lembaran maklumat produk- pembiayaan aliran tunai · pdf filenota: pengiraan keuntungan adalah...

6
Muka Surat 1 dari 6 Lembaran Maklumat Produk Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i Jualan Bank Islam Malaysia Berhad BU/PDS/ Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i CFPC/Versi 1.0/2018 Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK (Baca Lembaran Maklumat Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i. Sila pastikan juga untuk membaca terma di dalam surat tawaran. Dapatkan penerangan daripada institusi kewangan anda sekiranya anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma-terma umum). Bank Islam Malaysia Berhad Aliran Tunai Peribadi-i 1. Apakah kemudahan Aliran Tunai Peribadi-i Bank Islam? Kemudahan Aliran Tunai Peribadi-i Bank Islam adalah satu pembiayaan berputar bercagar/tidak bercagar bagi memenuhi keperluan kewangan individu yang dikira berdasarkan Kadar Asas (KA) + agihan setahun. 2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai? Konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarruq. Ilustrasi struktur produk adalah seperti gambarajah dibawah: Pelanggan membeli komoditi daripada Bank berdasarkan kontrak Murabahah pada Harga Jualan Bank. Dalam proses ini, pembelian akan dilakukan oleh Bank sebagai Ejen Pembelian bagi pihak pelanggan. Sebagai Ejen Jualan untuk pelanggan, pihak Bank bertanggungjawab untuk menjual komoditi kepada pembeli komoditi pada harga kos. Hasil daripada urus niaga itu akan diberikan untuk kegunaan pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang perlu dibayar daripada transaksi Murabahah mengikut terma-terma yang dipersetujui. ‘Komoditi’ bermaksud apa-apa komoditi yang diterima oleh Bank contohnya minyak kelapa sawit, resin plastic, getah, biji koko, kacang soya, kayu balak dan logam (tidak termasuk emas dan perak) yang diurusniagakan di mana-mana platform komoditi yang diluluskan oleh Bank. Pembelian dan penjualan komoditi tersebut dibuat berdasarkan mandate yang diberikan oleh pihak pelanggan, di mana Bank

Upload: leanh

Post on 06-Feb-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai · PDF fileNota: Pengiraan keuntungan adalah secara harian. ... mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan

Muka Surat 1 dari 6

Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i Jualan

Bank Islam Malaysia Berhad

BU/PDS/ Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i CFPC/Versi 1.0/2018

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

(Baca Lembaran Maklumat Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i. Sila pastikan juga untuk membaca terma di dalam surat tawaran. Dapatkan penerangan daripada institusi kewangan anda sekiranya anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma-terma umum).

Bank Islam Malaysia Berhad Aliran Tunai Peribadi-i

1. Apakah kemudahan Aliran Tunai Peribadi-i Bank Islam?

Kemudahan Aliran Tunai Peribadi-i Bank Islam adalah satu pembiayaan berputar bercagar/tidak bercagar bagi memenuhi keperluan kewangan individu yang dikira berdasarkan Kadar Asas (KA) + agihan setahun.

2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai?

Konsep Syariah yang digunakan adalah Tawarruq. Ilustrasi struktur produk adalah seperti gambarajah dibawah:

Pelanggan membeli komoditi daripada Bank berdasarkan kontrak Murabahah pada Harga Jualan Bank. Dalam proses ini, pembelian akan dilakukan oleh Bank sebagai Ejen Pembelian bagi pihak pelanggan. Sebagai Ejen Jualan untuk pelanggan, pihak Bank bertanggungjawab untuk menjual komoditi kepada pembeli komoditi pada harga kos. Hasil daripada urus niaga itu akan diberikan untuk kegunaan pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang perlu dibayar daripada transaksi Murabahah mengikut terma-terma yang dipersetujui.

‘Komoditi’ bermaksud apa-apa komoditi yang diterima oleh Bank contohnya minyak kelapa sawit, resin plastic, getah, biji koko, kacang soya, kayu balak dan logam (tidak termasuk emas dan perak) yang diurusniagakan di mana-mana platform komoditi yang diluluskan oleh Bank. Pembelian dan penjualan komoditi tersebut dibuat berdasarkan mandate yang diberikan oleh pihak pelanggan, di mana Bank

Page 2: Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai · PDF fileNota: Pengiraan keuntungan adalah secara harian. ... mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan

Muka Surat 2 dari 6

Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i Jualan

Bank Islam Malaysia Berhad

BU/PDS/ Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i CFPC/Versi 1.0/2018

sebagai Agen Pembelian dan Agen Penjualan berurusniaga menggunakan komiditi yang sedia ada dan dibekalkan oleh pembekal komoditi tertakluk kepada polisi-polisi Bank yang terpakai.

3. Apakah yang saya peroleh dari produk ini?

Jumlah Amaun Pembiayaan Jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM 10,000 dan maksimum sebanyak RM200,000 atau lebih jika dilindungi oleh cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit Bank.

Tempoh Dari 1 tahun (12 bulan) sehingga 5 tahun (60 bulan).

Kadar Keuntungan Dari Kadar Asas (KA) + 0.00% sehingga 3.95%. Kadar keuntungan akhir adalah berdasarkan kepada penilaian kredit Bank. Nota: Pengiraan keuntungan adalah secara harian.

Kadar keuntungan efektif Dari 6.85% sehingga 15% bergantung kepada tempoh pembiayaan.

4. Apa itu Kadar Asas (KA)?

Kadar asas untuk produk ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penanda aras Kos Dana (COF) kami dan juga kos Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. Penanda aras Kos Dana (COF) kami merupakan kos bagi mendapatkan dana baharu dan adalah berdasarkan kepada KLIBOR untuk 3 bulan sebagai kadar rujukan ditambah dengan pelarasan kos dana.

5. Apakah kebarangkalian keadaan yang menyebabkan perubahan Kadar Asas

Kadar Asas (KA) kami boleh menaik ataupun menurun akibat dari perubahan kepada penanda aras (COF)dan juga perubahan ke atas keperluan rizab berkanun (SRR). Perubahan ke atas penanda aras (COF) mungkin akan berlaku akibat perubahan ke atas Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Polisi Kewangan, Bank Negara Malaysia dan juga faktor-faktor lain seperti keadaan dana pasaran disebabkan perubahan pasaran global dan ekonomi domestik.

6. Rujukan penanda aras Kos Dana (COF) untuk 3 tahun kebelakangan

Page 3: Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai · PDF fileNota: Pengiraan keuntungan adalah secara harian. ... mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan

Muka Surat 3 dari 6

Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i Jualan

Bank Islam Malaysia Berhad

BU/PDS/ Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i CFPC/Versi 1.0/2018

Nota: * Rujukan Penanda Aras Kos Dana (COF) di atas adalah dari Disember 2014 bagi mematuhi kehendak Kadar Asas yang diperkenalkan dari polisi Bank Negara Malaysia iaitu Rangka Kerja Kadar Rujukan (berkuatkuasa dari 2 Januari 2015). Bagi Kadar Asas pada 30 Januari 2018, penanda Aras Kos Dana (COF) adalah berdasarkan kepada KLIBOR untuk 3 bulan pada 26 Januari 2018.

7. Apakah tanggungjawab saya?

Sepanjang tempoh kemudahan pembiayaan Pembayaran ansuran bulanan adalah tertakluk kepada jumlah penggunaan yang dikira berdasarkan kadar efektif semasa Bank.

Semasa tempoh matang Membayar Harga Jualan Bank belum selesai.

Anda hendaklah membayar keuntungan bulanan dan semasa tempoh matang kemudahan anda perlu membayar harga jualan Bank yang masih belum selesai sehingga pembiayaan selesai. Sekiranya tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, anda masih lagi dimestikan untuk membayar keuntungan bulanan dan harga jualan Bank belum selesai. Walaubagaimana pun, anda mempunyai pilihan untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan pada bila-bila masa.

8. Apakah jenis-jenis yuran dan caj yang perlu saya bayar?

Duti setem (sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Duti Setem 1949 (Semakan semula 1989)). Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM 50.00. Fi Lebihan Sementara sebanyak RM 50.00 sekiranya lebihan sementara dibenarkan. 6% GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan.

Pembatalan kemudahan yang diberikan

Anda perlu membuat bayaran kos kepada Bank (jika ada) untuk penyediaan dan pendaftaran dokumen sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan kemudahan pembiayaan ini termasuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika kemudahan ini dibatalkan.

9. Adakah Bank Islam memerlukan bayaran pendahuluan?

Tidak. Bank Islam tidak memerlukan dua bulan ansuran bulanan sebagai bayaran pendahuluan.

10. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?

Jika anda gagal untuk memenuhi tanggungjawab anda tepat pada masanya:-

1. Caj Pembayaran Lewat Bank akan mengenakan Ta’widh (ganti rugi ke atas caj pembayaran lewat) kepada anda seperti berikut:-

Sebelum tarikh matang kemudahan pembiayaan Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh;

Formula: Bayaran tertunggak x 1% x Jumlah hari tertunggak / 365

Selepas tarikh matang kemudahan Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada); Formula: Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365

Page 4: Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai · PDF fileNota: Pengiraan keuntungan adalah secara harian. ... mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan

Muka Surat 4 dari 6

Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i Jualan

Bank Islam Malaysia Berhad

BU/PDS/ Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i CFPC/Versi 1.0/2018

Hutang selepas penghakiman Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Formula: Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365

Nota: Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

2. Sekiranya berlaku kemungkiran

Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada anda, meminta pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada anda dan/atau penjamin.

Bank berhak untuk menolak sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan anda yang diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah pembiayaan ini.

Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya anda gagal untuk memberi maklum balas terhadap notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti hartanah, jentera dan lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua kos yang berkaitan dalam penjualan aset tersebut. Anda juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang kekurangan jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual.

Tindakan undang-undang terhadap anda boleh memberi kesan kepada penarafan kredit anda yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal untuk anda.

Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank.

11. Bagaimana sekiranya pelanggan melangsaikan pembiayaan sepenuhnya sepanjang

tempoh ‘Lock In’?

‘Lock-in period’ tidak terpakai untuk Produk ini.

12. Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pembiayaan sebelum tempoh matang?

Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan, Bank berakujanji untuk memberi anda Ibra’ (rebat)

yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh semasa penyelesaian.

Formula Ibra’ (rebat): Ibra’/rebat ke atas penyelesaian awal = Keuntungan Tertangguh.

Nota:

i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan dikontrakkan – Keuntungan Terakru. ii. Jumlah Keuntungan dikontrakkan = Harga Jualan – Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan). iii. Keuntungan Terakru di kira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas Harga Belian belum selesai

(atau jumlah Pembiayaan) yang dikeluarkan (atau digunakan).

13. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin. /This facility does not need a guarantor.

Page 5: Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai · PDF fileNota: Pengiraan keuntungan adalah secara harian. ... mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan

Muka Surat 5 dari 6

Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i Jualan

Bank Islam Malaysia Berhad

BU/PDS/ Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i CFPC/Versi 1.0/2018

Cagaran adalah satu kemestian untuk Pembiayaan ini. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu cagaran adalah tidak diperlukan.

14. Adakah saya memerlukan perlindungan takaful?

Ia adalah pilihan. Pelan Takaful Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i (“PCLTP”) adalah satu pilihan bagi melindungi pelanggan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal. Perlindungan (“PCLTP”) ini boleh diperolehi dari Pengendali Takaful yang telah dilantik oleh pihak Bank. Walaubagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih untuk melantik pengendali Takaful yang lain namun perlu diuruskan sendiri oleh pelanggan. /

Untuk kemudahan bercagar ianya tidak diwajibkan.

15. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butiran

perhubungan saya?

Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kami dengan segera sebarang perubahan kepada butiran perhubungan bagi memastikan semua urusan surat menyurat sampai kepada anda dalam tempoh yang ditetapkan.

16. Di mana boleh saya dapatkan bantuan dan cara penyelesaian?

Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam membuat pembayaran ansuran bulanan, anda sepatutnya menghubungi kami dengan segera untuk membincangkan pilihan pembayaran. Anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Khidmat Pelanggan

Bank Islam Malaysia Berhad

17th

Floor, Menara Bank Islam,

No. 22, Jalan Perak,

50450 Kuala Lumpur.

Tel: 03-26 900 900

Faks: 03 2782 1337

Email: [email protected]

Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK),

sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan khidmat percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang seseorang. Anda boleh menghubungi AKPK di:

Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-22-2575 Email: [email protected]

Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di: Jabatan Khidmat Pelanggan

Bank Islam Malaysia Berhad

17th

Floor, Menara Bank Islam,

No 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur

Page 6: Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Aliran Tunai · PDF fileNota: Pengiraan keuntungan adalah secara harian. ... mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan

Muka Surat 6 dari 6

Lembaran Maklumat Produk –Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i Jualan

Bank Islam Malaysia Berhad

BU/PDS/ Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i CFPC/Versi 1.0/2018

Tel: 03-2782 1284

Fax: 03 2782 1337 Email: [email protected]

Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515 Email: [email protected]

17. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Pembiayaan Aliran Tunai Peribadi-i, sila rujuk kepada buku kecil bankinginfo berkenaan pembiayaan aliran tunai-i, yang boleh didapati di semua cawangan kami dan di laman web www.bankinginfo.com.my.

18. Pakej-pakej lain Aliran Tunai Peribadi-i yang ada?

Tiada.

PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL KE ATAS ANDA SEKIRANYA ANDA GAGAL MEMBAYAR ANSURAN BULANAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN ALIRAN TUNAI PERIBADI-i ANDA.

Maklumat yang dinyatakan dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga __________

(hh/bb/tttt).

Nota :

1. Maklumat di atas adalah untuk kegunaan ilustrasi sahaja. Keuntungan dan caj-caj mungkin akan berubah dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank.

2. Maklumat yang diberikan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga tarikh terkini. 3. KPA/KA yang ditunjukkan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah tertakluk kepada perubahan.