lima dekad memartabatkan bahasa kebangsaan · hj muhammad, ahmad boestamam, harun aminurrashid, dan...

1
BERITA HARIAN Rabu, 21 Jun 2006 Halaman Dua kerajaan. Di samping itu, DBP sentiasa bersedia untuk memberikan kursus bahasa Melayu kepada kakitangan mana-mana jabatan kerajaan atau swasta yang memerlukannya. Bagaimanapun, langkah kerajaan ini, khu- susnya DBP tidak akan berkesan tanpa so- kongan dan kerjasama semua pihak. PENAUNG Dato' Dr. Firdaus Abdullah, Ketua Pengarah DBP. PENASIHAT Hjh. Noresah Baharom, Pengarah Jabatan Bahasa DBP. Othman Ismail, Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu DBP. KETUA EDITOR Mashitah Taharin, ([email protected]). TIMBALAN KETUA EDITOR Normala Mohamad Yusof, ([email protected]). EDITOR DBP Hajijah Jais, ([email protected]). Rokiah Nordin, ([email protected]). Raja Masittah Raja Ariffin, ([email protected]). Shahrun Nizal Mohd. Nor, ([email protected]). Wan Khairoslinda Wan Mohd. Khairi, ([email protected]). Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor, ([email protected]). Ismail Karmun, ([email protected]). PENYELARAS LAMAN WEB Norawati Jalaluddin, ([email protected]). EDITOR DAWAMA SDN. BHD. Norida Jalaluddin, ([email protected]). EDITOR SASTERA BHSB Salbiah Ani, ([email protected]). REKA LETAK Nazarudin Abu Bakar, ([email protected].). PENGIKLANAN Farah Dibah, ([email protected]). FOTO Jalil Kasim. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-21482875; Faks: 03-21422029 SIDANG EDITOR RENCANA EDITOR SURAT NUKLEUS Bersama Hajah Noresah Baharom MUTIARA KATA J ika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang be- sar, orang Melayu mesti mem- pelajari dan memelihara secer- mat-cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta me- nambah pengetahuan baharu.” Munsyi Abdullah Setengah Abad Mendukung Matlamat T ANGGAL 22 Jun ini genaplah usia Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 50 tahun. Dalam tempoh setengah abad lalu pelbagai usaha yang dilakukan oleh DBP dan pelbagai kejayaan telah dicapai dalam memajukan bahasa kebangsaan. Bahasa Me- layu bukan sahaja berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini, tetapi juga berjaya menjadi bahasa ilmu dan bahasa tamadun tinggi. Kelahiran ramai profesional Melayu pada hari ini merupakan contoh ke- jayaan bahasa Melayu menyalurkan ilmu dan menjana minda anak bangsanya. Usia emas melambangkan keunggulan se- sebuah organisasi kerana berjaya memain- kan peranan dan amanah yang didukungnya. Sesungguhnya kejayaan DBP pada hari ini adalah lanjutan perjuangan dan semangat waja warga DBP sejak awal penubuhannya di Bukit Timbalan dahulu. Meskipun bekerja dalam keadaan yang serba kekurangan de- ngan gaji yang tidak seberapa, mereka gigih mendukung matlamat untuk membina dan mengembangkan bahasa dan persuratan Me- layu. Bermula dari zaman Prof. Ungku Aziz se- bagai Pengarah pertamanya, DBP terus me- ngorak langkah memartabatkan bahasa ke- bangsaan selepas silih berganti pucuk pim- pinan. Setiap pemimpinnya membawa pel- bagai corak perubahan sejajar dengan arus kemajuan negara. Walaupun wujud perbe- zaan peribadi dan perwatakan, namun ke- semua mantan pemimpin DBP berjaya me- mupuk semangat memajukan diri dan tidak kurang penting, ikatan silaturahim sebagai 'sebuah keluarga di bawah satu bumbung'. Atas semangat persaudaraan dan kesetia- kawanan, DBP pada perayaan Jubli Emasnya tidak melupakan mantan warga DBP yang melewati zaman keemasannya. Sempena Jubli Emas ini juga, Klik DBP menjejaki beberapa orang 'orang lama' DBP sebagai mengenang jasa dan sumbangan mereka yang tidak kurang pentingnya. Semoga se- mangat juang yang ditunjukkan oleh mereka menjadi satu azimat buat kita, khususnya warga DBP hari ini untuk menguatkan il- tizam bagi mendukung matlamat DBP yang lahir dari obor semangat yang abadi. [email protected] Lima Dekad Memartabatkan Bahasa Kebangsaan D EWAN Bahasa dan Pustaka (DBP), se- buah agensi kerajaan yang bertaraf badan berkanun, genap mencecah usia 50 tahun pada 22 Jun 2006 ini. Jubli Emas DBP akan mewarnai kegiatan DBP sepanjang bulan Jun ini , dan perayaan kemuncaknya tentulah akan berlangsung pada 22 Jun nanti. Bagi se- seorang manusia, usia 50 tahun itu menggam- barkan kematangan berfikir, keluasan penga- laman hidup, dan kekuatan ketahanan diri untuk terus bermandiri biar terpaksa merempuh dan menempuh pelbagai badai, ranjau dan duri. Demikian jugalah dengan DBP, yang boleh diibaratkan sebagai sebuah organisasi keramat yang penubuhannya berasaskan semangat per- juangan kebangsaan yang lebih dikenali de- ngan perjuangan memartabatkan bahasa ke- bangsaan menjelang kemerdekaan negara pada 1957. Ketika itu, Malaysia tidak terkecuali ber- usaha untuk mencari-cari lambang yang dapat memberikan identiti dan menunjukkan kedau- latan bangsanya, antaranya ialah penciptaan lagu kebangsaan dan bendera kebangsaan, dan tidak ketinggalan juga memilih satu bahasa daripada bahasa-bahasa yang dituturkan da- lam kawasan geografinya sebagai bahasa ke- bangsaan. Menjelang kemerdekaan, perjuangan me- martabatkan bahasa kebangsaan bergerak me- lalui pelbagai pertubuhan bahasa dan persu- ratan. Tokoh seperti Abdul Rahim Kajai, Ishak Hj Muhammad, Ahmad Boestamam, Harun Aminurrashid, dan Za'ba merupakan cende- kiawan yang meniupkan semangat perjuangan kebangsaan melalui bidang bahasa dan per- suratan. Merekalah yang merancang dan me- laksanakan siri Kongres Bahasa dan Persu- ratan Melayu, dan yang terpenting ialah Kong- res ketiga pada 1956 yang membawa kepada penubuhan DBP sebagai agensi yang diama- nahkan untuk membina dan mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu. Seiring dengan penubuhan DBP, Penyata Razak dikeluarkan bagi mendukung semangat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan di negara ini, dan Penyata Razak ini merupa- kan salah satu ciri penting Akta Pelajaran 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). Melalui Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan pula, bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara. DBP terus mengorak langkah seawal pe- nubuhannya untuk meningkatkan kecekapan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Antara langkah awal yang dilaksanakan ialah usaha pengu- kuhan, penyelarasan dan pembakuan korpus bahasa. Kini, pengguna bahasa Melayu di dunia men- cecah angka 250 juta orang. Dengan penye- larasan sistem ejaan antara negara anggota Mabbim (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Ma- laysia) pada 1972 yang seterusnya diikuti de- ngan usaha penyelarasan tidak kurang dari- pada 400,000 istilah dalam pelbagai bidang il- mu, bahasa Melayu di rantau ini menjadi se- makin kukuh sebagai bahasa pemersatu warga negara Malaysia dan juga warga serantau. Pada peringkat kebangsaan, bagi memasti- kan bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa ilmu dan bahasa pengantar dalam sistem pen- didikan negara, tidak kurang daripada 1 juta istilah dalam pelbagai bidang ilmu digubal dan disebarluaskan kepada masyarakat pengguna. Antara kejayaan dalam pembinaan bahasa yang lain ialah penyusunan dan penerbitan kamus-kamus ekabahasa, dwibahasa, dan ka- mus istilah, penyusunan dan penerbitan daftar ejaan Rumi dan Jawi, penyusunan dan pe- nerbitan buku dan cakera padat tatabahasa pegangan dan rujukan, serta penyusunan dan penerbitan pelbagai bahan pedoman bahasa dalam bentuk risalah, buku kecil, dan sisipan akhbar. Antara usaha yang dilaksanakan bagi me- ngembangkan bahasa ialah menerbitkan tidak kurang daripada 5,000 buku dalam pelbagai bi- dang ilmu dan peringkat sasaran, menyediakan khidmat nasihat bahasa kepada karyawan sek- tor awam dan swasta, kursus kemahiran ber- bahasa, membina Munsyi Dewan, memantau dan menegur penggunaan bahasa dalam media massa, di tempat awam, menyebarkan mak- lumat bahasa melalui siaran radio DBP, dan memberikan anugerah dan pengiktirafan ke- pada institusi yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Kesemua usaha ini telah banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara se- cara langsung melalui bidang penerbitan. Pe- nerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Me- layu oleh DBP melalui usaha penterjemahan buku-buku asing turut menyemarakkan indus- tri perbukuan negara. Ini semua cukup mem- buktikan bahawa bahasa Melayu mampu men- jadi bahasa ilmu dan tidak perlu disangsikan lagi. Sebenarnya, yang perlu diubah ialah tang- gapan sesetengah pihak yang tidak yakin de- ngan bahasa kita, walhal itulah bahasa yang difahami ramai di negara ini. Pantau Kesalahan Bahasa di Jabatan Kerajaan Saudara Ketua Editor, Memandangkan DBP giat memartabatkan kem- bali bahasa Melayu, saya ingin mengemukakan cadangan supaya penggunaan bahasa Melayu oleh semua jabatan kerajaan dan agensi awam dipantau oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Adalah baik jika DBP bermula dengan ja- batan kerajaan, supaya jabatan kerajaan sen- diri tidak melakukan kesalahan bahasa seperti 'TOLONG SILA BERATUR' (sepatutnya 'SILA BERATUR' sahaja). Kesalahan sedemikian ti- dak seharusnya berlaku di jabatan kerajaan. Selamat hari jadi ke-50, DBP! Sekian, terima kasih. Lee Siu Ming, 21, Lorong Endah 1, Taman Brown, 11700 Gelugor, Pulau Pinang. Saudara, Terima kasih atas pandangan saudara. Ke- rajaan Malaysia sudah pun mengeluarkan pe- keliling khas, iaitu Surat Pekeliling Am Bi- langan 1 Tahun 2006 Langkah-langkah Mem- perkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam, bagi memastikan semua agensi kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam urusan rasmi dalam negeri, terutama di jabatan dan agensi l Pengirim surat ini akan menerima cen- deramata istimewa daripada Klik DBP. Hantarkan surat anda kepada Ketua Editor seperti alamat di sebelah atau e-mel: mas- [email protected] .

Upload: lamtram

Post on 07-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lima Dekad Memartabatkan Bahasa Kebangsaan · Hj Muhammad, Ahmad Boestamam, Harun Aminurrashid, dan Za'ba merupakan cende-kiawan yang meniupkan semangat perjuangan …

BERITA HARIAN R abu, 21 Jun 2006Halaman D ua

ke r a j a a n .Di samping itu, DBP sentiasa bersedia untuk

memberikan kursus bahasa Melayu kepadakakitangan mana-mana jabatan kerajaan atauswasta yang memerlukannya.

Bagaimanapun, langkah kerajaan ini, khu-susnya DBP tidak akan berkesan tanpa so-kongan dan kerjasama semua pihak.

PENAUNGDato' Dr. Firdaus Abdullah,Ketua Pengarah DBP.

PENASIHATHjh. Noresah Baharom,Pengarah Jabatan Bahasa DBP.

Othman Ismail,Ketua Bahagian PengembanganBahasa Melayu DBP.

KETUA EDITORMashitah Taharin,([email protected]. my ) .

TIMBALAN KETUA EDITORNormala Mohamad Yusof,(nor [email protected]).

EDITOR DBPHajijah Jais,([email protected]. my ) .

Rokiah Nordin,(rok [email protected]).

Raja Masittah Raja Ariffin,([email protected]. my ) .

Shahrun Nizal Mohd. Nor,(shahrun@dbp. g ov. my ) .

Wan KhairoslindaWan Mohd. Khairi,([email protected]. my ) .

Wan Mohd Saophy AmizulWan Mansor,([email protected]. my ) .

Ismail Karmun,(k [email protected]).

PENYELARAS LAMAN WEBNorawati Jalaluddin,(Nora1@dbp. g ov. my ) .

EDITOR DAWAMA SDN. BHD.Norida Jalaluddin,(nor [email protected]).

EDITOR SASTERA BHSBSalbiah Ani,(bhsastera @ n s t p. co m . my ) .

REKA LETAKNazarudin Abu Bakar,(nazr69@yahoo. co m . ) .

PENGIKL ANANFarah Dibah,(fara h @ n s t p. co m . my ) .

FOTOJalil Kasim.

DEWAN BAHASA DAN PUSTAKAJalan Dewan Bahasa,50460 Kuala Lumpur.

Tel.: 03-21482875;Faks: 03-21422029

SIDANG EDITO R

RENCANA EDITOR

SURAT

NUKLEUS Bersama Hajah Noresah Baharom

MUTIARA KATA

�J ika orang Melayu hendakmenjadi bangsa yang be-

sar, orang Melayu mesti mem-pelajari dan memelihara secer-mat-cermatnya bahasa Melayu,di samping menerima serta me-nambah pengetahuan baharu.”

Munsyi Abdullah

Setengah Abad Mendukung Matlamat

TANGGAL 22 Jun ini genaplah usiaDewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 50tahun. Dalam tempoh setengah abad

lalu pelbagai usaha yang dilakukan oleh DBPdan pelbagai kejayaan telah dicapai dalammemajukan bahasa kebangsaan. Bahasa Me-layu bukan sahaja berjaya menyatupadukanrakyat berbilang kaum di negara ini, tetapijuga berjaya menjadi bahasa ilmu dan bahasatamadun tinggi. Kelahiran ramai profesionalMelayu pada hari ini merupakan contoh ke-jayaan bahasa Melayu menyalurkan ilmu danmenjana minda anak bangsanya.

Usia emas melambangkan keunggulan se-sebuah organisasi kerana berjaya memain-kan peranan dan amanah yang didukungnya.Sesungguhnya kejayaan DBP pada hari ini

adalah lanjutan perjuangan dan semangatwaja warga DBP sejak awal penubuhannya diBukit Timbalan dahulu. Meskipun bekerjadalam keadaan yang serba kekurangan de-ngan gaji yang tidak seberapa, mereka gigihmendukung matlamat untuk membina danmengembangkan bahasa dan persuratan Me-lay u .

Bermula dari zaman Prof. Ungku Aziz se-bagai Pengarah pertamanya, DBP terus me-ngorak langkah memartabatkan bahasa ke-bangsaan selepas silih berganti pucuk pim-pinan. Setiap pemimpinnya membawa pel-bagai corak perubahan sejajar dengan aruskemajuan negara. Walaupun wujud perbe-zaan peribadi dan perwatakan, namun ke-semua mantan pemimpin DBP berjaya me-

mupuk semangat memajukan diri dan tidakkurang penting, ikatan silaturahim sebagai'sebuah keluarga di bawah satu bumbung'.

Atas semangat persaudaraan dan kesetia-kawanan, DBP pada perayaan Jubli Emasnyatidak melupakan mantan warga DBP yangmelewati zaman keemasannya. SempenaJubli Emas ini juga, Klik DBP menjejakibeberapa orang 'orang lama' DBP sebagaimengenang jasa dan sumbangan merekayang tidak kurang pentingnya. Semoga se-mangat juang yang ditunjukkan oleh merekamenjadi satu azimat buat kita, khususnyawarga DBP hari ini untuk menguatkan il-tizam bagi mendukung matlamat DBP yanglahir dari obor semangat yang abadi.– [email protected] ov.my

Lima Dekad Memartabatkan Bahasa Kebangsaan

DEWAN Bahasa dan Pustaka (DBP), se-buah agensi kerajaan yang bertarafbadan berkanun, genap mencecah usia

50 tahun pada 22 Jun 2006 ini. Jubli Emas DBPakan mewarnai kegiatan DBP sepanjang bulanJun ini , dan perayaan kemuncaknya tentulahakan berlangsung pada 22 Jun nanti. Bagi se-seorang manusia, usia 50 tahun itu menggam-barkan kematangan berfikir, keluasan penga-laman hidup, dan kekuatan ketahanan diri untukterus bermandiri biar terpaksa merempuh danmenempuh pelbagai badai, ranjau dan duri.

Demikian jugalah dengan DBP, yang bolehdiibaratkan sebagai sebuah organisasi keramatyang penubuhannya berasaskan semangat per-juangan kebangsaan yang lebih dikenali de-ngan perjuangan memartabatkan bahasa ke-bangsaan menjelang kemerdekaan negara pada1957.

Ketika itu, Malaysia tidak terkecuali ber-usaha untuk mencari-cari lambang yang dapatmemberikan identiti dan menunjukkan kedau-latan bangsanya, antaranya ialah penciptaanlagu kebangsaan dan bendera kebangsaan, dantidak ketinggalan juga memilih satu bahasadaripada bahasa-bahasa yang dituturkan da-lam kawasan geografinya sebagai bahasa ke-bangsaan.

Menjelang kemerdekaan, perjuangan me-martabatkan bahasa kebangsaan bergerak me-lalui pelbagai pertubuhan bahasa dan persu-ratan. Tokoh seperti Abdul Rahim Kajai, IshakHj Muhammad, Ahmad Boestamam, HarunAminurrashid, dan Za'ba merupakan cende-kiawan yang meniupkan semangat perjuangankebangsaan melalui bidang bahasa dan per-suratan. Merekalah yang merancang dan me-

laksanakan siri Kongres Bahasa dan Persu-ratan Melayu, dan yang terpenting ialah Kong-res ketiga pada 1956 yang membawa kepadapenubuhan DBP sebagai agensi yang diama-nahkan untuk membina dan mengembangkanbahasa dan persuratan Melayu. Seiring denganpenubuhan DBP, Penyata Razak dikeluarkanbagi mendukung semangat menjadikan bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar pendidikandi negara ini, dan Penyata Razak ini merupa-kan salah satu ciri penting Akta Pelajaran 1961(kini Akta Pendidikan 1996). Melalui Perkara152 Perlembagaan Persekutuan pula, bahasaMelayu telah dinobatkan sebagai bahasa rasmidan bahasa kebangsaan negara.

DBP terus mengorak langkah seawal pe-nubuhannya untuk meningkatkan kecekapandan potensi bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan dan bahasa ilmu. Antara langkahawal yang dilaksanakan ialah usaha pengu-kuhan, penyelarasan dan pembakuan korpusbahasa.

Kini, pengguna bahasa Melayu di dunia men-cecah angka 250 juta orang. Dengan penye-larasan sistem ejaan antara negara anggotaMabbim (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Ma-laysia) pada 1972 yang seterusnya diikuti de-ngan usaha penyelarasan tidak kurang dari-pada 400,000 istilah dalam pelbagai bidang il-mu, bahasa Melayu di rantau ini menjadi se-makin kukuh sebagai bahasa pemersatu warganegara Malaysia dan juga warga serantau.

Pada peringkat kebangsaan, bagi memasti-kan bahasa Melayu berupaya menjadi bahasailmu dan bahasa pengantar dalam sistem pen-didikan negara, tidak kurang daripada 1 jutaistilah dalam pelbagai bidang ilmu digubal dan

disebarluaskan kepada masyarakat pengguna.Antara kejayaan dalam pembinaan bahasayang lain ialah penyusunan dan penerbitankamus-kamus ekabahasa, dwibahasa, dan ka-mus istilah, penyusunan dan penerbitan daftarejaan Rumi dan Jawi, penyusunan dan pe-nerbitan buku dan cakera padat tatabahasapegangan dan rujukan, serta penyusunan danpenerbitan pelbagai bahan pedoman bahasadalam bentuk risalah, buku kecil, dan sisipanakhbar.

Antara usaha yang dilaksanakan bagi me-ngembangkan bahasa ialah menerbitkan tidakkurang daripada 5,000 buku dalam pelbagai bi-dang ilmu dan peringkat sasaran, menyediakankhidmat nasihat bahasa kepada karyawan sek-tor awam dan swasta, kursus kemahiran ber-bahasa, membina Munsyi Dewan, memantaudan menegur penggunaan bahasa dalam mediamassa, di tempat awam, menyebarkan mak-lumat bahasa melalui siaran radio DBP, danmemberikan anugerah dan pengiktirafan ke-pada institusi yang mengutamakan penggunaanbahasa kebangsaan yang baik dan betul.

Kesemua usaha ini telah banyak memberisumbangan kepada pembangunan negara se-cara langsung melalui bidang penerbitan. Pe-nerbitan buku-buku ilmiah dalam bahasa Me-layu oleh DBP melalui usaha penterjemahanbuku-buku asing turut menyemarakkan indus-tri perbukuan negara. Ini semua cukup mem-buktikan bahawa bahasa Melayu mampu men-jadi bahasa ilmu dan tidak perlu disangsikanlagi. Sebenarnya, yang perlu diubah ialah tang-gapan sesetengah pihak yang tidak yakin de-ngan bahasa kita, walhal itulah bahasa yangdifahami ramai di negara ini.

Pantau Kesalahan Bahasa di Jabatan KerajaanSaudara Ketua Editor,

Memandangkan DBP giat memartabatkan kem-bali bahasa Melayu, saya ingin mengemukakancadangan supaya penggunaan bahasa Melayuoleh semua jabatan kerajaan dan agensi awamdipantau oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adalah baik jika DBP bermula dengan ja-batan kerajaan, supaya jabatan kerajaan sen-diri tidak melakukan kesalahan bahasa seperti'TOLONG SILA BERATUR' (sepatutnya 'SILABERATUR' sahaja). Kesalahan sedemikian ti-dak seharusnya berlaku di jabatan kerajaan.Selamat hari jadi ke-50, DBP!

Sekian, terima kasih.

Lee Siu Ming,21, Lorong Endah 1, Taman Brown,11700 Gelugor, Pulau Pinang.

Saudara,Terima kasih atas pandangan saudara. Ke-

rajaan Malaysia sudah pun mengeluarkan pe-keliling khas, iaitu Surat Pekeliling Am Bi-langan 1 Tahun 2006 � Langkah-langkah Mem-perkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaandalam Perkhidmatan Awam, bagi memastikansemua agensi kerajaan menggunakan bahasakebangsaan yang betul dalam urusan rasmidalam negeri, terutama di jabatan dan agensi

l Pengirim surat ini akan menerima cen-deramata istimewa daripada Klik DBP.Hantarkan surat anda kepada Ketua Editorseperti alamat di sebelah atau e-mel: [email protected] .