lp_zaridah abdullah dollah 11_24

24
HUBUNGAN ANTARA POLA KOMUNIKASI KELUARGA DAN KETAGIHAN INTERNET DALAM KALANGAN REMAJA DISEDIAKAN OLEH: ZARIDAH ABDULLAH @ DOLLAH ROSLAN LA TEH FAIZAH DIN FEBRUARI 2011 COPYRIGHT © UiTM

Upload: -wan-

Post on 21-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Terima kasih

TRANSCRIPT

  • HUBUNGAN ANTARA POLA KOMUNIKASI KELUARGADAN KETAGIHAN INTERNET DALAM

    KALANGAN REMAJA

    DISEDIAKAN OLEH:ZARIDAH ABDULLAH @ DOLLAH

    ROSLAN LATEHFAIZAH DIN

    FEBRUARI 2011

    COPYRIGHT UiTM

  • Surat KamiTarikh

    600-RMI/SSP/DANA 5/3/Dsp (137/2008)18 November 2008

    @!J, ,

    Zaridah Abdullah @ DollahKetua ProjekFakulti Komunikasi & Pengajian Media40450 Shah AlamUITM MALAYSIA

    Roslan b LatehAhli ProjekFakulti Komunikasi & Pengajian Media40450 Shah AlamUITM MALAYSIA

    Faizah bt DinAhli ProjekFakulti Komunikasi & Pengajian Media40450 Shah AlamUITM MALAYSIA

    Tuan/Puan ,

    -:AJUK PROJEK PENYELlDIKAN DANA KECEMERLANGAN: HUBUNGANANTARA POLA KOMUNIKASI KELUARGA DAN KETAGIHAN INTERNETDALAM KALANGAN REMAJA

    Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    Sukacita dimaklumkan Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) telah meluluskancadangan penyelidikan yang telah dikemukakan oleh pihak tuan/puan bertajuk di atasdengan syarat-syarat seperti berikut:

    i. Ternpoh projek penyelidikan ini ialah 2 tahun, iaitu bermula 1 November 2008hingga 31 Oktober 2010.

    ii. Kos yang diluluskan ialah sebanyak RM15,575.00 sahaja dalam (Kategori A).Tuan/Puan diminta mengemukakan proposal beserta bajet yang baru mengikutkos yang diluluskan sebelum tuan/puan memulakan projek penyelidikantuan/puan.

    iii. Pembelian peralatan komputer/printer/PDA adalah tidak diluluskan .

    iv. Semua pembelian bahan/peralatan adalah diminta agar tuan/puan mematuhiprosedur perbendaharaan di mana pembelian melebihi RM500.00 hendaklahmengernukakan sebutharga dan borang analisa harga.

    iv. Pihak tuan/puan dikehendaki mengemukakan laporan prestasi secara ringkaspada bulan Disember 2008 sepanjang penyelidikan tuan/puan berjalan.

    Pe nolong N ai b Ca n s e to r (Pe n y e l i d i k a n ) : 6a'3 ~ 5 S 44 2094 /2 0 9 5Sahagian Penye lidikan : 603-554-l 2097/2 091 /5 521 1462Sa h ag ia n Peru nd inga n . ';03 -554~ 21 00 /275 3120 92Ba h a g ia n Ino va s i : 603 -5544 2750/ 2 747 I

    Sah a g ia n Penerbita n : 603 552 1 1425/5S -l4 2747Sahag ian INF O RE C : 603-5544 3097 /21 04 /20 98Sahagian 5ain.: 603-554~ 2098/5 52 1 14 63P ej abat Am : 603 -55442093 /210 1/205 7/2559

    S a hagia n Pentad b ir an : 60 3- 55 4 ..:J 20 9 0Fa x : 60 3- 5 54 4 2096 /276 7Un it Ke w ang a n Zo n ' 7 : 603-55443404

    : 6 0 3 55 2 1 138 6

    Research Man ag em e nt In stitut e (RMI) Univer siti Teknologi MARA, 40450 Shah A l arn, Ma laysia~~n :., I~~ l~; ,h t r p : / / w w w r m r . U ; r m e d U . m y ~~cdW li :...:J~

    COPYRIGHT UiTM

  • v. Tuan/Puan perlu menandatangani Borang Perjanjian Penyelidikan dengan kadarsegera kerana penggunaan geran hanya dibenarkan setelah perjanjianditandatangani

    vi. Laporan Akhir perlu dihantar sebaik sahaja projek penyelidikan disiapkan danformat menulis laporan akhir boleh diperolehi di laman web RMI.(http://www.rmLuitm.edu.my)

    Sekian, harap maklum. Terima kasih.

    'SELAMAT MENJALANKAN PENYELIDIKAN'

    Yang benar,

    ..PROF. DR. AZNI ZAIN AHMEDPenolo Naib Canselor (Penyelidikan)

    --DekanFakulti Komunikasi & Pengajian Media40450 Shah AlamUITM MALAYSIA

    2. Dr Abd Rasid Abd RahmanKoordinator RMUFakulti Komunikasi & Pengajian Media40450 Shah AlamUITM MALAYSIA

    3. Puan Rosnani Abd. RazakPenolong BendahariUnit Kewangan Zon 17 (Penyelidikan)(untuk meklumen dan tindakan)

    COPYRIGHT UiTM

  • TarikhNo. Fail Projek

    28 Februari 20] I

    Penolong Naib Canselor (Penyelidikan)Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI)Universiti Teknologi MARA40450 Shah AlamSelangor

    Tuan,

    LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN DANA KECEMERLANGAN: HUBUNGANANT ARA POLA KOMUNIKASI KELUARGA DAN KETAGIHAN INTERNETDALAM KALANGAN REMAJA

    Merujuk kepada perkara di atas, bersama-sama ini disertakan (2) naskah laporan akhirpenyelidikan 'Hubungan antara pola komunikasi keluarga dan ketagihan Internet dalamkalangan remaja' oIeh kumpulan penyelidik dari Fakulti Komunikasi dan PengajianMedia untuk makluman pihak tuan.

    Sekian, terima kasih.

    COPYRIGHT UiTM

  • KUMPULAN PENYELIDIK

    ZARIDAH ABDULLAH @ DOLLAH(KETUA PENYELIDIK)

    ROSLAN LATEH(AHLI)

    -----.

    FAIZAH DIN(AHLI)

    COPYRIGHT UiTM

  • PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberi kekuatan kepada kami dalam

    melaksanakan serta menyiapkan penyelidikan ini.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Institut Pengurusan

    Penyelidikan (RMI) UiTM yang telah meluluskan geran untuk kami menjalankan

    penyelidikan ini.

    Terima kasih juga kami ucapkan kepada pihak Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media

    terutamanya dekan, Prof. Madya Dr. Adnan Hashim yang sentiasa memberi galakan dan

    sokongan untuk kami menjalankan projek penyelidikan ini sehingga selesai.

    Tidak dilupakan, terima kasih kami kepada semua responden yang sudi meluangkan masa

    untuk menjawab soal selidik bagi kajian ini. Akhir sekali setinggi penghargaan dan

    ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan

    tidak langsung dalam penyeilidikan ini. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat

    kepada kita semua.

    - i -

    COPYRIGHT UiTM

  • lSI KANDUNGAN

    PENGHARGAAN

    lSI KANDUNGAN

    SENARAI JADUAL DAN RAJAH

    ABSTRAK

    11

    v

    VI

    BAB 1 - PENGENALAN

    1.0 Pengenalan

    1.1 Latar belakang kajian

    1.2 Pernyataan masalah 3

    1.3 Persoalan Kajian 5

    1.4 Objektif 5

    1.4.1 Objektif umum 5

    1.4.2 Objektif khusus 6

    1.5 Skop kajian 6

    1.6 Kewajaran kajian 6

    1.7 Limitasi Kajian 7

    - ii -

    COPYRIGHT UiTM

  • BAB 2 - KAJIAN LITERATUR

    2.0 Pengenalan 8

    2.1 Keluarga 8

    2.2 Remaja 13

    2.3 Internet IS

    2.4 Peranan dan tanggung jawab ibu bapa kepada anak-anak 18

    2.5 Ketagihan menggunakan Internet 19

    2.6 Komunikasi dalam keluarga 24

    2.7 Teori pola komunikasi keluarga 26

    2.7.1 Dimensi orientasi 27

    2.7.2 Tipologi keluarga 29

    2.8 Komunikasi keluarga dan ketagihan menggunakan Internet 32

    BAB 3 - METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pengenalan 35

    3.1 Reka bentuk dan lokasi kajian 35

    3.2 Teknik persampelan 36

    3.3 Populasi dan sampel kajian 37

    3.4 Pengukuran pemboleh ubah kajian 37

    3.4.1 Instrumen ketagihan Internet 37

    3.4.2 Instrumen pola komunikasi keluarga 38

    3.4.3 Instrumen pemboleh ubah demografi 40

    3.5 Borang soal selidik 41

    - iii -

    COPYRIGHT UiTM

  • 3.6

    3.7

    3.8

    Pra unan

    Proses pengutipan data

    AnaJisis kajian

    41

    42

    43

    BAB 4 - ANALISIS DATA

    4.0 Pengenalan

    4.1 Analisis data

    4.1.1 Demografi responden

    4.1.2 TipoJogi keJuarga

    4.1.3 Tahap ketagihan Internet daJam kaJangan remaja

    4.1.4 Ketagihan menggunakan Internet mengikut tipoJogi

    keJuarga

    4.1.5 Perkaitan antara poJa komunikasi keJuargadengan

    ketagihan Internet

    BAB 5 - PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

    5.0 PengenaJan

    5.1 Perbincangandapatan kajian

    5.2 KesimpuJan kajian

    5.3 Cadangan kajian pada masa hadapan

    RUJUKAN

    - iv -

    44

    44

    44

    47

    49

    49

    52

    54

    54

    56

    57

    58

    COPYRIGHT UiTM

  • SENARAI JADUAL DAN RAJAH

    JADUAURAJAH TAJUK HALAMAN

    Rajah 2.1 Tipologi keluarga berdasarkan pola 32kornunikasi keluarga

    Jadual3.1 Senarai orientasi dan item bagi pengukuran 39pola kornunikasi keluarga

    Jadual 3.2 Nilai alpha Cronbach (a) instrument kajian 41

    Jadual4.1 Demografi responden 46

    Jadual4.2 Tipologi keluarga 48

    Jadual 4.3 Tahap ketagihan Internet dalam kalangan 49remaja

    Jadual4.4 Min dan sisihan piawai ketagihan Internet 51menurut tipologi keluarga remaja

    Jadual 4.5 ANOV A sehala antara tipologi keluarga 51terhadap ketagihan Internet

    Perbandingan pasangan (pairwise comparison)Jadual4.6 antara tipologi keluarga terhadap ketagihan 51

    Internet menggunakan kaedah Bonferroni

    Perkaitan antara pola komunikasi keluargaJadual4.7 dengan ketagihan Internet dalam kalangan 52

    rernaja

    - v -

    COPYRIGHT UiTM

  • ABSTRAK

    Komunikasi keluarga terutamanya antara ibu dan bapa dengan anak-anak merupakanfaktor utama yang menentukan kebajikan dan masa hadapan anak-anak. Kajian inibertujuan untuk mengenalpasti sama ada orientasi keakuran dan perbualan dalam polakomunikasi keluarga mempunyai kaitan dengan masalah ketagihan Internet dalam

    kalangan remaja. Seramai 300 orang remaja di sekitar Lembah Klang telah dipilihmelalui persampelan berkelompok.

    Hasil kajian mendapati majoriti daripada remaja di Lembah Klang mengalami tahapketagihan Internet yang tinggi. Kajian juga mendapati majoriti daripada keluarga remajamengamalkan tipologi laissez faire (rendah pada kedua-dua orientasi perbualan dankeakuran) dan diikuti oleh keluarga konsensual (tinggi kedua-dua oreintasi perbualan dankeakuran), Hasil kajian turut menunjukkan remaja yang datang daripada keluarga yangmengamalkan tipologi protektif paling tinggi ketagihan menggunakan Internet. Dapatan

    kajian tersebut turut disokong dengan ujian korelasi Pearson yang menunjukkanwujudnya perkaitan yang positif antara orientasi keakuran dengan ketagihanmenggunakan Internet dalam kalangan remaja. Walau bagaimanapun, tidak terdapatperkaitan antara orientasi perbualan dengan ketagihan Internet.

    Justeru ibu bapa disarankan untuk mengurangkan praktik orientasi keakuran dengan

    anak-anak kerana anak-anak akan rasa tertekan. Fenomena ini akan menyebabkan mereka

    terlalu bergantung kepada Internet sehingga akhirnya ketagih melayari Internet. Ibu bapasepatutnya lebih bersikap terbuka dengan menggunakan pendekatan orientasi perbualanyang tinggi ketika bersama anak-anak.

    - vi -

    COPYRIGHT UiTM

  • BABI

    PENGENALAN

    1.0 Pengenalan

    Bab ini membincangkan mengenai latar belakang kajian, permasalahan kajian, persoalan

    dan objektif kajian, skop dan kewajaran kajian.

    1.1 Latar belakang kajian

    Komunikasi adalah satu perkara fundamental dalam pembentukan hubungan

    kekeluargaan bagi sesebuah rumah tangga (Bochner, 1976; dalam Koesten & Anderson,

    2004). Sememangnya tidak dapat dinafikan hubungan sesama ahli dalam keluarga wujud

    disebabkan oleh faktor komunikasi yang berperanan menyatukan ahli-ahli dalam

    sesebuah keluarga itu seperti hubungan antara suami dengan isteri, hubungan antara ibu

    bapa dengan anak.dan juga hubungan dengan ahli keluarga yang lain.

    Komunikasi keluarga bukan sahaja membentuk perhubungan dalam konteks keluarga

    itu sendiri sahaja tetapi turut mempengaruhi hubungan dalam konteks yang lebih luas

    seperti hubungan di tempat kerja, hubungan dengan orang lain serta hubungan romantik

    (Vangelisti, 1993). Ini adalah kerana komunikasi seseorang itu dengan orang lain di luar

    daripada lingkungan keluarga dipengaruhi oleh faktor komunikasi mereka di rumah. Ini

    COPYRIGHT UiTM

  • bermaksud seseorang yang menikmati komunikasi yang baik dan berkualiti dengan

    keluarga turut mempraktikannya dengan masyarakat sekeliling.

    Kajian-kajian lalu yang telah dilakukan sarna ada di barat mahupun di negara ini

    mendapati bahawa komunikasi kekeluargaan yang berkesan boleh menghalang remaja

    daripada terjerumus ke dalam kegiatan-kegiatan yang tidak sihat seperti ketagih

    menggunakan dadah, ketagih meminum alkohol dan lain-lain salah laku lagi (Koesten &

    Anderson, 2004; Md. Salleh, Nurani, Siti Zobidah, Musa, Arnida Ayu, Zaridah &

    Narimah,2009; Zaridah, 2011). Ini menunjukkan bahawa komunikasi yang baik dalam

    sesebuah keluarga berperanan penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

    Sementara komunikasi yang kurang berkesan dan kurang mesra dalam kalangan ahli

    keluarga terutamanya komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak adalah antara punca

    terjadinya konf1ik dalam keluarga (Galvin, Bylund & Brommel, 2008) yang akhirnya

    mendorong anak-anak terjebak ke dalam kancah sosial.

    Umberson (dalam Che Hasniza, 2006) menjelaskan bahawa hubungan antara ibu bapa

    dan anak adalah satu ikatan sosial yang amat kuat dan mampu mempengaruhi perlakuan

    anak-anak. Agama Islam turut menekankan pentingnya hubungan kasih sayang antara

    ibu bapa dengan anak-anak. Ibu bapa telah diberi tanggungjawab untuk mendidik anak-

    anak supaya berkelakuan dan berperibadi murni sejajar dengan kehendak agama

    sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "semua anak yang lahir ke dunia

    umpama sehelai kain putih dan ibu bapa berperanan mencorakkan kehidupan mereka".

    Sabda Nabi ini telah menunjukkan betapa pentingnya institusi keluarga dalam

    masyarakat terutamanya dalam menentukan kehidupan masa depan anak-anak mereka.

    2

    COPYRIGHT UiTM

  • 1.2 Permasalahan Kajian

    Komunikasi adalah suatu elemen yang amat penting dalam hubungan kekeluargaan.

    Komunikasi yang baik dan berkesan terutamanya antara anak dan ibu bapa membantu

    membina hubungan yang harmonis dalam sesebuah keluarga. Setiap daripada ahli

    keluarga memahami peranan masing-masing bagi memastikan tidak berlakunya kontlik

    yang boleh meretakkan hubungan sesama ahli. Melalui komunikasi juga ahli keluarga

    dapat bersosial dan berinteraksi melalui komunikasi interpersonal dan komunikasi

    dalam kumpulan keci!. Mesej dapat disampaikan kepada ahli keluarga secara verbal atau

    bukan verbal atau kedua-duanya sekali dan dapat difahami oleh mereka kerana

    kewujudan rangka rujuk yang sarna (similar frame of reference). Rangka rujuk yang

    sama terbentuk hasil daripada pembentukan kod komunikasi dalam sesebuah keluarga

    itu berdasarkan kepada pengalaman individu dan pengalaman kolektif keluarga (Galvin,

    Bylund & Brommel, 2008).

    Komunikasi memainkan peranan yang amat besar dalam sesebuah keluarga kerana ibu

    bapa dapat melahirkan kasih sayang mereka kepada anak-anak melalui perbuatan seperti

    sentuhan ataupun dengan kata-kata. Selain daripada itu, komunikasi juga berfungsi

    untuk mendidik anak-anak dengan norma-norma dan ni1ai-nilai yang diterima

    masyarakat. Oi samping itu, melalui komunikasi dengan ibu bapa, anak-anak dibantu

    untuk bersosial dengan ahli keluarga yang lain, dengan rakan sebaya serta masyarakat

    sekeliling (Barbato, Graham & Perse, 2003).

    Kajian-kajian lepas mendapati terdapat perkaitan di antara pola komunikasi keluarga

    dengan sikap dan tabiat anak-anak (Huang, 1999). Sebagai contoh, kajian yang telah

    3

    COPYRIGHT UiTM

  • dilakukan oleh McLeod, Atkin dan Chafee (dalam Huang, 1999) menunjukkan bahawa

    anak-anak menjadi agresif jika mereka membesar di da1am suasana keluarga yang

    mengekang kebebasan bersuara. Kajian yang telah dilakukan oleh Zaridah (20 II) juga

    merumuskan anak-anak yang dibesarkan dalam keluarga yang tidak menggalakkan

    komunikasi menyababkan tingginya penglibatan mereka dengan perbuatan salah laku.

    Ketidak keberkesanan komunikasi dalam keluarga juga boleh menyebabkan berlakunya

    ketidak puasan dalam hubungan kekeluargaan dan akhirnya akan mengakibatkan anak-

    anak terutamanya remaja rasa terpinggir dan tidak disayangi keluarga dan mendorong

    mereka terjebak dengan gejala kurang sihat. lni dibuktikan oleh kajian lalu yang

    mendapati masalah komunikasi ibubapa-anak mempunyai perkaitan yang positif dengan

    rasa tertekan dan kesunyian, penyalahgunaan alkohol atau dada h serta tingkah laku

    devian yang lain di kalangan remaja (Hartos & Power, 2000).

    Manakala bagi kajian yang berkaitan dengan ketagihan menggunakan Internet di

    kalangan remaja, para sarjana mendapati bahawa terdapat perkaitan di antara ketagihan

    menggunakan bahan yang dilarang seperti dadah dan ketagihan Internet dengan kontlik

    di antara remaja dengan ibu bapa, dan juga masaIah komunikasi antara mereka (Carnes,

    1989; Orleans & Walter, 1996; Park, Kim & Cho, 2008; Shotton,1991; Teyber, 1992;

    Yen, Yen, Chen, Chen & Ko, 2007; Young, 1997).

    Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak kajian yang teIah mengaitkan di antara

    gejala sosial di ka1angan kanak-kanak dan remaja seperti ketagihan dadah serta alkohol

    dengan komunikasi keluarga diIakukan di barat, tetapi tidak terdapat satupun kajian

    4

    COPYRIGHT UiTM

  • perkaitan antara pola komunikasi keluarga dengan ketagih Internet telah dilakukan oleh

    para sarjana. Selain daripada itu, kajian yang seumpama ini dalam konteks keluarga di

    Malaysia juga belum pernah dijalankan. Oleh yang demikian, pengkaji tertarik untuk

    mengkaji sarna ada wujudnya perkaitan antara gejala ketagihan Internet dalam kalangan

    remaja di Lembah Kelang dengan pola komunikasi keluarga (family communication

    pattern) iaitu orientasi komunikasi (communication orientation) dan orientasi keakuran

    (conformity orientation).

    1.3 Persoalan Kajian

    Persoalan-persoalan kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti yang dinyatakan:

    1. Apakah jenis atau tipologi keluarga Lembah Kelang?

    2. Apakah tahap ketagihan Internet dalam kalangan remaja Lembah Klang?

    3. Adakah terdapat perbezaan antara tipologi keluarga terhadap gejala ketagihan

    menggunakan Internet dalam kalangan remaja ?

    4. Apakah terdapat perkaitan antara pola komunikasi keluarga dengan ketagihan

    Internet dalam kalangan remaja?

    1.4 Objektif kajian

    Objektif bagi kajian ini terdiri daripada objektif umum dan khusus seperti berikut:

    1.4.1 Objektif umum:

    Objektif umum bagi kajian ini ialah:

    Untuk mengenalpasti sarna ada terdapat perkaitan di antara ketagihan menggunakan

    Internet di kalangan remaja dengan iklim komunikasi sesebuah keluarga itu.

    5

    COPYRIGHT UiTM

  • 1.4.2 Objektif khusus:

    Objektif khusus bagi kajian ini ialah:

    2. Untuk mengenal pasti tipologi keluarga yang wujud di Lembah Kelang

    3. Untuk mengenal pasti tahap ketagihan Internet dalam kalangan remaja Lembah

    Klang

    4. Untuk mengenal pasti sama ada wujud perbezaan antara tipologi keluarga

    terhadap ketagihan menggunakan Internet di kalangan remaja

    5. Untuk mengenal pasti sama ada wujud perkaitan antara pola komunikasi

    keluarga dengan ketagihan Internet dalam kalangan remaja

    1.5 Skop kajian

    Kajian ini dijalankan ke atas remaja lelaki dan perempuan yang berumur di antara 13

    tahun hingga 20 tahun di Lembah Klang. Lernbah Klang dipilih sebagai lokasi kajian

    kerana kemudahan mengakses internet yang lebih baik dan banyak seperti di kafe-kafe

    siber serta di kawasan-kawasan yang dipanggil "hot spot" seperti TMnet hot spot dan

    terdapat banyak premis-prernis perniagaan yang menawarkan perkhidrnatan Internet

    tanpa wayar. Di samping itu, perkhidrnatan jalur lebar juga terdapat di hampir sernua

    tempat di kawasari ini. Lembah Klang juga mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi

    berbanding dengan kawasan lain di negeri Selangor.

    1.6 Kewajaran kajian

    Kajin ini bertujuan ingin mengenalpasti akan tujuan remaja menggunakan Internet dan

    kewujudan ketagihan Internet di kalangan remaja. Selain daripada itu, kajian ini diharap

    dapat menyumbang kepada bidang ilmu komunikasi kemanusiaan dan masalah remaja

    6

    COPYRIGHT UiTM

  • dan komunikasi keluarga serta jenis keluarga yang mereka miliki kerana hampir semua

    kajian yang dilakukan oleh para sarjana sebelum ini adalah tertumpu kepada bidang

    psikologi dan kaunseling.

    Selain daripada itu, belum terdapat lagi kajian ke atas remaja yang ketagihan

    menggunakan Internet secara khusus terutamanya di negara ini di lakukan oleh para

    sarjana. Oleh yang demikian pengkaji ingin mengkaji sama ada pola komunikasi

    keluarga adalah antara faktor yang menyebabkan remaja ketagihan menggunakan

    Internet.

    Penemuan kajian ini nanti diharap dapat memberi kesedaran kepada pihak berkuasa dan

    pembuat polisi akan gejala-gejala baru yang timbul ekoran daripada jurang komunikasi

    yang berlaku dalam keluarga. Ianya diharap dapat membuka mata keluarga akan

    kepentingan komunikasi berkesan dalam sesebuah keluarga untuk membentuk dan

    mendidik anak-anak remaja mereka agar tidak terjebak dengan devian terutamanya yang

    berkaitan dengan teknologi seperti Internet.

    1.7 Limitasi kaj ian'

    Limitasi kajian ini ialah ianya dilakukan ke atas remaja yang berumur antara 13 hingga

    20 tahun yang tinggal bersama ibu bapa sahaja. Selain daripada itu, pola komunikasi

    keluarga dikaji dari sudut pandangan anak-anak sahaja dan bukanya seluruh ahli

    keluarga. Hasil kajian ini hanya boleh digeneralisasikan ke atas remaja yang tinggal di

    Lembah Klang sahaja dan bukannya mewakili seluruh remaja yang tinggal di negeri

    Selangor.

    7

    COPYRIGHT UiTM

  • BAB2

    KAJIAN LITERATUR

    2.0 Pengenalan

    Bab ini membincangkan definisi konsep yang digunakan dalam kajian seperti definisi

    remaja, keluarga dan ketagihan menggunakan Internet serta mengulas dan mengupas

    hasil-hasil kajian lepas yang ada kaitan dengan komunikasi keluarga, ketagihan Internet

    serta teori pola komunikasi keluarga.

    2.1 Keluarga

    Pendefinisian maksud keluarga telah mula berubah daripada hanya melihat keluarga dari

    segi struktur yang merangkumi individu yang diikat di antara satu sarna lain menerusi

    undang-undang seperti perkahwinan dan ikatan biologi seperti anak-anak kepada definisi

    berasaskan transaksi di mana sekumpulan individu boleh dianggap sebagai sebuah

    keluarga hanya berdasarkan kepada hubungan intim yang mereka bina bersama yang

    memperlihat ciri-ciri kekeluargaan, termasuklah berkongsi pengalaman masa lalu dan

    masa mendatang (Koerner & Fitzpatrick, 2002). Menurut Noller dan Fitzpatrick (dipetik

    dari Koerner & Fitzpatrick, 2002), definisi transaksi ini memudahkan para penyelidik

    menjalankan kajian yang berkaitan dengan berbagai-bagai jenis keluarga yang wujud

    dalam masyarakat terutamanya di barat.

    8

    COPYRIGHT UiTM

  • Sejajar dengan pandangan Koerner dan Fitzpatrick (2002), maka keluarga boleh

    didefinisikan sebagai satu kumpulan individu yang mempunyai pertalian darah, ikatan

    perkahwinan, ataupun menjalinkan hubungan atas persetujuan bersama (tanpa ikatan

    perkahwinan), ataupun melalui pengambilan anak angkat dan setiap daripada mereka

    mempunyai peranan tertentu (contohnya sebagai anak) sebagai sebuah keluarga

    (Schaefer, 2005).

    Turner dan West (2002) juga bersependapat dengan Koerner dan Fitzpatrick (2002)

    bahawa memberi definisi atau makna kepada keluarga agak sukar kerana perlu

    mengambil kira berbagai-bagai isu termasuklah isu kepelbagaian (diversity) sesuatu

    masyarakat itu, budaya, dan komunikasi. Turner dan West (2002) telah mendefinisikan

    keluarga sebagai,

    suatu kumpulan 'self-defined' yang mempunyai hubungan yang

    intim yang mencipta dan mengekalkan hubungan melalui interaksi

    sesama sendiri dan juga dengan orang lain; sesebuah keluarga juga

    boleh wujud melalui hubungan sarna ada secara sukarela (melalui

    perkahwinan) ataupun tidak (disebabkan oleh hubungan darah), di

    mana kedua-dua sempadan literal dan simbolik dalaman (internal)

    dan luaran (external) dicipta; dan ianya berkembang selaras dengan

    masa: ia mempunyai sejarah, masa kini dan masa sekarang (ms. 8).

    Jika diteliti definisi yang diberikan oleh para sarjana berkenaan, kewujudan institusi

    keluarga kelihatan amat longgar kerana seolah-olah sebuah keluarga akan wujud secara

    automatik apabila sekumpulan individu membentuk hubungan melalui interaksi yang

    9

    COPYRIGHT UiTM

  • intim antara rnereka. Sebagai contoh, di sesetengah negara barat pasangan yang tidak

    berkahwin tetapi tinggal bersama seperti pasangan suami isteri ataupun pasangan yang

    berkahwin sesama jantina telah mula diterima sebagai sebuah keluarga oleh masyarakat

    mereka (Galvin, Bylund & Brommel, 2004; Turner & West, 2002).

    Sungguhpun begitu di kebanyakan negara termasuklah di negara ini, keluarga perlu

    difahami daripada sudut agama, nilai dan norma masyarakat serta undang-undang

    sesebuah negara. Sesuatu kelompok individu itu akan diterima sebagai sebuah keluarga

    jika ahli-ahlinya mempunyai ikatan yang sah dari segi agama, masyarakat, dan menurut

    undang-undang negara. Dalam erti kata lain keluarga adalah satu komuniti keeil yang

    merangkumi suami dan isteri dan anak-anak yang wujud sejajar dengan nilai-nilai agama

    dan norma-norma masyarakat serta tidak bertentangan dengan undang-undang negara.

    Pandangan ini sejajar dengan pendefinisian yang telah diguna pakai oleh Lembaga

    Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bahawa keluarga bermaksud

    satu unit yang terdiri daripada sepasang suami isteri yang diikat dengan tali perkahwinan

    yang sah dari segi agama, adat resam dan undang-undang; keluarga juga turut

    merangkumi anggota yang ada hubungan darah atau diangkat menjadi anggota (dalam

    Rumaya & Rujanah, 2002).

    Narimah (1994) pula telah menjelaskan keluarga adalah sebagai sebahagian daripada

    masyarakat, di mana keluarga dianggap satu unit atau subsistem dalam masyarakat yang

    terdiri daripada individu yang mempunyai kaitan antara satu sarna lain dan

    melaksanakan fungsi masing-rnasing untuk mengekalkan kewujudan mereka dalam

    10

    COPYRIGHT UiTM

  • masyarakat. Mereka rm mempunyai fungsi-fungsi tertentu bagi memastikan

    kelangsungan keluarga tersebut dan seterusnya kelangsungan masyarakat. Sebagai

    contoh suami mempunyai peranannya terhadap isteri, dan sebagai bapa pula, dia perlu

    menjalankan tanggung jawab kepada anak-anaknya, dan sebagai anak, dia perlu

    melakukan tanggung jawab kepada ibubapanya, saudara kepada ahli keluarga yang lain,

    dan ahli kepada masyarakat secara keseluruhannya.

    Keluarga boleh dipecahkan kepada beberapa bentuk iaitu keluarga nuklear atau dikenali

    juga sebagai keluarga tradisional (Turner & West, 2002) yang terdiri daripada suami dan

    isteri, serta anak-anak. Turner dan West (2002) telah mengulas bahawa jika dahulu

    suami dalam keluarga nuklear di barat berperanan sebagai pencari nafkah dan isteri

    hanya tinggal di rumah sebagai isteri sepenuh masa serta menjaga anak-anak,

    Bagaimanapun, pada zaman moden ini, kedua-dua suami dan isteri keluar bekerja untuk

    mencari nafkah untuk keluarga, atau suami menjaga anak-anak di rumah sementara

    isteri pula keluar bekerja.

    Fenomena ini juga turut wujud dalam masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi di mana

    suami keluar bekerja di ladang- ladang dengan bantuan isteri dan anak-anak atas dasar

    membantu meringankan beban suami yang bekerja membanting tulang. Tetapi kini

    kedua-dua suami dan isteri keluar bekerja kerana tuntutan ekonomi terutamanya apabila

    pendapatan yang diperolehi oleh suami seorang tidak mencukupi untuk menyara

    keluarga.

    11

    COPYRIGHT UiTM

  • Bentuk keluarga yang kedua pula iaiah keluarga besar (extended family). Keluarga besar

    terdiri daripada ahli keluarga lain yang mempunyai pertalian darah seperti datuk dan

    nenek serta ibu saudara atau bapa saudara yang tinggal bersama (Schaefer, 2005; Turner

    & West, 2002).

    Bagaimanapun, keluarga besar menurut perspektif masyarakat di Malaysia, terdiri

    daripada seluruh ahli keluarga yang mempunyai perkaitan darah atau menerusi

    perkahwinan walaupun tidak semestinya tinggal bersama di bawah satu bumbung.

    Seluruh ahli keluarga ini walaupun mempunyai pertalian darah yang agak jauh tetapi

    mereka masih lagi mempunyai hubungan yang erat dan akan berziarah ke rumah antara

    satu sama lain terutamanya sewaktu musim-rnusirn perayaan ataupun majlis

    perkahwinan sejajar dengan tuntutan agama dan masyarakat.

    Selain daripada keluarga nuklear dan keluarga besar, Turner dan West (2002) turut

    menyenaraikan keluarga tiri, keluarga homoseksual, keluarga ibu atau bapa tunggal atau

    diistilahkan sebagai induk tunggal (Rumaya & Rojanah, 2002) dan pasangan yang

    tinggal bersama tanpa sebarang ikatan perkahwininan (cohabitation) atau dikenali

    sebagai bersekedudukan sebagai sebuah keluarga.

    Keluarga tiri adalah terdiri daripada satu unit keluarga yang terdiri daripada dua orang

    yang berkahwin dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak hasil daripada

    perkahwinan terdahulu salah seorang daripada mereka (Turner & West, 2002).

    12

    COPYRIGHT UiTM

  • Keluarga yang seterusnya ialah keluarga induk tunggal iaitu keluarga yang terdiri

    daripada ibu atau bapa yang memelihara anak mereka selepas berlakunya perceraian

    atau kematian salah seorang daripada pasangan suami isteri tersebut.

    Bagaimanapun, dalam membincangkan perkara yang berkaitan dengan keluarga,

    penyelidik tidak akan menyentuh hal yang berkaitan dengan keluarga homoseksual dan

    pasangan yang tidak berkahwin kerana kedua-kedua keluarga tersebut tidak bersesuaian

    dengan norma-norma agama dan nilai-nilai masyarakat serta bertentangan dengan

    undang-undang negara selain daripada di tolak oleh masyarakat keseluruhannya.

    2.2 Remaja

    Remaja diambil daripada perkataan Latin adolescere yang bermasud proses untuk

    membesar atau tumbesaran (to grow up). Ahli psikologi telah mentafsirkan zaman

    remaja sebagai satu keadaan di mana berlakunya peralihan daripada alam kanak-kanak

    ke alam dewasa (Kaplan, 2004; Rathus, 2006).

    Alam remaja biasanya di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu awal, pertengahan dan

    lewat remaja (Bios, 1962 yang dipetik dalam Kaplan, 2004). Kaplan (2004) telah

    mengklasifikasikan awal remaja sebagai tempoh di antara permulaan akil baligh

    seseorang kanak-kanak sehinggalah mereka berumur 14 tahun; pertengahan remaja pula

    adalah di antara umur 15 hingga 17 tahun; manakala kategori lewat remaja pula adalah

    mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Bagaimanapun, had umur bagi kategori lewat

    remaja ini melangkah ke alam dewasa masih lagi menjadi isu perdebatan di kalangan

    ahli psikologi. Menurut Lembaga Penduduk dan Perkembangan Keluarga Negara

    13

    COPYRIGHT UiTM