ldp kbat

31

Upload: siti-fatimah-binti-wahab

Post on 27-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

kbat

TRANSCRIPT

Page 1: ldp kbat
Page 2: ldp kbat

APA ITU KBAT?

• Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. (KPM 2013)

Page 3: ldp kbat

MENGAPA KBAT PENTING?

Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.

Page 4: ldp kbat

KEMAHIRAN KRITIS ABAD KE - 21

Page 5: ldp kbat

TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT▪ Mengubah amalan hafalan kepada

pemahaman▪ Meningkatkan tahap kesedaran

pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)

▪ Mewajarkan penyelesaian dan penemuan▪ Diperlukan untuk penyiasatan saintifik

Page 6: ldp kbat

APA YANG GURU PERLU UBAH?

• cara berfikir• cara menyoal• cara memotivasi• Menekankan aktiviti hands-on• jenis tugasan• cara pentaksiran• cara berkomunikasi

Page 7: ldp kbat

PERANAN GURU UNTUK KBAT

• Memastikan murid aktif dalam PdP• Memberi peluang kepada murid berbincang,

bertanya dan memberi pendapat• Mempelbagaikan strategi• Mengemukakan soalan yang membina,

memimpin serta berfikir pada aras tinggi

Page 8: ldp kbat

APA ITU BERFIKIR• Berfikir merupakan pembentukan idea,

pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, J.R., 1980) (proses)

• Berfikir melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah. (Mayer, R.E., 1977) (operasi)

Page 9: ldp kbat

APA ITU BERFIKIR• Berfikir ialah kebolehan manusia untuk

membentuk konsep, memberi sebab, atau membuat penentuan. (Beyer, B.K., 1991) (kebolehan)

• Berfikir ialah satu koleksi kemahiran atau operasi mental yang digunakan oleh seseorang individu. (Nickerson, Perkins dan Smith, 1985) (kemahiran)

Page 10: ldp kbat

Dapatan KajianKekerapan Penyoalan oleh Guru

• 27 kelas di 6 buah sekolah menengah di USA, – Hanya 1% murid bertanya soalan– 60% masa guru bercakap adalah menyoal– Namun, soalannya bentuk KBAR berbanding KBAT

Dillon, 1988

• Di Malaysia:– 166 soalan ditanya! Bermakna 3 soalan ditanya

dalam 1 min iaitu satu soalan lebih kurang 20 saat.– Namun hanya 5% soalan KBAT

Lee, 2013

Page 11: ldp kbat

TUJUAN MENYOAL• menilai pengetahuan sedia ada

• menimbulkan minat

• membina pemahaman

• membina sikap dan penghayatan

• mengukuhkan pembelajaran

• merangsang pemikiran kritikal

Page 12: ldp kbat

TUJUAN MENYOAL• menilai pembelajaran dan kemajuan murid

• menjelaskan pemikiran

• mencari sebab atau penjelasan

• meneroka pandangan alternatif

• menguji implikasi dan akibat

Page 13: ldp kbat

SOALAN YANG BERKESAN• Bermatlamat (diminta untuk mencapai tujuan

tertentu)

• Dinyatakan dengan jelas (murid memahami apa yang dimaksudkan)

• Ringkas (dinyatakan dengan beberapa perkataan yang mungkin)

• Memprovokasi pemikiran (merangsang pemikiran dan tindak balas)

Page 14: ldp kbat

SOALAN YANG BERKESAN• Menyoal siasat (melibatkan urutan atau soalan

yang membimbing dan terperinci)

• Skop terhad (soalan yang bercapah akan mengelirukan)

• Disesuaikan dengan tahap kelas (wajar dan berbeza)

Art Costa and Bena Kallick

Page 15: ldp kbat

DAPATAN KAJIANKajian menunjukkan bahawa:

❖ Guru menggunakan lebih daripada 70% soalan jenis mengingat semasa pengajaran mereka

❖ Guru terlalu menekankan soalan fakta dalam ujian dan peperiksaan

❖ Soalan dalam buku teks kebanyakannya adalah jenis ingatan atau fakta.

Karron G Lewis ~ Centre for Teaching Effectiveness, University of Texas

Page 16: ldp kbat
Page 17: ldp kbat

MEMAHAMIMenerangkan idea atau konsepMengintepretasikan, meringkaskan, merumus, mengkelas,

menerangkan

MENGAPLIKASIMenggunakan maklumat dalam situasi yang baharu

Menunjukkan cara, menjalankan, menggunakan

MENGINGATMengingat semula maklumatMentakrif, mengenal pasti, menyenaraikan, menamakan,

melabel

Page 18: ldp kbat

MENGANALISISMencerakinkan maklumat kepada komponen – komponen untuk memahami struktur organisasinya

dan perhubungan antara komponenMembanding beza, mengurus, menyelesaikan masalah,

menghuraikan

MENILAIMembuat pertimbangan berdasarkan kriteria yang spesifik Mengkritik, membuat hipotesis, memberi hujah/

pendapat, membuat keputusan

MENCIPTAMenyatukan elemen untuk membentuk idea atau struktur yang baharu, merekacipta, menggabungkan,

merangka, membina

Page 19: ldp kbat

Bagaimana melaksanakan penyoalan dengan baik?

Page 20: ldp kbat

MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MENYOAL

• Rancang soalan anda • Bersedia untuk bertanyakan soalan lanjutan • Tentukan sama ada soalan itu ditujukan kepada seluruh kelas, kumpulan tertentu atau individu. • Berikan pelajar masa untuk berfikir.

Page 21: ldp kbat

MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MENYOAL

• Adakah soalan anda seimbang antara fakta dan pemikiran? • Bertanya dalam nada perbualan • Rekabentuk soalan yang akan mendapat maklum balas yang berterusan

Page 22: ldp kbat

MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MENYOAL

• Berhenti bertanyakan banyak soalan secara sendiri!

• Galakkan murid untuk menyoal murid lain semasa perbincangan

• Terima soalan apabila ditujukan.

Page 23: ldp kbat

MEMBANGUNKAN KEMAHIRAN MENYOAL

• Berikan masa untuk membuat susulan kepada soalan murid

• Mengumpul, membincangkan, mengkategorikan dan membangunkan soalan murid

Page 24: ldp kbat

SOALAN – SOALAN MENCARI SEBAB DAN PENJELASAN

•Mengapa anda berfikir bahawa ...?

•Bagaimana kita tahu bahawa ...?

•Apakah sebab-sebab anda ...?

•Apakah bukti yang kita ada untuk...?

•Kenapa anda mengatakan sedemikian?

Page 25: ldp kbat

SOALAN – SOALAN MENEROKA PANDANGAN ALTERNATIF

• Bolehkah anda meletakkannya dalam cara yang lain?

• Adakah terdapat pandangan yang lain...?

• Sekiranya ada orang yang memberikan cadangan bahawa ....?

• Apa yang kita perlu tahu sekiranya ...?

Page 26: ldp kbat

SOALAN – SOALAN MENGUJI IMPLIKASI DAN AKIBAT

• Apakah yang akan menyusul pendapat anda?

• Adakah yang selaras dengan yang dinyatakan sebelum ini?

• Apakah akibatnya sekira …?• Adakah terdapat panduan umum untuk …?• Bagaimanakah anda dapat menguji …sama

ada benar atau tidak?

Page 27: ldp kbat

CONTOH SOALAN KBAT SAINS

1.Berikan satu sebab berlakunya jerebudi Malaysia?

2. Ramalkan apa akan berlakunya sekiranya panas berpanjangan?

Page 28: ldp kbat

TINDAKBALAS TERHADAP SOALAN – SOALAN MURID

Menyoal murid semulaApakah pendapat anda ..?

Tanya soalan sokongan Bolehkah...sekiranya...?

Beri senarai kemungkinan Mungkinkah kita boleh ..?

Menganalisis soalan Apakah yang anda maksudkan dengan ...?

Menyusun semula soalan Adakah anda cuba menyatakan bahawa ...?

Page 29: ldp kbat

IMPAK MENAMBAH

MASA MENUNGGU

PELAJAR

Jumlah soalan murid tanya meningkat

Murid dapat menjawab dengan ayat lengkap

Jawapan murid lebih panjang

Murid akan berfikir secara spekulasi, “Mungkin ia akan ...”

Page 30: ldp kbat

IMPAK MENAMBAH

MASA MENUNGGU

PELAJAR

Guru mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar dan berfikir tentang respon murid

Jangkaan guru terhadap respon murid berubah

Guru dapat memberi variasi teknik penyoalan mereka

Mewujudkan suasana yang kondusif untuk pemikiran berasas tinggi

Page 31: ldp kbat

S E K I A N

TERIMA KASIH