lim guan eng

15
Lim Guan Eng Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lim ()]]. Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng 林冠英 லி வா Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4 Penjawat kini Mula berkhidmat 11 Mac 2008-kini

Upload: peningla

Post on 03-Jul-2015

74 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lim guan eng

Lim Guan Eng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya

ialah Lim (林)]].

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri

Tuan

Lim Guan Eng

林冠英

லிம் குவான் எங்

Ketua Menteri Pulau Pinang ke-4

Penjawat kini

Mula berkhidmat

11 Mac 2008-kini

Page 2: Lim guan eng

Didahului oleh Koh Tsu Koon

Ahli Parlimen Malaysia

untuk Bagan

Penjawat kini

Mula berkhidmat

2008

Didahului oleh Lim Hock Seng

Majoriti 22070

Ahli Dewan Undangan Pulau Pinang

bagi kawasan Air Puteh

Penjawat kini

Mula berkhidmat

2008

Didahului oleh Lye Siew Weng

Majoriti 4061

Setiausaha Agung DAP

Penjawat kini

Page 4: Lim guan eng

Tempat tinggal Melaka, Pulau Pinang

Laman web limguaneng.com

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Lim Guan Eng (Cina : 林冠英

; pinyin: Lín Guānyīng) merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang keempat

dan terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri Air Puteh, Ahli Parlimen Bagan dan

Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) semasa Pilihan Raya

Umum Malaysia ke-12 di mana DAP berjaya menyapu bersih kesemua 19

kerusi DUN Pulau Pinang.

Isi kandungan

[sorokkan]

1 Latarbelakang

2 Karier politik

o 2.1 Dipenjara kesalahan Akta Hasutan

o 2.2 Pertarungan dalaman

o 2.3 Pilihanraya Umum 2008 - Menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang

3 Isu dan kontroversi

o 3.1 Menang saman fitnah Utusan

o 3.2 Menang satu lagi saman ke atas Utusan

o 3.3 Elaun Mohamad Sabu

o 3.4 Pemberian tanah kepada Lim Hock Seng

o 3.5 Pengerusi Lembaga Tender

o 3.6 Kematian Teoh Beng Hock

o 3.7 Isu Lim dan SDO

Page 5: Lim guan eng

o 3.8 Saman UMNO Pulau Pinang Ke Atas Lim Ditolak

o 3.9 Tuduhan skandal seks

o 3.10 Penggunaan nama Allah

4 Nota

5 Rujukan

6 Pautan luar

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng merupakan anak lelaki kepada Lim Kit Siang, bekas Ketua

Pembangkang di Parlimen Malaysia.

Beliau memulakan pendidikan awalnya di La Salle Primary English

School di Petaling Jaya, dan kemudiannya di Batu Pahat Montfort Primary

English School. Pada pendidikan menengahnya pula, beliau belajar di Batu

Pahat High School dan Melaka High School. Beliau melanjutkan pelajaran

tingginya ke Universiti Monash, Australia dalam pengajian Ijazah Ekonomi dan

diiktiraf sebagai akauntan profesional yang berkelayakan pada 1983. Beliau

pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student

Society).

Lim berkahwin dengan Betty Chew, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota

Laksamana di Melaka dan mendapat 4 orang anak.[1]

Karier politik[sunting | sunting sumber]

Lim menghadapi perlantikan pertama sebagai Anggota Parlimen Kota Melaka

pada 1986, selepas menewaskan Soh Chin Aundengan majoriti 17606 undian.

Beliau kemudian kembali dipilih pada pilihan raya umum 1990 dan 1995,

meskipun dengan undian majoriti yang berkurangan. Beliau kemudian menjadi

Page 6: Lim guan eng

orang yang pertama pernah dilantik dalam tiga penggal berturutan di Kota

Melaka. Beliau menjadi alumni Melaka High School yang pertama mencapai

rekod tersebut

Di dalam Parti Tindakan Demokratik, beliau dilantik sebagai Pengerusi Pemuda

Sosialis DAP pada 1989 dan sekali lagi dilantik pada 1992. Pada 1995, beliau

dipilih sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP. Lim dilantik sebagai

Setiausaha Agung DAP pada 2004, dan memegang posisi itu sehingga kini.

Dipenjara kesalahan Akta Hasutan[sunting | sunting sumber]

Lim terpaksa meninggalkan bidang politik selama lima tahun dari 26

Ogos 1999 sehingga 25 Ogos 2004 kerana tidak dibenarkan

oleh mahkamah untuk menjadi Ahli Parliamen. Penggantungan ini

disebabkan sabitannya di bawah Akta Hasutan dan Akta Percetakan dan

Penerbitan mengenai kes rogol gadis bawah umur oleh bekas Ketua

Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Selepas rayuan diterima, Lim dipenjarakan selama 18 bulan. Beliau,

walaubagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999.

Disebabkan pemenjaraan tersebut beliau tidak dibenarkan bertanding pada

pilihan raya selama 5 tahun, dan beliau kembali bertanding pada Pilihan Raya

Umum Malaysia 2004. Beliau merupakan calon bagi kerusi parlimen Bagan

dan juga kerusi DUN Air Puteh di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum

Malaysia ke-12.

Pertarungan dalaman[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, Lim melakar kejutan pertarungan ketika mengadakan kempen

pilihan raya di Melaka ke atas komiti DAP yang mana beliau dan isterinya

terakhir dan kedua-terakhir (masing-masing). Walau bagaimanapun, Lim masih

Page 7: Lim guan eng

teguh berada pada posisi Setiausaha Agung DAP, beliau secara automatik

termasuk antara komiti di bawah perlembangan parti. Walaupun isterinya

bertindak sebagai ketua wanita Melaka DAP, tetapi isterinya tidak termasuk

dalam jawatankuasa. [1] Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP yang

mengesyorkan konspirasi di belakang Lim dan Chew dihalau daripada

jawatankuasa. [2]

Pilihanraya Umum 2008 - Menjadi Ketua Menteri Pulau

Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya umum 2008, Lim muncul kembali dalam arena politik,

memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang.

Beliau berjaya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP

bersama-sama Pakatan Rakyat menumbangkan penguasaan daripada Barisan

Nasional.

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Menang saman fitnah Utusan[sunting | sunting sumber]

Pada 14 Disember 2011, Lim Guan Eng menang kes berhubung saman

fitnah Utusan Malaysia.Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mendapati Utusan

Malaysia bersalah membuat laporan berniat jahat, fitnah dan tidak benar

mengenai Ketua Menteri dan mengarahkan agar akhbar utusan itu membayar

beliau RM200,000 dalam bentuk ganti rugi dan kos sebanyak RM25,000

.Hakim G.V Varughese mendapati tujuh perenggan dalam laporan Utusan yang

bertajuk “Kebiadapan Guan Eng” telah memfitnah Lim , sekali gus

menggambarkan beliau dan DAP sebagai parti anti-Malay dan anti-Islam.

Lim Guan Eng diwakili peguam Lim Jagdeep Singh Deo.Pada Januari 2011,

Lim mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ke atas Utusan

Page 8: Lim guan eng

Malaysia atas dakwaan sebuah artikelnya memfitnah DAP.Artikel pada

Disember 2010 mendakwa DAP adalah alat kerajaan asing dan parti DAP

hendaklah diharamkan.Utusan menuduh Lim sebagai seorang rasis dan anti-

Melayu dalam artikel yang disiarkan sehari selepas Konvensyen Pakatan

Rakyat 2010.[1]

Menang satu lagi saman ke atas Utusan[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2012, ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memenangi satu

lagi saman fitnah ke atas Utusan Malaysia di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Saman itu berhubung satu laporan pada 15 Mac 2008 yang disiarkan akhbar

utusan, mengenai dakwaan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru. Ini

merupakan kemenangan kedua Lim di mahkamah ke atas Utusan.[2]

Elaun Mohamad Sabu[sunting | sunting sumber]

Mohamad Sabu dari PAS dilantik sebagai pengarah bukan bebas di Perbadanan

Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB) dan menerima elaun tetap RM500

sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri

mesyuarat.[3]

Fakta tersebut berbeza setelah dipersoalkan di DUN Pulau Pinang.

Pemberian tanah kepada Lim Hock Seng[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Pulau Pinang memberi tanah kepada Lim Hock Seng (DAP-Bagan

Jermal) yang didakwa tidak mengikut prosedur . [4]

Pengerusi Lembaga Tender[sunting | sunting sumber]

Lim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Tender .Beliau akan bertindak

profesional . Kiranya berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa, Ketua

Menteri dan barisan exconya akan bertanggungjawab.[5]

Page 9: Lim guan eng

Kematian Teoh Beng Hock[sunting | sunting sumber]

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menuduh Lim Guan Eng enggan

bekerjasama dengan polis untuk memberikan kenyataan di bawah Seksyen 112

Kod Prosedur Jenayah . Ketua Polis Selangor memberikan amaran kepada Lim

bahawa polis tidak akan teragak-agak menangkapnya jika beliau gagal

memberikan kenyataan mengenai dakwaan menghasut. Lim disiasat kerana

mengaitkan kematian setiausaha politik, Teoh Beng Hock disebabkan dibunuh

di Shah Alam pada 19 Disember 2009.

Pesalah di Seksyen 193 atau 203 Kanun Keseksaan adalah memberikan

keterangan palsu, mereka-reka keterangan palsu atau memalsukan maklumat

kepada polis, akan dikenakan hukuman penjara, yang mungkin dilanjutkan

sehingga dua tahun dan denda atau kedua-duanya.[6]

Isu Lim dan SDO[sunting | sunting sumber]

Perang dingin antara kedua-dua individu itu tercetus apabila Guan Eng

mendakwa Nik Ali tidak menyediakan tempat duduk semasa majlis pelancaran

projek Keretapi Bukit Bendera diikuti dengan isu perobohan pintu gerbang

Taman Botani dan isu curi pasir.

Pada 19 Julai 2010, Nik berkata bahawa beliau telah digelar oleh Guan Eng

sebagai lidah biawak, pegawai tidak kompeten, 'little Napoleon' dan

sebagainya. Balasnya, Guan Eng tidak mempunyai 'locus-standy' untuk menilai

beliau sebagai pegawai yang tidak kompeten dan sebagainya. Nik Ali berkata

bahawa isu curi pasir tidak ada kena mengena dengan bidang tugas dan

tanggungjawab SDO, sebaliknya ia bidang kuasa pihak berkuasa negeri,

Pejabat Tanah dan Daerah dan ditangani bersama Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Page 10: Lim guan eng

Pada 23 Julai 2010, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan

berkata tiada tindakan tatatertib akan diambil terhadap Pegawai Kemajuan

Negeri (SDO) Pulau Pinang, Nik Ali Mat Yunus berikutan tindakannya

memberi kenyataan balas berhubung dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng

terhadapnya.Tindakan Nik Ali itu dilihat untuk mempertahankan diri daripada

tuduhan yang dilemparkan Guan Eng.[7]

Pada 26 Julai 2010, Lim Guan Eng akan memfailkan saman malu terhadap

Utusan Malaysia atas laporan berhubung pertikaian di antara ketua menteri

Pulau Pinang itu dengan pegawai kemajuan negerinya Nik Ali Mat

Yunus dengan melantik Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor

untuk mewakilinya dalam tindakan saman malu bagi dua laporan yang

disiarkan Utusan Malaysia pada 23 dan 24 Julai lalu. Karpal berkata dakwaan

bahawa Lim telah menggunakan perkataan "lidah biawak" dalam itu juga

merupakan satu penipuan kerana isu berkaitan penyediaan kerusi itu tidak

disebut oleh Lim, tetapi sengaja ditimbulkan oleh Nik Ali. Nik Ali juga ingin

mengalihkan perhatian daripada isu kecurian pasir di Politeknik Balik Pulau

dengan menimbulkan isu penyediaan kerusi. Tambah Karpal lagi, isu yang cuba

dielakkan oleh Nik Ali ialah berkaitan "kehilangan RM150,000" berpunca

daripada pembinaan satu pintu gerbang di Taman Kebun Bunga yang akhirnya

dirobohkan.Mengenai isu kerurian pasir di Politeknik Balik Pulau adalah

tanggungjawab kerajaan persekutuan kerana tapak tersebut merupakan tanah

milikannya dan tiada tindakan pencegahan diambil sungguhpun kecurian

bermula sejak tahun 2002. [8], [9]

Saman UMNO Pulau Pinang Ke Atas Lim Ditolak[sunting | sunting sumber]

Pada 21 September 2011, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang,

Datuk Zainal Abidin Osman menuntut Lim memohon maaf kerana menuduh

Page 11: Lim guan eng

UMNO Pulau Pinang mendalangi demonstrasi di luar pejabatnya di Kompleks

Tun Abdul Razak (Komtar) dan di Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011

dan percubaan membakar pejabat DAP Pulau Pinang pada 17 Ogos 2011. Lim

berhadapan saman fitnah RM30 juta.[10]

Pada 11 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah

RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin

Osman terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain.[11]

Tuduhan skandal seks[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Jun 2012, Lim Guan Eng dituduh mempunyai skandal dengan bekas

pembantu pejabatnya, Ng Phaik Kheng [12] .Dalam Persidangan Dewan

Undangan Negeri Melaka, Pengerusi MCA Melaka Gan Tian

Loo menyindir Betty Chew Gek Cheng, isteri LGE dan Adun Kota Laksamana.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula menuduh LGE tidak ada

keberanian moral. Chua mengaku sebagai lelaki yang dirakam perlakuan

seksnya dengan kamera litar tertutup secara sembunyi dengan seorang

perempuan.Ekoran itum Chua meletak jawatan sebagai menteri Kesihatan, naib

presiden MCA, pengerusi MCA Johor dan ketua MCA Batu Pahat .[13]

Lim Guan Eng meminta Datuk Gan Tian Loo selaku Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Duyong, Melaka mengulang semula tuduhan itu di luar dewan

agar tindakan mahkamah boleh diambil. Persidangan menjadi kecoh

apabila Khoo Poay Tiong (DAP-Ayer Keroh) bangun mencabar Tian Loo

mengulangi soalan tersebut di luar dewan. Phaik Kheng pindah kerja dari

pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang ke pejabat Warisan Dunia Pulau

Pinang.[14]ADUN daripada DAP diketuai oleh Goh Leong San (Kesidang)

mengambil tindakan keluar dewan selepas tidak berpuas hati terhadap Speaker

Page 12: Lim guan eng

DUN, Datuk Othman Mohamad ekoran penyiaran gambar Betty dalam akhbar

Utusan Malaysia.[15]

Speaker, Datuk Othman Mohamad Othman menggantung Ketua Pembangkang

DUN Melaka, Goh Leong San (Kesidang), Betty Chew Gek Cheng (Kota

Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Khoo

Poay Tiong (Ayer Keroh).Penggantungan itu mengikut Peraturan 34 Perkara

(1) hingga (4) Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN Melaka. Alasannya kerana

mereka gagal mematuhi peraturan sidang DUN termasuk membawa sepanduk

tertulis perkataan 'Shame on you Gan Tian Loo' (Malulah kamu Datuk Gan

Tian Loo). Mereka juga menimbulkan kekecohan selama 25 minit walaupun

selepas persidangan ditangguhkan .Sidang DUN tidak dapat dimulakan dan

ditangguh ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian. [16]

Speaker DUN Melaka Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan

penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh

Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda

Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang), berikutan kekecohan yang ditimbulkan

pada persidangan hari ini yang bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua

Menteri Pulau Pinang, meminta ADUN Duyung yang juga ahli exco kerajaan

negeri, Datuk Gan Tian Loo menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi

oleh Gan terhadapnya. [17]

Penggunaan nama Allah[sunting | sunting sumber]

Lim Guan Eng mencetuskan kontroversi pada Disember 2012 apabila beliau

menggesa kerajaan BN membenarkan penggunaan nama Allah bagi terjemahan

'God' di dalam kitab Bible bahasa Malaysia. Beliau berkata kerajaan BN tidak

sepatutnya mempolitikkan agama Krisitian hanya untuk meraih undi orang

Melayu.[18] Namun demikian, beliau kemudian dibidas oleh PAS dan NGO-

Page 13: Lim guan eng

NGO dengan tegasnya mengatakan kalimah Allah adalah antara kalimah suci

umat Islam.[19][20] Mereka sama sekali menentang cubaan Guan Eng ini. Ahli

politik daripada kaum Cina, Wee Choo Keong, juga mengkritik tindakan Guan

Eng dengan menyifatkan ia cubaannya menggunakan isu agama sebagai alat

meraih undi untuk parti DAP.[21] Istilah terbaik untuk 'God' adalah tuhan

sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus

untuk Islam. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara

penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia.[22]

Nota[sunting | sunting sumber]

1. ^ a - "Guan Eng and wife voted out of Malacca DAP committee".

2. ^ - Beh "Mr and Mrs Lim's defeat a 'conspiracy'".

3. ^ - "Lim Guan Eng Reassures Penang".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Jump up↑ Mahkamah: Utusan salah fitnah Guan Eng, diarah bayar

RM200,000

2. Jump up↑ Guan Eng menang satu lagi saman ke atas Utusan

3. Jump up↑ Lim Mohon Maaf Beri Jawapan Salah Isu Elaun Mohamad

Sabu

4. Jump up↑ Opposition rep accuses state of hiding skeletons.

5. Jump up↑ Lim Mohon Maaf Beri Jawapan Salah Isu Elaun Mohamad

Sabu

6. Jump up↑ Karpal Singh Nafi Guan Eng Enggan Beri Kerjasama Dengan

Polis

Page 14: Lim guan eng

7. Jump up↑ "Tiada tindakan tatatertib – KSN", Utusan Online. 23 Julai

2010.

8. Jump up↑ Guan Eng sees red over Utusan’s ‘forked tongue’, By Clara

ChooiJuly 23, 2010

9. Jump up↑ "Isu KM-SDO: Guan Eng mahu saman Utusan",

Malaysiakini.com. 26 Julai 2010.

10. Jump up↑ Tuduhan tak berasas: UMNO PP akan saman Guan Eng

11. Jump up↑ Mahkamah tolak saman Umno P Pinang terhadap LGE

12. Jump up↑ Phaik Kheng minta Betty jawab

13. Jump up↑ Chua: Lim tiada keberanian moral seperti saya

14. Jump up↑ Betty enggan ulas Phaik Kheng

15. Jump up↑ DAP tidak berani hadapi kenyataan

16. Jump up↑ Isteri Lim Guan Eng bersama 4 ADUN DAP digantung 6

bulan

17. Jump up↑ Lima ADUN DAP digantung 6 bulan hadiri DUN Melaka

18. Jump up↑ Benarkan penganut Kristian guna perkataan 'Allah', gesa

DAP. Malaysiakini.

19. Jump up↑ Kalimah Allah khas untuk Islam.

20. Jump up↑ Pemimpin, NGO wajib pertahan hak eksklusif kalimah Allah.

21. Jump up↑ Pemimpin Cina kecam Guan Eng mahu kalimah Allah dibenar

dalam Bible

22. Jump up↑ Istilah tuhan lebih tepat ganti God dalam kitab Injil versi

bahasa Melayu - Pas

"Guan Eng and wife voted out of Malacca DAP committee". (19 Disember

2005). The Star (Malaysia).

Page 15: Lim guan eng

Beh, Lih Yi (19 Disember 2005). "Mr and Mrs Lim's defeat a

'conspiracy'". Malaysiakini.

"The trial of opposition parliamentarian Lim Guan Eng: an update". (1 Mac

1997). Amnesty International.

"Lim Guan Eng released but his civil rights remain curtailed". (25 Ogos

1999). Amnesty International.

Lim Guan Eng Biodata

TheStar Article