lokasi kerajaan awal
DESCRIPTION
sejarahTRANSCRIPT
KERAJAAN AWAL DI MALAYSIA
Lokasi Kerajaan Gangga Negara
1. Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada
disebut dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung
yang pada masa kini terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja Gangga Shah Johan
sebagai salah seorang rajanya. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini
berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari
Coromandel, India Selatan di antara tahun 1025 dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan
sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali sebagai Hikayat
Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja
Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan Iskandar Agung atau
keluarga diraja Khmer tidak lewat dari abad ke-2.
Keistimewaan
Dipercayai kerajaan Melayu pertama menerima dakwah Islamiah daripada putera Raja
Acheh. Selepas menerima Islam, Gangga Negara bertukar menjadi Beruas.
Lokasi Kerajaan Langkasuka
Langkasuka (Kurun ke 2 hingga kurun ke 14)
Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China),
Langasyuka (Arab) dan Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-
pelawat China yang mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-negeri Asia
Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka (Paul Wheatley
1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli
sejarah Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah
lokasi asal negeri Patani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan Hindu Melayu silam yang
terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan
Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu.
Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang
Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah
ke Pattani.
Keistimewaan
Sebuah pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi kerana Teluk Langkasuka
(Teluk Patani sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh
dan berlindung daripada ribut tengkujuh.
Lokasi Kerajaan Pan-Pan
3. Pan Pan (kurun-3 hingga kurun-5)
Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga
hingga ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu,
Malaysia. Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan ini. Adalah juga dipercayai
bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar iaitu Srivijaya.
Semasa Dinasti Utara dan Selatan pada tahun 529, 533, 534, 535 dan 571, Kerajaan
Pan Pan menghantar ufti ke China. Pada tahun 616 dan 637 Kerajaan Pan Pan
menghantar ufti kepada Dinasti Tang.
Keistimewaan
Sebuah negara kecil yang mampu berdiri bersama kasa besar lain seperti Srivijaya.
Bernaung di bawah kuasa Sriviaya.
Lokasi Kerajaan Srivijaya
4. Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu
purba yang berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak
mempengaruhi Asia Tenggara. Bukti terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7;
apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada menulis tentang lawatannya
selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 683
masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.
Kemahsyuran Srivijaya sebagai pusat perdagangan di Asia Tenggara berkemungkinan
besar menarik minat para pedagang dan ulama Muslim dari Timur Tengah
menyebarkan agama Islam. Beberapa kerajaan yang pada mulanya merupakan
sebahagian dari Srivijaya, bakal muncul menjadi kerajaan-kerajaan Islam di
Semenanjung dan Sumatera.
Keistimewaan
Srivijaya juga adalah negara yang sangat kaya dengan emas, bahkan I-Tsing pernah menggelarnya
sebagai "Chin Chou" atau "Kepulauan Emas". Rakyatnya menyediakan sembahan kepada Buddha dalam
bentuk bunga teratai emas, menggunakan bekas-bekas dari emas, dan membina arca-arca dari emas.
Berbeza dengan mata wang China pada zaman tersebut yang biasanya diperbuat dari tembaga, loyang
atau besi, orang Srivijaya hanya menggunakan emas dan perak dalam perdagangan.
Lokasi Kerajaan Kedah Tua
5. Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah,
Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga
disebut sebagai Cheh-Cha.
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas
merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua
dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh
Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah
Bujang.
Keistimewaan
Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh
penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan,
tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga
menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.