lima peringkat perkembangan guru (trotter, 1986

Upload: habiba-nabihah

Post on 16-Oct-2015

606 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Guru dan cabaran semasa

TRANSCRIPT

LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU (TROTTER, 1986)

LIMA PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU (TROTTER, 1986)1. Peringkat novisBermula apabila mendaftar sebagai pelajar pendidikan guru. Mula mempelajari cara mengajar. Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran. Masih belum menangani tugas-tugas harian seorang guru. 2. Peringkat Novis LanjutanMenambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip berkaitan P&P. Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri. Bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan. 3. Guru Cekap Guru yang memiliki kelayakan ikhtisas. Lebih memberikan fokus pada pembelajaran murid. Memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi yang khusus. Memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikan mengikut kemampuan pelajar. 4. Guru Mahir Mahir dalam bidangnya. Golongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar. Gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi. Kaya dengan pengalaman. Dapat menganalisis maklumat yang kompleks. 5. Guru PakarGuru yang gemilang dan terbilang. Dapat memahami dan menangani maklumat yang banyak dan masih mempunyai gaya pembelajaran yang lancar. Orang yang berautoriti dalam professionnya. Idea dan kemahiran boleh mempengaruhi berkaitan pengajaran dalam bilik darjah.