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yang tinggi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.