lebah dan madu

3
Madu RANGKAP 1 Di pohon sana, pada dahan pohon tualang lihatlah lebah-lebah sudah membuat sarang serangga yang cergas sentiasa hidup sepakat sikap yang terpuji Maksud : Lebah serangga yang cergas dan mengamalkan hidup bermasyarakat RANGKAP 2 Ada ratu ada pekerja berkumpul dan bekerjasama madu manisnya penawar penyakit manusia Maksud : Lebah ada pembahagian tugas yang jelas, namun tetap bekerjasama. Lebah menghasilkan madu yang berguna untuk manusia RANGKAP 3 Lebah-lebah pada dahan pohon tualang kau membuat aku sedar harus selalu berusaha dan meninggalkan jasa seperti madumu yang istimewa. Maksud : Kumpulan lebah menarik perhatian penyajak untuk menjadikannya sebagai contoh, iaitu selalu berusaha dan berbuat jasa kepada semua. Tema Kesedaran untuk mencontohi lebah yang sentiasa bekerjasama, dan sepakat, selain berjasa kepada hidupan lain. Persoalan

Upload: mohd-razif-aziz

Post on 17-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

lebah dan madu

TRANSCRIPT

MaduRANGKAP 1Di pohon sana,pada dahan pohon tualanglihatlah lebah-lebahsudah membuat sarangserangga yang cergassentiasa hidup sepakatsikap yang terpuji

Maksud : Lebah serangga yang cergas dan mengamalkan hidup bermasyarakatRANGKAP 2Ada ratu ada pekerjaberkumpul dan bekerjasamamadu manisnyapenawar penyakit manusia

Maksud : Lebah ada pembahagian tugas yang jelas, namun tetap bekerjasama. Lebah menghasilkan madu yang berguna untuk manusia

RANGKAP 3Lebah-lebahpada dahan pohon tualangkau membuat aku sedarharus selalu berusahadan meninggalkan jasaseperti madumu yang istimewa.

Maksud : Kumpulan lebah menarik perhatian penyajak untuk menjadikannya sebagai contoh, iaitu selalu berusaha dan berbuat jasa kepada semua.

Tema

Kesedaran untuk mencontohi lebah yang sentiasa bekerjasama, dan sepakat, selain berjasa kepada hidupan lain.

Persoalan

1 Ketekunan dalam melakukan sesuatu pekerjaan

2 Permuafakatan dalam sebarang pekerjaan

3 Kerajinan dalam menyempurnakan sesuatu tugasan

4 Ketaatan terhadap pemimpin

5 Kebijaksanaan dalam mengatur organisasi

6 Hidup berjasa sesama makhluk

7 Kepekaan terhadap sifat terpuji makhluk lain

Nilai

1. Bekerjasama - Kerjasama yang terjalin antara lebah sehingga mampu membuat sarang pada dahan pokok tualang.

2. Kerajinan - Kerajinan lebah dalam usaha membuat sarang dan menghasilkan madu.

3. Bersatu padu - Hidup lebah yang sentiasa bermuafakat dan bersatu padu telah membawa kejayaan.

4. Berjasa - Lebah berjasa besar kepada manusia kerana madunya menjadi penawar kepada penyakit.

5. Taat kepada pemimpin - Pekerja lebah mematuhi arahan ratu sebagai pemerintah.

Pengajaran

1. Kita hendaklah tekun dalam melakukan sesuatu pekerjaan

2. Kita hendaklah sentiasa bermuafakat dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan

3. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua

4. Kita hendaklah bijak dalam memimpin

5. Kita wajiblah hidup berjasa sesama makhluk

6. Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh makhluk lain