l&m 1-10

Upload: penerbitan-kaki-novel

Post on 03-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    1/32

    LULU DAN MARJAN ANARIF

    Bab 1

    ARJAN merenung jalan raya di hadapannya dengan pandangan yang kosong. Beg

    buruk pemberian seseorang itu digalas kemas di bahu. Dia benar-benar tiada tujuan.

    Mana tidaknya, sudah berpuluh orang datang dan pergi di perhentian bas ini, cuma dia yang masih tersadai di situ.

    Nak naik bas, tak reti. Nak pergi mana, tak tahu pulak. Menyesal pulak keluar rumah tak risik kat mak

    tempat mana yang best. Sekurang-kurangnya, taklah tercangak-cangak macam orang bodoh kat sini. Marjan mengeluh

    panjang.

    Plan pun tak ada. Teruja sangat nak keluar rumah, tak fikir apa dah. Tau-tau dah tercampak kat sini.

    Takkan nak balik kut? Kangseisi tempat tu gelak kat aku. Piiirah... Marjan! Buat naya aje. Mana nak letak muka

    handsome ni kalau jadi macam tu?

    Marjan mengeluh panjang lagi. Hmmm... kena buat apa dulu? Cari kerja? Atau pergi mengurat dulu? Takpun, pergi makan dulu. Eh, dah solat belum? Dah, dah. Lupa pulak.Argh! Nak buat apa ni? Dia menggaru kepalanya

    yang tidak gatal.

    Alamak! Kenapalah aku sahut cabaran bodoh tu? Siap buat pengumuman pulaktu. Sah-sah kalau aku balik

    dengan tangan kosong kena penggal kepala punya. Tak pun mati sebab malu terlampau.

    Lamunannya terhenti disebabkan sebuah kereta mewah berhenti di tepi jalan, beberapa meter daripadanya.

    Seorang lelaki awal lima puluhan berbaju kemas keluar. Huh, dah muak aku tengok muka orang kaya macam ni.

    Mesti hampeh. Ceh! Aku ni takhampeh la?Erk, syok sendiripulak.

    Lelaki itu melintas jalan menuju ke bank di deretan bangunan kedai di belakang perhentian bas di mana

    Marjan masih tercangak-cangak. Marjan buat tidak kisah sahaja. Takkan nak pergi beramah mesra pulak? Sangat tak

    sesuai!

    Dompetnya dikeluarkan. Dikira berapa not seratus yang ada. Takut tak dapat kerja dalam masa terdekat ni,

    mati kebulur aku kang. Tujuh keping. Kalau tak ada duit pun, bukan aku tak ada kad bank. Melambak. Sebut aje bankapa, semua aku ada. Riak lagi! Aduh... dia menepuk dahi. Jam Rolex di tangan dikerling. Hampir pukul tiga petang.

    Hmmm... malam ni nak tidur mana pulak? Fikirnya sendiri. Dilihatnya lelaki tua tadi sudah berdiri di tepi

    jalan, mahu ke keretanya semula di mana pemandunya sedang setia menanti. Dari kejauhan, kelihatan sebuah

    motosikal menghampirinya. Marjan rasa tidak sedap hati. Dia turun ke tebing jalan, dua meter jaraknya daripada

    lelaki tua itu.

    Motosikal itu semakin hampir. Marjan sudah bersedia. Motosikal itu memecut, merampas beg bimbit lelaki

    tua itu. Sepantas kilat juga Marjan mengayunkan kakinya, mengenai motosikal itu yang sedang laju melintas di

    hadapannya. Hah! Strike! Motosikal itu terbabas, tersungkur betul-betul di hadapan perhentian bas itu.

    Marjan berlari-lari anak. Dikilas tangan peragut itu ke belakang. Oh, ada hati nak meragut ya? Hah, ambik

    kau!

    Beg saya!Marjan menoleh. Lelaki tua tadi. Beg bimbit yang diragut tadi dirampas kembali dan beg itu bertukar

    tangan, kembali kepada pemiliknya yang asal.

    Terima kasih, nak. Kalau anak tak ada tadi, pak cik tak tau la nak cakap apa. Terima kasih banyak-

    banyak.

    Marjan tersengih. Tak apa, pak cik. Tanggungjawab saya. Minta maaf la saya nak tanya, kenapa pak cik

    tak masuk ke dalam sikit, kenapa berhenti tepi jalan macam ni? Kalau kat dalam tu, mungkin selamat sikit.

    Cewah! Biasalah, orang berpengalaman.

    Lelaki tua itu tersenyum nipis. Tenang wajahnya.

    Pak cik nak cepat. Anak pak cik dah tunggu kat rumah. Nanti dia bising pulakkalau pak cik lambat. Kalau

    masuk dalam tu, jauh kena pusing.

    Marjan terangguk-angguk macam burung belatuk.

    M

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    2/32

    Dato, Dato tak apa-apa? Seorang lelaki lain, muda sedikit daripada yang berpakaian kemas ini

    menghampiri mereka. Mesti driverdia.

    Saya tak apa-apa, Mat. Mujur ada anak muda ni.

    Ceh! Kembang kempis jantung Marjan mendengar pujian tu. Bukan lagi hidung.

    Marjan menoleh ketika mendengar suara orang mengaduh.

    Pak cik, nak buat apa dengan dia ni? Baru Marjan teringat akan mamatsengalni kat sini.

    Lelaki itu terdiam, seperti berfikir.

    Aik, ni pun kena fikir ke? Hantar balai sudah!

    Pak cik rasa lepaskan aje la.

    Marjan terlopong. Nak lepaskan aje?

    Sia-sialah aku buatshow tadi. Baik biar dia lepas dari tadi lagi.Hampeh betul!

    Pak cik, maafkan saya. Saya janji tak buat lagi. Peragut itu merayu.

    Marjan angkat tangan sebelah lagi. Eh, aku lesing kau, kang. Diam boleh tak? Orang-orang terhormat

    tengah bercakap ni!

    Lepaskan la dia. Tak apa. Lelaki tua itu meyakinkan Marjan.

    Dengan berat hati dan tidak ikhlasnya, Marjan melepaskan tangan lelaki itu yang dikilasnya.Aku nampak kau lagi, nahas kau aku kerjakan! Marjan memberi amaran.

    Peragut itu menghampiri lelaki tua itu, bersalaman. Adoi! Menyampah pulak aku tengok. Setelah habis

    adegan pagi raya di tengah-tengah bulan Zulhijah ini, peragut itu pergi meninggalkan mereka di situ.

    Apa pak cik boleh beri sebagai tanda terima kasih pak cik kepada anak? Oh, ya... terlupa pulak. Anak ni

    nama apa ya?

    Marjan sengih. Marjan, pak cik.

    Marjan? Pak cik, Safwan. Dato Safwan.

    Dah tau dah.

    Jadi, Marjan nak apa sebagai balasan kerana menyelamatkan pak cik tadi?

    Marjan garu kepala lagi. Dia perasan mata driver Dato Safwan merenungnya pelik. Aik, apa hal pulak

    driver tua ni? Pak cik, saya ikhlas. Tak apa, pak cik pergi la balik. Nanti anak pak cik bising pulakpak cik balik

    lambat.

    Eh, menghalaupulakaku ni. Macam tepi jalan ni aku yang punya.

    Kalau macam tu, nah, ini kad pak cik. Kalau Marjan perlukan apa -apa, datang jumpa pak cik. Sekeping

    kad keemasan dihulurkan.

    Wah! Aku tak pernah dapat lagi name cardcun macam ni. Ni yang nakjugakni.

    Terima kasih, pak cik.

    Okey, pak cik balik dulu. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum.

    Waalaikumussalam.

    Mereka berlalu.

    Marjan naik kembali ke perhentian bas. Berdiri seperti tadi. Dia menghantar mereka pergi denganpandangannya.Name carddi tangan, ditenung. Macam tahu aje aku nak buat apa dengan name cardni.Argh, malam

    nantilah call. Dikeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar. Telefon bimbit 3310. Hampeh betul budak ni!

    Dahlah ambikhandphone aku, bagi handphone paling cikai dalam dunia ni kat aku. Kalau aku baling kat kepala dia,

    gerenti ICU seminggu. Huh! Dia mendengus perlahan.

    Dato Safwan... here I come!

    Bab 2

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    3/32

    ARJANasal mana?

    Marjan sengih. Nak cakap apa ni? Suasana dingin pejabat Dato

    Safwan bukan sesuatu yang barubaginya. Errr... Kedah.

    Tipu ajelah.

    Kedah? Jauh tu. Kenapa Marjan datang KL? Nak cari kerja? Nak sara keluarga di sana?

    Sara keluarga? Mak bapak aku yang sara aku. Haraplah aku nak sara diorang.

    Errr... haah. Saya orang susah. Datang sini nak cari kerja.Ha ha ha, bohong lagi.

    Hmmm... pak cik rasa, pak cik ada kerja yang sesuai untuk Marjan.

    Ya ke Dato? Kerja apa? Bersemangat betul.

    Driveranak-anak pak cik. Boleh?

    Driver? Macam driver tua tu? Ah, bolehlah. Jangan memilih. Kau tu orang susah sekarang. Susahlah

    sangat!

    Errr... bolehjugak. Saya tak kisah, Dato... kerja apa pun tak apa. Asalkan saya ada kerja. Dah berminggu

    saya cari kerja. Bohong lagi! Hujung nanti, berkartonlah dosa kau, Marjan oi!Hmmm... kalau macam tu, Marjan boleh mula kerja esok. Datang rumah pak cik. Lagi satu, Marjan ada

    tempat tinggal?

    Ada!

    Tak ada, Dato. Saya tidur di masjid-masjid aje selama ni. Aduh, bohong lagi! Waaa... ampun, ampun!

    Hmmm... kalau macam tu, petang nanti tunggu saya di bawah. Kita balik ke rumah saya terus. Okey?

    Okey, Dato. Beres.

    Dato Safwan senyum lagi. Murah dengan senyuman betul Dato sorang ni. Baik pulak tu! Macam aku.

    Snap!Ha ha ha.

    Pak cik nak minta tolong boleh?

    Dahi Marjan berkerut. Dia nak mintak tolong dengan akupulak?

    Errr... apa Dato? Marjan turut buat muka serius.

    Jangan panggil Dato. Panggil pak cik aje.

    Laaa... tu aje?

    Okey, okey. Terima kasih, pak cik.

    Okey. Jumpa nanti, ya.

    Okey... terima kasih banyak ya, pak cik. Assalamualaikum.

    Waalaikumussalam.

    Marjan keluar bersama senyuman lebar. Mak, Marjan dah ada kerja! Apa rasanya jadi driverorang, ya?

    Hmmm... tapi misi aku macam mana? Ah, mesti boleh jalan punyalah.

    Marjan berjalan keluar dengan senang hati. Tidak dipedulikan pandangan pekerja yang melihatnya. Macam

    kera dapat bunga. Mungkin itu pandangan mereka kepada dia.

    KERETAmewah yang dipandu oleh Pak Mat memasuki halaman rumah banglo tiga tingkat milik Dato Safwan.

    Cantik. Tapi tak setanding tempat akulah.

    Marjan, ini rumah pak cik.

    Marjan mengangguk.

    Enjin kereta dimatikan. Mereka keluar dari kereta. Seorang perempuan yang mungkin sebaya Pak Mat

    keluar mendapatkan Dato Safwan. Melawa bukan main. Bini dialah ni.

    Abang.

    Sah dah!

    Dia menyalami Dato Safwan.

    M

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    4/32

    Ifa, ni Marjan. Dia driverbaru kita.

    Marjan senyum. Dan senyumannya berbalas, tetapi kenapa macam tak ikhlas aje? Ah, lantaklah. Duit suami

    dia yang bayar aku nanti, bukan dia!

    Kenapa kita ada dua driverpulak? Membazir la.

    Marjan terdengar bisikan itu, dia senyum sendiri.

    Ifa, dia yang tolong abang semalam. Dah, jom masuk.

    Marjan, mari masuk. Panggil Dato Safwan.

    Marjan angguk, mengikut langkah mereka. Dia perasan lirikan Datin Ifa namun tidak diendahkannya. Sama

    macam Pak Mat semalam. Apa hal diorangni semua? Aku yang sikit punya handsome ni pun diorangnak jaki ke?

    Ha ha ha.

    Duduk, Marjan.

    Marjan duduk. Beg buruk yang tergalas di bahunya dialih ke pangkuan.

    Mak Min, bawakan air. Kita ada ahli keluarga baru. Arah Dato Safwan.

    Mak Min? Macam mak muda aje.

    Pak Mat dan Mak Min suami isteri dah lama kerja dengan keluarga kami.

    Ooo... suami isteri kat rumah ni.Tidak lama menunggu, datang seorang perempuan sebaya Pak Mat menatang dulang air.

    Mak Min, nanti kemaskan bilik kat bawah ni, ya. Marjan akan tinggal di situ mulai sekarang. Arah Dato

    Safwan.

    Mak Min mengangguk. Kemudian berlalu setelah air dihidangkan.

    Marjan, jemput minum.

    Marjan mengangguk seraya mencapai sebiji gelas berisi air.

    Anak-anak pak cik di kelas. Mereka tak balik dari kolej lagi. Selalunya, Pak Mat yang hantar dan ambil

    diorang. Sekarang, boleh Pak Mat rehat sikit sebab Marjan dah ada. Kereta pun banyak, tapi anak-anak pak cik semua

    malas nak memandu. Lesen bukan tak ada.

    Ooo, macam tu.... Angguk lagi. Ah, kepala aku ni dah macam berspringpulak.

    Pak Mat masuk menghampiri mereka. Marjan meneguk air.

    Pak Mat, mari minum dulu.

    Baik betul Dato Safwan ni.Hmmm... aku macam ni ke? Lebih dari tu kut!

    Ya, Dato. Pak Mat duduk di sisi Marjan. Turut minum.

    Datin Ifa diam, tidak bercakap apa-apa.Aik, marah kat laki ke, Datin?

    Dato, saya pergi dulu. Nak ambil Lulu dan Laila.

    Marjan terdiam. Lulu dan Laila. Dua orang anak Dato Safwan yang malas nak drive tu ke? Aku kena

    berterima kasih kepada diorang... kerana diorang, aku ada kerja.

    Eh, pak cik... apa kata saya pergi ambil? Pergh! Rajin betul nak mula kerja hari ni. Ha ha ha... beruntung

    betul dapat pekerja macam aku. Anaksapa la ni....

    Dato Safwan memandang Marjan dan Pak Mat bersilih ganti.Pak Mat diam.

    Datin Ifa macam tidak setuju.

    Bagusjugaktu.Bawakkereta Pak Mat dulu. Nanti diorangtak campulak.

    Yes!

    Pak Mat teragak-agak hendak memberi kunci.

    Pak Mat, Pak Mat rehat la. Dah lama Pak Mat drivehari ni, arah Dato Safwan.

    Kunci kereta bertukar tangan. Marjan bingkas.

    Kolej Astana. Tunggu aje kat depangatetu.

    Marjan hanya mengangguk apabila mendengar arahan Pak Mat.

    Pak cik akan telefon diorangberitahu kamu yang ambil, bukan Pak Mat. Dato Safwan menyeluk saku,mengeluarkan telefon bimbit.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    5/32

    Saya pergi dulu. Marjan minta diri.

    ISY, kenapa tak ada pun yang datang ni? Ke diorangtunggu Pak Matjugak? Ni yang tak puas hati ni!

    Tiba-tiba, cermin tingkapnya diketuk. Seorang gadis memeluk fail di tangan menjenguk. Dia menurunkancermin tingkapnya.

    Nak apa? Siapa minah ni? Kacau betul!

    Bukakpintu. Saya Laila.

    Ops!

    Minta maaf,Cik Laila. Dia lantas membuka lockpintu.

    Laila masuk, membetulkan juraian rambutnya. Awak kena tunggu kat luar.

    Marjan renung Laila ikut cermin pandang belakang. Kenapa, Cik Laila?

    Sebab Lulu dah datang.

    Marjan menoleh ke kiri, mengikut lirikan Laila.

    Dari kejauhan, seorang gadis lain berlenggang ke arah mereka. Mak aih... minah ni. Pergi kolej ke pergi

    pertandingan ratu cantik? Mekap punya tebal, baju sikit punya daring. Ceh... Marjan, macam tak biasa tengok anak

    orang kaya gedik.

    Marjan keluar. Garu kepala lagi. Nak buat apa tunggu kat luar ni?

    Lulu tiba di kereta.

    Hei... driver, yang kau tercegat kat situ kenapa?

    Marjan tersentak.Aik, apasalpulaknak meletup tetiba ni? Ni boleh mendatangkan kemarahan, ni!

    Ya, cik. Marjan menghampiri Lulu. Muka cantik dah, tapi perangai, hampeh daaa.... Beza betul dengan

    Laila.

    Hah, tunggu apa lagi?

    Marjan termangu-mangu.

    Lulu semakin berang. Apa hal mamatni bengongsangat? Bukakpintu la!

    Marjan melongo.Bukakpintu? Oh, pintu kereta.... Ceh! Cakaplah awal-awal!

    Pintu dibuka. Tiada terima kasih, Lulu masuk dengan jelingan tajam.

    Marjan tepuk dahi. Mampus nak mengadap minah ni hari-hari. Nasib kau la, Marjan!

    Bab 3

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    6/32

    ERETA memasuki pekarangan rumah banglo tiga tingkat itu. Laila keluar, diikuti oleh

    Marjan. Dia melambung-lambung kunci di tangan, beriringan dengan Laila yang

    mengerlingnya.

    Hei, awak dah lupa ke ada sorang lagi dalam kereta tu?

    Langkah Marjan terhenti. Dia menoleh, dan pandangannya menangkap renungan berapi Lulu menembusicermin separa gelap kereta mewah itu. Marjan tepuk dahi lagi. Mampus! Hari pertama dah buat pasal. Kena pecatlah

    aku nampak gayanya.

    Marjan kembali ke kereta. Membuka pintu.

    Lulu keluar dengan dengusan kasar.

    Dasardriverlembap! Siap kau! Anggap aje la hari ni hari lastkau kat sini!

    Aduh! Mampus aku! Baru nak menayang uniform aku kat budak sengal tu.

    Pintu kereta ditutup.

    Marjan berjalan ulang-alik di situ. Nak masuk ke tak? Kangmasuk kena doublerasengan pulakdengan

    Dato. Dengan Datin Ifa lagi. Isy, susah ni. Ah, tunggu ajelah diorangjerit aku kena pecat kat sini. Kurang sikit malu.

    Eh, tapi... beg buruk budak sengal tu kat dalam. Alamak, macam mana ni? Marjan garu kepala, serabut.

    Tidak pernah dia rasa berserabut seperti ini. Hidupnya senang dan tenang selama ini. Tiada gundah. Marjan

    mengeluh panjang. Bersandar di kereta. Matanya memandang tepat ke pintu rumah yang separuh terbuka. Menanti

    sesiapa keluar memberi berita buruk kepadanya.

    Beberapa ketika kemudian, Laila muncul di muka pintu.

    Awak, papa panggil masuk, makan. Dan dia menghilang kembali.

    Hah! Makan? Biar betul! Aku tak kena pecat ke? Yes! Dia bersiul-siul senang masuk ke dalam rumah.

    Semuanya ada di meja makan.Dinnerke? Wah, lagi awal daripada dinnertime kat tempat aku ni!

    Dato Safwan terpandang Marjan yang baru masuk.

    Hah, Marjan. Mari minum petang.

    Ooo... minum petang. Eh, kejap. Mana beg buruk aku? Marjan berpusing ke ruang tamu, mencari beg

    lusuhnya. Atas sofa tak ada, bawah kusyen? Tak ada jugak. Apa kejadahnya aku lingkupkan ruang tamu orang ni?

    Aduh, manapulakbeg aku ni? Garu kepala lagi.

    Marjan, beg Marjan Mak Min dah letak dalam bilik Marjan. Beritahu Mak Min dari ruang makan.

    Marjan tersengih-sengih macam kerang busuk. Oh, ha ha ha... aku ingat adajugakorang rumah ni berkenan

    beg buruk aku tu. Dia kembali ke meja.

    Semua kerusi sudah diduduki. Semuanya duduk minum, termasuk Mak Min dan Pak Mat.

    Ha, Marjan... duduk la. Rasa bubur durian Mak Min ni. Roti benggali pun ada, sedap ni! Duduk tepi Lulu

    tu. Arah Dato Safwan. Muncungnya menunjuk ke arah Lulu.

    Marjan dan Lulu berbalas pandangan tak rela.

    Papa, apapulaknakdriverni duduk sebelah Lulu? Tak nak la! Protes Lulu.

    Marjan bersiul kecil. Aku lagi rela duduk atas lantai daripada duduk tepi kau.

    Lulu, where is your manner?He is a member in the family starting from today. So, why cant he sit nextto you? tegur Dato Safwan. Datin Ifa jadi tidak senang.

    Bang, betul apa yang Lulu cakap tu. Dia, kan driverbaru, suruh aje la dia makan kat luar sorang-sorang.

    Datin Ifa membela Lulu.

    Lulu menghadiahkan jelingan tajam kepada Datin Ifa.

    Ibu jangan sibuk la! Lulu tengah cakap dengan papa! marah Lulu.

    Marjan angkat kening. Aik, perempuan ni menengking mak dia depan orang lain macam tu aje? Ni bukan

    lagi Si Tanggang, ni Si Tunggang Terbalik dah jadinya!

    Lulu!How many times have I told you, behave! marah Dato Safwan.

    Marjan kecut perut. Takut pulakaku tengok drama tak berbayar ni. Hu hu hu... kenapa aku harus menjadi

    sebahagian daripada penonton saat ini?

    Lulu mendengus kasar.

    Laila tenang diduduknya. Tidak berkutik. Leka menyuap bubur ke dalam mulutnya.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    7/32

    Marjan tambah hairan. Yang tupulakmacam tak ada perasaan.

    Pak Mat dan Mak Min juga diam. Meneruskan makan seperti biasa.

    Datin Ifa terkulat-kulat. Kelat wajahnya.

    Marjan, duduk la... pelawa Dato Safwan lagi.

    Marjan angguk-angguk, teragak-agak. Ingat tadi hendak makan di luar sahaja, tetapi memandangkan kecut

    perutnya melihat Dato Safwan marah tadi, tidak jadi dia mahu meminta izin untuk keluar.

    Marjan duduk. Mangkuk buburnya yang telangkup diterbalikkan. Dia mahu mencedok bubur, tetapi

    mangkuk bubur itu terlalu jauh daripadanya. Marjan terkebil-kebil. Semua khusyuk makan, tidak menyedari

    tingkahnya.

    Alamak, kenajugaklah aku mintak tolong minah ni.

    Errr, awak...

    Lulu mendengus kecil.

    Apa?! tanyanya kasar.

    Tolong tarikkan mangkuk bubur tu, pinta Marjan, bersopan di hadapan semua.

    Ambikla sendiri. Tak ada kaki tangan ke, hah?

    Aisey, kena lagi! Menyesal betul aku!Pak Mat yang berada di hadapan Lulu yang turut mendengar dan melihat adegan itu, menarik mangkuk

    bubur itu untuk Marjan.

    Terima kasih, Pak Mat.

    Marjan mencedok sedikit bubur itu ke dalam mangkuknya. Kemudian dirasanya. Hmmm... sedap! Dia

    menyuap lagi, dan lagi sehingga dia betul-betul kenyang. Tak payah makan roti dah.

    Dia tersandar kekenyangan sehingga dia tersendawa kuat. Cukup kuat hingga semua yang ada

    memandangnya dengan seribu satu riak wajah.

    Marjan pantas menutup mulut. Sorry....

    Dato Safwan ketawa kecil.

    Marjan tersengih-sengih sahaja

    Lulu mendengus lagi. Dasar orang miskin tak senonoh!

    Marjan jeling Lulu. Orang miskin? Kalau aku tunjuk harta aku, menangis tak berlagu engkau!

    Dato Safwan bangun dari meja, diikuti oleh Datin Ifa, Laila dan Lulu.

    Marjan termangu-mangu seketika. Nak buat apapulakni?

    Mak Min sedang mengemaskan meja, dengan dibantu oleh Pak Mat.

    Marjan turut berdiri. Saya tolong Mak Min, ya?

    Wah! Marjan kemas meja?He he he, bangga mak aku kalau dia tau! Bukan setakat tu, bangga seisi tempat

    tu kalau diorangtahu!

    Tak apa la Marjan, pergi la masuk bilik, rehat. Mak Min menolak lembut. Penuh sifat keibuan.

    Marjan sengih sahaja. Diangkat juga mangkuk dan cawannya sendiri, menurut langkah Mak Min ke dapur.

    Diletakkan mangkuk dan cawannya ke dalam singki. Kemudian dia meminggir. Basuh pinggan, sumpah aku takberani.Kangtak pasal-pasal pecah pinggan mangkuk orang.

    Marjan orang mana?

    Pak Mat masuk ke dapur, membuang sampah ke dalam bakul sampah di tepi singki. Pandangannya masih

    seperti kali pertama mereka bertemu.

    Apalah yang orang tua ni tak puas hati dengan aku?

    Saya orang Kedah. Mujur masih ingat pembohongan tadi. Kalau tak, clashingfacts, susah nanti.

    Mak Min angguk faham.

    Ooo... jauh tu! Dah lama kat KL? tanya Mak Min lagi.

    Lamajugak! Sejak lahir lagi, Mak Min!

    Baru aje sebulan.

    Lamajugaktu. Sebelum ni kerja apa?

    Marjan tersenyum kelat. Wah! Interviu kali kedua ke ni?

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    8/32

    Errr, macam-macam. Tengok la, yang mana boleh bagi duit isi perut. Padahal sebulan sebelum ni aku

    bersuka ria dengan mamatsengal tu!

    Ooo, adik-beradik Marjan ramai ke? Marjan anak ke berapa?

    Marjan diam. Pantas mengingat drama Melayu di televisyen yang selalu ditontonnya. Lagi-lagi Astro

    Mustika. Selalu orang susah adik-beradik ramai, kan? Ah, hentam ajelah.

    Sepuluh orang, saya yang sulung.Sepuluh orang? Ramainya! Jadi, Marjan datang KL ni nak tolongfamilyla, ya?

    Marjan mengangguk. Pak Mat sudah hilang entah ke mana.

    Hmmm... Marjan belajar sampai tahap mana? Family tak cukup duit ya untuk Marjan belajar tinggi?

    Marjan angguk lagi.

    Saya bagi peluang kat adik-adik untuk belajar, Mak Min. Saya tak belajar tak apa. Asalkan diorangdapat

    belajar. Sayu.Hu hu hu. Padahal satu Eropah aku dah tawaf masa aku kat Leeds dulu. Ops! Umrah dah buat ya. Haji

    aje belum. Tunggu seru!

    Hmmm... Marjan kerja baik-baik, ya. Dato ni baik. Mak Min dah lama kerja dengan dia, sejak Lulu lahir

    lagi.

    Aik, Lulu aje?

    Marjan tak nak sambung belajar lagi?

    Oh tidak! Tidak! Aku dah nak termuntah mengadap buku. Tak pun, buku yang meluat tengok aku, tak reti-

    reti nak hargai diorang.

    Saya kena kumpul duit dulu, Mak Min. Kalau ada rezeki saya, baru boleh saya belajar lagi. Kelllasss

    jawapan aku ni!Ha ha ha... kena kumpul duit, konon!

    Marjan nak tak kalau Mak Min tanyakan pada Dato?

    What? Takpe, takpe.... Thanksbutno, thanks!

    Hmmm... malu la saya, Mak Min. Saya siapa pada dia? Orang asing yang baru masuk ke sini. Tak apa la,

    Mak Min. Betul Mak Min! Saya merayu, jangan!

    Tak apa, Dato tu baik orangnya. Mak Min percaya dia boleh uruskan semuanya.

    Tak apa la Mak Min, saya.... Lidah Marjan kelu. Lulu berdiri di muka pintu dapur. Merenungnya tajam.

    Hei... driver, aku nak keluar.

    So?

    Cik Lulu nak ke mana?

    Lulu menjeling lagi.

    Kau sibuk kenapa?Driveaje la nanti! Jom, aku dah lambat ni! Lulu memusingkan badannya.

    Isy, ikut hati aku yang waras ni, aku lesingjugakminah ni. Tak reti nak cakap baik-baik ke dengan aku? Dia

    tak tahu aku siapa!

    Mak Min, saya pergi dulu. Singa betina dah mengamuk, se loroh Marjan.

    Mak Min turut senyum. Marjan, jangan ambil hati dengan Lulu tu. Sebenarnya dia baik, cuma kasar sikit

    luarannya.

    Baik? Ceh! Tengok pun tahulah.Judge a book by reading its preface!

    Hmmm... okey la, Mak Min. Saya pergi dulu. Marjan keluar dari dapur, ke luar rumah.

    Lulu sudah berpeluk tubuh menanti di tepi kereta. Cepat la sikit!

    Oit! Tak reti sabar ke? Ke tak pernah dengar perkataan sabar?

    Ya, cik. Marjan pantas ke pintu pemandu, mahu membuka pintu.

    Hei!Bukakpintu aku la!

    Erk! Lupa lagi!

    Maaf, cik. Dia berlari anak, membuka pintu Lulu.

    Lulu masuk, dan seperti tadi, tiada terima kasih. Cuma jelingan tajam.

    Marjan mengeluh panjang. Meluat!

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    9/32

    KERETA yang dipandu oleh Marjan, diparkir masuk ke petak parkir di hadapan sebuah salun kecantikan yang

    nampak eksklusif. Marjan turun dari kereta, membukakan pintu untuk Lulu.

    Kau tunggu sini sampai aku datang.

    Tak cakap pun aku taulah. Tinggal kangmenangispulak.

    Marjan menyandar di kereta. Menyeluk poketnya. Sakit mata aku tengok handphone ni. Didail nombor disitu. Perempuan ni sah lama. Baik aku bergayut dulu.

    Helo.

    Helo, bro! Kau apa cerita?

    Aku okey.Believe it or not, aku dah dapat kerja!

    Yake? Jadi apa? Tukang angkat sampah?

    Cis! Mangkuk ayun sungguh.

    Angkat sampah kepala engkau la! Aku jadi driverla, driverDato Safwan.

    Dato Safwan? Tak pernah dengar pun? Dia tak pernah datang jemputan kita, kan?

    Tak, kut! Aku tak pernah jumpa dia pun.

    Ooo.... So, misi kau amacam?Misi aku tertangguh sekejap la. Dato ni suruh aku jadi driverdua anak dia. Ni pun sekarang ni aku tengah

    tunggu sorang anak dia dalam salun.

    Salun? Perempuan la, kan? Ha, apa lagi... jalankan la misi kau tu.

    Isy, tak boleh la, dia ni gila sikit. Kau tau tak, tiga suku. Dari tadi berapa puluh kali dah aku kena tempik

    dengan dia. Masuk kereta kena bukakpintu, keluar kena bukakpintu. Aku pun tak tau la berapa lama aku boleh tahan

    kat sini.

    Ha ha ha... memang tiga suku la!

    Eh, bonda sihat?

    Macam tu, la. Nanti kau telefon la dia sendiri.

    Ah, susah la. Kau kirim salam aje la, dengan ayahanda sekali.

    Eleh, telefon ada... nak mintak kirim-kirim salampulak.Blahla.

    Weh, kau cakap bebaiksikit hah.... Aku ni berdaulat, tau!

    Baik, tuanku!

    Mereka ketawa besar.

    Lagi satu, kau pun nak kena, ek? Yang kau bagi handphone paling cikai dalam dunia ni kat aku kenapa?

    Cari la yang elok sikit. Ini, dah la gedabak gila, beratpulaktu. Aku baling kat kepala kau, maukau koma seminggu!

    Ha ha ha! Handphone tu penting bro, lambang status kau. Kalau kau pakai handphone tiga ribu kau tu,

    kantoila!

    Ya la, tapi ni dah parah sangat ni!

    Ala, okey la tu.Ha ha ha. Weh, okey la, mak aku panggil la. Ada orang nak datang ni. Kena bersiap. Nanti

    calllagi, ek.Hah, ya la. Okey, okey, bye, assalamualaikum.

    Waalaikumussalam.

    Marjan mengorek telinga dengan jari kelengkengnya. Bingit telinga aku cakap dengan mamatni. Dikerling

    ke dalam salun. Hai, kalau ke salun boleh jadi cun gila macam Angelina Jolie tu tak apa jugak. Ini sama aje. Lama

    lagilah ni. Bosan! Dia mengeluh panjang.

    Bab 4

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    10/32

    ARJAN menjeling jam di dashboard. Resah. Maghrib dah masuk ni! Dia melirik

    Lulu ikut cermin pandang belakang. Kan aku dah kata, macam tu jugak rupanya.

    Tak adalah cantik pun! Sempat dia mengutuk di dalam hati.

    Tadi, hampir sejam setengah dia tercangak-cangak menanti Lulu. Mujur kereta ini ada radio. Taklah aku

    mati kebosanan menunggu dia.Sebaik sahaja Lulu keluar dari salun, dia memberi arahan lain pula.

    Aku nak pergishoppinglepas ni. Tak nak balik rumah lagi.

    Marjan telan liur. Aduh! Shoppingpulak?

    Marjan tenang dalam keresahan. Tiba-tiba, matanya terpandangkan satu papan tanda kecil di tepi jalan. Eh,

    ada masjid kat depan. Bagus! Dia memperlahankan pemanduan sebaik sahaja kereta mewah itu mula memasuki

    pekarangan masjid. Lulu terpinga-pinga.

    Hei, kau ni tak reti bahasa ke? Kenapa kau berhenti kat sini? marah Lulu.

    Marjan ketap bibir. Memang nak kena perempuan ni.

    Cik Lulu, awak ni tak reti baca ke? Dah masuk kolej pun buta huruf lagi? perli Marjan.

    Enjin kereta dimatikan dan dia keluar, meninggalkan Lulu terkebil-kebil.

    Namun dia tidak terus pergi, sebaliknya dibuka pintu kereta di tempat duduk Lulu. Dia merendahkan

    badan, menjenguk Lulu yang jelas keliru.

    Saya ni hamba Allah, bos saya dah panggil. So, sebelum saya tunaikan kehendak awak, saya kena tunaikan

    suruhan Big Boss dulu. Kalau awak rasa diri awak tu Tuhan, tunggu aje la kat sini. Kalau tiba -tiba malaikat Izrail

    singgah, pandai-pandai la awak, saya tak tanggung, okey? Saya pergi dulu ya. Senyuman sinis dihadiahkan kepada

    Lulu dan Marjan berlalu pergi.

    Lulu mengetap bibir. Kurang ajar betul! Lulu tersandar geram. Dia memeluk tubuhnya. Dalam marah

    dan geramnya, ada sesuatu yang menyelinap ke lubuk hatinya. Masjid. Ingatannya melayang jauh.

    MAMA, kenapa mama pergi masjid?

    Mama tersenyum manis.

    Lulu amat suka melihat senyuman mama, menenangkan hati yang gundah.

    Sebab, masjid rumah Allah. Kita akan rasa lebih dekat dengan Allah jika kita selalu ke masjid dan bersolat

    berjemaah, terang mama. Tangan mama mengelusrambut Lulu yang panjang mengurai.

    Kita hanya akan jumpa Allah di masjid aje? Mama senyum lagi mendengar pertanyaan Lulu.

    Tak sayang, Allah ada di hati yang mengingati -Nya. Tapi, masjid tempat khas untuk kita beribadah

    kepada-Nya. Di masjid, kita boleh bersolat dengan lebih tenang sebab tiada gangguan, dan semua yang datang ke

    masjid cuma punya satu tujuan, untuk beribadat kepada-Nya. Sebab itu la masjid itu mulia. Kita tak boleh bising di

    dalam masjid. Kena senyap. Kalau tak nak solat, duduk diam-diam. Mama mencuit hidung mancung Lulu, manja.

    Lulu ketawa kecil. Mama, kalau Lulu nak ikut mama ke masjid?

    Boleh, sayang. Mama lagi suka. Lulu nak solat?

    Lulu mengangguk pantas.

    Baik la, nanti mama ajarkan Lulu solat, ya? Macam ni la anak mama. Mama memeluk mesra dan Lulu

    berasa amat selamat dalam dakapan mama.

    Mama....

    Tanpa disedari, air matanya menitis. Pantas dia menyeka. Dia sudah penat menangis. Dia takkan menangis

    lagi. Itu tekadnya. Sindiran pedas Marjan masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia mendengus kecil. Mujur dia uzur.

    Sungguhpun begitu, jika tidak uzur sekalipun, mungkin dia tetap akan menanti sahaja di sini. Tidak akan masuk ke

    dalam masjid. Sudah lama dahinya tidak bertemu sejadah. Lulu cepat -cepat membuang rasa bersalah yang

    bertandang.

    Dia sudah tidak peduli. Jika Allah itu ada, kenapa mama pergi daripadanya walaupun sudah puas dia berdoa

    acap kali dia selesai solat? Mengapa mama diambil-Nya? Kenapa Allah tak mendengar doa aku? Kenapa Dia ambilmama? Kenapa?

    M

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    11/32

    Entah bila Marjan datang, dia tidak sedar. Sedar-sedar, kereta sudah mahu bergerak keluar dari pekarangan

    masjid.

    Cik Lulu turun ke tak tadi?

    Of course tak! Macam aku tak tau!

    Lulu mendengus kecil. Tak!

    Marjan senyum sinis.

    Malaikat Izrail tak datang jenguk ke?Ha ha ha! Kasi kecut perut sikit.

    Lulu tidak menjawab. Dia hanya menelan liur. Dia dapat melihat wajah sinis Marjan di cermin pandang

    belakang.

    Eh, awak ni boleh diam tak?! marah Lulu.

    Well, saya mengingatkan aje sebab kita semua hamba-Nya. Tak ada yang terkecuali. Kalau Cik Lulu...

    Saya uzur la! tengking Lulu.

    Bicara Marjan terhenti.Ha ha ha. Bendera Jepun rupanya. Penat aku bagi ceramah percuma.

    Lulu mendengus kasar. Dan sepi menyelubungi sehinggalah Lulu pergi membeli-belah dan Marjanlah

    yang terpaksa bertindak sebagai kuli mengangkat barang-barangnya. Naik lenguh jari-jemari dan lengan Marjan

    memegang barang-barang Lulu.

    Ni kes balas dendamlah ni! Tak apa, tak apa... ada lori ada bas, ada hari aku balas.

    Mereka pulang ke rumah hampir jam sepuluh tiga puluh minit malam. Jika diikutkan Marjan, dia mahu terus

    tidur kerana baginya ini hari yang paling meletihkannya. Sebab aku buat kerja, kalau aku enjoy mana ada letih! Getus

    hatinya. Namun, niatnya terbantut apabila Dato Safwan menunggunya di ruang tamu.

    Aduh, apa kespulakDato ni? Tak nampak ke mata aku dah bergayut lesung satu tan ni? Ngantuk gila!

    Marjan duduk di sofa, berhadapan dengan Dato Safwan. Mak Min datang membawa teh untuk mereka.

    Minum dulu, baru segar sikit. Air di cawannya diteguk perlahan.

    Dato Safwan tersenyum nipis. Penat?

    Gila tak penat! Tak la pak cik, biasa aje. Saya dah biasa buat kerja macam ni.

    Pak cik nak mintak maaf bagi pihak Lulu kalau-kalau dia menyinggungperasaan Marjan.

    Kejap aku kira, dah berapa kali dia kurang ajar dengan aku. Ni kena buat claim insurans ni.Tak apa pak cik,smallmatter.Errr, ada apa pak cik panggil saya ni? Nak naik gaji, nak potong gaji, tak

    ada hal punya!

    Dato Safwan berdeham. Sebenarnya, Mak Min ada beritahu pak cik pasal keluarga Marjan, dan latar

    belakang pendidikan Marjan.

    Ah, sudah.... Mampus aku!

    Ya ke, pak cik? Tolong jangan cakap kau nak aku belajar lagi!

    Marjan setuju tak kalau pak cik nak biaya pendidikan Marjan selama Marjan di sini?

    Oh, tidak!!!Hu hu hu... mimpi ngeri. Mimpi ngeri!

    Errr, saya, saya... Saya mintak tolong sangat dengan Dato, serius saya dah tak nak belajar! Cemuih!

    Marjan jangan risau. Semua yuran pak cik tanggung. Marjan akan tetap jadi driverdi luar masa belajar.

    Gaji Marjan tetap akan dibayar setiap bulan. Pak cik takkan potong sikit pun.

    Alahai Dato, saya tak pernah kisah pasal duit pun!

    Errr, saya, saya... Macam mana ni? Kalau aku tolak, gerentilah kantoi.

    Marjan dah tak nak belajar? Mak Min kata, Marjan akan belajar jika ada peluang?

    Aduhai Mak Min!

    Bukan macam tu, pak cik.... Saya ni, cuma driver yang baru pak cik kenal. Pak cik jangan terlalu baik

    dengan saya. Dato, saya merayu dengan Dato, serius saya tak nak belajar dah!

    Dato Safwan senyum kecil. Kamu dah selamatkan harta pak cik, Marjan. Kamu nak tau jumlah wang yang

    kamu selamatkan hari tu?

    Marjan tak angguk, tak geleng, terkebil-kebil.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    12/32

    Dua juta, Marjan... dua juta ringgit! Kebetulan duit tu perlu dikeluarkan at as urusan perniagaan. Apa yang

    pak cik nak lakukan untuk kamu sekarang mungkin takkan memakan jumlah sehingga lima ratus ribu pun. Entah

    separuh dari itu pun tak sampai. Jadi, apa salahnya pak cik membalas jasa kamu.

    Marjan tunduk. Aduh, pening! Apa aku nak buat ni?

    Kalau kamu setuju, pak cik akan daftarkan kamu di kolej Lulu dan Laila, okey?

    Habis aku!Saya ikut saja, pak cik. Waaa! Tak nak belajar dah! Tolong! Tolonggg!!!

    Bagus la macam tu. Kamu pergi la tidur. Esok, pak cik akan beritahu kamu apa yang perlu dibuat untuk

    mendaftar di kolej tu, okey?

    Baik pak cik, terima kasih.

    Sama-sama, pergi la tidur.

    Baik, pak cik. Marjan bingkas. Tak boleh jadi ni, aku kena telefon budak sengal tu sekarang jugak!

    Dia masuk ke dalam bilik yang diberikan kepadanya, mengeluarkan telefon bimbit Nokia 3310 daripada

    koceknya. Didail nombor itu sekali lagi.

    Helo.

    Helo, bro... baru telefon tadi dah telefon lagi?

    Aku ada masalah besar ni.

    Hah? Kau nak aku hantar siapa? Jentera pengaman? FRU?

    Tak, tak payah. Dato Safwan nak masukkan aku ke kolej anak-anak dia, dia nak aku sambung belajar.

    Fullysupportedbyhim.

    La, bagus la tu! Apa yang masalahnya?

    Masalahnya, aku dah habis sarjana la ngok! Kepala aku dah biul belajar sampai tahap tu, butnow dia ingat

    aku ni lepasan SPM. So, aku kena buat diploma sekarang ni!

    What?Ha ha ha! Nasib badan. So, kau nak aku buat apa?

    Kau cari semua contact Kolej Astana sekarang jugak. By tomorrow morning, aku nak semua nombor tu

    ada, aku akan bagi arahan lain nanti. Mungkin jugakkau kena bersiap sedia kalau-kalau aku perlu kau datang ke kolej

    tu esok.Okey, bos! Relaks. Malam nijugaktitah dilaksanakan!

    Hmmm... okey... tunggu arahan selanjutnya esok. Talian dimatikan. Marjan menghenyakkan tubuhnya di

    atas katil. Aduh! Serabut betul!

    Bab 5

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    13/32

    ARJANbangun dengan muka yang agak keletihan. Ala, dah takhandsome dah anak

    bonda ni, rungutnya di hadapan cermin di dalam biliknya.

    Setelah bersiap ala kadar, dia keluar dari biliknya dan mendapati semua sudah bersedia di meja makan,

    sedang bersarapan. Matanya mencari kerusi kosong dengan harapan tinggi. Alamak, tepi dia lagi? Bad lucklah aku

    satu hari ni. Dia melangkah longlai menghampiri meja dan duduk.Marjan, nanti kamu ikut Lulu dan Laila ke kolej dan pergi ke office. Pak cik akan aturkan pendaftaran

    kamu dari pejabat pak cik.

    Saya pun akan aturkan semuanya semula dari handphone saya!

    Baik, pak cik. Marjan minum sedikit.

    Oh ya, lagi satu, kamu bawakToyota Estima tu mulai hari ni. Kuncinya minta pada Pak Mat.

    Baik, pak cik. Marjan sempat menangkap pandangan tidak senang Pak Mat kepadanya, masih seperti

    semalam dan kelmarin. Lantaklah. Malas aku nak layan. Marjan tidak jadi makan. Tidak berselera. Dia teragak-agak

    mahu bangun.

    Errr, pak cik... saya rasa saya keluar dulu, nakcheckkereta. Ceh, alasan betul.

    Hmmm... okey. Pak Mat, beri kunci pada Marjan. Arah Dato Safwan.

    Pak Mat seluk saku, dikeluarkan kunci tunggal dari poketnya dan diunjukkan kepada Marjan.

    Terima kasih, Pak Mat. Saya keluar dulu. Marjan terus melangkah keluar.

    Sebaik sahaja sampai di luar, dia berjalan ke sebalik sebatang pokok pinang yang ditanam di halaman rumah

    itu, mengintai sekeliling jika ada yang berada berdekatannya. Tidak ada orang. Lineclear. Dia mengeluarkan telefon

    bimbitnya dan didail nombor yang sama.

    Helo.

    Helo bro, apa cerita?

    Dah dapat semua nombor?

    Dah, siap dengan nomborcleanersemua aku ada.

    Okey, kau bersiap kemas-kemas, jangan lupa bawak mohor. Nanti orang ingat kita penipu pulak. Kau

    tunggu aku kat depan kolej. Okey?

    Okey, bos.

    Bagus, jumpa nanti. Lagi satu, aku driveToyota Estima hitam.

    Okey, bos!

    Okey, bye.

    Marjan keluar dari sebalik pokok itu menghampiri Estima, berdiri di sisi. Mampus aku nak bawakkereta

    besar ni. Selama ni bawakLamborghini aje. Aduh! Harap-harap takfail. Kalau tak, kantoi aku.

    Lulu dan Laila keluar dari rumah, menuju ke arahnya. Marjan sudah bersedia membukakan pintu untuk

    Lulu. Dia tidak akan memberi peluang kepada gadis itu untuk menyumpah seranahnya lagi.

    Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam Estima, Marjan turut duduk di tempatnya dan dia memandu ke kolej

    yang bakal menjadi tempat belajarnya kelak.

    Setibanya di kolej, Lulu sudah menghilangkan diri tanpa menanti Laila sebaik sahaja mereka turun.

    Marjan angkat kening. Seingat aku, aku tak pernah dengar lagi diorangni menyembang. Macam masing-

    masing tak wujud aje. Apa kes diorangni? Perang saudara ke?

    Awak nak pergi office, kan? tanya Laila.

    Marjan angguk. Aduh, mana budak sengal ni? Tak nampak lagi lubang hidung.

    Errr, Cik Laila, saya rasa saya nak ke tandas dulu. Lama kut. Cik Laila pergi dulu, nanti saya cari office

    sendiri. Moga-moga dia faham.

    Hmmm... saya pun nak cepat ni. Okey, saya pergi dulu. Laila berlalu tanpa menoleh lagi.

    Phew!

    Bro!

    Marjan menoleh pantas. Wajah sengal Kasturi menyapa pandangannya. Hah! Apasallambat?

    Alamak,sorryla, Lamborghini kau buat hal. Kasturi sengih panjang.

    M

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    14/32

    Hah? Kau guna Lamborghini aku? Hampeh betul! Dah la tak mintak kebenaran! Aku saman kang baru

    tau! Gertak Marjan.

    Aku mintak la, kat penjaga garaj. So, sekarang... kita nak buat apa?

    Marjan garu kepala. Macam ni. Kita pergi office dulu, settle dengan the highest personnel in position kat

    sini. Lepas tu, baru kitasettledengan orang bawahan dia.

    Okey, jom. Mereka beriringan masuk ke ruang legar kolej. Mata Marjan liar, mahu memastikan Lulu dan Laila tidak melihatnya.

    Bab 6

    ARJAN berdiri di hadapan kolejnya diiringi satu keluhan panjang. Dia kini

    merupakan pelajar di situ. Hai, apalah malang nasib aku.

    Minggu lepas, dia dan Kasturi bertungkus lumus membuat perhitungan dengan pengurusan kolej pada hari

    sepatutnya dia mendaftar. Selepas itu, Dato Safwan memberinya wang tunai pula untuk dibelanjakan bagi membeli

    keperluan kolej seperti pakaian baru dan peralatan belajar. Memandangkan dia memang miskin betul, bajunya yang

    dibawa cuma tiga helai sahaja, itu pun setelah penat memilih baju yang paling buruk untuk dipakai.

    Namun akhirnya duit itu tersimpan rapi di dalam dompetnya kerana dia telah mengerahkan Kasturi untukmembawa semua pakaiannya yang sesuai dipakai di kolej itu kelak. Cadangnya, apabila semuanya berakhir, duit

    Dato Safwan akan dipulangkan semuanya. Dia tetap menjadi driverLulu dan Laila seperti yang dijanjikan oleh

    Dato Safwan. Cumanya, dia akan diberi kelonggaran di dalam masa belajar.

    Marjan melangkah lemah.

    Lulu dan Laila sudah menghilang dahulu seperti b iasa.

    Daripada apa yang dia tahu, dia dimasukkan ke dalam bidang Pengurusan Perniagaan sama seperti Lulu

    dan Laila. Namun, untuk dia bertanya kepada mereka mengenai bidang itu adalah sesuatu yang amat mustahil.

    Dahlah masuk semester satu balik, diploma pulak tu! Hampeh betul! Mana aku nak campak sijil sarjana

    aku?

    Marjan melangkah tanpa arah tujuan. Jika diikutkan, dia tidak perlu masuk ke kelas pun. Tetapi dia tahu

    untuk meyakinkan Dato Safwan dan ahli keluarga itu, dia perlu masuk juga ke kelas. Sekali-sekala.Huh, sekali-sekala? Dua kali dua kala pun dah macam neraka bagi aku.

    Marjan melilau mencari kelas yang harus dimasukinya. Penat berpusing, dia berhasrat untuk bertanya

    dengan orang sekeliling. Seorang lelaki berjalan kelam-kabut melintasinya. Hah, mangsa aku! Marjan pantas

    menahan.

    Hai bro, minta maaf la ganggu ni... tapi saya nak tanya ni, kelas BusinessManagementsemester satu kat

    mana? Lelaki itu yang pada mulanya kelihatan terganggu, berubah ceria wajahnya.

    Eh, awak budak BM semester satu ke? Aku pun! Jom, aku nak masuk kelas la ni! Aku Jam. Jamil. Dia

    menghulurkan tangan.

    Marjan menyambut dengan senang hati dan mereka beriringan ke kelas. Sempat Jamil bertanyakan

    namanya.

    Marjan.Jamil angguk faham.

    M

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    15/32

    Syarahan sudah bermula dan sebaik sahaja Marjan melangkah masuk, mata pensyarah tersebut

    merenungnya penuh makna. Mereka duduk di satu sudut. Marjan sudah mula terasa bosan. Dia melilaukan matanya

    dan pandangannya menangkap sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang memintal hujung rambut yang kerinting.

    Dia juga kelihatan bosan.

    La, budak ni kecil lagi rupanya. Ingat dah lebih dua puluh. Patutlah budak-budak habis perangai. Tapi muka

    nampak macam dah atas dua puluh aje. Marjan menggosok dagunya, berkerut-kerut dahinya. Jamil yang perasan

    tingkah Marjan itu menegur.

    Kau tengok awek tu ke? Jamil memuncungkan mulutnya ke arah Lulu yang duduk selang beberapa baris

    daripada mereka. Marjan mengalih pandang kepada Jamil.

    Apasal?

    Jamil membuat riak wajah pelik. Dia mendekatkan mukanya dengan Marjan seraya berbisik, Dia tu dah tua

    la, tua daripada engkau kut? Dia masuk belajar lambat. Tak tau la kenapa. Anak Dato, biasa la.

    Marjan angguk-angguk faham. Lagi tua daripada aku? Aku lagi tua daripada dia tak kata! Malas Marjan

    mahu memanjangkan bicaranya dengan Jamil mengenai perkara itu. Dia berhasrat mahu mengorek maklumat tentang

    Lulu.

    Kau pernah sembang dengan dia?

    Jamil geleng pantas. Aku tak nak sembang dengan dia. Dia cepat marah. Kalau dia bersuara, sebab nak

    tengking orang aje, bro.

    Hah, memanglah! Aku pun dah berapa kali kena tengking dalam seminggu ni.

    Dia ada masalah kut? Sengaja Marjan mahu mencucuk Jamil. Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan

    gadis itu begitu. Jamil menoleh ke arah Lulu sekilas.

    Aku rasa takada, tapi tak tau la. Aku peduli apa dengan dia. Aku cuma pedulikan sorang aje dalam kelas

    ni, beritahu Jamil tanpa diminta. Wajahnya berubah ceria tiba -tiba.

    Marjan jeling Jamil.Ekeleh, budak ni... aku tanya lain... jawab lain. Ah, layan ajelah.

    Siapa?

    Jamil pantas angkat tangannya menuding ke satu arah yang amat bertentangan dengan Lulu. Tudingannya

    tepat jatuh ke Laila.

    Marjan melopong. Laila pun budak lagi ke? Ke dia pun lambatgakbelajar? Aduh, confuse betul.Tu, Laila aku. Jamil tersengih-sengih bagai orang angau.

    Kau suka dia?

    Haah. Dia baik. Walaupun dia tak pernah senyum dengan aku, tapi dia tak jahat mulut macam Lulu.

    Cakap baik-baik aje. Lailaku....

    Marjan tengok Laila yang kelihatan tekun, jeling Lulu yang nampak bosan, dan ma las. Hai, memang hitam

    putih betul dua-dua anak Dato Safwan ni. Memang berbeza dari semua segi.

    Kau tau takdiorangtu adik-beradik? tanya Marjan kepada Jamil.

    Jamil yang sedang berangankan Laila tersentak.

    Hah? Mana kau tau? Jamil buat muka tidak percaya.

    Marjan pandang depan, bersahaja.

    Aku tau la, aku driverdiorang. Marjan toleh ke sisi, mulut Jamil sudah terlopong luas.

    Aik, bro! Kalau ya pun terkejut, coverlah sikit mulut tu! Masuk lalat kang, tak jamin!

    Biar betul!

    Serentak semua mata memandang mereka.

    Marjan renung Jamil tajam.

    Jamil sengih-sengih macam kerang busuk.

    Aduh, buat malu betul! Mujur pensyarah tu dah tau aku siapa! Hish! Budak Jam ni! Aku buat jem strawberi

    kangbaru tau!

    Sorry,sorry. Jamil angkat tangan minta maaf.

    Marjan sudah menutup muka dengan tangan. Dia angkat mukanya sedikit, dan matanya menangkap

    renungan tajam Lulu yang memanahnya dari jauh.

    Marjan angkat tangan, membuat gerak mulut, Apa?

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    16/32

    Lulu jeling tajam sebelum memandang ke hadapan semula. Isy, aku korekjugakbiji mata perempuan ni!

    Jamil mendekatkan mukanya kepada Marjan kembali.

    Betul ke kau driverdiorang? Kenapa kau ada dalam kelas ni? tanya Jamil berminat.

    Marjan sudah malas mahu menjawab. Menyesal betul aku layan budak ni.

    Dato nak aku belajar. Jawab Marjan acuh tak acuh.

    Dia tanggung kau la?

    Haah.

    Waaa!Bestnya!

    Best? Nerakalah! Hmmm... biasa aje.

    Jamil tiba-tiba menjauh, memandang Marjan dari atas ke bawah. Tapi, aku tengok kau ni tak ada gaya

    driverpun?

    Habis gaya apa? Anak raja? tukas Marjan.

    Hmmm... adajugak.

    Marjan telan liur. Betul la, aku driverdiorang. Baru aje kerja seminggu.

    Ya ke? Laila kat rumah macam mana? Jamil mendekat kembali, menunjukkan minat.

    Aduh, malasnya aku nak jawab! Biasa aje. Dia selalu keluar rumah?

    Tak.

    Dia pandai masak?

    Tak.

    Dia suka buat apa?

    Tak tau.

    Dia...

    Kau tolong aku boleh? pintas Marjan.

    Pandangan Jamil bercahaya. Apa dia? Kau cakap aje kau nak aku buat apa, aku akan buat.

    Tolong satu aje. Tolong diam!Jamil terdiam. Itu aje?

    Argh! Tak reti bahasa ke budak ni? Haah.

    Okey.

    Bagus.

    Aku dah tolong kau, kau tolong aku boleh?

    Argh! Kenapa budak Jam ni tak reti bahasa?

    Apa kau nak? tanya Marjan acuh tak acuh.

    Kau tolong ambilkan nombor telefon Laila. Aku nak. Please?

    Marjan tenung Jamil dengan wajah tidak percaya. Aduh, kenapa aku mengaku tadi? Kan dah dapat kerja

    bodoh ni! Mana pernah orang macam aku mintak nombor telefon perempuan!Errr, aku takut Dato marah, kau mintak la sendiri. Dalih Marjan. Jamil mencapai tangan Marjan.

    Please? Please.... Dia susah nak bercakap dengan orang la. Jangan harap la dia nak bagi nombor dia kat

    aku. Entah dia kenal aku ke tidak. Jamil merayu lagi. Marjan garu kepala, bengang.

    Kalau dia tak kenal kau, tak payah mintak la. Lagi ada hati!

    Alah, aku nakjugak. Aku nak berkenalan dengan dia. Tak kenal maka tak cinta. Tolong la, Marjan.

    Marjan angkat kening, memandang Jamil tidak percaya.

    Isy, ha... ya la, ya la. Aduh! Cari pasal betul!

    Jamil capai tangan Marjan, diciumnya bertalu-talu.

    Weh, kau apa hal ni? Geli la! Jamil ditolak kasar.

    Dia tersengih lagi. Thanks! Kau la penyelamat aku dunia akhirat!

    Dunia aje, akhirat kau punya hal sendiri.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    17/32

    Marjan merenung Laila dari jauh. Garu kepala lagi. Aduh, macam mana aku nak cakap dengan dia ni?

    Petang itu, habis sahaja kelas, di dalam kereta, Marjan merenung Laila ikut cermin pandang belakang.

    Marjan semakin gelisah.

    Hei, kau ni kenapa tengok-tengok orang?

    Aduh, perasanpulakperempuan sorang ni. Aku bukan tengok kaulah!

    Saya tak tengok Cik Lulu la. Perasan!

    Lulu mendengus kecil. Baru masuk belajar dah buat kepala! Memang dasar budak miskin! Tak tau

    malu!

    Marjan angkat kening.Aik, ni dah melampau ni!

    Cik Lulu, yang cik tak puas hati sangat dengan saya ni kenapa? Hah, jawablah!

    Siapa yang tak puas hati dengan kau?

    Habis, Cik Lulu asyik cari salah saya aje kenapa? Kita baru jumpa, kan? Saya ada jumpa Cik Lulu kat

    mana-mana ke sebelum ni sampai buat Cik Lulu dendam sangat kat saya ni? Ambikkau! Mintak simpanglah aku

    nak jumpa kau!

    Laila masih tenang. Tidak endah langsung apa yang berlaku di sekelilingnya. Ah, bukan sekeliling aje...

    sebelah dia pun dia tak ambilpot! Telinga dia ni telinga besi ke apa?

    Hei, kau diam boleh tak?! marah Lulu.

    Marjan senyum sinis.

    Hai, Cik Lulu... kenapa la Cik Lulu tak sama dengan Cik Laila? Tak banyak cakap, tak sakitkan hati

    orang... dari banyak cakap, buat orang angin aje buat apa? Dah malas aku nak jaga mulut aku. Lantaklah, kena pecat

    lagi bagus. Boleh berhenti belajar! Marjan jeling cermin sekilas. Merah padam muka Lulu.

    Kau jangan sekali-kali samakan aku dengan perempuan ni! Aku benci dia! Aku benci kau! tengking

    Lulu.

    Cik Lulu benci dia? Dia, kan adik Cik Lulujugak?

    Hei! Aku tak ada adik! Aku anak tunggal tau! Tak ada siapa boleh rampas status tu daripada aku! Aku

    anak tunggal Dato Safwan! tempelak Lulu lagi.

    Marjan terdiam. Apa dia merepek ni? Laila pun buat bodoh aje. Boleh dia tahan duduk tepi perempuan yang

    macam singa ni? Isy, pening aku! Apa dah jadi dengan keluarga ni sebenarnya?

    Marjan tidak menjawab lagi. Malas mahu melayan. Lulu benar-benar marah. Kenapa agaknya?

    Bab 7

    ARJAN melangkah lemah masuk ke kelas. Begnya yang ringan tidak berisi apa-apa,

    digalas malas. Langkahnya terhenti apabila ada tangan yang menghalangnya. Marjan

    angkat muka, pandang wajah Jamil yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

    Nak apa? Kacau betullah! Hilang moodakupepagi tengok muka dia ni. Muka takde rezeki.

    Senyuman Jamil menghilang. Sedikit kecewa. Laaa, kau lupa ke?

    Marjan angkat kening. Lupa apa?

    Jamil cekak pinggang. Muka kecewa habis. Kau tak ambil nombor telefon Laila?

    Marjan diam. Berfikir.Blur. Nombor telefon Laila? Alamak! Marjan tepuk dahi.

    M

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    18/32

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    19/32

    Ngaku ajelah kau dah jatuh cinta dengan dia!

    Jatuh cinta? Tak mungkin! Aku ada misi yang belum selesai. Aku hanya singgah di sini.

    Misi kau untuk cari isteri, kan? Dia boleh apa... jadi isteri kau.

    Hah? Perempuan garang ni? Tak boleh, tak boleh. Bergegar satu tempat tu kalau dia jadi isteri aku. And by

    the way,I dont like her!

    Huh, keep denying!

    Yes!Because this is the fact!I dont like her!

    Keluhan panjang dilepaskan. Suka dia? Tidak mungkin. Bicara hati kian mengusutkan fikiran.

    Tamat kelas hari itu, Marjan sedia menanti di kereta. Tidak lama kemudian, Laila muncul. Lulu mana?

    Marjan memanjangkan leher mencari Lulu namun bayangnya tidak juga muncul.

    Laila yang sudah sedia menanti di dalam kereta membuka tingkap.

    Lulu balik sendiri hari ni. Beritahunya ringkas.

    Marjan kerut dahi. Kenapa?

    Namun Laila tidak menjawab. Tingkap sudah dinaikkan kembali. Marjan masuk juga ke dalam kereta. Nak

    tunggu ke tak ni? Balik sendiri? Tak ada bagi tahu apa-apa pun tadi. Isy, perempuan ni memang tak betul. At least

    beritahulah, tak adalah aku tercangak-cangak tunggu macam orang bodoh.

    Enjin kereta dihidupkan dan kereta meluncur perlahan meninggalkan pekarangan kolej.

    Malam itu, hampir isyak baru Lulu pulang. Dan wajahnya masih seperti tadi.

    Berkerut dahi Marjan sewaktu mereka berselisih. Ke mana dia? Kenapa dia tak bagitahu aku atau mintak

    aku hantar? Selalunya sibuk mintak hantar ke sana ke mari. Isy, Marjan. Dia tak mintak tolong kau tu kira baguslah tu.

    Tak pening kepala kau.Argh, apa-apa ajelah!

    Di meja makan, Lulu masih diam, tidak bersemangat sahaja kelihatannya namun tidak pula Marjan ringan

    mulut bertanya. Dia tahu statusnya di sini. Dia menanti juga jika ada di kalangan ahli keluarga itu mahu bertanya,

    tetapi hairan, tiada yang bertanya. Semuanya seperti biasa.

    Apa hal orang rumah ni? Pelik aku.Diorangtak hairan ke Lulu senyap dan tak agresif macam selalu? Aku

    dah pelik tahap cipan dah ni!

    Usai makan, seperti biasa... rutin baharu Marjan ialah tolong Mak Min kemas meja selepas makan, sesuatu

    yang tidak pernah dilakukannya sepanjang hayat sebelum ini, dia melakukan rutin malamnya di rumah itu. Semua ahli

    keluarga rumah itu sudah beredar kecuali Marjan dan Mak Min.

    Namun kerjanya terbantut apabila Dato Safwan memanggilnya. Ditinggalkan ruang makan lalu dia beredar

    ke ruang tamu di mana Dato sedang menunggu. Marjan melabuhkan punggung di hadapan Dato yang seperti biasa

    berwajah tenang dan tersenyum nipis.

    Ada apa, pak cik? Apa lagi dia nak cakap ni? Aku dah fobia dengan dia ni.

    Belajar okey?

    Marjan angguk laju. Okey sangat. Okey, pak cik.

    Bagus. Lulu dan Laila ada bantu kamu?

    Hah, bantulah sangat! Errr... ada, pak cik.

    Dato Safwan angguk-angguk. Pak cik tau Lulu mungkin susah sikit, tapi kalau kamu ada apa-apamasalah, rujuk Laila. Laila boleh bantu kamu.

    Hmmm... sama aje dua-dua. Baik, pak cik.

    Kamu perlu apa-apa lagi?

    Marjan pantas menggeleng. Tak, semua dah cukup. Terima kasih, pak cik.

    Marjan perasan Pak Mat melalui ruang tamu, masih memandangnya dengan pandangan tidak senang.

    Tiba-tiba matanya menangkap tubuh Lulu yang turun dari tangga dan keluar dari pintu rumah. Ke mana

    pulakbudak ni?

    Marjan?

    Hah, ya pak cik... pak cik cakap apa? Alamakaih, boleh tak perasanpulakDato cakap apa dengan aku.

    Dato Safwan senyum nipis. Pak cik harap kamu tak kecil hati dengan Lulu.

    Alamak! Dia perasan ke aku tengok Lulu? Habis! Jatuh saham!

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    20/32

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    21/32

    Kau sibuk kenapa? Suaranya sedikit tinggi.

    Marjan telan liur. Dia dah mula dah!

    Kau buat aje tugas kau sebagai driverboleh tak? Jangan sibuk hal aku, okey? Larangnya tegas.

    Marjan buat muka selamba. Patutlah tak ada orang nak tanya masalah dia. Macam ni rupanya. Ha ha ha.

    Marjan, kau dah jolok sarang tebuan!

    Tak ada la... saya cuma prihatin aje, salah ke? tingkah Marjan.

    Lulu menjeling lagi.

    Tak payah. Aku tak perlu prihatin kau, tak perlu simpati kau. Marahnya lagi.

    Marjan garu dahi.

    Hmmm... baik la kalau macam tu. Orang sombong memang selalu rugi. Orang nak tolong dia tak nak

    pulak. Sinis Marjan bersuara.

    Apa yang kau boleh tolong? Apa? Mama dah mati, tak ada apa yang kau boleh tolong! Tak ada siapa boleh

    tolong aku dan kembalikan mama! Tak ada! tempelak Lulu. Suaranya yang tinggi beransur perlahan. Dan esakan

    kecil mula kedengaran.

    Marjan terpinga-pinga. Dia menangis? Ya, dia menangis.

    Lulu mengesat air matanya kasar. Seakan-akan tidak rela dengan kehadiran titis air mata jernih di

    wajahnya itu.

    Marjan tidak terkata apa-apa. Tidak tahu apa lagi yang patut dikatakannya.

    Lulumenangis. Lulu bingkas. Tanpa pamitan dan tanpa menoleh lagi, dia pergi meninggalkan Marjan

    yang termangu-mangu di situ.

    Bab 8

    UJUNG minggu itu, seisi rumah itu menerima tetamu yang agak asing kepada Marjan.

    Dato Mokhtar. Orangnya tinggi dan tegap. Tengah hari itu, sebaik sahaja dia pulang

    dari pasar bersama Mak Min. Dia sudah menjadi driverDato Safwan hujung minggu ini, entah permintaan siapa dia

    tidak tahu walaupun hati Marjan kuat mengatakan Lulu punya angkara. Sebuah kereta Mercedes hitam sudah

    tersadai diporch.

    Dan apabila dia masuk ke dalam rumah, Dato Mokhtar bersama seisi keluarga Dato Safwan sedangbersantai di ruang tamu. Lulu seperti biasa mencuka. Melihat Marjan masuk ke rumah, Dato Safwan

    menggamitnya. Semua mata tertumpu kepadanya seketika. Marjan menuju ke ruang tamu, dan matanya sempat

    menangkap jelingan menyampah Lulu.

    Marjan, kenalkan, ini Dato Mokhtar. Abang ipar merangkap rakan niaga pak cik.

    Marjan angguk faham. Oh, abang Datin Ifa la ni.

    Dato Mokhtar serius wajahnya. Tidak berminat berkenalan dengan Marjan, Si Driver. Datin Ifa juga turut

    mencebik.

    Eh, baru aku perasan. Adik-beradik ni semacamlah perangai. Sesuai betul.Ha ha ha....

    Dah la bang, kita sembang pasal businesspulak. Datin Ifa mencelah, mengubah topik.

    Marjan undur diri perlahan-lahan. Cis! Ingat aku kisah apa dengan korang? Tak apa, tak apa, sekarang aku

    driver. Tengoklah nanti.

    H

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    22/32

    Marjan ke dapur, mahu menyibukkan diri dengan Mak Min yang ramah-tamah. Sekurang-kurangnya, dia

    ada teman berbual walaupun Mak Minlah yang bertanggungjawab menjebakkan dia di kolej itu. Marjan mengeluh

    panjang. Melabuhkan punggung di kerusi yang tersedia di situ.

    Bosan ke Marjan?

    Marjan angguk lemah. Kat luar, semua muka serius. Bosan. Macam mana diorangboleh hidup dalam rumah

    yang tak hidup ni? Aku dah mati kutu dah ni. Mak Min senyum nipis.Hmmm, macam ni la orang rumah ni sejak surinya bertukar, keluh Mak Min.

    Macam tau-tau aje aku tengah kutuk orang rumah ni. Tapi, lain macam aje bunyinya? Marjan angkat muka.

    Kenapa Mak Min cakap macam tu?

    Diperhatikan Mak Min yang sedang membersihkan ayam yang dibeli tadi. Begitu teliti dan cermat. Mak

    Min mengeluh kecil.

    Hmmm, sebenarnya, Datin Ifa tu ibu tiri Lulu. Ibu kandung Lulu, Puan Maria dah enam tahun

    meninggal.

    Marjan terdiam, dia telan liur. Jadi, Lulu menangis malam tu sebab ibu kandungnya? Tempikan Lulu

    malam itu kembali bergema di cuping telinganya.

    Apa yang awak boleh tolong? Apa? Mama dah mati, tak ada apa yang awak boleh tolong! Tak ada siapa

    boleh tolong saya dan kembalikan mama! Tak ada!Marjan melepaskan nafasnya yang tertahan. Patutlah dia mengamuk sakan. Dia dah tak ada ibu kandung.

    Tapi Laila relaks aje?

    Laila anak Datin Ifa. Dia muda tiga tahun daripada Lulu. Dato kahwin dengan Datin Ifa lima tahun lalu

    atas sokongan Dato Mokhtar yang memang dah lama kenal Dato.

    Aik, Mak Min ni macam ahli nujumpulak. Tau aje apa aku fikir.

    Ooo, patut la Lulu tu macam tak puas hati aje dengan Laila dan Datin Ifa. Marjan seolah-olah berbicara

    seorang.

    Mak Min yang mendengar, tersenyum tawar. Hmmm, dia memang tak boleh terima Datin Ifa dan Laila.

    Sejak Dato kahwin, macam tu la Lulu. Sebenarnya, Lulu tu baik orangnya. Hormat orang tua. Puan Maria pun

    baik. Dia tak pernah bezakan Mak Min dan Pak Mat yang cuma pekerja di sini. Dato Safwan pun macam tu.

    Well, aku pun boleh nampak bezanya Dato Safwan dan Datin Ifa. Tapi, betul ke Lulu baik?Mesti Marjan tak percaya Lulu tu baik, kan?

    Marjan terdiam. Bahaya betul Mak Min ni. Semua yang aku fikir dia tahu!

    Betul Marjan, Lulu tu baik budaknya. Penyayang, macam Puan Maria. Lemah lembut. Tapi dia berubah

    sejak Dato dan Datin berkahwin. Dia tak percayakan Datin. Dia pernah cakap dengan Mak Min sendiri. Dia memang

    percaya Datin Ifa tu jahat. Hai, Lulu ni terpengaruh sangat dengan cerita di televisyen. Semua mak tiri jahat. Tapi

    sebenarnya Datin Ifa tak sejahat tu. Dia kurang mesra saja. Tak macam Puan Maria.

    Kurang mesra?Hmmm... memang kenalah istilah tu.

    Pak Mat masuk ke dapur, wajahnya tidak senang.

    Min, apa Min beritahu hal keluarga pada orang luar ni?

    La, orang tua ni kenapapulakdah?

    Apapulakorang luarnya, bang? Dia, kan keluarga kita juga?

    Betul, Mak Min. Seratus markah!

    Pak Mat mendengus kecil. Menjeling Marjan yang beriak selamba. Marjan pula malas hendak masuk

    campur hal suami isteri. Pak Mat mendekati Mak Min. Aik, nak berbisikpulak?

    Min, kita tak tau lagi dia tu baik ke tak. Dato cepat sangat percaya. Min jangan baik sangat dengan dia.

    Abang percaya dia ada muslihat untuk masuk rumah ni.

    Ya Allah, dia ni ingat aku apa? Dahlah berbisik macam nak bagi satu rumah dengar!

    Marjan ketap bibir.

    Pak Mat menghadiahkan satu lagi jelingan tajam sebelum dia keluar dari dapur.

    Marjan bingkas.Hish.... Aku kena ajar sikit orang tua ni.

    Eh, Marjan... nak ke mana? tegur Mak Min.Nak tamatkan riwayat suami Mak Min!

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    23/32

    Saya nakcheckkereta kejap. Ah, alasan lagi!

    Dia pantas keluar dari dapur melintasi ruang tamu. Cuma kedengaran tawa Datin Ifa yang mengekek dan

    Dato Mokhtar. Dato Safwan cuma tersenyum nipis. Apalah yang lucu sangat dua beradik ni? Psiko betul.

    Lulu dan Laila juga sempat dikerlingnya. Wajah bosan terpampang di seraut wajah Lulu. Laila tiada

    reaksi. Neutral. Dia melepasi pintu. Pandangannya liar mencari kelibat Pak Mat. Oh, kat situ dia. Pak Mat sedang

    menuju ke gazebo. Marjan menurut langkah Pak Mat.Pak Mat! panggil Marjan.

    Pak Mat menoleh. Wajah tidak senang masih ada. Gayanya seperti mahu merokok melihatkan sebatang

    rokok dikeluarkan dari kotak rokok yang kemudiannya dimasukkan ke dalam poket baju.

    Marjan menghampiri Pak Mat yang tercangak-cangak di situ. Relaks Marjan. Jangan marah, ingat pesanan

    Nabi.

    Saya nak cakap dengan Pak Mat sikit, boleh? Hah, terimalah mukadimah aku yang sangat sopan lagi

    bergaya ni.

    Pak Mat kerut dahi. Memalingkan mukanya. Rokok diselitkan di antara bibir dan dinyalakan. Berkepul-

    kepul asap berlumba-lumba naik ke udara.

    Apa kau nak? Langkahnya diteruskan.

    Marjan menurut lagi sehingga mereka sudah berada di bawah bumbung gazebo. Marjan turut dudukberhadapan dengan Pak Mat yang masih tidak memandangnya. Marjan tarik nafas dalam.

    Pak Mat, boleh saya tau apa yang Pak Mat tak puas hati dengan saya? Hah, jawab... jangan tak jawab

    soalan cepu perak ni.

    Pak Mat mengerling Marjan sekejap. Seperti tidak berminat mahu melayan. Asap rokok dihembus asyik.

    Berkembut keluar. Dah macam serombong kapal arang aje gayanya.

    Apa hal kau nak tau?

    Agak tak menjawab soalan betullah. Ni sah SPM kantoi ni.

    Pak Mat, saya perasan Pak Mat pandang saya macam ada yang tak kena dengan saya. Jadi saya nak tau apa

    masalah Pak Mat dengan saya? Kita baru berjumpa tapi kenapa Pak Mat macam ada dendam dengan saya? Pak Mat

    marah saya jadi driverjugakke? Kalau sebab tu, saya tak kisah, Pak Mat. Saya rela duduk rumah jadi tukang kebun

    aje atau apa-apa aje la. Saya cuma tak nak pandangan serong Pak Mat. Ya la, saya sedar, saya orang baru kat rumahni. Pak Mat dah lama dengan Dato. Mungkin Pak Mat tak puas hati tiba-tiba Dato beri saya kepercayaan yang

    banyak. Hah, panjang lebar ceramah aku.

    Pak Mat tidak menjawab sebaliknya dia merenung Marjan tajam. Asap rokok berkepul-kepul keluar

    daripada mulut dan hidungnya.Hish, pencemaran alam betul. Mujur aku tak merokok.

    Kau nak tau kenapa aku tak suka kau?

    Ya. Saya memang nak tau kenapa Pak Mat tak suka saya. Tegas Marjan bersuara.

    Sebab aku yakin kau berkomplot dengan budak yang ragut beg Dato hari tu untuk membuatkan Dato

    percaya dengan kau dan kau diberi peluang masuk ke dalam rumah ni. Dalam erti kata lain, aku yakin kau

    perbodohkan Dato.

    Makaih, berat tuduhan tu! Marjan ketawa sinis. Pak Mat, Pak Mat.... Jadi, Pak Mat mencurigai saya la

    sekarang?

    Pak Mat angguk laju. Marjan ketawa lagi.

    Pak Mat, Pak Mat ada beritahu Dato ke mengenai syak wasangka Pak Mat ni? Pak Mat memalingkan

    mukanya.

    Ada... tapi Dato tak percaya. Sebab tu aku harus perhatikan kau. Jangan fikir kau boleh perbodohkan

    Dato selagi aku ada, kau tau! Amaran keras diberikan.

    Marjan ketawa lagi. Aduh, sakit perut aku! Tak tahan aku dengan orang tua ni! Aku nak merompak Dato

    Safwan? Harta aku lagi melimpah-ruah tak terkiralah! Setakat harta Dato ni, aku tak hairanlah!

    Pak Mat ni buat lawak la! Saya tak sangka Pak Mat fikir saya macam tu! Pak Mat, Pak Mat ingat saya ni

    sebodoh tu ke? Kalau betul la syak Pak Mat tu, Pak Mat ingat saya nak tunggu lama macam ni ke untuk merompak

    satu rumah ni? Dah dua minggu saya kat sini, Pak Mat. Lagipun, dalam rumah ni ada singa betina, Pak Mat. Kalau

    betul saya nak aniaya orang rumah ni, saya tak tunggu lama la, Pak Mat. Apa entah orang tua ni. Ha ha ha ... buat

    lawak di hujung minggu betul!

    Pak Mat ketap bibir. Geram tengok Marjan yang ketawa sampai sakit perut.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    24/32

    Hmmm, tak apa la Pak Mat. Saya maafkan Pak Mat. Pak Mat tunggu la saya rompak rumah ni, ya. Oh,

    jangan risau. Saya nak rompak nanti saya beritahu semua orang. Jangan risau. Marjan beredar dalam tawa yang

    masih bersisa.

    Langkahnya terhenti, tawanya mati melihat Lulu yang berdiri kaku di pintu. Larilah tu. Seperti biasa, dia

    dihadiahkan jelingan tajam.

    Marjan meneruskan langkahnya, tidak menghiraukan Lulu yang berpeluk tubuh, masam mencuka sahajawajahnya.

    Hei kau! Marjan berhenti mendengar suara itu. Menoleh ke arah Lulu.

    Ya, Cik Lulu, Cik Lulu nak apa? Sinis Marjan bersuara. Terlupa seketika dia perihal arwah Puan

    Maria, ibu kandung Lulu.

    Lulu melepaskan keluhan panjang. Aku nak keluar.

    Marjan terdiam. Menghampiri Lulu, berhadapan dengannya. Nak ke mana?

    Eh, aku punya suka la nak ke mana! marah Lulu. Marjan jongket bahu.

    Tapi, kan sekarang saya driverDato? Cik Lulu sila la panggil Pak Mat, ya. Saya masuk dulu. Selamba

    Marjan berbicara. Meneruskan langkahnya. Bersiul kecil. Hah, baru padan muka kau.

    Lulu berpaling pantas, mengetap bibir. Panas hatinya mendengar bicara sinis Marjan. Hei, aku anak

    Dato! Kau driveraku! Kau kena dengar arahan aku!Marjan berpaling bersama senyum sinis mendengar herdikan Lulu.

    Tapi Cik Lulu, sekarang saya di bawah arahan Dato. Saya bukan lagi driver rasmi Cik Lulu. Saya

    minta maaf, saya tak berani langgar arahan Dato. Marjan berpusing kembali. Kita tengok siapa yang kena!

    Aku yang suruh papa tukardriver! Dan aku boleh tukar semula! Puas hati?!

    Marjan tersenyum sendiri. Berpaling menatap wajah merah padam Lulu. Jadi, Cik Lulu nak tukardriver

    semula la ni?

    Lulu tidak menjawab. Memalingkan mukanya, marah.

    Ha ha ha, baru kau tau langit tinggi rendah! Marjan mendekat.

    Baik la, Cik Lulu. Patik menjunjung perintah. Silakan.... Bersama gaya sekali dia memberi laluan

    kepada Lulu.

    Lulu mendengus kasar, menanti di kereta.

    Marjan membuka pintu, dan seperti sebelumnya, tiada terima kasih diucapkan.

    Marjan! Suara Dato Safwan memecahkan keheningan suasana.

    Marjan menoleh, melihat Dato Safwan di muka pintu. Ya, pak cik.

    Nak ke mana tu?

    Manalah aku tau anak kau ni!

    Errr, saya tak tau Cik Lulu. Dia kata nak keluar. Marjan memaklumkan.

    Dato Safwan menggamit Marjan tanda mahu dia datang dekat.

    Marjan menghampiri. Ada apa, pak cik?

    Dato Safwan mendekatkan mulutnya ke telinga Marjan. Dia yang nak kamu bawakdia ke?

    Aik, pelik aje soalan. Marjan mengangguk laju.

    Haah, kenapa pak cik? Pelik betul Dato ni.

    Oh, tak ada apa-apa. Pergi la, nanti dia marah. Arah Dato Safwan.

    Marjan angguk faham. Menghampiri kereta semula. Dia masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan

    kereta meluncur keluar dari pekarangan rumah dengan diperhatikan oleh Dato Safwan yang tersenyum nipis.

    Bab 9

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    25/32

    ELILAU mata Marjan memerhati suasana di pusat membeli-belah ini. Lulu di

    hadapannya lima langkah juga melangkah longlai. Marjan perasan Lulu sebenarnya

    hidup di dalam dunianya sendiri. Dia tidak memerhatikan keliling. Jika ada pun, pandangannya kosong. Dari tadi,

    mereka hanya berjalan. Tidak ada satu kedai pun yang dimasukinya.

    Apa yang dicarinya? Memang sah dia masih tak dapat terima kenyataan yang hidup dia dah berubah. Mamadia dah tak ada. Dato kahwin lain. Pasti dia kecewa dengan perubahan yang berlaku. Marjan menarik nafas dalam.

    Baru dia hendak menyaingi langkah Lulu, seorang perempuan yang tergesa -gesa keluar dari sebuah kedai terlanggar

    Lulu sehingga jatuh semua barang di tangan perempuan itu.

    Marjan dapat melihat wajah Lulu yang jelas terkejut dengan apa yang berlaku. Marjan tidak jadi

    mendekat. Mahu memerhatikan tindakan Lulu seterusnya. Lulu menunduk bersama perempuan itu, mengutip

    kembali barang yang terjatuh.

    Lulu? Lulu Dato Safwan?

    Lulu angkat muka. Wajah di hadapannyafamiliartetapi dia tidak ingat namanya.

    Ya, saya. Awak kenal saya? Perempuan itu tersenyum lebar dan jelas dia tidak percaya dengan

    pertembungan itu.

    Lulu! Ni aku la, Mira! SMK Tunku Sulaiman dulu! Kau dah lupa? Riang suara Mira memperkenalkandiri.

    Lulu masih memandangnya kosong. Minta maaf, saya tak ingat la, awak. Mira tersenyum nipis.

    Oh, aku lupapulak. Macam mana kau nak ingat, kan? Dulu, aku gemuk. Sekarang, macam ni la.

    Lulu tidak menjawab, matanya menjalar di seluruh wajah Mira. Cuba mencari sesuatu. Mira, Mira

    Debab?

    Mira angguk laju. Aku la! Mira Debab!

    Senyum nipis terukir di wajah Lulu.

    Marjan yang sedari tadi memerhati, terkesima seketika. Lulu tersenyum buat pertama kalinya di

    hadapannya. Walau cuma segaris senyuman, agak mahal untuk tontonan Marjan.

    Lulu dan Mira berdiri.

    Kau buat apa kat sini? tanya Mira riang.

    Tak ada apa, jalan-jalan. Jawab Lulu berbasa-basi. Jelas dia tidak berminat dengan pertembungan itu.

    Sorang?

    Mendengar soalan Mira, Marjan mendekat. Hai, saya Marjan.

    Senyuman Lulu mati, membuang pandang ke celah orang ramai.

    Mira tersenyum simpul melihat Marjan.

    Ooo... diam-diam ya? Mira menyiku Lulu perlahan.

    Lulu menoleh pantas. Apa dia?

    Marjan senyum nipis. Tahu apa yang ada di dalam fikiran Mira.

    Pakwe ek? tanya Mira terus.

    Lulu menjeling Marjan yang senyum memanjang. Dia menoleh kepada Mira semula. Tak la, dia ni...

    Cik Mira, kan? Cik Mira kawan Lulu di sekolah menengah ya? Marjan memotong cakap Lulu sebelum

    sempat gadis itu menghabiskan ayatnya. Marjan mengerling Lulu yang sudah berpeluk tubuh, merenungnya tajam.

    Haah, kita orang satu sekolah. Eh, baru aku teringat. Lulu, kita orang buatgatheringdekat Port Dickson.

    Kaujoinya?

    Berubah wajah Lulu.

    Gathering? Kat Port Dickson? Waaa, besttu! Marjan pula yang menjawab bagi pihaknya.

    Mira menoleh ke arah Marjan. Tidak perasan pula pandangan tajam Lulu yang memanah ke arah Marjan.

    Haah, weekendni. Saya tak tau Lulu ada kat sini sebab dia senyap aje, kan? Dah lama tak jumpa dia. Eh,

    youalldatang la... tiga hari dua malam. Nah, ambil nombor saya, nanti contactsayafordetails. Saya nak cepat ni.

    Marjan menghampiri Lulu, membelakangkan Mira.

    Bagi telefon awak. Arah Marjan.

    M

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    26/32

    Lulu menjeling tajam.

    Why should I?Im not going! Perlahan namun tegas.

    Marjan merenung terus ke dalam mata Lulu. Awak nak bagi ke atau nak saya cakap yang awak date

    dengan driverawak?

    Lulu terdiam. Ketap bibir. Diseluk tas tangannya, dihempas telefonnya ke tangan Marjan yang telah sedia

    dihulur.Thanks. Senyum sinis dihadiahkan.

    Lulu kembali berpeluk tubuh.

    Berapa nombor awak? tanya Marjan.

    Mira mula menyebut nombornya. Jemarinya pantas menaip di telefon bimbit BlackBerry Lulu.

    Okey, saya missedcall.By the way, ini handphonedia. Beritahu Marjan.

    Mira senyum penuh makna. Dia mengerling Lulu. Lulu, datang ya... dengan cik abang ni sekali.

    Marjan tersenyum lebar.

    Lulu tersenyum kelat.

    Mira berlalu.

    Marjan menghulurkan kembali telefon itu. Lulu merentap kasar.What are you trying to do,Mr.Driver? marah Lulu.

    Marjan membalas renungan tajam Lulu. I want you to enjoy yourself. Mudah sahaja.

    Lulu mendengus kasar.

    Siapa awak nak tentukanhidup saya? tempiknya kasar.

    Marjan membelakangkan Lulu.

    Im nobody to force you but Dato is your father.I know he can make you go there this weekend. Selamba

    Marjan berbicara.

    Lulu merentap kasar tangan Marjan setelah mendengar kata-katanya.

    Dont you dare tell my father about this. Im warning you! ugut Lulu. Benar-benar panas hati dengan

    tindak-tanduk dan kata-kata Marjan.

    Marjan tersenyum sinis.

    Wellsee.... Dia melangkah meninggalkan Lulu.

    Lulu menghentak kakinya geram. Langkah diatur juga menurut langkah Marjan.

    Di dalam kereta, sepanjang perjalanan pulang, Lulu mendiamkan diri. Geramnya pada Marjan masih

    belum hilang. Bertambah pula geramnya bila Marjan bersiul kecil. Sampai di rumah, seisi keluarga sedang menjamu

    selera. Lulu terus naik tanpa menunggu lagi.

    Dato Safwan memanggil Marjan. Nanti awak makan dengan Lulu, ya.

    Marjan mengangguk sahaja. Dia keluar memeriksa kereta dan membersihkan apa yang patut. Tanpa

    disedari, Pak Mat menghampiri.

    Marjan.

    Marjan menoleh, tersenyum kecil.Hah Pak Mat, dah habis makan? tanya Marjan berbasa-basi.

    Dah. Sebenarnya... Pak Mat nak mintak maaf pada kamu sebab syak kamu yang bukan-bukan.

    Marjan memusingkan badannya menghadap Pak Mat. Dia tersenyum lebar, menepuk-nepuk lembut bahu

    Pak Mat, mesra.

    Pak Mat, saya tak ambil hati pun. Lagipun, saya di pihak yang benar. Pak Mat tak bersalah pun. Pak Mat

    cuma bimbangkan keselamatan orang rumah ni. Saya faham. Wajah Pak Mat berubah ceria mendengar bicara

    Marjan.

    Hmmm... betul. Pak Mat memang sayangkan keluarga ni, tambahan pulaksejak Puan Maria dah tak ada.

    Pak Mat risaukan Lulu dan Dato Safwan. Bersungguh-sungguh dia berkata-kata.

    Marjan angkat kening. Datin Ifa dan Laila macam mana? Pak Mat tak risaukan diorang?

    Pak Mat tidak terus menjawab sebaliknya dia melihat sekeliling jika ada orang lain yang mendengar.Kemudian, dia mendekatkan wajahnya pada telinga Marjan.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    27/32

    Sebenarnya... Pak Mat tak berapa suka diorang.

    Mulut Marjan membentuk huruf O. Dia hanya mengangguk faham.

    Kenapa Pak Mat? soal Marjan lagi. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!

    Wajah Pak Mat berubah lagi. Wajah tidak puas hati. Datin Ifa tu tak mesra, tak macam arwah Pua n Maria.

    Dia suka tengok Mak Min dan Pak Mat. Pelik.

    Oh, macam Pak Mat tengok saya la....

    Ooo... ya ke? Marjan terangguk-angguk.

    Lagi satu, dia tu tunjuk baik depan Dato aje. Bila Dato tak ada, mula la tunjuk kuasa dia. Tambah Pak

    Mat lagi.

    Cik Lailapulak, kenapa Pak Mat tak suka?

    Cik Laila tu walaupun pendiam, tapi bahaya orangnya. Dia marah diam-diam, lagi bahaya. Tapi, setakat

    ni... dia tak buat yang teruk-teruk lagi la dengan Pak Mat dan Mak Min. Dengan ibunya kami pernah tengok.

    Beritahu Pak Mat bersungguh-sungguh.

    Apa yang dia buat dengan Datin Ifa? soal Marjan lagi. Naluri ingin tahunya mula menggunung.

    Pak Mat jeling pintu utama, mahu memastikan tiada yang mendengar. Hari tu, dia ada mintak sesuatu dari

    Datin. Datin tak mahu beri. Dia pergi rosakkan baju Datin yang paling mahal. Apa lagi, mengamuk la Datin. Tapi, dia

    tak boleh buat apa-apa. Laila tu menakutkan sikit. Tak tau apa dia akan buat lagi kalau dia marah. Masa tu, Lulu danDato ke luar negara sekejap. Datin mengamuk dengan Pak Mat dan Mak Min, la. Marahkan anaknya, kami yang

    kena. Puan Maria tak macam tu, Lulu dan Dato Safwan pun baik dengan kami. Kami tak pernah dimarah.

    Ooo... tragikjugakkisah Laila ni. Nampak saja diam macam tu. Isy, bahaya betul!

    Lulu, walaupun mulut dia lancang sikit sekarang ni, dia tak pernah lagi marah Mak Min dan Pak Mat.

    Cuma dia jadi tegas sikit dengan kami, tambah Pak Mat lagi.

    Lancang sikit?Hmmm... aku akan pertimbangkan perkataan sikit tu. Bersungguh betul Pak Mat bercerita .

    Sebelum ni bukan main lagi menyampah dengan aku. Itulah kuasa pemberian maaf. Mak Min menjengah ke luar.

    Marjan, mari makan. Panggil Mak Min.

    Pak Mat menepuk bahu Marjan perlahan. Hmmm... pergi la makan.

    Saya masuk dulu, Pak Mat. Marjan meninggalkan Pak Mat di situ.

    Tiada sesiapa di meja makan. Laila mungkin sudah ke atas kerana yang tinggal di ruang tamu cuma Dato

    Safwan, Datin Ifa dan Dato Mokhtar.

    Marjan memandang tangga. Nak panggil ke tak?

    Marjan, pergi panggil Lulu turun makan. Arah Mak Min yang sibuk menghidangkan makanan untuk

    mereka pula.

    Marjan mengangguk. Memanjat tangga satu per satu. Dia kaku di hadapan anak tangga terakhir sebaik

    sahaja sampai di tingkat atas.

    Mana satu bilik dia? Alamak, lupalahpulaknak tanya. Bagus, Marjan. Mana satu ni? Inilah pertama kali dia

    naik ke tingkat atas ini. Dia berlegar-legar di situ. Ada lima pintu bilik dan di tengahnya ruang tamu kecil. Satu set

    sofa dan set televisyen tersusun di ruang tamu itu. Marjan tersandar di sofa.

    Nak ketuk pintu mana ni? Kalau salah naya aje. Tiba-tiba, satu pintu bilik terbuka. Marjan pantas menoleh.

    Lulu! Melihatkan Marjan di situ, Lulu menutup kembali pintu biliknya pantas. Hajat mahu menonton televisyen

    terbantut. Marjan menghampiri pintu bilik itu. Mengetuk perlahan.

    Cik Lulu, jom makan.

    Tiada jawapan. Marjan mencuba lagi.

    Cik Lulu, Dato panggil makan.

    Kau pergi la makan! Kau sibuk dengan aku kenapa?! Jeritan Lulu kedengaran. Marjan senyum sendiri.

    Cik Lulu, saya bukan kisah sangat dengan Cik Lulu. Mak Min yang suruh panggil Cik Lulu turun

    makan. Kalau ikutkan hati saya, baik saya makan sorang-sorang. Tak ada orang nak tengking dan jeling saya di meja

    makan. Selamba dia menjawab. Marjan bersandar di pintu bilik itu.

    Tiada balasan.

    Cik Lulu, kalau kerana saya Cik Lulu tak nak makan sia -sia aje, Cik Lulu. Kenapa Cik Lulu nak

    seksa perut sendiri, badan sendiri kerana saya yang cuma seorang driverni? Tak guna, Cik Lulu. Kalau saya jadi Cik

    Lulu, saya takkan buat kerja bodoh ni. Marjan masih menanti. Menunggu balasan daripada Lulu.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    28/32

    Tiba-tiba pintu terbuka kasar dari dalam. Marjan terdorong ke belakang dan jatuh di atas jubin bilik gadis

    itu. Punggungnya terhentak kuat. Dia mendongak, melihat senyuman sinis Lulu.

    Padan mukaMr. Driveryang banyak cakap! Lulu beredar meninggalkan Marjan yang mengaduh dalam

    senyum.

    MARJAN menuruni tangga satu per satu. Tangan kanannya menggosok punggung yang masih terasa sengal. Matanya

    menangkap tubuh Lulu yang sudah bersedia di meja makan, sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan. Dato

    Safwan, Datin Ifa dan Dato Mokhtar sudah tiada di ruang tamu.

    Marjan, mari makan. Dato keluar dengan Datin dan Dato Mokhtar, beritahu Mak Min yang sedang

    menuangkan air.

    Marjan menghampiri meja makan, mengerling Lulu yang mempamerkan riak bersahaja.

    Kenapa Marjan? Sakit belakang ke? tegur Mak Min .

    Marjan senyum kelat. Sekadar menggeleng.

    Tak la, jatuh tadi. Dia menjeling Lulu yang sedang menyuap nasi sekilas.

    Mak Min geleng perlahan.

    Ha, duduk la makan.

    Marjan angguk. Dia menarik kerusi lalu duduk perlahan-lahan, berhadapan dengan Lulu.

    Mak Min masuk ke dapur kembali.

    Aduh! Marjan terjerit kecil apabila sengal di punggungnya terasa sebaik sahaja dia duduk.

    Lulu menjeling tajam.

    Padan muka! Lain kali, jangan banyak mulut, okey? Sinis bicara Lulu.

    Marjan membalas renungan tajam Lulu.

    Tak apa, Cik Lulu. Ini tak ada apa pada saya. But Ill do my best supaya Cik Lulu pergi ke Port

    Dickson. Marjan menekan hujung suaranya. Bersama senyum sinis. Dia mahu mencapai mangkuk nasi apabila

    Lulu menarik mangkuk itu ke arahnya dahulu.

    Kalau awak berani beritahu papa tentang tu, siap la! Lulu memberi amaran.

    Marjan menarik nafas panjang.

    Mak Min, mangkuk nasi ni lari dari saya la! jerit Marjan.

    Lulu tergamam. Pantas dia menolak kembali mangkuk nasi itu ke arah Marjan. Mak Min terkocoh -kocoh

    keluar dari dapur.

    Apa kamu cakap tadi? Mangkuk nasi lari? Berkerut dahi Mak Min.

    Marjan angguk laju. Matanya masih terpaku di wajah Lulu yang menunduk sedikit.

    Haah, tadi dia lari... tapi tak apa Mak Min, dah datang balik. Marjan memandang Mak Min sekilas,

    senyum nakal.

    Mak Min melepaskan nafas lega.

    Isy, kamu ni... ada-ada aje la, marah Mak Min.

    Mak Min beredar ke dapur semula.

    Lulu bergerak ke hadapan sedikit.

    Jangan beritahu papa!

    Marjan senyum sinis.

    It depends on how you behave this coming weekdays, ujarnya selamba. Dia menyenduk nasi ke dalam

    pinggan. Kemudian disenduk pula lauk.

    Lulu terdiam seketika. Dia menuding jari telunjuk kirinya ke arah Marjan.

    Are you threatening me? Suaranya ada nada tidak percaya. Marjan jongket bahu.

    Well, it depends on how you look at it. Lulu ketap bibir.

    In your dreams! Dia menyudu nasi, menyuap kembali.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    29/32

    Ofcourse!If you dont behave,you will have nightmare about PD this whole weekdays!Believe it or not!

    Marjan sudah mula menyudu nasi.

    Lulu tidak jadi mengunyah. Dia menghempas sudunya ke pinggan, berlari naik ke tingkat atas.

    Marjan masih tersenyum. Sekarang kau tau langit tinggi ke rendah.

    Marjan, kenapa tu? Entah bila Mak Min datang.

    Marjan jongket bahu.

    Entah, tak betul kut? jawabnya selamba.

    Mak Min menepuk bahu Marjan perlahan, menegur bicaranya.

    Marjan cuma senyum nipis. PD. I will make you go. This is my vow, Lulu.

    Usai makan, Lulu sudah tidak turun semula.

    Marjan tidak ambil kisah. Dikeluarkan telefon bimbit dari koceknya. Marjan keluar rumah, ke gazebo lalu

    duduk di situ. Dia mendail nombor Kasturi.

    Helo.

    Helo... hah, bro, apa cerita?

    Aku okey aje.

    Kolej kau okey ke?Okey, semua okey.Bro, weekendni, akuplannak pergi PD la.

    Aik, kau, kan keja? Sesuka hati aje kau nak pergi makan angin? Marjan ketawa kecil.

    Ada la. Tapi satu yang aku tau, aku akan pergi PD nanti. Percaya la cakap aku.

    Kau nak pergi dengan siapa? Misi kau dah jalan belum?

    Ala... bro, kau jangan la ingatkan aku, bro. Bagi la aku enjoydulu.

    Aik, hari tu bukan main semangat lagi kau nak sempurnakan misi kau!

    Marjan terdiam.

    Tak la bro, bukan tak bersemangat, tapi... macam malas la pulaknak fikir pasal tu.

    Bro, ingat... kau kat sana ada sebab. Bukan saja-saja. Aku kat sini dah habis akal dah ni nak carikan kau

    jalan.Jangan risau, aku ingat, aku ingat.

    Tu la, aku bagi idea baik punya kau tak nak ikut.

    Apa idea kau yang baik sangat tu?

    Kau sambar aje la mana-mana anak Dato tu! Hah, senang cerita... aku pun senang hati. Kau pun dapat

    bini! Suara Kasturi ketawa memecahkan gegendang telinga Marjan.

    Isy, aku dah cakap tak boleh bro.Reject!

    Reject-rejectpun, yang kau tunggu lagi lama kat situ buat apa? Keluar la dari situ. Kalau tak, sampai bila

    misi kau nak sempurna.

    Hmmm... tu la bro. Bila difikirkan balik, nak cari isteri ni susah betul la. Aku jadi malas nak fikir pasal ni.

    Bila fikir lama-lama, macam nak gila aku. Tapi, kalau aku tak fikir, lagi nayaaku.

    Hah, tau tak apa. Itu la kau, Suri tu ada aje depan mata tak nak. Nak cari kerja susah. Hah, sekarang barukau tau! Marjan sengih sendiri

    Suri tu lagi la reject. Tak sesuai la.

    Tak sesuai apanya? Taraf dah sama, apa yang tak sesuaipulak?

    Bro, ni bukan masalah setaraf ke tak. Ni soal hati, bro. Aku tak suka dia la. Dia cuma kawan pada aku.

    Hai, ni kes mencari cinta la ni? Hmmm... suka hati kau la bro. Janji kau dapat cinta kau, aku tak ada

    masalah. Ingat, dah dapat cepat balik.

    Hmmm.... Eh, tadi kau tanya aku nak pergi PD dengan siapa, kan?

    Haah, dengan siapa kau nak pergi?

    Dengan anak Dato, Lulu.

    Aik, apa kes ni? Suara Kasturi lain macam. Bro, its not what you think.

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    30/32

    Habis?

    Aku bawakdia pergishoppingcomplex, jumpa kawan dia. Kawan dia beritahu pasal gatheringdiorangkat

    PD. Perempuan ni tak nak pergi tapi aku akan buat dia pergi.

    Kenapa?

    Sebab aku nak dia bergembira la bro.

    Yang kau sibuk pasal dia kenapa?

    Sebab aku kesiankan dia. Sebenarnya, mak kandung dia dah meninggal enam tahun lepas. Datin sekarang

    ni ibu tiri dia. Laila tu adik tiri dia. Dia jadi pemarah sebab tu, la bro. Dia marah ayah dia kahwin lain dan dia tak suka

    ibu tiri dia ni.

    Oh, macam tu. Habis, kau nak gembirakan dia la?

    Aku nak cuba.Atleast, bila aku tinggalkan tempat ni, ada kenangan baik yang aku bawak.

    Hmmm, suka hati kau la bro. Jangan kau tinggal hati kau kat tempat tu dah la.

    Hah? Maksud kau?

    Tak ada apa-apa la. Okey, bro. Good luck with her.

    Okey, kirim salam bonda. Assalamualaikum. Talian dimatikan. Marjan menarik nafas dalam.

    Bab 10

    ATO SAFWAN bermenung di beranda. Dari berandanya, dia dapat melihat jelas

    halaman rumahnya. Sedang dia mengambil angin malam, dia perasan ada susuk tubuh

    di bawah gazebo itu. Dato Safwan menunduk mahu menjelaskan pandangannya.

    Lulu? Apa yang dia buat kat bawah malam-malam macam ni? Dato Safwan beredar dari beranda. Mahu

    keluar bilik.

    Datin Ifa yang sedang sibuk menempek krim muka mengerling suaminya. Abang nak ke mana?

    Dato Safwan menoleh sekilas. Ke bawah sekejap, beritahunya.

    Dato Safwan terus menghilang di sebalik pintu. Datin Ifa memuncung.

    Lulu la tu. Omelnya sendiri. Dia meneruskan tampalan mukanya yang terganggu.

    Fikirannya semak dengan rancangan yang telah lama tersimpan kemas di benaknya dan sudah dilaksanakan

    separuh. Dia berhenti lagi. Merenung wajahnya di cermin. Aku akan hancurkan semuanya yang kau ada, Safwan. Itu

    tekadnya.

    Lulu....Lulu menoleh pantas mendengar suara papanya.

    Papa.... Lulu mengukir senyuman tawar, menyambut papanya.

    Dato Safwan mengambil tempat di sebelah Lulu. Diraih mesra bahu gadis suntinya itu.

    Lulu buat apa kat bawah ni sorang-sorang? Suara mesra Dato Safwan memulakan.

    Lulu mengeluh kecil. Lama dia membisu, membiarkan soalan itu tanpa jawapan. Lulu teringatkan

    mama.

    Dato Safwan terdiam mendengar jawapan itu. Dia menarik nafas dalam.

    Papa, dua tiga hari yang lepas, ulang tahun kematian mama. Lulu ke kubur mama. Papa tak ingat?

    Dato Safwan menunduk seketika. Papa ingat, sayang... tapi papa busy sangat. Papa cuma sempat

    hadiahkan Yasin buat mama malam tu. Papa mintak maaf ya, tak dapat temankan Lulu ke kubur.

    Lulu menyandarkan kepalanya di bahu Dato Safwan. Papa, kenapa mama pergi dulu?

    D

  • 7/28/2019 L&M 1-10

    31/32

    Dato Safwan merenung Lulu penuh kasih. Sayang, jangan cakap macam tu, tak baik. Mama dah pergi,

    jangan bertanya kenapa dia pergi dulu. Allah lebih sayangkan mama. Lulu faham, kan?

    Tiada jawapan.

    Lulu rindukan mama.

    Sayang, papa pun rindukan mama.

    Papa dah ada ibu dan Laila. Tingkah Lulu. Perlahan sahaja suaranya.

    Dato Safwan menarik Lulu lebih dekat dengannya, pelukannya bertambah kejap. Papa mintak maaf,

    sayang. Tapi ibu, kan baik?

    Papa, Lulu tak suka ibu. Ibu tak boleh gantikan mama. Perlahan, namun tegas bicaranya.

    Dato Safwan mengeluh panjang. Lulu,grow up sayang. Lulu dah besar panjang. Lulu tak boleh terus

    macam ni.Life must go onwalaupun mama dah tak ada. Nikmati la hidup ini sementara kita masih hidup.

    Lulu diam membisu.

    Lulu,franklyspeaking,I miss the old Lulu.I miss her very much.I wonder when she will come back to

    me.

    Tiada jawapan.

    Dato Safwan dapat berasa enjutan perlahan daripada pelukannya. Esakan kecil kedengaran.

    Lulu, Im so sorry dear, ifpapa tak boleh jadi papa yang baik. I tried my best to give the best for you.

    Tapi papa tak nak Lulu terus macam ni. Ibu pun dah cuba yang terbaik. Lulu pun tau, kan? Accepther, sayang.

    Dah enam tahun m