lembaga kemajuan kelantan selatan … kemajuan kelantan selatan kementerian kemajuan luar bandar dan...

32
LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA www.kesedar.gov.my berita selanjutnya di mukasurat 24 ww

Upload: doanquynh

Post on 18-Mar-2018

266 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MACEDARAN PERCUMA

w w w. ke s e d a r. g ov. m y

berita selanjutnyadi mukasurat 24

w w

Page 2: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

Penaung

HAJI MOHD ARSHAD ISMAIL

Penasihat

AHMAD JIHADUDDIN ISA

Ketua Editor

MD. ASRI JUSOH

Timbalan Ketua Editor

AHMAD ABDULLAH

Editor Bersekutu

NORLIDASAIDI AWANG TEH

KAMARUZAMAN AHMAD

KAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED

MASKHARIAH SAMSUDIN

ABD. AZIZ AHMAD

MOHD RAMADHAN SULAIMAN

HASRI RIFDI HAMZAH

FAUDZI AB RAHMAN

HAJI OTHMAN SETAPA

NIK JOHAN NIK ABDULLAH

Pembaca Pruf

MASKHARIAH SAMSUDIN

KAMARUZAMAN AHMAD

Pereka Grafik

ABDULLAH ZAWAWI OTHMAN

Jurufoto

MUHAMMED ALUI YUSOF

SHARUDIN IBRAHIM

Pengedaran

MOHAMAD NORAMIN HASIM

MOHD. HAFIZ MOHAMED DIN

ILYANI ISKANDAR

LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN

(KESEDAR)Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

Kompleks Ibu Pejabat KESEDAR, Bandar Baru Gua Musang18300 Gua Musang, KELANTAN

Tel : 09 913 2200 Fax : 09 912 1211www.kesedar.gov.my

Assalamualaikumwarahmatullah dan salam sejahtera. Salam 1 Malaysia.

Syukur ke hadrat Allah kerana melimpahkan nikmat-Nya kepada kita semua untuk terus berbakti melalui perkhidmatan awam bagi memakmurkan negara dan masyarakat.

Pada keluaran pertama Buletin KESEDAR untuk tahun 2011 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Kehadiran tahun ini bermakna satu lagi lembaran baru dalam pentadbiran kerajaan yang bermula Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10). Usaha-usaha kerajaan untuk memajukan rakyat melalui projek-projek diteruskan dengan legasi mengutamakan masyarakat terbanyak berpaksikan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Peranan sebagai penjawat awam menuntut kita bekerja seiring cita-cita dan gagasan pihak kerajaan yang harus menekankan kepada usaha menyampaikan kesan langsung dan bermakna kepada rakyat agar ia diingati sepanjang zaman. Yang demikian, saya tidak jemu-jemu untuk menyeru semua di kalangan kita tanpa mengira pangkat atau kedudukan perlu berkhidmat dengan baik supaya menjana hasil kerja yang dapat memperbaiki kehidupan rakyat.

Jenama organisasi kita (KESEDAR) adalah membawa misi pembangunan fizikal dan non fizikal. Pembangunan non fizikal memfokus kepada manusia atau rakyat. Justeru, setiap orang di kalangan kita wajar meninggalkan legasi yang memberi makna kepada generasi masa depan. Dunia tidak akan mengingati alat berteknologi tinggi yang diperkenalkan, tetapi kita akan diingati kerana berjaya meringankan beban kehidupan orang lain. Usaha-usaha sebeginilah yang membezakan sama ada kita telah memberi perkhidmatan dengan sepenuh jiwa dan raga atau sebaliknya. Negara memerlukan penjawat awam yang tidak sahaja memiliki kemahiran tetapi stamina untuk memenuhi jangkauan rakyat dan dunia yang sering berubah-ubah. Kita juga tidak harus terperangkap dengan pandangan dunia tertentu dan menganggap semua orang berkongsi pandangan yang sama.

Sekian, selamat bekerja, selamat mencurahkan khidmat.

Salam Sejahtera

Menghitung hari-hari berlalu dan mendatang ada baiknya bermuhasabah bagi menilai diri. Adakah kita sebenar-benarnya sebaik-baik pekerja sebagai pemakan gaji dengan menunaikan tanggungjawab dan amanah kerajaan. Andai kata kita bersara daripada perkhidmatan ini, adakah kita puas dengan sumbangan kita untuk membantu masyarakat memakmurkan kehidupan mereka, terbelakah nasib mereka hasil pengorbanan kita kepada klian dan kelompok itu?

Sebenarnya masih terlalu banyak yang boleh dilakukan untuk memberi sinar kepada mereka. Ingatlah, kita telah memilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan, maka tuntutan menunaikan tanggungjawab adalah berupa sebesar upah yang diterima saban bulan. Fikir-fikirkan!

Selamat membaca.

Ketua Editor.

editorial

Perutusan Pengurus Besar KESEDAR

Tinta Editor

www.kesed

Page 3: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

3

BULETIN

KESEDA

R

Warga kerja Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) beserta jabatan dan agensi di bawahnya telah berkumpul di Dewan Tun Abdul Razak, INFRA, Bangi pada 10 Januari 2011 untuk mendengar perutusan dan amanat tahun baru oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

YB Menteri sebelum menyampaikan amanat supaya semua warga kerja KKLW menggandakan usaha untuk tahun 2011, terlebih dahulu memaklumkan pencapaian Negara bagi tahun 2010 yang amat memberangsangkan terutama kedudukan dan pertumbuhan ekonomi Negara kian kukuh serta peningkatan indeks komposit Kuala Lumpur yang kian menjadi. Semua itu adalah hasil perancangan, kegigihan dan kerja kuat pemimpin bersama pegawai-pegawai kerajaan yang mengamalkan budaya kerja cemerlang, pengurusan kewangan yang berhemah dan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Amanat 2011 YB Menteri KKLW oleh: AHMAD BIN ABDULLAH

Dalam hubungan itu, kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Kerajaan atau GTP bersama enam Bidang Kebersihan Utama Negara (NKRA) sebagai teras kepada Modal Baru Ekonomi (MBE) disamping pembentangan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK 10) dan Bajet 2011. Ini bagi membuktikan segala perancangan dan pelaksanaan dasar serta program status negara maju pada tahun 2020 berada di landasan yang tepat.

Dengan peruntukan bagi tempoh dua tahun pertama RMK 10 sebanyak RM14.93 bilion, adalah menjadi tanggungjawab warga kerja KKLW untuk membawa pembangunan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, elektrik, jalan kampung dan bantuan bina rumah (PBR). Ini kerana kerajaan telah diberi mandat untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

Semua pihak yang menjadi warga KKLW perlu meletakkan komitmen yang tinggi untuk mengikis tanggapan yang mengatakan Kementerian ini tidak begitu menonjol – ‘we have to be known of what we have done’!. Beliau juga berharap Pelan induk Pembangunan Luar Bandar (PIPLB) bakal menjadi titik tolak kepada penjenamaan semula luar bandar sekaligus menjadi

Page 4: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

4

BULE

TIN

KES

EDA

R

Transformasi Pembangunan Luar Bandar ketiga selepas Falasafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar yang diperkenalkan pada tahun 1994.

Beliau turut menambah peri penting mempunyai sikap sensitif atau ‘sense of urgancy’ dan fleksibel dalam memerangi isu kemiskinan dan tidak terhenti kepada yang berdaftar dengan e-kasih semata-mata. Mekanisma tersebut hanyalah bantuan untuk menjalankan tugas dan perlu dibuat siasatan yang rapi. Pegawai-pegawai perlu memiliki semangat yang tinggi untuk membawa perubahan rakyat di luar sana.

Sebagai kesimpulannya, kita perlu berusaha dalam segala perkara - berusaha untuk mewujudkan kerja yang harmoni, tidak salah mentadbir, telus, melihat amanah sebagai satu perkara besar yang bakal dipersoalkan di akhirat. Kita perlu mengamalkan sifat-sifat positif seperti:

• Perlu focus dalam melaksanakan tugas.

• Setiap kerja perlu ada matlamat yang jelas.

• Mendahulukan perkara yang lebih penting.

• Sentiasa bekerjasama untuk mencapai kejayaan.

• Perlu memahami sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan atau tindakan.

• Bijaksana – bekerja sedikit dengan hasil maksima

• Melengkapkan diri dengan ilmu.

• Tidak leka dan ‘complacent’

YB:

Page 5: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

YB Aziz:Bagi saya untuk menjadi seorang YB yang baik memang susah apalagi mahu menjadi YB yang terbaik. Ianya menuntut kita untuk sanggup berkorban apa saja untuk kepentingan rakyat. Kita perlu berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk memenuhi keperluan mereka. Mungkin ciri-ciri penting pada pandangan saya adalah seperti berikut:-

• Sentiasa merendah diri dan tidak ego atau bermegah diri

• Hendaklah mesra rakyat• Menjadi pendengar yang baik• Mudah dan sentiasa mendekati rakyat• Cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah

dan keperluan mereka

Saya akan berusaha dan berdoa agar saya dapat sedikit sebanyak memenuhi ciri-ciri yang disebutkan.

Buletin KESEDAR:Pada pengamatan YB apakah faktor-faktor yang menyumbang kemenangan BN dengan majoriti selesa dalam PRK N45 DUN Galas lalu?

YB Aziz:Sudah tentu banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil yang lalu. Pada pengamatan saya, strategi memainkan peranan utama. Penyelarasan jentera parti dan kerajaan juga memainkan peranan penting. Semua jentera bergerak senada dan seirama. Boleh dikatakan semuanya memainkan peranan penting kearah menyumbang kemenangan yang selesa kepada Barisan Nasional. Saya mengambil peluang di sini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua yang terlibat samada sebagai jentera, pendamping dan penyokong yang telah memberi sumbangan kepada kemenangan Barisan Nasional dan saya selaku calon.

Buletin KESEDAR:Apakah wawasan dan cabaran-cabaran yang YB jangkakan dalam menangani tuntutan masyarakat yang kian kompleks?

YB Aziz:Memang tidak boleh dinafikan bahawa menjadi seorang YB akan menghadapi cabaran-cabaran bagi memenuhi tuntutan masyarakat yang kian kompleks dan tidak menentu. Saya akan cuba memenuhi tuntutan mereka sebaik mungkin. Cabaran utama bagi saya ialah bagi memenuhi keperluan rumah/ tempat tinggal mereka. Masih ramai penduduk Galas yang tinggal di kawasan setinggan yang perlu diberi perhatian.

Sejenak BersamaYB GALAS

BULETIN

KESEDA

R

5

Buletin KESEDAR:Assalamualaikum, tahniah dan apa khabar YB?

YB Aziz:Waa’laikumussalam... Terlebih dahulu saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Editor Buletin KESEDAR kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi pandangan dalam ruang Buletin KESEDAR bil 1/2011. Sesungguhnya ucapan tahniah perlu diberikan kepada semua warga KESEDAR kerana saya adalah bekas kakitangan KESEDAR. Alhamdulillah buat masa sekarang saya dikurniakan Allah berada dalam keadaan sihat walafiat.

Buletin KESEDAR:Bagaimana perasaan YB ketika mula-mula diumumkan dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil N45 DUN Galas pada 04 November 2010 yang lalu?

YB Aziz:Susah saya nak luahkan perasaan saya ketika pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri pada 24 November 2010 yang lalu. Walaupun saya telah diberi gambaran akan dicalonkan tapi pelbagai perkara dan persoalan bermain di fikiran. Apakah betul keputusan yang saya buat?. Sungguhpun begitu saya pasrah pada ketentuan Allah S.W.T. Saya redha dengan takdir yang telah ditetapkan. Sebelum ini pun saya sentiasa berdoa agar Tuhan mempermudahkan apa sahaja yang baik dan menjauhkan apa yang buruk dari saya dan sudah tentu saya percaya doa saya dimakbulkan.

Buletin KESEDAR:Sekarang YB telah bertukar kerjaya dan ‘cara/gaya’ hidup seharian. Daripada seorang penjawat awam menjadi seorang YB yang menuntut perhatian seluruh masyarakat. Pada pandangan YB apakah ciri-ciri penting untuk menjadi seorang YB yang terbaik?

oleh: MD. ASRI JUSOH

Page 6: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

6

BULE

TIN

KES

EDA

R

Royal Ballroom, Hotel Palace of Golden Horses, The Mines, Seri Kembangan Selangor, 19/01/2011. KKLW telah meraikan mereka yang telah berjaya memimpin pertubuhan yang diwakili ke tahap yang membanggakan. Majlis yang gilang gemilang itu telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebagai pengiktirafan kepada mereka. Diawal majlis hadirin dipersembahkan video klip pencapaian KKLW sepanjang 2010 yang ternyata telah banyak membawa perubahan landskap sosio ekonomi rakyat dinegara bertuah ini, terutamanya prasarana kepada mereka yang tinggal di luar bandar.

YB Dato’ Seri Menteri KKLW dalam ucapan ringkas beliau antara lain menyentuh pencapaian terkini NKRA 2010 infrastruktur asas luar bandar, sehingga 31 Disember 2010, sejumlah 630.7 km jalan luar bandar bagi seluruh negara telahpun siap dilaksanakan. Melalui jalan luar bandar ini, kita telah menyediakan kemudahan pergerakan kepada 503,861 orang penduduk termasuk mereka yang berada di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Kedua, sejumlah 35,291 buah rumah lagi telah disambungkan dengan kemudahan bekalan air. Bekalan air ini telah memberi faedah bekalan air bersih dan terawat kepada 176,455 orang penduduk. Ketiga, sebanyak 27,209 buah rumah di seluruh Negara telah mendapat faedah bekalan elektrik dan dimanfaatkan seramai 136,045 orang penduduk. Keempat, sejumlah 16,926 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) telah berjaya siap dibina dan dibaik pulih di mana ia telah memberikan keselesaan kepada 84,630 orang penduduk.

Seterusnya Majlis Penyerahan Cek-cek Sumbangan Kepada Tabung BAKTIDESA disempurnakan oleh Pengerusi-pengerusi agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW). Sumbangan daripada pihak KESEDAR disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ramzi bin Abd. Rahman, Pengerusi KESEDAR.

Majlis MalamGemilang KKLW 2011

oleh: AHMAD BIN ABDULLAH

Mereka yang berjaya menerima anugerah-anugerah adalah seperti berikut;

KATEGORI PENERIMA

Anugerah Kecemerlangan MID 2010 (Daerah)

Parit Tengah, Batu Pahat Johor

Anugerah Kecemerlangan MID 2010 (Mukim)

Sungai Tengas, Bandar Baru

Kedah

Anugerah Anak Syarikat Terbaik 2010 FELCRA

Anugerah Koperasi Terbaik 2010 KOOP RKT Jeram Tekoh

Anugerah Khas Kemerlangan KKLW Khidmat Korporat

Walaupun ringkas, majlis cukup meriah dengan kehadiran 1000 hadirin, malah ada dikalangan mereka yang memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh penganjur, termasuk penjawat KESEDAR.

Page 7: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

Gua Musang – Pada 20 Mac 2011 telah berlangsung Majlis Pra Penyerahan Rumah di bawah Program Bina Rumah (PBR) dan Lot Kosong PPMS KESEDAR Sejahtera, Chin Teck yang telah disempurnakan oleh YB Encik Ab Aziz bin Yusoff, ADUN Galas. Pada majlis tersebut seramai 142 orang peserta miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih di kawasan Gua Musang telah menerima rumah PBR manakala 25 orang pekerja Ladang Chin Teck pula menerima lot kosong.

Tujuan pra penyerahan ini diadakan bagi membolehkan setiap peserta mengenalpasti kerosakan atau kecacatan, menjaga kebersihan dan keselamatan rumah berkenaan sebelum mereka dapat menduduki rumah tersebut apabila bekalan elektrik dapat dibekalkan oleh pihak TNB.

Dalam ucapan perasmian YB Encik Ab Aziz Yusoff merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak KESEDAR kerana berjaya mengadakan majlis pra penyerahan tersebut yang amat dinanti-nantikan sejak sekian lama oleh setiap peserta. Dengan penyerahan rumah dan lot kosong ini maka tertunailah sudah janji yang telah dibuat oleh pihak kerajaan persekutuan pada PRK Galas baru-baru ini.

Pra Penyerahan Rumah PBR dan Lot Kosong PPMS KESEDAR Sejahtera

Beliau menyeru kepada peserta PPMS supaya bersyukur dengan pemberian rumah dan lot kosong kehadrat Allah S.W.T dan berterima kasih kepada kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan KESEDAR. Beliau juga mengharapkan setiap peserta menghargai pemberian ini dengan menjaga rumah tersebut dengan sebaik-baiknya.

Turut hadir menyerikan majlis ialah anggota keluarga penerima bantuan PBR dan lot kosong seramai 350 orang beserta Encik Md Asri bin Jusoh, Pengurus Wilayah Gua Musang, Wakil Pegawai Jabatan Persekutuan Negeri Kelantan Jajahan Gua Musang, Pegawai-pegawai Kanan KESEDAR, pemimpin tempatan, warga pejabat WGM dan PO Sg. Terah.

BULETIN

KESEDA

R

7

oleh: HAJI OTHMAN SETAPA

Page 8: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULE

TIN

KES

EDA

R

8

maulidur rasul ibu pejabat

Seramai 250 orang kakitangan KESEDAR termasuk anak syarikat dan JKR telah hadir pada majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan pada 10.2.2011 di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Salleh bin Boniya, Penolong Akauntan KESEDAR dan disusuli dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Annuar b. Hj. Hashim, Tuan Qadhi Jajahan Gua Musang. Perkara-perkara yang dibincangkan oleh penceramah adalah :

1. Memperingati perjuangan Rasulullah S.A.W. dan mengambil panduan, pengajaran dari setiap yang telah disampaikan dan diajarkan oleh Baginda.

2. Supaya kita sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada terhadap anasir-anasir luar yang sentiasa cuba untuk merosakkan iman dan aqidah umat Islam.

3. Menjaga keluarga agar sentiasa berada di landasan yang telah ditetapkan Allah S.W.T.

Ceramah berakhir pada jam 10.30 pagi dengan program pengurusan jenazah mengambil tempat jam 11.30 pagi. Peserta telah didedahkan dengan teori dan praktikal beserta demonstrasi di dalam pengurusan jenazah. Program yang dihasratkan oleh Pengurus Besar ini, telah mencapai matlamatnya kerana berjaya memberi kesedaran kepada semua peserta mengenai persediaan menghadapi saat kematian, sentiasa mensyukuri nikmat Allah disamping menyampaikan lunas-lunas dan ketertiban dalam pengurusan jenazah.

Program ini berakhir jam 12.30 tengah hari. PWK dengan ini merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengurus Besar yang telah memberi peluang kepada PWK dan 3K menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Terima kasih juga kepada semua kakitangan KESEDAR, anak syarikat dan JKR yang hadir pada majlis tersebut.

Majlis Maulidur Rasul dan KursusPengurusan Jenazah KESEDAR, PWK dan 3K.

oleh: NORLIDA SAIDI AWANG TEH

Page 9: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULETIN

KESEDA

R

9

Bertempat di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faris Petra pada 19 Januari 2011, KESEDAR Wilayah Kuala Krai dan 17 buah jabatan Kerajaan di Kuala Krai terlibat dengan program gotong royong menyedia bubur asyura.

Setiap jabatan bertanggungjawab memasak satu kawah bubur asyura. Kemesraan ketika mengacau bubur asyura merapatkan kemesraan silaturrahim antara KESEDAR dengan jabatan/agensi kerajaan di jajahan itu yang terlibat. Program seumpama ini akan dijadikan agenda tahunan kepada KESEDAR Wilayah Kuala Krai dan jabatan/agensi kerajaan lain.

Kemeriahan program teserlah tanpa terasa penat kepada setiap orang yang menyertainya.

MajlisPenyampaian

CekJKKKP

Bubur ASYURAdi WilayahKuala Krai

oleh: NIK JOHAN NIK ABDULLAH

Kuala Krai, 20 Mac 2011, Majlis Penyampaian cek JKKKP DUN Mengkebang, Gucil dan Manik Urai Wilayah Kuala Krai telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.

Pada hari berikutnya, 21 mac 2011, jam 2.30 petang, bertempat di Dewan Wawasan RPT Jelawang, Kuala Krai, majlis yang serupa turut diadakan. Penyampaian cek JKKKP di semua DUN tersebut disempurnakan oleh YBhg Dato’ Ramzi bin Ab Rahman, Pengerusi KESEDAR.

Page 10: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

10

BULE

TIN

KES

EDA

R

Seminar Penyediaan Pelan Strategik Hala Tuju KESEDAR telah berlangsung dengan berkesannya pada 19 Februari 2011 sehingga 21 Februari 2011 di Hotel Star Regency, Cameron Highland. Seminar tersebut dihadiri oleh 49 peserta yang terdiri daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional, wakil Unit JKR KESEDAR dan juga pegawai anak syarikat-anak syarikat KESEDAR. Seminar ini penting kepada KESEDAR sebagai satu permulaan dalam merangka Pelan Strategik Hala Tuju ke arah biaya diri.

Semasa ucapan aluannya, Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR menekankan supaya hala tuju baru KESEDAR dapat dirangka semula selaras dengan dasar-dasar semasa di peringkat nasional. Perancangan ini penting bagi memastikan ia menjadi satu landasan yang jelas kepada KESEDAR untuk terus relevan kepada kumpulan sasar seterusnya menjamin masa depan dan hayat KESEDAR itu sendiri. YBhg. Dato’ Ramzi bin Abd. Rahman, Pengerusi KESEDAR pula menekankan supaya perancangan ke arah biaya diri harus menjadi agenda baru KESEDAR selaras dengan pelbagai pembaharuan dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan. Seminar ini diharap dapat mengenalpasti potensi dan peluang KESEDAR untuk menjadi sebuah agensi yang tidak bergantung kepada kerajaan sepenuhnya untuk menguruskan organisasi.

Sebanyak lima kertas telah dibentangkan dalam seminar tersebut oleh penceramah-penceramah jemputan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), FELDA dan UKM Pakarunding Sdn Bhd. Manakala tujuh kertas berkaitan aset dan potensi KESEDAR juga telah dibentangkan oleh pegawai-pegawai KESEDAR. Peserta telah dibahagi kepada tiga kumpulan bagi membincangkan dan merumus serta merangka hala tuju baru KESEDAR.

SEMINAR HALATUJUKESEDAR oleh: NOHISHAM AFFENDI ABDULLAH

Page 11: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

11

BULETIN

KESEDA

R

The Lanai Beach Resort, Pantai Tengah, Langkawi, 09/10/2010. Seramai 30 orang Pegawai Pengaduan Awam (PPA) & Pegawai Perhubungan Awam (PRO) KKLW dan jabatan/agensi dibawahnya telah berhimpun mengadakan retreat sempena Mesyuarat J/K Tetap Pengaduan Awam (JTPA) KKLW Bil. 1/2011 yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Zubir bin Abd. Ghani, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) KKLW. Objektif mesyuarat adalah untuk memperkasakan Sistem Penyampaian Kerajaaan (Government Delivery System) melalui Pengurusan Pengaduan Awam. Mesyuarat bersetuju untuk menggunapakai system e-aduan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), walaubagaimana pun ianya terlebih dahulu tertakluk kepada keputusan keupayaan dan keserasian (compatibility) i-SPAA yang sedang dibangunkan oleh Biro

Pengaduan Awam (BPA) dalam tempoh terdekat. Laporan Pengaduan Awam RIDSA juga pada dasarnya dipersetujui digunakan sebagai model laporan yang seragam.

Program disambung dengan retreat yang diurusetiakan oleh Unit Komunikasi Korporat (UKK) KKLW. Ia bertujuan untuk mendapatkan mekanisma atau resolusi memertabatkan pencapaian usaha-usaha murni kementerian kepada rakyat diseluruh Negara semenjak ianya ditubuhkan dengan langkah-langkah susulan yang bersepadu (integrated) dengan kos yang optimum tetapi memberi impak yang lebih luas. Untuk itu sesi 1 - 10 Plan Strategi Komunikasi telah dibincangkan secara panjang lebar ke atas skop-skop berikut;

1. Kos & Peruntukkan 2. Penyelarasan aktiviti-aktiviti3. Publisiti4. Penulisan5. Penglibatan Pihak Ketiga (Khas untuk Sabah &

Sarawak sahaja)6. Penjenamaan Semula Produk (Rebranding)7. Penubuhan Jawatankuasa Kerja8. Penggunaan Laman Sesawang (web-site) dan

kemudahan ICT (gadget yang lain)9. Kaunter Khidmat Pelanggan10. Penyelesaian Aduan-aduan Awam (Selari dengan

kempen/Slogan 1 Malaysia)

Manakala sesi 2 pula – Cadangan menubuhkan J/K Pengurusan Krisis KKLW untuk membantu pengurusan tertinggi jabatan/agensi dalam menyediakan informasi yang tepat dan cepat supaya tidak dimanipulasikan oleh medium-medium media yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Untuk itu sumber informasi boleh diperlolehi dari sebarang medium, pokoknya ianya terlebih dahulu perlu ditapis sebelum disiar/sidang akhbar oleh ketua jabatan/agensi. Antara perkara pokok yang dibincangkan adalah;

1. Sekiranya berlaku Krisis 2. Perhubungan ketika Krisis3. Kekangan Perhubungan ketika Krisis4. Sekiranya lewat respon / berkomunikasi5. Langkah-langkah Menghadapi Krisis

Dalam program yang sama, journalist tersohor, YBhg. Dato’ Abd. Kadir bin Jasin, Ketua Pengarah Kumpulan Berita Publishing telah menyampai ceramah bertajuk “Handling and Mishandling The Media”. Beliau banyak membongkarkan ruang-ruang yang boleh dimanipulasikan oleh pemberita yang tidak beretika, terutamanya pemberita dari media asing. Walau pun dalam waktu yang terhad, para peserta masih berpeluang menyertai sesi soal jawab yang dikira amat signifikan.

Sepanjang retreat sesi, para peserta saling melempar pendapat dan pandangan masing-masing untuk menghasilkan resolusi yang padat dan bernas disamping mengurangkan kelemahan dan kekangan. Perjalanan sesi retreat telah dirakamkan (CD) untuk rujukan para peserta. Hasil penemuan ini akan diangkat ke Kementerian Luar Bandar & Wilayah untuk diambil maklum.

Retreat PegawaiPengaduan Awam &

Pegawai PerhubunganAwam KKLW 2011

oleh: AHMAD ABDULLAH

Page 12: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

12

BULE

TIN

KES

EDA

R

Bahagian Teknologi Maklumat (ICT) KESEDAR telah mengadakan Hari keluarga pada 28 dan 29 Januari 2011 bertempat Lost World Tambun, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Seramai lebih kurang 30 orang telah menyertai hari keluarga ini yang mana mereka merupakan kakitangan dan keluarga Bahagian Teknologi Maklumat.

Rombongan telah bertolak ke Tambun pada pagi 28 Januari 2011 dan menginap di ‘homestay’ Tambun. Pada sebelah malamnya diadakan BBQ diadakan secara gotong-royong di antara kakitangan.

Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan kakitangan di samping beriadah bersama keluarga.

oleh: HASRI RIFDI HAMZAH

Page 13: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

Hadyai, Thailand ; Seramai 51 orang peserta yang terdiri daripada ketua-ketua peneroka RKT KESEDAR dan para pemimpin tempatan bersama kakitangan KESEDAR telah mengikuti Program lawatan sambil belajar ke Hadyai, Thailand pada 13 hingga 15 Januari 2011. Program ini adalah hasil cetusan idea YBhg. Dato’ Ramzi Ab. Rahman, Pengerusi KESEDAR yang bertujuan memberi pendedahan mengenai aktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kegiatan pelancongan desa kepada peneroka dan kakitangan. Selain program ini juga untuk mengukuhkan hubungan ukhwah dan silaturahim sesama peneroka dengan pegawai KESEDAR disamping mendapatkan maklumbalas berkaitan masalah serta cadangan pembangunan dan hal ehwal peneroka.

Lawatan ke Learning Center of Sufficiency Economy, di Amphoe Yarang, Wilayah Pattani, para peneroka diberi pendedahan berkaitan memajukan aktiviti pertanian seperti teknologi tanaman dan ternakan. Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan kaedah pembuatan baja tanaman dan makanan ikan menggunakan sumber-sumber yang terhad di persekitaran mereka.

Para peserta juga telah dibawa melawat ke Pusat Kraftangan Satu Kampung Satu Industri (OVOP) iaitu produk hiliran daripada pokok Tar. Pelbagai produk daripada pokok Tar diproses menjadi produk hiliran seperti minuman, bakul, beg tangan, dan cenderahati. Disini juga, para peserta dapat mempelajari pelbagai ilmu berkaitan perniagaan kecil dan sederhana disamping kaedah pengurusan perniagaan yang baik dan efisyen.

Memetik ucapan YBhg. Dato’ Ramzi Ab. Rahman, Pengerusi KESEDAR semasa sesi percambahan minda bersama ketua peneroka, program tersebut dilihat sebagai platform yang efektif untuk merapatkan hubungan peneroka dengan pegawai-pegawai KESEDAR. Melalui program sebegini, para peneroka dapat saling mengenal antara satu sama lain dengan lebih dekat dan berkongsi idea dan pendapat serta dapat memupuk semangat bekerja satu pasukan ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan. Di samping itu, penerangan dan penjelasan berkaitan sesuatu dasar dan program semasa Kerajaan juga dapat diberi kefahaman kepada kumpulan sasar dan mengubah persepsi dan tanggapan tidak baik peneroka kepada pihak KESEDAR, ujar Dato’ Ramzi lagi.

Sebahagian peserta yang terlibat dalam lawatan sambil belajar

Peneroka KESEDAR ke Thailand.

Sebelum itu, YBrs. Tuan Haji Mohd. Arshad Ismail, Pengurus Besar KESEDAR dalam ucapan aluannya berkata, KESEDAR sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan berkaitan program yang dilaksanakan KESEDAR terutamanya daripada kumpulan sasar. Menurut beliau juga, program lawatan sambil belajar ini telah membuka minda dan memberi banyak pengetahuan berkaitan memajukan aktiviti ekonomi desa terutamanya dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi peneroka dan berharap, manfaat yang diperolehi daripada program ini dapat dibawa balik dan dikongsi dengan peneroka-peneroka lain.

Lawatan Ketua-Ketua Peneroka Ke

HADYAI

BULETIN

KESEDA

R

13

oleh: KAMAL BADRUL HISHAM MOHAMED

Page 14: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULE

TIN

KES

EDA

R

14

SUMBANGSARANPENGURUSAN LADANG RKT

Program ini telah diadakan pada 22 & 23 Januari 2011 di Hotel Heritage Ipoh, Perak. Ia dihadiri oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada Pengurus-Pengurus Bahagian, Wilayah, Unit dan Pegawai-Pegawai daripada Bahagian Pertanian dan Pengurus-Pengurus Pejabat Operasi yang terlibat dengan ladang yang diurus oleh anak syarikat. Turut hadir, Pengurus Besar dan Timbalan-Timbalan Pengurus Besar KESEDAR dalam program tersebut. Objektif sesi sumbangsaran adalah:

i. Untuk memaklumkan kepada peserta bentuk pengurusan ladang sedia ada.

ii. Mencari mekanisma yang terbaik di dalam pengurusan ladang KESEDAR.

iii. Memantapkan pengurusan ladang KESEDAR bagi mencapai hasil yang optimum dengan kos yang minimum.

Program yang bermula jam 3.00 petang 22/1/2011, didahului oleh ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan disusuli dengan pembentangan kertas kerja oleh Pegawai Undang-Undang, Bahagian Pertanian dan Anak Syarikat (KDSB, KPSB). Di sebelah malamnya program diteruskan dengan acara berbengkel yang dibahagikan kepada 3 kumpulan. Ia diikuti dengan pembentangan oleh kumpulan-kumpulan bengkel dan sesi soal jawab diadakan pada keesokannya. Sesi sumbangsaran ini diakhiri dengan ucapan penutup dan rumusan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Arshad bin Ismail, Pengurus Besar KESEDAR.

oleh: NORLIDA SAIDI AWANG TEH

Page 15: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

24 Januari 2011, pihak pengurusan KESEDAR Wilayah Jeli telah mengadakan Majlis Himpunan Warga Kerja Wilayah Jeli sempena tahun baru 2011. Majlis bertujuan untuk meningkatkan ikatan persaudaraan dan silaturahim dalam kalangan warga kerja KESEDAR Wilayah Jeli.

Majlis dihadiri oleh seramai 67 orang pegawai dan kakitangan Wilayah jeli dilangsungkan di bilik mesyuarat Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli. Majlis turut dihadiri oleh Tn Haji Ramli Mat Zain, Pengurus KESEDAR Wilayah Jeli. Dalam ucapannya beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga kerja Wilayah Jeli di atas usaha keras menjayakan program yang di rancang pada tahun 2010. Beliau juga berharap semangat kerjasama dan kerja keras ini dapat diteruskan pada tahun 2011 dalam usaha untuk mencapai matlamat KESEDAR membela nasib masyarakat di Kelantan Selatan.

Majlis HimpunanWarga Kerja Wilayah JELI

15

BULETIN

KESEDA

R

Dalam majlis yang sama turut diraikan seramai 14 pasangan pengantin baru yang terdiri daripada anak-anak pegawai dan kakitangan KESEDAR Wilayah Jeli yang melangsungkan perkahwinan pada tahun 2010 dan 3 orang penjawat yang bersara.

oleh: FAUDZI AB. RAHMAN

Page 16: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

Sabtu, 5 Mac 2011 bertempat di Pusat Sivik Gua Musang dengan ucapan alu-aluan dari Encik Ahmad Jihaduddin bin Isa sebelum karvnival dirasmikan oleh YB Encik Abd. Aziz bin Yusoff, ADUN Galas, berlangsungnya Karnival KESEDAR Bersama The Red Warriors/ KAFA. Karnival yang julung kali diadakan diluar dari Kota Bharu yang dirangka oleh Kesatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Karnival diadakan untuk merealisasikan platform sukan sebagai jangkauan (outreach) yang membawa impak yang besar melangkaui agama, fahaman politik dan amalan budaya kepada rakyat jelata. Ini dinyatakan oleh YB Encik Abd. Aziz bin Yusoff dalam ucapan beliau di mana kebangkitan rakyat dalam menyokong pembangunan sukan nombor satu Negara, bolasepak, fenomena ini berlaku di setiap pelusok negeri, tidak terkecuali pada negeri Kelantan sahaja.jsasaahahahaajaja.a.a

BULE

TIN

KES

EDA

R

16

oleh: AHMAD ABDULLAH

Page 17: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULETIN

KESEDA

R

17

Dengan kerjasama jabatan, agensi dan badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gua Musang, KESEDAR sebagai penganjur berjaya menyelit beberapa pengisian seperti Senamrobik 1 Malaysia dengan 500 penyertaan terdiri dari pelajar sekolah dan orang ramai dari pelbagai lapisan usia, jualan produk Indusri Kecil dan Sederhana (IKS) KESEDAR, Persembahan Simfoni Kebudayaan Masyarakat Paloh, Pameran Kesihatan, kaunter penerangan peluang-peluang menyambung pelajaran ke IPTA (KPTM & UiTM), penaja-penaja utama KAFA dan Klinik Bolasepak kendalian Akademi KAFA dalam mencungkil bakat-bakat baru dari luar bandar. Kemuncak karnival ialah orang ramai berpeluang melihat dari dekat serta bergambar dengan ketiga-tiga piala yang dimenangi oleh pasukan Kelantan iaitu, Piala Sumbangsih Presiden Sultan Haji Ahmad Shah, Piala Malaysia dan Piala Emas Raja-Raja. Peminat-peminat setia bolasepak Kelantan juga tidak melepas peluang bergambar dan mendapat tandatangan pemain-pemain dan jurulatih pasukan Piala Presiden Kelantan

Karnival yang menarik lebih 3,000 pengunjung akan mengadakan siri jelajah Kelantan ke jajajahan lain pula, malah mengikut Tan Sri Dato Seri Panglima Hj. Annuar bin Musa, Presiden KAFA, pihak beliau juga sedang menimbang permohonan dari peminat-peminat setia The Red Warriors supaya turut diadakan di Lembah Kelang.

pensi dan badtan, agn kerjasama DDe rkk sam b tan agen badDDeeDeenneneenengggnnngggaaagagagannnannn aaan kkekekekeererjrjarjasaasasaamaama ma jabababatbaattaatttataan,an, n, ageggagegeenensnssi si dadaan an badbadadadaan an

pp

kp

mmt

pppp

mmp

jp

pp

H

Page 18: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

18

BULE

TIN

KES

EDA

R

Ada segunung kekalutanMula-mula menapak dibendangmu

Berdiang dengan sebutir pelita ayamDalam angin ribut nan karuan

Sungai Satan yang sungguh indahKenangan-kenangan silam

Kukuh terpahat

Ada Ahmad DaudOrang tua hatinya terpaut

Aku belum pastiTunangan nya orang itu

Soh tukang sukat Menjamu selera di restoranBersama Li kerani adikku

Dalam kekalutan mengejar bas SKMKDi Bandar Tanah Merah

Bandar matanya aku tersedak

Tuan Haji AzmiCeritamu ceritaku

Dukaku bukan dukamuRahsiamu banyak yang ku tau

Aladin Ramli dengan lampuAjaibnya

Aku mengatur langkahMeninggalmu Sg. Satan yang sepi dan retak

Pak Muda sayangkuAku masih mengenalimuTetapi engkau pura-pura

Tidak mengenalikuMasih ada hutang yang perlu

Engkau perjelaskan

Seketika mengenalimu Sg. SatanBanyak cerita kekalutan terpahat

Kenangan; Yusmah Yusoff

RKT Paloh Satu

Sungai SATAN,antara suka

duka mu

KeranaPerbezaan

Menyedari habitat alamKerana perbezaan .........

Tercipta Adam ...... tercipta HawaTapak-tapak gagah

Mula singgahMenjenguk maya biarpun jasad terpisah

Kerana perbezaan .....Lahirnya rumpun keturunan

Ria memakmurMenghangat dunia

Adam dan Hawa model di Jagat Raya

Ratap tangisnya merekaSebelum akhiri usia

Bimbang kalau-kalau .....Perbezaan itu mengundang petaka

Perpecahan meraja ...... merataMencalar adat dan budaya

Kerana perbezaan .....Bijak pandai bertelagah

Lantang dan galak bersuaraDemi menegak idea

Kata mereka.....Perbezaan itu faktaPerbezaan itu indah

Perbezaan itu perubahanNamun tanpa sedar

Perbezaan itu menutup ehsan kemanusiaanKukuh terpahat

Kerana perbezaan ......Ada jiwa melutut pasrah

Tidak pernah kalahSesungguhnya hidup itu Anugerah

Relaikan gundahDakapi muhasabah

Kerana yang terindah ....Adalah janji Allah

Biar apa pun perbezaan.

Nukilan: Norma Safwan (Rai’Asmat)

PO Sg. Asap

Page 19: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULETIN

KESEDA

R

19

Unit Audit Dalam KKLW telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan bersekali dengan Mesyuarat Ketua Unit Audit Dalam KKLW dan Ketua-ketua Unit Audit Dalam Agensi KKLW (MEKADA) pada 18 hingga 20 Februari 2011 bertempat di De Baron Resort, Pulau Langkawi dan dihadiri oleh kakitangan-kakitangan dari Unit-unit Audit Dalam KKLW dan Agensi KKLW yang terdiri dari FELCRA, RISDA, MARA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR dan KEDA.

Kursus Pengurusan Kewangan dan MEKADA

Kursus berkenaan diadakan secara dalaman yang mana setiap agensi diminta untuk membentangkan satu tajuk yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Unit Audit Dalam KESEDAR yang diwakili Puan Norliar binti Abd. Rahman, En. Rusli bin Abdullah dan Tuan Haji Mohd. Affandi bin Ab. Ghani telah membentangkan kertas kerja pengauditan berkenaan tajuk ‘Kawalan Pengurusan”. Di akhir kursus didapati bahawa perkongsian ilmu pengauditan di antara semua agensi membolehkan semua kakitangan Unit Audit Dalam menjalankan pengauditan dengan lebih professional agar semua agensi di bawah KKLW sentiasa cemerlang dan zero teguran audit.

Mesyuarat MEKADA Bil. 1 Tahun 2011 telah dihos oleh KEDA turut bercadang untuk mengadakan Hari Keluarga Unit Audit Dalam Agensi-agensi KKLW pada 21 dan 22 Mei 2011 di Everly Resort, Tanjong Keling, Melaka. Kesemua kakitangan yang ditempatkan di Unit Audit Dalam Agensi KKLW dijemput mengambil bahagian bagi mengukuhkan silaturahim antara kakitangan Unit Audit Dalam semua agensi di bawah KKLW.

oleh: HAJI MOHD. AFFANDI BIN AB. GHANI

Page 20: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULE

TIN

KES

EDA

R

20

Kursus Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja

Pada 23 dan 24 Februari 2011 bertempat di Hotel Sri Malaysia Ipoh Perak telah diadakan bengkel mengenai pengemaskinian fail meja untuk Bahagian Hartanah diadakan.

Seramai 24 orang peserta daripada kakitangan Bahagian tersebut telah mengambil bahagian.

Bengkel bertujuan untuk membincang dan mengemaskini Fail Meja penjawat mengikut kehendak jabatan.

Taklimat disampaikan oleh Tuan Hj. Wan Muhd Rahimi bin W. Salleh, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

oleh: SARBINI MOHAMAD

Page 21: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULETIN

KESEDA

R

21

Seminar dan Pameran Antarabangsa

“One Village One Product” 2010 Di Hanoi Vietnam

Tiga orang pegawai kanan KESEDAR iaitu Tuan Haji Mohd Bashir Hamzah, Pengurus Bahagian Perancangan, Tuan Haji Juhari bin Md. Yusoff, Pengurus Wilayah Kuala Krai dan Tuan Haji Ahmad @ Ahnal bin Othman, Pengurus Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan telah mengikuti Seminar Antarabangsa ‘One Village One Product’ di Hanoi, Vietnam pada 14-15 Disember 2010 yang lalu.

Objektif seminar ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pengusaha-pengusaha Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) bagi mencari rakan niaga (match making) dan aktiviti promosi bagi mempertingkatkan kualiti produk pengusaha-pengusaha luar bandar khususnya yang berada di bawah naungan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW). Ianya adalah lanjutan kepada Program Satu Daerah Satu Industri yang telah diadakan pada awal tahun 2010 di Melaka.

Vietnam membangun selepas perang (post war development) sebagaimana negara-negara maju seperti German dan Jepun yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 85 juta orang. Justeru, ia mampu menarik kemasukan pelabur asing (Foreign Direct Investments) yang agak tinggi dan mampu untuk memberi kesedaran kepada IKS-IKS di Malaysia, khasnya di Kelantan untuk terus bersaing di arus perdana. Malah kejayaan Vietnam membawa masuk pelabur asing secara tidak langsung telah berjaya menempatkan sesetengah pelabur antarabangsa yang satu masa dulu merupakan pelabur penting di Malaysia.

oleh: HAJI AHNAL OTHMAN

Page 22: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

Di samping menyertai seminar dan pameran IKS di Dewan Besar Pusat Konvensyen Hanoi, peserta juga dibawa melawat perusahaan buluh/ rotan dan seramik oleh peserta IKS Vietnam di Phu Vinh Bamboo and Craft Village. Antara pendedahan penting yang diutarakan oleh salah seorang penceramah undangan dari Jepun, Profesor Kunio Igusa, menyarankan supaya pengusaha-pengusaha IKS mula membuat anjakan paradigma untuk bertindak secara global berpaksikan produk tempatan (think globally and act locally) supaya produk-produk tempatan dapat bersaing dan menembusi pasaran antarabangsa. Daripada pemerhatian peserta, penyertaan IKS di Vietnam telah disertai oleh setiap lapisan masyarakat luar bandar, dewasa dan remaja malah mereka mampu menjana pendapatan melebihi dari apa yang mereka perolehi melalui aktiviti pertanian lain. Kekurangan bahan mentah untuk perusahaan yang diimport dari negara-negara jiran dan kilang kraf yang dibina juga bertindak sebagai ‘one stop centre’ di mana produk pengeluaran juga dieksport ke Negara Jepun dan Eropah. Diperhatikan mutu produk IKS buluh/ rotan yang dihasilkan tidak mampu menyaingi produk IKS Malaysia, namun jaringan (networking) mereka lebih kemas dan sudah sampai masanya bagi IKS Malaysia dikeluarkan secara besar-besaran bagi mendapat faedah economic of scale dengan bimbingan dan nasihat dari agensi seperti KESEDAR dan agensi-agensi lain secara berterusan.

BULE

TIN

KES

EDA

R

22

Page 23: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

23

BULETIN

KESEDA

R

232

BULE

BUBULE

ULELETIN

TI

KESEDA

R

KOLEJ Poly – Tech MARA (KPTMP) dan KESEDAR telah mengadakan perbincangan untuk membuka cawangan KPTM di Gua Musang mulai sesi pengajian Julai 2011. Hasrat penubuhan cawangan ini adalah idea Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah yang bertujuan memberi peluang belajar di peringkat yang lebih tinggi bagi penduduk luar bandar, supaya tidak terpinggir oleh arus kemajuan pendidikan masa kini.

Berikutan itu, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan untuk majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenainya akan ditandatangani pada bulan Mei nanti serta kemasukan pelajar perintis seramai 350 orang.

Dengan tertubuhnya institusi pengajian tinggi (IPT) di sini ia menjadi dorongan kepada masyarakat setempat khasnya para pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Buka Kampus di Gua Musang

oleh: MD. ASRI JUSOH

Page 24: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULE

TIN

KES

EDA

R

24

Sebanyak 42 buah rumah setinggan di Kampung Sungai Cindai, Bandar Baru Gua Musang telah musnah dalam kebakaran pada awal pagi 07 Januari 2011 lalu. Kebakaran yang berlaku jam 1.30 pagi itu melibatkan semua penghuni di situ tinggal sehelai sepinggang apabila gagal menyelamatkan harta benda masing-masing.

KESEDAR telah bertindak pantas dengan menghulurkan bantuan segera berupa sumbangan wang tunai RM1,000.00 untuk setiap keluarga. Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Bantuan tunai berkenaan diharap dapat membantu mangsa kebakaran bagi menampung urusan keperluan seharian terutamanya membeli peralatan persekolahan anak-anak yang baru saja memulakan sesi penggal 2011.

Dari Mukasurat 1

KESEDARBantu Mangsa Kebakaran

oleh: MD. ASRI JUSOH

Page 25: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

25

BULETIN

KESEDA

R

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, Kerajaan telah meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (PRE2) bagi meningkatkan kegiatan ekonomi Negara meliputi kawasan luar bandar. Bagi tahun 2010, peruntukan sebanyak RM3,000,000 telah diluluskan kepada KESEDAR bagi membantu bekas-bekas pelatih dan usahawan tani untuk meningkatkan kegiatan sosio-ekonomi mereka supaya lebih maju dan produktif. KESEDAR melalui Bahagian Ekonomi dan Pelaburan telah meluluskan bantuan ini bertujuan;

1. Membantu usahawan yang terlibat dalam perusahaan industri luar bandar, pertanian dan ternakan, memperkembangkan perusahaan melalui penyediaan bantuan mesin dan peralatan atau input pertanian.

2. Menambah bilangan usahawan Bumiputera dalam bidang industri luar bandar dan bidang pertanian serta ternakan.

3. Membantu usahawan melengkapkan kemudahaan yang diperlukan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti produk serta perkhidmatan yang sedang diusahakan.

4. Menyediakan bantuan pinjaman mudah dengan kadar bayaran balik yang rendah.

Penerima bantuan hanya dikenakan 20% sebagai pinjaman tanpa caj perkhidmatan dan 80% lagi adalah geran. Walau bagaimana pun, pemohon perlu mengemukakan cagaran dalam bentuk bill of sale atau penjamin. Pemohon yang layak menerima bantuan adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat sebagaimana berikut;

a. Pernah mengikuti latihan kemahiran atau pertanian yang dianjurkan oleh KESEDAR atau agensi-agensi lain.

b. Perusahaannya beroperasi dalam kawasan Kelantan Selatan.

c. Perusahaan dijalankan sepenuh masa.d. Perusahaan dimiliki 100% oleh bumiputera.

Syarat-syarat lain yang akan dipertimbangkan ialah;

a. Berumur diantara 18 hingga 56 tahunb. Tempoh bayaran balik ialah diantara 4 hingga 10

tahun.c. Had bantuan / pinjaman daripada RM 1,000.00 hingga

RM 60,000.00.

Bagi bantuan untuk input pertanian dan ternakan, tempoh penangguhan bayaran balik (grace period) boleh dipertimbangkan sehingga mendapat hasil pertama mengikut jenis tanaman / ternakan. Hasil kutipan balik sebanyak 20% daripada jumlah bantuan kepada usahawan akan dimasukkan kedalam satu tabung, sebagaimana skim-skim yang lain. Bagi melicinkan PRE2, Bahagian Ekonomi Dan Pelaburan telah mengadakan satu majlis perjumpaan dengan penerima bantuan bagi menyempurnakan Perjanjian Bantuan Bekas Pelatih Kemahiran Dan Input Pertanian/Ternakan pada 25 Januari 2011 (Selasa) bertempat di Dewan Rahmat Ibu Pejabat KESEDAR.

AGIHAN BANTUAN PRE2

Bil Wilayah Jumlah (RM) Bil. Penerima

1 Kuala Krai 999,690 16

2 Jeli/Tanah Merah 461,300 29

3 Gua Musang 455,010 19

4 Bahagian Pertanian RKT 84,000 10

BANTUAN USAHAWAN TANI

Bil Wilayah Jumlah (RM) Bil. Penerima

1 Kuala Krai 332,700 11

2 Jeli/Tanah Merah 289,000 11

3 Gua Musang 141,000 8

4 Bahagian Pertanian RKT 237,300 6

Bantuan Ekonomi Melalui PRE 2oleh: HAJAH GAYAH ISMAIL

Page 26: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

RKT KESEDAR Lebir, Gua Musang – Pada 01 Mac 2011, YBhg. Dato’ Ramzi bin Ab. Rahman, Pengerusi KESEDAR telah melakukan lawatan sempena Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sek. Keb. Lebir, Gua Musang kali ke 27. Secara kebetulan ia sekolah pertama yang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG di jajahan Gua Musang pada tahun ini.

Semasa berucap merasmikan majlis yang gilang gemilang itu, YBhg. Dato’ Pengerusi menzahirkan kegembiraan kerana dapat bersua muka dengan masyarakat peneroka di RKT Lebir. Beliau turut menitipkan nasihat supaya masyarakat di kawasan itu menggandakan usaha untuk memajukan diri dan keluarga terutamanya didalam menentukan pendidikan anak-anak sentiasa di dalam perhatian ibubapa. Ini kerana tidak ada jalan pintas untuk merubah nasib dan kehidupan melainkan dengan pencapaian pelajaran yang terbaik.

Menyentuh mengenai projek pembangunan di kawasan tersebut, YBhg. Pengerusi memaklumkan projek pembinaan jalan yang tergendala telah di sambung semula dan dijangka siap pada Julai 2011, disamping projek bekalan air bersih akan disediakan oleh KESEDAR dengan kos sebanyak

RM5.6 juta. Dalam majlis yang sama juga, beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40,000 untuk membina pagar sekolah.

Turut hadir di majlis tersebut En. Ahmad Jihaduddin bin Isa, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Tuan Haji Mohamad Suhaimi bin Othman, Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian dan Ketua Peneroka RKT Lebir.

Lawatan DATO’ PENGERUSI ke LEBIR

BULE

TIN

KES

EDA

R

26

oleh: WAN MOHD DIN WAN MOHAMED

Page 27: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

JELI: 27 Februari 2011, sempena tahun baru 2011, pihak pengurusan KESEDAR Wilayah Jeli telah mengadakan majlis perjumpaan dan amanat tahun baru YBrs. Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji Mohd Arshad Ismail telah melapangkan masa untuk bersama warga kerja KESEDAR Wilayah Jeli. Majlis telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat KESEDAR Wilayah Jeli. Majlis telah di hadiri seramai 67 orang warga kerja KESEDAR Wilayah Jeli.

Dalam ucapannya, Tuan Pengurus Besar KESEDAR merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penjawat KESEDAR, khususnya kepada pegawai dan kakitangan Wilayah Jeli kerana telah berjaya melaksanakan semua program yang dirancang pada tahun 2010. Beliau memaklumkan bahawa pada tahun 2010, sebanyak 99.9% peruntukan pembangunan yang disalurkan kepada KESEDAR telah dapat dibelanjakan.

Majlis Perjumpaan dan Amanat 2011 Pengurus Besar

YBrs. Tuan Pengurus Besar juga memaklumkan bahawa pada tahun 2011 KESEDAR telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM41 juta. Beliau berharap pegawai dan kakitangan KESEDAR dapat meningkatkan usaha bagi meningkatkan prestasi pada tahun 2011. Ini dapat dicapai dengan kerjasama antara semua penjawat KESEDAR.

Pada majlis berasingan pada hari yang sama juga diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Jeli. Majlis turut dihadiri oleh Pengurus-Pengurus Bahagian dan Ketua-Ketua Unit KESEDAR.

BULETIN

KESEDA

R

27

oleh: FAUDZI AB. RAHMAN

Page 28: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

28

BULE

TIN

KES

EDA

R

Bertempat di Hotel Sheraton Kuala Lumpur, Rabu, 9 Mac, 2011 Unit Korporat & Komunikasi KKLW telah menganjurkan Pelancaran Media Blitz KKLW yang telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Mohd Shafie bin Hj Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kempen Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) di KKLW khususnya untuk menghebahkan pencapaian kejayaan dan dasar oleh kementerian kepada rakyat seluruh negara. Promosi yang julung kali ini melibatkan semua kategori saluran (Channel) media seperti media cetak, elektronik dan blog bertujuan menjelaskan kejayaan KKLW dalam mencapai sasaran NKRA sehingga tahun berakhir 2010. Di sepanjang proses pencapaian yang dilalui, pelbagai kemudahan dan bantuan terus ditawarkan kepada rakyat yang layak menikmatinya. Sehubungan dengan itu, tambah YB Menteri lagi,

Media BLITZ KKLWoleh: AHMAD ABDULLAH

Page 29: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

BULETIN

KESEDA

R

29

kesinambungan silaturahim dan perkongsian pintar (smart partnership) diantara KKLW dengan media perlu dipertingkatkan. Majlis yang turut dihadiri oleh YB Timbalan-Timbalan Menteri KKLW, pegawai-pegawai kanan KKLW, ketua-ketua jabatan dan agensi dibawah KKLW, editor, wartawan dan penulis blog (bloggers).

YB Menteri juga mengimbau kejayaan KKLW sepanjang tahun 2010 iaitu antaranya sepanjang 775.9 km jalan luar bandar telah diterima melebihi sasaran 751.9 km (103%) yang meliputi 213.5 km di Sabah manakala 317.6 km di Sarawak. Membekalkan air bersih kepada 35,291 isi rumah dengan 12,231 di Sabah dan 4,004 di Sarawak. Menyediakan sebanyak 27,209 rumah selesa didiami (termasuk membaikpulih rumah) menjangkaui sasaran 25,312 (107%), 2,274 di Sabah dan 7,331 di Sarawak. Menyediakan bekalan elektrik 24 jam untuk meningkatkan produktiviti penduduk luar bandar kepada 27,209 isi rumah iaiti 14,194 di Sabah dan 12,256 di Sarawak.

YB Menteri mempunyai keyakinan ke atas usaha dan komitmen yang digembelingkan oleh KKLW mampu membantu penduduk luar bandar menjana pendapatan ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pemerkasaan aktiviti Industri Kecil dan Sederhana (IKS), memperbanyakkan aktiviti berasaskan agro-politan, mengadakan usaha sama dengan syarikat multi-nasional, mempelbagaikan (diversify) strategi pemasaran yang lebih luas melalui capaian ICT, menyuntik nilai-nilai komersial dalam produk-produk luar bandar dan meluaskan pasaran yang mampu berdaya saing hingga ke luar negara.

Akhirnya YB Menteri menyeru semua pihak agar sama-sama menjaya dan merealisasikan segala usaha untuk mencapai objektif Model Baru Ekonomi (MBE) sebagai agenda jangkamasa panjang dalam RMKe 10 yang menjadi teras untuk dilaksanakan dalam RMKe 11 yang akan mengubah ekonomi negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi di samping pertumbuhan berkualiti pada tahun-tahun mendatang.

Page 30: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

30

BULE

TIN

KES

EDA

R

PROJEK AKUAPONIK

AGROPOLITANKELANTAN SELATANProjek Akuaponik Agropolitan Kelantan Selatan di Rantau Manis Gua Musang, Kelantan merupakan projek usahasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)–Universiti Malaysia Kelantan (UMK)-KESEDAR. Ia mula beroperasi sejak Disember 2010 bertujuan menambahkan pendapatan sampingan peserta Projek Agropolitan Kelantan Selatan (PAKS) dengan menggunakan sistem penternakan ikan secara integrasi dengan tanaman sayur-sayuran.

Sistem Akuaponik adalah gabungan antara ternakan akuakultur dan tanaman secara hidroponik (tanaman tanpa tanah) yang menggunakan air buangan daripada tangki ternakan ikan untuk memberi nutrien/ baja kepada tanaman tersebut. Akar tumbuhan berfungsi sebagai penapis biologi untuk membersihkan air dan ini membolehkan air tersebut diguna semula untuk ternakan ikan.

Bagi tempoh percubaan ini, 10 buah kolam plot tanaman sayuran yang berukuran 200 kaki persegi dan 10 tangki ternakan ikan keli untuk 10 orang peserta perintis PAKS. Sebanyak 1000 ekor benih ikan keli dan benih sayuran seperti lobak hijau, bayam merah, kangkung dan kailan telah diberikan kepada setiap peserta. Mereka diberi tanggungjawab untuk memelihara dan menjaga kolam masing-masing bagi menjamin pendapatan yang lebih tinggi. Ini kerana, hasil ternakan ikan keli dan sayuran tersebut akan dijual berdasarkan kiraan hasil kolam masing-masing.

Dengan adanya sistem akuaponik ini, diharapkan para peserta mampu menambahkan pendapatan mereka selain pendapatan utama daripada ladang sawit dan penanaman koko. Apatah lagi sistem ini tidak sukar untuk dikendalikan dengan bantuan surirumah.

oleh: NORHALIZA ISMAIL

Page 31: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

JELI, Pasukan bolasepak KESEDAR telah mengambil bahagian dalam pertandingan Bola Sepak Liga Jeli bagi merebut Piala Ketua Jajahan Jeli. Pertandingan ini disertai oleh 12 pasukan terdiri dari Jabatan- Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan Pusat dan Negeri. Pasukan-pasukan telah di bahagikan kepada 4 kumpulan dan KESEDAR FC telah diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama TNB FC dan YIK FC. Pertandingan

KESEDAR F.C Melangkah Bergaya Ke Suku Akhir Liga J

BULETIN

KESEDA

R

31

telah bermula pada 20 Februari 2011 dan dijadual kan berakhir pada 17 April 2011.

KESEDAR telah menjuarai kumpulan D setelah berjaya menumpaskan pasukan TNB FC dengan jaringan 6–1 dan menewaskan YIK FC dengan jaringan 7–0. Dengan kemenangan ini telah melayakkan pasukan KESEDAR FC melangkah ke pusingan Suku Akhir.

Pasukan menembak KESEDAR telah memenuhi jemputan bersama 13 pasukan lain ke Pertandingan Menembak Antara Jabatan-Jabatan dan Agensi Kerajaan serta Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Gua Musang sempena sambutan Hari Polis ke 204.

Sekali lagi pasukan menembak wanita KESEDAR berjaya membuktikan mereka sebagai antara yang terbaik dan penyertaan mereka perlu diberi perhatian oleh pesaing-pesaing. Bagi acara berkumpulan Pasukan Wanita telah berjaya mendapat tempat Keempat acara berpasukan dalam acara Jatuhan Piring Besi (Falling Plate), manakala bagi acara menembak individu, wakil KESEDAR telah membuktikan kehebatan apabila YM Tg. Hayati Akmal bt. Tg. Hitam mendapat tempat kelima dan Puan Zawari Mohamad di tempat keenam. Nasib tidak menyebelahi pasukan lelaki pada pertandingan kali ini kerana gagal meraih sebarang tempat. Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh YB Ab. Aziz bin Yusoff, ADUN Galas.

Pertandingan Menembak Hari Polis Ke 204oleh: AINA BINTI ZAKARIA

oleh: FAUDZI AB. RAHMAN

Page 32: LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN … KEMAJUAN KELANTAN SELATAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH BIL. 1 / 2011 • JANUARI-MAC EDARAN PERCUMA  berita selanjutnya

Menunaikan Umrah

i. Tuan Haji Mohd. Arshad bin Ismail (PB)

ii. Tuan Haji Saadon bin Setapa (PRT)

iii. Puan Hajah Mariam binti Hasbullah (PT)

iv. Encik Mohamad bin Hussin (PO)

Perkahwinan

i. En. Muhamad Ridhwan bin Hussin @ Mohd Nawi

Pada 4/2/2011 (Isteri - Juhaizah binti Jopely)

ii. Pn. Nor Roziana binti Samat @ Zakaria

Pada 2/10/2010 (Suami - Mohd Hafiz bin Zainon)

Menimang Cahaya Mata

i. Puan Norhayati binti Abd. Rahman

Bahagian Perancangan @ Penilaian

ii. Puan Siti Rozila binti Mohd. Razali

Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia

iii. Puan Normazurainy binti Abdullah

Bahagian Teknologi Maklumat

Bersara Pilihan

i. Tuan Haji Jasmi bin Yusoff – 1/1/2011

Pembantu Teknik Ukur J29

ii. Puan Wan Zuraidah binti Wan Zain– 1/1/2011

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

iii. Puan Hamidah binti Ismail – 1/1/2011

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

iv. Encik Abdul Aziz bin Abdul Rashid – 1/1/2011

Pembantu Pembangunan Masyarakat S17

v. Encik Abdul Aziz bin Mat Zain – 3/1/2011

Penyelenggara Setor Rendah N14

vi. Encik Che Mahmud bin Ismail – 3/1/2011

Penyelia Rancangan Tanah Gred G22

vii. Tuan Haji Mohamed bin Hamzah – 4/1/2011

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S38

viii. Encik Mohamed bin Yasok – 31/3/2011

Penyelia Rancangan Tanah G17

ix. Encik Din bin Yusoff – 23/1/2011 (Medical Board)

Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N22

Info Ringkas Penjawat KESEDAR

32

BULE

TIN

KES

EDA

R

Bersara Wajib

i. Encik Wan Abdullah bin Wan Yusoff – 10/3/2011

Penolong Pegawai Tadbir N32

ii. Encik Awang bin Dollah – 31/3/2011

Pemandu Kenderaan R6

Pertukaran

i. Tuan Hj. Ramli bin Mat Zain

Wilayah Jeli ke Perancangan dan Penilaian 1/2/2011

ii. Encik Ahmad Tarmidzi bin Rashid

Pejabat Operasi Perala ke Wilayah Jeli 1/2/2011

iii. Encik Amran bin Din

Wilayah Jeli ke Pejabat Operasi Perala 1/2/2011

iv. Tuan Hj. Abdullah bin Setapa

Pejabat Pengurus Besar ke Bhg. Ekonomi

dan Pelaburan 15/2/2011

v. Puan Masheran binti Hussin

Bhg. Pertanian ke Pejabat Pengurus Besar 15/2/2011

vi. Encik Wan Zaimi bin Wan Daud

Bhg. Ekonomi dan Pelaburan ke

Wilayah Kuala Krai 20/2/2011

vii. Tuan Hj. Wan Muhd Rahimi bin Wan Salleh

Bhg. Pent. & Peng. Sumber Manusia ke KPSB

(dipinjamkan) 15/3/2011

viii. Tuan Haji Othman bin Ismail

KPSB ke Bhg. Pent. & Peng. Sumber Manusia 15/3/2011