halal: antara tuntutan agama dan keuntungan koperasi

23
Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi 8.15 malam – 10.00 malam 9 Disember 2014 (Selasa) Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah Abdullaah Jalil Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat Cum: Ahli Jawatankuasa Syariah, Bank Rakyat & Koperasi USIM Email: [email protected] 1

Upload: abdullaah-jalil

Post on 23-Jan-2018

286 views

Category:

Economy & Finance


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Halal: Antara Tuntutan Agama dan

Keuntungan Koperasi

8.15 malam – 10.00 malam

9 Disember 2014 (Selasa)

Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah

Abdullaah Jalil Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat Cum: Ahli Jawatankuasa Syariah, Bank Rakyat & Koperasi USIM Email: [email protected]

1

Page 2: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Kerangka Pembentangan

• Pembuka Bicara • Konsep Koperasi dari Perspektif Islam • Prinsip Keuntungan di dalam Islam • Lima (5) Prinsip Perniagaan Islam • Halal dan Patuh Shariah: Tuntutan Di dalam Keuntungan Koperasi • Harta dan Keuntungan Haram • Punca Harta HaramElemen-elemen Haram di Dalam Muamalat/

Urusniaga • Implikasi Harta Haram • Implikasi Dosa • Keuntungan Dunia dan Ahkirat • Kerangka Perubahan • Penutup dan Kesimpulan

2

Page 3: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Pembuka Bicara

• Kacb Ibn cIyad berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW berkata:

نة أمتي المال نة، وفت إن لكل أمة فت “Sesungguhnya bagi setiap umat itu fitnah/ujian, dan fitnah/ujian bagi umatku ialah harta.” (al-Tirmizi)

• Abu Barzah berkata: Rasulullah SAW bersabda:

وعن ماله من أين اكتسبه وفيم أن فقه ل ت زول قدما عبد ي وم القيامة حتى يسأل عن عمره فيما أف ناه وعن علمه فيم ف عل

وعن جسمه فيم أبله “Tidak akan bergerak kedua kaki seorang hamba pada hari akhirat nanti sehinggalah ditanya tentang umurnya, pada apakah yang telah dia habiskan?; dan tentang ilmunya, pada apakah yang telah dia amalkan?; dan tentang hartanya, dari manakah dia mendapatkannya dan pada apakah dia membelanjakannya?; dan tentang tubuh badannya, pada apakah dia telah bersusah payah?.”

3

Page 4: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Konsep Koperasi dari Perspektif Islam

Koperasi atau "Co-operative" adalah terjemahan langsung dari "Co-operation" yang berasal dari perkataan latin "Co-operati". Ia terdiri dari dua suku kata iaitu "Co" bermakna "bersama" dan "Operati" beerti "bekerja" (Work atau Operate) justeru itu, koperasi disimpul sebagai organisasi yang diwujudkan atas asas bekerjasama antara anggota-angotanya bagi mencapai matlamat tertentu.

Dalam bahasa arab ia disebut Ta'wuniyyah yang bermaksud saling bantu membantu. Ia berbeza daripada syarikat korporat yang menekankan ke atas kekuatan modal (capital intensive) tanpa memerlukan penglibatan aktif anggota dalam aktiviti syarikat. Justeru itu, mungkin wujud sleeping partner yang hanya memodali syarikat tanpa aktif dalam aktiviti harian syarikat. Seterusnya diikuti dengan menguasai syarikat tersebut dalam membuat polisi dan keputusan.

4

Page 5: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Oleh kerana penglibatan semua anggota dalam koperasi menjadi tunggak penubuhan sesebuah koperasi, maka semua anggota mempunyai hak yang sama tanpa melihat berapa jumlah modal sahamnya. Tidak wujud keadaan pemegang saham terbanyak menguasai keputusan koperasi berkenaan seperti yang berlaku dalam syarikat korporat. Oleh kerana koperasi bersifat institusi ekonomi, maka amnya koperasi menguruskan soal pengeluaran, penggunaan dan pemasaran, atau simpanan dan pinjaman, dengan tujuan menolong di antara satu sama lain tanpa mencari keuntungan perseorangan. (www.kbi.com.my) Konsep koperasi secara asasnya adalah menepati prinsip-prinsip Shariah dan Ekonomi Islam. Ini adalah kerana konsep dan amalan koperasi ini mengandungi elemen-elemen berikut:

Kerjasama dan bantu-membantu. Perniagaan Perkongsian risiko dan keuntungan. Pengagihan kekayaan.

5

Page 6: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Kerjasama sesama umat Islam adalah salah satu sebab “pertolongan” Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah berfirman (hadith qudsi): Aku adalah pihak yang ketiga bagi dua orang yang berkerjasama/berkongsi selama mana salah seorang daripada mereka berdua tidak mengkhianati rakang kongsinya yang lain. Maka abila dia melakukan pengkhianatan, Aku akan keluar di antara mereka berdua.” (Abud Dawud; al-Hakim dll).

6

Page 7: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Rasulullah SAW juga bersabda:

“Sesungguhnya seorang mukmin bagi mukmin yang lain adalah seumpama sebuah binaan yang kukuh, sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.” Dan Baginda pun menggenggamkan jari-jari tangan Baginda yang mulia.”

(al-Bukhari)

7

Page 8: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Prinsip Keuntungan di dalam Islam

Sebagai sebuah koperasi, keuntungan daripada operasi adalah salah satu daripada objektif yang sangat asas. Namun begitu, keuntungan tersebut mestilah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

• Keuntungan mestilah diperolehi dengan jalan/ kaedah yang adil dan/atau ihsan – tidak menzalimi pihak lain.

• Keuntungan mestilah bersih daripada elemen-elemen haram: riba, gharar, darar dan intihak al-hurmah al-Shar’iiyah.

• Hak-hak berkaitan harta yang dijana daripada keuntungan tersebut mestilah ditunaikan i.e. zakat.

8

Page 9: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Lima (5) Prinsip Perniagaan Islam

Kerelaan Pihak Yang

Menjalankan Urusniga

Kemuliaan dan

Kehormatan Kontrak

Bebas daripada Elemen-elemen Haram

Merealisasikan Prinsip

Keadilan

Galakan Melakukan

Ihsan

9

Page 10: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Halal dan Patuh Shariah: Tuntutan Di dalam Keuntungan Koperasi

• Makanan dan pendapatan yang halal adalah salah satu daripada asas-asas Islam.

• Pendapatan yang halal dan patuh Shariah dapat memastikan kelangsungan yang berpanjangan sesebuah koperasi kerana pendapatan yang halal dan patuh Shariah pada hakikatnya lahir daripada urusniaga yang memelihara kepentingan dan hak semua pihak yang terlibat.

• Koperasi yang diurus dan dimiliki oleh umat Islam seharusnya menyertai arus perubahan ke arah “Sistem Ekonomi dan Kewangan Islam”.

10

Page 11: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

• Saranan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Ke-II dan antara arkitek Sistem Kewangan Islam di Malaysia, Tan Sri Nor Mohd Yakcob pada 2 Mac 2004 supaya Institusi Kewangan Bukan Bank (NBFI) untuk menjadi tonggak penting dalam Sistem Kewangan Islam di dalam Gelombang Ketiga perkembangan Sistem Kewangan Islam di Malaysia seharusnya disahut dengan usaha dan semangat yang jitu oleh institusi-institusi terbabit. Antara NBFI yang bercorak Islam yang ada di Malaysia ialah seperti Lembaga Tabung Haji, Institusi Zakat dan Wakaf dan Koperasi Islam. Justeru, menurut Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor, Koperasi di Malaysia yang pada hakikatnya mempunyai nilai aset berjuta-juta ringgit perlu dibangunkan dengan sewajarnya untuk menjadi penyokong bagi Sistem Perbankan dan Kewangan Islam di Malaysia. (Muhammad Yusri Salleh, 2008)

11

Page 12: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Harta dan Keuntungan Haram

Abu Hurayrah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ق به، لم يكن له فيه أجر، وكان إصره عليه من جمع مال حراما، ثم تصد

Maksudnya: “Barangsiapa yang mengumpulkan harta yang haram, kemudian dia bersedekah dengannya, tidak ada baginya padanya pahala, dan bebanan dosanya adalah ke atasnya.”(Ibn Hibban)

12

Page 13: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Harta yang tidak halal tidak perlu dicemburui.

ʿAbdullah Ibn ʿAbbas SAW berkata: Rasulullah SAW bersabda:

ق إن فإنه حقه، غير من :قال أو ، حله غير من المال جامع ي غبطن ل بقي وما منه، ي قبل لم تصد

النار إلى زاده كان

Maksudnya: “Tidak dicemburui si pengumpul harta tanpa halalnya – atau Baginda menyebut – tanpa haknya. Maka sesungguhnya sekiranya dia bersedekah (dengannya), tidak diterima (oleh Allah) daripadanya, dan apa yang dikekalkan (disimpan) baginya adalah merupakan bekalannya ke neraka.” (al-Hakim).

13

Page 14: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Punca Harta Haram • Harta yang haram pada zatnya dan diharamkan ke atas setiap individu Muslim (kecuali dalam

keadaan darurat) seperti babi, bangkai, darah dan arak.

• Haram yang halal pada sifat asalnya tetapi diharamkan ke atas orang yang memegangnya kerana harta tersebut dimiliki dengan jalan yang tidak sah di sisi Shariat, dan ia terbahagi kepada empat bahagian: – Dimiliki dengan kerelaan pemilik asalnya, dan contoh utamanya ialah:

• Harta yang diperolehi daripada jual-beli barangan atau perkhidmatan yang haram: Contohnya seperti hasil dari jualan babi, arak, darah dan bangkai, upah pelacuran, perbomohan, tilik nasib, meratap dan nyanyian yang haram.

• Harta yang dimiliki melalui kontrak yang diharamkan pada zatnya atau sifatnya seperti judi, pertandingan mirip judi, jual beli kanak-kanak yang tidak mumayyiz atau baligh dan lain-lain.

• Kerelaan pemilik asalnya tidak tulen dan benar: Contohnya jual beli dengan unsur penipuan seperti menyembunyikan aib, penipuan dalam sukatan dan timbangan dan lain-lain.

– Dimiliki tanpa kerelaan pemilik asalnya, dan contoh utamanya ialah: • Harta yang diambil secara terang-terangan dan paksaan seperti rompakan, rampasan, melalui penipuan dokumen

atau persaksian palsu.

• Harta yang diambil secara senyap-senyap dan tersembunyi seperti mencuri, menyeluk saku, menafikan barang amanah dan mengambil barang yang hilang tanpa niat memulangkan kepada pemilik asalnya.

• Harta yang diberikan oleh bukan pemilik asalnya seperti hadiah daripada barang yang dicuri dan harta rampasan yang tidak sah.

– Terjadi disebabkan tidak menunaikan hak-hak yang wajib ke atasnya: Contohnya kewajipan zakat, kaffarah, nafkah, ganti rugi dan lain-lain.

– Amanah yang tidak dapat dipulangkan kepada pemilik asal (yang menyerahkan harta tersebut kepada pemegang amanah): Contohnya seperti barang simpanan (wadiah) atau gadaian yang tidak dijumpai pemilik asalnya.

14

Page 15: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Elemen-elemen Haram di Dalam Muamalat/ Urusniaga

Bil. Punca Contoh

1 Riba

Riba hutang; Riba jual-beli; Jaminan pulangan tertentu yang tidak berasaskan keuntungan

sebenar; Jual minyak dengan bijiran dari satu jenis dll.

2 Gharar Judi; Barangan yang tidak jelas sifatnya

(deskripsinya); Kewujudan barangan yang tidak pasti; Jual barang yang tidak wujud dll.

3 Darar Ihtikar (sorok barang); Najsh; Rasuah; Bantu-

membantu di dalam maksiat; Jual senjata kepada musuh dll.

4 Intihak al-Hurmah al-

Shar’iyyah

Jual perkara-perkara haram dan dilarang seperti arak dan babi, harta yang tidak dimiliki secara

sah; Pelacuran; 15

Page 16: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Implikasi Harta Haram

• Harta haram mempunyai implikasi yang banyak. Implikasi nya melibatkan dunia dan akhirat.

• Implikasinya termasuk: – Dosa dan Implikasinya [Rujuk “slide” yang berikut] – Keuntungan tidak patuh Shariah – Pembersihan harta haram yang menyebabkan kekurangan

pendapatan dan keuntungan bersih. – Kehilangan keberkatan rezeki dan reputasi perniagaan yang

buruk di kalangan pelanggan dan pengguna Muslim. – Ketidakpatuhan kepada undang-undang dan garis panduan

patuh Shariah.

16

Page 17: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Implikasi Dosa • Kerosakan Diri

• Kerosaskan Alam

• Kerosakan Diri Rohani dan Kebahagiannya

• Kehilangan Ilmu

• Kehilangan Nikmat-nikmat Allah

• Kejauhan Daripada Ketaatan dan Hilangnya Keindahan Ibadah

• Kesempitan Hidup dan Kehilangan Barakah Rezeki

• Keresahan Hati dan Kelemahan Badan

• Kehilangan Nur di Wajah dan Hati

• Kehinaan dan Kerendahan Di Sisi Allah SWT

• Kerosakan Hati dan Tertutup Pintunya

• Kelalaian Hati daripada Zikrullah dan Zikr al-Akhirah

• Kebencian Para Makhluk (Yang Soleh)

• Azab Ketika Kematian – Pengkhianatan Dosa dan Kepayahan Syahadah

• Allah Berpaling Darinya dan Tidak Menghiraukannya

• Azab Kubur

• Dibangkitkan dalam Wajah Yang Gelap, Rupa Yang Hina dan Hodoh

• Dibangkitkan Dengan Syaitan, Para Penzalim dan Ahli Maksiat

• Kepayahan Di Padang Mahsyar

• Menerima Buku Amalan di Tangan Kiri

• Kemuflisan Amal di Akhirat

• Azab Neraka

• Diharamkan Daripa Nikmat Terbesar – Melihat Allah SWT di Syurga

• Penyesalan Yang Tiada Penghujugnya

17

Page 18: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Keuntungan Dunia dan Ahkirat

Keadaan Manusia Dunia Akhirat

Paling Untung Untung Untung

Untung Rugi Untung

Rugi Untung Rugi

Paling Rugi Rugi Rugi

Mana satu pilihan kita? Mana satu yang sesuai dengan usaha kita?

18

Page 19: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

• Soalan: Orang yang tidak patuh Shariah pun boleh buat untung?

Keuntungan tidak patuh Shariah di dunia ini ditakuti merupakan “istidraj”. Firman Allah SWT:

ن يا حرث يريد كان ومن حرثه في له نزد الخرة حرث يريد كان من ها ن ؤته الد الخرة في له وما من نصيب من

“Barangsiapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang menghendaki keuntungan di dunia KAMI berikan kepadanya dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun di akhirat.” (Surah Al-Shura:20)

Sedikit bersama reda Allah adalah lebih baik daripada banyak tanpa keredaan Allah.

19

Page 20: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Kerangka Perubahan

Kesedaran tentang Keperluan Untuk Berubah

Keazaman dan Niat untuk Berubah

Merancang Perubahan

Mengenal pasti ejen-ejen (pelaksana) Perubahan

Perubahan dengan Berperingkat-peringkat dan Tidak Tergesa-gesa

Menilai Prestasi dan Keperluan Perubahan dalam Setiap Peringkat

Bersedia Menerima Teguran dan Memperbaiki Kelemahan

Terus konsisten (istiqamah) dalam Kemajuan dan Perubahan

20

Page 21: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Penutup dan Kesimpulan

• Sebagai umat Islam, keperluan patuh Shariah atau halal dalam menjana bukanlah isu pilihan tapi ia adalah kewajipan yang perlu dilaksanakan dan dipertanggungjawabkan.

• Keuntungan akhirat adalah matlamat hidup seorang yang beriman tetapi ini tidak menafikan keuntungan dunia.

• Keuntungan dunia hanyalah bermanfaat sekiranya ia tidak menyebabkan kemurkaan Allah, kehilangan berkat,

21

Page 22: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

• Arus perubahan ke arah kewangan dan ekonomi Islam sedang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Infrastruktur dan kepakaran kewangan Islam di Malaysia – insha Allah – mampu mendukung perubahan yang perlu dilakukan.

• Saidina Umar al-Khattab RA berpesan kepada Abu Musa al-Ash’ari RA:

ر من التمادي في الباطل فإن الحق قديم ومراجعة الحق خي “Sesungguhnya kebenaran itu adalah sesuatu yang telah lama ada. Dan kembali kepada kebenaran itu adalah lebih baik daripada berterusan / berpanjangan di dalam kebatilan.”

22

Page 23: Halal: Antara Tuntutan Agama dan Keuntungan Koperasi

Terima kasih Sesi Soal Jawab

Kerugian di dunia ini boleh diganti dengan keuntungan di masa yang lain.

Jalan usaha terbentang luas.

Kerugian sebenar adalah kerugian yang tidak boleh diganti mahupun diperbaiki.

Itu adalah kerugian di akhirat.

Kerugian akhirat adalah kerugian hakiki.

23