licer 2019 : pendidikan untuk kehidupan

30
Murid SMK Mutiara Dinobat Adiwira Muda Pendidikan Labuan Labuan, 16 Januari 2020 – Kejayaan menjadi naib johan perseorangan lelaki dalam pertandingan Juara Tangkis, Piala Tun Dr. Siti Hasmah telah membawa tuah kepada adik Mohd Ansarullah Bin Sabarudin, murid Tingkatan 4 di SMK Mutiara. Selain berjaya merangkul hadiah tunai dan medal dalam pertandingan tersebut, beliau telah dipilih sebagai salah seorang Adiwira Muda peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan. 10 orang murid menerima Adiwira Muda Pendidikan Labuan Anugerah telah disampaikan dalam majlis perhimpunan bulanan Januari yang telah diadakan pada 16 Januari 2020 di Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri (BSTP). Anugerah Adiwira Muda adalah cetusan idea Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan W.P. Labuan untuk mengiktiraf kejayaan-kejayaan murid Labuan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah ini mula diperkenalkan mulai tahun 2019.

Upload: others

Post on 03-Oct-2021

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Murid SMK Mutiara Dinobat AdiwiraMuda Pendidikan Labuan

Labuan, 16 Januari 2020 – Kejayaan menjadi naib johan perseoranganlelaki dalam pertandingan Juara Tangkis, Piala Tun Dr. Siti Hasmahtelah membawa tuah kepada adik Mohd Ansarullah Bin Sabarudin, muridTingkatan 4 di SMK Mutiara.

Selain berjaya merangkul hadiah tunai dan medal dalam pertandingantersebut, beliau telah dipilih sebagai salah seorang Adiwira Mudaperingkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

10 orang murid menerima Adiwira Muda Pendidikan Labuan

Anugerah telah disampaikan dalam majlis perhimpunan bulanan Januariyang telah diadakan pada 16 Januari 2020 di Bahagian Sumber danTeknologi Pendidikan Negeri (BSTP). Anugerah Adiwira Muda adalahcetusan idea Encik Raisin bin Saidin, Pengarah Pendidikan W.P. Labuanuntuk mengiktiraf kejayaan-kejayaan murid Labuan di peringkatkebangsaan dan antarabangsa. Anugerah ini mula diperkenalkan mulaitahun 2019.

Page 2: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Adik Ansarullah menerima sijil penghargaan daripada Encik RaisinSaidin

Adik Mohd Ansarullah telah berjaya melayakkan diri terpilih dalamkalangan 96 pemain badminton muda berbakat seluruh negara dalamprogram Juara Tangkis Tun Dr Siti Hasmah.

Program ini merupakan sebuah program pembangunan dan kejohananbadminton yang diperakui di peringkat kebangsaan yang dianjurkan olehKelab Badminton Sport Affairs dengan sokongan aktif dan perakuandaripada Kementeriaan Belia dan Sukan, Kementerian PendidikanMalaysia, Majlis Sukan Negara dan Persatuan Badminton Malaysia yangdiurus oleh Ikon badminton negara pada era 90-an Rashid Sidek.Objektif program ini adalah untuk mencari, memupuk dan membentuk juaramasa hadapan.

Adik Mohd Ansarullah bermula dengan menyertai pemilihan yang diadakandi Kompleks Belia dan Sukan, Kota Kinabalu Sabah pada 20 November 2019bersama 9 orang pemain lain yang terpilih dari beberapa buah sekolahdi Labuan.

Page 3: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Dalam pemilihan tersebut adik Mohd Ansarullah telah berjaya terpilihmenjadi wakil tunggal W.P Labuan seterusnya mewakili Pasukan Satriabersama dengan 4 orang lagi pemain dari Sabah yang dibimbing olehbekas pemain legenda negara Koo Kien Keat dalam acara berpasukan(kategori perseorangan lelaki, perseorangan perempuan, beregucampuran, beregu lelaki dan beregu perempuan).

Kejohanan Juara Tangkis Tun Dr Siti Hasmah telah diadakan pada 20 – 21Disember 2019 bertempat di Dewan Seri Sarjana, Uniten Bangi SelangorDarul Ehsan.

Setelah melalui dua peringkat perlawanan, akhirnya Pasukan Satriatelah berjaya mara ke peringkat akhir menentang Pasukan Unggul yangdibimbing oleh seorang lagi ikon badminton negara iaitu Zakry Latif.Walau bagaimanapun pasukan Satria gagal menyaingi kehebatan pasukanUnggul dalam pertandingan akhir tersebut.

Kejayaan adik Mohd Ansarullah adalah hasil daripada usaha gigihnyasendiri bermula sejak sekolah rendah lagi di SK Bukit Kalam. Minatnyayang mendalam dan impiannya untuk mengikut jejak langkah Datuk LeeChong Wei yang sering berjuang mengharumkan negara menjadi motivasikepada dirinya.

Page 4: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Ketika ditemui, Adik Mohd Ansarullah melahirkan rasa syukur dan terimakasihnya yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapanya yang sentiasamenjadi tulang belakang dan sentiasa ada memberi dorongan, sokongandan mendoakan kejayaan untuk dirinya.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasihnya kepada jurulatih yangpernah membimbingnya, guru-guru dan rakan-rakan.

Pengetua SMK Mutiara, Mohd Nizam bin Yasim turut memuji semangat juang

Page 5: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

dan jatidiri adik Mohd Ansarullah dalam mengejar impiannya dalampermainan badminton sehingga berjaya mencipta kejayaan di peringkatkebangsaan. Beliau turut menyeru agar murid-murid SMK Mutiara yanglain mencontohi adik Mohd Ansarullah dalam mengejar impian dankejayaan.

Berita Oleh : SMK Mutiara

Perhimpunan Bulanan JPWPL Januari2020 : Pemimpin Sekolah BerkesanPemangkin Kemenjadian Murid

Labuan, 16 Januari 2020 – ‘Pemimpin Sekolah Berkesan PemangkinKemenjadian Murid’, demikian tema bagi bulan Januari yang telahdisampaikan oleh Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, EncikRaisin Saidin.

Sempena perhimpunan bulanan pada kali ini, murid-murid yang telahberjaya mengangkat nama Labuan samada di peringkat kebangsaan danantarabangsa tahun 2019 telah diberikan Anugerah Adiwira MudaPendidikan Labuan.

Page 6: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Penganugerahan ini merupakan manifestasi usaha yang bersungguh-sungguhsecara bersama bagi memberi semangat dan galakan kepada murid, yangdiilhamkan oleh Encik Raisin Saidin, bermula tahun 2019.

Seramai 10 murid yang telah diangkat sebagai Adiwira Muda PendidikanLabuan, iaitu :

Rafdhi Firlhi Junaidi, SK Pekan Dua. Johan Kategori Traditional1.Form (Rammuay/Muaythai), Pingat Gangsa Amateur K1 Sanda,Pertandingan Borneo Martial Art Expo 2019.Nur Aneesa Aira Mohamad Affendi, SK Pekan Dua, Pingat Perak2.Kejohanan 21st USKU International Karate Open Championship 2019,Takanabe-Cho, Miyazaki, Japan, Pingat perak Kumite 10-11 yearsgirl Kejohanan 11st Kota Kinabalu Karate Open Championship 2019.Nur Izziani Mohd Idzam, SMK Pantai, Pingat Gangsa Pertandingan3.Guangdong China Final Elite Group Taekwando League 2019.Mohd Nur Nazhan Abdullah, SMK Lajau, Pingat Emas Putera Kelas A,4.Kejohanan Silat Warisan Dato Maharajalela 2019.Nurul Shafina Mohd Supian, SMK Lajau, Pingat Gangsa Kejohanan5.Silat Warisan Dato Maharajalela 2019.Nur Nabilla Hartono, SMK Labuan, Pingat Emas Puteri Kelas F,6.Kejohanan Silat Warisan Dato Maharajalela 2019.Nur Athirah Asmawi, SMK Labuan, Pengakap Raja Persekutuan Pengakap7.Malaysia (PPM) Negeri WP Labuan 2019.Muhammad Aiqal Asmadie, SM St Anthony, Emas Open Karate-Do8.Kejohanan 19th Thailand Open Karate-do Championship 2019 dan EmasJunior High School Male Kata, Kejohanan 21st USKU InternationalKarate Open Championship 2019, Takanabe-Cho, Miyazaki, Japan.Mohd Ansarullah Sabarudin, Naib Johan Perseorangan Lelaki9.Kejohanan Juara Tangkis Tun Dr. Siti Hasmah 2019. Mohd Azib Aiman Mohamad Affendi, SM Sains Labuan, Pingat Gangsa10.High School Male Kata, Kejohanan 21st USKU International KarateOpen Championship 2019, Takanabe-Cho, Miyazaki, Japan, PingatGangsa Individu Kata Kadet 55 kg, 19th Thailand Open Karate-DoChampionshop, Emas Kategori Male Junior Kata dan Kumite, 6th LegendInternational Karate Club Championship 2019, Selangor, EmasKategori Individu Kumite Junior, 1st Borneo Karate OpenChampionship 2019, Brunei Darul Salam.

Page 7: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Encik Raisin Saidin menyampaikan sijil Adiwira Muda kepada Adik NurAthirah Asmawi yang mendapat Anugerah Pengakap Raja 2019

Page 8: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Mohd Azib Aiman Mohamad Affendi, SM Sains Labuan

Page 9: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Mohd Ansarullah Sabarudin, SMK Mutiara

Cikgu Yee Choon Hian dari SM St Anthony juga turut menerima AnugerahKhas Pengarah bagi bulan Januari di atas komitmen menjadi PengerusiTeknik dan Pembangunan Sukan Badminton sejak tahun 2002 sehingga kini.Beliau pernah memegang jawatan ketua teknikal kejohanan badminton MSSMpada tahun 2006 dan 2013. Beliau juga pernah dipanggil menjadijurulatih kebangsaan pada tahun 2013 dalam kejohanan persahatanbersama atlet muda Jepun dalam program KPM dan Astro.

Terbaharu beliau telah berjaya melahirkan pemain perseorangan lelakiyang cemerlang, adik Ansarullah dari SMK Mutiara menjadi naib johanpertandingan juara tangkis Piala Tun Siti Asmah, pada Disember 2019.

Page 10: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Pembacaan ikrar perkhidmatan awam pada perhimpunan pertama JabatanPendidikan WP Labuan tahun 2020 ini telah diketuai sendiri oleh EncikRaisin Saidin. Ini adalah gambaran komitmen tinggi beliau menggalasamanah yang dipikul dan seterusnya mengajak seluruh warga pendidikanLabuan mengangkat martabat profesion keguruan.

Encik Raisin Saidin mengetuai lafaz ikrar perkhidmatan awam

Page 11: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Encik Raisin Saidin telah membentangkan 10 Ciri Utama Pemimpin SekolahAbad ke-21 Yang Berjaya. Ciri-ciri tersebut ialah Kejujuran danintegriti, Keupayaan meyakini dan mengupayakan orang lain,Berkomunikasi, berkerjasama dan dan sentiasa berhubungan, Aurapositif, Keyakinan, Komitmen dan kesungguhan, Kesediaan untuk belajar,tinggalkan pemikiran lama dan kukuhkan pengetahuan, Keusahawanan,kreatif dan inovatif, Naluri Intuitif/ Gerak Hati dan Kebolehan untukmemberi inspirasi.

“Sekolah terbaik didorong oleh warganya sendiri yangbersungguh-sungguh membawa perubahan samada di dalam atau diluar bilik darjah yang akhirnya membawa keberhasilankemenjadian anak-anak muridnya”. Encik Raisin Saidin

Encik Raisin Saidin bersama barisan pemimpin, Pengetua SekolahMenengah Labuan

Dalam menyatukan guru-guru di pulau ini maka Encik Raisin Saidinmengajak seluruh lapisan warga pendidikan mengamalkan dan menghayatiperkara berikut:

Guru1.sayang muridnyaRoh guru mendarah daging dalam diri setiap guru2.Guru mengajar murid belajar dan3.berbuatMeningkatkan kecemerlangan dan4.

Page 12: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

kemenjadian murid yang menyeluruhSetiap ringgit peruntukan dibelanjakan5.hendaklah memberi pulangan yang maksimum kepada murid

Kelaziman majlis, penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada pihaksekolah, staff of the month dan sambutan hari jadi kepada wargapendidikan sentiasa memeriahkan saban perhimpunan JPWPL.

Semoga tahun 2020, cabaran global yang memberi tekanan lebih mencabardalam Abad ke-21, namun paksinya tetap sama, Kemenjadian Muriddiutamakan.

Encik Raisin Saidin menyampaikan Anugerah Khas Pengarah kepada CikguYee Choon Hian, diperhatikan oleh Ustaz Syahir dan Encik Azryn

Page 13: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Encik Raisin Saidin menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pihakSekolah

Page 14: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Meraikan sambutan hari jadi kepada warga pendidikan yang lahir bulanJanuari

Foto : Tuan Haji Sawal Salleh

Page 15: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

PPKI SMK Mutiara Anjur BengkelPelaksanaan Kurikulum KefungsianRendah

Labuan, 16 Januari 2020 – Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMKMutiara telah mengadakan Bengkel Penataran KSSMPK Kefungsian Rendahkhusus untuk guru-guru yang mengajar kelas PPKI dan PembantuPengurusan Murid (PPM).

Bengkel yang bermula jam 2.00 petang telah dihadiri oleh 16 orang gurudan 4 PPM. Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untukmengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada guru dan PPM tentang KSSMPKKefungsian Rendah yang akan dilaksanakan mulai tahun ini.

Pengendalian bengkel merangkumi empat sesi yang dibimbing fasilitatoryang terdiri dalam kalangan guru-guru PPKI.

Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Roslaniah bt Zainal memulakansesi bengkel dengan menekankan aspek penguasaan Dokumen Standard

Page 16: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dalam kalangan guru. Menurut beliau,DSKP merupakan nadi kepada sesuatu mata pelajaran dan mesti difahamioleh guru untuk tujuan pelaksanaan PdP yang berkesan.

“Seperti yang kita sedia maklum KSSMPK Kefungsian Rendah inibertujuan untuk menjadikan Murid Berkeperluan Khas (MBK)berkemahiran, boleh berdikari, dan mereka mampu masuk ke alampekerjaan seperti orang normal” kata beliau lagi.

Slot kedua dikendalikan oleh Cikgu Nurul Hidayah bt Abd Rahim yangmenyentuh Program Transisi Kerjaya (PTK). Beliau yang juga merupakanJurulatih Kebangsaan, menyampaikan hala tuju program PPKI terutamanyayang berkaitan dengan peluang-peluang kerjaya yang boleh diterokaioleh MBK. Beliau turut menyeru agar guru-guru PPKI membimbingnyasecara bersungguh-sungguh bagi MBK menguasai kemahiran-kemahiran yangdiajar.

Seterusnya guru-guru PPKI telah mengadakan bengkel secara ‘hands on’menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut subjek yangtelah diberikan dan membuat pembentangan secara berkumpulan.

Peserta-peserta bengkel telah melahirkan rasa gembira kerana telahdidedahkan dengan kurikulum Kefungsian Rendah yang dapat membantu guru

Page 17: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

membimbingnya murid-murid PPKI dengan lebih baik.

Di akhir sesi bengkel, Puan Noraini Binti Sabudin, Penolong Pengarah,Sektor Pendidikan Khas Wilayah Persekutuan Labuan ke PPKI SMK Mutiaratelah membuat rumusan bengkel secara keseluruhan. Dalam ucapannya,beliau turut mengucapkan terima kasih dan tahniah pengurusan PPKI SMKMutiara kerana berjaya menganjurkan bengkel ini dengan jayanya.

“Walaupun KSSMPK ini masih baru namun tidak salah jika pihaksekolah berasa yakin dan mampu untuk laksanakan secepatmungkin. Hal ini bergantung pada bilangan guru dan muridserta alat yang mencukupi untuk dilaksanakan” kata beliau.

Beliau turut mencadangkan agar perkongsian berkaitan PTK dapatdikongsi kan bersama-sama sekolah yang lain juga.

Berita Oleh : SMK Mutiara

Guru-guru khusyuk mendengar taklimat daripada penceramah

Page 18: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

16 Murid PPKI Baharu SMK MutiaraIkuti Program Orientasi

Labuan, 10 Januari 2020 – Seramai 16 orang murid baru telah mendaftardi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK MUTIARA bagi sesipersekolahan bagi Tahun 2020.

Bagi memastikan kesediaan dan keselesaan mereka menempuh alampersekolahan peringkat menengah, pihak sekolah telah mengambilinisiatif untuk mengadakan program orientasi khusus untuk mereka.

Program ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMK Mutiara pada 10Januari 2020 mulai jam 7.00 pagi hingga 11.30 pagi.

Seramai 5 guru dan 2 Pembantu Pengurusan Murid (PPM) terlibatmengendalikan aktiviti-aktiviti sepanjang program orientasiberlangsung.

Puan Roslaniah Zainal, Penolong Kanan PPKI SMK Mutiara berkata,

Page 19: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

program orientasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid baharu PPKI yang tentang visi, misi, aktiviti, peraturan danbudaya sekolah ini.

Menurutnya lagi, program sebegini merupakan program rutin setiap tahunnamun aktiviti-aktiviti sentiasa dikemaskini mengikut keadaan dankeperluan semasa.

Page 20: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Murid-murid PPKI sedang menjalani program orientasi

Program Orientasi ini dimulakan dengan Ujian Dianogstik yangdijalankan untuk mengenal pasti kebolehan murid-murid dalam menguasaikemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira, dan menaakul) UjianDianogstik ini dikendalikan oleh Cikgu Masitoh bt Hassan.

Dalam sesi kedua pula, Cikgu Nurazimah bt Anuar telah memperkenalkanbarisan pentadbir sekolah, guru-guru PPKI dan kakitangan sekolah sertabudaya sekolah kepada murid-murid yang terlibat.

Taklimat seterusnya dikendalikan oleh Cikgu Lee berkaitan peraturandan disiplin sekolah yang perlu dipatuhi oleh semua murid yangbersekolah di sekolah ini dan diakhiri dengan latihan nyanyian lagukebangsaan, lagu Wilayah Persekutuan, lagu sekolah dan bacaan ikrarRukun Negara yang dibimbing oleh Cikgu Rosnani Sahari.

Majlis penutupan Program Orientasi Murid Baharu PPKI 2020 telahdisempurnakan oleh pengetua SMK Mutiara. Encik Mohd Nizam bin Yasim.

Dalam ucapannya, beliau juga sangat berbesar hati dan mengalu-alukankedatangan murid baru ke sekolah ini dan berharap semua murid baruPPKI dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan peraturan sekolah ini.

Berita Oleh : SMK Mutiara

Page 21: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Encik Mohd Nizam sedang memberi ucapan Majlis penutupan ProgramOrientasi Murid Baharu PPKI 2020

Page 22: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Murid PPKI baharu tekun menulis di dalam kelas

Page 23: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Hari pertama persekolahan 2020 DiLabuan Berjalan Lancar

Labuan, 2 Jan 2020 – Seramai 1,650 murid Tahun Satu memulakan sesipersekolahan di sekolah rendah di Labuan hari ini.

Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Raisin Saidinberkata secara keseluruhan jumlah murid sekolah rendah di wilayah iniialah 9,732 orang. Manakala murid sekolah menengah mencatatkan 6,071dan prasekolah seramai 807 murid berdaftar.

Keseluruhan murid berdaftar pada awal sesi persekolahan 2020 termasukmurid prasekolah di Labuan ialah seramai 16,610 orang.

Encik Raisin Saidin bersama dengan Timbalan-Timbalan PengarahPendidikan serta Ketua Penolong Pengarah Sektor Pentaksiran Dan

Page 24: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Peperiksaan telah menyambut dan mengalu-alukan kehadiran murid-muridSK St. Anne WP Labuan pada hari pertama persekolahan 2020.

Semasa perhimpunan awal pagi di Sekolah SK St Anne, Encik RaisinSaidin menzahirkan kegembiraan di atas kehadiran murid-murid yangdatang ke sekolah dalam keadaan sihat untuk memulakan sesipersekolahan.

Murid-murid SK ST Anne dalam perhimpunan awal pagi sesi persekolahan2020

YDP PIBG SK St Anne, Ketua Penolong Pengarah, Timbalan-timbalanPengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Pegawai Polis turut serta dalammenghadiri perhimpunan sekolah SK St Anne pada 2 Januari 2020

Page 25: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Beliau berkata, 4 pendekatan yang difokuskan oleh Jabatan PendidikanWilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2020 iaitu guru sayang muridnya,aura roh guru sentiasa mendarah daging dalam diri guru, guru mengajarmurid belajar, meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid secaramenyeluruh.

Encik Raisin Saidin menekankan perkara tersebut kerana peranan guruamat penting sebagai pelaksana paling hadapan iaitu di bilik darjah.

Tambahnya lagi setiap ringgit daripada peruntukan kewangan yangditerima daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan dibelanjakansama ada di peringkat Jabatan mahu pun di sekolah hendaklah memberipulangan maksimum kepada murid. Dengan kata lain faedahnya hendaklahdipulangkan kepada anak-anak murid.

Selain SK St. Anne rombongan Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuanjuga telah melawat SK membedai iaitu sekolah yang terletak di kemtentera.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru besardan pengetua kerana telah membuat persiapan yang rapi bagimemastikan hari pertama persekolahan tahun 2020 berjalandengan lancar. Murid dapat belajar dengan selesa”. EncikRaisin Saidin, Pengarah Pendidikan Labuan

Page 26: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Encik Raisin Saidin, Guru Besar Ustaz Farihi, Mejar Hamka dan muridtahun 1 SK Memebedai

Puan Maimoon dan Encik Ag Marten sedang beramah mesra dengan murid-murid tahun 1 SK Membedai

Page 27: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Encik Raisin Saidin sedang memberi motivasi kepada murid Tahun 6 SKMembedai

Bergambar kenangan di SK membedai pada 2 Januari 2020

Page 28: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Encik Raisin Saidin dan Mejar Hamka Bin Harith Pegawai PendidikanPangkalan Udara Labuan berinteraksi dengan murid tahun 1 SK Membedai

Page 29: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Dari Kanan : Tuan Haji Sawal, Ustaz Rahman dan Puan Maimoon

Page 30: LICER 2019 : Pendidikan Untuk Kehidupan

Encik Raisin Saidin semasa lawatan di SK Membedai

Foto Oleh : Ustaz Mohd Syahir