logesh aplikasi 1

5
Tajuk : Kumpulan Alkena Kajian saya untuk aplikasi pertama ialah tentang kumpulan Alkena. Salah satu contoh kumpulan alkena ialah Etena. Etena ialah hidrokarbon yang mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua. Ia adalah hidrokarbon yang tidak tepu kerana tidak mempunyai bilangan atom yang maksimum yang dapat ditempatkan pada setiap karbon. Berbanding etana, etena mempunyai bilangan atom hidrogen yang kurang. H H H H | | | | H - C - C - H berubah menjadi H - C = C – H H H Etana Etena Rajah 1 menunjukkan perubahan etana kepada etena ( Sumber : Marida. (8.8.2000) ) Etena telah memainkan peranan utama dalam penghasilan produk. Misalnya, polimer sintetik. Salah satu contoh polimer sintetik ialah plastik. Plastik adalah polimer yang mempunyai sikap mudah mengalir jika dipanaskan, sehingga mudah dibentuk . Biasanya, plastik diperbuat daripada molekul yang besar yang terdiri daripada molekul-molekul yang kecil yang

Upload: logesha-eva

Post on 30-Sep-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KK

TRANSCRIPT

Tajuk : Kumpulan Alkena Kajian saya untuk aplikasi pertama ialah tentang kumpulan Alkena. Salah satu contoh kumpulan alkena ialah Etena. Etena ialah hidrokarbon yang mempunyai satu atau lebih ikatan ganda dua. Ia adalah hidrokarbon yang tidak tepu kerana tidak mempunyai bilangan atom yang maksimum yang dapat ditempatkan pada setiap karbon. Berbanding etana, etena mempunyai bilangan atom hidrogen yang kurang.

HH HH|| ||H - C - C - H berubah menjadi H - C = C H HHEtana EtenaRajah 1 menunjukkan perubahan etana kepada etena( Sumber : Marida. (8.8.2000) ) Etena telah memainkan peranan utama dalam penghasilan produk. Misalnya, polimer sintetik. Salah satu contoh polimer sintetik ialah plastik. Plastik adalah polimer yang mempunyai sikap mudah mengalir jika dipanaskan, sehingga mudah dibentuk . Biasanya, plastik diperbuat daripada molekul yang besar yang terdiri daripada molekul-molekul yang kecil yang bercantum antara satu sama lain. Molekul-molekul kecil tersebut dikenali sebagai monomer, manakala molekul besar tersebut dikenali sebagai polimer. Contoh plastik yang terhasil adalah poliethelina, polipropena melaui proses yang dinamakan pempolimeran. Tinjauan saya ialah hanya akan berfokus kepada etena. Polietilena dibentuk melalui percantuman monomer-monomer ethena melalui pempolimeran tambahan.

H H H H H H C = C + C = C + C = C H H H H H H Monomer-monomer etena Proses pempolimeran tambahan berlaku H H H H H H C C C C C C H H H H H H PolietilenaRajah 2 menunjukkan cara monomer-monomer etena bergabung dan membentuk polietilena melalui proses pempolimeran tambahan.( Sumber : Kathleen Chee.(2001) ) Polietilena juga bersifat mudah melunak dan ia tidak boleh tahan panas. Jenis plastik ini dikenali sebagai termoplastik. Misalnya, botol plastik. Apabila botol plasik ini dipanaskan, polietilena akan menjadi cair likat (viscous) di mana ikatan monomer-monomer etena akan bergerak dan menggelongsor antara satu sama lain. Susunan rantai polietilena akan menjadi menjadi rawak dan tidak mengikut susunan geometri. Hal ini menyebabkan, botol plastik tersebut menjadi melunak, saiz serta bentuknya mengecut atau bengkok dan tidak boleh digunakan lagi. . Di samping itu, terdapat juga polietilena yang bersifat tidak melunak ketika dipanaskan. Jenis polietilena dikenali sebagai termoset. Contohnya, cerek plastik. Polietilena ini mempunyai monomer-monomer etena yang mempunyai ikatan silang, cross-link antara satu sama lain. Apabila cerek plastik ini dipanaskan pada suhu yang cukup tinggi, ikatan silang antara monomer etena akan bertambah dan ini menyebabkan cerek plastik tersebut menjadi kaku dan pecah . Polietilena juga terbahagi kepada dua jenis, iaitu, polietilena yang berketumpatan tinggi dikenali sebagai HDPE dan polietilena kurang ketumpatan, LDPE. HDPE dan LDPE adalah dibuat daripada monomer-monomer etena. Dalam keadaan tekanan yang tinggi serta kehadiran oksigen, etena akan membentuk LDPE. Manakala, HDPE dapat peroleh dengan menggunakkan monomer-monomer etena serta pemangkin pada suhu 50oC dan pada tekanan yang rendah. Sebenarnya, HDPE adalah lebih kuat daripada LDPE. LDPE bersifat fleksibel dan sangat baik dalam penggunaan elektrik pada haba yang rendah dan alat-alat kimia. Contohnya, kontena menyimpan makanan. Selain itu, HDPE pula bersifat lebih tegar dan keras. Contohnya, papan memotong makanan. Rajah 3 Rajah 4 Rajah 3 dan 4 menunjukkan struktur cabang HDPE dan LDPE( Sumber : Brent, A.S,( 2003) ) Tambahan etena juga digunakan di dalam industri memasak buah-buahan . Misalnya, buah pisang. Mula-mula, buah pisang akan dipetik sebelum masak atau dalam keadaan warna hijau. Kemudian, pisang tersebut akan dibawa ke industri memasak buah-buahan dan diletak di bawah suhu yang terkawal serta pada kelembapan yang optimum. Kemudian, buah pisang itu akan terdedah kepada etena dan kepekatan etena ditambahkan dengan menggunakan satu pemangkin. Apabila, buah terdedah kepada etena pada keadaan yang terkawal, buah pisang tersebut akan mengamalkan pernafasan secara normal dan akhirnya menjadi masak. Objektif proses ini ialah, supaya dapat menyimpan dan mengangkut buah-buahan pada jarak yang jauh di mana ia akan dipasarkan dan dimakan.