lp_raja_abdullah_raja_yaacob_00_24.pdf

24
PENYEDIAAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT KESIHATAN / TERAPIDI MALAYSIA BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITITEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: PROF. DATO' DR. RAJA ABDULLAH RAJA YAACOB PROF. MADYA NORMA ABU SEMAN 2000 COPYRIGHT @ UiTM

Upload: kekasihku-bonda

Post on 06-Sep-2015

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • PENYEDIAAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT KESIHATAN / TERAPIDI MALAYSIA

    BIRO PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN UNIVERSITITEKNOLOGI MARA 40450 SHAH ALAM, SELANGOR

    MALAYSIA

    DISEDIAKAN OLEH:

    PROF. DATO' DR. RAJA ABDULLAH RAJA YAACOB PROF. MADYA NORMA ABU SEMAN

    2000

    COPYRIGHT @ UiTM

  • PENYEDIAAN PERKHIDMATAN MAKLUMAT KESIHATAN/TERAPI

    DI MALAYSIA

    Prof. Madya Dr. Raja Abdullah Yaacob

    &

    Prof. Madya Norma Abu Seman

    Fakulti Pengajian Maklumat UiTM, Shah Alam

    2000

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Penyediaan Perkhidmatan Maklumat Kesihatan/Terapi di Malaysia

    Abstrak

    The medical and health facilities has been one of the great challenges of the government, not only that it costs a lot of money but also its speciality requires special facility and expertise. Part of the services that is crucial is the information and library services not only to the medical personnel and trainee and towards encouraging more research in medical and pharmaceutical sciences, but also to inculcate the use of reading as a tool for therapy among patients. This concludes the library and information services. The increasing number of nursing schools is also a testimony of the need for a more efficient information services. Last but not least, the therapeutic role of information is recognised and therefore the information services for the sick and bedridden is not to denied and this is even more challenging with the increasing number of not only government hospitals but also the establishment of private medical centres and home. The information profession has already been well established and its boundary has also spread to all types of specialization, including the medical and allied health librarianship. The growing population, amidst the rapid economic growth have led to the increasing number of hospitals, health centres and the medical schools. Information has been regarded as a vital components without which these institutions could not survive. Medical and health information services and provisions is indeed a specialization in itself and it would be interesting to also learn how this area is being tackled. The findings of this research present the importants of library and information services and the provision to various user groups involved in the health and medical profession as well as providing bibliotheraphy for hospitalized patients.

    Keywords: Health Information Services and Provision, Bibliotherapy, Malaysia, Medical Information, Health Information, Hospital Libraries and Hospital Patient.

    "Changes in health information environment are occurring, signalling a needfor change in the roles of health information professionals and in the

    knowledge and skills expected of them. "

    (Fred W. Roper andM. Kent Mayfield, 1993)

    COPYRIGHT @ UiTM

  • JUDUL MUKA SURAT

    Senarai Jadual Senarai Graf

    BAB SATU - Pendahuluan 2 - Keadaan Masa Kini 3 - Siapa Memerlukan Perkhidmatan Maklumat 5 - Apakah Kategori-kategori Maklumat Yang Tersedia Ada 5 - 6 - Pengetahuan Dan Kemahiran Diperlukan Untuk Memberi Khidmat Kepada Klien Perubatan 6 - 7

    - Jenis-jenis Perkhidmatan Maklumat Bagi Penjagaan Kesihatan 8 - 18 - Peranan Perpustakaan 18 - 19 - Jenis Perpustakaan Dan Perkhidmatannya 19 - 2 3 - Peranan Pustakawan / Profesional Sains Maklumat Kesihatan 24 - 2 6 - Komunikasi Pustakawan Perubatan Dengan Para Pesakit 26 - 2 7 - Latihan Profesional Kesihatan / Perubatan 27 - 2 8 - Apakah Yang Berkaitan Deangan Profesion Maklumat 28 - 2 9 - Bahagian-bahagian Lain Yang Boleh Dipertimbangkan 29 -30 - Cadangan 30 -31 - Paradigma Baru Dalam Perkhidmatan Maklumat Kesihatan 31 - 3 2 - Informatik Maklumat Dalam Implikasi Pendidikan Perubatan Bagi

    Penyebaran Maklumat 32 - 3 3 - Hubungan Tertutup Diantara Perubatan Dan Maklumat Perlindungan

    Kesihatan Dan Juga Profesion Perpustakaan 33 - 3 4 - Kesimpulan 34 -35

    BABDUA 2.0 Pendahuluan 36 2.1 Garis Panduan Penyediaan Maklumat Perubatan 36 -37 2.2 Kaedah Pencarian Maklumat 37 - 3 8 2.3 Sistem Pencarian Maklumat Perubatan 39 2.4 Keperluan Penyediaan maklumat Perubatan 39 - 4 0 2.5 Permintaan Maklumat Perubatan 40

    BAB TIGA 3.0 Kaedah Penyelidikan 41 3.1 Rekabentuk Penyelidikan 41 - 4 3 3.2 Responden 43 - 4 4 3.3 Alat Penyelidikan 45

    BAB EMPAT 4.1 Analisa Data 46 4.2 Bahagian A (Kakitangan Perpustakaan) 46 - 7 0 4.3 Bahagian B (Pengguna) 71 - 9 3 4.4 Bahagian C (Pesakit) 94 - 1 2 2

    COPYRIGHT @ UiTM

  • 4.5 Penemuan Penyelidikan 123 -126

    B A B U M A 5.1 Kakitangan Yang Professional 5.2 Pembangunan Koleksi Perpustakaan Perubatan 5.3 Latihan Kepada Kakitangan 5.4 Mempromosi Perkhidmatan 5.5 Aktiviti Kepada Pesakit 5.6 Pengaksesan Maklumat Berelektronik 5.7 Kemudahan Membaca Untuk Pesakit 5.8 Perkhidmatan Maklumat Terapi Untuk Pesakit 5.9 Sukarelawan Pustakawan

    127 127 -128 128 128 129 129 130 130 131 - 132

    Kesimpulan 132

    BIBUOGRAfi

    LAMPIRAN

    COPYRIGHT @ UiTM

  • SENARAI GRAF

    Graf 1 Jenis-jenis Perpustakaan

    Graf 2 Bilangan Kakitangan Profesional

    Graf 3 Bilangan Kakitangan Bukan Profesional

    Graf 4 Kemampuan Perpustakaan Untuk Membangunkan Koleksi Dan Perkhidmatan Perpustakaan Mengikut Perancangan Anda

    Graf 5 Atasan Pengurusan Atasan Memberikan Keutamaan Yang Tinggi Terhadap Perpustakaan

    Graf 6 Apakah Perubahan Dan pembangunan Yang Anda Harapkan Untuk Mencapai Di Dalam Jangka Masa 5 Tahun Akan Datang

    Graf 7 Pengkhususan Mengikut Subjek / Bidang

    Graf 8 Kategori Pengguna

    Graf 9 Jenis Latihan Dan Pendedahan Anda Serta Lain-lain Latihan Persendiiian Yang Mungkin Diperlukan

    Graf 10 Nama Organisasi Pengguna

    Graf 11 Jenis-jenis Kakitangan

    Graf 12 Dimana Anda Memperolehi Maklumat Mengenai Perubatan Dan Kesihatan

    Graf 13 Sum ber-s umber Bahan Maklumat (Sumber Terbitan)

    Graf 14 Sumber-sumber Bahan Maklumat (Sumber Bukan Terbitan)

    Graf 15 Tujuan Menggunakan Maklumat

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Graf 16 Kemampuan Perpustakaan Untuk Membekalkan Maklumat Mengikut Bidang Pekerjaan

    Graf 17 Adakah Anda Perlu Untuk Menyimpan Maklumat Bagi Tujuan Pembangunan Yang Baru

    Graf 18 Siapa Mengajar Pencarian Maklumat Yang Anda Perlukan

    Graf 19 Bilangan Pesakit mengikut Negeri

    Graf 20 Kategori Pesakit

    Graf 21 Lama Masa Berada Di Hospital

    Graf 22 Cara Pesakit menghabiskan Masa Lapang

    Graf 23 Kemudahan Mambaca Yang Disediakan Di hospital

    Graf 24 Kakitangan Yang Menyediakan Kemudahan Membaca

    Graf 25 Adakah Hospital Menyediakan Perkhidmatan Perpustakaan

    Graf 26 Keperluan Penyediaan Bahan-bahan Untuk Mengisi Masa Lapang

    Graf 27 Pendapat Mengenai Membaca Adalah Penting Bagi Tujuan Baerikut

    Graf 28 Bahan bacaan Yang Minat Untuk Dibaca

    Graf 29 Perkhidmatan Yang Perlu Disediakan Kepada Pesakit

    Graf 30 Aktiviti-Aktiviti Lain Yang Perlu Disediakan Untuk Pesakit

    COPYRIGHT @ UiTM

  • SENARAIJADUAL

    Jadual 1 Bilangan Hospital-Hospital Kerajaan dan Institusi-Institusi Peru ba tan Khusus Di Malaysia 1991

    Jadual 2 Bilangan Pusat Kesihatan, Pusat Bidan dan Klinik Luar Bandar Di Malaysia 1991

    Jadual 3 Jenis-jenis Perpustakaan

    Jadual 4 Bilangan Kakitangan Profesional

    Jadual 5 Bilangan Kakitangan Bukan Profesional

    Jadual 6 Kemampuan Perpustakaan Untuk Membangunkan Koleksi Dan Perkhidmatan Perpustakaan Mengikut Perancangan Anda

    Jadual 7 Atasan Pengurusan Atasan Memberikan Keutamaan Yang Tinggi Terhadap Perpustakaan

    Jadual 8 Apakah Perubahan Dan pembangunan Yang Anda Harapkan Untuk Mencapai Di Dalam Jangka Masa 5 Tahun Akan Datang

    Jadual 9 Pengkhususan Mengikut Subjek / Bidang

    Jadual 10 Jenis-jenis Perkhidmatan

    Jadual 11 Adakah Perpustakaan Anda Terlibat Dengan Sistem Jaringan Kebangsaan Dan Antarabangsa

    Jadual 12 Adakah Anda Merancang Perpustakaan Anda Untuk Mem perkenal kan Perkhidmatan Baru Dan Inovatif

    Jadual 13 Kategori Pengguna

    Jadual 14 Jenis Latihan Dan Ponded ahan Anda Serta La in-lain Latihan Persendiiian Yang Mungkin Diperlukan

    Jadual 15 Nama Organisasi

    Jadual 16 Jenis-jenis Kakitangan

    COPYRIGHT @ UiTM

  • Jadual 17 Dimana Anda Memperolehi Maklumat Mengenai Perubatan Dan Kesihatan

    Jadual 18 Sumber-sumber Bahan Maklumat (Sumber Terbitan)

    Jadual 19 Sumber-sumber Bahan Maklumat (Sumber Bukan Terbitan)

    Jadual 20 Tujuan Menggunakan Maklumat

    Jadual 21 Kemampuan Perpustakaan Untuk Membekalkan Maklumat Mengikut Bidang Pekerjaan

    Jadual 22 Menyimpan Maklumat Bagi Tujuan Pembangunan Yang Baru

    Jadual 23 Siapa Mengajar Pencarian Bagi Maklumat Yang Anda Perlukan

    Jadual 24 Bilangan Pesakit Mengikut Negeri

    Jadual 25 Kategori Pesakit

    Jadual 26 Lama Masa Pesakit Berada Di Hospital

    Jadual 27 Cara Pesakit Mengisi lapang

    Jadual 28 Kemudahan Membaca Yang Disediakan Di Hospital

    Jadual 29 Kakitangan Yang Menyediakan Kemudahan Membaca

    Jadual 30 Adakah Perkhidmatan Perpustakaan Disediakan Untuk Pesakit

    Jadual 31 Keperluan Penyediaan Bahan-Bahan Untuk Mengisi Masa Lapang

    Jadual 32 Pendapat Mengenai Membaca Adalah Penting Untuk Perkara Berikut

    Jadual 33 Bahan Bacaan Yang Minat Dibaca

    Jadual 34 Perkhidmatan Yang Perlu Disediakan Kepada Pesakit

    Jadual 35 Aktiviti-Aktiviti Yang Perlu Disediakan Untuk Pesakit

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    Pengenalan

    Salah satu cabaran utama yang perlu dihadapi oleh kerajaan ialah menyediakan

    kemudahan perubatan dan kesihatan yang tidak hanya melibatkan kos atau kewangan

    yang banyak, tetapi juga menyediakan kemudahan kepakaran. Usaha-usaha untuk kearah

    ini yang boleh di lakukan ialah dengan menetapkan sasaran seperti di bawah;

    i. memperbaiki kualiti perkhidmatan perubatan dan kesihatan

    ii. menyedikan lebih banyak doktor dan lain-lain kakitangan perubatan dan

    kesihatan

    iii. menggalakkan lebih banyak penyelidikan di dalam sains perubatan dan

    pharmaceutical

    iv. menyemai membaca dan menjadikan buku dan membaca sebagai bahan

    untuk bibliotheraphy

    Perkembangan ini memberi kesan ke atas usaha pembangunan perkhidmatan

    maklumat di dalam sektor kesihatan. Penambahan bilangan penduduk dan pembangunan

    ekonomi yang pesat telah menyebabkan pertambahan hospital kerajaan dan pusat

    perubatan swasta. Maklumat yang dianggap sebagai komponen penting untuk

    kewujudan institusi-institusi ini bukan sahaja sebagai sumber ilmu pengetahuan untuk

    kakitangan perubatan tetapi juga sebagai alat terapi (therapeatic tool) untuk pesakit dan

    mereka yang terlantar di hospital.

    l

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    Setiap individu memerlukan pelbagai maklumat kesihatan yang mana kita

    memerlukan maklumat tersebut pada masa-masa tertentu. Keadaan kesihatan individu

    dan keadaan kesihatan ahli keluarga menyebabkan kita perlu merujuk kepada sumber-

    sumber maklumat pelbagai untuk mendapatkan maklumat. Sumber-sumber maklumat

    boleh datangnya dari radio, program televisyen, jiran, kawan, professional perubatan dan

    buku-buku yang pesat bertambah mengenai masalah kesihatan. Para-pengguna

    memerlukan pusat/tempat untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat bagi

    membuat keputusan mengenai kesihatan mereka atau ahli keluarga mereka. Apa yang

    meraka perlukan ialah perkhidmatan maklumat kesihatan untuk pengguan. Siapakah yang

    bertanggungjawab?. Perpustakaan awam oleh kerana peranan mereka telah memberikan

    perkhidmatan kepada semua kategori pengguna termasuk di dalam menyediakan

    perkhidmatan maklumat kesihatan. Perpustakaan awam juga mempunyai tanggungjawab

    yang besar untuk mengisi keperluan maklumat pengguna mereka dan adalah logikal

    untuk membekalkan maklumat kesihatan yang tepat dan sentiasa di kemaskini.

    Menurut Alan Rees (1994) beliau menyatakan lebih dari pada 2,500 sumber-

    sumber maklumat terdapat kini termasuklah buku-buku yang terkenal, panduan

    kesihatan, majalah-majalah, jurnal, tulisan mengenai kesihatan oleh golongan

    profesional dan produk dalam bentuk CD-ROM yang di terbitkan oleh negara Amerika

    sahaja. Dengan penambahan bilangan maklumat yang telah di hasilkan termasuklah

    maklumat cetakan dan dalam bentuk elektronik, maka terdapat keperluan untuk

    membangunkan kaedah memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan maklumat bagi

    pelbagai kategori pengguna yang amat memerlukan maklumat penjagaan kesihatan.

    2

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    Keadaan Masa Kini

    Kini terdapat banyak institusi-institusi yang berkaitan langsung dengan penjagaan

    kesihatan. Ia terdiri dari hospital, institusi kebajikan sosial, pusat pemulihan, rumah

    orang-orang tua dan institusi-intitusi mental. Institusi penyelidikan, seperti Institut

    Penyelidikan Perubatan Malaysia (Institute of Medical Research) IMR dan lain-lain

    institusi berkait rapat dengan pembangunan perkhidmatan kesihatan. Penambahan

    bilangan hospital-hospital swasta dan klinik-klinik memberi petanda dan menggambarkan

    pertumbuhan yang pesat di dalam industri kesihatan. Walaubagaimanapun, tiada usaha

    yang bersungguh-sungguh yang di lakukan di dalam usaha untuk merancang penubuhan

    perkhidmatan maklumat kesihatan dan perubatan yang komprehesif walaupun permintaan

    dan pasaran begitu jelas wujud. (Jadual 1 dan 2). Di sini ingin juga dinyatakan bahawa

    perkhidmatan yang betul-betul baik dan maju terdapat di universiti-universiti. Meskipun

    begitu, profesional-profesional maklumat tidak mempunyai penyelidikan pengkhususan

    yang formal di dalam bidang maklumat kesihatan.

    3

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    Jadual 1

    Bilangan Hospital-hospital Kerajaan dan Institusi-institusi Perubatan Khusus Di Malaysia 1991

    JENIS BILANGAN

    Hospital Umum 16 Hospital Daerah 81

    Institusi-institusi Perubatan Khusus

    Mental 4 Leprosy 2 Tuberculosis 1

    Institusi Penyelidikan

    Institut Untuk Penyelidikan Perubatan 1

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. Bulletin Perangkaan Sosial, 1991

    Jadual 2

    Bilangan Pusat Kesihatan, Pusat Bidan dan Klinik Luar Bandar, 1991, di Malaysia

    JENIS BILANGAN

    Pusat Kesihatan Utama 181 Pusat Kesihatan Cawangan 404 Pusat Bidan 753 Klinik-klinik Luar Bandar 1,183

    JUMLAH 2,521

    Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia. Bulletin Perangkaan Sosial, 1991

    4

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    Siapa Memerlukan Perkhidmatan Maklumat

    Pengguna yang potential terdiri dari:

    i. Kakitangan yang memberikan sumbangan secara langsung kepada rawatan dan

    penjagaan pesakit

    Doktor, jururawat, saintis makmal, farmasi's, ahli terapi, pemandu

    ambulance dan lain-lain

    ii. Kakitangan secara tidak langsung berhubung dengan penjagaan pesakit tetapi

    memberi implikasi yang besar ke atas perkhidmatan mereka.

    Pentabir, saintis komputer, arkitek, pegawai rekod perubatan.

    iii. Pesakit itu sendiri.

    Apakah Kategori-kategori Maklumat Yang Tersedia Ada?

    Maklumat perubatan dan kesihatan biasanya terdapat dalam bentuk;

    > Bahan penulisan yang di terbitkan

    Kertas-kertas penylidikan, buku-buku teks, laporan kerajaan, suratkhabar,

    statistik yang di hasilkan

    > Dokumen yang di hasilkan di peringkat dalaman yang berhubung dengan institusi

    penjagaan kesihatan

    Kertaskerja jawatankuasa, laporan, garis panduan /dan prosedur yang di

    gunakan untuk menyokong operasi dan pengurusan di dalam membuat

    sebarang keputusan berhubung dengan klinik atau hospital.

    > Kenapa kakitangan perubatan memerlukan maklumat 5

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    Kakitangan perubatan dan kesihatan memerlukan maklumat mengenai

    salah satu daripada perkara berikut:

    i. rawatan perubatan

    ii. pengurusan dan perancangan

    iii. penyelidikan

    iv. bantuan pesakit

    v. laithan kakitangan perubatan dan kesihatan

    Pengetahuan dan Kemahiran Di Perlukan Untuk Memberi Khidmat Kepada Klien

    Perubatan

    Persoalan yang timbul ialah apakah pengetahuan dan kemahiran yang di

    perlukan untuk memasuki profesion kepustakawanan sains kesihatan (Health Science

    Librarianship). Mereka boleh mengambil contoh dari pendidikan perubatan dan kesihatan

    dan para-profesional perubatan yang mengamalkan komitmen yang berterusan untuk

    mempelajari sepanjang masa dalam hidup profesional. Oleh itu pustakawan sains

    kesihatan mestilah mengambil tanggungjawab bagi mereka untuk mempelajari

    termasuklah mengemaskini dan menambahkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

    Profesional kesihatan dan perubatan sejak lama lagi telah bergantung kepada

    penulisan profesional bagi membantu mereka di dalam penjagaan kesihatan dan pesakit.

    Sekolah perubatan, universiti dan hospital te;ah mengumpul hasil-hasil penyelidikan

    sebagai sumber maklumat yang berharga untuk profesional perubatan. Apabila bilangan

    maklumat bertambah, doktor dan kakitangan perubatan memerlukan bantuan untuk

    6

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    mengakses dengan mudah segala maklumat yang relevan. Ini menekankan perlunya

    kepada pustakawan khusus dalam perubatan (Pustakawan Perubatan) untuk mengurus

    bahan/koleksi perubatan dan mengakses maklumat menerusi media elektronik baru.

    Fenomena ledakan maklumat di dalam bidang perubatan dan kesihatan telah

    berlaku. Seperti yang di jelaskan oleh Price dan persetujui oleh sebuah artikel di dalam

    Chronicle of Higher Education, penerbitan jurnal-jurnal saintifik telah bermula sejak

    1665. Pada tahun 1880 sebanyak 100 jurnal, dan pada tahunl850 bilangan jurnal telah

    bertambah kepada 1,000. Manakala pada tahun 1990 pula, kira-kira 10,000 jurnal telah di

    hasilkan. Pada masa kini terdapat hampir 100,000 jurnal, bilangan jurnal yang di

    terbitkan dua kali ganda pada setiap 15 tahun. (Gifford, 1992)

    Profesional maklumat yang memberi perkhidmatan kepada profesional kesihatan

    dan perubatan akan mendapat banyak faedah dan kelebihan daripada perkara-perkara

    berikut;

    i. Pemahaman umum tenatng profesion perubatan\

    ii. Pemahaman umum tentang disiplin/bidang perubatan dan yanag berkaitan

    iii. Kepekaan kepada perkembangan terbaru di peringkat kebangsaan dan

    antarabangsa

    iv. Mengetahui bahan penulisan dan istilah

    v. Kaedah pengawalan bibliografik dan akses

    vi. Pengetahuan umum tenatng psikologi

    vii. Cara-cara mengakses dan mendapatkan maklumat

    viii. Kemahiran membantu/membimbing

    7

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    Jenis-jenis Perkhidmatan Maklumat Bagi Penjagaan Kesihatan

    Di dalam suasana perlindungan kesihatan terdapat beberapa bilangan orang yang

    mahir dan mereka ini memerlukan pelbagai maklumat yang di sediakan kepada mereka.

    Doktor, pelajar dan kakitangan memerlukan maklumat di dalam pembelajaran dan

    pengajaran mereka. Di dalam industri perlidungan kesihatan, tulang belakang bagi

    perkhidmatan Perpustakaan datangnya dari para-pembaca.selain itu juga, perkhidmatan di

    perpustakaan sebagai penasihat dan bantuan pembacaan serta Bibtiotherapy di dalam

    semua jenis perkhidmatan. Di bawah ini merupakan beberapa perkhidmatan dan aktiviti-

    aktiviti yang boleh di salurkan oleh perkhidmatan maklumat kesihatan

    /'. Penyebarcm maklumat mengenai Klinik/Hospital(clinical)

    Penyebaran maklumat mengenai "clinical" adalah satu perkara penting yang

    secara langsung terhadap sistem perlindungan kesihatan, iaitu merupakan penjagaan dan

    cara rawatan terhadap pesakit. Berkaitan dengan penyelidikan, pentadbiran dan

    pendidikan pula, "Clinicalian" memerlukan pengaksesan yang berganda yang banyak

    untuk mempergunakan pengetahuan berkenaan yang boleh di aplikasikan kepada

    penjagaan pesakit. Perkhidmatan terhadap Clinical merupakan satu perkara yang penuh

    dramatis dari aspek kepustakawanan perubatan. Kepertanggungjawaban di sini boleh di

    hubungkan kepada penyelesaian penjagaan kesihatan. Segala maklumat mestilah di

    bukukan dan dipraktiskan iaitu dengan membekalkan maklumat kepada golongan

    tertentu. Pengaksesan maklumat merupakan perkara yang perlu di dalam usaha

    penyebaran penjagaan kesihatan yang lebih ekonomik dan efisien.

    8

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    ii. Perkhidmatan Maklumat Pengguna

    Ini merupakan satu usaha mengenai keperluan maklumat untuk menyokong gaya

    hidup kesihatan dan perlu untuk memperbaiki pengetahuan dan pemahaman tentang

    kesihatan seseorang. Berikut merupakan maklumat yang mungkin di perlukan bagi

    pelbagai tujuan.

    a. sebagai prosedur pra/selepas pembedahan di dalam sesebuah hospital

    b. cara hidup sihat

    c. kajian untuk memaklumkan dengan lebih baik.

    Falsafah tentang penjagaan diri telah di galakan oleh satu trend umum untuk

    menuju mengenai kefahaman kepenggunaan dan juga di galakan oleh satu pakatan polisi

    seperti di dalam deklarasi pada tahun 1978 pada persidangan WHO bertempat di Atma

    Ata di USSR

    Sesunguhnya ini adalah untuk mengembangkan lagi peranan untuk pustakawan di

    dalam memastikan adanya pengaksesan maklumat yang mana membolehkan mereka

    untuk mendapat maklumat yang di perlukan. David Ginn menjelaskan jenis-jenis

    maklumat tidak diperlukan pada awalnya. Pusat maklumat AIDS merupakan salah satu

    bukti bagaimana profesion maklumat dan perpustakaan boleh bertindak balas untuk

    mengesan keperluan maklumat oleh masyarakat. Walaubagaimanapun pengwujudan

    pusat AIDS, merupakan salah satu usaha yang baik dan ianya perlu di beri penekanan

    semula. Maklumat kesihatan pengguna boleh bertindak sebagai pemangkin untuk

    mendidik, memberitahu/memaklumkan, motivasi dan menolong masyarakat bagi

    memelihara cara hidup yang sihat. Maklumat kesihatan pengguna ini merupakan strategi 9

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    di dalam penyebaran maklumat, jadi ini boleh mempergunakan untuk mencapai sasaran

    dan juga perubahan kelakuan dengan lebih yang baik.

    //'/. Pendidikan yang sesuai dan keperluan maklumat kakitangan

    Maklumat di perlukan untuk tujuan pendidikan, termasuklah pendidikan yang

    berterusan yang mungkin juga di perlukan oleh kakitangan dan pesakit. Pendidik

    perubatan, pelajar memerlukan seberapa banyak asas maklumat di dalam bidang

    perubatan yang cepat dengan perubahan.

    iv. Perkhidmatan maklumat jujurawat

    Mengapa sepatutnya menitiberatkan perkhidmatan maklumat untuk jujurawat? Ini

    kerana kumpulan ini merupakan kumpulan yang terbesar bagi profesion kesihatan di

    hospital. Selain itu juga jujurawat ini merupakan golongan profesion maklumat, yang

    mana mereka ini juga memerlukan maklumat yang betul bagi memberikan maklumat

    yang betul kepada para-pesakit.

    Menurut Alice Breton, "keperluan bagi ruang yang luas bagi keperluan

    maklumat datangnya dari bidang perubatan yang terhad menerusi sains sosial dan

    philosophy serta kehidupan manusia dan agama". Persoalan untuk mengakses

    maklumat merupakan masalah bagi profesion jujurawat, ini kerana profesion ini berkerja

    dalam 3 waktu. Faktor ini perlu di pertimbangkan dan beberapa imiginasi adalah di

    perlukan bagi perkhidmatan perpustakaan dengan lebih efektif. Tambahan pula ramai

    jujurawat yang tidak sedar adanya perkhidmatan untuk mereka dan tidak tahu apakah

    10

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    galakan yang telah di buat bagi membolehkan mereka menggunakan sunber maklumat

    yang tersedia ada. Bagi sesetengah hospital pula tidak mempunyai masa untuk melakukan

    aktiviti seperti ini. Alice mengariskan bahawa beberapa faktor memberikan kesan keatas

    usaha perkhidmatan maklumat kepada jururawat di antaranya;

    > Menitiberatkan kualiti penjagaan pesakit

    > Menitiberatkan teknologi moden

    > Trend di dalam teknologi maklumat

    > Trend ke arah jururawat yang berkelayakan dan mengetuai pendidikan yang

    berterusan

    > Berminat di dalam kaedah-kaedah alternatif yang alin mengenai penyebaran

    perkhidmatan kesihatan dan mengembangkan peranan profesional jururawat.

    v. Keperluan Maklumat Bagi Pesakit dan Mereka Terlantar di atas KatiUBiliotherapy

    Bibliotheraphy boleh di ungkapkan sebagai penggunaan bahan-bahan maklumat

    atau pembacaan dan merupakan salah satu cara untuk merawat pesakit bagi menolong

    pesakit yang berada di dalam kesengsaraan atau pada masa berehat atau pada masa

    kuarantine di lakukan. Bibliothreaphy boleh di simpulkan sebagai penggunaan tentang

    pemilihan bahan-bahan bacaan seperti untuk merawat pesakit di dalam perubatan, kajian

    dan rawatan penyakit jiwa, panduan di dalam penyelesaian bagi masalah-masalah

    kakitanganl menerusi pembacaan. Pemabacaan dapat menolong mereka untuk

    memelihara pembangunan mental dalam usaha memilih buku-buku yang bersesuaian dan

    11

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    akan membolehkan mereka untuk mengatasi segala masalah. Biliotheraphy boleh juga di

    gunakan secara efektive dengan menghilangkan masalah badan pesakit. Theraby juga

    boleh memberikan kesan terhadap sikap dan kelakuan pesakit. Perkhidmatan

    perpustakaan.Therapeutic boleh di tunjukkan dengan jenis-jensi perkhidmatan dan

    koleksi di mana dapat mengubati para-pesakit.

    Beberapa bilangan hospital pesakit memerlukan sama ada berterusan atau

    berselang-seli untuk memanjangkan jangkamasa rawatan. Mereka termasuklah

    perlindungan yang serius, mereka yang memerlukan rehat dari sakit yang teruk seperti

    asma, diabetes, kanser dan juga bagi para-peakit yang menjalankan pembedahan.

    Kumpulan-kupulan ini dan keluarga mereka memerlukan juga pemerhatian atau

    sokongan pada jangka masa panjang daripda merek yang profesional tentang

    perlindungan kesihatan dan lain-lain untuk membolehkan mereka patut dengan

    keperluan rawatan. Di dalam situasi ini juga buku-buku serta bahan-bahan bacaan boleh

    di gunakan sebagai thearby untuk membolehkan sejauh mana cara rawatan yang

    diberikan. Bagi lebih luas lagi, sesuai bagi mereka yang berminat dan memerlukan

    pertolongan untuk mengendalikan persekitaran hospital. Satu contoh yang baik

    memelihara ibu-ibu hospital sebagai satu keputusan mengenai kerumitan untuk bersalin.

    Ibu-ibu memerlukan buku, majalah dan journal bagi memberitahu dan mengajar ibu-ibu

    mengenai kebiasaan dan untuk mengambil keperluan atau tindakan berjaya. Maklumat

    akan memudahkan mengenai masalah dam menanam keyakinan di dalam diri mereka.

    Perpustakaan hospital juga membekalkan perkhidmatan yang khusus kepada

    pelanggan atau kumpulan-kumpulan yang tertentu. Kumpulan-kumpulan ini boleh terdiri

    12

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    daripada pelbagai tetapi satu contoh yang baik adalah AIDS atau kumpulan kanser. Pusat

    Maklumat AIDS memerlukan perkhidmatan maklumat tenatgn AIDS. Maklumat akan

    diberikan kepada mereka yang menghidao penyakit HIV positif. Keluarga dan kawan-

    kawan, pekerja- pekerja penjagaan kesihatan, pekerja klinik, ahli-ahli sosiologi, ahli-ahli

    psiokologi, penasihat kewangan penjagaan kesihatan, bukan profesional yang mana

    bekerja untuk atau mereka cabang-cabang kecil di badan organisasi yang membekalkan

    penjagaan kesihatan dan juga yang menyokong bagi program-program AIDS.

    Kanak-kanak di hospital perlu juga di berikan perkhidmatan tertutama keperluan

    bahan-bahan bacaan, selain dari tempat permainan patung, buku-buku gambar, di mana

    akan memberikan kepada bilangan kanak-kanak yang kecil dari aspek-aspek pemikiran

    mereka.walaubagaimanapun jenis-jenis bahan bacaan boleh dibekalkan dan bergantung

    kepada kumpulan umur kanak-kanak berkenaan. Bahan-bahan bacaan yang telah di

    perlukan boleh dalam subjek yang betul seperti tentang keagamaan dan pembagunan

    karier. Perpustakaan hospital haruslah tahu menyimpan pita tape, video dengan sebaik

    mungkin dan pustakawan dengan membuat pembahagian dengan jumlah pesakit yang

    kecil memerlukan bantuan mekanikal tape sepatutnya di cuba untuk keperluan mereka.

    vi. Pendidikan Pesakit

    Peranan pendidikan pekerja maklumat hsopital boleh lebih dalam atau meluas lagi

    dengan memebekalkan maklumat kesihatan kepada para-pesakit dan pelanggan.

    Beberapa hospital yang di wujudkan mempunyai pusat maklumat pesakit di hospital

    berkenaan. Pusat maklumat ini memerlukan koleksi dan perkhidmatan yang khusus bagi

    13

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    pesakit di dalam perpustakaan hospital atau pembangunan yang berasingan daripada

    pesakit, pendidikan perpustakaan. Bahan-bahan di bekalkan termasuklah risalah, artikel

    atau audio-visual secara langsung berhubung dengan pesakit, pemilihan dan panduan

    prigram Audio-Visual bagi penyiraan awam dan membekalkan bantuan kepada

    pendidikan pesakit.

    vii. Mengambil Peperiksaan Di Dalam Hospital

    Penyesuaian sepatutnya di berikan kepada alam sekitar di mana para-pesakit yang

    sakit dari aspek fizikal tapi tidak dari aspek mental untuk mengambil peperiksaan di

    dalam hospital. Satu kreteria yang utama bagi pustakawan bagi satu kumpulan ialah

    memutuskan apakah yang boleh di menyempurnakan di dalam kumpulan berkenaan,

    mengetahui apakah yang di perlukan oleh pesakit untuk menambahkan lagi program

    berkenaan dengan lebih baik lagi, menyediakan majalah, suratkhabar, risalah, muzik,

    perakam suara, gambar, slides, filem dan program tv di gunakan. Pembacaan dan

    perbincangan akan di guna dengan perbincangan di dalam kumpulan. Lain-lain aktiviti

    yang juga boleh di buat seperti pembacaan yang kuat, bercerita.

    viii. Teknologi Moden

    Teknologi elektronik telah mengalami jalan perubahan di mana maklumat yang

    telah di hasilkan dan di buat telah tersedia untuk di gunakan. Sebab utama untuk

    menitiberatkan ke atas teknologi maklumat kerana:

    14

    COPYRIGHT @ UiTM

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    i. untuk menghasilkan satu generasi doktor, yang mana mereka memahami

    mengenai konsep dan mampu untuk menyumbangkan sistem lakaran bagi

    rekod-rekod pesakit, pentadbiran hospital dan pembantu diagnostic.

    ii. Membantu didalam kemahiran untuk mendapatkan maklumat, ini kerana

    ingatan dari segi kualiti kelajuan perubahan pengetahuan dan perubatan yang

    telah du buat adalah mustahil bagi para-pelajar untuk mengingati kembali ke

    semua maklumat relevan yang di khendaki oleh mereka.

    Salah satu yang penting untuk mengetahui bagaimana "untuk mendapatkan

    maklumat bila di perlukan " . Ianya adalah sangat penting untuk menitiberatkan lain-lain

    bagi mengatasi masalah dan secara langsung pelajar mempelajari sedikit sebanyak

    mengenai penggunaan teknologi maklumat sebagai pengurusan maklumat secara moden,

    mudah mengakses kepada MEDLINE, penyurapaan asas komputer dan program

    pengajaran video-disc. Pembangunan informatik perubatan di dalam pendidikan

    perubatan memberikan implikasi ke atas penyebaran maklumat. Pendidik perubatan pada

    masa kini memainkan peranan yang besar bagi teknologi maklumat atau informatik

    perubatan di ko-kurikulum sekolah perubatan. Contoh-contoh informatik perubatan

    adalah seperti di bawah;

    i. Pangkalan data sisitem komputer seperti MEDLINE

    ii. Sistem rekod klinik

    iii. Bantuan komputer membuat keputusan perubatan

    iv. Bantuan komputer pendidikan perubatan

    15

    COPYRIGHT @ UiTM