lelaki dan perempuan

Upload: radziah-zainuddin

Post on 04-Apr-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 lelaki dan perempuan

    1/7

    PERBEZAAN LELAKI DAN PEREMPUAN

    Perbezaan Antara Cinta Lelaki dan Perempuan

    Jul 5th, 2011 byadele

    Assalamualaikum W.B.T dan Salam Ukhwah..

    Di sebalik kebosanan aku melalui hari-hari latihan industri ini, lebih baik aku

    berkongsi sesuatu yang menarik dengan kalian semua. Baru-baru ini aku telah membeli sebuah buku

    yang bertajuk Terapi Patah Hati. Okey, memang dasyat sangat kan sampai patah hati, memang

    parah. Tapi sebenarnya bukanlah aku patah hati sangat pun,cuma buku ini kandungannya berjaya

    menarik perhatian aku di samping merawat kedukaan dan keperihan yang aku lalui.

    Marilah kita melayan perasaan dengan menghayati setiap bait-bait kata ini..(Apsal lah aku ni jiwang

    sejak kebelakangan ni. Sori ya )

    Kalau nak kongsi artikel ni, minta kreditkan ke blog ini ya. Penat tau saya taip.ahahaha

    1. Ketika ada wanita yang membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu diamencintainya setengah mati.

    2. Wahai lelaki, ketika kau merasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti kaumencintainya.

    3. Di sebalik kejayaan setiap wanita, dia pernah melalui kegagalan dalam bercinta.4. Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaku, ternyata merupakan persoalan hidup

    dan mati bagi wanita.5. Ketika lelaki mengatakan Perempuan itu tidak mempunyai hati, bererti wanita tersebut telah

    berjaya merebut hatinya.

    6. Cinta seorang lelaki bagaikan menulis di atas air atau paling hebat seperti dia menulis di ataspasir.

    7. Hati wanita yang mabuk dilamun cinta bagaikan mihrab emas yang biasanya hanya patungtanah yang berlindung di bawahnya.

    8. Bagi wanita, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya iaitu mencintai, dikecewakan dankemudian bersedih.

    9. Banyak lelaki yang membunuh diri kerana cinta, tetapi wanita jauh lebih ramai.

    http://cetusanhati.com/personal-life/perbezaan-antara-cinta-lelaki-dan-perempuanhttp://cetusanhati.com/personal-life/perbezaan-antara-cinta-lelaki-dan-perempuanhttp://cetusanhati.com/author/dilaa00http://cetusanhati.com/author/dilaa00http://cetusanhati.com/author/dilaa00http://cetusanhati.com/personal-life/perbezaan-antara-cinta-lelaki-dan-perempuan/attachment/post-2019-0-82371700-1303514373http://cetusanhati.com/personal-life/perbezaan-antara-cinta-lelaki-dan-perempuan/attachment/post-2019-0-82371700-1303514373http://cetusanhati.com/personal-life/perbezaan-antara-cinta-lelaki-dan-perempuan/attachment/post-2019-0-82371700-1303514373http://cetusanhati.com/personal-life/perbezaan-antara-cinta-lelaki-dan-perempuan/attachment/post-2019-0-82371700-1303514373http://cetusanhati.com/author/dilaa00http://cetusanhati.com/personal-life/perbezaan-antara-cinta-lelaki-dan-perempuan
  • 7/29/2019 lelaki dan perempuan

    2/7

    10. Cinta ialah sebuah kisah yang di dalamnya terdapat wanita yang bangga berperanan sebagaipahlawan. Sedang bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.

    11. Dalam kehidupan seorang wanita, ada suatu masa yang dia merasa perlu untuk mencintaiseorang lelaki dengan sepenuhnya.

    12. Cinta, wanita, lelaki dan larangan.13. Betapa pun seorang wanita bermulut seribu, namun cinta akan mengajarnya diam.14. Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.15. Dalam bercinta, seorang lelaki selalu ingin tahu apa yang dilakukan kekasihnya.16. Ketika wanita mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.17. Dalam cinta, lelaki adalah penyerang dan wanita yang bertahan.18. Dalam bercinta, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu hal, iaitu

    mencintainya terus menerus.

    19. Keinginan seorang wanita dapat diubah-ubah oleh orang yang dia cintai.20. Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada wanita, namun tidak demikian dalam bercinta.21. Dalam cinta, lelaki bak serigala yang ganas, hati-hatilah. Manakala wanita pula sanggup

    menyerahkan segalanya dan sedia berkorban.

    22. Cinta mungkin berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak sedemikian.23. Tiada apa yang mampu mencabut cinta daripada hati seorang wanita, selain cinta yang baru.24. Seorang wanita tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.25. Cinta merasuk jiwa seorang wanita dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan

    kekaguman.

    26. Wanita mencintai pasangannya untuk dirinya, demikian juga dengan lelaki.27. Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang wanita

    bagai lembaran-lembaran kertas yang tiada penghujungnya.

    28. Kebahagiaan wanita adalah ketika dia dapat mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.29. Ketika wanita jatuh cinta, dia memulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.30. Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri seorang wanita.

    Sumber: Terapi Patah Hati oleh Salahudin Abdul Razak dan Rusydi Ramli Al-Jauhari.

  • 7/29/2019 lelaki dan perempuan

    3/7

    MENGENALI PERBEZAAN BAHASA LELAKI DENGAN WANITA DALAM MEMBINA

    PERSEFAHAMAN DAN KERJASAMA

    Fenomena pekerjaan di Negara kita memberi peluang yang sama rata tidak kira lelaki

    mahupun wanita di dalam kebanyakan bidang. Oleh itu, membina kemahiran

    berkomunikasi di kalangan kakitangan lelaki dan wanita bagi tujuan menjalin persefahaman

    dan kerjasama antara kedua-dua pihak haruslah dititikberatkan ke arah perkhidmatan yang

    berkualiti. Bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni di kalangan pekerja lelaki dan

    wanita, kedua-duanya perlu memahami ciri-ciri tingkah laku dan bahasa jantina yang

    berbeza antara satu sama lain. Jika dilihat pada ciri-ciri tingkah laku dan bahasa wanita,

    terdapat kajian yang menyatakan wanita lebih submisif, iaitu mudah mengalah, lebih mudah

    terkesan oleh tekanan-tekanan sosial, dan lebih responsif kepada keperluankeperluan orang

    lain. Wanita juga lebih mengambil berat pada pendapat orang lain, lebih menyumbang

    kepada kelancaran perbualan dan wanita memberi lebih banyak maklumbalas positif kepadaorang lain yang sedang bercakap. Manakala di pihak lelaki pula, mereka lebih banyak

    memulakan interaksi dan mereka juga lebih banyak mencelah orang lain dan juga lebih

    banyak tidak peduli kepada kata-kata orang lain berbanding wanita. Wanita juga apabila

    berkata-kata lazimnya akan menggunakan lebih banyak perkataan, menggunakan kata

    penekan maksud seperti amat, terlalu, sangat dan juga lebih banyak bertanya dan lebih

    banyak menggunakan soalan ekor, seperti Cantik tak?. Penggunaan perkataan emosi juga

    seringkali digunakan oleh wanita berbanding lelaki. Lelaki pula seringkali membuat

    kesilapan nahu, bahasa slanga dan juga lebih banyak menggunakan gaya bahasa agresif

    berbanding wanita yang lebih suka menggunakan bahasa lembut.

    Walaubagaimanapun, sebenarnya lelaki dan wanita sama banyak bercakap tentang

    perasaan mereka. Kajian mendapati apabila lelaki bercakap dengan lelaki, mereka kurang

    menggunakan kata-kata emosi berbanding apabila lelaki bercakap dengan wanita.

    Manakala bagi wanita, bilangan perkataan emosi yang digunakan adalah sama banyaknya

    sama ada mereka bercakap dengan lelaki mahupun wanita. Bagi penggunaan kata pelapik

    seperti mungkin juga digunakan sama banyak sama ada ketika lelaki bercakap dengan

    lelaki mahupun ketika lelaki bercakap dengan wanita.

    Terdapat teori yang menyatakan bahasa lelaki menunjukkan kuasa yang mereka miliki dan

    dominasi ke atas wanita. Gaya bahasa lelaki melambangkan ilmu pengetahuan, kemahiran

    dan maklumat yang betul. Disebabkan itu, perbualan di antara sesama lelaki akan lebih

    kepada cuba memperlihatkan status masing-masing dan ini juga merupakan cubaan agar

    mereka tidak dilihat sebagai orang kecil yang tidak penting.

    Manakala bagi perempuan pula, mereka berbual untuk menjalin hubungan. Oleh itu,

    bahasa yang digunakan bersesuaian dengan tujuan mereka di mana mereka lebih suka

    menunjukkan mereka ada banyak persaman dengan orang lain dan mempunyaipengalaman

    yang serupa. Perbezaan-perbezaan inilah yang menimbulkan banyak masalah salah faham

  • 7/29/2019 lelaki dan perempuan

    4/7

    antara lelaki dan wanita contohnya lelaki dan wanita tidak suka percakapan mereka dicelah

    tetapi terdapat perbezaan perbuatan mencelah yang tidak disukai oleh mereka.

    Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan tingkah laku dan bahasa lelaki dan wanita.

    Hakikatnya kaum adam dan hawa sememangnya dilahirkan dengan gaya bahasa dan tingkah

    laku tersendiri yang mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

    Walaubagaimanapun, bagi mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni untuk menjamin

    output yang berkualiti perbezaan-perbezaan ini harus difahami. Satu kemestian yang tentu

    adalah penerapan budi bahasa dan tingkah laku yang baik sebagai agenda setiap

    individu/kakitangan dalam membina organisasi yang cemerlang selaras dengan kempen

    kerajaan untuk menjadikan BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

    Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah: & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan

    perempuan satu akal dan sembilan nafsu. Bukanlah maksud saya di sini bahawa orang lelaki lebih

    bijak kerana dia diberi sembilan akal, tetapi, tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara

    lelaki dengan perempuan. Secara umum, dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza

    tentang:

    - Cara berkomunikasi

    - Cara berfikir

    - Tahap kepekaan dan perasaan

    - Tanggapan

    - Tindakan dan perbuatan

    - Kaedah mempamerkan kasih sayang

    - Kehendak mempamerkan kasih sayang

    - Kehendak dan pengharapan

    - Cara mempamerkan penghargaan

    - Cara dan tahap pengorbanan

    - Cara dan daya khayalan

    - Daya pengamatan dan konsentrasi

    - Cara dan pengisian doa

    - Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. Jadi pantang

    ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat

    perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya

    agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu

    ketat, maka dia akan menegurnya.

    - Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala

    perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan

    kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah

    bersimpati dan sedia berkorban.

    - Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki,

    mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.

    Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.

    - Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti

    ingat, jangan cuba membohongi isteri!

    - Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya

    kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila

    bermasalah.

  • 7/29/2019 lelaki dan perempuan

    5/7

    - Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan,

    apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain.

    Orang lelaki pula lebih fleksibel.

    - Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun.

    Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.

    - Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan

    ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau

    tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari,malah

    berminggu-minggu.

    Perbezaan antara ego lelaki dan ego perempuan, Mana yang lebih

    hebat?

    KALAU anaknya demam, ibu pasti bercekang mata menjaga hingga pulih. Walaupun penat menjalankan tugas

    harian, kerisauan terhadap anak menyebabkan ibu lupa segala lelah. Jika suami pula lesu dan tidak bertenaga, si

    isteri jugalah yang akan bergegas ke klinik mahu pun farmasi untuk mendapatkan ubat atau vitamin bagimengembalikan kesegaran suaminya.

    Jika rakan karibnya mengalami masalah, wanita akan sentiasa melapangkanmasa untuk mendengar apatah lagi

    menghulurkan `bahu sebagai tempat untuk melepaskan kehancuran hati. Betapa sensitif wanita terhadap

    kebajikan individu yang tersenarai dalam hidup mereka. Mereka juga dikatakan lebih memahami dan mudah

    memaafkan walau masalah yang dilalui terlalu perit untuk ditelan.

    Hati wanita juga dikatakan begitu halus, hingga mereka mampu merasakan kegembiraan juga kesedihan insan

    lain tanpa melakukan komunikasi. Hanya menggunakan pandangan mata kasar, mereka lazimnya mampu

    meleraikan teka-teki yang bermain dalam kotak pemikiran. Mungkin, itulah antara kelebihan yang

    dianugerahkan Tuhan.

    Berbeza dengan lelaki, mereka kelihatan lebih tegas dan kasar dalam mengetuai kehidupan sekali gus keluargamereka sendiri. Sukar melihat seorang lelaki menitiskan air matanya. Hanya perubahan air muka saja dapat

    menunjukkan perasaan yang sedang dialami kaum Adam itu apatah lagi ingin melihat mereka memanjakan atau

    menunjukkan kasih sayang yang dipendam.

    Mungkin juga adat dan tradisi pembesaran menjadikan lelaki lebih tabah dan berkeras dalam setiap perkara

    dilalui berbanding dengan wanita yang lazimnya dikaitkan dengan kelembutan.

    Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berpendapat, lelaki tidak seharusnya terasa egonya tercabar

    dalam menunjukkan kasih sayang mereka terhadap pasangan atau termasuk keluarganya. Perasaan yang dimiliki

    boleh dibuktikan menerusi kelakuan dan ia adalah lebih romantis serta dihargai kerana ia bukanlah perkara yang

    memalukan atau melanggar didikan agama yang dianuti.

    Dr Mohd Fadzilah berkata, sebalik perasaan malu atau hilang macho, perasaan sayang yang dibuktikan

    menerusi perbuatan juga adalah satu cara terpuji dan berlandaskan sunnah Nabi, yang tidak segan silu untuk

    membantu isterinya dalam menyelesaikan tugasan rumah, begitu juga menunjukkan kasihnya dengan memegang

    dan membelai.

    http://www.mummynemo.com/2011/10/perbezaan-antara-ego-lelaki-dan-ego-perempuan-mana-yang-lebih-hebat/http://www.mummynemo.com/2011/10/perbezaan-antara-ego-lelaki-dan-ego-perempuan-mana-yang-lebih-hebat/http://www.mummynemo.com/2011/10/perbezaan-antara-ego-lelaki-dan-ego-perempuan-mana-yang-lebih-hebat/http://www.mummynemo.com/2011/10/perbezaan-antara-ego-lelaki-dan-ego-perempuan-mana-yang-lebih-hebat/http://www.mummynemo.com/2011/10/perbezaan-antara-ego-lelaki-dan-ego-perempuan-mana-yang-lebih-hebat/
  • 7/29/2019 lelaki dan perempuan

    6/7

    Perbezaan Persepsi Antara Lelaki dan Perempuan

    Wanita dapat merasai dengan cepat apabila orang lain berasa susah hati dan kecewa.

    Sebagai ibu dan penjaga rumah tangga, mereka memerlukan kebolehan yang dipanggil

    sebagai naluri untuk mengesan perubahan perasaan dan sikap yang berlaku pada orang

    lain. Namun, lelaki pula selalunya melihat tanda-tanda fizikal seperti air mata atau

    ditampar sebelum dia menyedari perasaan perempuan.

    Seorang isteri boleh melihat sehelai rambut yang melekat pada baju suaminya pada

    jarak 20 kaki tetapi selalunya akan melanggar pintu garaj apabila memarkir kereta.

    Ini adalah kerana mengagak jarak di antara belakang kereta dan dinding garaj adalah

    kemahiran spatial yang terletak di hemisfera kanan otak lelaki.

    Wanita mempunyai perisian otak yang membolehkan mereka menerima sudutpandangan yang mampu mencapai 180 darjah menjadikan wanita mempunyai

    pandangan periferi yang luas tetapi lelaki hanya mempunyai penglihatan teropong.

    Statistik daripada syarikat insurans menunjukkan kemungkinan pemandu wanita

    dilanggar dari tepi ketika di persimpangan jalan adalah lebih rendah berbanding

    pemandu lelaki. Penglihatan periferi yang lebih luas membolehkan mereka melihat

    kereta yang datang dari arah tepi. Kemungkinan wanita mengalami kemalangan di

    bahagian depan atau belakang lebih besar kerana kemahiran spatial mereka tidak begitu

    baik.

    Pada tahun 1997, seramai 4132 pejalan kaki kanak-kanak terbunuh atau tercedera di

    jalan raya. Dan daripada jumlah itu, 2640 adalah kanak-kanak lelaki dan 1492 kanak-

    kanak perempuan. Ini adalah disebabkan kanak-kanak lelaki lebih mengambil risiko

    apabila menyeberang jalan ditambah dengan penglihatan periferi yang lemah.

    Wanita juga mampu melihat semua isi kandung peti sejuk tanpa memusingkan kepala.

    Hormon estrogen mereka membolehkan mengenal pasti barang yang terdapat di dalam

    laci, almari ataupun yang berada di hujung bilik. Mereka mampu mengingati kedudukan

    benda tersebut secara rawak sama ada kedudukan mentega atau jem di dalam peti

    sejuk.

    Kajian baru menunjukkan otak lelaki sebenarnya mencari perkataan M-E-N-T-E-G-A

    apabila mencari mentega di dalam peti sejuk. Apabila mentega itu menghadap tempat

    lain dan tulisan tidak kelihatan, lelaki terpaksa memusingkan kepala mereka ke kiri,

    kanan, atas dan bawah supaya mereka dapat mengimbas dan mencari barang-barang

    yang hilang.

  • 7/29/2019 lelaki dan perempuan

    7/7

    Fakta yang lebih menarik, wanita jarang tertangkap apabila memerhatikan lelaki kerana

    sebab yang sama iaitu lelaki akan memandang wanita dengan memusingkan kepala

    tetapi wanita mampu memandang lelaki dengan ekor matanya sahaja.

    Kajian bahasa badan menunjukkan komunikasi berhadapan dan isyarat tanpa bunyimemberi 60-80% kesan ke atas mesej itu. Manakala bunyi pula memberi kesan

    sebanyak 20-30% dan baki untuk 10% adalah kata-kata. Alat deria wanita

    berkemampuan menghantar maklumat dengan cepat daripada 1 hemisfera ke hemisfera

    yang lain menjadikan mereka lebih cekap memahami isyarat lisan, visual dan isyarat

    lain.

    Oleh sebab itu lelaki tidak mampu berbohong secara berhadapan. Namun begitu, hampir

    semua wanita mampu berbohong dengan lelaki secara berhadapan dengan mudah

    kerana lelaki tidak mempunyai kepekaan mengesan perbezaan antara isyarat lisan,visual dan isyarat lainnya.

    Kaum lelaki hanya menggunakan otak kiri bagi mendengar manakala wanita

    menggunakan kedua-dua belah otaknya. Otak wanita mampu mengasing,

    mengkategorikan bunyi dan seterusnya bertindak mengikut setiap bunyi yang mereka

    dengar. Inilah sebabnya perempuan dapat berbual dan pada masa yang sama dapat

    menonton televisyen dan mendengar radio. Faktor ini juga yang menjelaskan mengapa

    lelaki tidak dapat berbual dengan baik apabila terdengar bunyi suara televisyen atau

    radio dan terpaksa menutupnya.

    Kanak-kanak lelaki sering dimarahi kerana tidak mendengar kata. Ini kerana saluran

    telinga mereka mengalami pembesaran ketika menjangkau usia akil baligh yang

    menyebabkan mereka pekak buat sementara waktu. Jadi, apabila seorang guru

    memarahi murid perempuan yang tidak bertentangan mata dengannya, guru terus

    memarahi. Namun, apabila murid lelaki tidak memandang gurunya apabila dimarahi,

    secara automatik mereka tidak memberi perhatian dengan apa yang dikatakan kerana

    penglihatan teropong mereka lebih baik daripada pendengaran.